MITOS HIMPUNAN BLACKOUT 505 – INI KALI LAH ATAU INI KALI KALAH LAH?…..

Pendahuluan

Pada 6 Mei 2013, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang  didakwanya dilakukan dalam PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei lalu. Akibat kekecewaannya untuk merampas tampuk pemerintahan di Putrajaya maka satu HIMPUNAN perlu dirancang untuk “cover” kemaluan yang dihadapinya.

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.

Beginilah sikap DSAI yang telah sebati dengan jiwanya apabila ia gagal mencapai sesuatu impian, beliau akan mempergunakan ketaksuban rakyat atau penyokong fanatiknya dengaan menimbulkan suasana gegak gempita dan hiruk piruk demi menggapai angan-angan untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Secara umumnya himpunan ini tidak lebih daripada percubaan beliau untuk mewujudkan PERSEPSI NEGATIF terhadap kerajaan dengan mengambil kesempatan untuk MEMBULI RAKYAT agar terus membenci Perdana Menteri sediada.

Politik Persepsi Dan Manipulasi Amalan Demokrasi

Entahlah apa kena dengan mentaliti DSAI yang sering menimbulkan POLITIK KEBENCIAN terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Beliau mempersoalkan tentang kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 yang lalu dengan mengutarakan HUJAH DANGKAL yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang bakal PM. Apakah beliau lupa atau sengaja bersandiwara dengan tidak menerima amalan demokrasi di Malaysia yang berteraskan SISTEM KOMANWEL atau “BRITISH DEMOCRACY – WESTMINSTER” bukan melalui SISTEM PRESIDEN yang menentukan kemenangan mengikut jumlah UNDI POPULAR yang diterima daripada setiap pengundi. Contohnya keputusan Pilihan Raya UK yang diadakan pada 7 Jun 2001 di mana sebanyak 659 kerusi parlimen telah dipertandingkan. Hasil keputusan pilihan raya tersebut menunjukkan Parti Buruh memperolehi undi popular hanya 10,731,859 undi (40.7%) berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya sebanyak 15,636,345 undi (59.3%). Merujuk kepada sistem pilihan raya UK, Parti Buruh telah dinobat sebagai kerajaan pemerintah kerana ia berjaya memperolehi 413 kerusi parlimen berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya iaitu 246 kerusi parlimen.

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistuharkan sebagai pemenang

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistiharkan sebagai pemenang

Beliau mempertikaikan kemenangan ini kerana ia berpendapat bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang sepatutnya diistiharkan sebagai pemenang. Ia merujuk kepada analisa jumlah keseluruhan UNDI POPULAR yang diperolehi oleh PR sebanyak 5,591,688 undi (51.32%) berbanding BN sebanyak 5,302,039 undi (48.67%). Jika kita congak dan bahagi kutipan undi popular yang diperolehi oleh PR didapati ia hanyalah sekadar lebihan 289,649 undi atau  5.17% sahaja mendahului BN. Kalau beliau bertanding di Indonesia atau Singapura, kita bolehlah menerima REALITI ini. Tetapi senario ini tidak mungkin berlaku di Malaysia kerana amalan demokrasi yang diguna pakai ialah SISTEM KOMANWEL yang berasaskan kepada jumlah MAJORITI bilangan kerusi PARLIMEN yang diperolehi oleh sesebuah parti politik.

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihanraya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihan raya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Hakikat ini telah dibuktikan melalui hasil analisa keputusan PRU13 yang lalu ke atas 222 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh Malaysia.  Di mana ternyata bahawa BN telah memenangi PRU13 dengan perolehan kerusi sebanyak 133 Parlimen (59.9%) berbanding PR sebanyak 89 Parlimen (40.1%) dengan melepasi batas MAJORITI MUDAH (112 Parlimen). Ternyata tindakan DSAI mempertikaikan keputusan PRU13 ini amatlah memalukan PR umumnya dan dirinya khususnya kerana ianya keluar dari mulut seorang calon Perdana Menteri. Jika beliau masih berterusan menegakkan benang yang basah terhadap isu ini, nescaya ianya menampakkan kebodohan dan keperibadiannya yang tidak memiliki nilai-nilai NEGARAWAN yang tinggi.

Himpunan Blackout 505

Objektif himpunan ini bolehlah dikatakan KLISE dan RETORIK ciptaan Pakatan Rakyat terutamanya DSAI. Beliau sebagai MASTER MIND himpunan ini bertindak sebagai KATALIS untuk mewujudkan suasana tegang dan emosi di kalangan masyarakat. Oleh kerana beliau memahami bahawa sokongan kaum Melayu masih utuh kepada UMNO-BN maka sesuatu PERISTIWA perlu direkacipta demi mengekalkan MOMENTUM penyokongnya. Himpunan ini tidak lebih kepada satu perayaan untuk bersuka-ria sambil memperagakan 33 Ahli Parlimen/ADUN yang baru memenangi kawasan masing-masing. Secara keseluruhannya, apa yang diucapkan oleh pemimpin PR terutamanya DSAI lebih melahirkan KEKECEWAAN untuk menjadi Perdana Menteri.

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Sepatutnya beliau perlu mengotakan JANJI dan mengambil langkah BERSARA dari arena politik negara seperti yang beliau nyatakan terdahulu sebelum berakhirnya PRU13. Bukankah beliau sudah berjanji jika ia GAGAL menumbangkan BN di dalam PRU13, beliau akan bersara dan menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Eropah. Di mana janji beliau? Sebaliknya beliau bermain kata-kata (play words) dengan memutar FAKTA bahawa PR telah menang secara majoriti melalui UNDI POPULAR. Inilah watak DSAI yang bijak menyusun KATA dan AUTA demi menyelamatkan KEMALUANNYA.

Apakah faedahnya himpunan ini? Jika ditanya kepada penyokong fanatik PR sudah tentu berdegar-degar hujah demi hujah yang menyokong tindakan himpunan haram ini. Walau ianya menyusahkan kehidupan masyarakat di sekeliling lokasi himpunan tersebut. Tahukah anda berapa ramai pengguna di jalan raya dan lebuhraya merungut dan menyumpah seranah ke atas penganjuran himpunan ini. Apa tidaknya, mereka terpaksa menunggu hampir 5 jam terperangkap di dalam kenderaan di Tol Subang Jaya, Jalan Airport Lama, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Punchong, KESAS, Jalan SS7/19 dan sekitar DUN Seri Setia.

Apa Yang Terjadi Pada Malam Itu

Keghairahan penganjur Himpunan Blackout 505 untuk memenuhkan ruang Stadium Petaling Jaya amat menjengkelkan. Apa tidaknya, mereka bertindak seolah-olah masyarakat sekitar kawasan tersebut bersetuju diadakan perhimpunan tersebut. Hampir setiap ceruk dan ruang kosong di kawasan perumahan SS7 Kelana Jaya dipenuhi kenderaan peserta. Mereka meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar dan masuk kediaman mereka. Suasana bising dengan sorakan REFORMASI dan UBAH menjadi rima dan melodi peserta. Ditambah pula bunyi-bunyian hon dari kenderaan dan tiupan “Vuvuzela” menjadi RUNGUTAN penduduk kerana mengganggu kedamaian mereka di waktu malam.

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Kesesakan yang teruk telah berlaku di sekitar jam 6 petang hingga 11 malam di kawasan ini hingga menyebabkan beribu-ribu kenderaan terperangkap di Exit Tol Subang menghala ke arah Shah Alam dan Kuala Lumpur. Ia meliputi Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya KESAS hingga ke Seri Kembangan. Kedengaran sumpah-seranah dan makian yang dikeluarkan oleh mereka yang terbabit sambil menyalahkan penganjur perhimpunan ini sebagai “MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI” dan menyusahkan pengguna.

Pada malam itu, secara keseluruhannya hampir 80% peserta adalah terdiri daripada kaum Cina. Mereka hadir dengan memperagakan pelbagai sepanduk dan kata-kata sindiran terhadap kerajaan sediada. Kaum Melayu yang hadir adalah di kalangan peniaga-peniaga makanan, barangan bermotifkan parti seperti poster, cd ceramah, air-hon (Vuvuzela) dan baju T-shirt. Hampir 2/3 daripada peserta memakai baju berwarna HITAM yang menandakan PROTES kepada keputusan PRU13. Aturcara yang dijalankan bermula dengan kata-kata aluan penganjur dan diikuti oleh ucapan pendek oleh 33 orang wakil PR serta diakhiri dengan ucapan RETORIK oleh DSAI. Intipati ucapannya berkisar tentang KETIDAKPUASAN hati beliau terhadap keputusan dan operasi SPR semasa mengendalikan PRU13. Sekaligus beliau menjadikan perhimpunan ini sebagai PLATFORM untuk menjustifikasikan bahawa beliau TIDAK AKAN BERSARA dari arena politik, malah akan melancarkan banyak lagi perhimpunan seperti “Blackout 505” di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor.

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Tepat jam 12 malam, semua peserta mula beredar dari Stadium sambil memekik-melolong dengan “Semangat Blackout” di fikiran masing-masing macam robot. Mereka seperti di “Brainwash” agar patuh tanpa menyoal segala ALASAN dan OMONGAN yang diberikan oleh pemimpin mereka. Sudahlah mereka membuat bising sampai mengganggu ketenteraman penduduk, tindakan tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap dan mengotorkan kawasan sekitar juga dilakukan oleh mereka dengan selamba. Siapalah yang akan membersihkannya, ya?

Kesimpulan

Kita semua tidak boleh meramal masa depan tetapi kita semua mempunyai sejarah yang boleh dijadikan rujukan kepada kita dalam membentuk generasi Malaysia yang kompetetif,dinamik dan berinovatif. Keutuhan sistem pilihan raya ini perlu dipelihara untuk menjamin kestabilan negara supaya Malaysia dapat terus menjadi negara yang lebih baik. Janganlah kita termakan dakyah-dakyah yang sesat lagi menyesatkan yang digembar-gemburkan oleh PR. Tindakan EKSTRIMIS dan RADIKAL perlu dikekang dari bertapak di dalam negara kita terutamanya dari aspek PERPADUAN dan KERJASAMA di antara semua kaum di Malaysia. Seharusnya kita perlu menghalang atau menjaga ahli keluarga dan sanak saudara dari terikut-ikut BUDAYA JALANAN yang menjadikan DEMONSTRASI sebagai tanda protes. Sebaliknya kita perlu akur dan menghormati BUDAYA BANGSA yang menjunjung DEMOKRASI sebagai tanda kematangan.

Jika kita ditanya oleh seseorang tentang menukar corak pentadbiran negara; “Ini Kali Lah atau Lain Kali Lah? Maka jawapan yang sebaiknya ialah “INI KALI KALAH LAH”……….

