RAHSIA DI SEBALIK LARANGAN PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SECARA BERDIRI OLEH RASULULLAH S.A.W

Pendahuluan

Pernahkah anda minum sambil berdiri?

Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita? Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat. Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”

(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”

(Riwayat :  Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”

(Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak AlKailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat  hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

JANGAN TERPEDAYA DEK KERANA SIJIL HALAL – YANG HALAL ITU FARDHU, YANG LAZAT ITU PERLU

Pengenalan

Adakah semua jenis makanan ini halal?

Saban hari dan waktu kita didendangkan dengan alunan promosi juadah berbuka puasa bersempena bulan ramadhan oleh pihak media massa dan premis hotel dengan meletakkan sijil Halal sebagai umpanan. Murah, mudah dan menyelerakan kita apabila melihatnya. Tapi tahukan kita bahawa tidak semua premis hotel yang mempunyai mengambil tanggungjawab untuk memastikan makanan yang disajikan BEBAS HALAL

Pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi amaran kepada hotel dan premis makanan di negara ini yang tidak mempunyai sijil halal supaya tidak menggunakan istilah buffet Ramadan sewenang-wenangnya. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, larangan penggunaan istilah bufet Ramadan bertujuan untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap status halal di premis makanan.

Mempamerkan Sijil Halal

Semua logo halal di atas tidak diiktiraf melainkan logo JAKIM (kotak merah)

Jakim ingin mengulangi larangan ini supaya semua pihak yang ingin mengadakan bufet Ramadan di premis mereka mematuhi peraturan. Sijil halal di negara ini hanya boleh diperoleh daripada JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri. “Larangan ini harus dipatuhi kerana ia berkait dengan kepercayaan dan ibadah puasa umat Islam ketika ini,” katanya. Justeru, katanya, Jakim mengingatkan pihak pengusaha supaya tidak mempamerkan logo halal atau sebarang ungkapan yang menunjukkan makanan yang dijual sebagai halal sekiranya tidak mendapat kelulusan halal daripada pihaknya.” Pengguna Islam dinasihatkan supaya bijak memilih hotel dan premis yang menawarkan bufet Ramadan bagi mengelak diri daripada tertipu.” Status halal hotel dan premis makanan di negara ini boleh diperiksa di laman website http://www.halal.gov.my,” katanya.

Tindakan Perundangan

Pengusaha premis makanan, yang masih berdegil mengguna dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai 2012. Amaran ini telah diberikan oleh Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dengan menyatakan bahawa mulai tarikh tersebut jumlah denda dan hukuman penjara akan dilaksanakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 seperti pecahan berikut :

Pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal selain yang dikeluarkan oleh JAKIM atau MAIN;

– Boleh didenda tidak melebihi RM200,000 untuk kesalahan kali pertama, atau

– Denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bukan pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal selain yang dikeluarkan oleh JAKIM atau MAIN;

– Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan,

– Denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Hanya premis hotel yang disenaraikan sahaja layak mengadakan “Buffet Ramadhan”

Pemantauan Dan Semakan

Dalam pada itu, JAKIM turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha meningkatkan pemantauan di seluruh negara. Pemantauan yang akan dilakukan termasuk pemeriksaan terhadap pematuhan tempoh sijil halal yang telah berakhir pada 1 Julai lalu.” Sekiranya peraturan itu tidak dipatuhi JAKIM akan mengambil tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Berdasarkan kepada pemantauan ini, JAKIM sedang melengkapkan tiga kertas siasatan untuk diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut. Pada tahun ini, sebanyak 154 premis daripada 471 premis makanan termasuk dapur hotel yang dipantau telah dikenakan amaran. Sementara itu, JAKIM menerima sebanyak 1,487 permohonan persijilan halal daripada dapur hotel dan premis makan yang mana sebanyak 359 hotel dan 453 mendapat sijil pengesahan halal. Jumlah itu termasuk 52 hotel dan premis makanan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kesimpulan

Tahniah diucapkan kepada JAKIM, MAIN dan KPDNKK yang telah mengambil tindakan positif dalam menjalankan tanggungjawab sosial untuk memastikan semua premis perniagaan mematuhi arahan pensijilan Halal yang ditetapkan oleh kerajaan. Tindakan ini juga selari dengan ajaran Islam yang mementingkan kesucian dan kebersihan makanan mengikut hukum syarak. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam sebuah hadis dengan sabdanya yang bermaksud seperti berikut; 

 “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan  yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.

