BAHAYA APLIKASI WHATSAPP – ANCAMAN MUSUH DI DALAM SELIMUT


Pendahuluan

Gabungan dua syarikat gergasi ini telah membentuk KUASA MEDIA SOSIAL terbesar di dunia

Gabungan dua syarikat gergasi ini telah membentuk KUASA MEDIA SOSIAL terbesar di dunia

Kenapa Facebook Beli WhatsApp? Kerana dikatakan Facebook telah berputus asa. Itulah analisa dari penganalisis institusi Enderle Group, Rob Enderle. WhatsApp adalah penyelesaian terbaik bagi Facebook untuk keluar dari masalah yang sedang dihadapinya. Pertanyaannya timbul, apa masalahnya? Diberitakan kini pengguna remaja Facebook makin berkurangan dan tidak menggunakan Facebook lagi. Mereka suka perkhidmatan pesanan WhatsApps kerana ianya adalah murah, private dan secara amnya lebih cepat untuk digunakan berbanding perkhidmatan Messenger sedia ada pada Facebook.

Walaupun telah mencapai belasan juta pengguna sejak beberapa tahun yang lalu. Menurut Enderle, dengan WhatsApp mungkin Facebook boleh kembali pulih. Ia menilai kini jejaring sosial Mark Zuckerberg tengah merosot. Jumlah pengguna kian berkurangan, bahkan ramai telah meninggalkan social network itu. Pembelian ini dilihat dapat meningkatkan rangkaian sosial terbesar di dunia berkenaan dengan tambahan sebanyak 450 juta pengguna WhatsApp, yang akan dikendalikan secara bebas dengan ahli lembaga pengarah sendiri.

Tindakan Mark Zuckerberg membeli kepentingan dalam WhatsApp untuk mengukuhkan nilai saham Facebook

Tindakan Mark Zuckerberg membeli kepentingan dalam WhatsApp untuk mengukuhkan nilai saham Facebook

Mark Zuckerberg menggambarkan hasratnya untuk meningkatkan bilangan pengguna Facebook dan WhatsApp melalui perancangan yang strategik

Mark Zuckerberg menggambarkan hasratnya untuk meningkatkan bilangan pengguna Facebook dan WhatsApp melalui perancangan yang strategik

Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai  rekod USD 16 Bilion (RM62.9 Billion). Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu  syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari  satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? Apa impaknya kepada kita?

Latar Belakang Pembelian WhatsApp

Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah  pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi  sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL  INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?)  Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman  diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain.  ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook,  Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain  adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.

Kekuatan Whatapps

Pengaruh dan peranan WhatsApp di dalam menguasai Media Sosial menarik minat Facebook memilikinya

Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba  ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB  Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat  Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot  langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi  tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp  ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah  dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat  WhatsApp.

Motif Pembelian WhatsApp

Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah  sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi  sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi  seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab,  Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik  tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah  dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan  berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Secara terselindung maklumat-maklumat beginilah yang dimahukan oleh Facebook.

Sambutan yang mengalakan ke atas Whatsapp di seluruh dunia meningkatkan imej koporat

Sambutan yang mengalakan ke atas WhatsApp di seluruh dunia meningkatkan imej koporat

Kini WhatsApp adalah peneraju kepada Media Sosial berbanding aplikasi yang lain

Kini WhatsApp adalah peneraju kepada Media Sosial berbanding aplikasi yang lain di pasaran semasa

Populariti WhatsApp mampu menggurangkan bilangan pengguna Facebook dalam tempoh setahun

Populariti WhatsApp mampu menggurangkan bilangan pengguna akaun sosial Facebook dalam tempoh setahun

Bagaimana WhatsApp Dimanipulasi Oleh Facebook

WhatsApp adalah 100% sosial, dan anda tidak mempunyai syarikat-syarikat di dalam buku telefon anda. Banyak syarikat dan perkhidmatan dalam talian akan senang untuk menghantar mesej dalam kotak Whatsapp anda semasa ia mesej percuma. Tetapi mereka tidak boleh. Bagaimana jika pelanggan boleh menggugurkan nombor telefon mudah alih di mana-mana tapak dalam talian atau aplikasi mudah alih melalui login Facebook mereka dan tinggal di kawalan ke atas kebenaran mereka memberi anda sebagai perkhidmatan? Pelanggan juga boleh menarik balik kebenaran mereka sebelum anda menghantar mesej. Ini ialah pengambilalihan saya pada apa yang Facebook boleh lakukan.

Langkah Pertama :

  • Facebook menawarkan kotak login untuk menggugurkan nombor telefon anda di mana-mana laman web atau perkhidmatan dalam talian. Anda akan dapat hanya login dengan akaun Facebook anda dan memberi kebenaran laman web untuk menghantar mesej pada Whatsapp.

  • Anda juga boleh menentukan, berapa banyak mesej dan dalam apa jangka masa dan juga apa jenis mesej.

  • Tiada Facebook atau Whatsapp akaun ? Hanya perlu memasukkan nombor telefon anda, menetapkan tetapan kebenaran dan Facebook menghantar anda SMS turun untuk Whatsapp dengan kata laluan sekiranya anda tidak mahu menggunakan Whatsapp.