KOMPLOT G17 DALAM MERANCANG STRATEGI DAN AGENDA UTAMA DAP DALAM MERAMPAS PUTRAJAYA

Pendahuluan

Pencetus kepada polemik perancangan strategi dan agenda DAP

Razali merupakan pencetus kepada polemik berkaitan perancangan strategi dan agenda DAP. Beliau komitat dalam tugasan yang diberikan demi menjayakan Malaysian Malaysia

Mohamad Razali merupakan matan Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam dalam parti DAP suatu ketika dahulu. Beliau juga ditugaskan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Setiausaha Publisiti DAP negeri Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Pemuda Bahagian Pulau Pinang. Pada 5 Mei 2011, beliau mengesahkan sebagai salah seorang peserta dalam pertemuan paderi di Pulau Pinang yang ‘berdoa’ mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia. Majlis doa itu diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister. Beliau merupakan salah seorang daripada wakil kaum Melayu dalam merancang dan mengatur strategi untuk memecah-belah KESATUAN dan KEHARMONIAN orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya secara SISTEMATIK. Petikan di bawah ini mengesahkan campur tangan negara luar di dalam hal ehwal dalaman negara.

“Jadi, di sini Tuan-tuan dan Puan-puan, saya ingin memberitahu apakah rancangan DAP kalau dapat tawan Putrajaya ni? Banyak. Banyak rancangan. Saya ni bersengkongkol dengan mereka. Banyak rancangan yang dibuat oleh pihak DAP. Seperti yang saya katakan tadi, saya tak tuduh orang lain, sayalah orang yang terlibat secara langsung. G17 nilah yang mengerakkan semua jentera-jentera DAP secara dalaman.”

Think Tank Geng G17

Dalam DAP ini ada tujuh belas (17) orang pakar strategi yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng). Pecahan ahli yang menganggotai G17 ini terdiri daripada lima belas (15) orang Cina, seorang (1) India dan seorang (1) Melayu. Mohamad Razali merupakan wakil tunggal orang Melayu yang berada dalam G17. Secara umumnya, G17 ini adalah merupakan satu jawatankuasa sulit yang hanya diketahui oleh Setiausaha Agung dan pemimpin-pemimpin tertinggi saja serta bersifat “rahsia“. Ahli G17 telah mendapat latihan khusus dari pakar-pakar luar negara. Mereka dilatih hampir tiga tahun oleh pihak Israel. Manakala latihan kemahiran diberikan secara berkala mengikut kepakaran adalah berbeza daripada US, UK, Australia, Jerman, Kanada dan Belgium. Mengikut rekod tahun 2011, latihan di Malaysia ini sempat diadakan di tiga lokasi terpilih di Pulau Pinang, Hotel Shangg Ipoh di Perak dan di Hotel Quality Shah Alam Selangor. Manakala latihan lanjutan pula akan diadakan di luar negara.

DAP merupakan serpihan kepada PAP yang memainkan sentimen kaum melalui konsep "Malaysian Malaysia"

DAP merupakan serpihan kepada PAP yang memainkan sentimen kaum melalui konsep “Malaysian Malaysia”

Secara asasnya, IDEOLOGI yang dianuti oleh mereka amatlah merbahaya dan tidak sesuai diamalkan oleh masyarakat Islam. Ia meliputi ideologi “Malaysian Malaysia” dan fahaman “Zionis”. Selain daripada itu, semua ditolak kerana mereka lebih pentingkan ideologi parti (DAP) berbanding anak, isteri atau keluarga. Ia boleh disimpulkan bahawa mereka lebih berpegang kepada “parti its more important” kepada mereka. Berdasarkan kepada hiraki G17, Tony Pua Kiam Wee a.k.a Tony Pua merupakan Ketua G17 yang berfungsi sebagai Pakar Strategi DAP yang diberikan tanggungjawab untuk merancang strategi dan agenda besar DAP. Salah satu agenda yang dirancang demi “survival” mereka ialah merancang bagaimana hendak mengurangkan dominasi atau mengusir masyarakat Melayu keluar dari Pulau Pinang. Selain daripada Tony Pua, Ronnie Liu juga merupakan salah seorang “Think Tank” yang membantu G17 dalam merealisasikan agenda DAP. Anologinya, beliau dilihat sangat condong menyebelahi pusat-pusat maksiat yang  diserbu dan melarang JAIS untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang Islam yang “bermaharajalela” di pusat tersebut.

Strategi Dan Agenda Utama DAP

Berdasarkan kepada pendedahan Mohamad Razali berkaitan strategi dan agenda DAP jika mereka berjaya menawan Putrajaya amatlah mengerikan masyarakat Melayu khususnya dan warga Malaysia umumnya. Terlalu banyak rancangan terancang dan strategik untuk mengubah suasana landskap sosial, politik dan ekonomi negara. Semuanya digerakkan oleh jentera-jentera DAP secara dalaman setelah mendapat khidmat nasihat dan perancangan taktikal dari G17 seperti berikut :

Golongan kristian evengelis yang menjadi perancang kepada G17

Golongan kristian evengelis yang menjadi perancang kepada proses kristianisasi mengikut acuan G17

  • Kristian Agama Rasmi Malaysia

Perancangan rapi telah disiapkan oleh G17 untuk menjadikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian dalam masa sepuluh tahun. Ia bertepatan dengan demografi ahli DAP yang hampir 90% kepimpinannya adalah beragama Kristian. Misalnya Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan Eng, Pua Kiam Wee (Tony Pua), Liu Tian Khiew (Ronnie Liu), Ooi Chuan Aun (Jeff @ Jeffrey Ooi) dan Kok Suh Sim (Teresa Kok). Mungkin banyak orang pun tahu, terdapat setengah pemimpin DAP masih guna nama Cina sebagai pengenalan diri tetapi mereka sebenarnya adalah merupakan penganut Kristian.

Lakaran bendera rasmi Republik Malaysia yang dicadangkan oleh G17 dan kuncu-kuncunya

Lakaran bendera rasmi Republik Malaysia yang dicadangkan oleh G17 dan kuncu-kuncunya

  • Malaysia Sebagai Sebuah Republik

Idea ini adalah didorong oleh kejayaan PAP di Singapura yang berjaya men‘tranformasi‘kan sistem pentadbiran negara Singapura daripada Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu kepada Sistem Negara Republik Singapura.  DAP dilihat intim mendapatkan khidmat nasihat Singapura dalam mencorak sistem pentadbiran mengikut acuan PAP. Langkah pertama ke arah sebuah republik ialah mengubahsuai melodi Lagu Negaraku dan Bendera Malaysia.  Lagu Negaraku yang baru telah diperdengarkan di Hotel Paramount Sibu semasa di ambang pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2011. Lagu Malaysia baru ini telah membuang perkataan Raja. Beberapa perkataan lain diubahsuai. Begitu juga melodi dan iramanya semuanya sudah. Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.

  • Yang Dipertua Negeri Di Kalangan Orang Cina

DAP sering mempersoal mengapa Yang Dipertua Negeri dilantik untuk orang Melayu sahaja? Mereka bertegas bahawa mereka pun rakyat Malaysia juga, kenapa kami tidak diberi hak? Persoalan ini sering dikitar semula oleh DAP setiap masa kepada masyarakat bukan Melayu dengan tujuan membangkitkan KEMARAHAN dan KEROSAKAN minda masyarakat. Mereka bertekad kalau DAP dapat menawan Putrajaya, mereka akan memastikan Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak selepas ini, Yang Dipertua Negeri adalah daripada kalangan orang Cina.

Pertabalan Sultan Kedah dianggap oleh G17 sebagai merugikan hasil kerajaan. G17 mencadangkan agar dimansuhkan dan diganti sistem Presiden

Pertabalan Sultan Kedah dianggap oleh G17 sebagai merugikan hasil kerajaan. G17 mencadangkan agar dimansuhkan dan diganti sistem Presiden

  • Sistem Raja Berperlembagaan Dimansuhkan

Sistem ini akan dihapuskan oleh DAP bagi menggantikan Sistem Negara Republik. Tindakan biadap ini boleh dibuktikan melalui kenyataan Lim Kit Siang di dalam mesyuarat di mana beliau menyatakan bahawa Raja-raja yang ada di Malaysia ini adalah dari keturunan lanun, perompak dan penjudi. Beliau secara sinis mengungkapkan kenyataan “Is it you want role by pirate our country?” Tindakan ini boleh disaksikan semasa pertabalan Yang Maha Mulia Duli Yang Dipertuan Agong pada 11 April (2012) yang lalu. Tengok, bagaimana mereka menghina dan mencaci Agong dengan komen yang memualkan seperti komen Lim Kit Siang yang berkata ;

Raja-Raja Melayu semuanya lanun. Semuanya perompak“. Katanya lagi;”buat apa hormat Agong, buat habis wang ringgit cukai rakyat sahaja beri pada Raja-Raja Melayu. Kenyataan biadap ini disambung oleh Lim Guan Eng;”kalau kita (DAP) pegang Kerajaan Pusat, kita akan hapuskan Raja-Raja. Buat apa ada Raja, Presiden sudah cukup.

Presiden Pertama dan terakhir dari bangsa Melayu dilantik menjadi Presiden Singapura pada 1965. Kini ia hanya layak diabadikan pada setem dan duit kertas republik Singapura

Presiden Pertama dan terakhir dari bangsa Melayu dilantik menjadi Presiden Singapura pada 1965. Kini ia hanya layak diabadikan pada setem dan duit kertas republik Singapura

Kerana apa? Mereka yakin kalau dapat menawan Putrajaya, itulah pertabalan terakhir Yang Dipertuan Agong di bumi Malaysia. Selepas ini ia akan digantikan Presiden. Mereka merancang untuk menurunkan sembilan Raja dan menggantikannya dengan satu Presiden. Mengikut perancangan DAP, Presiden pertama memang akan dilantik di kalangan orang Melayu. Selepas itu, Presiden yang kedua dan seterusnya akan diberi kepada orang Cina dan India. Idea ini diambil macam dilakukan oleh Singapura, Presiden yang pertama dilantik orang Melayu Yusof bin Ishak (1965 – 1970), selepas itu jawatan ini diisi oleh bukan Melayu seperti Benjamin Henry Sheares (1971 – 1981), Devan Nair (1981 – 1985), Wee Kim Wee (1985 – 1993), Ong Teng Cheong (1993 – 1999), S.R. Nathan (1999 – 2011) dan Tony Tan Keng Yam (2011 – 2017).  

