FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE. BAGAIMANA ISU INI BERMULA?


Pendahuluan

Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah ALLAH merupakan KALIMAH SUCI yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah menjadi KEWAJIPAN bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

Terjemahan kata ganti nama God atau Lord di dalam Bible cuba digantikan kepada nama Allah dalam versi bahasa Melayu

Terjemahan kata ganti nama God atau Lord di dalam Bible cuba digantikan kepada nama “Allah” dalam Alkitab versi bahasa Melayu

Ini kerana sehingga kini, penganut Kristian bermati-matian menuntut agar kalimah ini dibenarkan untuk diguna pakai di dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu (ALKITAB). Apa sebenarnya MOTIF puak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di setiap gereja? Adakah mereka membuatnya saja-saja? Atau hendak melihat sejauh mana KEPEKAAN atau SENSITIVITI orang Melayu yang beriman di bawah naungan Islam.

Kronologi Tuntutan Kalimah “Allah”

Punca perdebatan kalimah "Allah" bermula semasa permohonan memperbaharui permit akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan

Perdebatan kalimah “Allah” dipercayai bermula semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu

Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah “Allah” terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu. Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik. Peristiwa ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut :

Sebelum Semakan Kehakiman

  • Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
  • Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1  November 2006.
  • Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
  • Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
  • Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak  digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan  majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
  • Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah "Allah"?

Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”?

Semasa Semakan Kehakiman

  • Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
  • Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
  • Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.

Selepas Semakan Kehakiman

  • Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
  • Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
  • Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan,  Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam isu kalimah "Allah"

Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah”

Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini

Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :

Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng adalah pencetus kepada polimik kalimah "Allah" secara nyata

Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng yang meminta dibenarkan penggunaan kalimah “Allah” secara terbuka adalah PENCETUS kepada POLIMIK semasa di kalangan masyarakat

Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan politik membantah permintaan Lim Guan Eng

Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan ahli politik dalam membantah permintaan Lim Guan Eng

Mufti-Mufti mendesak agar semua pihak AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam

Mufti-Mufti pelbagai negeri mendesak agar semua pihak AKUR terhadap Fatwa yang menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam

  • Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Hari Natal.
  • Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 4 Januari 2013, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
  • Pada 8 Januari 2013, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 8 Januari 2013, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Pada 11 Januari 2013, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “Allah” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
  • Pada 13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang)  PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kesimpulan

Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti  dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Jangan kita biarkan kalimah "Allah" dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK LAYAK dan beriman kepadaNya menggunakannya. ALLAH

Jangan kita biarkan kalimah “Allah” dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK BERIMAN dan MENYAKINI segala perintah dan laranganNya

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama “Allah” dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah TIDAK WAJAR sama sekali, bahkan jika dilihat di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama “ALLAH” bagi merujuk kepada God atau Lord samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Wa’allahu’alam……. Sebarkanlah risalah ini demi agama tercinta.

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121228/dn_03/Hentikan-polemik-mahu-guna-kalimah-Allah
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-sultan-selangor-kesal-permintaan-guan-eng-1.119178
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-hormati-keputusan-majlis-fatwa-1.115437
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dap-mahu-pusat-benar-guna-kalimah-allah-1.115162
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-tuntutan-terus-dicemuh-1.115481

8 thoughts on “FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE. BAGAIMANA ISU INI BERMULA?

  1. Hukuman bunuh wajar sangat untuk mereka yang biadap ni.. jom bunuh mereka.. berani nak share nama Allah umat Islam. Memang melampau.. lebih2 x kacau agama dia.. usik Allah kita pulak.

    • jgn nak ckp mcm 2 saudara…kt ingat blk zaman Nabi2 dlu org2 kafir biasa sebut Allah ,knpa Nabi xlarang???? knpa nama ALLAH yg Allah sdri ada menyebut lbih kurang ”berdoalah dgn nama2 Allah yg baik”..kt sbgai mnusia biasa pla melarang?knpa bnyk kemungkaran kt bumi yg jelas di larang Allah kt x pula mlarangnya??? contoh muzik,hiburan melampau2,gangnam styla, halalkan arak.halalkan judi…dn brbagai lg ….knpa bnda yg kt dh jumpa kt hadis n Quran akan keharamannya n wajib d jauhi kt biarkan malah kt spt mengalakkan???cuba saudari cari dlm hadis n Quran 1 ayat yg melarang ssuatu agama menyebut nama Allah????

      • bro jf jm…zaman nabi dulu yg guna nama Allah adalah kafir musyrikin mekah..diorg tu asalnya mnyembah Allah tp terpesong dgn sembah berhala yakni telah mnyekutukan Allah…xsama bro…so jgn la suh org2 yg xberapa pandai tu cari dlm hadis ke ayat quran coz mmg dah baca pun tergagap2 pastu nak kaji mmg ternganga la…

      • Kristian di Sabah Sarawak xda masalah pun guna nama Allah. Stiap mggu bah kan berdoa pun menyebut nama Allah. Korang ya xda otak..

      • Kalau dia orang nak pinjam nama ALLAH dan sah jalan kesesatan saya tak boleh terima. Kita dah tahu Bible bukan Injil, maka kenapa nak pinjam nama ALLAH pula. Bagi kami tiada masalah tapi kalau anak cucu kamu disesatkan seperti di Sabah Sarawak dan silakan. Bagi kami di semenanjung tidak akan menerimanya sampai bila2.

  2. Mana sama!!.. Kami sebut allah.Kamu sebut aulah.tak samalah…. apapun,kita semua ini allah yg mencipta… tak perlulah nak berdebat pasal ni.boleh menimbulkan kekecohan dan perbelahan kaum saja.mana boleh kamu kacau hak orang.kita sekarang ni ceritanya seperti ini.Kita adik beradik kandung yg sama bapa dn sama mama.aku abang yang lahir dulu dan guna panggilan BAPA kpd sebagai bapanya. Dan kau adik yang lahir selapas c abang.Bila kau dah lahir ,kau juga guna perkataan bapa utk pnggil bapa kau dan kau paksa si abang jangan guna perkataan BAPA untuk panggilan kepada bapanya kerana dia nak guna perkataan itu utk panggillan dia kpd Bapanya … SO, saya mau tanya kamu,adilkah ini semua utk si abang…

  3. Everyone can use the word ‘Allah’. It is just the way you used it. Respect the name. There’s no such thing as ‘Allah is ours and not yours’. If Allah ever said that to you, and claim He is yours, then yes. As for Muslims, Allah is your God so you have no right to own Him by saying He is ours. Allah owns you. Its not the term ‘Allah’ that confuse a person’s way of thinking, its his self, his faith in the religion.

  4. dalam iman kristen,ALLAH itu BAPA seperti JESUS mengakui bhwa diriNya adala ANAK ALLAH dan ALH adlh BAPANYA.janganlah sekalian yang tahu menyebut nama ALH tetapi tanpa iman percaya bhwa anda adala Anak ALH memikirkan yg anda pasti selamat dari murkah ALLAH.anak pasti akan selalu menerima pengampunan dari kasih seorg bapa.demkianlah KASIH ALH BAPA tlhpn dinyatakan didalm ANAK TUNGGAL BABA DISORGA melalui ANAKNYA YESUS KRISTUS.percaca pda ANAK ALLAH adlh mmbri setiap org prcya kuasa untk mnjadi ANAK-ANAK ALH BAPA.menyembah PDA ANAK ALH sama juga kita menymbah ALH BAPA sbap baik ANAK mahupn BAPA IA adalh satu/sama.

Tinggalkan komen