RAHSIA DI SEBALIK SAMBUTAN NATAL PADA 25 DISEMBER

Benarkah Isa dilahirkan pada 25 Disember?

Benarkah Isa dilahirkan pada 25 Disember?

Sambutan “Natal” atau “Krismas” yang bergemerlapan dan berkilauan dengan pokok-pokok cemara lengkap digantung dengan hiasan, lampu kelip-kelip dan hadiah di bawahnya amat bermakna kepada penganut Kristian di seluruh dunia. Senario ini juga dapat dilihat di rumah-rumah, gereja, kedai-kedai dan di sekitar bangunan perniagaan. Begitu semaraknya sambutan perayaan tersebut hinggakan ianya telah melahirkan sekurang-kurangnya tiga kesan utama kepada sesebuah masyarakat.

Pertama, perayaan Krismas yang jatuh pada tarikh 25 Disember adalah sebuah upacara yang berlandaskan nilai kebenaran. Kedua, perayaan Krismas telah mencapai “maqam” simbol prestij terhadap status sosial. Sebuah simbol yang membanggakan bagi orang yang merayakannya atau bagi mereka yang turut “menyertai”. Sebaliknya mereka yang tidak “menyambut” perayaan Krismas, terkesan tidak berprestij. Ketiga, seolah-olah majoriti penduduk negeri ini adalah kaum Nasrani. Padahal secara statistik, jumlah mereka tak lebih dari 15 peratus di Malaysia.

Sebenarnya keadaan ini adalah berbeza dengan realiti kewujudan sambutan Krismas itu sendiri. Apa tidaknya, sejarah Krismas yang dirayakan pada setiap 25 Disember itu sendiri adalah agak kabur. Ia adalah hampir pasti bahawa tidak ramai orang yang mengetahuinya. Walaupun di kalangan penganut-penganut agama Kristian. Salah satu sebabnya ialah kekurangan bahan rujukan yang mendedahkan tentang Krismas. Jika terdapat pun, ianya hanya mengandungi maklumat bahawa Krismas adalah perayaan Kristian yang jatuh pada 25 Disember sebagai ulang tahun kelahiran Isa.

Kekurangan maklumat tentang Krismas sebenarnya adalah alasan yang cukup untuk menjadi kritikal. Adakah benar bahawa Isa dilahirkan pada 25 Disember? Jika jawapannya ya, apa asas hukumnya? Jika tidak bagaimanakah sejarah bermula dalam menetapkan 25 Disember sebagai hari lahir Isa, yang akhirnya dirayakan sebagai perayaan Krismas?

Kronologi sambutan Krismas membuktikan berlakunya penambahan budaya dan amalan yang diceduk dari amalan Pagan.

Kronologi sambutan Krismas membuktikan berlakunya penambahan budaya dan amalan yang diceduk dari amalan Pagan.

Definisi Natal

Kata “Natal” (Krismas) berasal dari bahasa Latin yang bererti lahir. Secara istilah pula, Krismas bermakna upacara yang dilakukan oleh orang Kristian untuk memperingati hari kelahiran Isa Al-Masih yang mereka sebut Tuhan Yesus.

Bukti jelas yang menunjukkan sambutan Hari Natal atau Krismas berasal dari budaya Pagan.

Bukti jelas yang menunjukkan sambutan Hari Natal atau Krismas berasal dari budaya Pagan.

Peringatan perayaan Krismas baru tercetus antara tahun 325 – 354 Masehi oleh Paus Liberius yang menetapkan tarikh 25 Disember. Ia sekaligus menjadi momentum penyembahan kepada Dewa Matahari yang kadang kala juga ia diperingati pada tarikh 6 Januari, 18 Oktober, 28 April, atau 18 Mei. Oleh itu, sambutan ini telah ditetapkan oleh Kaisar Konstantin dengan menggunakan tarikh 25 Disember tersebut disahkan sebagai hari kelahiran Isa (Krismas).

Paul Liberius merupakan individu yang menerapkan kepercayaan Pagan di dalam sambutan Krismas.

Paul Liberius merupakan individu yang menetapkan 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa dan menerapkan kepercayaan Pagan di dalam sambutan Krismas.

Kelahiran Isa Menurut Bible

Untuk membongkar tabir Krismas pada 25 Disember, yang dipercayai menjadi Hari Lahir, mari kita lihat apa yang dilaporkan oleh Bible tentang kelahiran Isa, seperti dalam Lukas 2: 1-8 dan Matius 2: 1, 10, II (Mark dan John tidak menulis cerita kelahiran Isa).

Penyelewengan fakta berkaitan asal-usul perayaan Krismas telah didedahkan secara terperinci di dalam Bible.

Penyelewengan fakta berkaitan asal-usul perayaan Krismas telah didedahkan secara terperinci di dalam Bible.

Menurut Lukas 2: 1-8:

Pada waktu itu Kaisar Agustus mengeluarkan suatu perintah, menyuruh mendaftarkan semua orang di seluruh dunia. Inilah pendaftaran yang pertama kali diadakan sewaktu diadakan ketika Kirenius adalah gabenor Syria. Maka pergilah semua orang mendaftarkan diri, masing-masing di bandarnya sendiri.

Maka Yusuf juga pergi dari kota Nazaret di Galilea ke Yudea, ke kota Daud dipanggil Betlehem, kerana dia adalah keluarga dan keluarga Daud untuk didaftarkan dengan Maryam, tunangnya, yang sedang mengandung.

Apabila mereka berada di sana, tiba masanya untuk dia melahirkan, dan dia melahirkan seorang anak lelaki, anak sulung beliau, dan dia dibalut dengan kain, dan diletakkan di dalam palungan, kerana tidak ada tempat untuk mereka di rumah penginapan ini . Sekarang terdapat gembala-gembala yang tinggal di padang, menjaga kawanan mereka pada waktu malam.

Jadi, menurut Bible, Isa lahir pada masa kekuasaan Kaisar Agustus yang saat itu yang sedang melaksanakan bancian penduduk (7M = 579 Rom). Yusuf, tunangan Maryam ibu Isa berasal dari Betlehem, maka mereka bertiga ke sana, dan lahirlah Isa Betlehem, anak sulung Maryam. Dia membungkusnya dengan kain lampin dan membaringkannya dalam palungan (tempat makanan lembu, kambing yang terbuat dari kayu). Peristiwa itu berlaku pada malam hari di mana gembala sedang menjaga kawanan ternak mereka di padang rumput.

Menurut Matius 2: 1, 10, 11

Sesudah Isa dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman Herodus, datanglah orang-orang Majusi dari Timur ke Jerusalem. Ketika mereka melihat bintang itu, sangat bersukacitalah mereka. Maka masuklah mereka ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu bersama Maryam, ibunya.

Jadi menurut Matius, Isa lahir dalam masa pemerintahan Raja Herodus yang disebut Herodus Agung yang memerintah tahun 37 SM-4 M (749 Rom), ditandai dengan bintang-bintang yang kelihatan oleh orang-orang Majusi dari Timur.

Pengaruh Parsi banyak diselitkan di dalam amalan dan kepercayaan penganut Kristian.

Pengaruh Parsi banyak diselitkan di dalam amalan dan kepercayaan penganut Kristian.

Cukup jelas pertentangan kedua Injil tersebut (Lukas 2: 1-8 dan Matius 2: 1, 10, II) dalam menjelaskan kelahiran Isa. Namun begitu keduanya menolak kelahiran Isa tarikh 25 Disember. Penggambaran kelahiran yang ditandai dengan bintang-bintang di Iangit dan gembala yang sedang menjaga kawanan kambing yang dilepas bebas di padang rumput beratapkan Iangit dengan bintang-bintangnya yang gemerlapan, menunjukkan keadaan musim panas sehingga gembala berdiam di padang rumput dengan kambing-kambing mereka pada malam hari untuk mengelakkan pancaran matahari. Sebab jelas 25 Disember adalah musim sejuk. Sedang suhu udara di kawasan Palestin pada bulan Disember itu sangat rendah sehingga salji merupakan hal tidak mustahil.

Bagi yang mempunyai wawasan luas, hati terbuka dan lapang dalam mencari kebenaran, kitab suci Al-Qur’an telah memberikan jawapan tentang kelahiran Isa (Isaalaihissalam).

Menurut Al-Qur’an

Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (Maryam) bersandar pada pangkal pohon kurma, ia berkata:” Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan”. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih had, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawah mu (untuk minum). Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu kearahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.

(Surah Maryam: 23-25)

Jadi menurut Al-Qur’an Isa dilahirkan pada musim panas di saat pohon-pohon kurma berbuah dengan lebatnya. Untuk itu perlu kita mengamati pendapat Sarjana Kristian Dr. Arthus S. Peak, dalam Commentary on the Bible – seperti dicatatkan di dalam buku Bible dalam Timbangan oleh Soleh A. Nahdi (hal 23) : Isa lahir dalam bulan Elul (bulan Yahudi), bersamaan dengan bulan : Ogos – September.

Sementara itu Uskup Barns dalam Rise of Christianity – seperti juga dicatatkan oleh Soleh A. Nahdi berpendapat sebagai berikut:

There is, moreover, no authority for the belief than December 25 was the actual birthday of Jesus. If we can give any credence to the birth-story of Luke, with the shepherds keeping watch by night in the fields near Bethlehem, the birth of Jesus did not take place in winter, when the night temperature is so low in the hill country of Judea that snow is not uncommon. After much argument our Christmas day seems to have been accepted about A.D.300.

Kepercayaan, bahawa 25 Disember adalah hari lahir Isa yang pasti tidak ada buktinya. Kalau kita percaya cerita Lukas tentang hari lahir itu di mana gembala-gembala waktu malam menjaga di padang berhampiran Bethlehem, maka hari lahir Isa tentu tidak di musim sejuk di saat suhu di negeri pergunungan Yudea amat rendah sekali sehingga salji merupakan perkara yang tidak mustahil. Setelah terjadi banyak perdebatan nampaknya hari lahir tersebut diterima penetapannya kira-kira tahun 300 Masehi.

Asal Usul Perayaan Krismas 25 Disember

Perintah untuk menyelenggarakan peringatan Krismas tidak ada dalam Bible dan Isa tidak pernah memberikan contoh ataupun memerintahkan pada muridnya untuk menyelenggarakan peringatan kelahirannya. Perayaan Krismas baru masuk dalam ajaran Kristian Katolik pada abad ke-4 M. Dan amalan ke atas peringatan ini pun berasal dari upacara adat masyarakat penyembah berhala. Di mana kita tahu bahawa abad ke-l hingga abad ke-4 M dunia masih dikuasai oleh empayar Rom yang Paganis Politheisme.

Ciri-ciri asas Paganisme yang dijadikan hiasan mengikut "Tree Doctrine" pada pokok Krismas.

Ciri-ciri asas Paganisme yang dijadikan hiasan mengikut “Tree Doctrine” pada pokok Krismas.

Ketika Konstantin dan rakyat Rom menjadi penganut agama Katolik, mereka tidak mampu meninggalkan adat / budaya pagannya, apalagi terhadap pesta rakyat untuk memperingati hari Sunday (sun = matahari; day = hari) yaitu kelahiran Dewa Matahari tarikh 25 Disember. Maka supaya agama Katolik boleh diterima dalam kehidupan masyarakat Rom diadakanlah sinkretisme (syncretism = perpaduan agama-budaya/ penyembahan berhala), dengan cara menyatukan perayaan kelahiran Sun of God (Dewa Matahari) dengan kelahiran Son of God (Anak Tuhan = Isa).