  • Amalan Agama Islam Disekat
Laungan azan tidak dibenarkan berkumandang. Hanya terhad pada waktu dan jarak tertentu. Semuanya disebabkan alasan hak-hak asasi

Laungan azan tidak dibenarkan berkumandang. Hanya terhad pada waktu dan jarak tertentu. Semuanya disebabkan alasan hak-hak asasi

Azan tidak akan dibenarkan. Jika hendak melaungkan azan juga. Ia hanya di dalam masjid atau surau bukan di luar. Tindakan ini menganggu hak asasi agama dan bangsa lain. Sekarang di Pulau Pinang, arahan pekeliling kerajaan supaya azan diperlahankan. Matlamat utama yang tersirat oleh DAP adalah supaya laungan azan ini diHARAMkan. Senario ini berlaku setelah seorang perempuan Cina di Taman Sri Damai, Batu Lanchang Pulau Pinang telah menghantar surat kepada Lim Guan Eng. Beliau membuat aduan bahawa pagi-pagi dia tak boleh tidur kerana laungan azan Subuh mengangguinya. Disebabkan surat itulah, Lim Guan Eng membuat satu keputusan dengan mengarahkan Mufti supaya memberi arahan supaya azan diperlahankan.

Selain daripada itu, Pertandingan Tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa akan diHARAMkan. Alasan retorik yang diberikan oleh DAP ialah ketidakadilan untuk agama lain. Mereka mempersoalkan kenapakah agama lain tidak diberi keistimewaan begini. Mereka juga berhujah bahawa negara Arab Saudi pun tidak menganjurkan pertandingan ini. Oleh itu, kenapa Malaysia pandai-pandai menganjurkannya. It not fair to other religion so we won’t to listed.

  • Penubuhan Interfaith Commission (IFC)

Pembubaran Majlis Agama Islam di setiap negeri akan dilaksanakan dan digantikan dengan Majlis Antara Agama. Ia berfungsi sebagai satu platform untuk semua agama duduk dalam satu jabatan mengikut tuntutan IFC. DAP akan merealisasikan penubuhan IFC yang kononnya adil dalam memperjuangkan kesamarataan antara agama melalui 14 tuntutan berasaskan kepercayaan, cara hidup dan amalan seharian. Di Pulau Pinang, pihak kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Silaturahim Antara Agama yang mirip seperti IFC.  Melalui jawatankuasa ini, perkahwinan campuran akan digalakkan di bumi Malaysia ini. Kaum Cina boleh kahwin dengan kaum Melayu tanpa perlu menukar agama dan kepercayaan masing-masing. Ini kerana pihak DAP akan memberikan justifikasi bahawa “semua agama sama” dan semua bebas berkahwin seperti apa yang berlaku di negara Indonesia dan Singapura. Malahan insentif wang galakan berjumlah RM5,000 akan diberikan kepada setiap pasangan yang sanggup berkahwin campuran sebagai wang saguhati.

Mereka mencadangkan agar semua agama diberikan pengiktirafan tanpa mahu mengakui ISLAM adalah agama rasmi Malaysia

Mereka mencadangkan agar semua agama diberikan pengiktirafan tanpa mahu mengakui ISLAM adalah agama rasmi Malaysia

Selain daripada itu, satu polisi beragama akan diperkenalkan di mana jikalau sebuah keluarga mendapat anak, walaupun ibu dan bapanya beragama Islam, anaknya tidak semestinya beragama Islam secara automatik. Ini kerana agama anutan anak itu hanya akan ditentukan selepas ianya berumur 18 tahun. Ibu bapa tidak ada hak untuk menentukan agama anaknya kerana dia melanggar hak asasi anak tersebut. Contohnya, selepas anak dilahirkan, ibu atau bapa akan mendaftar kelahiran anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana ruangan agama tidak akan diisi sehinggalah anak tersebut berusia 18 tahun. Ruangan agama hanya akan diisi setelah anak tersebut membuat pilihan apakah agama yang akan dianutinya mengikut hak-hak kebebasan anak tersebut.

  • Zakat Dan Mahkamah Syariah

Begitu juga kutipan wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat ini dianggap sama seperti wang cukai. Mereka mempertikaikannya mengapa orang bukan Islam tak boleh menggunakannya? Cadangan ini telah diutarakan oleh dua ADUN DAP kepada Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan yang lalu. Mereka meminta agar separuh daripada kutipan wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina. Pemansuhan Mahkamah Syariah yang berteraskan agama Islam tidak akan dipraktikkan lagi di bumi Malaysia. Mereka akan menggunakan satu Mahkamah Sivil sahaja, selain daripada itu akan ditolak dan tidak akan diiktiraf oleh DAP.

  • Pemansuhan Pendidikan Agama Islam

Mata pelajaran Pendidikan Islam akan dimansuhkan daripada sistem pendidikan Malaysia. Mereka berpendapat jika mahu menuntut pelajaran agama, silalah belajar di surau, masjid atau madrasah. Bukan di sekolah. Di sekolah pelajar akan diajar akademik sahaja. DAP akan memisahkan kedua-duanya dari agenda sistem pendidikan Malaysia. Jika orang Melayu membuat mogok, demonstrasi atau huru-hara untuk mempertahankan juga mata pelajaran Pendidikan Islam diajar di sekolah, pihak DAP akan benarkannya tetapi dengan satu syarat utama. Syaratnya ialah mata pelajaran agama Kristian, Hindu dan Budha hendaklah dibenar diajar di sekolah. Jikalau bersetuju maka barulah mereka membenarkan mata pelajaran agama Islam diajar di sekolah selepas ini.

  • Penggantian Bahasa Kebangsaan

Bahasa Inggeris akan jadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia cuma dijadikan sebagai bahasa perantaraan sahaja. Bahasa Inggeris diangkat oleh DAP sebagai bahasa utama manakala bahasa kedua adalah bahasa Mandarin. Ini kerana mereka berpendapat bahawa bahasa Malaysia TIDAK BERHARGA kerana bagi mereka bahasa Malaysia merupakan bahasa pinjaman daripada beberapa bahasa lain. Sebab itulah DAP tidak mahu mengiktiraf bahasa Malaysia. Hanya dua bahasa sahaja akan diiktiraf iaitu bahasa Inggeris dengan bahasa Mandarin

  • Pengharaman NGO Melayu

Mereka akan mengHARAMkan Badan-badan NGO yang berteraskan perjuangan orang Melayu seperti PEKIDA dan PERKASA. Kedua-dua pertubuhan ini akan disenarai hitam dan seterusnya diharamkan. Mereka akan melabelkan kedua-dua pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas seperti al-Maunah. Modius operandi tindakan pengharaman kedua-dua NGO ini akan dilakukan melalui proses undang-undang yang terdapat di Malaysia.

  • Chin Peng Dan Komunis

Pemimpin tertinggi Parti Komunis Malaya akan dibawa kembali ke Malaysia. Cadangan ini telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, “As long saya jadi PM tak ada masalah, kita akan bagi dia masuk.” Usul ini disuarakan oleh DAP melalui Nga (Kor Ming) dan Ngeh (Koo Ham). Nga dan Ngeh merupakan Ahli Parlimen DAP bagi parlimen Beruas dan Taiping. Mereka juga merupakan anak saudara kepada Chin Peng. Hubungan kekeluargaan di kalangan pemimpin-pemimpin DAP banyak terjalin kerana mereka mempunyai hubungan adik-beradik dengan Chin Peng atau beberapa bekas-bekas Komunis. Sokongan terbuka telah diberikan oleh Anwar. Manakala Mat Sabu telah memberi cadangan supaya Chin Peng diberi gelaran Tun. Beliau berpendapat bahawa Chin Peng merupakan seorang pejuang kemerdekaan yang patut dihormati dan patut disanjungi.

  • Pembubaran GLC Dan MARA
Usaha memansuhkan agensi-agensi berkaitan hak-hak bumiputera terhadap ekonomi dibuat oleh DAP. Mereka berselinding di sebalik polisi dan perundangan untuk melaksanakannya

Usaha memansuhkan agensi-agensi berkaitan hak-hak bumiputera terhadap ekonomi dibuat oleh DAP. Mereka berselinding di sebalik polisi dan perundangan untuk melaksanakannya

Agensi pertama yang akan dibubarkan selepas dua minggu jika berjaya menawan Putrajaya ialah MARA. Ini kerana pihak DAP berpendapat bahawa MARA merupakan satu agensi perkauman kerana hanya menolong orang Melayu sahaja berbanding bangsa lain. Sebab itulah mereka menganggapnya sebagai rasis agensi. Mengikut perancangan DAP, selepas dua minggu agensi ini ditutup. Mereka akan menubuhkan agensi lain bukan seperti MARA dan nama MARA akan dihapuskan.

Dalam memperkasakan lagi cengkaman kuasa politik dan dominasi ekonomi, DAP akan melantik orang-orang Cina atau orang-orang India di jawatan strategik untuk menerajui Syarikat-Syarikat GLC menggantikan orang Melayu. Senario ini telah berlaku di Selangor (PKNS) dan Pulau Pinang (PDC). Bagi mereka “Malay is not capable to handle GLC.” Kenyataan ini telah disuarakan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat pengurusan yang mendakwa “Bangsa yang paling bodoh dan yang paling malas dalam dunia ini adalah bangsa Melayu. The most racist are Malays.” Mereka beranggapan bahawa orang Melayu tiada nilai seperti kenyataan berikut;

Nilai seorang Melayu ni RM100 sahaja. No more than that value. Dia kata, orang Melayu Singapura pun kita boleh tipu, apa lagi orang Melayu Malaysia, nothing for us. Kita boleh beli dengan RM100. Boleh letak harga pula. Lim Kit Siang kata apa, harga orang Melayu hanya RM100, tidak lebih daripada itu. Bayangkanlah nilaian yang diletak oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap orang-orang Melayu di Malaysia ni.

  • Dasar Pecah Dan Perintah

Rejimen Askar Melayu merupakan rejimen yang paling dibenci oleh DAP. Mereka sering mengaitkan rejimen ini sebagai jentera kerajaan yang banyak membunuh orang Cina semasa tragedi 13 Mei 1969 di Pulau Pinang, di Ipoh dan Kuala Lumpur. Mereka amat BENCI terhadap tiga perkara iaitu ISLAM, MELAYU dan RAJA. DAP akan membuat rombakan besar-besaran terhadap Rejimen Askar Melayu yang akan dinamakan semula (rebranding) Rejimen Askar Malaysia. Tiada lagi istilah MELAYU, hanya yang tinggal adalah MEMORI.

Begitulah juga dengan nasib Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara. Kedua-dua jawatan tertinggi khas ini akan dikhaskan EKSKLUSIF kepada orang Cina sahaja. Mereka tidak akan sekali-kali memberikannya kepada orang Melayu. Rasionalnya amat mudah, DAP tidak percaya kalau jawatan ini dilantik dari kalangan bangsa lain. Ia sekaligus dapat mengurangkan perasaan takut dan PREJUDIS terhadap bangsa lain yang mungkin melakukan sabotaj atau tikam belakang kepada DAP.

