MEMOIR HAMKA – PEMUDA ISLAM YANG DIUJI KEIMANANNYA OLEH ZENDING KRISTIAN – BAHAGIAN 2 : TATACARA SOLAT VERSUS SEMBAHYANG


Pendahuluan

Pada nukilan yang lalu, saya menceritakan perihal seorang pemuda Islam yang diuji keimanannya oleh Zending (Mubaligh) Kristian secara halus berkaitan persoalan KAABAH sebagai KIBLAT orang Islam. Adakah sama praktisnya seperti menyembah berhala. Jawapannya sudah semestinya TIDAK. Oleh itu, di dalam bahagian 2 ini, Prof. Dr. Hamka akan menceritakan sambungan perbincangannya dengan pemuda Islam yang terkeliru dan ragu-ragu terhadap amalan yang terdapat dalam solat.

Kaabah adalah Kiblat orang Islam di muka bumi

Ekoran daripada perbincangan terdahulu pemuda tersebut bersama Zending adalah berkisar tentang tatacara seorang Islam mengerjakan solat. Pihak Zending sengaja mengkritik tatacara bersolat dengan beberapa persoalan asas. Mengapa perlu rukuk? Mengapa perlu sujud? Mengapa perlu berwuduk? Mengapa solat ditentukan waktunya? Mereka membuat dakyah bahawa orang Islam hanya mementingkan gerak-geri badan sahaja, tidak mementingkan hati yang tunduk patuh kepada Allah S.W.T. Selain daripada itu, solat dalam agama Islam itu terlalu banyak, membuat hilang masa (waktu) sehingga lima kali sehari semalam. Jika bertemu dengan orang Islam yang fanatik; dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain, dia berani meninggalkan mesyuarat kerana waktu Maghrib telah datang.

Misi Menyerang Aqidah Orang Islam

Gerakan Kristianisasi semakin menular di kalangan orang Islam masa kini

Inilah modius operandi mereka; dengan kaedah menyerang AQIDAH dan IBADAT kita terlebih dahulu. Kita hanya diberikan kesempatan untuk bertahan dan mengemukakan hujah-hujah sokongan sebab-musabab solat kita begitu. Lebih membimbangkan kita ialah jika soalan ini dikemukakan kepada orang Islam yang tidak cukup pengetahuan asas agamanya. Nescaya kita akan “KALAH” sebelum berjuang dek kerana serangan mereka yang bertubi-tubi terhadap kita. Apa lagi kalau kita kekurangan ilmu tentang tatacara sembahyang orang Kristian. Tentunya orang Islam tadi akan “KALAH” dalam perdebatan tersebut. Kesan daripada kekalahan ini akan menimbulkan perasaan “INFERIORITY COMPLEX” (rendah diri). Taktik ini digunakan oleh Zending adalah bertujuan untuk menyembunyikan kelemahan mereka agar tidak diperdebatkan oleh orang Islam.

Aktiviti memurtadkan orang Islam di DUMC, Petaling Jaya

Tindakan ini merupakan MUSLIHAT jahat mereka dalam menggugat keimanan dan kepercayaan orang Islam. Jika tindakan ini bukan ditafsirkan sebagai PROPAGANDA. Maka apakah nawaitu mereka cuba mempengaruhi orang Islam yang telah ada agamanya di dalam HATI, patuh mengerjakan SOLAT dan berbudi pekerti sebagai orang ISLAM?

Perbezaan Amalan Dan Tatacara Sembahyang Orang Kristian

Sepatutnya mereka tidak wajar mengusik-ngusik hal solat orang Islam seperti orang Kristian yang telah mempunyai cara sembahyangnya. Kalau soalan ini diajukan kepada orang Islam yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam dengan persoalan mengapa orang Islam bersolat sedemikian? Sudah tentu dia akan bertanya pula kepada Zending (mereka);

“Mengapa orang Kristian mempunyai bermacam-macam tatacara bersembahyang? Mengapa terdapat perbezaan tatacara bersembahyang Katolik dan Protestan? Mana yang benar? Mengapa ada orang Kristian yang membawa tangan ke kening, ke dada kiri dan kanan sebagai tanda SALIB? Dan ada pula yang bersembahyang memperketupkan jari-jarinya? Bahkan ada yang bersembahyang dengan bermenung (bertafakur) satu jam lamaya, tidak bercakap-cakap (Cara sembahyang orang Quaker)? Manakah tatacara bersembahyang yang BENAR?”