(Riwayat At-Tarmizi). 

Oleh itu, di samping kita memilih makanan yang berzat dan berkhasiat adalah lebih  penting lagi pada masa yang sama, kita juga hendaklah perlu memastikan makanan  tersebut dijamin bersih dan suci mengikut hukum  syarak. Ini bertujuan  memastikan makanan itu tidak akan memudaratkan diri kita sendiri. Walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal. Sebagai orang Islam, kita perlu peka dalam mencari status halal bagi sesebuah premis yang kita ragui. Kita haruslah mengambil langkah berhati-hati dengan membuat semakan premis dengan memeriksa STATUS HALAL premis berkenaan dengan pihak JAKIM.

Kini, bagi memudahkan proses semakan premis tersebut maka di sini ada diberikan senarai hotel dan resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC. Semoga dengan adanya website ini, ia sedikit sebanyak dapat menghalang kita dari terpedaya dek kerana promosi dan propaganda.

Penyediaan website Jakim secara on-line dapat mempercepatkan semakan status halal sesebuah premis hotel dan meningkatkan keyakinan orang Islam

Sila layari website ini untuk mendapatkan pengesahan secara on-line : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/241-carian-direktori-hotel

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/08/01/awas-bufet-haram-sila-semak-senarai-nama-hotel-halal-untuk-berbuka-puasa/

RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN NOMBOR KOD PADA BOTOL PLASTIK

Benarkah botol plastik bahaya digunakan lebih daripada sekali.

Pendahuluan

Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula? Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Resin Identification Symbol System (SPI)

Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan berikut : Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE), High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena (PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)

Penggunaan kod SPI adalah bertujuan untuk menyembunyikan tahap bahaya bahan kimia terhadap produk plastik di pasaran

Berdasarkan kepada SPI, terdapat enam jenis plastik yang digunakan secara meluas di pasaran Malaysia. Ia telah diberikan nombor khas dari 1 ke 6 sebagai sistem pelabelan sukarela yang seragam untuk seluruh negara dan peringkat antarabangsa. Namun begitu, terdapat satu kod SPI berkod nombor 7 yang dikenali sebagai “7-OTHERS” telah dilabelkan untuk apa-apa bahan plastik yang diperbuat selain daripada enam jenis bahan palstik biasa atau diperbuat lebih daripada satu plastik yang digunakan secara kombinasi. Senario ini berlaku ekoran daripada perkembangan industri plastik di mana banyak jenis-jenis bahan plastik baru telah muncul di pasaran dunia.

Jenis-Jenis Bahan Plastik

Setelah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Resin Identification Symbol System (SPI) secara sepintas lalu. Maka di sini ingin saya menerangkan serba sedikit jenis-jenis bahan plastik yang digunakan bagi tujuan rujukan dan makluman bersama. Bersama ini diterangkan jenis-jenis bahan plastik dan kesan terhadap manusia.

Jenis-jenis bahan plastik yang berada di pasaran

Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET)

Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Semasa plastik jenis ini dihasilkan, antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, keguguran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.

Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE)

Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindak balas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.

Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC)

Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.

Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE)

Sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia dipakai sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.

Kod No. 5 – Polypropylene (PP)

Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.

Kod no. 6 – Polystyrene (PS)

Kebiasaannya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.

Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate)

Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A. Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.

Kesimpulan

Setelah kita mengetahui tentang kesan dan bahaya penggunaan jenis-jenis bahan plastik seperti yang telah diperbincangkan. Saya menyeru dan menyarankan agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mengambil tindakan SEGERA supaya mengelak dari berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini kepada keluarga dan sanak saudara. INGAT! pastikan bahan-bahan plastik berkod 1 hanya digunakan sekali sahaja. Manakala bahan plastik berkod 5, jangan digunakan dalam tempoh yang terlalu lama. Tetapi PERINGATAN yang paling PENTING ialah JANGAN MENGGUNAKAN LANGSUNG bahan plastik berkod 3,6 dan 7. Alternatif terbaik dalam mengelak penggunaan bahan-bahan ini ialah menggantikannya dengan bekas yang diperbuat dari seramik atau kaca yang dijamin selamat.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan keburukan dan kesan bahan plastik ini kepada manusia, sila tontoni klip video yang dimuatkan di bawah ini.

