RAHSIA DI SEBALIK SIMBOL BULAN SABIT DAN BINTANG


Adakah simbol bulan sabit dan bintang hak eksklusif umat Islam

Pendahuluan

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!

Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)

Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniyyah

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera Kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. maka simbol bulan sabit digunakan sebagai METOPHORA untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Sebelah hujung yang satu menunjukkan Benua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakala lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Dewi Artemis merupakan simbol bulan sabit bagi kaum Nasrani

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God). Sabda Rasullulah S.A.W :

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang

Dewa

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri. Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.

Jacques De Molay

Lagenda Jaques De Molay

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir  iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312.

Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason

Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untuk membuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagai LAGENDA kepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDA umat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agama ISLAM. Jika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR. Na’uzubillahi min zalik……

Peranan Umat Islam

Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu FATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Kemunculan Dajjal akan menguasai dunia dengan tipu daya yang nyata

Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDA dalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianya REMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL

Ingatlah bahawa;

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata:

” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.

(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)

Kesimpulan

Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAM yang melarang perkataan ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM

Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.

Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI  dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESA. Marilah kita sama-sama SEBARkan MESEJ ini agar kita tidak lagi asyik-masyuk TIDUR DIBUAI MIMPI PALSU…….

Kejahilan dan kenaifan umat Islam terbukti pada bendera rasmi negara di mana simbol bulan sabit dan bintang dijadikan sebagai simbol IKON NEGARA

“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”

 (Surah Yusuf : Ayat 106)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

(Surah Yusuf : Ayat 108)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 120)

16 thoughts on “RAHSIA DI SEBALIK SIMBOL BULAN SABIT DAN BINTANG

  1. CUBA CHECK KAT BLOG TUAN KELARIAS ADA DISEBUKAN RAHSIA BENDERA MALAYSIA ADALAH RAHSIA HURUF NUN PADA BULAN BINTANGNYA. DONGENG TUAN KELARIAS

  2. sebenarnya umat islam tak tertipu….mereka tak terpikir apa yang saudara tulis.sehinggalah saudara menyebarkannya kembali.apa yang saudara copy ni sebenarnya daRI sebelah pehak jer.cuba cari maknanya dalm maksud mereka yang berugama islam dan sejarahnya.secara tak sengaja saudara yang terpedaya dengan tipuan yahudi dan kuncunya.apa salahnya saudara perjuang dan pertahankan apa simbol itu bagi pihak islam.jika separuh umat islam itu percaya dan separuh lagi tidak dari situ sudah nampak ada pertikaian..seterusnya perbalahan….dan akhirnya perpecahan.

  3. biarkan benda yang remeh temeh yang orang tak sedar pun kewujudannya.tak perlu nak diperbesarkan.lebih2 lagi simbol itu ada pada rumah2 allah.takut nanti geng yahudi tak apa,kita pulak yang terlebih-lebih….yang senyum ketawa lihat kita berpecah siaPA?tunggu masa jer…retak menunggu belah…

    • Saya amat bersetuju dengan pandangan fakar ali. Orang kita mementingkan hal yang remeh temeh sedangkan yang terpenting iaitu penyatuan ummah kita tidak titikberatkan. Kalau setakat bendera tu kita nak buat isu nampaknya hampehlah kita ni.

  4. salam,

    “Kami menolak kepada kata2 kekaguman kehebatan si dajjal itu,
    tetapi,
    kami mengajak kepada kata2 pujian tentang Yang Maha Esa…

    Kami tidak hiraukan siapa si mata satu itu dan fitnahnya,
    kerana kami berpaut kepada Yang Maha Sempurna…

    Tiada kami kisahkan segala simbol mata satu itu,
    tidak kami kisah berkeliarannya simbol itu dimana-mana,
    Tiada kami gusarkan godaannya jika kami tak mampu membunuhnya,
    kerana kami yakin.tentang satu
    bahawa jika Dia sudah di hati,segala yang terlihat hanyalah Dia…

    Kami lupakan kesengsaraan hidup dalam fitnahnya,
    dengan cara mengingatiNya dan terus mengingatiNya tatkala kami terlupa…
    Kami tinggalkan ketakutan tak bersebab terhadap semua sihirnya,
    kerana kami yakin Tuhan itu Maha Melindungi bagi sesiapa yang meminta perlindunganNya…

    Kami tinggalkan seribu satu cerita tentang durjana itu,
    kerana ia tidak mampu menandingi sejuta satu cerita keesaanNya…

    Kami berhenti menceritakan panasnya hidup di bumi zaman ini,
    kerana…
    Kami mahu memulakan perjalanan ke bumi damai sana…

    tetapi…
    Kami bakal gagal,

    tanpa anda semua…

    kerana kami benar-benar yakin,
    tiada penyatuan dalam yang lain selain syahadah…
    itulah fokus kami…
    menggabungkan “semua” dalam syahadah…

    semua makna,semua ummah,semua semangat

  5. simbol bulan dan bintang memang terdapat dlm penyembahan berhala arab jahiliyyah.dlm beratus tuhan yg ada mereka menganggap tuhan il-lah adalah tuhan yg paling agung antara semua tuhan.kedatangan nabi saw cuma memperbetulkan hakikat ALLAH bahawa dia ALLAH adalah tuhan yg agung dan hanya SATU..sbb itu dlm QURAN sering menyatakan bahwa kamu(kafir) sudah mengenal siapa ALLAH..