  • Penamatan Kakitangan Awam
Jumlah kakitangan Awam akan dikurangkan sehingga separuh daripada sediada. Kononnya untuk jimatkan kos. Sebenarnya ia sebagai usaha mengurangkan jumlah kakitangan Melayu di semua peringkat

Jumlah kakitangan Awam akan dikurangkan sehingga separuh daripada sediada. Kononnya untuk jimatkan kos. Sebenarnya ia sebagai usaha mengurangkan jumlah kakitangan Melayu di semua peringkat

Pengurangan bilangan kakitangan kerajaan akan dilaksanakan seperti agenda yang dilaungkan oleh Tony Pua semenjak tahun 2011. Ia berikutan hasil lawatan wakil DAP yang menghantar 12 pakar dari DAP dan wakil Pakatan Rakyat pergi ke Beijing, China. Mereka berada di sana hampir tiga bulan untuk membuat kajian dan juga latihan bagaimana caranya untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan. Sebab itulah Tony Pua berani mengeluarkan kenyataan berupa PROVOKASI dan UGUTAN kalau mereka dapat menawan Putrajaya, DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan terutamanya kakitangan Melayu.

  • Memecah Monopoli Melayu

Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan merupakan agensi pertama yang akan dikurangkan jumlah guru-guru dan kakitangan pentadbirannya. Selepas itu, mereka akan mula bergerak ke jabatan-jabatan atau agensi-agensi lain. KEMAS, BTN dan MKN pula akan ditutup. Mereka menjustifikasikan bahawa tiga agensi ini merupakan JENTERA Kerajaan yang menghasut rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat. Sebab itu ia kenalpasti dan akan ditutup serta digantikan dengan satu agensi baru.

  • Cuti Umum Good Friday

Mereka akan mengumumkan dua hari perayaan orang Kristian iaitu Good Friday dan Easter Day akan dijadikan cuti umum. Cuti ini adalah cuti wajib walaupun untuk seluruh Negara termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Kesimpulan

Marilah kita berfikir secara kritis dan kritikal tentang bagaimana caranya untuk kita menanggani masalah ini. Walaupun pihak DAP gigih berusaha untuk melaksanakan segala STRATEGI dan AGENDA mereka, ia bukan bermakna kita hanya pasrah tanpa melakukan apa-apa tindakan. Sebaliknya, orang Melayu itu sendiri perlulah memajukan diri mereka demi pembangunan pada masa hadapan. Kita hendaklah BERSATU dalam meningkatkan ukhuwah sesama kita agar timbul semangat KEKITAAN yang jitu untuk merempuh pelbagai dugan dan rintangan di hadapan kita. Janganlah kita re’dha DAP memecah-belah KEHARMONIAN yang dikecapi demi mencapai impian mereka dengan melontarkan kata-kata nista terhadap orang Melayu seperti petikan ini;

Pernah satu ketika Lim Guang Eng dalam ucapannya semasa di Singapura mengatakan kaum yang paling bodoh adalah kaum Melayu. “Jika Melayu di Singapura boleh dibeli dan diperdaya, dengan begitu mudah, apatah lagi Melayu di Malaysia, sudah pasti ada cara untuk memperdaya ‘MEREKA.

SELAMAT MENGUNDI PRU13, PILIHAN DI TANGAN ANDA….. Ini Kali Lah @ Lain Kali Lah…..

Nota :

Kuasa yang ada dekat orang Melayu ni cuma kuasa politik sahaja. Yang tu hilang, kita akan jadi macam mereka, merempat di negara sendiri.

AWAS! SESUMPAH JADIAN KINI KEMBALI DER…

Pendahuluan

Kepimpinan Melalui Teladan, itulah ungkapan yang sesuai diluahkan kepada corak kepemimpinan seseorang pemimpin. Jika ianya tidak konsisten, mudah goyah atau sering bertukar keputusan maka ia akan diklasifikasikan sebagai PEMIMPIN YANG LEMAH. Manakala seorang pemimpin yang “firm” dan berpendirian tetap, tegas dan teguh maka ia akan dikalungkan sebagai PEMIMPIN YANG BERKALIBER.

Watak sesumpah a.k.a Iguana menjadi topeng Anwar

Watak sesumpah a.k.a Iguana menjadi topengan Anwar dalam kehidupannya. Beliau sanggup bertukar pendirian terhadap sesuatu isu mengikut keuntungan politik

Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan untuk membuat keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang datang. Malang buat Pakatan Rakyat (PR), “KETUA UMUM” mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim kini lebih kerap menunjukkan sikap “wait and see” beliau yang teragak-agak dalam memberikan respon terhadap isu-isu yang melibatkan imejnya.

Oleh itu, tak perlu kita bincangkan tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri sama ada ia akan bertanding di negeri Perak atau mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Ramai yang terkejut betapa Anwar gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang disusuli dengan tindakan “flip-flop” sebelum akhirnya beliau ambil keputusan untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Mungkin beliau masih menanti respon pengundi atau penyokongnya untuk membantu beliau mempertimbangkan hasratnya.

Jangan bimbang,

Jangan bimbang, AKU BERJANJI semua agama bebas diamalkan mengikut kepercayaan masing-masing. Kalimah Allah  pula boleh digunasama demi kepentingan politik

Tabiat Anwar Laksana Sesumpah Politik

Sebenarnya beliau dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ada keputusan tetap, beliau lebih gemar mendiamkan diri atau menghilangkan diri apabila sesuatu keputusan penting harus dibuat. Respon beliau kepada kontroversi-kontroversi yang melanda pakatan pembangkang, sebagai contoh penggunaan kalimah Allah, isu hudud, isu kepolisian moral oleh PAS di Kelantan dan sebagainya adalah hanya berdiam diri seperti biawak hidup.

Sifat bermuka-muka Anwar dalam sesuatu isu kontroversi merupakan strategi beliau dalam mendapatkan sokongan rakyat

Sifat bermuka-muka Anwar dalam sesuatu isu kontroversi merupakan strategi beliau dalam mendapatkan sokongan rakyat

Anwar mungkin lebih gemar jadi seorang pemerhati pada saat-saat getir sebegitu, namun Pakatan Rakyat bakal menghadapi ujian yang sukar pada PRU13 ini, dan ramai orang bimbang dengan sikap Anwar ini. Bukan kerana beliau seorang yang tiada kebolehan, tapi kerana beliau tidak mampu membuat kata putus atau mempertahankan kepercayaan beliau (yang kerap juga bertukar setiap kali).

Sejarah akan tercipta pada PRU13 nanti di mana pertandingan tiga penjuru akan berlaku di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang mempertaruhkan imej dan persepsi calon

Sejarah akan tercipta pada PRU13 nanti di mana pertandingan tiga penjuru akan berlaku di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang mempertaruhkan imej dan persepsi calon

Kini Anwar berhadapan dengan masalah apabila beliau dikritik oleh ahli-ahli parti kerana calon-calon pilihan beliau hanya terdiri daripada kroni dan proksi di kalangan rakan-rakan dan sekutu-sekutu rapat beliau sahaja. Akibat sikapnya yang sering membisu dan berdolak-dalih dalam isu video seks maka beliau bakal berhadapan dengan seorang blogger pro-kerajaan (papagomo) yang mencabarnya di kerusi Parlimen Permatang pauh pada PRU13 nanti.

Kesan Tabiat Sesumpah

Nampaknya semakin ramai yang berani mencabar Anwar kerana kelemahan beliau yang gemar menjaringkan gol sendiri. Tidak hairanlah kenapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang merasakan diri beliau layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana calon PM Pakatan Rakyat adalah seorang yang banyak kelemahan untuk menggapai cita-cita menggunung beliau menjadi PM Malaysia.

Segala kekalutan dalam Pakatan akan bertambah teruk menjelang tibanya PRU13. Keputusan tentang calon harus segera dibuat dan polisi-polisi harus diperjelaskan kepada rakyat. Berdasarkan rekod prestasi Anwar yang teruk, sebagai contoh beliau membelakangi keputusan Pakatan untuk menutup Loji Nadir Bumi Lynas dalam tempoh dua minggu selepas melancarkan manifesto, kita pasti tidak ramai yang mengharapkan kepimpinan yang kukuh dari beliau sekiranya beliau memegang jawatan PM.

Anwar sanggup menjilat ludah dalam isu Loji Nadir Bumi Lynas dengan menyokong operasi loji ini yang telah ditentang oleh Pakatan Rakyat

Anwar sanggup menjilat ludah dalam isu Loji Nadir Bumi Lynas dengan menyokong operasi loji ini yang telah ditentang oleh Pakatan Rakyat

Kesimpulan

Keperibadian seseorang pemimpin merupakan IDOLA kepada pengikutnya. Walaupun sesetengah pihak beranggapan isu ini nampak seperti isu-isu kecil atau picisan, tapi fikirlah, adakah sikap sebegini akan membawa kebaikan kepada negara seandainya Anwar menjadi Perdana Menteri apabila berjaya merampas Putrajaya? Bayangkanlah betapa HURU-HARA dalam Sistem Pentadbiran Kerajaan Pusat apabila sesuatu DASAR dibuat mengikut citarasa ahli komponen PR yang saling berbalah dalam sesuatu isu TERAS seperti Hukum Hudud, Malaysia Malaysian dan Hak-Hak Asasi. Apakah peranan Anwar pada waktu itu? Sekadar berdiam diri tanpa menyokong atau bermuka-muka seperti biasa macam SESUMPAH POLITIK?

Fikir-Fikir….    Demi Survival dan Keamanan Negara.

Artikel asal: http://www.thechoice.my/top-stories/64510-indecisive-anwar-inflicts-own-goal

INTIPATI MANIFESTO BUKAN JANJI – PAKATAN HANCURKAN RAKYAT MENJUAL JANJI DAN HARAPAN

Pendahuluan

Setiap lima tahun rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan berbagai-bagai versi pujukan dan rayuan yang ditaburkan oleh pihak parti Politik yang bertanding dalam merebut KUASA untuk memerintah negara. Ia dikenali sebagai MANIFESTO atau lebih dipanggil JANJI. Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain  calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13 (PRU13), semakin kerap perkataan ‘manifesto’ menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi. Menjelang pilihan raya umum yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Janji-janji yang tercatat di dalam menifesto parti politik ditawarkan kepada pengundi sebagai JANJI yang diperolehi

Janji-janji yang tercatat di dalam manifesto parti politik ditawarkan kepada pengundi sebagai JANJI untuk ditepati

Apa Maksud Manifesto

Manifesto berasal dari perkataan Itali di mana istilah manifesto sendiri berasal dari perkataan Latin “manifestum”, bermaksud jelas atau mudah dilihat (clear or conspicuous). Penggunaan perkataan ini pertama kalinya direkodkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1620, dalam terjemahan Nathaniel Brent terhadap Sejarah Paolo Sarpi Majlis Trent.