Sumber Rujukan :

http://www.plasticsindustry.org/AboutPlastics/content.cfm?ItemNumber=823

http://www.natureworksllc.com/the-ingeo-journey/end-of-life%20options/recycling/~/media/The_Ingeo_Journey/EndofLife_Options/plastic_codes/2008_04_10_plastic_code_guidelines_pdf.pdf

 

Vodpod videos no longer available.

RAHSIA DI SEBALIK PRODUK MINUMAN COCA-COLA

Apakah ramuan rahsia Coke

Pendahuluan

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.

Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.

Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa. Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Resipi Merchandise 7X Flovaring

Ramuan Rahsia Coca-Cola “Merchandise 7X Flavoring”

Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri. Mesteri ini hanya terjawab apabila sebuah gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton’s yang disiarkan oleh Atlanta Journal – Constitution pada 8 Februari 1979. Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”. Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut. Merujuk kepada petikan sumber di dalam artikal bertajuk “Original Recipe” yang diterbitkan oleh This American Life menceritakan maklumat berikut:

“Kami tidak mendakwa bahawa kita telah menemui resipi yang digunakan hari ini untuk Coca-Cola. Kami percaya kami mendapati resipi yang sama ada resipi asal yang dibuat oleh pencipta Coke, John Pemberton, atau versi Coca-Cola bahawa dia dibuat sama ada sebelum atau selepas produk berada di pasaran pada tahun 1886. Kami percaya bahawa kerana ia didapati di dalam buku sahabatnya, pada halaman yang bertajuk “Coco-Cola resipi bertambah baik,” dan kerana ia dijumpai dalam buku nota Pemberton sendiri, di arkib Coca-Cola.”

Vodpod videos no longer available.

Coca-Cola Haram

Kesan daripada penyiaran artikel mengenai Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya. Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya. Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.

Isu pengambilan Coke yang keterlaluan menjadi topik hangat di seluruh dunia

Namun begitu, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepada penyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi. Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob. Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah. Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan kematian segera.

Hina Islam

Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam

Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi  tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

10 Kegunaan Coca-Cola

Berdasarkan kepada kajian  santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai kebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :

  1. Sektor Makanan (Untuk merebus) : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.
  2. Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas) : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?
  3. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome) : Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.
  4. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta) : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
  5. Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat) : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian) : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit) : Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
  8. Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak) : Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
  9. Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman) : Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba  bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.
  10. Sektor Perubatan (Untuk melebur) : Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang. (Sila lihat klip video di atas)

Kesimpulan

Faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini. Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.

Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.

Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam. Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOT atau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM.

Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesama ISLAM. Ini kerana hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dengan mafhumnya :

“ Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah Arra’d – Ayat 11)

 

Sumber Rujukan :

http://newsfeed.time.com/2011/02/15/is-this-the-real-thing-coca-colas-secret-formula-discovered/

http://www.mohamadazhan.com/2010/12/bahaya-coca-cola-fatwa-coca-cola-haram.html

http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe

http://www.islam.com/reply.asp?id=805484&ct=8&mn=805484

AWAS BUFET HARAM! SILA SEMAK SENARAI NAMA HOTEL HALAL UNTUK BERBUKA PUASA

Pendahuluan

Bersempena kehadiran 1 Ramadhan 1432 (1 Ogos 2011), semua warga kerja di ApanamaDotcom.wordpress.com ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak 1432 Hijrah dengan penuh keberkatan. Moga bulan Ramadhan pada tahun ini lebih baik dan lebih bererti berbanding dari tahun lepas. Dalam keghairahan dan keasyikkan berpuasa jangan pula kita terlupa perkara asas iaitu HARAM dan HALAL ketika berbuka puasa. Janganlah kerana dek minuman dan makanan yang syubhah atau was-was, puasa kita hanya sia-sia sahaja. Biarlah kita serius dalam memelihara tingkah laku dan hidangan yang akan kita jamah semasa berbuka kelak. Oleh itu, marilah kita sama-sama berkongsi maklumat berkaitan halal dan senarai nama premis (Hotel) yang memiliki Sijil Halal JAKIM.

Pilihan di tangan anda

Dewasa kini, industri makanan tidak ketinggalan mengalami revolusinya yang tersendiri. Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan komersial yang bukan sahaja menarik dan sedap dipandang malah tentunya enak dimakan.