Maka dalam sebuah majlis pada tahun 325, Konstantin memutuskan dan menetapkan tarikh 25 Disember sebagai hari kelahiran Isa. Juga diputuskan : Pertama, hari Ahad (Sunday = hari matahari) dijadikan pengganti Hari Sabat (Sabbath day) yang menurut hitungan jatuh pada Sabtu. Kedua, lambang Dewa Matahari iaitu sinar yang bersilang dijadikan lambang Kristian. Ketiga, membuat patung-patung Isa untuk menggantikan patung Dewa Matahari. Sesudah Kaisar Konstantin memeluk agama Katolik pada abad ke-4 Masehi, maka rakyat pun beramai-ramai ikut memeluk agama Katolik. Inilah prestasi gemilang hasil proses asimilasi Kristian oleh Kaisar Konstantin dengan agama paganisme politheisme nenek moyang.

Ajaran Paganis

Demikianlah asal-usul “Natal” atau “Krismas” yang dipelihara dan disambut oleh orang-orang Kristian di seluruh dunia hinggalah ke hari ini. Di mana kepercayaan Paganis Politheisme mendapat ilham daripada ajaran tentang Dewa Matahari yang memperingati tarikh 25 Disember sebagai perayaan mereka?

Hakikat ini boleh dibuktikan melalui Bibel maupun sejarah kepercayaan paganis yang dianut oleh bangsa Babylon kuno di dalam kekuasaan Raja Nimrod (Namrud). Kajian telah dijalankan oleh H.W. Armstrong dan telah direkodkan di dalam bukunya The Plain Truth About Christmas, Worldwide Church of God, California USA (1994), yang menjelaskan bahawa :

Namrud cucu Ham, anak Nabi Nuh adalah pengasas sistem kehidupan masyarakat Babylon kuno. Nama Nimrod dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bermaksud: “Dia membangkang atau “Murtad” antara lain dengan keberaniannya mengahwini ibu kandungnya sendiri bernama “Semiramis”. Namun usia Namrud tidak sepanjang ibu sekaligus isterinya. Maka setelah Namrud mati Semiramis menyebarkan ajaran, bahawa roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Maka dibuatlah olehnya perumpamaan pohon “Evergreen” yang tumbuh dari sebatang kayu mat’s.

Asal-usul pokok Krismas dikaitkan dengan kelahiran Namrud pada 25 Disember di mana pokok Evergreen akan disediakan bersama hadiah yang digantungkan di ranting-ranting pokok itu.

Asal-usul pokok Krismas dikaitkan dengan kelahiran Namrud pada 25 Disember di mana pokok Evergreen akan disediakan bersama hadiah yang digantungkan di ranting-ranting pokok itu.

Maka untuk memperingati kelahirannya dinyatakan bahawa Namrud selalu hadir di pokok Evergreen dan meninggalkan hadiah yang digantungkan di ranting-ranting pokok itu. Sedangkan kelahiran Namrud dinyatakan tarikh 25 Disember. Inilah asal-asul pokok Krismas. Selain itu, Semiramis dianggap sebagai “Ratu Langit” oleh rakyat Babylon, kemudian Namrud dipuja sebagai “anak suci dari syurga”.

Pengertian Krismas menurut pandangan penyelidik Barat.

Apakah yang dimaksudkan pokok Krismas menurut kepada kacamata penganut Kristian.

Evolusi penerapan nilai-nilai Paganisme di dalam sambutan Krismas melalui pokok Krismas.

Evolusi penerapan nilai-nilai Paganisme di dalam sambutan Krismas melalui pokok Krismas.

Pusingan zaman silih berganti menyatakan bahawa penyembah berhala versi Babylon ini berubah menjadi “Mesiah palsu”, berupa dewa “Ba-al” anak dewa matahari dengan objek penyembahan “Ibu dan Anak” (Semiramis dan Namrud) yang lahir kembali. Ajaran tersebut menjalar ke negara lain : Di Mesir berupa “Isis dan Osiris”, di Asia bernama “Cybele dan Deoius”, di Rom disebut “Fortuna dan Musytari”. Bahkan di Yunani, “Kwan Im” di China, Jepun, dan Tibet, India , Parsi, Afrika, Eropah, dan Mexico juga ditemui adat pemujaan terhadap dewa “Madonna” dan Iain-Iain.

Hampir keseluruhan amalan dan kepercayaan penganut Kristian tentang sambutan Krismas adalah berasaskan kepada Doktrin Paganisme.

Hampir keseluruhan amalan dan kepercayaan penganut Kristian tentang sambutan Krismas adalah berasaskan kepada Doktrin Paganisme.

Selain daripada itu, terdapat juga dewa-dewa yang dimitoskan lahir pada tarikh 25 Disember, di mana kononnya ia dilahirkan oleh gadis perawan (tanpa bapa), mengalami kematian (salib) dan dipercayai sebagai Juru Selamat (Penebus Dosa). Di antaranya ialah :

  1. Dewa Mithras (Mitra) di Iran, yang diyakini dilahirkan di dalam sebuah gua dan mempunyai 12 orang murid. Dia juga disebut sebagai Sang Penyelamat, kerana ia pun mengalami kematian, dan dikuburkan, tetapi bangkit kembali. Kepercayaan ini menjalar hingga Eropah. Maharaja Konstantin termasuk salah seorang pengagum sekaligus penganut kepercayaan ini.
  2. Apollo, yang terkenal mempunyai 12 perkhidmatan dan menguasai 12 bintang/ planet.
  3. Hercules yang terkenal sebagai pahlawan perang yang tidak boleh ditandingi kehebatannya. 
  4. Ba-al yang disembah orang-orang Israel adalah dewa penduduk asal tanah Kana’an yang terkenal juga sebagai dewa kesuburan.
  5. Dewa Ra, sembahan orang-orang Mesir kuno; kepercayaan ini menyebar hingga ke Rom dan diperingati secara besar-besaran dan dijadikan sebagai pesta rakyat.

Jadi, secara kesimpulannya konsep bahawa Tuhan itu dilahirkan seorang perawan pada tarikh 25 Disember, disalib/ dibunuh kemudian dibangkitkan sudah wujud semenjak zaman purba lagi.

Amalan Paganisme dijadikan saduran dan ikutan oleh penganut Kristian semasa menyambut Hari Krismas.

Amalan Paganisme dijadikan saduran dan ikutan oleh penganut Kristian semasa menyambut Hari Krismas.

Konsep atau dogma agama bahawa Isa adalah anak Tuhan dan bahawa Tuhan mempunyai tiga peribadi, dengan sangat mudahnya diterima oleh kalangan masyarakat Rom kerana mereka telah mempunyai konsep itu sebelumnya. Mereka tinggal menukar nama-nama dewa menjadi Isa. Maka dengan jujur Paul mengakui bahawa dogma-dogma tersebut hanyalah kebohongan yang sengaja dibuatnya. Kata Paul kepada jemaah di Rom :

Tetapi jika kebesaran Tuhan oleh dustaku semakin melimpah bagi kemuliannya, mengapa aku masih dihakimi lagi sebagai orang berdosa?

(Rom 3: 7)

Mengenai kemungkinan berlakunya pendustaan itu, Isa telah menyatakan melalui pesannya:

Jawab Isa kepada mereka: Berhati-hati supaya jangan ada orang yang menyesatkan kamu! Sebab banyak orang akan datang dengan memakai namaku dan berkata Akulah Mesias, dan mereka akan menyesatkan banyak orang “.

(Matius 24: 4-5)

Sumber-sumber Kristian yang Menolak Krismas

Terdapat beberapa kajian ilmiah dan penyelidikan telah dijalankan oleh Pengkaji Sejarah untuk membuktikan terdapatnya usaha-usaha penyelewengan fakta berkaitan sambutan “Natal” atau “Krismas”. Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam beberapa buku ilmiah sebagai rujukan. Di antaranya ialah :

  • Catolic Encyclopedia, (edisi 1911) tentang Krismas :

Natal bukanlah upacara gereja yang pertama … melainkan ia diyakini berasal dari Mesir, perayaan yang diselenggarakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari, kemudian dijadikan hari kelahiran Isa.”

Dalam buku yang sama, tentang “Natal Day” dinyatakan sebagai berikut :

Di dalam kitab tidak ada seorang pun yang mengadakan upacara atau menyelenggarakan perayaan untuk merayakan hari kelahiran Isa.

Hanyalah orang-orang kafir sahaja (seperti Firaun dan Herodes) yang berpesta meraikan hari kelahirannya ke dunia ini. “

  • Encyclopedia Britannica, (edisi 1946) tentang Krismas :

Krismas bukanlah upacara gereja abad pertama, Isa atau para muridnya tidak pernah menyelenggarakannya, dan Bibel juga tidak pernah menganjurkannya. Upacara ini diambil oleh gereja dari kepercayaan kafir penyembah berhala.”

Istilah Krismas telah diterangkan di dalam Encyclopedia Britania dengan jelas.

Sejarah Krismas telah diterangkan secara terperinci tentang tiadanya amalan sambutan kelahiran Nabi Isa di dalam Encyclopedia Britania dengan jelas.

  •  Encyclopedia Americana, (edisi tahun 1944) tentang Krismas :

Menurut para ahli, pada abad-abad permulaan, Natal tidak pernah dirayakan oleh umat Kristian. Pada umumnya umat Kristian hanya merayakan hari kematian orang-orang terkemuka sahaja, dan tidak pernah merayakan hari kelahiran orang tersebut …” (Perjamuan Suci, yang termaktub dalam kitab Perjanjian Baru hanyalah untuk mengenang kematian Isa) .. Perayaan Krismas yang dianggap sebagai hari kelahiran Isa, mulai diresmikan pada abad ke-4 M. pada abad ke-5 M. Gereja di negara-negara Barat memerintahkan kepada umat Kristian untuk merayakan hari kelahiran Isa, yang diambil dari hari pesta bangsa Rom yang merayakan hari “Kelahiran Dewa Matahari”. Sebab tidak seorang pun mengetahui hari kelahiran Isa.

Sambutan Krismas telah diselaraskan dengan sambutan Dewa Matahari pada 25 Disember setiap tahun.

Sambutan Krismas telah diselaraskan dengan sambutan kelahiran Dewa Matahari (Dewa Ra) yang jatuh pada 25 Disember setiap tahun.

Kesimpulan

Setelah kita mengetahui dan menyedari dogma kesilapan seperti yang dijelaskan seperti di atas maka kita hendaklah menyakini dan memperbaharui iman kita bahawa;

Pertama, bahawa Nabi Isa bukanlah “Anak Allah”, dan tidak “Allah” itu sendiri.

Kedua, Yesus (Isa Al Masih bin Maryam), tidak dilahirkan pada 25 Disember. Pemilihan dan penetapan tarikh kelahirannya adalah semata-mata direkayaksa yang terhasil daripada penerapan ajaran syirik pagan (Paganisme Politheisme).

Ketiga, sikap toleransi masyarakat Malaysia umumnya dan umat Islam khasnya terhadap agama Kristian tidak bermakna percaya, apatah lagi mengikuti ajaran agama ini.

Keempat, oleh itu kepercayaan dan keyakinan bahawa “25 Disember adalah hari lahir Isa” adalah terbukti palsu dan tidak benar. Ia lebih kepada usaha pihak berkepentingan untuk menunjukkan kononnya berlakunya toleransi yang digunakan sebagai Propaganda Agama. Itulah yang dimaksudkan dengan toleransi salah jika ianya boleh menyebabkan umat Islam di rantau ini memandang remeh dan mewajarkan mereka menerima kepercayaan agama yang berbeza ini sebagai budaya semasa. Tindakan ini adalah tidak layak dan haram untuk disambut oleh umat Islam sama ada kita mengalu-alukannya atau mengambil bahagian untuk merayakan sambutan Hari Natal atau Krismas pada setiap 25 Disember.

Sumber :

Al-Qur’an dan Terjemahan.

Amstrong, Herbert W. dan Masyhud SM, Misteri Krismas, Sebuah Kritik dari Tokoh Kristian Antarabangsa, Pustaka Da’i , Surabaya, 1994.

