TPPA – TONIK KEMAKMURAN ATAU RACUN PENJAJAHAN EKONOMI MALAYSIA?


Pendahuluan

Dokumen perjanjian yang dicadangkan oleh AS hanyalah untuk menjaga kepentingan Barat

Dokumen perjanjian yang dicadangkan oleh AS hanyalah untuk menjaga kepentingan Barat

Mungkin tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS). Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean. Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan (18 Pusingan) dan hampir memasuki peringkat akhir itu. Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPPA bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Apa itu TPPA atau TPP?

TPPA berasal dari akronim Trans-Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik) adalah ciptaan Amerika Syarikat (AS) di dalam mengHALALkan satu bentuk baharu kaedah PENJAJAHAN ke atas sesebuah negara merdeka dan berdaulat.   Pertemuan pusingan yang ke-18 TPPA sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dengan kehadiran Jepun sebagai negara terkini menyertainya. Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21. Rundingan bermula pada 2010 melibatkan Amerika Syarikat dan sembilan buah negara rantau pasifik iaitu, Canada, Chile, Peru, Mexico, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Jepun baru-baru ini ikut serta dalam rundingan, manakala kelibat China tidak kelihatan. Secara dasarnya, TPPA adalah bertujuan untuk mewujudkan blok ekonomi yang akan menyeimbangkan kekuatan ekonomi dan kedudukan strategik geo-politik China di Asia Timur.

Wakil kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk merealisasikan TPPA mengikut acuan AS

Wakil kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk merealisasikan TPPA mengikut acuan AS

TPPA masih lagi diperbincangkan secara terperinci oleh 11 Negara hingga akhir tahun ini

TPPA masih lagi diperbincangkan secara terperinci oleh 11 Negara hingga akhir tahun ini

Kewujudan TPPA adalah sebagai "buffer" kepada kebangkitan ekonomi China

Kewujudan TPPA adalah sebagai “buffer” kepada kebangkitan ekonomi China

Kewujudan TPPA ini membolehkan 600 buah syarikat gergasi dunia (Multi National Corporations – MNCs) menilai atau memantau rundingan perjanjian ini dengan hanya satu klik – dan mendapat aksesnya dalam talian internet. Para pelobi MNCs ini, boleh mendapatkan akses terhadap dokumen, membuat ulasan serta mempengaruhi isi perjanjiannya. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan betapa pentingnya satu perjanjian yang mampu merealisasikan objektif syarikat-syarikat  Neo-Kolonialisme dalam satu penjajahan bentuk baru yang perlu ditentang. TPPA bukan sahaja satu penindasan malah ia juga berfungsi sebagai kaedah merompak secara TERHORMAT melalui Sistem Perundangan Antarabangsa.

Pengaruh Dominan Amerika Syarikat Dalam TPPA

Meningkatkan Eksport Amerika Dan Menyokong Pekerjaan Rakyat

  • Presiden Obama mengumumkan pada November 2009,  hasrat Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) demi kesinambungan ekonomi generasi akan datang. Ia merupakan satu perjanjian perdagangan yang mencerminkan keutamaan cita-cita tinggi Amerika Syarikat dalam memastikan perkembangan ekonomi mampan kepada Amerika Syarikat.
  • Melalui perjanjian ini, Pentadbiran Obama sedang berusaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan menyokong pembentukan dan pengekalan pekerjaan kepada rakyat Amerika. Ia bertujuan untuk meningkatkan eksport dan mengukuhkan penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik yang mewakili lebih daripada 40 peratus pasaran global.
  • Kini, Pentadbiran Obama sedang bekerjasama rapat dengan Kongres dan pelbagai pihak berkepentingan untuk melobi dan memohon untuk memuktamadkan perjanjian ini demi meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat dan sekaligus cuba menangani isu-isu yang berkaitan perniagaan dan peluang pekerjaan rakyatnya dalam menghadapi  abad ke-21.
Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya

Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya

Memacu Pertumbuhan Ekonomi Yang Berdaya Saing 

  • TPPA adalah asas dasar ekonomi yang diamalkan oleh pentadbiran Obama di Asia Pasifik. Kedudukan lokasi strategik Malaysia yang terletak di dalam wilayah pasaran yang besar dan berkembang di Asia Pasifik adalah pilihan destinasi utama bagi penguasaan barangan perkilangan dari Amerika Syarikat melalui produk pertanian dan pembekalan perkhidmatan untuk terus mengukuhkan perdagangan dan pelaburan.
  • Sebagai salah satu daripada ahli kumpulan dalam TPPA, negara-negara yang berminat akan berpeluang untuk memasarkan barangan masing-masing di dalam negara-negara ahli TPPA.  Ini kerana nilai dagangan semasa Amerika Syarikat terbesar dan perkhidmatan pasaran eksport Amerika Syarikat. Eksport barangan AS yang lebih luas di Asia Pasifik berjumlah USD 942 bilion pada tahun 2012, yang mewakili 61 peratus daripada jumlah eksport barangan Amerika Syarikat.
  • AS eksport produk pertanian ke rantau ini berjumlah USD 106 bilion pada tahun 2012, 75 peratus daripada jumlah eksport pertanian AS. Eksport perkhidmatan swasta AS berjumlah USD 226 bilion pada tahun 2011 (data terkini), 38 peratus daripada jumlah eksport perkhidmatan swasta AS kepada dunia. Perusahaan kecil dan sederhana di Amerika sahaja dieksport USD 247 bilion untuk Asia Pasifik pada tahun 2011 (data terkini).

Kempen Pemulauan TPPA

Bantahan dari rakyat dan "stakeholder" memuncak akibat kebimbangan monopoli AS ke atas ekonomi negara

Bantahan dari rakyat dan “stakeholder” memuncak akibat kebimbangan monopoli AS ke atas ekonomi negara

Hasil penelitian secara makro mendapati TPPA tenyata akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara sepertimana yang pernah diingatkan oleh pelbagai NGO terdahulu apabila Malaysia hampir menandatangani perjanjian Free Trade Aggreement (FTA) dengan Amerika Syarikat. Kesan TPPA sudah diteliti oleh pelbagai pakar ekonomi dari kalangan penyelidik serta NGO yang jelas mendapati ia akan berakhir dengan KERUGIAN yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat keseluruhannya. Kesan daripada KERISAUAN ini maka timbul kesedaran awam dan NGO untuk berkempen dalam menyatakan “TIDAK” kepada TPPA seperti berikut :

Bantahan Domestik

  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada 28 Februari 2013 dilapor menggesa kerajaan menangguhkan perjanjian itu kerana ia didakwa memberikan syarikat asing lebih kelebihan dalam ekonomi negara.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 29 Mei 2013 melahirkan kebimbangan berikutan teks  Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)  yang sedang dalam rundingan tidak dibentangkan kepada rakyat.
  • Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada 14 Jun 2013 telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) pada 15 jun 2013 menggesa isu Trans Pasific Partnership Aggreement (TPPA) dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. MAPIM menggesa kerajaan Malaysia tidak meneruskan menandatangani rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai menjelang sidang APEC di Indonesia pada Oktober 2013 ini.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, matan Perdana Menteri menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebagai satu percubaan AS untuk membolehkan syarikat besar Negara mereka menembusi PASARAN DOMESTIK Negara-Negara kecil, khususnya dalam perolehan Kerajaan. Beliau juga memberikan AMARAN bahawa TPPA adalah merugikan Malaysia dan menyifatkannya sebagai perkongsian yang tidak sama rata dengan tujuan supaya pihak yang kuat mengambil kesempatan daripada yang lemah.
TPPA adalah jelmaan FTA yang diperkenalkan oleh AS.

TPPA adalah jelmaan FTA yang diperkenalkan oleh AS dengan objektif menguasai dan mengimbangi negara China sebagai kuasa ekonomi dunia

Apabila penyagak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih BEBAS. Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat.

  • Prof. Madya Dr. Agus yusof merupakan seorang penganalisis isu ekonomi yang lantang menentang TPPA

    Prof. Madya Dr. Agus yusof merupakan seorang penganalisis isu ekonomi yang lantang menentang TPPA

    Profesor Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff, Penganalisa Sains Politik UKM berpandangan bahawa TPPA dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai HAMBA Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu. Beliau mempersoalkan;

Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini? Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?