Islam amat menitik beratkan soal pemakanan sehinggakan dituntut untuk mengambil makanan halal dan baik kerana makanan itu akan menjadi darah daging manusia. Realitinya sekarang banyak makanan yang halal tetapi isi kandungan tidak baik. Isu utama yang lebih menggusarkan umat Islam ialah terdapatnya restoran pemiliknya bukan islam dan pekerjanya juga bukan islam tetapi terdapat sijil halal di dalam kedainya. Keadaan ini menyebabkan kekeliruan berlaku di kalangan pelanggan dan lain-lain pihak yang berkepentingan. Dunia ekonomi orang bukan islam pada dewasa ini telah kehadapan dan penuh dengan strategi kerana ia berselindung di sebalik pekerja Melayu, jika diperhatikan ramai pekerja Melayu menjadi pelayan dan penjual untuk mempromosikan barangan terutamanya makanan. Ramai yang berpendapat di benak hati dan fikiran bahawa Melayu itu Islam, pasti melayu itu jual atau bekerja di tempat yang halal.

Hanya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Negeri sahaja disahkan Halal

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu. Merujuk kepada garis panduan JAKIM, logo halal hanya dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN atau mana-mana agensi berkaitan Agama Islam mengikut negeri seperti contoh logo Halal JAKIM ditengah yang berwarna hitam.

Hanya produk makanan dan minuman menepati syarak sahaja layak diberikan status HALAL

Definisi Halal

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Manakala takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

“Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu”.

Maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan :

    • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
    • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
    • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
    • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Penyediaan makanan dan minuman perlulah BEBAS dari bahan najis

Produk Makanan dan Minuman

Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan atau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.

Premis perlulah BERSIH dan menepati syarak

Premis Makanan

Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.

Penjelasan Berkaitan Halal

Marilah jauhi unsur-unsur syubhah

Persoalan pertama: Sejauh manakah jaminan kehalalan makanan yang dilambakkan di pasaran hari ini? “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (samada halal atau haram)” (Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Persoalan kedua: Adakah makanan tersebut selamat dimakan dan tidak memudaratkan kesihatan? Umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud:-

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”

Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menjelaskan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah, mengikut maksud ayat 88, Surah Al-Maidah, Allah S.W.T menegaskan:-

“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertawakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.”

Mafhum ayat menjelaskan cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang. Persoalan-persoalan sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Ini kerana sama ada kita sedar ataupun tidak, semakin banyak pendedahan dan pembongkaran yang dibuat tentang makanan yang dijual secara berleluasa sebenarnya mengandungi bahan-bahan dan sumber-sumber yang tidak halal untuk dimakan atau memudaratkan kesihatan dan toksik pada tubuh sekiranya diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Penggunaan E-Code bertujuan untuk menyembunyikan bahan berunsurkan babi dalam produk makanan dan minuman

Penggunaan E-Code

Senario paling membimbangkan sekarang ini adalah penggunaan E-Code yang mana di dalamnya mengandungi usur babi. Kod ini dikenali E-Code untuk emulsifier lemak babi. Lebih kurang 59 jenis E-Code yang dikenalpasti yang mengandungi unsur-unsur babi. Permasalahan yang berlaku adalah walaupun E-Code in terdapat dalam ramuan makanan tersebut ia tetap terdapat logo halal.

Teringat satu sejarah Islam semasa kerajaan Mongol menyerang kerajaan islam penuh denga strategik. Pihak lawan telah memberi makan kepada para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam. Kekuatan umat islam adalah bergantung kepada kekuatan hubungan dengan pencipta yang esa. Apabila darah daging umat islam telah kotor lagi najis maka ibadatnya tidak diterima dan hati mula gelap dan kecenderungan untuk melakukan perkara yang di luar syariat amatlah mudah.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan setiap makanan dan minuman yang akan kita dijamah di hotel-hotel perlulah BEBAS dari SYUBHAH. berdasarkan semakan di Portal Website JAKIM, hanya hotel-hotel di dalam senarai berikut diSAHkan HALAL.

Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)

Perlis Indera Kayangan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=120:perlis-indera-kayangan&catid=8:senarai-hotel.

Kedah Darul Aman

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=101:kedah-darul-aman&catid=8:senarai-hotel.