Adakah logik akal apabila makan roti dan minum air anggur dikhayalkan seperti makan daging dan meminum darah Jesus.

Kekeliruan tentang agama Kristian ini boleh dilihat dengan NYATA semasa bersembahyang di dalam gereja di mana mereka dibagi-bagikan sepotong roti dan seteguk air anggur oleh biarawan atau biarawati. Lalu dikatakan oleh Paderi mereka bahawa ROTI itu adalah DAGING Jesus Kristus dan air ANGGUR itu adalah DARAHnya. Mereka diminta berkhayal (Ilusi) pada waktu roti dimakan dan air anggur diteguk, mereka hendaklah BERIKTIKAD dalam hati bahawa roti dan air anggur tersebut hendaklah diyakini benar-benar darah daging Jesus.

Iktikad ini telah dipertikai dan diperdebatkan dalam gereja Inggeris dengan hebat sampai menjadi bahan perbicaraan ke parlimen. Ini kerana ada yang berkata bahawa ROTI TETAP ROTI biasa. Hasil perdebatan tersebut berpandangan bahawa cuma ketika memakan dan meminumnya dikhayalkan saja dalam HATI bahawa ia adalah daging dan darah Jesus. Manakala bagi golongan fanatik tetap berkeras ianya perlulah diyakini betul-betul bahawa itu adalah daging dan darah Jesus.

Mengapa Solat Mesti Bahasa Arab

Perbualan Zending bersama pemuda Islam tersebut masih rancak diperdebatkan. Mereka bertanya lagi kepada pemuda ini yang tidak ada pengetahuan untuk menjawab pertanyaan;

“Mengapa solat mesti di dalam bahasa Arab?” Apakah orang Islam menyangka bahawa tuhan Allah S.W.T itu tidak pandai bahasa selain bahasa Arab? Padahal tidak ada orang Islam yang berfahaman bahawa tuhan Allah S.W.T tidak tahu segala bahasa penganutnya seramai 1.57 bilion orang Islam (2010) atau seorang daripada empat orang penduduk dunia ini tetap menggunakan BAHASA ASLI yang diajarkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.”

Sudah tentu orang Islam pula akan bertanya kepada mereka;

“Mengapa orang-orang Kristian sembahyang tidak menggunakan satu bahasa?” Katolik tetap mementingkan BAHASA LATIN seperti orang Islam mementingkan BAHASA ARAB? Sedangkan Protestan tidak! Ini kerana mereka tidak dapat memakai bahasa Injil yang asli kerana sampai sekarang Injil asli itu tidak ada lagi. Kini, Injil sediada adalah hasil cetakan salinan ke salinan hinggakan kita tidak dapat mencari asal-usul intipati perkataan tersebut.”

Kitab al-Quran kekal asli kandungan ayatnya dalam bahasa Arab sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

Kalau mereka mempunyai Injil asli itu, sudah tentulah mereka akan lebih khusyuk bersembahyang. Ini kerana jika mereka mengucapkan bacaan-bacaan (doa) sembahyang, mereka akan lebih berkeyakinan sepertimana yang diajarkan oleh Isa al-Masih. Senario ini berlainan pula dengan orang Islam di mana Nabi Muhammad S.A.W. telah mengajar umatnya bersolat dengan bacaan-bacaan khusus di dalam satu bahasa hingga akhir zaman.

Doa Orang Islam Versus Doa Orang Kristian

Mereka bertanya lagi; “Mengapa orang Islam setiap kali bersolat akan membaca surah al-Fatihah?” Secara dasarnya setiap orang Islam merasakan kekhusyukan sewaktu mengerjakan solat dengan menggunakan bahasa Arab yang diajarkan oleh Rasullulah S.A.W. dari kalimat-kalimat yang terdapat di dalam al-Quran dan bukan dari lisannya sendiri.

