MITOS HIMPUNAN BLACKOUT 505 – INI KALI LAH ATAU INI KALI KALAH LAH?…..


Pendahuluan

Pada 6 Mei 2013, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang  didakwanya dilakukan dalam PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei lalu. Akibat kekecewaannya untuk merampas tampuk pemerintahan di Putrajaya maka satu HIMPUNAN perlu dirancang untuk “cover” kemaluan yang dihadapinya.

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.

Beginilah sikap DSAI yang telah sebati dengan jiwanya apabila ia gagal mencapai sesuatu impian, beliau akan mempergunakan ketaksuban rakyat atau penyokong fanatiknya dengaan menimbulkan suasana gegak gempita dan hiruk piruk demi menggapai angan-angan untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Secara umumnya himpunan ini tidak lebih daripada percubaan beliau untuk mewujudkan PERSEPSI NEGATIF terhadap kerajaan dengan mengambil kesempatan untuk MEMBULI RAKYAT agar terus membenci Perdana Menteri sediada.

Politik Persepsi Dan Manipulasi Amalan Demokrasi

Entahlah apa kena dengan mentaliti DSAI yang sering menimbulkan POLITIK KEBENCIAN terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Beliau mempersoalkan tentang kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 yang lalu dengan mengutarakan HUJAH DANGKAL yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang bakal PM. Apakah beliau lupa atau sengaja bersandiwara dengan tidak menerima amalan demokrasi di Malaysia yang berteraskan SISTEM KOMANWEL atau “BRITISH DEMOCRACY – WESTMINSTER” bukan melalui SISTEM PRESIDEN yang menentukan kemenangan mengikut jumlah UNDI POPULAR yang diterima daripada setiap pengundi. Contohnya keputusan Pilihan Raya UK yang diadakan pada 7 Jun 2001 di mana sebanyak 659 kerusi parlimen telah dipertandingkan. Hasil keputusan pilihan raya tersebut menunjukkan Parti Buruh memperolehi undi popular hanya 10,731,859 undi (40.7%) berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya sebanyak 15,636,345 undi (59.3%). Merujuk kepada sistem pilihan raya UK, Parti Buruh telah dinobat sebagai kerajaan pemerintah kerana ia berjaya memperolehi 413 kerusi parlimen berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya iaitu 246 kerusi parlimen.

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistuharkan sebagai pemenang

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistiharkan sebagai pemenang

Beliau mempertikaikan kemenangan ini kerana ia berpendapat bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang sepatutnya diistiharkan sebagai pemenang. Ia merujuk kepada analisa jumlah keseluruhan UNDI POPULAR yang diperolehi oleh PR sebanyak 5,591,688 undi (51.32%) berbanding BN sebanyak 5,302,039 undi (48.67%). Jika kita congak dan bahagi kutipan undi popular yang diperolehi oleh PR didapati ia hanyalah sekadar lebihan 289,649 undi atau  5.17% sahaja mendahului BN. Kalau beliau bertanding di Indonesia atau Singapura, kita bolehlah menerima REALITI ini. Tetapi senario ini tidak mungkin berlaku di Malaysia kerana amalan demokrasi yang diguna pakai ialah SISTEM KOMANWEL yang berasaskan kepada jumlah MAJORITI bilangan kerusi PARLIMEN yang diperolehi oleh sesebuah parti politik.

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihanraya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihan raya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Hakikat ini telah dibuktikan melalui hasil analisa keputusan PRU13 yang lalu ke atas 222 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh Malaysia.  Di mana ternyata bahawa BN telah memenangi PRU13 dengan perolehan kerusi sebanyak 133 Parlimen (59.9%) berbanding PR sebanyak 89 Parlimen (40.1%) dengan melepasi batas MAJORITI MUDAH (112 Parlimen). Ternyata tindakan DSAI mempertikaikan keputusan PRU13 ini amatlah memalukan PR umumnya dan dirinya khususnya kerana ianya keluar dari mulut seorang calon Perdana Menteri. Jika beliau masih berterusan menegakkan benang yang basah terhadap isu ini, nescaya ianya menampakkan kebodohan dan keperibadiannya yang tidak memiliki nilai-nilai NEGARAWAN yang tinggi.

Himpunan Blackout 505

Objektif himpunan ini bolehlah dikatakan KLISE dan RETORIK ciptaan Pakatan Rakyat terutamanya DSAI. Beliau sebagai MASTER MIND himpunan ini bertindak sebagai KATALIS untuk mewujudkan suasana tegang dan emosi di kalangan masyarakat. Oleh kerana beliau memahami bahawa sokongan kaum Melayu masih utuh kepada UMNO-BN maka sesuatu PERISTIWA perlu direkacipta demi mengekalkan MOMENTUM penyokongnya. Himpunan ini tidak lebih kepada satu perayaan untuk bersuka-ria sambil memperagakan 33 Ahli Parlimen/ADUN yang baru memenangi kawasan masing-masing. Secara keseluruhannya, apa yang diucapkan oleh pemimpin PR terutamanya DSAI lebih melahirkan KEKECEWAAN untuk menjadi Perdana Menteri.

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Sepatutnya beliau perlu mengotakan JANJI dan mengambil langkah BERSARA dari arena politik negara seperti yang beliau nyatakan terdahulu sebelum berakhirnya PRU13. Bukankah beliau sudah berjanji jika ia GAGAL menumbangkan BN di dalam PRU13, beliau akan bersara dan menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Eropah. Di mana janji beliau? Sebaliknya beliau bermain kata-kata (play words) dengan memutar FAKTA bahawa PR telah menang secara majoriti melalui UNDI POPULAR. Inilah watak DSAI yang bijak menyusun KATA dan AUTA demi menyelamatkan KEMALUANNYA.