Menurut Laman Basicknowledge101com

    • Maksud manifesto ialah pengisytiharan kepada  pihak awam berkenaan sesebuah prinsip dan hasrat. (A Public Declaration of  Principles and Intentions.)

Menurut Laman Wikipedia.org

    • Maksud perkataan manifesto  adalah satu perisytiharan tulisan berniat secara awam, motif atau pandangan  penerbit, individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan.

Menurut Kamus Oxford

    • Maksud perkataan manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

“Secara keseluruhannya maksud Manifesto adalah satu pengisytiharan yang diterbitkan lisan niat, motif, atau pandangan penerbit, individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan. Manifesto biasanya menerima pendapat sebelum diterbitkan atau konsensus awam atau menggalakkan idea baru dengan tanggapan preskriptif (prescriptive) untuk menjalankan perubahan penulis percaya perlu dibuat.”

Semua parti politik berlumba-lumba mengutarakan manifesto parti masing-masing demi mencari sokongan

Semua parti politik berlumba-lumba mengutarakan manifesto parti masing-masing demi mengejar sokongan pengundi

Persepsi Manifesto Menurut Parti Politik

Majoriti parti politik berpendapat bahawa maksud manifesto ialah satu  pernyataan umum atau deklarasi yang digunapakai oleh seseorang atau sebuah parti  politik sebagai pernyataan akan perjuangannya, bagi mendapat perhatian, simpati  dan sokongan pengundi. Secara tidak langsung manifesto yang baik ialah manifesto yang boleh membangkitkan rasa keinginan atau  kebersamaan di kalangan pengundi dengan calon bahawa arah atau perjuangan yang  cuba diterajui oleh calon itu, bersesuaian benar dengan kehendak, naluri,  pemikiran dan pegangan mereka.

Prof Dr Ahmad Atory Hussein

Prof Dr Ahmad Atory Hussein

Hakikat ini diakui oleh Prof Dr Ahmad Atory Hussein, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) di mana Manifesto memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya. Beliau menyatakan; “mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto.” Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya.”

Beliau juga berkata manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu. Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau. “Contohnya pada pilihan raya umum 2008 (PRU12),  pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri,  katanya.

Kegagalan Menepati Janji Dalam Manifesto PRU 12

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah. Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12. Senario ini boleh dijadikan penilaian pengundi terhadap kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan seperti yang termaktub dalam Manifesto.

Manifesto itu bukan satu perjanjian d

Manifesto itu bukan satu perjanjian yang perlu ditepati. Ia hanya cetusan idea dan persepsi masyarakat

Keghairahan Menawarkan Janji Dalam Manifesto PRU 13

Pada 25 Februari 2013, satu pernyataan atau ikrar oleh Pakatan Rakyat (PR) telah dilancarkan semasa berlangsungnya Konvesyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor. Ikrar ini dikenali sebagai MANIFESTO RAKYAT – PAKATAN HARAPAN RAKYAT yang mengandungi empat teras utama Manifesto yang bertemakan Rakyat Bersaudara, Kesejahteraan Rakyat, Ekonomi Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Ekoran kejayaan PR memerintah di empat buah negeri pada PRU 12 yang lalu, ia telah memberikan suntikan semangat baru kepada mereka untuk menjayakan Misi Menakluki Putrajaya.

Empat teras utama Manifesto Rakyat ditawrkan kepada pengundi

Empat teras utama Manifesto Rakyat ditawarkan kepada penggundi

Tetapi persoalan besar yang bermain di minda kita kini ialah apakah PR MAMPU MENEPATI JANJI yang terdapat dalam Manifesto Rakyat PRU 13? Ini disebabkan hasil semakan secara awalan mendapati banyak janji yang ditawarkan adalah TIDAK JELAS dan UMUM tanpa sokongan perincian kaedah perlaksanaannya. Di antara kekeliruan dan kejanggalan yang ditemui dalam manifesto ini ialah;

Laungan 100 orang Ibu-ibu tunggal berdemo bagi menuntut elaun gaji yang di janjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor

Laungan 100 orang Ibu-ibu tunggal berdemo bagi menuntut elaun gaji yang di janjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor

1. Caruman Wanita dan Bantuan Warga Emas

  • Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah ia terlaksana?
  • Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?
  • Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!
Bagaimanakah Hudud boleh dilaksanakan oleh PR jika DAP menentang habis-habisan

Bagaimanakah Hudud boleh dilaksanakan oleh PR jika DAP menentang habis-habisan

2. Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?

  • Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yang dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?
  • Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!
Jika kenaikkan gaji minimum diberikan tanpa melihat GDP negara, nescaya akan berlakunya masalah INFLASI

Jika kenaikkan gaji minimum diberikan tanpa melihat GDP negara, nescaya akan berlakunya masalah INFLASI

3. Gaji Minimum RM1,100?

  • Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.
  • Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?
Bantahan yang dianjurkan oleh PR ke atas projek impak besar membantutkan pembangunan ekonomi negara

Bantahan yang dianjurkan oleh PR ke atas projek berimpak besar membantutkan pembangunan ekonomi negara

4. Tawaran ‘Hapuskan’ dominan!

  • Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yan g ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan ‘milik kroni BN’ hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan ‘Kerajaan Rakyat’?
  • Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!
Penguatkuasaan AES banyak membantu Kerajaan dalam mengurang kadar kemalangan

Penguatkuasaan AES banyak membantu Kerajaan dalam mengurang kadar kemalangan

5. Hapus dan Batalkan AES

  • Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh ‘dimaafkan’?
  • Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!
Di manakah lokasi pembinaan rumah mampu milik yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

Di manakah lokasi pembinaan rumah mampu milik yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

6. Perumahan Selesa?

  • Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mcendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1 juta.
  • Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan ‘rumah selesa mampu milik’ oleh PR?
Tindakan ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk

Tindakan ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk

7. Turun Harga Kereta

  • Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
  • Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
  • Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?
  • Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu……..

Kesimpulan

Manifesto bukan perjanjian menurut Pakatan Rakyat. Kemungkinan itulah mereka pandai berjanji bulan bintang untuk  menambat hati pendengar mereka, tetapi segala janji tersebut tidak wajib dilaksanakan. Maka tidak hairanlah bagaimana Anwar Ibrahim dan konco-konco haramnya beria-ia menabur janji kerana pada mereka, tidak perlu ditepati segala janji berkenaan atas alasan, ianya bukanlah perjanjian. Alangkan  perjanjian bertulis pun mereka boleh langgar sesuka hati, ini kan pula janji lisan.

Manifesto bukan janji yang perlu dipatuhi tetapi sekadar menuntn

Manifesto bukan janji yang perlu dipatuhi oleh PR tetapi ianya sekadar mengkaburi mata pengundi sahaja 

Inilah jenis kerajaan yang mendabik dada mereka sangat hebat mentadbir dan mengurus. Mereka menabur pelbagai janji tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah mereka tidak perlu bertanggungjawab. Walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

Oleh:hulubalangKANAN

AWAS! ANCAMAN FAHAMAN-FAHAMAN ASING TERHADAP AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH (ASWJ) DI NUSANTARA

Pendahuluan

Sumber rujukanAhli Sunnah Wal Jama'ah berteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan

Sumber rujukan utama Ahli Sunnah Wal Jama’ah berteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan

Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah (ASWJ). Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai ASWJ? Adakah dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid yang menjadi ikutan umat Islam seperti di Nusantara mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut Imam Maliki dan mereka yang berada di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.

Susulan daripada kejayaan ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah menyusun secara sistematik dan menjelaskan kepentingan akidah kepada umat Islam maka ASWJ adalah fahaman aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam dan telah diijma`kan oleh para pemuka Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi serta pendokong utama Mazhab Hambali. Senario ini telah menyebabkan berlakunya ancaman dan penentangan terhadap ASWJ dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya.

Taburan kawasan yang mewakili empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Taburan kawasan yang mewakili pengikut kepada empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Analoginya, golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah S.W.T. terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at) bagi mendapat ganjaran syahid dalam peperangan. Ini berdasarkan dari hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

Definisi Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Istilah atau kalimah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara.  Namun, apabila membincangkan perihal ASWJ terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini.  Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama  ada di segi bahasa atau syara.  Istilah “Ahli Sunnah Wal Jama’ah”  merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut permaknaan istilah.

  • Perkataan Ahl

Jika dilihat dari sudut literal, ianya bererti ahli keluarga, pengikut atau golongan. Manakala dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau berpegang dengan sesuatu (kalimah) yang disandarkan kepada perkataan Ahl tersebut seperti ahl al-Madhhab di mana ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan mazhab tersebut.

  • Perkataan al-Sunnah

Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan sebanyak 16 kali. Perkataan al-Sunnah pula jika dilihat dari sudut literal ia bermaksud al-Sirah. Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah memberi pengertian sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada kata-katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnyadan sejarah hidupnya, sama ada sebelum kenabian mahupun selepas kenabian. Ia juga bermaksud jalan yang ditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu. Di sisi para fuqaha‟, perkataan al-Sunnah bermaksud perkara yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan percakapannya.

  • Perkataan al-Jama’ah

Menurut Ilmu al-Istiqaq dalam bidang bahasa, perkataan al-Jama’ah ini berasal daripada perkataan al-Ijtima’ yang bermaksud perhimpunan atau perkumpulan. Antonim bagi kata al-Jama’ah adalah al-Firaq yang bermaksud perpecahan. Jika diteliti dari sudut etimologi, ia merujuk kepada satu himpunan ataupun kumpulan manusia dan kumpulan tersebut mengandungi jumlah yang besar. Manakala dari sudut terminologi, ungkapan al-Jama’ah di sisi Ulama Usuluddin adalah merujuk kepada mereka yang mengikuti majoriti umat Islam di mana ia terdiri daripada mereka yang mengikuti jalan yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda.

  • Perkataan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Ketiga-tiga suku kata tersebut telah digabungkan menjadi satu istilah oleh dua orang ulama yang mahir dan pakar dalam bidang Usuluddin iaitu al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (260 – 330H) dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi (238 – 333H). Ia dinamakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang dirujuk kepada mereka yang telah berada di atas manhaj (jalan/ method) yang diperkenalkan oleh golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari sudut aqidah. Hal ini adalah suatu yang masyhur dalam kalangan majoriti para ulama ketika mengidentifikasikan golongan yang dinamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Oleh kerana jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam pada zaman mereka dan pada zaman selepasnya, maka penyebutan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sering dikaitkan dengan kedua-dua ulama ini.

