RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN “FACIAL RECOGNITION SOFTWARE” PADA GAMBAR YANG DIMUAT NAIK (UPLOAD) DALAM FACEBOOK


Pendahuluan

Awas! anda sedang diawasi

Ramai daripada kita yang kurang kesedaran dan ada setengahnya tidak ambil peduli bahawa sebarang maklumat/privasi yang kita berikan setiap kali kita berdaftar menggunakan servis PERCUMA (e-mail, Facebook, Twitter dan sebagainya) sebenarnya bukanlah PERCUMA seperti yang disangka.

” Nothing in the world is FREE Nothing comes without a price

Secara diam, maklumat yang kita berikan di‘PERGUNAKAN’ oleh penjenayah siber dan dianalisis oleh pihak-pihak tertentu. Maka tidak hairan jika Facebook kerap membuat perubahan drastik terhadap “term of services” mereka sehingga munculnya teori yang mengaitkan Facebook dengan CIA dan badan pertahanan US.

Titik fokus utama pengecaman wajah

Tahukah anda bagaimanakah gambar-gambar yang anda muat naik di dalam album Facebook boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu secara tersembunyi tanpa kebenaran anda? Jawapannya MUDAH sahaja. Hanya dengan menggunakan aplikasi mudah alih (mobile app) yang terdapat dalam komputer, gambar anda boleh dianalisa untuk mendapatkan maklumat biografi. Aplikasi ini akan mengimbas wajah anda dan akan mencari web untuk padanan. Dalam masa kurang dari satu minit, nama dan maklumat peribadi anda akan diperolehi samada melalui kaedah melayari album Facebook anda atau membaca tempoh masa (timeline) Twitter anda.

“……wajah anda adalah IDENTITI anda: anda mesti mempunyai KAWALAN ke atasnya”

(……..Your face is your IDENTITY:  you should have CONTROL over it)

Bunyi seperti cereka sains fiksyen? Namun inilah hakikatnya fakta sains di mana “FACEPRINT” telah diperkenalkan bagi menjadi pilihan kepada Sains Forensik melalui kaedah pengecaman individu. Teknologi ini bolehlah dikatakan menyamai kaedah pengecaman melalui muka cap jari (fingerprint). Kini teknologi telah dicipta untuk mengenalpasti ciri-ciri unik kepada tubuh badan kita seperti corak iris, wajah dan cap jari untuk direkod. Teknologi ini dikenali sebagai BIOMETRIK. Setelah semua data berkaitan faceprint anda diperolehi, gambar anda akan dianalisa dengan membandingkannya melalui sesuatu pangkalan data (data base) muka untuk mencari padanan (matching). Inilah yang dinamakan DUNIA TEKNOLOGI PENGECAMAN WAJAH dan ia telah berlaku sekarang ini.

Definisi Facial Recognition Software

Proses pengecaman wajah melalui aplikasi "Facial Recognition Software"

Perisian pengecaman wajah (Facial recognition software) merupakan proses mencantumkan nilai angka kepada ciri-ciri berbeza wajah dan menghasilkan “unique faceprint” yang kemudiannya ianya boleh disemak melalui satu pangkalan data faceprints sedia ada. Dengan cap jari, padanan diandaikan apabila satu threshold tertentu bagi nilai dapat dikongsi oleh kedua-dua faceprints telah dicapai.

Aplikasi ini berfungsi untuk mengenal pasti atau mengesahkan seseorang dari gambar digital atau bingkai video dari sumber video. Salah satu caranya adalah dengan membandingkan ciri-ciri wajah dipilih dari gambar dan sistem pengurusan pengkalan muka. Ia biasanya digunakan dalam sistem keselamatan dan boleh dibandingkan dengan biometrik lain seperti cap jari atau sistem pengecaman iras mata.

Bagaimana Pengecaman Wajah Digunakan Hari Ini?

Kajian pengecaman wajah merupakan satu kaedah moden dalam mengenalpasti identiti dan karektor seseorang yang pesat dibangunkan oleh firma-firma IT di seluruh dunia. Kini, teknologi ini telah digunakan dalam banyak bidang secara meluas. Anologinya termasuklah di rangkaian sosial, penyuntingan gambar, keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kasino dan di tempat-tempat ganjil yang anda mungkin tidak menjangkakan.

Rangkaian sosial dan website menjadi alat pengumpulan data peribadi pengguna internet

Sebagai contoh, laman web temu janji FindYourFaceMate.com mencari jodoh berasaskan kepada prinsip bahawa orang yang mempunyai ciri-ciri wajah yang diidamkan boleh dipertemukan melalui alam siber (cyber) di antara satu sama lain dengan menggunakan pengecaman wajah untuk dipadankan dengan gambar pengguna.