  6. Dlm QURAN byk menerangkan tentang BULAN dan BINTANG.Bulan merujuk kpd kalendar islam dan masuk waktu SHOLAT.Bintang menghalau dan merejam syaitan..semua adalah MAKHLUK ALLAH yg melaksanakan tugas.Asalkan kita umat ISLAM memahami hakikat disebalik semua kejadian dan kita HANYA MENYEMBAH TUHAN YG MENJADIKAN BULAN DAN BINTANG..

  7. Sebaiknya semua cerdik pandai Islam pemeparkan semua unsur Islam yang ditunjukkan oleh Baginda Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. untuk difahami masyarakat Islam di akhir zaman ini terlalu banyak disogokkan dengan unsur bukan bersumberkan AlQuran dan Alhadith atau simbol-simbol yang digunapakai oleh Baginda. Aameen.

  8. Terima kasih saudara/saudari kerana mengeluarkan isu ini, saya fikir saya harus mengeluarkan pendapat saya Sekarang logic agar ia mudah lagi difahami, bulan bintang dan penggunaan ia dalam simbol islam bagi saya merupakan sesuatu yang haram, mengapa? Tak perlu lah saya nak keluar kan hadis kita cakap logic sahaja, apa pendapat anda penggunaan salib dalam agama kristian? First thing most jahil said, depa sembah salib, jadi Ini juga kita kena tengok juga kita sendiri bukankah kita macam mengiakan bulan dan bintang sebagai tuhan dengan menggunakan ia sebagai simbol. Kita xnak ada unsur syirik sebab tu bagi saya penggunaan bulan dan bintang sebagai simbol Ini haram. Kita xnak orang salah paham nanti ia jadi benda yang meragukan. Btw salib tu sebenarnya digunakan sebagai tindakan meletakkan sumpah kutuk kepada seseorang. Tambah sikit ya saudari/saudari bukan apa orang jahil lebih paham logic.

    • Salam.jgn kamu mengharamkan apa yg halal dan menghalalkan apa yg haram.jgn menghukum tanpa ilmu.jgn menilai berpandukan nafsu.nyatakan nas dan dalil2 sahih sbg rujukan.setakat guna logik xboleh dijadikan sandaran.sy btanya kpd kamu, kamu cuba jwb guna logik kamu kalau mampu.kamu pcaya tuhan, sy mtk kamu jwb apa bukti nya tuhan wujud? Kalau wujud dimana? Kalau guna logik akal, akibatnya silap2 boleh jd atheis.kat sini fungsi ilmu yg bersanad dan berwasilah.kat sini fungsi Quran dan Hadith.nsht sy, cr guru yg mursyid, tadah ilmu sbyk mungkin.setiap penciptaan ada hakikatnya.bulan dan bintang pd logo..nun yg menyimpan sejuta rahsia.wallahualam.

  9. Assalamualaikum…
    Kepada Tuan2 saudara seAgama ku sekelian… Semak dan kaji semula apa yang diutarakan dalam blog ni…. saya tidak setuju dengan artikel ni… pembaca jangan hanya menerima sahaja… Tuan2 kajilah semula bagaimana asalnya Islam menggunakan simbol bulan dan bintang ni.. adakah kamu lupa tentang sejarah kegemilangan Islam terdahulu… bagaimana Islam terdahulu mencapai kejayaan.. jangan hanya duduk pada takluk logik semata2.. janganlah kita terpengaruh dengan kajian seperti ini.. kerana bulan sabit dan bintang ini adalah hak orang Islam.. sebab apa?? Kajilah semula, kerana ilmu astronomi ini lah sebabnya menjadi punca dan membawa kemajuan Islam suatu ketika dahulu… kenapa kita masih lagi memegang bahawa ilmu astronomi ini ‘mereka’ (yahudi dan nasrani) yang menguasainya…??? Padahal ilmuan2 Islam terdahulu telah menguasainya terlebih dahulu dan ‘mereka’ telah merampasnya hak ini dari orang Islam setelah negara2 Islam ini jatuh akibat dari campur tangan ‘mereka’ kerana mereka menyedari HAKIKAT ini… mereka mengkaji semula dan terus mengatakan ilmu ini hak ‘mereka’ dan membawa kemajuan kepada ‘mereka’ hingga sekarang… asal ilmu ini dinamakan ILMU ‘FALAK’ dan TELAH DITUKAR KEPADA ‘ASTRONOMI’ supaya ‘mereka’ dapat menukar mentaliti umat Islam sekarang untuk mengatakan ilmu Falak (astronomi) ini adalah dari ‘mereka’ agar umat Islam dibiarkan terus lemah dari segala aspek dan mereka terus dianggap kuat dan hebat… sedarlah Tuan2 semua… kaji dan renungkanlah.. jangan kita menafikn hak orang Islam…
    ADAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR??..

  10. Hanya allah yang tau apa itu lambang bulan bintang dan sabit,dan hanya allah yang tau amal ibadah kita di terima

Tinggalkan komen