Tengah dok layan filem epik Hindi “Jodhaa Akbar”. Kalau dinilai dan diamati dari perspektif pengarahan filem. Ternyata elemen kesamarataan beragama cuba digarap secara halus oleh pengarah.
Mughal Jalālu d-Din Muhammad Akbar (Akbar yang Agung) memerintah India dari 1556 – 1605 digambarkan sebagai seorang Maharaja beragama Islam yang berkahwin dengan Jodhaa beragama Hindu. Terang-terang dalam filem ni menunjukkan Jodhaa iaitu puteri dari Rajput (Aishwarya Rai) berdoa depan tokong semasa Akhbar (Hitrik Roshan) kena panah oleh pembunuh upahan.
Rupa-rupanya teori pluralisme sudah lama bertapak di kalangan umat Islam. Apa tidaknya pada 1581, Akhbar memperkenalkan satu agama baru dengan nama “Dīn-i Ilāhī (Divine Faith). Doktrin agama syncretic yang dikemukakan oleh Akbar bertujuan untuk menggabungkan unsur-unsur terbaik dari agama yang menghimpun semua nilai-nilai baik dan dengan demikian mendamaikan perbezaan pendapat di kalangan rakyatnya. Unsur utama diambil dari Islam dan Hindu, tetapi sebahagian lain juga diambil dari agama Kristian, Jainisme dan Zoroastrianisme.
Akbar mempromosi toleransi terhadap agama lain. Bahkan, tidak hanya dia membiarkan mereka, dia menggalakkan perdebatan mengenai isu-isu falsafah dan agama. Ia telah mengarah agar dibina Ibadat Khana (House of Worship ) di Fatehpur Sikri.
Ia berpendapat tidak semua agama di dunia ini boleh menuntut manopoli kebenaran termasuklah Islam. Akbar telah menggabungan mysticism, falsafah dan penyembahan alam. Perkara yang paling utama yang menggugat keimanan ialah agama ini tidak mengakui kewujudan Nabi
Diharapkan sejarah ini tidak akan berulang di Malaysia. Apa pandangan anda?
Bersambung Bahagian Kedua