Pulau Pinang Pulau Mutiara

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=108:pulau-pinang&catid=8:senarai-hotel.

Perak Darul Ridzuan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=112:perak-darul-ridzuan&catid=8:senarai-hotel.

Zon Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan)

Selangor Darul Ehsan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/121-selangor-darul-ehsan.

Kuala Lumpur

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=119:kuala-lumpur&catid=8:senarai-hotel.

Putrajaya

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php option=com_content&view=article&Itemid=31&id=117:putrajaya&catid=8:senarai-hotel.

Labuan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=118:labuan&catid=8:senarai-hotel.

Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)

Negeri Sembilan Darul Khusus

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=104:negeri-sembilan-darul-khusus&catid=8:senarai-hotel.

Melaka Darul Azim

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=103:melaka-darul-azim&catid=8:senarai-hotel.

Johor Darul Takzim

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=87:johor-darul-takzim&catid=8:senarai-hotel.

Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)

Kelantan Darul Naim

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=102:kelantan-darul-naim&catid=8:senarai-hotel.

Terengganu Darul Iman

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=123:terengganu-darul-iman&catid=8:senarai-hotel.

Pahang Darul Makmur

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=105:pahang-darul-makmur&catid=8:senarai-hotel.

Zon Sabah dan Sarawak

Sabah Di bawah Bayu

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=125:sabah&catid=8:senarai-hotel.

Sarawak Bumi Kenyalang

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=122:sarawak&catid=8:senarai-hotel.

Kesimpulan

Makanan halal amat penting bagi sekalian manusia kerana yang halal itu pasti baik, makanan halal di dalamnya ada kelebihan di antaranya ialah memberi makanan kepada jasmani. Makanan yang baik mendorong untuk umat manusia melakukan ibadat kepada pencipta. Kehidupan mula memberi makna kepada manusia apabila mereka memenuhi tuntutan syariat. Ia bermakna kehidupan dunia dan akhirat kita akan menjadi selamat jika kita peka dan sensitif dalam mengharungi isu ini. Oleh itu, diharapkan melalui kerjasama bersama badan-badan yang bertanggungjawab seperti IKIM, JAKIM dan badan Bukan kerajaan (NGO) masalah ini akan dapat ditangani dengan lebih komprehensif. Permasalah ini bukan soal keuntungan ekonomi umat Islam tetapi persoalan yang melibatkan akidah umat Islam.

MANGALITSA, MANGALITZA, MANGALICA – APAKAH BENDANYA?

Mangalitsa Mangalitza Mangalica (Babi Biri-Biri)

Pengenalan

Semua orang mengetahui kain “wool” terhasil adalah dari bulu kambing biri-biri. Namun begitu, percaya atau tidak terdapat haiwan lain selain biri-biri yang berupaya mengeluarkan bahan mentah (bulu) untuk menghasilkan “wool”? Jawabnya Ya! namanya babi berbulu biri-biri. Kalau diamati dari jauh, memang babi ini nampak seperti biri-biri. Tetapi bila terdengar sahaja bunyi suaranya, anda barulah menyakini ia adalah babi yang dipanggil Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica.

Mangalitsa Mangalitza Mangalica

Istilah Mangalitsa (US), Mangalitza (UK) dan Mangalica (Hungry) adalah nama saintifik yang dipanggil merujuk kepada nama satu spesis binatang yang sama iaitu “Babi Berbulu Biri-biri“. Di Hungary dan Balkan babi ini dikenali juga sebagai “Hog kerinting rambut”. Asal baka babi ini adalah dari baka Eropah yang mempunyai lemak jenis unimproved (Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang mempunyai pertalian terus dengan spesis babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu ‘bulu’, yang serupa dengan yang seekor kambing. Baka babi lain yang mempunyai bulu yang panjang adalah jenis “Lincolnshire Curly Coat of England”. Sebelum ini Mangalitsa diternak untuk mendapatkan lemak babi.  Disebabkan permintaan yang kurang terhadap lemak, populariti baka ini  telah merosot dan kini dianggap sebagai “baka jarang”. Oleh kerana Mangalitsa menghasilkan terlalu banyak lemak dan kurang daging maka baka ini telah beransur-ansur digantikan dengan baka moden.

