Pendahuluan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selaku badan dunia yang bertaraf ‘supra-nasional’ biasanya memainkan peranannya selaku ‘badan pengaman dunia’ yang akan bertindak untuk campur tangan bagi mengamankan sesebuah negara yang menghadapi konflik-konflik yang melibatkan isu-isu kemanusiaan atau kedaulatan negara . Tugas sebagai ‘badan pengaman dunia’ ini juga turut digalas oleh banyak pertubuhan dan institusi antarabangsa yang bersifat serantau seperti Pakatan Atlantik Utara (NATO), Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN), dan banyak lagi. Semua pertubuhan dan institusi yang bersifat serantau ini turut sama menyumbang bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat di samping PBB.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan proksi Barat dalam mencampuri hal-ehwal dalaman sesebuah negara merdeka
Namun begitu, berdasarkan kepada pengalaman terdahulu akibat campur tangan PBB di dalam sesebuah negara mendapati ianya bermotifkan kepada agenda GLOBALISASI dan GEO-POLITIK. Ini kerana jika diamati secara halus, PBB sering dijadikan alat perkakas atau kuda tunggangan KUASA BESAR dalam menceroboh dan mengganggu-gugat KEDAULATAN sesebuah negara merdeka secara terhormat. Kebiasaanya PBB akan berselindung di sebalik isu univesal seperti HAK-HAK ASASI dalam menghalalkan campur tangan mereka bukan kerana kepentingan kemanusiaan tetapi lebih kepada kepentingan EKONOMI dan STRATEGIK serta bertujuan memaksa penerimaan ideologi mereka.
Sifat Berat Sebelah PBB
Kini peranan PBB sebagai Badan Pengaman telah terpesong dari pegangan prinsip teras mereka dalam menjaga keamanan sesebuah negara yang menghadapi konflik. Ia adalah bertentanggan dengan Resolusi 47/130 PBB pada tahun 1992 yang menyeru supaya semua negara atau badan dunia menghormati kedaulatan negara lain dan juga tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sistem pilihan raya negara lain.
Lazimnya, modus operandi yang digunapakai oleh PBB ialah melalui kaedah SEKATAN dan TEKANAN terhadap negara yang disasarkan melalui konsep demokrasi liberal, ekonomi pasaran, perdagangan bebas dan hak asasi. Inilah ramuan ampuh yang sering digunakan oleh PBB sebagai kaedah tekanan supaya negara tersebut mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh negara maju atau barat. Ia telah terbukti apabila negara maju mengenakan cara yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang sama ke atas satu negara dengan negara lain seperti anologi berikut:
Di Timur Tengah misalnya, kepentingan Israel diberikan keutamaan daripada mencari penyelesaian damai jangka panjang dalam konflik Arab-Israel, walaupun pencabulan hak asasi dan jenayah kemanusiaan jelas sekali berlaku. Manakala perang saudara di Afrika (Rwanda, Burundi) dibiarkan berterusan untuk sekian lama tanpa penyelesaian sehingga mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan kepada orang awam. Pada masa yang sama apabila berlakunya konflik di Eropah, kelihatan sikap “double standard” PBB amat ketara dalam mengambil tindakan dalam menanganinya. Sebaliknya pula di Asia, PBB menunjukkan kecenderungan untuk campur tangan dan mengenakan pelbagai syarat seperti isu buruh, alam sekitar dan demokrasi. Keadaan yang sama juga berlaku di Amerika Latin.
Campurtangan PBB di dalam urusan dalaman negara bergolak hanya menambah penderitaan kepada rakyat. Tiada perancangan jangka panjang untuk keselamatan negara. Hanya tertumpu kepada mengurus hasil-mahsul dan kepentingan Barat
Seterusnya, Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah mengenakan zon larangan terbang di utara Iraq, tanpa mendapatkan kebenaran yang jelas dari Majlis Keselamatan PBB. Campur tangan sedemikian sememangnya telah mengetepikan prinsip dan integriti wilayah Iraq. Mereka menjustifikasikan campur tangan kononnya di atas prinsip kemanusiaan dan bagi memberi perlindungan kepada orang awam di kawasan yang dizalimi oleh kerajaan. Masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB tidak berdaya menyekat tindakan ini kerana ia melibatkan kuasa besar yang menjadi ahli tetap Majlis.
Campur Tangan PBB Dalam Isu Lahad Datu
Isu pencerobohan di Lahad Datu telah mendapat reaksi daripada PBB dengan begitu cepat, walaupun ianya adalah kes terpencil. Ini dibuktikan melalui kenyataan Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac 2013 yang melahirkan kebimbangannya terhadap suasana di Sabah, sambil menggesa agar ditamatkan segera keganasan antara kumpulan penceroboh Filipina dengan pihak berkuasa Malaysia. Rujuk petikan kenyataan yang disuarakan oleh wakil PBB seperti di bawah;