Manakala laman web  DoggelGanger.com boleh memadankan empunya anjing yang berpotensi dengan memadankan ciri-ciri yang diinginkan seperti gigi taring supaya kelihatan seperti mereka. Kamera pengenalan wajah diimbas semua peminat berjalan melalui ‘turnstiles’ di Super Bowl xxxv, kini dirujuk sebagai Bowl mata-mata, menjalankan imbasan terhadap sesuatu pangkalan data mugshots jenayah. Itu adalah satu dekad yang lalu, apabila internet masih di zaman kanak-kanak relatif. Kita berada pada zaman sekarang apabila Facebook mengumpul 100-halaman dossiers kepada kita semua, apabila rangkaian iklan menjejaki semua yang kita lakukan dalam talian, apabila syarikat-syarikat membeli dan menjual maklumat perhubungan (contact info) kita yang mengandungi maklumat asas seperti  nama jalan kita membesar, nama-nama ahli keluarga kita  dan rakaman dari udara rumah kita.

Pencerobohan privasi di Facebook melalui "Facial Recognition Software"

Selain daripada itu, aplikasi ini juga telah digunapakai di iPhoto, Apple Picasaweb Google, Microsoft Windows Live Photo Gallery, dan editor foto lain untuk mencari seseorang. Ia dilakukan melalui proses pengecaman wajah yang akan membolehkan album anda diimbas untuk tujuan mencari wajah yang diinginkan berdasarkan gambar sediada  dan membenarkan gambar anda di”tag” samada secara automatik atau dicadangkan untuk di”tag”. Secara tidak langsung anda telah pun ditemui dan di”tag”. Kesan daripada tindakan ini, semua maklumat peribadi tentang WAJAH anda akan dikumpul mengikut tag, sudut gambar yang diambil, jenis pencahayaan, gaya rambut dan butiran lain pada gambar anda.

Aplikasi Facial Recognition Software Dalam Facebook

Media sosial gergasi dunia sedang menghadapi gelombang baru kebimbangan terhadap perlindungan privasi selepas Facebook melancarkan ciri terbaru “Facial Recognition Software” pada 7 Jun 2011.

Facebook merupakan medium informal badan perisikan barat

Susulan daripada tindakan tersebut, Facebook telah dikritik hebat oleh media massa, firma IT dan NGO kerana secara senyap-senyap telah memperkenalkan ciri terbaru yang membolehkan pengguna untuk mengenal pasti rakan-rakan mereka di dalam gambar tanpa kebenaran mereka secara automatik. Senario ini amat mengerikan dan meningkatkan kebimbangan mengenai amalan privasi pengguna. Ini bermakna sebanyak 850 juta (2011) pengguna rangkaian sosial Facebook akan terdedah kepada KETIRISAN maklumat peribadi dan pravasi kepada pihak ketiga seperti CIA, FBI, Mossad, FSB, SIS, M16 dan agensi kerajaan yang berkepentingan.

Marc Rotenberg, Presiden Electronic Privacy Information Center, berkata; “sistem itu menimbulkan persoalan mengenai maklumat peribadi, seperti alamat e-mel dan butiran keluarga akan dihubungkan dengan gambar dalam pangkalan data Facebook.”

Tiada lagi wujud istilah privasi dalam Facebook

Graham Cluley, Perunding Teknologi Kanan Sophos dan merangkap Pemilik Firma Keselamatan British Internet, berkata; “ciri baru ini menyeramkan dan berkata bahawa salah satu kesalahan terbesar Facebook ialah tidak memberitahu penggunanya tentang pelancaran ciri ini dan tidak menjelaskan kepada pengguna bagaimana memilih untuk keluar daripada ciri ini.” Satu lagi kebimbangan yang diutarakan oleh Cluley ialah syarikat Facebook ini mungkin pada masa akan datang akan menjual maklumat ini kepada pihak ketiga,” katanya. “Ada begitu banyak maklumat yang telah diberikan secara sukarela ke laman web Facebook.

Jim Tiller, Naib Presiden Keselamatan BT Global Services yang mengendalikan keselamatan rangkaian IT untuk syarikat-syarikat berbilang, berkata; “teknologi pengenalan wajah telah digunakan oleh penguatkuasaan undang-undang dan pakar keganasan untuk membantu mengesan suspek.” Beliau juga berkata; “pengguna akan mengalami kehilangan kawalan ke atas apa -apa gambar yang di”tag” pada rangkaian Facebook dan ini menjadikan ia agak mengganggu.”

Mark Zuckerberg perintis kepada rangkaian sosial global Facebook

Bloomberg.com melaporkan bahawa sekumpulan ahli European Union Data-Protection Regulators telah melancarkan siasatan ke atas ciri-ciri baru ini yang menjadikannya sebagai default setting” jika jika ianya telah melanggar mana-mana kaedah perundangan berkaitan privasi.

Kaedah Mematikan Aplikasi “Facial Recognition Software”

Jim Tiller telah mendedahkan dalam blog post bahawa; Setiap hari, orang ramai menambah lebih daripada 100 juta tag gambar-gambar di Facebook.” Memang menjadi satu kepuasan dan terkasima kepada semua pengguna yang memuat naik gambar di dalam album Facebook. Tetapi sedarkah kita bahawa tindakan ini boleh menjejaskan privasi kita secara tidak sedar.

