WAJARKAH INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DIMUZIUMKAN?


Pendahuluan

Kemunculan Empayar Othmaniyyah yang meliputi Eropah dan Asia amatlah digeruni oleh Barat

Kemunculan Empayar Othmaniyyah yang meliputi Eropah dan Asia amatlah digeruni oleh Barat

Menjelang abad ke-20 Masihi, kita dapat menyaksikan berbagai-bagai bentuk perubahan pada percaturan sosio politik dunia Islam seluruh dunia. Buat pertama kalinnya dalam sejarah Islam, umatnya kehilangan pusat khalifah apabila Dinasti Othmaniyyah mengalami kejatuhan dan tewas di tangan kuasa-kuasa Barat yang dipelopori oleh England, Perancis dan Amerika. Wilayah-wilayah Arab yang berada di bawah naungan Empayar Othmaniyyah dipaksa untuk menyerahkan KEDAULATAN mereka dan buat pertama kalinya semenjak sejarah kedatangan Islam, kuasa-kuasa Barat telah memecah-belahkan Kesatuan Negara-Negara Islam dengan melakukan PERSEMPADANAN semula dan membahagikan Negara-Negara Islam di bawah mandat Liga Bangsa-Bangsa (Sebuah badan dunia sebelum adanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Susulan daripada senario semasa paercaturan politik antarabangsa dan tempatan maka wujudlah tangan-tangan ghaib yang cuba untuk menyempitkan peranan tradisi Raja-Raja Melayu. Penjajah British yang terkenal dengan kemahiran dan kelicikan dalam ‘modus operandi’ mengendalikan sebuah empayar besar sejak beratus tahun dan berpengalaman dalam percaturan politik antarabangsa telah mempunyai beberapa ‘tried and tested formula’ untuk membuat cabaran terbuka kepada Sistem Pemerintahan Bermonarki Masyarakat Melayu.

Propaganda Barat Terhadap Empayar Othmaniyyah

Sultan Abdulhamid II menghadapi tekanan kuasa Barat dan ancaman subversi oleh pihak pembangkang

Sultan Abdulhamid II menghadapi tekanan kuasa Barat dan ancaman subversif oleh pihak pembangkang

Setelah Sultan Abdulhamid II mengambil takhta Uthmaniyyah pada tahun 1876, Empayar Uthmaniyyah dalam fasa kelemahan dan berpecah-belah. Lawannya mahu menyeksa pemerintahan 33 tahun beliau dengan slogan ‘era penindasan’ . Tetapi untuk menghilangkan ancaman kejatuhan empayar sepenuhnya dari serangan dalaman dan di luar sempadannya, maka beliau telah melakukan TRANSFORMASI di dalam tadbir urus empayarnya. Beliau meletakkan banyak penekanan kepada mewujudkan asas yang kukuh melalui pelaburan ke dalam sektor pendidikan dan menyusun semula perbendaharaan untuk mengurangkan hutang empayar.

Dari segi dasar luar, beliau diiktiraf sebagai Khalifah oleh semua umat Islam di dalam dan di luar Empayar, beliau menggunakan kedudukan dan pengaruhnya semaksimum ke atas dunia Islam. Senario ini membuatkan Empayar British sangat tidak selesa. Ini kerana British amat memusuhi kerajaan Uthmaniyyah kerana wilayah pemerintahannya meliputi sebahagian Eropah Timur yang memiliki sumber alam semulajadi yang banyak. Pengaruh Uthmaniyyah ini dapat dilihat di serata dunia Islam hinggakan bendera Uthmaniyyah dan poster Sultan Abdulhamid II telah dijadikan simbol sokongan masyarakat walaupun di kampung-kampung terpencil di India. Selain daripada itu, bacaan doa oleh imam-iman juga ditujukan khas kepada pemerintah Empayar Uthmaniyyah di lakukan oleh umat Islam di Indonesia, China, Afrika dan Asia Tengah di atas nama khalifah dan Amirul Mukminin Abdulhamid II.