Hj. Irena Handono, Perayaan Natal 25 Desember Antara Dogma & Toleransi, Bima Rodheta, Jakarta, 2004.

http://mygodchristahnsahnghong.com/2012/11/23/christmas-is-not-based-on-the-bible-christmas-was-the-date-of-a-pagan-festival-in-rome-for-celebrating-the-birthday-of-sun-god-the-unconquered-sun/

http://www.docstoc.com/docs/20066320/PAGAN-SUN-WORSHIP-AND-CATHOLICIS—THE-PAGAN-SUN-WHEEL-THE-OBELISK-AND-BAAL

http://www.worldbulletin.net/todays-news/125609/christmas-before-christ-december-25-and-paganism

 

 

 

KENALI TOKOH ISLAM DI NUSANTARA – BUYA HAMKA

Pendahuluan

Ulama tersohor di Nusantara yang banyak menyumbangkan idea ke arah perkembangan Islam

Ulama tersohor di Nusantara yang banyak menyumbangkan idea dan ilmu ke arah perkembangan Islam

Umumnya di alam Nusantara kita, sudah jelas berlaku perebutan pengaruh agama sejak zaman penjajah sampai ke zaman merdeka. Dengan berakhirnya penjajahan maka timbullah semangat baru umat Islam kerana nikmat merdeka. Lantaran tidak hairanlah pihak penjajah beragama Kristian seperti British, Belanda dan Portugis merasa terancam terhadap pengaruh mereka di alam Nusantara. Jika dahulu di zaman penjajahan, golongan ini diibaratkan sebagai ‘Anak Emas’ pemerintahan Kolonial. Tapi kini agama Islam telah diberikan kedudukan yang tinggi di negara Malaysia, Indonesia dan Brunai. Kemunculan tokoh-tokoh ulama banyak memberikan kesedaraan tentang perlunya mempertahankan kesucian agama Islam. Edisi kali ini akan menampilkan tokoh-tokoh Islam yang kurang dikenali oleh umat Islam khususnya dan alam nusantara khasnya tentang sumbangan mereka terhadap perjalanan dan pembangunan Islam.

Siapa Hamka

Hamka, nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat Indonesia pada 17 Februari 1908 – 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia. Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minagkabau sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Beliau mendapat nama panggilan “Buya” yang diambil daripada perkataan Arab ‘Abi’ atau ‘Abuya’ yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Sewaktu zaman penjajahan Belanda, Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Pendidikan Awal

Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau.Beliau hanya belajar setakat gred 2. Namun,ketika beliau berumur 10 tahun, ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang. Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab. Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo, cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah,d an politik. Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee. Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun. Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.

Penglibatan Dalam Politik

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah. Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat, bida’ah, thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia. Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia. Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Penglibatan Dalam Penulisan

Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang,beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.

Beliau telah menulis karya sebanyak 79 buah buku dan dilantik sebagai tenaga pengajar di beberapa universiti di Indonesia dan Malaysia. Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a) Novel

Tenggelamnya Kapal Vanderwick, Dalam Lembah kehidupan, Di Bawah Lindungan Kaabah, Kenangan Hidup, Merantau Ke Deli, Ayahku dan Laila Majnun Siti Sabariah.

Koleksi judul novel yang ditulis oleh Hamka berteraskan kemanusiaan

Koleksi judul-judul novel yang ditulis oleh Hamka menjurus kepada nilai-nilai kemanusiaan

b) Kitab Agama dan Falsafah

Tafsir Al Azhar (30 Juz), Khatib Ul Ummah (1925), Tarikh Abu Bakar As Sidiq, Ringkasan Tarikh Umat Islam Islam dan Adat Minangkabau, Tasawuf Moden, Falsafah Hidup dan Lembaga Hidup Lembaga Budi.

Buku-buku berkaitan ajaran Islam juga merupakan subjek yang amat diminati oleh beliau

Buku-buku berkaitan moral dan norma-norma ajaran Islam juga merupakan subjek yang amat diminati oleh beliau

c) Majalah

Kemahuan Zaman (1929), Al Mahdi (1933), Pendoman Masyarakat (1936 – 1942), Semangat Islam (1944- 1948), Menara (1946-1948) dan Panji Masyarakat (1959).

Kritial sosial dan kehidupan seharian juga dijadikan pencetus kepada kebangkitan rakyat terhadap penjajahan.

Kritial sosial dan kehidupan seharian juga dijadikan pencetus kepada kebangkitan rakyat terhadap penjajahan.

Penglibatan Dalam Pendidikan

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

  • Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
  • Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
  • Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.

Pergi Tidak Kembali

Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia. Sepanjang hidup beliau, Hamka merupakan seorang yang petah berpidato, berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia. Pemergian beliau tiada pengganti dan perginya beliau tidak kembali.

Al-Fatihah…..

Coretan nasihat dan pandangan Hamka terhadap kehidupan ini

Coretan nasihat dan pandangan Hamka terhadap kehidupan banyak disampaikan secara walkin.

RAHSIA DI SEBALIK LARANGAN PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SECARA BERDIRI OLEH RASULULLAH S.A.W

Pendahuluan

Pernahkah anda minum sambil berdiri?

Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita? Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat. Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”

(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”

(Riwayat :  Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”

(Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak AlKailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat  hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16

AWAS! JANGAN MENGIKUT JEJAK AMALAN SYI’AH KETIKA MENYAMBUT HARI ASYURA (10 MUHARRAM)

Pendahuluan

Tanggal 24 November 2012 merupakan tika dan saat yang dinantikan oleh banyak golongan yang berkepentingan. Ini kerana tarikh tersebut merupakan hari yang mulia yang dikenali sebagai HARI ASYURA yang ditetapkan pada 10 Muharram setiap tahun. Sebagai seorang muslim kita dianjurkan untuk menggunakan kesempatan yang mulia ini untuk melakukan amalan-amalan yang sesuai dengan tuntutan sunnah Rasulullah S.A.W. Pada hari tersebut kita disarankan untuk sentiasa berusaha dan berwaspada agar amalan-amalan yang dilaksanakan tidak TERPESONG dari ajaran Islam. Ini disebabkan terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh umat Islam dikategorikan sebagai BI’DAH (amalan yang ditolak) yang kita sangkakan BAIK, sebenarnya adalah BURUK dari sudut hukum syarak. Senario ini boleh diibaratkan;

“ku sangkakan ia manis seperti MADU, rupa-rupanya ia adalah RACUN yang membinasakan aqidah kita”.

Marilah kita mengerjakan puasa sunat pada Hari Asyura bersempena 10 Muhharam

Definisi Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Manakala Asyura (عاشوراء) ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram (المحرم ) di dalam kalender Islam. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Sejarah Hari Asyura

Pada masa zaman sebelum Islam, ‘Asyura’ diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut ‘Asyura’. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran.  Dalam sejarah Arab, hari Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah S.A.W. iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.

Yom Kippur merupakan hari yang paling suci dalam agama Yahudi yang disebut sebagai Hari Penebusan Dosa. Kitab Taurat menyeru kaum Yahudi melakukan puasa pada hari itu supaya mereka mengakui dosa-dosa mereka dan menunjukkan rasa rendah diri di hadapan Tuhan mereka. Hanya dengan puasa dan taubat, mereka akan dapat memperoleh keredhaan Tuhan.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Rasullulah S.A.W. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa A.S. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa diWAJIBkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan setahun kemudian. Oleh itu, HUKUM melakukan puasa pada 10 Muharram telah ditetapkan sebagai amalan SUNAT dan bukan WAJIB kepada umat Islam.

Perihal turunnya perintah ini telah diterangkan oleh Syaidatuna A’isyah R.A; “Hari ‘Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah, Nabi S.A.W berpuasa pada hari ‘Asyura dan baginda menyuruh umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, baginda bersabda mafhumnya:

Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari ‘Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa ‘Asyura)”

Sumber : Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

Nabi S.A.W. telah menganjurkan umatnya berpuasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab

Persepsi Hari Asyura Mengikut Perspektif Syiah

Tarikh keramat 10 Muharram 61 Hijrah atau tanggal 10 Oktober 680 Masehi merupakan Hari Pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq. Pertempuran ini terjadi di antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali bersama pengikutnya sebanyak 70 orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah iaitu Khalifah Umayyah pada saat itu bersama hampir 10 ribu bala tentera. Di dalam pertempuran tersebut, hampir semua ahli kumpulan termasuk Husain bin Ali gugur syahid kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kepala cucu Rasulullah S.A.W telah dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka untuk menghadap Khalifah di Damaskus dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan dikenakan hukuman tahanan rumah.

Tragedi Karbala terjadi ekoran daripada penglibatan golongan Syiah Kufah yang merancang pengkhianatan untuk mendapatkan kekayaan dan kedudukan semata-mata. Mereka sanggup mengorbankan Ahlul Bait, Husain R.A demi menyempurnakan agenda jahat tanpa belas kasihan.

Pembohongan Syi’ah Terhadap Hari Asyura

Sejak dahulu golongan  Syi’ah sudah terkenal dalam membuat hadis-hadis PALSU, bahkan mereka mempunyai kepakaran dalam membuat riwayat-riwayat palsu. Mereka tidak berasa BERSALAH atau SEGAN mencatat nama-nama Ahlul Bait (Keluarga Nabi), demi kepentingan golongannya. Mereka juga sudah terbiasa mengHALALkan segala cara demi kepentingannya. Begitu juga dalam memperingati hari Asyura. Ulama Syi’ah telah MEREKAYASA hadis-hadis PALSU dengan memanipulasikan nama Ahlul Bait dalam usaha mereka untuk menguatkan cara memperingati hari tersebut.  Diantaranya sebagai berikut :

Jaminan dari Ulama Syi’ah untuk masuk ke syurga, hanya sekadar menangis ke atas kematian Sayyidina Husain R.A.

“Barang siapa menangis atau menangis-tangiskan dirinya atas kematian Husain, maka Allah akan mengampuni segala dosanya baik yang sudah dilakukkan maupun yang akan dilakukan.”

“Barang siapa menangis atau menangis-tangiskan dirinya atas kematian Husin, wajiblah (pastilah) dirinya mendapat surga.”

Sumber : “ WASAAIL ASY-SYI’AH” oleh Al Khurrul Amily ( Ulama Syi’ah )

Selain daripada riwayat-riwayat di atas, masih banyak lagi riwayat-riwayat Hadis PALSU yang mereka rekayasa. Hampir tidak kurang dari 458 riwayat, memperihalkan mengenai kewajipan menziarahi makam Imam-Imam Syi’ah. Bahkan dari jumlah tersebut 338 riwayat dikhususkan mengenai kebesaran dan keutamaan serta pahala besar bagi peziarah makam Imam Husain R.A atau ke Karbala. Sebagai contoh :

“Barang siapa ziarah ke makam Imam Husain sekali, maka pahalanya sama dengan haji sebanyak 20 kali.”

“Barang siapa ziarah ke makam Imam Husain di Karbala pada hari arafah, maka pahalanya sama dengan haji 1,000,000 kali bersama Imam Mahdi, disamping mendapatkan pahalanya memerdekakan 1000 (seribu) budak dan pahalanya bersedekah 1000 ekor kuda.”

Sumber : “ WASAAIL ASY-SYI’AH” oleh Al Khurrul Amily ( Ulama Syi’ah ).

Perilaku golongan Syi’ah yang melukakan diri sendiri sebagai tanda berdukacita pada 10 Muhharam sama seperti upacara Thaipusam. Inikah IMEJ umat Islam?

Bid’ah-Bid’ah Asyura’

Secara simboliknya tarikh 10 Muharram merupakan hari yang amat signifikan kepada golongan Syi’ah dan Jahalatu Ahlusunnah. Tarikh keramat ini bertambah nilainya apabila berlakunya tragedi pembunuhan Abu Abdillah Al-Husain bin Ali R.A pada 10 Muhharam 61 Hijrah di padang Karbala. Akibat daripada peristiwa berdarah ini, SYAITAN laknatullah telah berhasil menCIPTAkan dua keBID’AHan sekaligus.