Jangan biarkan wajah anda menjadi sasaran

Bayangkan apa akan terjadi jika terdapat berbilion gambar pada pelayan Facebook? Sudah tentulah agak sukar untuk anda mengawalnya. Kalau setakat anda sendiri yang memuat naik gambar tersebut, ia boleh dikawal oleh anda sendiri. Ini kerana tindakan tersebut tidak mendatangkan ancaman keselamatan atau merosakkan imej anda. Anda lebih tahu gambar yang MANAKAH sesuai dipaparkan di Facebook. Senario ini berbeza jika gambar-gambar ini dimuat naik oleh rakan siber atau sahabat anda di zaman persekolahan.

Anologinya, kalau dahulu tidak bertudung kini menjadi ikon MUSLIMAH. Kalau dulu kutu jalanan tapi kini TOKOH terbilang. Oleh itu, anda harus berhati-hati bila terdapat gambar di’tag’ nama anda. Rasionalnya, gambar-gambar itu akan dipapar dan dilihat oleh pengguna Facebook secara “on-line”. 

Kesulitan anda yang sebenarnya ialah untuk mengawal gambar anda dari dipaparkan oleh sahabat atau rakan siber di Facebook. Apa tidaknya, ada sesetengah rakan Facebook anda memuat naik gambarnya secara berkumpulan di album mereka, aplikasi Facebook mengimbas dan mengesan wajah anda di dalam gambar tersebut. Dan jika aplikasi “Facial Recognition Software” mendapati terdapat padanan wajah anda dalam gambar tersebut maka aplikasi ini akan mencadangkan kepada rakan-rakan Facebook anda mengeteg dengan nama anda.

Adakah anda bersetuju untuk di"tag" bagi tontonan umum? Tepuk dada, tanyalah selera

Tindakan mengeteg nama anda akan dilakukan oleh kawan anda, bukan oleh Facebook. Tetapi agak menyeramkan kerana kini aplikasi ini akan mendorong kawan-kawan siber anda untuk berlumba-lumba di antara satu sama lain untuk mengeteg nama anda di album Facebook tersebut.

INGAT! Facebook tidak memberikan anda apa-apa hak untuk pra-meluluskan tags (pre-approve tags). Sebaliknya menjadi tanggungjawab anda sendirilah untuk meng”untag” nama atau diri anda dalam mana-mana gambar yang telah di”tag” oleh rakan anda.

Oleh itu, marilah kita mengambil tindakan DRASTIK untuk mematikan aplikasi Pengecaman Wajah di Facebook demi menjamin kehidupan yang HARMONI dan MERDEKA dari sebarang gangguan atau salahguna gambar kita di ALAM SIBER.

Bagaimana Cara Mematikan Aplikasi “Facial Recognition Software”

  • Layari profil Facebook anda dan klik pada “Akaun” (“Account”) di sudut kanan atas
  • Daripada drop down menu, klik pada “Tetapan Privasi.” (“Privacy Settings.”)
  • Klik pada “Custom.” Di bahagian bawah menu Custom, klik pada “Tetapan Customize.” (“Customize Settings.”)
  • Terus ke bawah ke “Berkongsi Perkara lain” (“Things others share”)
  • Terus ke Seksyen “Cadangkan gambar saya kepada kawan-kawan.” (“Suggest photos of me to friends.”)
  • Klik (“Edit Settings.”)

  • Anda perlu mendapatkan tetingkap pop-up mengatakan “Photos: Cadangkan Tags” (“Photos: Suggest Tags.”) Ia akan membolehkan secara default”.
  • Klik pada menu drop-down dan pilih “Disabled” untuk mematikan alat pengecaman wajah (facial recognition tool).
  • Klik OK dan tetapan anda akan disimpan.

Kebimbangan privasi

Kebanyakan rakyat menyuarakan kebimbangan bahawa privasi mereka akan dicerobohi. Sesetengah pula bimbang bahawa ia akan mendorong kepada “masyarakat dipantau sepenuhnya,” dengan kerajaan dan pihak berkuasa lain memiliki keupayaan untuk mengetahui DI MANA anda berada, sepanjang masa. Ini bukanlah konsep diperbesarkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa teknologi mudah disalahguna oleh pihak-pihak yang berkepentingan demi menjayakan AGENDA mereka. Jesteru itu, marilah kita mengambil tindakan SEGERA untuk mematikan aplikasi “Facial Recognition Software” demi menjamin kelangsungan KEBEBASAN dan PRIVASI kita agar tidak dikawal oleh tangan-tangan ghaib.

SEBARKAN MESEJ INI DEMI MENJAMIN HAK ASASI KITA DARI DICEROBOHI………….

Sumber Rujukan :

http://abcnews.go.com/Technology/facebook-facial-recognition-feature-raises-eyebrows/story?id=13792666

http://www.guardian.co.uk/technology/2011/jun/08/facebook-privacy-facial-recognition

Vodpod videos no longer available.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s