Sultan Abdulhamid II dikelilingi oleh rakyat yang menjanjunginya di atas keprihatinan beliau mempertahankan Empayar Othmaniyyah

Sultan Abdulhamid II dikelilingi oleh rakyat yang menyanjunginya di atas keprihatinan beliau mempertahankan Empayar Othmaniyyah

Pendekatan Islam telah menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Barat terutamanya Empayar British. Ini kerana pendirian beliau yang membangkang secara terbuka kepada ZIONISME dan menentang penyelesaian pencerobohan Yahudi di bumi Palestin. Senario ini telah mengganggu agenda jahat British dan mengecewakan banyak pelobi Zionis. Susulan daripada penentangan tersebut, British dan sekutunya telah melancarkan perang saraf dan propaganda di media Barat dengan memburukkan pemerintahan Sultan Abdulhamid II. Mereka telah menggunakan krisis pemberontakan di Armenia sebagai alasan untuk mendapatkan sokongan Eropah untuk campur tangan di dalam krisis tersebut. Hasil daripada kempen dan melobi yang berterusan, British dan pemodal Yahudi memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk menjamin kepentingan mereka dari diganggu oleh Empayar Uthmaniyyah adalah melalui REVOLUSI untuk menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdulhamid II secara DEMONSTRASI dan PROPAGANDA.

Propaganda Barat telah mempersenda dan memalukan Sultan Abdulhamid II melalui karikatur

Propaganda Barat telah mempersenda dan memalukan Sultan Abdulhamid II melalui karikatur bermotifkan politik

Majalah Le Rire yang diterbitkan pada 17 Oktober 1908 menyindir Sultan Abdulhamid II seperti kanak-kanak kecil yang perlu diawasi oleh pengasuh

Majalah Le Rire yang diterbitkan pada 17 Oktober 1908 menyindir Sultan Abdulhamid II seperti kanak-kanak kecil yang perlu diawasi oleh pengasuh

Mereka telah berkerjasama dengan kumpulan pembangkang yang diketuai oleh Kamal Attartuk untuk menjalankan espionage dan sabotaj dari dalam pentadbiran Empayar Uthmaniyyah.  Manakala mereka melancarkan kempen propaganda terhadap Abdulhamid II dari luar Empayar Uthmaniyyah yang dimulakan di Eropah melalui media dengan melabelkan beliau dengan berbagai nama-nama yang negatif seperti ‘penindas’, ‘penzalim’ dan ‘diktator’ oleh orang-orang seperti ahli sejarah Perancis Albert Vandal dan Perdana Menteri Inggeris William E. Gladstone. Kempen ini tidak sahaja berhenti walaupun selepas beliau digulingkan oleh Kamal Artartuk melalui rampasan kuasa tentera pada tahun 1909. Walaupun mereka berjaya menjatuhkan Sultan Abdulhamid II dari pemerintahannya, kempen  dan propaganda terus giat dipertingkatkan dengan desakkan agar beliau dihukum gantung.

Campurtangan British Di Alam Melayu

Campurtangan British di dalam pentadbiran Tanah Melayu amatlah ketara dari aspek Sir Donald MacGillivray,  and the Sultan of Selangor Sir Hisamuddin Alam Shah Al - haj, taken before the signing of the Federation of Malaya Agreement

Campurtangan British di dalam pentadbiran Tanah Melayu amatlah ketara. Sir Donald MacGillivray merupakan penasihat kepada Sultan  Selangor Sir Hisamuddin Alam Shah Al – haj

Pada awal kedatangan British, alasan yang diberikan ialah kononnya untuk melindungi Raja-Raja Melayu dari kemaraan kuasa Belanda yang pada masa itu sedang mula mengembangkan pengaruhnya di Alam Melayu. Ataupun menjadi orang tengah dalam pergolakan-pergolakan Politik Istana. Dalam masa itu, British mulai mengambil kesempatan mengkaji sedalam-dalamnya akan ADAT dan KEPERCAYAAN masyarakat Melayu serta mengenali KEKUATAN dan KELEMAHAN mereka sambil berikhtiar mengembangkan pengaruh dalam batas-batasan sosio-politik tempatan supaya cita-cita sebenar mereka sukar dikesan. Kemudiannya secara HALUS dan berperingkat-peringkat , tekanan demi tekanan, helahdan tipu daya mula dibuat untuk memerangkap Raja-Raja Melayu supaya tunduk pada tuntutan mereka. Setelah berkeyakinan pada kedudukan serta membuat persediaan untuk melindungi kepentingan kuasa-kuasa barat dari pemberontakan masyarakat tempatan, pihak British tampil ke hadapan merampas hak dan kepentingan pemerintahan beraja di Alam Melayu secara terbuka. Akhirnya, landskap politik tempatan diubah dan peranan tradisi Raja-Raja Melayu dipersempit dan dipinggirkan.

