Iklan Raya TV3 2010 Unsur Pluralisma dan Liberalisma : Sinari Lebaran


Astaqfirullah…..nak kata staff di TV3 tiada langsung orang Islam, nanti mengamuk pulak. Tapi hairan bin ajaib, iklan yang terang lagi bersuluh menggambarkan budaya agama kristian dan budaya agama hindu dijadikan ikon sambutan aidil fitri oleh TV3.

Bukankah ISLAM melarang umatnya meletakkan AQIDAH di dalam keadaan SYUBAHAH yang akan membatalkan pegangan agama. Kita dah tahu bahawa Islam melarang meliberalisasikan kepercayaan dengan agama lain. Mengapa tiada Panel Islam di Bahagian Penerbitan yang menyemak IKLAN ini. Kalau tak ada pun, pengarah dan penerbit tu tak sensitif kepada agama ISLAM ka?

Kemunculan iklan ini merupakan satu percubaan pihak yang muflis idea dan tiada ilmu berkaitan ajaran ISLAM yang syumul. Kenapa perlu digarap dan tokok tambah semua elemen agama di dalam IKLAN tersebut? Apakah proses pluralisma dan liberalisasi AGAMA sedang disusun semula bagi menggambarkan SEMANGAT 1Malaysia.

Ingatlah muslimin dan muslimat, sesungguhnya MURTAD seseorang Islam itu jika ia memiliki NIAT samada secara Lisan atau Perbuatan yang menyekutukan ALLAH SWT dengan apa-apa tujuan. NERAKA JAHAMAN adalah seburuk-buruk tempat manusia yang melakukannya. Na’uzubillah…..

Kepada pihak yang berkepentingan samada penerbit, pencetus idea, pelakon dan pengawai yang meluluskan IKLAN ini, terutamanya yang beragama ISLAM. Mohon bertaubatlah sebelum terlambat kerana hidup kita tidak berpanjangan. Jangan dikejar HARTA DUNIA sahaja dan sanggup melupakan AZAB AKHIRAT.

“Renung Renungkan Bersama”

Nota :

       Kalau NameWee hina dan cerca bangsa Melayu kita MARAH, Inikan pula TV3 yang mempersendakan Agama Islam!

      

 
 

Tinggalkan komen