Pertama : Bid’ah Syi’ah

Hari Asyura dijadikan oleh golongan Syi’ah sebagai hari berkabung, dukacita, dan menyiksa diri sebagai ungkapan dari kesedihan dan penyesalan. Pada setiap Asyura, mereka memperingati kematian Al-Husain dan melakukan perbuatan-perbuatan yang tercela seperti berkumpul, menangis, meratapi Al-Husain secara histeria, membentuk kelompok-kelompok untuk perarakan berkeliling di jalan-jalan dan di pasar-pasar sambil memukul badan mereka dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya.

Sumber : At-Tasyayyu ‘Wasy-Syi’ah, Ahmad Al-Kisrawiy Asy-Syi’iy, (Hal. 141), Tahqiq Dr. Nasyir Al-Qifari

Kedua : Bid’ah Jahalatu Ahlussunnah

Sebagai persaingan kepada amalan sambutan hari Asyura yang dilakukan oleh golongan Syi’ah maka golongan Jahalatu Ahlussunnah (ahli yang jahil\Bodoh) telah menjadikan hari Asyura sebagai hari raya dan pesta.

Menurut Ahmad Al-Kisrawi Asy-Syi’iy : “Dua budaya (Bid’ah) yang sangat kontras ini, merujuk kepada kesusasteraan yang ada, ia bermula pada zaman Dinasti Buwaihi (321H – 447 H) yang mana masa itu terkenal dengan pertentangan hebat di antara Ahlussunnah dan Syi’ah.

Golongan Jahalatu (bodoh) Ahlussunnah menjadikan Asyura sebagai hari raya dan hari bahagia sementara golongan Syi’ah menjadikannya sebagai hari dukacita, mereka berkumpul membacakan syair-syair kemudian menangis dan menjerit. “

Sumber : At-Tasyayyu ‘Wasy-Syi’ah (Hal.142)

Amalan Bid’ah Yang Dilakukan Oleh Umat Islam

Syaikh Abu Bakar bin Sayid Muhammad Syatha ad-Dimyathi ketika membahas puasa sunnah Asyura (10 Muharram) dalam kitabnya bertajuk “I’anah Ath-Thalibin (2/301)” menukil keterangan para ulama tentang amalan-amalan yang dilakukan pada hari Asyura. Dia mengatakan seperti berikut ini:

Al-Ahjhuri mengatakan, “Sesungguhnya aku telah bertanya sebagian ahli hadis dan ahli fiqah tentang bercelak, memasak biji-bijian, memakai pakaian baru dan memperlihatkan rasa senang. Mereka menjawab, “Tidak ada hadis shahih dari Nabi S.A.W. tentang hal itu, tidak juga dari sahabat, dan tidak ada seorang pun dari imam yang mensunnahkannya. Begitu juga apa yang dikatakan bahawa barangsiapa yang bercelak pada hari Asyura, maka matanya tidak sakit selama tahun itu dan barangsiapa yang mandi pada hari itu, maka dia tidak sakit pada tahun itu.”

Jika membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.

Di sini disenaraikan amalan-amalan bi’dah yang sering dilakukan oleh umat Islam acapkali datangnya 10 Muhharam tanpa memeriksa asal-usul amalan ini diamalkan. Di antaranya ialah:

  1. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca; “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  2. Melapangkan masa\belanja anak dan isteri.
  3. Memuliakan fakir miskin.
  4. Menunjukkan jalan yang lurus\membetuli orang sesat\orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  5. Menyapu\mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
  6. Bersedekah.
  7. Memotong kuku.
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya; “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak.
  10. Membaca ; “Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat; “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa.

Kesimpulan

Secara umumnya terdapat sepuluh amalan Hari Asyura yang biasa dilakukan TIDAK ADA DASAR hadis shahihnya KECUALI puasa dan memberikan kegembiraan (menyenangkan) keluarga.

“Adapun lapan amalan lainnya, disandarkan kepada hadis yang dhaif (lemah) dan adakalanya munkar-maudhu’. Namun begitu, terdapat juga di kalangan masyarakat setempat menyatakan terdapat dua belas amalan semasa meraikan Hari Asyura. Di antaranya ialah solat sunat, puasa, silaturrahim, sedekah, mandi, bercelak, mengunjungi orang alim, menziarah orang sakit, mengusap kepala anak yatim, memberikan kegembiraan kepada keluarga, memotong kuku dan membaca surat Al-Ikhlas seribu kali.”

Hasil semakan mendapati amalan SUNNAH yang dianjurkan oleh agama Islam pada Hari Asyura hanyalah puasa dan menyenangkan keluarga. Namun begitu, jika diteliti dengan lebih mendalam tentang amalan menyenangkan keluarga pada Hari Asyura pun termasuk bid’ah karena hadisnya dhaif.Ia adalah berdasarkan kepada penjelasan Iman Suyuthi di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Amr bil-Ittiba’ (hlm. 75) seperti berikut :

“Yang sunnah pada hari ini (Asyura) hanyalah PUASA, tidak ada yang lain. Sesungguhnya telah diriwayatkan hadis dhaif tentang memberikan kegembiraan kepada keluarga. Boleh jadi sebabnya adalah sikap ekstrim dalam mengagungkannya daripada sebahagian kelompok Nawashib (orang-orang yang membenci Ali R.A) untuk membandingi kelompok Rafidhah (Syi’ah). Sesungguhnya SYAITAN ingin menyimpangkan makhluk dari jalan yang lurus, tidak peduli dari kumpulan mana dia. Maka para pengamal bid’ah WAJIB meninggalkan bid’ah-bid’ah sama sekali. “

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DALAM MELEMAH DAN MENGHANCURKAN ISLAM

Pendahuluan

Al-Ghazwul Fikri merupakan salah satu daripada strategi musuh islam untuk melemahkan kekuatan Islam. Peristiwa Perang Salib dengan kemenangan umat Islam menjadi titik tolak ukuran kekuatan Islam. Kemenangan ini membuktikan bahawa Islam tidak akan hancur diperangi secara FIZIKAL.

Perang Salib tidak berakhir, hanya digantikan dengan Perang Dingin secara rahsia oleh musuh Islam

Senario ini dapat dilihat melalui kegagalan tentera Soviet Union (Rusia) dalam peristiwa pencerobohan ke atas Afghanistan dengan ledakan puluhan ribu bom dan peralatan perang. Namun, ia masih berdiri tegak hingga sekarang, sedangkan Soviet Union menjadi hancur ekoran tindakan beberapa negara naungannya bertindak menuntut kemerdekaan. Susulan daripada ketidakmampuan dan keengganan Soviet Union untuk menanggung hutang perang ketika menggempur atau mengebom Afghanistan maka tokoh Yahudi dan Nasrani telah merangka satu strategi ampuh dalam menghancurkan Islam melalui kaedah al-Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran/  Perang Saraf).

Kaedah Al-Ghazwul Fikri diaplikasikan di dalam media massa untuk menyerang jati diri dan ajaran Islam secara halus dan sistematik

Al-Ghazwul Fikri adalah sebuah teknik propaganda yang hebat digunapakai ke atas kebudayaan atau cara hidup masayarakat Islam samada melalui kaedah yang nyata atau halus. Merujuk kepada buku karangan Prof. Abdul Rahman H. Habanakah bertajuk “Metode Merosakkan Akhlak Dari Barat” menceritakan perihal al-Ghazwul Fikri. Ia diterapkan secara ILMIAH agar cara hidup dunia Islam berubah dari berpaksikan AGAMA kepada kebenaran LOGIK akal. Secara dasarnya ia tidak usah menukar agama. Sebaliknya biar ia tetap menjadi orang Islam tetapi akal fikirannya tidak lagi menyakini dan melaksanakan ajaran Islam.

Definisi Al-Ghazwul Fikri

Kalimah Al-Ghazwul Fikri terdiri daripada dua perkataan iaitu al-Ghazw dan al-Fikr. Al-Ghazw bermakna perang atau serangan. Manakala al-Fikr bermakna pemikiran (minda). Adapun makna kalimah ini dari segi Istilah adalah :

Definisi Umum :

“Satu gugusan usaha yang dilakukan oleh satu bangsa untuk menjajah bangsa yang lain atau mempengaruhinya sehingga mereka menghala ke arah yang sama.”

Definisi Khusus :

“Menggunakan segala cara selain bentuk ketenteraan yang dilakukan oleh Nasrani dan selain mereka daripada musuh-musuh Allah untuk menghapuskan mazahir kehidupan Islam dan mengubah kaum muslimin daripada berpegang dengan ajaran Islam aqidah dan suluk.”

Al-Ghazwul Fikri Menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah S.W.T telah pun menceritakan berkenaan al-Ghazwul Fikri ini dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :

Orang-orang Yahudi danNasrani TIDAK akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah S.W.T Itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah S.W.T tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Begitu juga di dalam hadis sahih dikeluarkan Al-Imam Al-Bukahri dalam Sahih beliau :

“Daripada Abu Said Al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu mengikutnya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani? Kata baginda: SIAPA lagi (jika buka mereka).”

Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan mengalah dalam mengatur strategi untuk menghancurkan agama Islam walaupun perlu menanti hingga akhir zaman

Sejarah Kedatangan Al-Ghazwul Fikri

Sejarah al-Ghazwul Fikri ini jika diteliti telah mula semenjak zaman Saidina Usman bin Affan R.A apabila Abdullah bin Saba’ seorang Nasrani-Yahudi berjaya memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan wujudnya Firqah Syiah yang terkenal memerintah Iran sekarang. Namun, pada masa dahulu serangan-serangan pemikiran ini dapat ditepis dengan mudah walau sejauh mana ia telah menular kerana umat Islam pada ketika itu mempunyai kekuasaan politik dan kekuatan ekonomi serta Tamadun Islam yang unggul.

Negara Barat menggunakan alasan “terrorism” atau keganasan untuk memerangi umat Islam secara global tanpa sempadan

Keadaan ini berubah sehinggalah runtuhnya empayar Turki Usmaniyyah hasil suntikan al-Ghazwul Fikri yang tepat ke jantung umat Nabi Muhammad S.A.W di mana racun ini dengan cepat merebak ke seluruh jasad umat Islam. Perdana Menteri Britain terdahulu (Gladison) telah menyebut bahawa : “Kamu tidak akan kekal di Mesir selagi Kitab ini (sambil memegang Al-Quran) berada di tangan bangsa Mesir”. Kesedaran bahawa Peperangan bersenjata GAGAL melumpuhkan umat Islam amat jelas dengan kekalahan golongan Nasrani di dalam Perang Salib. Begitu juga kemenangan kaum Muslimin ke atas bangsa Moghul yang kuat dan ganas.

Strategi Al-Ghazwul Fikri

Sekurang-kurangnya terdapat empat kaedah yang digunakan orang-orang kafir dalam mencapai sasaran al-Ghazwu Fikri. Ia bertujuan untuk menghilangkan ajaran Islam supaya ianya tidak berkembang. Empat kaedah ini telah diterangkan oleh Abu Ridha dalam buku karangannya bertajuk “Pengantar Memahami al-Ghazwul Fikri”. Beliau menyatakan dengan tegas bahawa al-Ghazwul Fikri merupakan sebahagian dari uslub qital (metode perang) yang bertujuan untuk memisahkan umat Islam dari ajaran agamanya.

Kaedah menghina Nabi Muhammad S.A.W, merendahkan imej ajaran Islam, menimbulkan kekeliruan al-Quran dan menyuburkan ideologi Barat adalah perangkap kepada umat Islam

PertamaTasykik iaitu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan kedangkalan (superficiality) aqidah umat Islam terhadap ajaran agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang (memperlecehkan) Al-Qur’an dan Hadits, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau berkempen bahawa hukum Islam tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup zaman sekarang.