Raja-Raja Melayu merupakan tonggak kepada agama Islam dan bangsa Melayu. Kita seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai Raja-Raja yang menjadi lambang kedaulatan negara

Raja-Raja Melayu merupakan tonggak kepada agama Islam dan bangsa Melayu. Kita seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai Raja-Raja yang menjadi lambang kedaulatan negara

Dilema Institusi Raja-Raja Melayu

Dewasa ini, kedaulatan Raja-Raja Melayu yang TERHAKIS mula menampakkan akibatnya di mana sesetengah generasi kini mulai berpendapat Institusi Raja-Raja Melayu tidak lebih dari warisan nenek moyang yang sudah TIDAK RELEVAN lagi dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Mereka berfikiran cukuplah ahli-ahli politik memainkan peranan memelihara dan melindungi hak dan kepentingan bangsa Melayu. Sesetengah pendapat pula mengatakan bahawa umat Melayu sudah matang, sudah pandai menjaga diri dan bangsa. Oleh itu, mereka berpendapat tidak perlu lagi wujudnya INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU di negara ini dengan menjustifikasikan kepada alasan berikut :

Yang Dipertuan Agong merupakan simbol Kesultanan Raja-Raja Melayu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat

Yang Dipertuan Agong merupakan simbol Kesultanan Raja-Raja Melayu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat

Raja-Raja Melayu Diakui Hanya Lambang Kedaulatan

  • Generasi masa kini tidak lagi diajar mahupun belajar untuk mengetahui serta menghayati peranan sebenar Raja-Raja mereka. Kalau dahulu umat Melayu meletakkan Institusi Raja-Raja Melayu dan Institusi Alim Ulamak sebagai kesatuan yang padu. Namun kini, ia seakan-akan terlerai tali yang mengikat PERPADUAN ini. Seolah-olah masing-masing membawa diri tanpa mengetahui ke mana arah tuju dan ke mana berakhirnya haluan. Jika dahulunya, Raja-Raja Melayu diterima sebagai tunggak kedaulatan orang-orang Melayu. Namun kini, ia hanya menjadi LAMBANG kedaulatan mereka. Sebagaimana Keris yang pernah melindungi dan mempamerkan ciri-ciri kepahlawanan Melayu, kini hanya merupakan suatu LAMBANG yang tidak relevan dan hanya diklasifikasikan sebagai PENINGGALAN SILAM yang layak disimpan di muzium-muzium sejarah kerana ia tidak lagi mendapat tempat di dalam masyarakat yang serba moden.
Hampir semua Raja-Raja Melayu mempunyai pertalian darah dan keturunan dari keluarga Rasulullah S.A.W

Hampir semua Raja-Raja Melayu mempunyai pertalian darah dan keturunan dari keluarga Rasulullah S.A.W (Ahlul-Bait)

Raja-Raja Melayu Dituduh Sebagai Orang Asing

  • Persoalan yang kerap dilontarkan oleh generasi kini terhadap Raja-Raja Melayu amatlah SAKASTIK dan BIADAP seperti ‘asal mana, keturunan mana’. Mereka berpandangan bahawa kewujudan mereka sebagai orang-orang Istana hanyalah kerana TUAH BADAN. Mereka juga mempersoalkan tentang WASIAT dan PESANAN Raja-Raja Melayu pada para pembesar dan warisnya yang penuh dengan unsur keagamaan dan kata-kata nasihat sebelum kemangkatan baginda yang dinukilkan oleh pengarang-pengarang lama dituduh tidak lebih dari tokok tambah serta khayalan mereka dan bukan peristiwa sebenar. Sebahagian raja yang lain pula dituduh sebagai orang-orang asing yang ‘datang tidak diundang, pergi tidak dihalang’, tetapi dengan suka-suka memilih dan mengisytiharkan diri sebagai raja.
Gelagat Prof. Dr. Abdul Aziz yang mempersoalkan titah Sultan Selangor tentang pemeriksaan orang Islam yang murtad di sebuah gereja di Damansara Utama