Aliran-Aliran Fahaman Yang Bercanggah

Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Penyerapan aliran-aliran fahaman asing ke dalam masyarakat Islam di Nusantara ini sudah lama melanda dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Di antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut :

Fahaman Syi'ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari aspek aqidah dan tauhid

Fahaman Syi’ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari aspek aqidah dan tauhid

Aliran Syi’ah – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Fahaman mereka yang menganggap imam-imam Syi’ah yang maksum tidak berdosa langsung.
  2. Mengeluarkan fatwa bahawa para sahabat Nabi S.A.W. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad.
  3. Mereka ada al-Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah seperti kata Iman Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.
  4. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syi’ah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka

Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka

Aliran tidak pakai mazhab – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Mengajar pengikutnya berdasarkan kepada mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut al-Quran dan al-Hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana al-Quran dan al-Hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa.
  2. Kita hanya wajib ikut Rasulullah S.A.W.; dia maksum orang lain tidak maksum.
  3. Kalau kita mazhab mengikut boleh membawa kepada syirik dan kufur  sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa’r-rahban) yakni seperti menyembah orang alim atau orang soleh.
Aliran fahaman Wahhabi merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah

Aliran fahaman Wahhabiah merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah

Aliran Wahhabiah – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Mengajar pengikutnya agar jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang sealiran dengan mereka.
  2. Bacaan Doa Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Surah Ya’sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf adalah bidaah dan sesat, demikian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka.
  3. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil Salafi.
  4. Kebiasaannya, di mana tempat ada fahaman ini, di situlah kerap berlakunya perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Jika hilang pertimbangania boleh menyebabkan berlakunya bunuh membunuh.
Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat

Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat

Aliran Islam Liberal – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Fahaman ini mengajarkan pengikutnya bahawa tidak ada hukum Allah S.W.T, tetapi yang ada ialah budaya semata-mata.
  2. Kita tidak wajib mengikut Fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu (ketinggalan zaman).
  3. Semua agama membawa kebenaran, tiada yang melebihi di antaranya.
  4. Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabar pun mendapat wahyu, wahyu dalam erti kata fikiran. Hanya yang tidak ada hanyalah wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
  5. Orang Islam boleh berkahwin dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama (Inter-faith marriage).
  6. Salah satu daripada pendokong aliran ini ialah Jaringan Liberal Islam (JIL). Jika dilihat di dalam isi kandungan laman web JIL akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran.
Sekularisme perlu ditentang dari terus bertapak diterapkan di dalam pentadbiran  dan cara hidup masyarakat merebak masyarakat

Konsep pemisahan agama dalam kehidupan seharian yang diterapkan oleh aliran Sekularisme perlu ditentang. Ia adalah bersalahan dengan tuntutan Islam yang menyarankan umatnya menjadikan Islam sebagai cara hidup

Aliran Sekularisme – Antara ajaran-ajarannya :

Aliran ini mengutarakan kaedah cara berfikir dan bertindak dalam mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Allah S.W.T. atau tidak ada hubungkait dengan akhirat di semua ruang awam tanpa terkecuali (Lihat takrif sekularisme oleh George Holyoake).

Fahaman ini lebih kepada keupayaan

Konsep semua agama adalah sama merupakan satu doktrin songsang yang cuba disemai oleh aktivis pluralisme agama terhadap umat Islam agar terpesong aqidah

Aliran Pluralisme Agama – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Aliran ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga.
  2. Orang Islam tidak boleh mengakuinya kerana hanya agama Islam sahaja wajib diyakini mempunyai kebenaran berbanding agama lain.
  3. Kalau demikian apa gunanya Nabi Muhammad S.A.W datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?
  4. Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?
  5. Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad semasa berlakunya Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga?

Kesimpulan

Kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebab ia sahaja yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi tonggak ulil-amri negara ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Sedarlah wahai umat Islam bahawa ancaman fahaman-fahaman asing ternyata boleh merosakkan aqidah dengan dampak yang lebih besar. Ini kerana fahaman asing seperti syi’ah, wahhabiah, sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sealirannya merupakan senjata ampuh yang digunapakai oleh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan aqidah umat Islam tanpa disedari oleh umat Islam itu sendiri. Oleh itu, bersihkan dan sucikanlah diri kita, masyarakat di sekeliling kita dan para pemerintah kita dari segala bahaya penyesatan aqidah dari terjerumus kepada fahaman-fahaman asing yang jauh lebih berbahaya dari kristianisasi.

Sumber :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0

RAHSIA DI SEBALIK LARANGAN PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SECARA BERDIRI OLEH RASULULLAH S.A.W

Pendahuluan

Pernahkah anda minum sambil berdiri?

Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita? Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat. Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”

(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”

(Riwayat :  Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”

(Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak AlKailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat  hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

AWAS! JANGAN MENGIKUT JEJAK AMALAN SYI’AH KETIKA MENYAMBUT HARI ASYURA (10 MUHARRAM)

Pendahuluan

Tanggal 24 November 2012 merupakan tika dan saat yang dinantikan oleh banyak golongan yang berkepentingan. Ini kerana tarikh tersebut merupakan hari yang mulia yang dikenali sebagai HARI ASYURA yang ditetapkan pada 10 Muharram setiap tahun. Sebagai seorang muslim kita dianjurkan untuk menggunakan kesempatan yang mulia ini untuk melakukan amalan-amalan yang sesuai dengan tuntutan sunnah Rasulullah S.A.W. Pada hari tersebut kita disarankan untuk sentiasa berusaha dan berwaspada agar amalan-amalan yang dilaksanakan tidak TERPESONG dari ajaran Islam. Ini disebabkan terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh umat Islam dikategorikan sebagai BI’DAH (amalan yang ditolak) yang kita sangkakan BAIK, sebenarnya adalah BURUK dari sudut hukum syarak. Senario ini boleh diibaratkan;

“ku sangkakan ia manis seperti MADU, rupa-rupanya ia adalah RACUN yang membinasakan aqidah kita”.

Marilah kita mengerjakan puasa sunat pada Hari Asyura bersempena 10 Muhharam

Definisi Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Manakala Asyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ) di dalam kalender Islam. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Sejarah Hari Asyura

Pada masa zaman sebelum Islam, ‘Asyura’ diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut ‘Asyura’. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran.  Dalam sejarah Arab, hari Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah S.A.W. iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

Yom Kippur merupakan hari yang paling suci dalam agama Yahudi yang disebut sebagai Hari Penebusan Dosa. Kitab Taurat menyeru kaum Yahudi melakukan puasa pada hari itu supaya mereka mengakui dosa-dosa mereka dan menunjukkan rasa rendah diri di hadapan Tuhan mereka. Hanya dengan puasa dan taubat, mereka akan dapat memperoleh keredhaan Tuhan.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Rasullulah S.A.W. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa A.S. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa diWAJIBkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan setahun kemudian. Oleh itu, HUKUM melakukan puasa pada 10 Muharram telah ditetapkan sebagai amalan SUNAT dan bukan WAJIB kepada umat Islam.

Perihal turunnya perintah ini telah diterangkan oleh Syaidatuna A’isyah R.A; “Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi S.A.W berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, baginda bersabda mafhumnya:

Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)”

Sumber : Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

Nabi S.A.W. telah menganjurkan umatnya berpuasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab

Persepsi Hari Asyura Mengikut Perspektif Syiah

Tarikh keramat 10 Muharram 61 Hijrah atau tanggal 10 Oktober 680 Masehi merupakan Hari Pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq. Pertempuran ini terjadi di antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali bersama pengikutnya sebanyak 70 orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah iaitu Khalifah Umayyah pada saat itu bersama hampir 10 ribu bala tentera. Di dalam pertempuran tersebut, hampir semua ahli kumpulan termasuk Husain bin Ali gugur syahid kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kepala cucu Rasulullah S.A.W telah dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka untuk menghadap Khalifah di Damaskus dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan dikenakan hukuman tahanan rumah.

Tragedi Karbala terjadi ekoran daripada penglibatan golongan Syiah Kufah yang merancang pengkhianatan untuk mendapatkan kekayaan dan kedudukan semata-mata. Mereka sanggup mengorbankan Ahlul Bait, Husain R.A demi menyempurnakan agenda jahat tanpa belas kasihan.

Pembohongan Syi’ah Terhadap Hari Asyura

Sejak dahulu golongan  Syi’ah sudah terkenal dalam membuat hadis-hadis PALSU, bahkan mereka mempunyai kepakaran dalam membuat riwayat-riwayat palsu. Mereka tidak berasa BERSALAH atau SEGAN mencatat nama-nama Ahlul Bait (Keluarga Nabi), demi kepentingan golongannya. Mereka juga sudah terbiasa mengHALALkan segala cara demi kepentingannya. Begitu juga dalam memperingati hari Asyura. Ulama Syi’ah telah MEREKAYASA hadis-hadis PALSU dengan memanipulasikan nama Ahlul Bait dalam usaha mereka untuk menguatkan cara memperingati hari tersebut.  Diantaranya sebagai berikut :

Jaminan dari Ulama Syi’ah untuk masuk ke syurga, hanya sekadar menangis ke atas kematian Sayyidina Husain R.A.

“Barang siapa menangis atau menangis-tangiskan dirinya atas kematian Husain, maka Allah akan mengampuni segala dosanya baik yang sudah dilakukkan maupun yang akan dilakukan.”

“Barang siapa menangis atau menangis-tangiskan dirinya atas kematian Husin, wajiblah (pastilah) dirinya mendapat surga.”

Sumber : “ WASAAIL ASY-SYI’AH” oleh Al Khurrul Amily ( Ulama Syi’ah )

Selain daripada riwayat-riwayat di atas, masih banyak lagi riwayat-riwayat Hadis PALSU yang mereka rekayasa. Hampir tidak kurang dari 458 riwayat, memperihalkan mengenai kewajipan menziarahi makam Imam-Imam Syi’ah. Bahkan dari jumlah tersebut 338 riwayat dikhususkan mengenai kebesaran dan keutamaan serta pahala besar bagi peziarah makam Imam Husain R.A atau ke Karbala. Sebagai contoh :

“Barang siapa ziarah ke makam Imam Husain sekali, maka pahalanya sama dengan haji sebanyak 20 kali.”

“Barang siapa ziarah ke makam Imam Husain di Karbala pada hari arafah, maka pahalanya sama dengan haji 1,000,000 kali bersama Imam Mahdi, disamping mendapatkan pahalanya memerdekakan 1000 (seribu) budak dan pahalanya bersedekah 1000 ekor kuda.”

