SELAMATKAN KALIMAH ALLAH DEMI KEUTUHAN UMMAH – JOM TURUN BERAMAI-RAMAI


Pendahuluan

Marilah kita beramai-ramai menghadirkan diri demi menyokong perjuangan umat Islam

Marilah kita beramai-ramai menghadirkan diri demi menyokong perjuangan umat Islam

Tanggal 14 Oktober 2013 akan menjadi lipatan sejarah kepada umat Islam di Malaysia. Ia menjadi penanda aras kepada kepekaan dan sensiviti umat Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya dalam menghayati erti Keluhuran Perlembagaan Negara. Diharapkan keputusan yang akan diumumkan kelak ianya akan menjadi titik pertemuan terhadap ukhuwah umat Islam tanpa mengira fahaman politik atau ideologi. Hanya kalimah ALLAH yang akan menyatukan kita demi kesucianNya.  

 

Kronologi Keputusan Isu Kalimah Allah

31 Disember 2009 – Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah ALLAH adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal. Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Marilah kita bersatu hati sederap melangkah kehadapan untuk mempertahankan kalimah Allah

Marilah kita bersatu hati sederap melangkah kehadapan untuk mempertahankan kalimah Allah

16 Februari, 2010 – Gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ‘ALLAH’ dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah. Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

10 September 2013 – Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan dalam kes itu. Panel itu akan memutuskan rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald menggunakan kalimah ‘ALLAH’.

Penglibatan semua pihak yang menolak percubaan menyalahgunakan kalimah Allah perlulah disokong

Umat Islam perlulah menolak percubaan menyalahgunakan kalimah Allah tanpa rasa takut walaupun ia disokong oleh rakan pakatan

Enam majlis agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dibenar menjadi pencelah dalam kes itu. Sementara itu, peguam Hanif Khatri Abdullah yang mewakili MACMA mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan sudah memaklumkan tarikh berkenaan kepada peguam Tajuddin Razak.

14 Oktober 2013 – Mahkamah Rayuan akan memutuskan isu ini sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah ‘ALLAH’. Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya memberitahu Bernama bahawa Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes itu ditetapkan pada 14 Oktober 2013.

Hujah-Hujah Tambahan

Sebagai tambahan kepada hujah-hujah terdahulu yang menolak permohonan kalimah Allah, kini terdapat empat (4) persoalan dikemukakan terhadap Gereja Katolik berhubung tuntutan mereka yang memerlukan jawapan bagi umat Islam di Malaysia iaitu:

Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka?

Mengapa nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani ialah Elohim, El, Eloh atau Elah?

Mengapa masih wujud percanggahan antara penganut Kristian tentang gelaran kepada tuhan?

Pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di Belanda, Tiny Muskens, telah membuat seruan supaya penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut Kristian sama ada dalam kalangan Protestan mahupun Katolik. Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama dan Sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya,

Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to Allahall he wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It is not a good sign when members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion.

Manakala Pengerusi General Synod of the Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak cadangan Muskens supaya penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’, beliau berkata,

I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this maneuver.

Di samping itu, terdapat artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews, seorang penganut Kristian Koptik di Mesir berjudul ‘Allah bukan tuhan agama Kristian dan Yahudi’ yang dilaporkan di dalam coptichistory.org mengatakan bahawa kalimah ‘Allah’ hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada tuhan bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim. Kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi agama Kristian masih menjadi suatu polemik dalam kalangan agamawan Kristian. Oleh itu apa hujah Gereja Katolik di Malaysia untuk mempertahankan penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan ia sendiri belum dimuktamadkan oleh Kristian di peringkat dunia?

Oleh itu, apa jaminan Gereja Katolik untuk mengatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ hanya terbatas buat penganut Kristian dan bukan terhadap umat Islam?

Sebagaimana hujah yang telah dikemukakan sebelum ini, penjajah Kristian yang datang ke Tanah Melayu mempunyai dua matlamat utama. Antaranya ialah untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia antara negara sasaran bagi satu gerakan Kristianisasi yang digelar “Window 10/40”. Ini kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia. Malah dalam satu laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997 melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya ia seperti taktik untuk cuba menarik minat orang-orang Islam membaca buku-buku ini.

Adakah Gereja Katolik bersetuju sekiranya dikatakan bahawa fakta-fakta tentang tuhan di dalam Bible itu tidak sejelas dan setepat al-Quran malah bercanggah antara satu sama lain?

Sebagai contoh, terdapat ayat di dalam Bible yang merujuk kepada ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian Lama yang menyebut; (Perjanjian Lama Buku Ulangan bab 6 ayat 4)

Ingatlah wahai bangsa Israel! Tuhan satu-satunya ialah Allah kita.

Bagaimanapun di tempat yang lain banyak ayat yang menyanggah ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian Baru; (Perjanjian Baru Lukas bab 3 ayat 21 dan 22)

Setelah semua orang dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengar satu suara dari Syurga mengatakan: Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hatiKu.

Sedangkan fakta-fakta tentang Allah di dalam al-Quran amat konsisten dan tidak pernah berubah-ubah. Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar. Allah S.W.T berfirman dengan maksudnya :

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.

Adakah golongan Kristian redho untuk memperakui bahawa Allah itu SATU? Bukan disekutukan dengan makhluk lain, jika mereka ingin menggunakankan kalimah Allah?

Adakah golongan Kristian redho untuk memperakui bahawa Allah itu SATU? Bukan disekutukan dengan makhluk lain, jika mereka ingin menggunakankan kalimah Allah?

Sehubungan itu, al-Quran mengajar umat Islam apabila berlaku pertembungan antara Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian), menjadi tanggungjawab umat Islam menyeru mereka supaya menerima konsep ‘Allah’ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran tersebut. Allah S.W.T berfirman berkenaan hal ini di dalam surah Ali Imran ayat 64 yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.

Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan merujuk kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang sekutu bagi-Nya?

Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

Selamatkanlah Kalimah ALLAH…..

Sumber :

http://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html.

http://www.coptichistory.org/new_page_197.htm

Berita Harian, 4 Februari 1997

Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997

Rujuk Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia, Perjanjian Lama Buku Ulangan bab 6 ayat 4

Rujuk Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia, Perjanjian Baru Lukas bab 3 ayat 21 dan 22

Tinggalkan komen