Salam Sejahtera Buat Semua Penyokong ApanamDotcom….
Hari ini merupakan detik bersejarah kepada warga kerja di blog https://apanamadotcom.wordpress.com kerana dengan sokongan dan dokongan anda semua, kami di ApanamaDotcom telah berjaya mencapai hit sebanyak 100,000 kunjungan pelawat hingga ke saat ini. TAHNIAH! kepada semua warga kerja yang turut sama membantu dalam menjayakannya. Kepada 209 orang pelawat yang memilih butang “Like” pada rangkaian Facebook, pihak kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH tidak terhingga di atas sokongan anda yang tidak mengenal jemu dalam memberikan idea dan cadangan kepada kami. Insya’Allah, segala cadangan dan komen daripada anda akan dijadikan panduan dalam memajukan lagi blog ini.
Wajah lama ApanamaDotcom pada awal pelancaran 2011
Wajah Baru ApanamaDotcom menjelang tahun 2013 – Blog dan Facebook
Cetusan minda terkini dalam mengutarakan Kritis dan Kritikal terhadap isu semasa

ApanamaDotcom versi Facebook lebih terbuka minda dalam mengkritik permasalahan sosio-politik dan masyarakat
Untuk makluman semua, blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai bangsa dan negara di seluruh dunia. Ini terbukti sehingga 25 Disember 2012, pihak kami telah mendapat kunjungan pelawat dari 102 buah negara dengan bilangan purata 4,700 hingga 5,800 pelawat setiap bulan.

ApanamaDotcom telah mendapat sambutan pengunjung yang menggalakkan dari 102 buah negara di seluruh dunia
Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Di atas Sokongan ANDA. Tanpa penglibatan ANDA, Kami Tiada Di Persada Maya………………ApanamaDotcom….. Gerbang Minda Merdeka