Apakah faedahnya himpunan ini? Jika ditanya kepada penyokong fanatik PR sudah tentu berdegar-degar hujah demi hujah yang menyokong tindakan himpunan haram ini. Walau ianya menyusahkan kehidupan masyarakat di sekeliling lokasi himpunan tersebut. Tahukah anda berapa ramai pengguna di jalan raya dan lebuhraya merungut dan menyumpah seranah ke atas penganjuran himpunan ini. Apa tidaknya, mereka terpaksa menunggu hampir 5 jam terperangkap di dalam kenderaan di Tol Subang Jaya, Jalan Airport Lama, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Punchong, KESAS, Jalan SS7/19 dan sekitar DUN Seri Setia.

Apa Yang Terjadi Pada Malam Itu

Keghairahan penganjur Himpunan Blackout 505 untuk memenuhkan ruang Stadium Petaling Jaya amat menjengkelkan. Apa tidaknya, mereka bertindak seolah-olah masyarakat sekitar kawasan tersebut bersetuju diadakan perhimpunan tersebut. Hampir setiap ceruk dan ruang kosong di kawasan perumahan SS7 Kelana Jaya dipenuhi kenderaan peserta. Mereka meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar dan masuk kediaman mereka. Suasana bising dengan sorakan REFORMASI dan UBAH menjadi rima dan melodi peserta. Ditambah pula bunyi-bunyian hon dari kenderaan dan tiupan “Vuvuzela” menjadi RUNGUTAN penduduk kerana mengganggu kedamaian mereka di waktu malam.

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Kesesakan yang teruk telah berlaku di sekitar jam 6 petang hingga 11 malam di kawasan ini hingga menyebabkan beribu-ribu kenderaan terperangkap di Exit Tol Subang menghala ke arah Shah Alam dan Kuala Lumpur. Ia meliputi Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya KESAS hingga ke Seri Kembangan. Kedengaran sumpah-seranah dan makian yang dikeluarkan oleh mereka yang terbabit sambil menyalahkan penganjur perhimpunan ini sebagai “MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI” dan menyusahkan pengguna.

Pada malam itu, secara keseluruhannya hampir 80% peserta adalah terdiri daripada kaum Cina. Mereka hadir dengan memperagakan pelbagai sepanduk dan kata-kata sindiran terhadap kerajaan sediada. Kaum Melayu yang hadir adalah di kalangan peniaga-peniaga makanan, barangan bermotifkan parti seperti poster, cd ceramah, air-hon (Vuvuzela) dan baju T-shirt. Hampir 2/3 daripada peserta memakai baju berwarna HITAM yang menandakan PROTES kepada keputusan PRU13. Aturcara yang dijalankan bermula dengan kata-kata aluan penganjur dan diikuti oleh ucapan pendek oleh 33 orang wakil PR serta diakhiri dengan ucapan RETORIK oleh DSAI. Intipati ucapannya berkisar tentang KETIDAKPUASAN hati beliau terhadap keputusan dan operasi SPR semasa mengendalikan PRU13. Sekaligus beliau menjadikan perhimpunan ini sebagai PLATFORM untuk menjustifikasikan bahawa beliau TIDAK AKAN BERSARA dari arena politik, malah akan melancarkan banyak lagi perhimpunan seperti “Blackout 505” di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor.

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Tepat jam 12 malam, semua peserta mula beredar dari Stadium sambil memekik-melolong dengan “Semangat Blackout” di fikiran masing-masing macam robot. Mereka seperti di “Brainwash” agar patuh tanpa menyoal segala ALASAN dan OMONGAN yang diberikan oleh pemimpin mereka. Sudahlah mereka membuat bising sampai mengganggu ketenteraman penduduk, tindakan tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap dan mengotorkan kawasan sekitar juga dilakukan oleh mereka dengan selamba. Siapalah yang akan membersihkannya, ya?

Kesimpulan

Kita semua tidak boleh meramal masa depan tetapi kita semua mempunyai sejarah yang boleh dijadikan rujukan kepada kita dalam membentuk generasi Malaysia yang kompetetif,dinamik dan berinovatif. Keutuhan sistem pilihan raya ini perlu dipelihara untuk menjamin kestabilan negara supaya Malaysia dapat terus menjadi negara yang lebih baik. Janganlah kita termakan dakyah-dakyah yang sesat lagi menyesatkan yang digembar-gemburkan oleh PR. Tindakan EKSTRIMIS dan RADIKAL perlu dikekang dari bertapak di dalam negara kita terutamanya dari aspek PERPADUAN dan KERJASAMA di antara semua kaum di Malaysia. Seharusnya kita perlu menghalang atau menjaga ahli keluarga dan sanak saudara dari terikut-ikut BUDAYA JALANAN yang menjadikan DEMONSTRASI sebagai tanda protes. Sebaliknya kita perlu akur dan menghormati BUDAYA BANGSA yang menjunjung DEMOKRASI sebagai tanda kematangan.

Jika kita ditanya oleh seseorang tentang menukar corak pentadbiran negara; “Ini Kali Lah atau Lain Kali Lah? Maka jawapan yang sebaiknya ialah “INI KALI KALAH LAH”……….

Tinggalkan komen