Sumber : “ WASAAIL ASY-SYI’AH” oleh Al Khurrul Amily ( Ulama Syi’ah ).

Perilaku golongan Syi’ah yang melukakan diri sendiri sebagai tanda berdukacita pada 10 Muhharam sama seperti upacara Thaipusam. Inikah IMEJ umat Islam?

Bid’ah-Bid’ah Asyura’

Secara simboliknya tarikh 10 Muharram merupakan hari yang amat signifikan kepada golongan Syi’ah dan Jahalatu Ahlusunnah. Tarikh keramat ini bertambah nilainya apabila berlakunya tragedi pembunuhan Abu Abdillah Al-Husain bin Ali R.A pada 10 Muhharam 61 Hijrah di padang Karbala. Akibat daripada peristiwa berdarah ini, SYAITAN laknatullah telah berhasil menCIPTAkan dua keBID’AHan sekaligus.

Pertama : Bid’ah Syi’ah

Hari Asyura dijadikan oleh golongan Syi’ah sebagai hari berkabung, dukacita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap Asyura, mereka memperingati kematian Al-Husain dan melakukan perbuatan-perbuatan yang tercela seperti berkumpul, menangis, meratapi Al-Husain secara histeria, membentuk kelompok-kelompok untuk perarakan berkeliling di jalan-jalan dan di pasar-pasar sambil memukul badan mereka dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya.

Sumber : At-Tasyayyu ‘Wasy-Syi’ah, Ahmad Al-Kisrawiy Asy-Syi’iy, (Hal. 141), Tahqiq Dr. Nasyir Al-Qifari

Kedua : Bid’ah Jahalatu Ahlussunnah

Sebagai persaingan kepada amalan sambutan hari Asyura yang dilakukan oleh golongan Syi’ah maka golongan Jahalatu Ahlussunnah (ahli yang jahil\Bodoh) telah menjadikan hari Asyura sebagai hari raya dan pesta.

Menurut Ahmad Al-Kisrawi Asy-Syi’iy : “Dua budaya (Bid’ah) yang sangat kontras ini, merujuk kepada kesusasteraan yang ada, ia bermula pada zaman Dinasti Buwaihi (321H – 447 H) yang mana masa itu terkenal dengan pertentangan hebat di antara Ahlussunnah dan Syi’ah.

Golongan Jahalatu (bodoh) Ahlussunnah menjadikan Asyura sebagai hari raya dan hari bahagia sementara golongan Syi’ah menjadikannya sebagai hari dukacita, mereka berkumpul membacakan syair-syair kemudian menangis dan menjerit. “

Sumber : At-Tasyayyu ‘Wasy-Syi’ah (Hal.142)

Amalan Bid’ah Yang Dilakukan Oleh Umat Islam

Syaikh Abu Bakar bin Sayid Muhammad Syatha ad-Dimyathi ketika membahas puasa sunnah Asyura (10 Muharram) dalam kitabnya bertajuk “I’anah Ath-Thalibin (2/301)” menukil keterangan para ulama tentang amalan-amalan yang dilakukan pada hari Asyura. Dia mengatakan seperti berikut ini:

Al-Ahjhuri mengatakan, “Sesungguhnya aku telah bertanya sebagian ahli hadis dan ahli fiqah tentang bercelak, memasak biji-bijian, memakai pakaian baru dan memperlihatkan rasa senang. Mereka menjawab, “Tidak ada hadis shahih dari Nabi S.A.W. tentang hal itu, tidak juga dari sahabat, dan tidak ada seorang pun dari imam yang mensunnahkannya. Begitu juga apa yang dikatakan bahawa barangsiapa yang bercelak pada hari Asyura, maka matanya tidak sakit selama tahun itu dan barangsiapa yang mandi pada hari itu, maka dia tidak sakit pada tahun itu.”

Jika membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.

Di sini disenaraikan amalan-amalan bi’dah yang sering dilakukan oleh umat Islam acapkali datangnya 10 Muhharam tanpa memeriksa asal-usul amalan ini diamalkan. Di antaranya ialah:

  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca; “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  2. Melapangkan masa\belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menunjukkan jalan yang lurus\membetuli orang sesat\orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  5. Menyapu\mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
  6. Bersedekah.
  7. Memotong kuku.
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya; “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak.
  10. Membaca ; “Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat; “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa.

Kesimpulan

Secara umumnya terdapat sepuluh amalan Hari Asyura yang biasa dilakukan TIDAK ADA DASAR hadis shahihnya KECUALI puasa dan memberikan kegembiraan (menyenangkan) keluarga.

“Adapun lapan amalan lainnya, disandarkan kepada hadis yang dhaif (lemah) dan adakalanya munkar-maudhu’. Namun begitu, terdapat juga di kalangan masyarakat setempat menyatakan terdapat dua belas amalan semasa meraikan Hari Asyura. Di antaranya ialah solat sunat, puasa, silaturrahim, sedekah, mandi, bercelak, mengunjungi orang alim, menziarah orang sakit, mengusap kepala anak yatim, memberikan kegembiraan kepada keluarga, memotong kuku dan membaca surat Al-Ikhlas seribu kali.”

Hasil semakan mendapati amalan SUNNAH yang dianjurkan oleh agama Islam pada Hari Asyura hanyalah puasa dan menyenangkan keluarga. Namun begitu, jika diteliti dengan lebih mendalam tentang amalan menyenangkan keluarga pada Hari Asyura pun termasuk bid’ah karena hadisnya dhaif.Ia adalah berdasarkan kepada penjelasan Iman Suyuthi di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Amr bil-Ittiba’ (hlm. 75) seperti berikut :

“Yang sunnah pada hari ini (Asyura) hanyalah PUASA, tidak ada yang lain. Sesungguhnya telah diriwayatkan hadis dhaif tentang memberikan kegembiraan kepada keluarga. Boleh jadi sebabnya adalah sikap ekstrim dalam mengagungkannya daripada sebahagian kelompok Nawashib (orang-orang yang membenci Ali R.A) untuk membandingi kelompok Rafidhah (Syi’ah). Sesungguhnya SYAITAN ingin menyimpangkan makhluk dari jalan yang lurus, tidak peduli dari kumpulan mana dia. Maka para pengamal bid’ah WAJIB meninggalkan bid’ah-bid’ah sama sekali. “

ADA APA DENGAN AES?

Pendahuluan

Kini, masyarakat di sekeliling kita asyik mempolemikkan isu pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) di spot-spot tertentu. Pemilihan lokasi ini adalah disebabkan kawasan tersebut sering berlakunya kemalangan yang melibatkan KEMATIAN nyawa dan KECELAKAAN kepada pengguna. Merujuk kepada catatan Muhammad Shaahidun Shayaa dalam menghuraikan permasalahan ini telah merumuskan betapa masyarakat kita mempunyai PERSEPSI negatif kepada pemasangan AES.

Penggunaan AES mampu mengurangkan masalah kekurangan kakitangan untuk melaksanakan penguatkuasaan lalulintas

Coretan artikal ini sedikit sebanyak dapat menerangkan permasalahan. Isu ini semakin panas diperdebatkan di dalam media massa dan media cetak sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah SARKAS.

Senario AES – Keliru dan Celaru

Adakah AES keliru lagi mengelirukan pengguna atau minda pengguna itu sendiri yang celaru

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbang rasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?

Penggunaan AES Di Negara Luar

AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.

Senarai kawasan “hotspot” (pilot project – Lembah Klang) yang telah dipasang AES telah mencatatkan bilangan kesalahan yang amat mengerikan. Senario ini membuktikan pemanduan kenderaan di jalan raya di tahap merbahaya

Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan “blackspot” di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.

Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih daripada separuh sejak minggu lepas?

Pengguna-pengguna jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?

Kelebihan-Kelebihan AES

Maklumat ringkas berkaitan AES yang perlu diketahui oleh semua pengguna jalan raya

AES membawa banyak kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan keselamatan setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan bahawa AES bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh pegawai-pegawai polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun sepanjang lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan berdekatan lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi undang-undang. Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan diproses di pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk pengeluaran denda atau saman.

a)  Mengurang dan menghapuskan amalan rasuah

Apa yang membingungkan lagi adalah sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak AES sedangkan ianya adalah sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan terhadap pihak polis dalam pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan atau menghapuskan rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa yang kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita melanggar undang-undang jalanraya?

b)  Mengurangkan bilangan kakitangan

Satu lagi aspek yang bagus tentang AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh pegawai-pegawai polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih membawa nilai tambahan sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita memandu, kita juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka bersembunyi untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas lain.

c)  Mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik

AES mampu mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem yang berfungsi 24 jam, di bawah setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak mendiskriminasi, kerana tidak wujud sebarang interaksi peribadi di antara sistem ini dan pesalah-pesalah, dan ia juga tidak mendiskriminasi antara kenderaan-kenderaan persendirian, komersil mahukan awam.

d)  Meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalanraya

AES juga mensasar untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim perayaan apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap dijalankan.

Apa salahnya jika kita berikan peluang kepada pihak berkuasa menguatkuasakan AES dalam tempoh tiga bulan. Selepas itu, barulah kita berikan komen atau bantahan

Di negara-negara maju di mana pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan berpengetahuan, kadar POBC mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di belakang, namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan lihat saja apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di kesemua 817 kawasan-kawasan “blackspot” di seluruh negara.

Kenapa perlu kecoh?

Sesetengah orang mula memanggil AES sebagai “rompakan lebuhraya” dan ada juga yang mahu nama sistem ini ditukar kepada “Saman 1-Malaysia.” Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik.

Kenapa hendak bangkang AES? Kepentingan politik atau kesejahteraan rakyat?

Setiap perniagaan perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan kos walau satu sen pun untuk AES dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.

Sekiranya ini benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.

Pengenalan MyEG tidak pernah dibantah oleh pengguna. Kenapa AES menjadi mendapat kecaman hebat tanpa diberikan peluang seperti MyEG?

Tiada siapa yang membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang menjalankan model perniagaan yang serupa?

Kesimpulan

Tidak perlu ada sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh dunia. Kini ada kira-kira 20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.

Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.

PLURALISME AGAMA DI DALAM FILEM “MY NAME IS KHAN” MENGUNDANG KERUNTUHAN AQIDAH UMAT ISLAM

Pendahuluan

Pernahkah anda menonton filem Bollywood arahan Sutradara Karan Johar bertajuk My Name Is Khan? Filem ini merupakan salah satu daripada filem bertaraf “Box Office” yang mula ditayangkan di pawagam pada 11 Februari 2010. Pelbagai reaksi dan maklum balas telah diberikan oleh masyarakat dunia. Ada yang memuji melangit dan ada yang mengeji mencemuh plot cerita yang digarap secara komersial tanpa merujuk kepada norma-norma agama yang sebenar. Ia bolehlah dianggap sekadar penyedap rasa untuk menghiburkan penonton yang hadir ke pawagam.