Sesuatu yang menghairankan apabila Ban Ki Moon memberikan perhatian khusus ke atas insiden pencerobohan di Lahad Datu yang dikategorikan KES terpencil. Sedangkan pada masa yang sama isu Roghiya amat kritikal di bandingkan Sabah
Setiausaha Agung sedang meneliti suasana di Sabah, Malaysia. Beliau menggesa supaya dihentikan keganasan dan menggalak agar diadakan DIALOG antara semua pihak-pihak terlibat bagi mencapai penyelesaian aman terhadap suasana itu,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan di laman web PBB.”
Persoalan yang timbul di minda kita ialah siapakah yang dimaksudkan dengan pihak-pihak terlibat yang memerlukan Malaysia berunding dengan mereka? Adakah PBB mahu Malaysia berunding dengan pengganas atau penjenayah yang menuntut Sabah sebagai hak mereka? Adakah PBB memikirkan kebangkitan ini menyamai apa yang berlaku di negara-negara Afrika? Kerajaan Malaysia telah pun berunding dengan kerajaan Filipina yang memberikan maklumat tentang ada pihak ketiga yang terlibat. Adakah PBB mahu Malaysia berunding dengan pihak-pihak lain lagi? Adakah ini adalah permulaan ke arah campur tangan asing yang kita boleh bayangkan berada di belakang kuasa PBB yang mengambil kesempatan untuk mengadakan tekanan politik ke atas kerajaan Malaysia sebelum pun Malaysia membuat pengaduan kepada pertubuhan dunia itu.
Nawaitu Pelik Pembangkang
Hairan lagi mengaibkan apabila kita menilai niat pihak pembangkang yang suka atau berhajat jika berlakunya campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman pentadbiran negara Malaysia. Senario ini boleh dilihat jika kita memetik kenyataan dalam artikel yang dikeluarkan oleh blog Suara Pakatan Rakyat yang meminta supaya campur tangan dari PBB dan meminta supaya Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan di ambil tindakan tribunal perang. Apakah rasionalnya mereka menuduh KDN dan kerajaan Malaysia yang bersalah? Permasalahan sebenar yang menjadi INTIPATI perbincangan ialah; adakah kerajaan Malaysia menganiaya orang atau rakyat kita sendiri dengan menggunakan Akta Tentera?

Penglibatan agensi keselamatan negara perlulah disokong demi menjamin kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat
Logiknya, negara kita diceroboh oleh pengganas dari Filipina yang mengaku sebagai pengikut kesultanan Sulu dan mereka juga telah membunuh 9 orang anggota keselamatan negara dengan kejam dan sadis. Adakah pengganas ini wajar diberikan layanan bertaraf 5 bintang oleh kerajaan. Jika mereka diambil tindakan pun, setiap siasatan mempunyai prosedur tersendiri yang perlu dipatuhi bukan mengikut kata hati. Dengan sikap pembangkang yang mendakwa bahawa pengganas yang ditahan didera, tidak diberi makanan dan sebagainya termasuk mempolitikkan kematian seorang pengganas di hospital akibat penyakit dilihat sebagai sesuatu yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
Tomahan Pembangkang