Bantahan Antarabangsa

  • Selain daripada bantahan yang dilakukan oleh NGO domestik, sokongan antarabangsa juga dizahirkan oleh wakil-wakil Kongres AS yang tidak berpuas hati kerana tidak diberikan akses terhadap isi perjanjian ini. Waima Senator Ron Wyden sendiri yang menjawat Pengerusi Senate Subcommittee on Trade yang telah menuntut ketelusan dalam proses rundingan perjanjian. Pada Jun 2012, seramai 132 orang perwakilan Kongres AS (1/3 jumlah ahli Kongres) telah menulis, menandatangani dan mengedarkan surat bantahan menuntut ketelusan dalam proses rundingan. Mereka mencatat dalam surat itu:

Jika Kongres dan orang awam tidak dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu sehingga berakhirnya proses tersebut, maka ia bermakna, apa-apa peluang untuk memberi masukan input telah hilang. Suatu perjanjian perdagangan yang tidak boleh berdiri untuk penelitian awam tidak boleh dirundingkan atas nama warganegara Amerika Syarikat.

  • Bantahan TPPA juga berlaku di 11 negara yang mahukan kerajaannya menarik diri dari menyertainya

    Bantahan TPPA juga berlaku di 11 negara yang mahukan kerajaannya menarik diri dari menyertainya

    Salah satu kemenangan tenaga bantahan terhadap pensejagatan kuasa korporat-MNCs adalah kekalahan Free Trade Area of The Americas (FTAA). Selepas lulusnya Perjanjian Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada 1995, FTAA seharusnya diperluas ke seluruh wilayah Barat.

  • NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal. Pada rundingan ke 15 di Auckland, New Zealand, Disember tahun lalu, pihak perunding Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesyorkan untuk menyekat jumlah maklumat berkenaan isi kandungan dan formula makanan yang diproses. Walhal undang-undang hak kepenggunaan hampir di negara-negara maju memerlukan syarikat-syarikat pengeluar makanan memberikan maklumat tepat formula dan bahan-bahan kandungan produk makanan keluaran mereka.
Ketakutan dan kerisauan rakyat terhadap TPPA mampu mencetuskan perbalahan

Ketakutan dan kerisauan terhadap isi kandungan  TPPA mampu mencetuskan suasana panik di kalangan rakyat

Kesan TPPA Kepada Ekonomi Domestik 

Dijangka kesan TPPA atau TPP akan melibatkan peningkatan kos hidup rakyat secara drastik. Senario ini amat merunsingkan rakyat marhaein khususnya dan Kerajaan umumnya dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Negara. Di antara isu utama yang akan melibatkan kesan domestik di dalam perjanjian INI merangkumi perkara berikut :

  • Harga ubat-ubatan – Perjanjian itu akan melibatkan peraturan ubat generik (ubat tiruan yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli) daripada dijual. Bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal. Ia berlaku kerana dalam perjanjian TPP hak HARTA INTELEKTUAL ke atas ubat-ubatan dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmasi antarabangsa.
  • Industri padi – TPPA juga bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan TERJEJAS jika TPP ini dimeterai.
  • Perkhidmatan Profesional – Perkhidmatan Perundangan dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih di beri kepada syarikat tempatan. Soalnya TPPA sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan PERSAINGAN yang akan merugikan ekonomi tempatan.
  • Perlindungan Hakcipta – Perlanjutan tempoh masa perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan akan dipanjangkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun.  Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini PERCUMA dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna.  Ia juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
  • Perkhidmatan Internet – Di bawah cadangan TPPA ini, Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Providers) diarahkan untuk mengawasi aktiviti pengguna Internet seperti seorang anggota Polis. Mereka akan mengawasi semua aktiviti yang melibatkan perlanggaran  kesalahan memuat turun kandungan internet, dan memotong akses internet untuk kandungan yang melanggar HAKCIPTA. DENDA mandatori akan dikenakan untuk salinan tidak bersifat komersial ke atas individu yang memuat turun muzik. Ini kerana ia boleh dianggap sama seperti pelanggaran hak cipta untuk mendapatkan keuntungan.
Tindakan perundangan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terhadap syarikat tempatan akan menjadi senjata ampuh untuk menindas rakyat

Tindakan perundangan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terhadap syarikat tempatan akan menjadi senjata ampuh untuk menindas rakyat

Implikasi besar kepada kerajaan Malaysia jika ianya dipersetujui ialah Malaysia akan terdedah kepada TINDAKAN SAMAN daripada syarikat Multinasional dan LAYANAN TERPILIH ke atas syarikat-syarikat tempatan juga adalah dilarang. Malah, produk Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dianggap HARAM kerana boleh dianggap menghalang perdagangan dengan memberi kadar subsidi ke atas produk yang boleh dianggap sebagai layanan terpilih dan melanggar TPPA.