“Salah satu doa solat orang Islam dalam surah al-Fatihah yang diucapkan ialah “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus!”

“Sedangkan orang Kristian pula berdoa dengan berkata; “Berilah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya.”

Surah al-Fatihah adalah ummul kitab

Manakah yang lebih BAIK dan lebih MENDALAM sesuatu permohonan di antara memohon petunjuk jalan yang lurus dalam kehidupan seharian atau memohon makanan untuk hari ini? Bolehkah secara sopan-santun agama kita menuduh orang Kristian hanya memikirkan PERUT saja? Sehingga sebahagian besar daripadanya menjadi KAPITALIS?

Kepelbagaian Tafsiran Injil Mengikut Bahasa

Jika kita menyemak naskah dan salinan-salinan lama atau salinan Injil dalam bahasa lain berkaitan makanan ialah dengan jelasnya menerangkan ROTI. Tetapi dalam salinan bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia ianya disebut sebagai MAKANAN. Tindakan ini adalah bukti penyalinan yang telah jauh dari makna aslinya kerana terjemahan asli perkataan ini memang sukar. Contohnya jika orang Indonesia atau Melayu memeluk Kristian, mereka tidak akan memahami bahawa ROTI adalah makanan utama yang mengenyangkan. Ini kerana bagi mereka (Masyarakat Nusantara), makanan ruginya ialah NASI. Sebab itulah diterjemahkan saja dengan perkataan MAKANAN.

Wuduk Dan Kebersihan Hati

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda tersebut maka Zending itupun bertanya;

“Mengapa orang Islam kalau mahu bersolat mesti berwuduk dahulu. Padahal kalau HATI sudah BERSIH, WUDUK itu tidak perlu lagi?”

Air suci lagi menyucikan. Ia merupakan medium penting dalam berwuduk

Menurut ajaran orang Kristian memang begitu konsepnya, asal HATI BERSIH, BADAN BERSIH, WUDUK atau bersuci tidak perlu lagi. Padahal iktikad ini adalah berlawanan dengan ajaran Nabi Isa yang mereka katakan “Tuhan Jesus” berkata bahawa mata adalah bayangan dari KEBERSIHAN HATI. Kalau mata terang, tandanya hati sanubari terang dan kalau mata gelap layu menandakan hati gelap dan jahat. Sebab itulah di antara zahir dan batin adalah saling mempengaruhi diri kita. Jika orang Islam sebelum solat membasuh mukanya dengan wuduk adalah pertanda hatinya yang mulai BERSIH.

Lazimnya, jika seorang Islam telah duduk di dalam masjid untuk mengerjakan solat jumaat, tiba-tiba semasa khatib membaca khutbah dia terbatal wuduknya, dia akan bergegas keluar untuk berwuduk kembali. Namun begitu senario ini agak melucukan kepada orang Kristian. Ini kerana semasa mereka (orang Kristian) mendengar pendeta membaca khutbah, jika tiba-tiba terasa hendak membuang air kecil. Dia akan segera keluar dari gereja. Tetapi sayanglah jika gereja di kampungnya tidak menyediakan tempat membuang air kecil, nescaya dia akan kencing di merata tempat sekitar gereja. Selepas itu dia akan terus masuk ke gereja dan terus kembali bersembahyang.

Berwuduk hendaklah dilakukan secara tertib dan teratur mengikut rukun wuduk

Sekarang mereka (Kristian) mencela orang Islam mesti membersihkan badan terlebih dahulu dengan berwuduk, barulah mengerjakan solat. Sedangkan dari kacamata orang Islam sekiranya mereka (orang Kristian) ketika solat terasa hendak buang air kecil atau buang air besar mereka keluar dan masuk ke gereja dan menyambung sembahyang itu lebih melucukan. Bagi mereka kehidupan orang beragama adalah hidup yang suci mengikut falsafah orang Kristian. Mereka berpandangan SUCI saja memang BAIK. Itulah cara Kristian. Biar seluar dalam bernajis, biarpun sedang haid. Itu tidak penting dan tidak dipedulikan asalkan HATI BERSIH.