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Kronologi Mangalitsa, Mangalitza dan Mangalica

Mangalitsa berambut perang terhasil daripada percantuman genatik (crossed) di antara babi Hungarian (Bakonyi dan Szalontai) jenis tahan lasak dengan baka Šumadija yang berasal dari Serbia sejak tahun 1833. Dan kemudiannya diusahakan oleh penyelidik seperti  Alföldi atau Croatia Siska dan Syrmien. Pembangunan dan penyelidikan ini diteruskan di Hungary pada awal abad ke 19. hasil penyelidikan mendapati spesis babi ini cepat berkembang bagi mendapatkan “fat-type” tanpa memerlukan apa-apa penjagaan khas. Pada tahun 1927, National Society of Fat-Type Hog Breeders (Mangalicatenyésztők Országos Egyesülete) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki baka babi ini.

Mangalitsa adalah baka babi yang paling menonjol di rantau Balkan sehingga 1950 (terdapat 30,000 babi jenis ini di Hungary pada tahun 1943). Semenjak populariti dan populasi Mangalitsa berkurangan, ia telah mengakibat kenaikan harga makanan yang tinggi. Kini, pemilikan Mangalitsa telah menjadi trend dan hobi yang popular. Pada 17 Mac 2006, Mangalitza telah diimport dari Austria ke UK di mana ia telah berdaftar dengan British Pig Association  (BPA) dan baka ini dikekalkan mengikut perbincangan BPA Mangalitza Herd Book.

Barangan Keperluan Harian

Secara jujurnya, saya amat bimbang jika bulu babi ini digunakan sebagai bahan tenunan, jahitan atau bungkusan kepada barangan keperluan harian kita. Bayangkanlah jika bulu ini dibuatkan pakaian, sudah tentu kita sebagai orang Islam akan sentiasa berada di dalam keadaan najis (kotor). Lebih parah lagi, jika bulu ini dijadikan permaidani, sejadah, kopiah dan lain-lain kegunaan umat Islam. Senario ini bukan sahaja menjadikan umat Islam dalam kekeliruan malahan seperti mempersendakan kesucian agama Islam secara halus.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak bertanggungjawab seperti Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain agensi kerajaan supaya dapat membuat pemantauan yang komprehensif dan bersepadu untuk menghalang semua produk berasaskan babi Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica dari memasuki pasaran negara samada ianya berbentuk barangan keperluan harian atau ternakan.

Vodpod videos no longer available.

MENGAPA PENGGUNAAN LEMAK BABI (PIG FAT) TIDAK DIBERITAHU KEPADA PENGGUNA TETAPI HANYA KOD (E) DICETAK?

Hampir semua negara-negara barat termasuk Eropah memilih daging babi sebagai daging utama. Oleh itu terdapat banyak ladang babi dibina di negara-negara ini untuk berkembang biak haiwan ini. Contohnya di Perancis sahaja, ladang ternakan babi melebihi 42,000 buah ladang. Babi adalah haiwan yang memiliki jumlah tertinggi kandungan lemak (FAT) dalam tubuh mereka berbanding dengan haiwan lain. Oleh itu, negara Eropah dan Amerika telah berusaha untuk menyekat dan menghindari lemak ini dari digunakan oleh penduduknya.

Susulan daripada tindakan tersebut, timbul persoalan sekarang di kotak fikiran kita, ke MANA lemak ini pergi? Ini kerana semua babi yang disembelih di rumah penyembelihan haiwan adalah di bawah kawalan Jabatan Makanan di negara masing-masing. Oleh itu timbul permasalahan kepada Jabatan ini untuk membuang lemak babi tersebut di lokasi mana?

Kronologi Perkembangan Lemak Babi

Sekitar tahun 60’an, lemak ini tiada nilai dan sisa bahan ini telah dibakar. Tetapi hasil kajian saintifik yang dijalankan didapati, bahan ini telah dimanfaatkan dalam pembuatan sabun dan ternyata ianya berhasil. Berikutan kejayaan mereka mewujudkan hasil baru bagi kegunaan “household” maka satu rangkaian industri penuh terbentuk dan  lemak (FAT) ini telah diolah kandungan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Manakala syarikat perkilangan lain membelinya. Sementara itu, pada masa yang sama semua Negara Eropah telah membuat peraturan bahawa setiap barangan makanan, perubatan dan produk personal higiene mesti mempunyai kandungan bahan ramuan yang disenaraikan di plastiknya. Jadi, bahan ini dikategorikan sebagai PIG FAT.