Kedua – Tasywih iaitu gerakan yang berupaya menghilangkan kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya. Anologinya dengan memberikan gambaran Islam secara buruk sehingga timbul rasa rendah diri (inferiority) di kalangan umat Islam. Di sini, mereka melakukan penceritaan (naratif) negatif tentang agama Islam melalui media massa dan ceramah dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu kelihatan menyeramkan, kejam, sadis, radikal dan lain-lain istilah yang kurang menyenangkan pendengarnya.

Ketiga – Tadzwib iaitu usaha pencairan budaya dan pemikiran (dilution of culture and thought). Di sini, kuffar dan munafiqin telah mencampuradukkan antara hak dan batil di antara ajaran Islam dan bukan Islam. Sehingga umat Islam kekeliruan dan kebingungan untuk mendapatkan bimbingan atau pedoman hidup.

Keempat – Taghrib iaitu usaha pembaratan (westernization) dunia Islam dengan mengalak atau mendorong umat Islam untuk menerima pemikiran Barat dan budaya mereka seperti sekularisme, pluralisme, nasionalisme, dan liberalisme.

Kesimpulan

Secara terus terang, umat Islam perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa serangan al-Ghazwul Fikri melalui semua kaedah di atas telah berlaku semenjak berakhirnya Perang Salib hingga kini. Semua ini boleh dirasai dan terbukti melalui SIKAP dan SIFAT umat Islam sama ada melalui lisan, perbuatan atau amalan. Ia terbukti jika kita mengamati tingkah laku umat Islam masakini yang mempengaruhi ucapan, sikap dan perilaku mereka dalam meniti kehidupan seharian. AWAS! Jangan biarkan kita termakan dengan TIPU DAYA dan IDEOLOGI yang boleh menggugat keimanan kita. Kesan daripada serangan al-Ghazwul Fikri ini akan mengakibatkan umat Islam menjadi umat yang hina, mudah diperbodohkan, mendapat laknat dan dugaan Allah S.W.T, terjatuh dalam amalan syirik kepada Allah S.W.T, mendekatkan diri mereka kepada murtad dan azab dunia. Oleh itu, marilah kita membentengkan diri dengan keyakinan aqidah yang kuat serta menjadikan Al-Qur’an dan as-sunnah sebagai rujukan hukum dalam kehidupan kita, semoga Allah S.W.T menjauhkan kita dari keinginan-keinginan untuk mengingkari segala peraturanNya. Amiin….

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan dua perkara sebagai panduan kepada umat Islam untuk berpegang teguh agar kita tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan AS-SUNNAH

“Sila sebarkan risalah ini kepada saudara seagama kita yang dikasihi agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat kelak”

MEMOIR HAMKA – AWAS PEREBUTAN PENGARUH AGAMA DI NUSANTARA

Pendahuluan

Perang Salib merupakan detik permusuhan di antara dunia Barat dan Islam

Secara umumnya negara Barat dan Zending Kristian khasnya yang amat merasai ancaman ini. Mereka cemas dan risau kalau-kalau semua doktrin dan ajaran Kristian yang mereka semai atau tanamkan selama ini akan layu dengan kebangkitan Islam. Jika dahulu mereka ada “GODFATHER” dari Portugis, Belanda dan British untuk memberikan perlindungan, tapi sekarang semuanya berakhir. Oleh itu maka tidak hairanlah jika sekarang negara-negara Barat berlumba-lumba menghantar Zending dan memberikan bantuan secara “legal” atau “illegal” kepada penganut Kristian di sini atau sekitar Kepulauan Nusantara demi memastikan pengaruh Kristian terus subur. Kalau dahulu yang kita tahu hanya Portugis, Belanda dan British sahaja yang menjajah negara kita dengan membawa KONSEP 3G (God/Gold/Glory).

Serangan Hebat Zending Kristian

Namun kini, negara Amerika, Australia, Roma-Vatican, Perancis dan sekutu negara Barat yang lain juga giat menyerang MINDA dan JASAD umat Islam secara terang-terangan melalui NGO yang mempromosikan Kebajikan dan Kebebasan Hak Asasi Manusia. Serangan ini dijalankan bukanlah kerana kita telah TIDUR nyenyak, sebaliknya ia kerana kite telah BANGKIT. Kebangkitan kita telah mengoncang mereka dan menimbulkan kegerunan akan berlaku proses pengislaman di kalangan penganutnya.  

Kelas pengajaran harian yang dijadikan pusat menanam fahaman sekularisme oleh Zending

Dalam menghadapi ekspansi agama dari bangsa-bangsa Barat yang berasal dari keturunan pahlawan-pahlawan Perang Salib, keturunan Richard “Lion Heart”, Putera Baldwin, Frederick Barbarosa dan seangkatan dengannya. Kita (kaum Muslimin) sebagai penduduk jati tanahair di Nusantara ini telah memperkenalkan rukun-rukun kenegaraan seperti Rukun Pancasila (Indonesia) dan Rukun Negara (Malaysia) sebagai asas rujukan kehidupan dengan mengakui KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN YANG MASA ESA. Ia bertujuan untuk memaklumkan kepada negara asing secara SIMBOLIK bahawa kita menentang campur tangan negara asing di dalam soal KEAGAMAAN dan PENTADBIRAN negara kita.

Kebangkitan Islam Ditakuti Oleh Barat dan Komunis

Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-Dua, bahang kebangkitan dunia Islam mula dirasai oleh dunia barat khususnya dunia Kristian. Senario ini bukan sahaja menjadi ancaman kepada barat malahan ianya turut dibimbangi oleh dunia Komunis. Persoalan ini pernah dilontarkan oleh Mohammad Natsir (Perdana Menteri Indonesia Ke-5) di dalam salah satu pidatonya: “Kalau dunia Barat ditanya, manakah yang lebih merbahaya di antara Islam atau Komunisme?” Mereka secara spontan akan menjawab: “Islamlah yang lebih MERBAHAYA.” Ketakutan ini berlaku adalah disebabkan kebimbangan atau kegagalan mereka untuk menguasai dan merompak kekayaan hasil-mahsul alam semulajadi yang dimiliki oleh dunia Islam seperti minyak, emas dan lain-lain galian semulajadi. Dunia Barat mengetahui TANPA mendapat sokongan masyarakat dunia Islam, segala kekayaan ini tidak mungkin diperolehi dengan mudah. Oleh itu, dunia Barat cuba memperkenalkan DOKTRIN demokrasi, hak-hak asasi dan globalisasi sebagai SENJATA AMPOH menjajah pemikiran dan gaya hidup masyarakat Islam. Inilah yang dikatakan PENJAJAHAN ALAF BARU di mana segala tindakan berdasarkan kepada agenda NEW WORLD ORDER.

Gagasan “New World Order” yang dirancang oleh dunia Barat dalam menguasai geopolitik dunia

Kesimpulan

Orde Baru Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia  adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat. Ia juga merupakan penjajahan baru yang lebih licik dan merbahaya oleh Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam segenap aspek samada sosial, budaya, politik, ekonomi, media massa dan teknologi. Jika dunia Islam alpa dan tidak sensitif dalam mengekang Agenda Besar ini, nescaya satu bentuk PENJAJAHAN BARU akan berlaku bukan sahaja di Malaysia malah merangkumi Alam Nusantara. Justeru itu, marilah kita sama-sama rapatkan saf kepimpinan jemaah Islamiah di antara kita dan menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan ancaman ini.

Artikel terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/05/08/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-1/

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/06/03/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-2-tatacara-solat-versus-sembahyang/

MEMOIR HAMKA – PEMUDA ISLAM YANG DIUJI KEIMANANNYA OLEH ZENDING KRISTIAN – BAHAGIAN 2 : TATACARA SOLAT VERSUS SEMBAHYANG

Pendahuluan

Pada nukilan yang lalu, saya menceritakan perihal seorang pemuda Islam yang diuji keimanannya oleh Zending (Mubaligh) Kristian secara halus berkaitan persoalan KAABAH sebagai KIBLAT orang Islam. Adakah sama praktisnya seperti menyembah berhala. Jawapannya sudah semestinya TIDAK. Oleh itu, di dalam bahagian 2 ini, Prof. Dr. Hamka akan menceritakan sambungan perbincangannya dengan pemuda Islam yang terkeliru dan ragu-ragu terhadap amalan yang terdapat dalam solat.

Kaabah adalah Kiblat orang Islam di muka bumi

Ekoran daripada perbincangan terdahulu pemuda tersebut bersama Zending adalah berkisar tentang tatacara seorang Islam mengerjakan solat. Pihak Zending sengaja mengkritik tatacara bersolat dengan beberapa persoalan asas. Mengapa perlu rukuk? Mengapa perlu sujud? Mengapa perlu berwuduk? Mengapa solat ditentukan waktunya? Mereka membuat dakyah bahawa orang Islam hanya mementingkan gerak-geri badan sahaja, tidak mementingkan hati yang tunduk patuh kepada Allah S.W.T. Selain daripada itu, solat dalam agama Islam itu terlalu banyak, membuat hilang masa (waktu) sehingga lima kali sehari semalam. Jika bertemu dengan orang Islam yang fanatik; dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain, dia berani meninggalkan mesyuarat kerana waktu Maghrib telah datang.

Misi Menyerang Aqidah Orang Islam

Gerakan Kristianisasi semakin menular di kalangan orang Islam masa kini

Inilah modius operandi mereka; dengan kaedah menyerang AQIDAH dan IBADAT kita terlebih dahulu. Kita hanya diberikan kesempatan untuk bertahan dan mengemukakan hujah-hujah sokongan sebab-musabab solat kita begitu. Lebih membimbangkan kita ialah jika soalan ini dikemukakan kepada orang Islam yang tidak cukup pengetahuan asas agamanya. Nescaya kita akan “KALAH” sebelum berjuang dek kerana serangan mereka yang bertubi-tubi terhadap kita. Apa lagi kalau kita kekurangan ilmu tentang tatacara sembahyang orang Kristian. Tentunya orang Islam tadi akan “KALAH” dalam perdebatan tersebut. Kesan daripada kekalahan ini akan menimbulkan perasaan “INFERIORITY COMPLEX” (rendah diri). Taktik ini digunakan oleh Zending adalah bertujuan untuk menyembunyikan kelemahan mereka agar tidak diperdebatkan oleh orang Islam.

Aktiviti memurtadkan orang Islam di DUMC, Petaling Jaya

Tindakan ini merupakan MUSLIHAT jahat mereka dalam menggugat keimanan dan kepercayaan orang Islam. Jika tindakan ini bukan ditafsirkan sebagai PROPAGANDA. Maka apakah nawaitu mereka cuba mempengaruhi orang Islam yang telah ada agamanya di dalam HATI, patuh mengerjakan SOLAT dan berbudi pekerti sebagai orang ISLAM?

Perbezaan Amalan Dan Tatacara Sembahyang Orang Kristian

Sepatutnya mereka tidak wajar mengusik-ngusik hal solat orang Islam seperti orang Kristian yang telah mempunyai cara sembahyangnya. Kalau soalan ini diajukan kepada orang Islam yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam dengan persoalan mengapa orang Islam bersolat sedemikian? Sudah tentu dia akan bertanya pula kepada Zending (mereka);

“Mengapa orang Kristian mempunyai bermacam-macam tatacara bersembahyang? Mengapa terdapat perbezaan tatacara bersembahyang Katolik dan Protestan? Mana yang benar? Mengapa ada orang Kristian yang membawa tangan ke kening, ke dada kiri dan kanan sebagai tanda SALIB? Dan ada pula yang bersembahyang memperketupkan jari-jarinya? Bahkan ada yang bersembahyang dengan bermenung (bertafakur) satu jam lamaya, tidak bercakap-cakap (Cara sembahyang orang Quaker)? Manakah tatacara bersembahyang yang BENAR?”

