Monolog Jiwa


Melayu itu panjang akalnya. Namun begitu, kadangkala singkat pemikirannya. Tidak boleh ditegur atau diherdik oleh bangsa sendiri, jika dihina amarahnya tinggi. Kalau dihina atau dicabar bangsa lain, dirinya kerdil hilang jati diri..

Salahkah kita kembali mencontohi semangat orang melayu awal 50’an? Tangkas, bingkas serta tegas dalam memperjuangkan hak-hak bangsa. Biar kita sepakat dan maufakat dalam soal kemuslihatan bangsa.

Jika kita masih berlawan arus dalam soal kendirian bangsa. Tolonglah jangan diikut resmi moyang kita yang sanggup berpantang arang berkerat rotan jika berlaku krisis sesama sendiri. Tidak cukup dihapuskan keturunan. Tapak dan tiang rumah dibuang ke dalam laut.

Buruknya feal melayu, jika bergaduh sesama sendiri, hilang rasa hormat dan malu. Hanya yang ada perasaan hasad dan dengki untuk jatuh-menjatuhi sesama sendiri. Inilah dilema bangsa MELAYU.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s