AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DALAM MELEMAH DAN MENGHANCURKAN ISLAM


Pendahuluan

Al-Ghazwul Fikri merupakan salah satu daripada strategi musuh islam untuk melemahkan kekuatan Islam. Peristiwa Perang Salib dengan kemenangan umat Islam menjadi titik tolak ukuran kekuatan Islam. Kemenangan ini membuktikan bahawa Islam tidak akan hancur diperangi secara FIZIKAL.

Perang Salib tidak berakhir, hanya digantikan dengan Perang Dingin secara rahsia oleh musuh Islam

Senario ini dapat dilihat melalui kegagalan tentera Soviet Union (Rusia) dalam peristiwa pencerobohan ke atas Afghanistan dengan ledakan puluhan ribu bom dan peralatan perang. Namun, ia masih berdiri tegak hingga sekarang, sedangkan Soviet Union menjadi hancur ekoran tindakan beberapa negara naungannya bertindak menuntut kemerdekaan. Susulan daripada ketidakmampuan dan keengganan Soviet Union untuk menanggung hutang perang ketika menggempur atau mengebom Afghanistan maka tokoh Yahudi dan Nasrani telah merangka satu strategi ampuh dalam menghancurkan Islam melalui kaedah al-Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran/  Perang Saraf).

Kaedah Al-Ghazwul Fikri diaplikasikan di dalam media massa untuk menyerang jati diri dan ajaran Islam secara halus dan sistematik

Al-Ghazwul Fikri adalah sebuah teknik propaganda yang hebat digunapakai ke atas kebudayaan atau cara hidup masayarakat Islam samada melalui kaedah yang nyata atau halus. Merujuk kepada buku karangan Prof. Abdul Rahman H. Habanakah bertajuk “Metode Merosakkan Akhlak Dari Barat” menceritakan perihal al-Ghazwul Fikri. Ia diterapkan secara ILMIAH agar cara hidup dunia Islam berubah dari berpaksikan AGAMA kepada kebenaran LOGIK akal. Secara dasarnya ia tidak usah menukar agama. Sebaliknya biar ia tetap menjadi orang Islam tetapi akal fikirannya tidak lagi menyakini dan melaksanakan ajaran Islam.

Definisi Al-Ghazwul Fikri

Kalimah Al-Ghazwul Fikri terdiri daripada dua perkataan iaitu al-Ghazw dan al-Fikr. Al-Ghazw bermakna perang atau serangan. Manakala al-Fikr bermakna pemikiran (minda). Adapun makna kalimah ini dari segi Istilah adalah :

Definisi Umum :

“Satu gugusan usaha yang dilakukan oleh satu bangsa untuk menjajah bangsa yang lain atau mempengaruhinya sehingga mereka menghala ke arah yang sama.”

Definisi Khusus :

“Menggunakan segala cara selain bentuk ketenteraan yang dilakukan oleh Nasrani dan selain mereka daripada musuh-musuh Allah untuk menghapuskan mazahir kehidupan Islam dan mengubah kaum muslimin daripada berpegang dengan ajaran Islam aqidah dan suluk.”

Al-Ghazwul Fikri Menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah S.W.T telah pun menceritakan berkenaan al-Ghazwul Fikri ini dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :

Orang-orang Yahudi danNasrani TIDAK akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah S.W.T Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah S.W.T tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Begitu juga di dalam hadis sahih dikeluarkan Al-Imam Al-Bukahri dalam Sahih beliau :

“Daripada Abu Said Al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu mengikutnya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani? Kata baginda: SIAPA lagi (jika buka mereka).”

Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan mengalah dalam mengatur strategi untuk menghancurkan agama Islam walaupun perlu menanti hingga akhir zaman

Sejarah Kedatangan Al-Ghazwul Fikri

Sejarah al-Ghazwul Fikri ini jika diteliti telah mula semenjak zaman Saidina Usman bin Affan R.A apabila Abdullah bin Saba’ seorang Nasrani-Yahudi berjaya memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan wujudnya Firqah Syiah yang terkenal memerintah Iran sekarang. Namun, pada masa dahulu serangan-serangan pemikiran ini dapat ditepis dengan mudah walau sejauh mana ia telah menular kerana umat Islam pada ketika itu mempunyai kekuasaan politik dan kekuatan ekonomi serta Tamadun Islam yang unggul.

Negara Barat menggunakan alasan “terrorism” atau keganasan untuk memerangi umat Islam secara global tanpa sempadan

Keadaan ini berubah sehinggalah runtuhnya empayar Turki Usmaniyyah hasil suntikan al-Ghazwul Fikri yang tepat ke jantung umat Nabi Muhammad S.A.W di mana racun ini dengan cepat merebak ke seluruh jasad umat Islam. Perdana Menteri Britain terdahulu (Gladison) telah menyebut bahawa : “Kamu tidak akan kekal di Mesir selagi Kitab ini (sambil memegang Al-Quran) berada di tangan bangsa Mesir”. Kesedaran bahawa Peperangan bersenjata GAGAL melumpuhkan umat Islam amat jelas dengan kekalahan golongan Nasrani di dalam Perang Salib. Begitu juga kemenangan kaum Muslimin ke atas bangsa Moghul yang kuat dan ganas.