Adakah logik akal apabila makan roti dan minum air anggur dikhayalkan seperti makan daging dan meminum darah Jesus.

Kekeliruan tentang agama Kristian ini boleh dilihat dengan NYATA semasa bersembahyang di dalam gereja di mana mereka dibagi-bagikan sepotong roti dan seteguk air anggur oleh biarawan atau biarawati. Lalu dikatakan oleh Paderi mereka bahawa ROTI itu adalah DAGING Jesus Kristus dan air ANGGUR itu adalah DARAHnya. Mereka diminta berkhayal (Ilusi) pada waktu roti dimakan dan air anggur diteguk, mereka hendaklah BERIKTIKAD dalam hati bahawa roti dan air anggur tersebut hendaklah diyakini benar-benar darah daging Jesus.

Iktikad ini telah dipertikai dan diperdebatkan dalam gereja Inggeris dengan hebat sampai menjadi bahan perbicaraan ke parlimen. Ini kerana ada yang berkata bahawa ROTI TETAP ROTI biasa. Hasil perdebatan tersebut berpandangan bahawa cuma ketika memakan dan meminumnya dikhayalkan saja dalam HATI bahawa ia adalah daging dan darah Jesus. Manakala bagi golongan fanatik tetap berkeras ianya perlulah diyakini betul-betul bahawa itu adalah daging dan darah Jesus.

Mengapa Solat Mesti Bahasa Arab

Perbualan Zending bersama pemuda Islam tersebut masih rancak diperdebatkan. Mereka bertanya lagi kepada pemuda ini yang tidak ada pengetahuan untuk menjawab pertanyaan;

“Mengapa solat mesti di dalam bahasa Arab?” Apakah orang Islam menyangka bahawa tuhan Allah S.W.T itu tidak pandai bahasa selain bahasa Arab? Padahal tidak ada orang Islam yang berfahaman bahawa tuhan Allah S.W.T tidak tahu segala bahasa penganutnya seramai 1.57 bilion orang Islam (2010) atau seorang daripada empat orang penduduk dunia ini tetap menggunakan BAHASA ASLI yang diajarkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.”

Sudah tentu orang Islam pula akan bertanya kepada mereka;

“Mengapa orang-orang Kristian sembahyang tidak menggunakan satu bahasa?” Katolik tetap mementingkan BAHASA LATIN seperti orang Islam mementingkan BAHASA ARAB? Sedangkan Protestan tidak! Ini kerana mereka tidak dapat memakai bahasa Injil yang asli kerana sampai sekarang Injil asli itu tidak ada lagi. Kini, Injil sediada adalah hasil cetakan salinan ke salinan hinggakan kita tidak dapat mencari asal-usul intipati perkataan tersebut.”

Kitab al-Quran kekal asli kandungan ayatnya dalam bahasa Arab sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W

Kalau mereka mempunyai Injil asli itu, sudah tentulah mereka akan lebih khusyuk bersembahyang. Ini kerana jika mereka mengucapkan bacaan-bacaan (doa) sembahyang, mereka akan lebih berkeyakinan sepertimana yang diajarkan oleh Isa al-Masih. Senario ini berlainan pula dengan orang Islam di mana Nabi Muhammad S.A.W. telah mengajar umatnya bersolat dengan bacaan-bacaan khusus di dalam satu bahasa hingga akhir zaman.

Doa Orang Islam Versus Doa Orang Kristian

Mereka bertanya lagi; “Mengapa orang Islam setiap kali bersolat akan membaca surah al-Fatihah?” Secara dasarnya setiap orang Islam merasakan kekhusyukan sewaktu mengerjakan solat dengan menggunakan bahasa Arab yang diajarkan oleh Rasullulah S.A.W. dari kalimat-kalimat yang terdapat di dalam al-Quran dan bukan dari lisannya sendiri.

“Salah satu doa solat orang Islam dalam surah al-Fatihah yang diucapkan ialah “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus!”

“Sedangkan orang Kristian pula berdoa dengan berkata; “Berilah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya.”

Surah al-Fatihah adalah ummul kitab

Manakah yang lebih BAIK dan lebih MENDALAM sesuatu permohonan di antara memohon petunjuk jalan yang lurus dalam kehidupan seharian atau memohon makanan untuk hari ini? Bolehkah secara sopan-santun agama kita menuduh orang Kristian hanya memikirkan PERUT saja? Sehingga sebahagian besar daripadanya menjadi KAPITALIS?

Kepelbagaian Tafsiran Injil Mengikut Bahasa

Jika kita menyemak naskah dan salinan-salinan lama atau salinan Injil dalam bahasa lain berkaitan makanan ialah dengan jelasnya menerangkan ROTI. Tetapi dalam salinan bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia ianya disebut sebagai MAKANAN. Tindakan ini adalah bukti penyalinan yang telah jauh dari makna aslinya kerana terjemahan asli perkataan ini memang sukar. Contohnya jika orang Indonesia atau Melayu memeluk Kristian, mereka tidak akan memahami bahawa ROTI adalah makanan utama yang mengenyangkan. Ini kerana bagi mereka (Masyarakat Nusantara), makanan ruginya ialah NASI. Sebab itulah diterjemahkan saja dengan perkataan MAKANAN.

Wuduk Dan Kebersihan Hati

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda tersebut maka Zending itupun bertanya;

“Mengapa orang Islam kalau mahu bersolat mesti berwuduk dahulu. Padahal kalau HATI sudah BERSIH, WUDUK itu tidak perlu lagi?”

Air suci lagi menyucikan. Ia merupakan medium penting dalam berwuduk

Menurut ajaran orang Kristian memang begitu konsepnya, asal HATI BERSIH, BADAN BERSIH, WUDUK atau bersuci tidak perlu lagi. Padahal iktikad ini adalah berlawanan dengan ajaran Nabi Isa yang mereka katakan “Tuhan Jesus” berkata bahawa mata adalah bayangan dari KEBERSIHAN HATI. Kalau mata terang, tandanya hati sanubari terang dan kalau mata gelap layu menandakan hati gelap dan jahat. Sebab itulah di antara zahir dan batin adalah saling mempengaruhi diri kita. Jika orang Islam sebelum solat membasuh mukanya dengan wuduk adalah pertanda hatinya yang mulai BERSIH.

Lazimnya, jika seorang Islam telah duduk di dalam masjid untuk mengerjakan solat jumaat, tiba-tiba semasa khatib membaca khutbah dia terbatal wuduknya, dia akan bergegas keluar untuk berwuduk kembali. Namun begitu senario ini agak melucukan kepada orang Kristian. Ini kerana semasa mereka (orang Kristian) mendengar pendeta membaca khutbah, jika tiba-tiba terasa hendak membuang air kecil. Dia akan segera keluar dari gereja. Tetapi sayanglah jika gereja di kampungnya tidak menyediakan tempat membuang air kecil, nescaya dia akan kencing di merata tempat sekitar gereja. Selepas itu dia akan terus masuk ke gereja dan terus kembali bersembahyang.

Berwuduk hendaklah dilakukan secara tertib dan teratur mengikut rukun wuduk

Sekarang mereka (Kristian) mencela orang Islam mesti membersihkan badan terlebih dahulu dengan berwuduk, barulah mengerjakan solat. Sedangkan dari kacamata orang Islam sekiranya mereka (orang Kristian) ketika solat terasa hendak buang air kecil atau buang air besar mereka keluar dan masuk ke gereja dan menyambung sembahyang itu lebih melucukan. Bagi mereka kehidupan orang beragama adalah hidup yang suci mengikut falsafah orang Kristian. Mereka berpandangan SUCI saja memang BAIK. Itulah cara Kristian. Biar seluar dalam bernajis, biarpun sedang haid. Itu tidak penting dan tidak dipedulikan asalkan HATI BERSIH.

Secara logik kita perlu berfikir adakah seseorang yang berakal akan menolak kalau orang Islam berpendirian bahawa hati SUCI, badan pun SUCI dan BERSIH; mata hati BERSIH, mata zahir pun BERSIH. Telinga BERSIH, pendengaran batin pun BERSIH. Keadaan ini dua kali ganda lebih baik daripada HATI BERSIH.

Kalau bukan kerana tujuan PROPAGANDA atau menanam KEBENCIAN semata-mata kepada orang Islam. Tindakan ini adalah tidak wajar dilakukan oleh orang Kristian dengan mencela perbuatan orang Islam berwuduk sebelum solat. Sepatutnya tindakan lucu orang Kristian yang keluar dan masuk gereja ketika sembahyang untuk membuang air tanpa bersuci dan menyambung kembali sembahyang perlu diejek. Tetapi semua ini tidak dilakukan oleh orang Islam kerana menghormati masing-masing penganut agama mempunyai tatacara tersendiri.

Kesimpulan

Walaupun agama Islam dianuti oleh berbagai ragam bangsa, beribu ragam suku dan beribu macam bahasa, namun tatacara bersolat orang Islam tetap SATU rukunnya dan SATU kiblatnya. Dalam agama Islam juga terdapat mazhab-mazhab seperti Sunni, Syi’ah dan Khawarij (terletak di Oman dan Muscat). Manakala dalam Mazhab Sunni terdapat Syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hambali. Namun begitu, ia tidak timbul cara, corak, kaifiyat (tatacara) dan RUKUN SOLAT yang berbeza melainkan semuanya hanyalah SATU.

Sepatutnya orang Kristian perlu menegakkan cita-cita Jesus dan seruannya. Ini disebabkan dia dianggap Tuhan oleh mereka melalui usaha menyatukan seluruh gereja di dunia ini seperti mana bersatunya solat orang Islam. Bukannya mereka mengganggu tatacara solat orang Islam dan memburukkannya di mata masyarakat. Padahal tatacara sembahyang mereka yang menjadi asas agama berbagai-bagai dan berpecah-belah.

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/05/08/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-1/

MEMOIR HAMKA – PEMUDA ISLAM YANG DIUJI KEIMANANNYA OLEH ZENDING KRISTIAN – BAHAGIAN 1 : KAABAH DAN KIBLAT

Pendahuluan

Secara umumnya di alam Nusantara kita, sudah jelas berlaku perebutan pengaruh agama sejak zaman penjajah sampai ke era zaman merdeka. Dengan berakhirnya penjajahan maka timbullah semangat baru umat Islam kerana nikmat merdeka. Lantaran tidak hairanlah pihak penjajah beragama Kristian seperti British, Belanda dan Portugis merasa terancam terhadap pengaruh mereka di alam Nusantara. Jika dahulu di zaman penjajahan, golongan ini diibaratkan sebagai ‘Anak Emas’ pemerintahan Kolonial. Tapi kini agama Islam telah diberikan kedudukan yang tinggi di negara Malaysia, Indonesia dan Brunai.

Eksplorasi dan penjajahan alam Nusantara telah dirancang sejak tahun 1511 oleh Barat

Kini, waktu dan zaman berlalu dengan pantas di mana ramai anak-anak Islam telah mendapat pendidikan hingga ke menara gading. Namun begitu terdapat segelintir umat Islam yang ALPA dan LALAI dalam meningkatkan kefahaman dan pengetahuan asas agama Islam sebagai cara hidup harian. Akibat kelemahan ini maka muncullah Zending (Mubaligh) Kristian untuk menggoncang, melemah dan menimbulkan keraguan umat Islam terhadap ajaran agamanya.

Taktik ampuh yang digunapakai adalah secara HALUS melalui sesi bertukar fikiran bersama golongan pemuda dan pemudi Islam dalam soal-soal ibadat atau kepercayaan. Sekiranya golongan tersebut rapuh dalam asas ajaran Islam maka amat mudahlah mereka ini diajak MURTAD dari agama Islam dan memeluk Kristian.