  • Selepas memasang dan mendaftar Whatsapp , anda akan diiktiraf dan tidak perlu memasukkan semula kebenaran . Tiada pemasangan ? Facebook akan menyampaikan mesej dalam bentuk SMS.

  • Laman web atau perkhidmatan dalam talian anda memberi izin kini sebagai contoh hanya menghantar satu mesej yang telah ditetapkan dan tidak akan tahu yang menerimanya. Anda akan tinggal tanpa nama kerana Facebook menyerahkannya. Tidak syarikat anda memberi izin.

  • Sebagai pengguna anda boleh klik di papan pemuka kebenaran atau klik pada profil penghantar untuk menukar tetapan kebenaran anda (meningkatkan atau mengurangkan ia ). Apabila anda tidak mahu menggunakan Whatsapp, anda akan menerima mesej teks.

Langkah Kedua :

  • Syarikat akan membayar Facebook $ 0,005 peratus mesej dan Facebook menang baru pengguna Whatsapp / Facebook yang berpotensi dan sekiranya ia akan menjadi SMS mereka boleh mengenakan bayaran jumlah yang akan sentiasa lebih murah daripada harga SMS semasa kerana jumlah mereka.

  • Menurut Portio Penyelidikan terdapat 3.2bn pelanggan global untuk SMS Pemasaran. Apabila Facebook meningkatkan pasaran ini dengan membina teras dan memberi kawalan pengguna lebih kebenaran yang ia boleh menyebabkan ke dalam mesej 200 setahun bagi setiap pengguna.

  • Dan dengan $ 0,005 mesej ini boleh menyebabkan ke $ 3.2bn setahun dalam pendapatan! Itulah pulangan yang baik ke atas pelaburan dan meletakkan Facebook pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menuntut lagi dunia pemasaran kebenaran.

  • Sudah tentu Facebook boleh memulakan perkhidmatan ini juga tanpa Whatsapp tetapi mereka tidak mempunyai platform pesanan yang mempunyai ramai pengguna dan pengalaman yang sama sebagai peti masuk SMS.

    Persoalan penting sudah tentu kekal: orang akan mempercayai Facebook untuk ini?

    Masa akan menentukan …

Apa Yang Perlu Dilakukan

Anda mempunyai PILIHAN samada mengambil tindakan drastik untuk nyahpasang (uninstall) aplikasi ini atau membiarkan sahaja data-data peribadi anda diceroboh oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Atau anda panjangkan MESEJ ini kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara anda tentang bahaya WhatsApp terhadap kehidupan seharian anda. Jika anda tiada halangan dan ingin membantu orang lain maka lakukanlah langkah-langkah berikut: 

  1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.
  2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!
  3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar  segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.
  4. Sekarang anda boleh menyahpasang (uninstall) aplikasi WhatsApp.

Alternatif Aplikasi WhatsApp

  1. Apa saya nak gunakan selepas ini? Banyak sebenarnya pilihan aplikasi yang boleh dijadikan alternatif kepada WhatsApp seperti Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan  kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari  Playstore Google. Kenapa Telegram dan bukan yang lain? Banyak sebabnya, antaranya:

  2. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara  penggunaan semula (no learning curve)

  3. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di  peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti  (multiple devices)

  4. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang  tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan  sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi  sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol  penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh  sistem perbankan dalam pelayar (browser).

  5. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.

  6. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi  dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah  (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)

  7. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB) Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb. Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat  ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga  ingatan telefon (memory, RAM). Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah  utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah  antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!

  8. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita  masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya  adalah atas ‘ihsan’ (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada  sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. ‘Ihsan’  diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di  sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan  mereka tidak mahu kehilangan pengguna).

  9. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp. Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta  antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya  dari segi keselamatan (security) yang mana pengguna WhatsApp adalah amat terdedah kepada penggodam (hackers) terutamanya bila menggunakan WiFi  awam seperti di restoran dan cafe.

 

Kemunculan Telegram merupakan alternatif kepada pengguna WhatsApp jika pemilik baharunya mengenakan sebarang bayaran

Kemunculan Telegram merupakan alternatif kepada pengguna WhatsApp jika pemilik baharunya mengenakan sebarang bayaran

JANGAN LUPA:
Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh! – Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan) – Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu! – Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber’hijrah’, agar perhubungan tidak terputus. Pautan (link) untuk Telegram: https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger
Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp. Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.
Saya nasihatkan kenalan-kenalan supaya bertindak segera dalam  sehari dua ini juga. Jangan gadaikan biodata anda kepada intipan. Kalau  anda tak kisah sekalipun, ingatlah keluarga dan kawan-kawan tersayang,  mungkin anda boleh menyebabkan mereka yang menjadi mangsa.
Ayuh segera tinggalkan WhatsApp! – Sumber facebook

 

2 thoughts on “BAHAYA APLIKASI WHATSAPP – ANCAMAN MUSUH DI DALAM SELIMUT

  1. Pingback: Hati-hati Ngobrol dan Sharing Lewat Whatsapp (Setelah Dibeli Facebook) | Sinopsis Drama

Tinggalkan komen