Pembangkang lebih pentingkan kekalutan di kalangan rakyat. Ia akan menggunakan platform ceramah untuk memperkecilkan tindakan pihak berkuasa
Pembangkang sememangnya selalu dan kerap kali cuba menggunakan campur tangan asing dalam isu pentadbiran negara. Jika ini keadaan yang selalu atau diguna pakai maka tidak mustahil pembangkang tetap akan menggunakan kuasa asing dalam segala perkara jika mereka diberi kuasa untuk memerintah. Pembangkang dilihat seolah olah tidak tahu mengenai pentadbiran negara walaupun mereka ini sudah lama di dalam politik dan ketua umum PKR yang juga merupakan ketua pembangkang adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Sebagai contoh, tidak ada satu pun di kalangan pemimpin pembangkang yang mengeluarkan kenyataan untuk membantu kerajaan dalam menangani isu di Lahad Datu, apa yang dikeluarkan hanyalah kritikan demi kritikan hingga ada di antara mereka yang memperlekehkan perjuangan anggota keselamatan di sana.
Mentaliti ini jika diguna pakai untuk pentadbiran sebuah negara bakal menyaksikan negara ini akan dikuasai oleh tangan asing yang sekian lama menunggu masa untu menjajah semula negara ini. Apa yang perlu kita lakukan ialah menyokong tindakan kerajaan dalam menangani isu dan bukan meminta campur tangan PBB atau apa juga badan dunia yang lain kerana kerajaan Malaysia telah menggunakan prosedur rundingan terlebih dahulu dengan pihak pengganas.
Adakah itu melambangkan kerajaan kita zalim dengan penceroboh ini dan pihak keselamatan hanya melakukan serangan setelah tempoh masa rundingan telah tamat dan dilihat juga pangganas pengganas ini tidak menunjukkan sikap bahawa mereka akan menyerah diri kepada pihak keselamatan. Bahkan mereka (pengganas) juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir yang mana ini menunjukkan bahawa mereka tidak sesekali akan menyerah kalah atau menyerah diri tetapi mereka menunjukkan bahawa mereka sedia untuk berperang.
Kronologi Penglibatan Pembangkang Di Lahad Datu
Unjuran peristiwa yang berlaku di Lahad Datu bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat. Ia meliputi pra provokasi, semasa dan pasca “Operasi Daulat” dijalankan.
Pra-Perancangan Dan Provokasi
16.7.2012 – Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.
17.7.2012 – Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.
18.7.2012 – Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Senario ini mengimbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya meninggalkan PBS.
12-13.10.2012 – Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.
18.10.2012 – Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari. Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.
2.11.2012 – Anwar mula membuat “spin” dengan lagu “SABAH NAK HILANG”
1.12.2012 & 7.12.2013 – Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu “SABAH NAK HILANG”
17.1.2013 – Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara tiba-tiba di Laut Sulu. Waupun telah diberi amaran oleh pengawal Filipina.
29.1.2013 – Anwar meyakinkan rakyat Malaysia “SABAH DAH HILANG”
7.2.2013 – ANWAR menghantar Tian Chua dan R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang berjumlah RM20 juta. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur Misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.
8.2.2013 – Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.
Semasa Bermula Pencerobohan
9.2.2013 – Pendaratan pertama pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.
16.2.2013 – Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.
19.2.2013 – Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kampung Tandou dan Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu. Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.
28.2.2013 – Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. Anwar berharap dengan “peperangan” yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu “SABAH DAH HILANG”.
1.3.2013 – Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut “Tokoh Pemimpin Pembangkang” lebih jelas “Anwar Ibrahim” terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence. Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!
4.3.2013 – Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh “Tokoh Pembangkang” lebih tepatnya ialah “Anwar Ibrahim.”
7.3.2013 – Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim (bapa kandung Saiful) supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar.
Pasca Pencerobohan
10.3.2013 – Tersebar berita memaklumkan bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan “Anwar Ibrahim” dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu.
11.3.2013 – Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.
12.3.2013 – Wikileaks sekali lagi mendedahkan “Anwar Ibrahim” terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.
13.3.2013 – Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari.
15.3.2013 – PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

Pertemuan sulit Anwar bersama Misuari tidak dapat diselindung lagi kerana ianya telah disahkan oleh perisikan Filipina
16.3.2013 – Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.
20.3.2013 – Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari.
21.3.2013 – Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.
22.3.2013 – Maklumat diperolehi Ejen di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari “Tokoh pembangkang Malaysia”, lebih tepat “Anwar Ibrahim.”
Kesimpulan
Rumusan yang boleh diungkapkan ialah kita harus bersatu untuk mempertahankan negara agar jangan ada anasir luar yang boleh mengganggu-gugat KEDAULATAN, KEHARMONIAN dan KEAMANAN Malaysia sebagaimana yang diharapkan oleh pembangkang. Secara realiti, pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menjadi KERAJAAN. Ini kerana mereka sendiri akan meminta campur tangan asing dalam soal perjalanan pentadbiran negara sekiranya diberikan MANDAT oleh rakyat untuk memerintah.

Kecenderongan Anwar menggunakan kuasa asing melalui bantuan kewangan dan media massa barat menjadikan beliau yakin rakyat akan menyokongnya dalam PRU13 kelak
Prinsip Negara Merdeka seharusnya dipertahankan dengan penuh setia. Namun kini, kita sering melihat kecenderungan pembangkang bersekongkol dengan negara maju untuk menekan dan mencampuri hal-ehwal dalaman negara Malaysia. Mereka (kuasa asing) sering berbuat demikian kerana galakan oleh kumpulan-kumpulan politikus dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu. Mereka berkerjasama kerana didorong oleh matlamat politik pembangkang yang suka mengheret kuasa luar untuk mencampuri hal-ehwal dalaman negara sendiri. Oleh itu, kita sebagai rakyat yang cintakan KEAMANAN dan KEDAULATAN negara perlulah BERSATU untuk menggagalkan NAWAITU mereka dengan apa jua cara sekali gus mengekalkan KESTABILAN negara. Ini kerana;
Negara kita adalah negara berdaulat, Negara kita Negara yang Merdeka, jangan biarkan setiap inci tanah ini diserahkan pada Pengkhianat yang bersekongkol dengan agenda asing untuk melakukan penjajahan sebagaimana telah dilakukan di negara luar. Demi menjaga keselamatan negara serta rakyat, pembangkang harus ditolak secara total dan jangan langsung diberi kuasa untuk mentadbir.
Sumber :