Gelagat Prof. Dr. Abdul Aziz yang mempersoalkan titah Sultan Selangor tentang pemeriksaan orang Islam yang murtad di sebuah gereja di Damansara Utama

Raja-Raja Melayu Dicemuh Dan Diaib Secara Terbuka

  • Kalau dulu dianggap AIB dan TIDAK BERADAT serta TIDAK BERADAB untuk mengkritik pihak Istana secara terbuka kerana bangsa Melayu cukup memuliakan dan menjaga protokol dalam perhubungan dengan Raja-Raja mereka. Namun kini, orang-orang Melayu sudah mula belajar menjadi biadap dan sering mencemarkan kesucian Institusi Raja-Raja Melayu dengan mencemuh, memperlekeh dan mengecilkan PERIBADI dan PERANAN Raja-Raja Melayu secara terbuka. Segelintir Raja-Raja yang membuat kesilapan akan dibesar-besarkan aibnya, seolah-olah sudah tidak ada baiknya lagi. Malahan kalau boleh mahu diaibkan semua Raja-Raja sekaligus. Pada hal senario sebenarnya tidak ubah seperti kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Oleh itu, apa yang hendak dihairankan kita jika generasi Melayu kini sentiasa berprasangka buruk pada sejarah lama Raja-Raja mereka. Di mana mereka tidak tahu menjaga ADAB dan ADAT dalam perhubungan dengan pihak Istana. Lantas mereka sentiasa mencari AIB dan KESALAHAN Raja-Raja dan tidak lagi dapat menjadikan Raja itu sebagai CERMINAN bagi diri dan bangsanya.  
Beginilah sikap politikus yang bukan negarawan sejati. Mereka sanggup mempersenda dan menperkecilkan Raja-Raja Melayu tanpa rasa bersalah

Beginilah sikap politikus yang bukan negarawan sejati. Mereka sanggup mempersenda dan menperkecilkan Raja-Raja Melayu tanpa rasa bersalah

Raja-Raja Melayu Diadu Domba Oleh Media Massa

  • Peranan media massa dari dahulu hingga ke hari ini jarang menyebelahi pihak Istana dan sentiasa memencilkannya. Rakyat dipengaruhi untuk mempersoalkan KEPERIBADIAN dan KEDAULATAN Raja-Raja Melayu, mempersoalkan tentang kelebihan, keistemewaan dan keutamaan mereka sehingga perlu dijunjung sebegitu rupa. Kalau pada suatu masa dahulu kehebatan orang-orang Melayu dikaitkan dengan kisah-kisah kegemilangan bangsanya di bawah pemerintahan Raja-Raja Melayu dan diabadikan dalam hikayat-hikayat lama. Namun begitu, media massa kini hanya teruja dan berpuashati jika dapat mengaitkan kehebatan bangsa Melayu dari aspek KEBENDAAN (material) dan pencapaian-pencapaian ‘simbolik’ serta slogan-slogan yang langsung tiada signifikan dengan kemajuan hakiki IDENTITI bangsa dan agamanya.  
Inilah contoh kaduk naik junjung. Bila jawatan Menteri Besar terlepas dari gengaman, mereka sanggup menyaman Sultan tanpa rasa hormat

Inilah contoh kaduk naik junjung. Bila jawatan Menteri Besar terlepas dari gengaman, mereka sanggup menyaman Sultan tanpa rasa hormat sebagai rakyat jelata

Kerana gilakan KUASA, Karpal sanggup menyaman Sultan Azlan demi kepentingan politik

Kerana gilakan KUASA, Karpal sanggup menyaman Sultan Azlan demi kepentingan politik