Prof. Dr. Hamka seorang tokoh Ilmuan Islam yang disegani

Justeru itu, pada coretan kali ini saya akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diceritakan oleh Prof. Dr. Hamka atau Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah di dalam hasil karya bukunya yang bertajuk  “Umat Islam Menghadapi Tentangan Kristianisasi dan Sekularisasi”. Intipati kandungan buku ini menceritakan perihal perbincangannya bersama seorang pemuda yang ingin mencari kebenaran tentang ajaran Islam. Pemuda ini telah diserang MINDA dan IMANnya secara di bawah sedar oleh Zeding secara sistematik. Marilah kita hayati coretan ini untuk dijadikan IKTIBAR kepada kita dalam melawan proses kristianisasi oleh mubaligh kristian.

Menyembah Kaabah

Kaabah berfungsi sebagai arah kiblat kepada umat Islam dalam mengerjakan solat

Pada suatu hari seorang doktor muda diajukan pertanyaan oleh seorang Zending Kristian: “Mengapa orang Islam dilarang menyembah berhala, pada hal orang Islam sendiri seluruhnya menyembah Kaabah, iaitu satu berhala besar yang didirikan oleh Muhammad di Mekah?” Bukankah hal ini bererti Muhammad melarang umatnya menyembah segala bentuk berhala? Sedangkan pada masa yang sama beliau sendiri memerintahkan umatnya menyembah Kaabah yang didirikan di tanah kelahirannya. Ini kerana beliau secara simbolik mahu menunjukkan setiap kali orang menyembah Kaabah bererti mereka memuliakan dirinya dan menjadikan seluruh dunia telah ditakluki oleh orang Arab?”

Oleh kerana doktor ini seorang yang cetek pengetahuan agama Islam maka beliau tidak dapat menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh propagandis Kristian itu. Sebab itulah mereka (Zending) datang dan bertanya kepadanya: “Betulkah orang Islam menyembah Kaabah?”  

Saya (Hamka) menerangkan bahawasanya kaum muslimin di seluruh dunia walau apapun anutan mazhabnya samada dia seorang Sunni atau dia seorang Syiah, mereka tidak sekali-kali pernah menerima ajaran bahawa kita menyembah, memuja dan beribadat kepada Kaabah. HARUS diingat Kaabah bukan Nabi Muhammad S.A.W yang mendirikannya. Ia dibina oleh Nabi Ibrahim iaitu nenek moyang dari nabi-nabi sejak Nabi Musa hinggalah ke Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mendirikan Kaabah sebagai PUSAT PERIBADATAN kepada umat yang mengakui bahawa Allah S.W.T adalah ESA.

Binaan Kaabah ini telah mengalami banyak perubahan bermula dari zaman nabi Adam hinggalah nabi Muhammad S.A.W.

Oleh kerana jarak masa di antara Nabi Ibrahim dengan Nabi Muhammad S.A.W adalah amat jauh maka orang Arab Jahiliyah telah membawa berbagai bentuk patung berhala dan menyandarkannya di sekeliling Kaabah itu. Setelah Nabi Muhammad S.A.W datang dan menguasai Mekah maka semua berhala tersebut telah diruntuhkan. Dan Kaabah telah ditetapkan sebagai KIBLAT. Ini bererti Kaabah akan dijadikan tempat MENGHADAP bukan tempat MENYEMBAH. Sekiranya ada di kalangan umat Islam yang menyembah dan memujanya maka KAFIRlah dia menurut hukum Islam. Dalil yang menerangkan Kaabah dan Masjidil Haram hanya untuk menghadapkan muka (wajah) telah dijelaskan di dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah : Ayat 144, 149 dan 150.

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 144)

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 149)

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar).”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 150)

Peringatan tentang peranan Kaabah sebagai kiblat bukan untuk disembah oleh orang Islam telah ditegaskan sekali lagi dengan jelas di dalam Surah Quraisy : Ayat 3.

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,”

Perbezaan Menyembah Dengan Menghadap

Lokasi Kaabah ini terletak di tengah-tengah garisan pusat bumi

Doktor itu bertanya lagi: “Apakah bezanya menyembah dengan menghadap?” Bagaimana doktor tidak tahu membezakan istilah MENYEMBAH dengan MENGHADAP? MENGHADAP adalah semata-mata menghadapkan muka (wajah) dengan perhatian (mata). MENYEMBAH dan memuja ialah perbuatan menghormati tempat itu, memohon kepadanya, meminta pertolongan, minta dilepaskan dari bahaya. Kadang-kadang dijalankan upacara korban untuknya sebagai sajian (jamuan).

Terdapat juga sesetengah kefahaman mengatakan bahawa meminta sesuatu itu hendaklah sendiri secara terus kepada Kaabah atau ia menjadi perantaraan buat menyampaikan permohonan kepada Allah S.W.T. AWAS! Jika perbuatan ini dilakukan maka ianya adalah SYIRIK dan dilarang dalam Islam. INGATlah bahawa Kaabah itu hanyalah batu-batu yang disusun, boleh diruntuh kalau banjir besar datang dan boleh dibangunkan semula jika mengalani kerosakan. 

Kristian Menyembah Patung

Patung Jesus dan Maryam disembah dan dipuja oleh penganut Kristian, walaupun mereka tahu ia hanya patung

Kini terbukti bahawa tidak ada seorang pun orang Islam atau Mazhab Islam yang mempunyai kepercayaan bahawa Kaabah itu disembah dan dipuja. Malah jauh sekali menganggapnya sebagi  TUHAN atau PERANTARA dengan tuhan untuk menolong dalam menyampaikan permintaan yang dimohonnya. 

Senario ini tidak berlaku dalam kepercayaan orang Kristian yang menganggap bahawa Jesus Kristus adalah Tuhan. Sebaliknya mereka percaya bahawa Jesus adalah gabungan dirinya sendiri bersama Ruhul Kudus dan Allah,  Allah Putera dan Allah Ruhul Kudus.

Kaabah itu tidak seperti patung-patung Jesus atau patung Maryam. Penganut Kristian memohon sesuatu kepada patung itu atau menggambarkan dalam ingatan (minda) bahawa patung itu seakan-akan memang Jesus atau memang Maryam. Begitulah juga terjadi halnya kalau penganut Kristian makan roti paskah dan minum anggur paskah (Easter). Mereka akan cuba menyakini bahawa roti itu betul-betul menjadi daging Jesus dan anggur itu juga betul-betul menjadi darah Jesus.

Awas diri anda, jangan sampai tersalah Kiblat

Saya pula menyambung perbincangan; “Cuba doktor perhatikan. Kalau doktor berkawan dengan seorang Katolik yang taat, doktor akan melihat patung Maria terdapat dalam biliknya. Dan bila beliau bersembahyang memohon sesuatu, dia akan memohon kepada patung tersebut. Ini kerana menurut beliau, MARIA adalah IBU TUHAN, sebab itu dia pun Tuhan.

Sedang orang Islam, bagaimana BODOH atau JAHIL tidak ada yang menyimpan patung KAABAH atau gambar KAABAH di dalam rumahnya untuk dipuja dan disembah. Misalnya ada seorang haji yang baru pulang dari Mekah membeli sebuah foto Kaabah lalu digantungkannya di dinding rumahnya. Di sepanjang foto itu digantung di rumahnya, beliau TIDAK pernah menghadapkan mukanya atau memuja foto tersebut di dalam rumahnya. Sekiranya perbuatan menyembah dan memuja foto ini dilakukan maka beliau telah menjadi KAFIR kerana MEMPERSEKUTUKAN Kaabah dengan Allah S.W.T.” Nau’zubillah himinzalik..

Kenapa Perlu Menghadap Kiblat

Ekoran daripada jawapan yang diberikan oleh saya agak sinis kepada pemuda tersebut maka beliau mengemukakan bantahan: “Mengapa tidak dibolehkan sahaja MENGHADAP KE MANA SUKA, kalau Kaabah bukan untuk diSEMBAH? Apa salahnya kalau kita menghadap ke mana kita suka sahaja? Padahal Tuhan itu ada di mana-mana? “Saya menjawab: “Tentang Tuhan di mana-mana, terdapat ayat-ayat al-Quran memperjelaskan tentang perintah berKIBLAT ke Kaabah itu sendiri berdasarkan kepada Firman berikut:

“Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 115)

Perbezaan bacaan dan cara sembahyang berlaku di antara mazhab Katolik dan Protestan. Di manakah erti kesatuan dan keharmonian beragama dalam Kristian?

Memang benar jika diteliti maksud ayat ini memang SAH bersolat ke mana saja pun kita menghadap. Tetapi ada SATU faktor lain di dalam Islam yang tidak ada di dalam agama lain terutamanya dalam agama Kristian yang saya rasa merekalah yang bertanggungjawab menanamkan perasaan WAS-WAS dan KERAGUAN di dalam hati doktor.

Saya mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan berkaitan sembahyang oleh penganut Kristian samada dari aspek bacaan sembahyangnya atau cara-cara mereka bersembahyang mengikut mazhab. Senario perbezaan ini sering kali menyebabkan berlaku satu mazhab mempertikai cara mazhab yang lain. Misalnya cara sembahyang Katolik berbeza  dengan Protestan. Manakala sembahyang Methodist berlainan pula dengan Adventist. Masing-masing bertelagah mengatakan bahawa gerejanyalah yang benar dan yang lain salah. Kini terdapat tidak kurang daripada 200 mazhab (sects) dalam agama Kristian.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan ini maka dapatlah kita simpulkan bahawa tiada masalah kaedah atau cara bersolat di dalam agama ISLAM. Ia terbukti UTUH melalui kesatuan dan keharmonian di kalangan penganutnya. Contohnya, dalam Islam hanya SATU corak bersolat, SATU bahasa yang dipakai dan SATU kiblat tempat kita menghadap serta SATU tujuan ibadat hanya kepada ALLAH S.W.T. Sebab itulah dalam Rukun Solat terdapat 13 perkara yang diterangkan dengan jelas. Di antara perkara asas yang dititik beratkan ialah rukun pertama memasang NIAT, rukun kedua menghadapkan muka ke arah KIBLAT. “Oleh itu, jika terdapat orang Islam yang bersolat sesuka hati menghadap ke mana dia suka, APAKAH DIA SALAH? Nescaya jadi SALAH kerana dia telah membuat aturan sendiri di luar daripada PEDOMAN yang diberikan oleh Rasullulah S.A.W yang mengajarkan bahawa orang Islam seluruh dunia adalah SATU.

SATU Tuhannya iaitu ALLAH S.W.T.,

SATU pedomannya iaitu Al-Quran dan

SATU pimpinannya iaitu Nabi Muhammad S.A.W…..

  

RAHSIA DI SEBALIK 14 FEBRUARI – VALENTINE’S DAY

Pendahuluan

Katakan tidak kepada Valentine’s Day

Hari Saint Valentine, atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih, ialah satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang “Christian Martyr” purba yang bernama Saint Valentine. Ia diasaskan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwin Saint Rom oleh Pope Paul VI pada tahun 1969. Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.

Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah bentuk hati, burung merbuk, dan dewa Cupid yang bersayap. Semenjak abad ke-19, surat cinta Valentine yang bertulisan tangan membuka laluan kepad kad ucapan yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Valentine Day wajar dikawal agar ianya tidak mempengaruhi umat Islam

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Bunga mawar menjadi simbolik kepada sambutan Valentine’s Day

Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun. Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.

Mengapa Mawar Merah

Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus (dewi cinta). Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.

Perayaan ini sangat popular di kalangan pasangan muda-mudi dan remaja yang sedang mabuk dibuai cinta

Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk “The Languange of Flowers”, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.