Secara logik kita perlu berfikir adakah seseorang yang berakal akan menolak kalau orang Islam berpendirian bahawa hati SUCI, badan pun SUCI dan BERSIH; mata hati BERSIH, mata zahir pun BERSIH. Telinga BERSIH, pendengaran batin pun BERSIH. Keadaan ini dua kali ganda lebih baik daripada HATI BERSIH.

Kalau bukan kerana tujuan PROPAGANDA atau menanam KEBENCIAN semata-mata kepada orang Islam. Tindakan ini adalah tidak wajar dilakukan oleh orang Kristian dengan mencela perbuatan orang Islam berwuduk sebelum solat. Sepatutnya tindakan lucu orang Kristian yang keluar dan masuk gereja ketika sembahyang untuk membuang air tanpa bersuci dan menyambung kembali sembahyang perlu diejek. Tetapi semua ini tidak dilakukan oleh orang Islam kerana menghormati masing-masing penganut agama mempunyai tatacara tersendiri.

Kesimpulan

Walaupun agama Islam dianuti oleh berbagai ragam bangsa, beribu ragam suku dan beribu macam bahasa, namun tatacara bersolat orang Islam tetap SATU rukunnya dan SATU kiblatnya. Dalam agama Islam juga terdapat mazhab-mazhab seperti Sunni, Syi’ah dan Khawarij (terletak di Oman dan Muscat). Manakala dalam Mazhab Sunni terdapat Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hambali. Namun begitu, ia tidak timbul cara, corak, kaifiyat (tatacara) dan RUKUN SOLAT yang berbeza melainkan semuanya hanyalah SATU.

Sepatutnya orang Kristian perlu menegakkan cita-cita Jesus dan seruannya. Ini disebabkan dia dianggap Tuhan oleh mereka melalui usaha menyatukan seluruh gereja di dunia ini seperti mana bersatunya solat orang Islam. Bukannya mereka mengganggu tatacara solat orang Islam dan memburukkannya di mata masyarakat. Padahal tatacara sembahyang mereka yang menjadi asas agama berbagai-bagai dan berpecah-belah.

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/05/08/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-1/

3 thoughts on “MEMOIR HAMKA – PEMUDA ISLAM YANG DIUJI KEIMANANNYA OLEH ZENDING KRISTIAN – BAHAGIAN 2 : TATACARA SOLAT VERSUS SEMBAHYANG

  1. Apapun caranya ugama mempersoal KeTuhanan dalam Keimanan itu bukan hak kita manusia yg komen.Doa dgn hati yg suci,belum tentu lgi.Kasihi semua bangsa dgn perbuatan yg benar dr hati yg paling dlm.

  2. kamu sudah bahagian nie. . . .adakah kamu sudah kaji bible sebelum mentafsir. . .kalau kristian . .kami dibolehkan mengkaji al-quran. . .tapi. .islam haram. . Pastikan anda kaji bible. . Saya yakin kamu tidak tahu apa2 pasal bible. . .maaf ya. .tolong hormati kami. . Ini manusia zaman kini. .belum cukup ilmu. .sudah memanipulasikan kitab suci lain. . .

  3. Sya tdk merasakn artikel ini tntg ‘MEMANIPULASI’ kitab atau ajrn agama kristian, sma skali tidak.
    ‘Ini manusia zaman kini..belum cukup ilmu, sudah memanipulasi..’ Klu bgitu, apa hak nya agama2 lain utk membenci dn kritik islam? Bknkah kmi juga manusia2 pda zaman kini yg brkmbg dan meneraju kmajuan dgn manusia yg dari lain2 agama…? Melainkan ada kedengkian yg tebal utk agama islam, bukan? Sya juga muslim, dn prnh mmbca Bible

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s