BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 1 : IDEOLOGI DAN GERAKAN BARU


Kefahaman yang menganggap semua agama itu sama telah lama masuk ke Malaysia dan beberapa negara Islam di sekitar nusantara. Sejak akhir-akhir ini kefahaman pluralisme telah menjelma menjadi sebuah ideologi dan gerakan “baru” muncul dengan pelbagai isu-isu sensitif berkaitan agama. Secara dasarnya kefahaman ini bukan sesuatu yang baru kepada masyarakat kita. Ia mula tumbuh dan menjalar ke dalam sistem kemasyarakatan dan keagamaan selari dengan proses modernisme di Barat. Gerakan ini timbul dari perspektif dan pengalaman kehidupan masyarakat Barat yang menjadikan teras KEBEBASAN dan HAK ASASI MANUSIA sebagai alat merealisasikan ideologi mereka.

 

Ekoran daripada penerimaan dan pengaruh ideologi ini, umat Islam yang menyokong prinsip pluralisme berusaha menggali dan mencari fakta-fakta atau nas-nas yang menyokong kefahaman mereka dari al-Quran dan al-Hadis untuk menyakinkan masyarakat tentang kebenaran prinsip kesamarataan beragama. Akibat daripada tindakan ini, umat Islam terpesong dan menyakini bahawa kemajmukan agama-agama dan kefahaman pluralisme agama sebagai sama saja. Ketakutan yang paling ditakuti oleh kita ialah terdapat umat Islam yang menjadikan pluralisme agama sebagai cara hidup dan sunnatullah. Padahal kedua-duanya amat berbeza berdasarkan kepada perbezaan berikut:

“Plurality of religions is a condition in which the various religions exist together in a community or country.”

(Pluraliti agama adalah suatu keadaan di mana pelbagai agama hidup bersama dalam sebuah komuniti atau negara.)

“Religious pluralism is a concept that became an important theme in the discipline of sociology, theology and philosophy of religion.”

(Pluralisme agama adalah konsep yang menjadi tema penting dalam disiplin sosiologi, teologi dan falsafah agama.)

 

Penyelesaian Islam terhadap pluralitas agama adalah dengan mengakui perbezaan dan identiti agama-agama lain (Lakum dÊnukum wa Liya den). Tapi penyelesaian yang ditawarkan oleh masyarakat Barat lebih cenderung kepada memahamkan ideologi pluralisme agama sebagai satu identiti dan menghilangkan perbezaan agama yang ada. Oleh itu menganggap pluralisme agama sebagai sunnatullah adalah tuntutan yang berlebihan dan tidak layak. Dalam mengembangkan pemahaman terhadap pluralisme agama, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran yang berbeza diperkenalkan oleh masyarakat Barat seperti berikut:

• Kefahaman teologi global (Global Theology)

• Kefahaman kesatuan transenden agama-agama (Transcendent Unity of Religions).

Bersambung Bahagian Kedua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s