Asal-Usul Valentine’s Day

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya seperti berikut :

Juno merupakan dewi kewanitaan

  • Pendapat Pertama
    • Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (ratu dewa-dewa dan dewi-dewi Rom). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
  • Pendapat Kedua
    • Ianya merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Ratu Isabella merupakan individu yang membantu kejatuhan Empayar Islam di Sepanyol

  • Pendapat Ketiga
    • Hari sambutan Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri. 
  • Pendapat Keempat
    • Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer (1343 – 25 Oktober 1400), seorang penyair Inggeris di dalam puisi klasiknya yang bertajuk “Parlement Foules” (1382) berkaitan Burung cinta Chaucer (Chaucer’s love birds) yang mengaitkan Hari Valentine dengan cinta asmara ialah :
      • “For this was on seynt Volantynys day, Whan euery bryd comyth there to chese his make. “

    • “Untuk ini adalah Hari Saint Valentine, apabila setiap datang burung di sana untuk memilih pasangannya.”

      Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat

      Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat

      Puisi ini telah ditulis oleh beliau untuk meraikan ulang tahun pertama pertunangan King Richard II dari England Anne di Bohemia. Perjanjian yang membenarkan perkahwinan mereka ditandatangani pada 2 Mei 1381. (Sewaktu mereka berkahwin lapan bulan kemudian, mereka berdua hanya berusia 15 tahun).

    • Tanpa ragu-ragu, para pembaca menganggap bahawa Chaucer memaksudkan 14 Februari sebagai Hari Valentine. Persepsi ini adalah salah dan tidak benar. ini kerana pada pertengahan bulan Februari adalah masa yang tidak mungkin sesuai bagi burung-burung untuk mengawan di England. Pendapat ini telah diketengahkan oleh Henry Ansgar Kelly (1986) dalam bukunyaChaucer and the Cult of Saint Valentine” yang menegaskan bahawa mengikut “liturgical calendar”, 2 Mei ialah hari perayaan Saint Valentine dari Genoa. Ia merujuk kepada seorang biskop purba Genoa bernama St. Valentine yang meninggal dunia sekitar tahun 307 M. Ini bermakna Chaucer telah cuba mendoktrinkan satu tradisi di minda masyarakat yang menghubungkaitkan sambutan Hari Valentine merujuk kepada musim mengawan burung dengan mengambil asas kepada peristiwa memperingati Saint Valentine dari Genoa.

Sorotan sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Valentine’s Day Menurut Perspektif Islam

Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah S.A.W. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. itu bagi mencarinya. Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.

Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.

Mesej ini perlu disebarkan secara istiqomah kepada umat Islam

Fatwa Haram Menyambut Perayaan Valentine’s Day

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam MENOLAK konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal MELARANG umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. :

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah S.A.W. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ia adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang menfatwakan bahawa adalah HARAM kepada umat Islam menyambut Perayaan Valentine’s Day di atas sebab-sebab berikut :

Vodpod videos no longer available.

 

Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day

  1. Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
  2. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
  3. Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
  4. “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
  5. Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

Kesimpulan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(Surah al-Kafirun : Ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebarkanlah mesej Anti Valentine’s Day demi aqidah dan kesejahteraan umat Islam

Bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.

Pihak media massa perlulah PEKA dan SENSITIF terhadap FATWA yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dengan mengHARAMkan semua bentuk IKLAN, PROMOSI dan PUBLISITI berkaitan sambutan Perayaan Valentine’s Day di dalam semua siaran TV dan Telco. Manakala kita sebagai umat Islam mestilah menanam AZAM dan TEKAD untuk membuang semua amalan ini dari MINDA kita agar ianya mendapat KEBERKATAN daripada Allah S.W.T. Insya’Allah….. SEBARKAN MESEJ INI DI KALANGAN KELUARGA, SAHABAT DAN KENALAN……..

Sumber Rujukan :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

 

HIKMAH DI SEBALIK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pendahuluan

Selami dan jiwailah sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.

Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1433 Hijrah pada 5 Februari 2012 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Tokoh Agung Sepanjang Zaman

Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T

Apabila ditanya siapakah yang disifatkan sebagai tokoh agung yang berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia, rata-rata akan memberi jawapan yang bersifat pelbagai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah mereka susun dan merasakan sesuai untuk dipenuhi oleh calon yang dinobatkan dengan gelaran sedemikian. Sesetengah bagi kita memilih golongan pemimpin politik atau ketua negara, atau mungkin seorang saintis dan mungkin juga sasterawan malah artis sebagai tokoh yang layak diberikan gelaran sedemikian.

Bagi seorang Muslim, tidak dapat kita tolak kenyataan bahawa tiada tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah perkembangan manusia dulu, kini dan masa hadapan melainkan seorang yang bernama Muhammad bin Abdullah, seorang Rasul dan kekasih pilihan Allah S.W.T. Atas dasar cinta yang mendalam oleh kaum Muslimin, hikmah dan rahsia kelahiran baginda di bumi Mekah terus digali dan diselidiki bukan kerana rasa sangsi atas keperibadian agung ini tetapi atas rasa ingin mendekatkan diri kepada kebenaran.

Maqam Rasullullah di dalam Masjid Narbawi, Madinah

Makam Nabi Muhammad S.A.W di dalam Masjid an-Nabawi, Madinah

Hakikatnya, jawapan sebenar terpilihnya Rasullullah sebagai pembimbing umat manusia adalah rahsia milik Allah (Surah Hud : Ayat 123). Para ulama dan pengkaji fiqh sirah telah mengkaji hikmah di sebalik kelahiran Rasulullah yang menjadi kejutan kepada golongan Yahudi yang selama ini menganggap kehadiran para Nabi hanya di kalangan kaum mereka sahaja. Mekah mempunyai keunikannya tersendiri. Meskipun didiami oleh kelompok-kelompok bangsa Arab yang hidup secara kabilah dan mengamalkan konsep assabiyah, namun di sebalik kehidupan gelap Jahiliyah, masih ada nilai-nilai murni yang terus dipegang erat sebagai tradisi kehidupan.

Hikmah Maulidur Rasul

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul

Terdapat segelintir umat Islam yang keliru apabila kita bertanyakan apakah kaitannya Maulidur Rasul dengan ajaran Islam. Ada yang memberikan pandangan sinis yang menggambarkan seolah-olah ialah satu perayaan keagamaan dan perarakan di kawasan sekitar masjid atau di stadium. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang berpendapat ianya sekadar hari untuk mendengar syarahan agama atau majlis perjumpaan sesama umat Islam. Namun begitu, ada juga di kalangan cerdik pandai Islam berfahaman WAHABI bertegas untuk melarang umat Islam mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap oleh puak Wahabi sebagai BIDAAH dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.  Inikah JIWA dan IMAN seorang umat Islam?

Jesteru itu, marilah kita sama-sama berlapang DADA dan membuka MINDA untuk menghayati apakah hikmah yang tersirat dan tersurat dalam kita merayakan sambutan Maulidur Rasul. Di antara hikmahnya ialah :

1.   Nilai-Nilai Murni

  • Keunikan bangsa Arab dapat dilihat daripada sikap mereka yang amat menyanjungi karya-karya sastera khususnya syair-syair. Daya ingatan mereka yang kuat dalam menghafal syair-syair Arab serta mengingati susur galur keturunan dalam kabilah adalah kelebihan yang dimiliki. Tambahan lagi keberanian mereka telah terbukti melalui persengketaan antara kabilah sehingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.
  • Sehinggalah kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat ini diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. Jiwa-jiwa mereka telah disatukan malah gambaran kehidupan jahiliyah turut dikhabarkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”

(Surah Ali-Imran : Ayat 103)

  • Demikianlah Allah S.W.T menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Maka lahirlah golongan huffaz yakni penghafaz-penghafaz al-Quran di kalangan mereka dan mereka adalah golongan yang diamanahkan untuk memelihara kesucian dan keharmonian kitab Allah S.W.T seperti mana para sahabatnya. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Orang-orang yang mulia di kalangan umatku ialah penghafaz al-Quran. “

(Riwayat al-Tirmizi)

  • Keberanian mereka disalurkan kepada jalan yang lebih baik iaitu dengan tertegaknya konsep jihad, iaitu mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah S.W.T, keredaan dan rahmat-Nya dengan mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan pelbagai cara sama ada alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
  • Jika dahulu mereka berperang kerana ingin mempertahankan kabilah, sebaliknya konsep peperangan yang dididik oleh baginda telah diikuti oleh mereka untuk mempertahankan ajaran Islam daripada dicerobohi serta memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan. Sejarah Islam mencatatkan ketika peperangan Yamamah. Tentera-tentera Islam yang ikut serta dalam peperangan ini, kebanyakan terdiri daripada para sahabat dan para panghafal al-Quran. Dalam peperangan ini telah gugur 70 orang penghafal al-Quran.
  • Bahkan sebelum itu gugur hampir sebanyak itu juga penghafal al-Quran di mana Nabi pada suatu pertempuran di Bir Maunah berhampiran kota Madinah. Ini membuktikan kejayaan Rasulullah mengalihkan pandangan dan jiwa mereka kepada mempertahankan sesuatu yang hak dan menolak kebatilan. Malah, bangsa yang dahulunya tidak mendapat tempat dalam usaha peluasan empayar Persia dan Rom memberi kejutan yang besar dan menggugat golongan raja-raja dan pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya ketika itu. Ini diakui oleh Maharaja Heracilus apabila menerima sepucuk surat dari Rasulullah agar beliau adil terhadap rakyat dan menerima Islam sebagai cara hidupnya

2.   Kesucian Bumi Mekah

  • Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut. Perpaduan begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahaya kebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan al-Quran dan sunah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu.

3.   Nabi Akhir Zaman

  • Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada para Nabi sebelumnya tentang kehadiran Nabi terakhir yang akan membawa mesej Islam kembali untuk umat akhir zaman. Nabi Musa dan Nabi Isa A.S adalah di antara nabi-nabi ulul azmi yang telah diberikan pengkhabaran tersebut. Perkara ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:

“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: “Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad.” Maka ketika dia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”

(Surah as-Saff : Ayat 6)

4.   Doa Nabi Ibrahim A.S

  • Hikmah dan rahsia di sebalik kelahiran Rasulullah di bumi Mekah juga adalah kerana makbulnya doa Nabi Ibrahim A.S yang memohon agar keturunannya turut diberikan kepada mereka golongan nabi dan rasul. Permintaan ini telah dipenuhi-Nya dengan kelahiran nabi dari keturunan Ismail A.S.

“Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: (Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan). Allah berfirman: (Permohonanmu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Baqarah : Ayat 124)

Kesimpulan

Nabi Muhammad S.A.W telah disenaraikan sebagai tokoh paling berpengaruh dalam dunia di dalam buku "The Hundred"

Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.W disenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut:  

“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan dan duniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai. “

(The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)

Malah pengkritik Islam, George Bernand Shaw mengatakan: “Saya telah mengkaji beliau, seorang tokoh yang hebat. Jauh sekali untuk mengatakan beliau seorang anti-Christ tetapi layak dipanggil penyelamat kemanusiaan (The Genuine of Islam). Sudah masa untuk kita berfikir sejenak, siapakah individu unggul sebagai ikutan dan contoh kehidupan. Beliau dikagumi oleh lawan dan dicintai oleh para sahabat. Kelahiran Rasulullah di bulan Rabiul Awal adalah MESEJ yang perlu diingati tidak sekadar sebagai bahan sejarah tetapi menjadi ikutan buat setiap insan.

“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

(Surah al-Qalam : Ayat 4)

Senarai nama tokoh-tokoh berpengaruh di dunia

Berpandukan kepada pengiktirafan di atas terhadap Nabi Muhammad S.A.W berkaitan personaliti dan cara hidupnya maka apa salahnya kita sebagai umat Islam turut sama berbangga dan menjadikan beliau sebagai IDOLA kita di sepanjang waktu dan ketika. SEBARKANLAH maklumat ini untuk dikongsikan bersama demi menyemarakkan lagi kasih KASIH dan SAYANG terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Vodpod videos no longer available.