Filem “My Name Is Khan” merupakan muslihat musuh Islam dalam menjajah minda dan emosi umatnya secara halus

Plot Filem

Filem “My Name is Khan” menceritakan tentang perihal perjalanan hidup seorang anak lelaki yang dilahirkan berpenyakit Autis (Asparger Sindrome). Namanya Risvan Khan (dilakonkan oleh Shah Rukh Khan) pemuda dari India yang berpindah ke Amerika mengikuti adiknya (Zakir), kemudian ia berkahwin dengan Mandira (dilakonkan oleh Kajol Devgan) walau ditentang keluarganya kerana perbezaan agama.

Peristiwa 911 menjadi titik permulaan serangan ke atas umat Islam secara terhormat dan terancang oleh musuh Islam

Tragedi pengeboman New York, World Trade Centre (WTC) pada 11 September telah merubah landskap dan politik di Amerika di mana umat Islam dilabelkan sebagai Teroris. Kebahagian mereka yang terbina dari percantuman dua agama menjadi kompleks kerana stigma teroris yang digambarkan kepada umat muslim telah memberikan kesan negatif kepada Khan. Ekoran kematian Sam (anak lelaki Mandira), perasaan benci dan marah timbul di hati Mandira.

Ia menyebabkan Mandira tidak dapat menerima kenyataan suaminya seorang Muslim. Oleh kerana tertekan dengan perlakuan Mandira yang masih skeptikal terhadapnya maka beliau memulakan pengembaraan solonya untuk bertemu Presiden Amerika. Pada pandangan beliau, pengembaraan ini merupakan misi untuk menghapuskan stigma atau persepsi liar terhadap umat Muslim sebagai TERORIS. Dan pada masa yang sama, Khan juga mengharapkan kembalinya cinta dan kasih sayang daripada Mandira dengan menyempurnakan misi untuk menyampaikan ucapanMy Name Is Khan, I am not a terrorist kepada Presiden Amerika.

Setiap orang boleh sahaja mengatakan bahawa filem ini adalah filem yang inspiratif, mengharukan, dan penuh mesej moral. Namun, di sebalik itu semua, filem ini juga membawa nilai-nilai sejagat (universal) yang merbahaya kepada aqidah umat Islam. Di dalamnya penuh sarat akan tindakan dan perhal-hal yang bertentangan dengan syariat Islam. Salah satu nilai merbahaya yang digarapkan ke dalam filem ini adalah Pluralisme Agama. Kefahaman ini amat jelas bertentangan dengan syariat Islam di mana ia menganggap bahawa SEMUA AGAMA  SAMA BENAR. Hasil semakan dan penelitian mendapati sekurang-kurangnya terdapat tiga “scene” menonjolkan nilai-nilai Pluralisme Agama secara terang-terangan dan menggelirukan umat Islam.

Scene 1 – Doktrin Keamanan Sejagat Tanpa Perbezaan Anutan Agama

Pertembungan ideologi dan agama menjadi bom jangka kepada umat Islam yang tinggal di dalam negara bukan Islam untuk dijadikan mangsa

Di dalam filem ini digambarkan Khan ketika kecil di mana kehidupannya dikelilingi oleh situasi konflik agama di antara penganut Hindu dan Muslim. Ketika Khan berada di anjung rumahnya, beliau terdengar suara protes dan amarah masyarakat Muslim sedang marah terhadap rusuhan yang berlaku dengan melaungkan kata-kata; “musnahkan dan hancurkan…..” Ungkapan kata ini diulang-ulang oleh Khan di dalam rumahnya. Tiba-tiba beliau dimarahi oleh ibunya (Razia) sambil melarangnya dari terus mengungkap kata-kata tersebut.

Adegan Khan mendengar keluhan masyarakat Islam tentang ketidakpuasan hati terhadap penganut Hindu yang datang menyerang kampung mereka

Razia menerangkan kepada Khan tentang hakikat KEBAIKAN dan KEJAHATAN sambil memberikan contoh secara melukis gambar dua karektor berbeza di mana yang satu membawa tongkat (yang kemudian disebut orang jahat) dan orang lain yang membawa lollipop (yang kemudian dianggap sebagai orang baik). Di antara petikan dialog yang diungkapkan oleh ibunya;

“Di dunia ini hanya ada dua perbezaan, iaitu KEBAIKAN dan KEJAHATAN. Baik, jika seseorang itu berbuat kebaikan, dan Jahat sekiranya seseorang itu berbuat kejahatan. Jadi tidak ada Muslim dan Hindu.

Ideologi Pluralisme Agama telah digarap secara halus oleh sutradara dengan menonjolkan nilai-nilai kemanusian sebagai mesej utama

Jika diamati dialog di atas, sudah pasti akan tergambar di fikiran kita DOKTRIN PLURALISME AGAMA yang ingin disampaikan bahawa semua agama adalah sama. Secara umumnya, semua agama di dunia pasti mengajarkan kebaikan di dalamnya. Namun begitu, pendapat ini telah disanggah oleh Allah S.W.T secara total. Malah kita diminta menyakini Islam sebagai Ad-Diin dengan menolak KONSEP tidak ada perbezaan Islam dengan agama yang lain merujuk kepada FirmanNya yang bermaksud; 

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah ialah ISLAM. Dan tiada bertelingkah Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan berdengki-dengkian sesama mereka. Barangsiapa mengingkari ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira.”

Surah Ali-Imran ; Ayat 19

Scene 2 – Doktrin Perkahwinan Campur

Adegan seterusnya ialah sikap Khan yang berkeras untuk menikahi Mandira iaitu seorang ibu tunggal yang menganut agama Hindu. Walaupun beliau sudah diingatkan oleh Zakir (adiknya), bahawa hukum HARAM berkahwin dengan wanita yang berbeza keyakinan dan kepercayaan agama. Namun, Khan memiliki keyakinan bahawa tidak ada yang membezakan antara agama Islam dan Hindu. Sebaliknya, yang ada hanyalah manusia yang BAIK dan manusia yang JAHAT (sebagaimana yang dikatakan oleh ibunya). Tindakan Khan ini sekaligus telah menimbulkan satu perspektif yang salah kepada ajaran Islam dan syariatnya. Perkara ini tidaklah menggemparkan kita, ini kerana pelakon Shah Rukh Khan (Rizvan Khan) sendiri dalam kehidupan realitinya di luar dunia lakonan juga berkahwin dengan Gauri Khan seorang penganut Hindu. Larangan perkahwinan di kalangan umat Islam dan bukan Islam telah diterangkan oleh Allah S.W.T dengan FirmanNya yang bermaksud; 

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelakilelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).”

Surah Al-Baqarah : Ayat 221

Adegan seterusnya amat kurang menyenangkan hati umat Islam ketika Khan dan Mandira sedang bersembahyang mengikut kepercayaan dan amalan agama masing-masing di mana Khan dengan solatnya di atas sejadah. Manakala Mandira bersembahyang dengan nyalaan lilin dan tokong berhala. Kedua-dua aksi ini telah dicantumkan menjadi SATU adegan dalam SATU upacara sembahyang secara serentak.

Adegan Khan dan Mandira bersembahyang mengikut kepercayaan dan keyakinan agama masing-masing di bawah satu bumbung. Keliru lagi mengelirukan terhadap kesucian agama Islam

Seperkara lagi ialah semasa Khan bersama keluarganya menghadiri majlis memperingati Tragedi 911 anjuran masyarakat bukan Islam. Didapati beliau dan semua tetamu yang hadir menyalakan lilin sebagai simbol BERKABUNG. Amat menjengkelkan apabila diperlihatkan adegan Khan menghulurkan cek sumbangan peribadinya berjumlah USD3,502.50 duit ZAKAT kepada penganjur yang bukan beragama Islam (sedangkan zakat hanya untuk kegunaan orang Islam).

Penyelewengan amalan memberi Zakat kepada orang bukan Islam telah dimanipulasi oleh Sutradara untuk menunjukkan kebaikan ajaran Islam. Sedangkan tindakan ini adalah Haram di sisi Islam

Perbuatan menyalakan lilin adalah amalan masyarakat bukan Islam. Kenapa perlu ditonjolkan adegan ini? Toleransi atau Manipulasi?

Scene 3- Doktrin Berdoa Dan Menyanyi Dalam Gereja

Perjalanan Khan untuk berjumpa Presiden Amerika diteruskan sehingga beliau sampai di wilayah Georgia. Di sana, beliau bertemu Mama Jenny dan Joel (anak lelakinya). Khan telah bermalam di rumah mereka dan turut sama hadir keesokkan harinya ke majlis berkabung dan memperingati perajurit yang mati di medan perang di dalam sebuah gereja. Beliau turut serta menyanyi dan memberikan ucapan di hadapan pengunjung gereja sambil berdoa bersama pemeluk agama lain secara serentak. Bukankah perbuatan ini adalah HARAM dilakukan? Allah S.W.T telah memberikan amaran keras kepada umat Islam dengan FirmanNya yang bermaksud;

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.”

Surah Al-Kaafirun : Ayat 1 – 6

 

Adakah tindakan ini dibenarkan dalam syariat Islam? Haram, jika umat Islam turut serta berdoa, menyanyi dan bertafakur mengikut cara agama lain dengan mengabaikan larangan Allah S.W.T

Kesimpulan

Senario yang dapat disimpulkan ini seolah-olah seperti ingin menjelaskan bagaimana sebuah NILAI KEMANUSIAAN itu akan melebihi batas-batas pemisah di antara agama. Mesej yang disampaikan oleh filem ini mungkin boleh diterima bagi mereka yang berfikiran LIBERAL dan mereka yang bersetuju dengan konsep PLURALISME. Namun bagi umat Islam yang kukuh asas KEIMANAN, ianya sangat-sangat bertentangan. Jika Mandira seorang yang beragama Yahudi atau Nasrani ianya mungkin tidak menjadi persoalan besar, kerana ada perbahasan syariat berkenaan dengan Nikah Ahli Kitab. Sebaliknya, Mandira adalah seorang penganut Hindu di mana ianya merupakan agama penyembah berhala dan bukannya dari kalangan Ahli Kitab. Oleh itu, kita perlulah mengambil sikap PEDULI terhadap ancaman Pluralisme Agama yang sentiasa menanti peluang di pintu minda kita untuk mempengaruhi segala tindak tanduk seharian. Ia terbukti melalui Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

Surah Al-Isra’ : Ayat 17