Kesan TPP Kepada Polisi Negara

Pada tahun 2005, rundingan  Free Trade Area of the Americas (FTAA) telah ditamatkan ekoran cadangan perjanjian tersebut secara telus telah didedahkan kepada umum. Bantahan meluas disusun dan rundingan dibatalkan dipertengahan jalan. Susulan daripada kegagalan rundingan FTAA ini, AS telah mengetengahkan satu perjanjian baharu TPPA untuk menggantikan FTAA yang gagal. Cuma bezanya pada kali ini, teks dokumen perjanjian tidak dibenar untuk didedahkan oleh Negara-negara yang menyertai rundingan ini kepada pengetahuan umum. Tindakan ini diambil ekoran kegagalan rundingan FTAA yang mendapat tentangan hebat dari rakyat dan wakil industri yang terlibat secara terus dengan perdagangan pasaran terbuka.

Natijah daripada persetujuan TPPA akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk Malaysia

Natijah daripada persetujuan TPPA akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk Malaysia

Peliknya, isu kenaikan harga ayam semasa bulan ramadhan yang menjadi cerita utama kepala berita akhbar arus perdana dewasa ini, bukannya perincian berkaitan rundingan TPPA. Kalau ianya dibincangkan atau dibicarakan pun ianya secara umum tanpa huraian yang jelas kepada masyarakat. Apa salahnya isu ini diperjelaskan kepada rakyat untuk memberikan kefahaman dan sekaligus mendapat maklum balas secara terus dari “stakeholder”. Jika ianya dibincangkan secara bersama nescaya keputusan yang diperolehi dengan lebih HOLISTIK bukan RETORIK. Sebenarnya rakyat akan berhadapan dengan kesan social dan ekonomi yang amat menakutkan. Di antara bahana yang akan diterima hasil daripada perjanjian TPPA ialah:

  1. Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
  2. Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
  3. Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
  4. Menghapuskan aktiviti-aktiviti berkaitan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
  5. Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA telah menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya. Malah kebanyakan isu dan isi kandungan TPPA adalah perkara-perkara SENSITIF yang melibatkan KEDAULATAN dan HAK-HAK Negara yang telah diutara dan dirundingan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs) dan Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) dan juga perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO. Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia TIDAK meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasil untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.

Sementara itu, pihak Kerajaan hendaklah mendengar SUARA RAKYAT samada dari NGO-NGO Malaysia seperti MAPIM,  CAP, Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) atau NGO berkaitan dengan kesihatan juga turut menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA. Ini kerana perjanjian tersebut mempunyai IMPLIKASI besar kepada kepentingan awam dan kedaulataan negara dan tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan di peringkat rakyat Malaysia terlebih dahulu.

MALAYSIA IS NOT FOR SALE! (MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL)
DON”T LET THE TPPA ROB OUR FUTURE

Sumber :

http://www.malaysiakini.com/columns/231568

http://www.doctorswithoutborders.org/take-action/tpp/

http://www.publicknowledge.org/letter-130-members-congress-ustr-expressing-concer

http://www.ustr.gov/about-us/press-office/fact-sheets/2011/november/united-states-trans-pacific-partnership

3 thoughts on “TPPA – TONIK KEMAKMURAN ATAU RACUN PENJAJAHAN EKONOMI MALAYSIA?

  1. Assalam. Aku hairan dikatakan perjanjian rahsia tapi ramai yg mengulas terutama tentang kesan buruknya seolah tahu perjanjian yg belum selesai dibincang pun. Heran bin ajaib bagaimana kamu tahu ia buruk heran heran. Jangan cerita bende yg kita tak tahu. Jgn pula sebar cerita yg kita tak tahu

  2. Pingback: Paranoia, pandemonia | The "thirteen million plus Ringgit" guy rambles....

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s