Strategi Al-Ghazwul Fikri

Sekurang-kurangnya terdapat empat kaedah yang digunakan orang-orang kafir dalam mencapai sasaran al-Ghazwu Fikri. Ia bertujuan untuk menghilangkan ajaran Islam supaya ianya tidak berkembang. Empat kaedah ini telah diterangkan oleh Abu Ridha dalam buku karangannya bertajuk “Pengantar Memahami al-Ghazwul Fikri”. Beliau menyatakan dengan tegas bahawa al-Ghazwul Fikri merupakan sebahagian dari uslub qital (metode perang) yang bertujuan untuk memisahkan umat Islam dari ajaran agamanya.

Kaedah menghina Nabi Muhammad S.A.W, merendahkan imej ajaran Islam, menimbulkan kekeliruan al-Quran dan menyuburkan ideologi Barat adalah perangkap kepada umat Islam

PertamaTasykik iaitu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan kedangkalan (superficiality) aqidah umat Islam terhadap ajaran agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang (memperlecehkan) Al-Qur’an dan Hadits, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau berkempen bahawa hukum Islam tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup zaman sekarang.

Kedua – Tasywih iaitu gerakan yang berupaya menghilangkan kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya. Anologinya dengan memberikan gambaran Islam secara buruk sehingga timbul rasa rendah diri (inferiority) di kalangan umat Islam. Di sini, mereka melakukan penceritaan (naratif) negatif tentang agama Islam melalui media massa dan ceramah dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu kelihatan menyeramkan, kejam, sadis, radikal dan lain-lain istilah yang kurang menyenangkan pendengarnya.

Ketiga – Tadzwib iaitu usaha pencairan budaya dan pemikiran (dilution of culture and thought). Di sini, kuffar dan munafiqin telah mencampuradukkan antara hak dan batil di antara ajaran Islam dan bukan Islam. Sehingga umat Islam kekeliruan dan kebingungan untuk mendapatkan bimbingan atau pedoman hidup.

Keempat – Taghrib iaitu usaha pembaratan (westernization) dunia Islam dengan mengalak atau mendorong umat Islam untuk menerima pemikiran Barat dan budaya mereka seperti sekularisme, pluralisme, nasionalisme, dan liberalisme.

Kesimpulan

Secara terus terang, umat Islam perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa serangan al-Ghazwul Fikri melalui semua kaedah di atas telah berlaku semenjak berakhirnya Perang Salib hingga kini. Semua ini boleh dirasai dan terbukti melalui SIKAP dan SIFAT umat Islam sama ada melalui lisan, perbuatan atau amalan. Ia terbukti jika kita mengamati tingkah laku umat Islam masakini yang mempengaruhi ucapan, sikap dan perilaku mereka dalam meniti kehidupan seharian. AWAS! Jangan biarkan kita termakan dengan TIPU DAYA dan IDEOLOGI yang boleh menggugat keimanan kita. Kesan daripada serangan al-Ghazwul Fikri ini akan mengakibatkan umat Islam menjadi umat yang hina, mudah diperbodohkan, mendapat laknat dan dugaan Allah S.W.T, terjatuh dalam amalan syirik kepada Allah S.W.T, mendekatkan diri mereka kepada murtad dan azab dunia. Oleh itu, marilah kita membentengkan diri dengan keyakinan aqidah yang kuat serta menjadikan Al-Qur’an dan as-sunnah sebagai rujukan hukum dalam kehidupan kita, semoga Allah S.W.T menjauhkan kita dari keinginan-keinginan untuk mengingkari segala peraturanNya. Amiin….

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan dua perkara sebagai panduan kepada umat Islam untuk berpegang teguh agar kita tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan AS-SUNNAH

“Sila sebarkan risalah ini kepada saudara seagama kita yang dikasihi agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak”

4 thoughts on “AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DALAM MELEMAH DAN MENGHANCURKAN ISLAM

  1. MAAF GAN, ANDA BILANNG SYIAH ADALAH LANGKAH SETBACK UNTUK MERAJUT PERSATUAN UMAT. JUSTRU KALAU KITA AMATI, SYAIAH LEBIH KONSISTEN DARI KITA SUNNI,MEREKA MENOLAK AMERIKA DAN YAHUDI, KIT NEGARA SUNIBEKERJA SAMA DG AMERIKA/YAHUDI, BAHKAN SELURUH TEKNOLOGI YG KITA PYNYAI ADALAH BUATAN AMERIKA, COBA BANDINGKAN IRAN, MEREKA SANGAT MANDIRI DAN INDEPENDEN. SEBURUK2 SYIAH (KALAU ANDA MAU SPERTI ITU) MASIH JAUH LEBIH BAIK KETIMBANG YAHUDI/NASRANI YG DI ALQURAN DISEBUT SBG MUSUH SECARA LANGSUNG. SEMENTARA SYIAH TIDAK ISYARAT ALQURAN LANGSUNG MENYIBUTKAN ITU. SMG KITA LEBIH BERIKIR JERNIH.

Tinggalkan komen