RAHSIA DI SEBALIK LARANGAN PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SECARA BERDIRI OLEH RASULULLAH S.A.W

Pendahuluan

Pernahkah anda minum sambil berdiri?

Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita? Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat. Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”

(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”

(Riwayat :  Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”

(Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak AlKailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat  hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

ADA APA DENGAN ISRAK MIKRAJ?

Peristiwa besar Rasulullah dimikrajkan bersama Jibrail

Hari ini 29 Jun 2011 bersamaan 27 Rejab 1432 umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa besar iaitu ISRAK MIKRAJ. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup signifikan dalam diari dan sejarah umat Islam. Dan kerana itu juga kita mempunyai kepentingan untuk membebaskan BaitulMaqdis (Masjid Al Aqsa) Palestin iaitu tempat berlakunya peristiwa ini dari cengkaman Israel. Bersama-samalah kita menghayati kebesaran Allah S.W.T walaupun ada di antara kita sudah hafal dan arif tentang kronologi peristiwa ini.

Pendahuluan

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa israk mikraj ini telah dihuraikan dalam al-Quran dengan mafhum firman Allah S.W.T.

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem/ Baitul Maqdis di Israel/ Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi solat berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Sebelum Israk dan Mikraj

Illustrasi buraq

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ILMU dan IMAN ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah S.A.W dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

  • Negeri Thaibah
    (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  • Bukit Tursina
    iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
  • Baitul-Laham
    (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman merekaapabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harumRasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala merekaSetiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kainMereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi merekaKata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/ suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batuKata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lainKata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kaliSetiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga merekaKata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu – Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannyaKata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya – Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatuKata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  • Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  • Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu”.

Kota Mekah yang menerangi seluruh alam.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

  • Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  • Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  • Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapa tmenyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Dailog Rasulullah S.A.W  bersama Allah S.W.T

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W.turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

# NOTA :

Pada rakan-rakan yang berpuasa pada hari ini, insya Allah ganjaran seperti berpuasa 5 tahun akan jadi milik kita. Marilah kita sama-sama panjangkan coretan ini kepada sahabat handai buat renungan bersama…..Insya’allah…..

RAHSIA MEKAH : NOMBOR 1.618 – KEAJAIBAN ALLAH

Kota Mekah

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

Dalam klip video ini, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.

Keunikan Manusia

Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai HARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.

Dimanakah Titik Nisbah Emas Di Bumi?

Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..

Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam dan Metametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T……

Vodpod videos no longer available.