Raja-Raja Melayu Ditekan Dengan Berbagai Peraturan

  • Daulah Istitusi Raja-Raja Melayu mula terhakis secara halus dan berperingkat-peringkat semenjak ianya ditekan dan diserang dari semua arah hingga mula menyebabkan hilang keyakinan, sokongan, kasih dan taat setia rakyat terhadap Raja-Raja. Berbagai peraturan PERLEMBAGAAN digubal telah menyempitkan peranan tradisi Raja-Raja sehingga menjadikan mereka begitu keliru akan tanggungjawab sebenar. Sedangkan selama ini mereka diibaratkan sebagai tonggak kedaulatan bangsa Melayu dan Agama Islam. Namun demikian, tafsiran ke atas peranan mereka kini sudah jauh menyimpang dari peranan TRADISI sebagai wakil Allah dan RasulNya. Kini, peranan Raja-Raja Melayu hanya mengikut protokol dan nasihat dari ahli-ahli politik dan mereka hanya menjadi sekadar SIMBOL semata-mata. 

Kesimpulan

Janganlah kita jadikan warisan Kesultanan Melayu sebagai bahan pameran di muzium seperti keris

Janganlah kita jadikan warisan Kesultanan Melayu sebagai bahan pameran di muzium seperti keris pusaka. Jagalah ia sebaik mungkin demi agama, bangsa dan Negara tercinta

Intipati kepada agenda untuk MEMUZIUMKAN Institusi Raja-Raja Melayu ini boleh membawa bangsa Melayu berasa HINA dan KERDIL terhadap dirinya, bangsanya, rajanya dan agamanya. Ini kerana bangsa Melayu akan hilang kewarasan dan rasional akan kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu. Sebaliknya mereka akan mengagungkan dan memuliakan kuasa-kuasa dan falsafah Barat serta menganggap IDEOLOGI dan CARA HIDUP mereka sebagai yang terbaik. Dan inilah MOTIF sebenar kaum KUFFAR supaya Institusi Raja-Raja Melayu dianggap tidak relevan lagi pada kacamata bangsa Melayu. Apabila ianya berhasil diterapkan kepada bangsa Melayu maka mudahlah dipisahkan rakyat dan Institusi Raja-Raja Melayu.

Lantas senanglah untuk mereka menguasai dan mengkufurkan bangsa Melayu bertetapan dengan luahan seorang Paderi di Filipina semasa memerangi bangsa Moro dahulu;

Adalah silap untuk mempercayai bahawa orang-orang Moro (Melayu) Mindanao tidak boleh dikristiankan. Dan jika seseorang itu tetap memegang pada kepercayaan ini, dia akan seterusnya berkeyakinan juga bahawa mereka tidak boleh ditakluki.

Tetapi cuba perhatikan dengan cermat, mereka akan menjadi rakyat Sepanyol yang setia apabila mereka memisahkan diri mereka dengan sifat Moro (Kemelayuan) mereka dan menjadi Kristian.”

Secara jujurnya, bangsa Melayu hari ini GAGAL menjunjung amanah nenek moyang mereka dalam melindungi dan mempertahankan KHAZANAH bangsanya kerana terlalu terpengaruh dengan propaganda dan dakyah Barat tanpa sedikit pun berusaha mencari hakikat cerita sebenar masa silam bangsanya. Mereka terlalu dhaif dan tidak peka pada sejarah dan peranan Institusi Raja-Raja Melayu. Dan sekaligus mereka langsung tidak dapat mengaitkan Institusi Raja-Raja Melayu hari ini dengan warisan turun-temurun bangsa Melayu yang gemilang di bumi Nusantara.

Jadikanlah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebagai rujukan dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Jadikanlah ia sebagai rujukan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita

Jadikanlah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebagai rujukan dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Jadikanlah ia sebagai rujukan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita

Kita seharusnya diingatkan bahawa kewujudan Raja-Raja Melayu merupakan satu unit rantaian Sistem Khalifah yang berperanan sebagai PENERUS RASULLULAH S.A.W dalam urusan menjaga kepentingan Islam dan umatnya. Peranan ini tidak boleh disamakan dengan pemimpin-pemimpin politik sekular yang bernaung di bawah payung Sistem Barat yang mampu dan telahpun Berjaya menggugat kepentingan umat Islam sedunia.

Tinggalkan komen