Bagi mereka yang telah menetap lama di Eropah melebihi 40 tahun pastinya amat arif dan tahu tentang hal ini. Akibat daripada penggunaan bahan ramuan ini semua produk berasaskan lemak babi telah diharamkan jualannya di NEGARA ISLAM. Tindakan ini mengakibatkan defisit perdagangan kepada Negara Eropah.

Menyorot kembali semasa zaman penjajahan di Asia Tenggara, kita mungkin tahu tentang faktor-faktor yang menjadi provokasi dari PERANG SIVIL pada tahun 1857. Pada masa itu, peluru senapang (Rifle Bullets) dibuat di Eropah dan diangkut ke sub-benua melalui jalan laut. Keadaan ini memerlukan waktu berbulan-bulan untuk tiba ke destinasi. Keadaan ini telah menyebabkan serbuk pistol rosak kerana terdedah kepada air laut.

Untuk menyelesaikan masalah ini maka satu lapisan lemak babi telah disalut pada peluru tersebut bagi mengelak berlakunya kerosakan. Apabila peluru ini hendak digunakan, lapisan pada peluru ini perlu dikoyak menggunakan gigi. Oleh kerana pada masa tersebut kebanyakkan tentera adalah beragama Islam dan Hindu, berita ini telah tersebar luas maka ia telah menyebabkan ramai tentera menolak untuk turut serta berperang.

Berikutan daripada timbulnya masalah ini maka Negara-negara Barat mula menggantikan perkataan lemak babi (PIG FAT) kepada lemak binatang (ANIMAL FAT) pada bungkusan barangan tersebut. Perkara ini mula dilaksanakan oleh Eropah sejak tahun 1970-an. Apabila syarikat pengeluar ini diminta menyatakan jenis lemak yang digunakan oleh pihak berkuasa dari NEGARA ISLAM, mereka membuat akuan bahawa ia adalah lemak lembu atau kambing. Di sini sekali lagi soalan diajukan kepada pengeluar tersebut, adakah lembu dan kambing itu disembelih mengikut kaedah HUKUM SYARAK? Jika tidak, ia adalah HARAM dan barangan tersebut pasti akan diharamkan untuk diedarkan di dalam NEGARA ISLAM.

Kesan daripada tindakan pengharaman ini, syarikat-syarikat multinasional dari NEGARA BARAT telah menghadapi penyusutan keuntungan yang tinggi 75% dari pendapatan mereka hasil jualan barang-barang mereka yang dianggarkan berbilion-bilion dolar hasil keuntungan daripada eksport mereka ke DUNIA MUSLIM.

 

Sistem E-CODES

Akhirnya mereka telah memperkenalkan BAHASA CODING di mana hanya Jabatan Pentadbiran Makanan sahaja yang tahu apakah senarai ramuan yang mereka gunakan dalam semua produk makanan, perubatan dan personal. Secara tidak langsung tindakan memperkenalkan sistem E-CODES atau E-INGREDIENTS ini telah menjadi tanya tanya kepada pengguna berkaitan status halal produk tersebut. Ia secara tidak langsung membuktikan MUSLIHAT dan NIAT jahat Negara Barat yang sengaja tidak menghormati kesucian dan kepercayaan agama Islam.

Penggunaan sistem ini telah digunapakai oleh kebanyakkan produk-produk daripada syarikat multinasional seperti ubat gigi, sabun, gula-gula getah, coklat, gula-gula, biskut dan makanan tin. Selain itu, ubat multi-vitamin yang digunakan di semua Negara Islam juga didapati mempunyai unsur-unsur syubahah dan tidak mengambilkira sensiviti pengganut Islam.

Oleh itu, semua orang Islam atau Hindu (Vegetarians) diminta untuk menyemak bahan-bahan ramuan dari ITEM penggunaan barangan harian berdasarkan kepada sistem E-CODE. Jika hasil semakan mendapati terdapat salah satu daripada bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, pihak tuan dan puan mestilah cuba untuk mengelaknya. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berasal daripada lemak babi (PIG FAT) seperti senarai berikut :

 Senarai Kod Lemak Babi

 
 

 

Dr. M. Amjad Khan
Medical Research Institute
United States