RAHSIA DI SEBALIK SIMBOL PAPAL TIARA DI DALAM PERMAINAN CATUR

Permainan catur amat mencabar daya kreativiti

Pengenalan

Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain. Permainan ini telah mengalami transformasi secara berterusan bermula dari tempat asalnya di India hinggalah ke Eropah bermula separuh abad kedua pada abad yang ke-15. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Japan, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.

Catur dimainkan pada papan bersaiz 8×8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 buah catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak (pawn), dua satria (knight), dua gajah (bishop), dua tir (rook), satu menteri (queen)  dan satu raja (king). Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.

Kini permainan catur adalah permainan yang paling popular di dunia. Ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu ”seni mempertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda”.

Chaturanga merupakan salah satu daripada permainan catur terawal ditemui di India

Sejarah Permainan Catur

Permainan catur menurut Wikipedia pertama kali ditemui di Parsi dan Arab. Perkataan ‘chess’ itu sendiri berasal dari ‘Chaturanga,’ perkataan yang dalam bahasa Sanskrit bermaksud ’empat bahagian tentera’. Nama itu sendiri datang daripada pembentukan pertempuran dalam epik Mahabharata yang terkenal di India. Chaturanga adalah permainan simulasi perang untuk menunjukkan kuasa strategi tentera India pada masa itu. Kini, Chaturanga telah tersebar di seluruh dunia dengan pelbagai varian permainan sampai kemudian kita tahu ia seperti permainan sekarang.

Permainan ini pada mulanya merebak ke Timur Jauh dan India, dan menjadi salah satu pengajaran masyarakat Parsi dalam keluarga diraja dan golongan bangsawan. Pemimpin agama Buddha, pedagang yang merentasi di Jalan Sutera mula memperkenalkan papan catur untuk permainan ini. Kemasukan Chaturanga ke Eropah melalui Parsi Kerajaan Byzantine, dan merebak ke Empayar Arab. Selepas itu orang Muslim membawa permainan catur ini ke Afrika Utara, Sicily dan Sepanyol pada abad ke-10.

Permainan ini telah menjadi popular di Eropah. Dan, di akhir abad ke-15, permainan ini terlepas dari senarai permainan yang dilarang Gereja. Dalam zaman moden banyak terdapat bahan rujukan buku-buku catur, maka menggunakan jam catur, dan beberapa peraturan permainan dan pemain yang hebat.

Kristianisasi Dalam Permainan Catur

Catur dijadikan permainan khusus kepada golongan bangsawan di Eropah

Secara kebiasaannya apabila orang Islam membeli permainan catur, kita akan mematahkan simbol salib pada buah “King”. Simbol ini dipatahkan adalah bertujuan untuk tidak mahu menonjolkan imej dan identiti kristian terhadap permainan tersebut. Namun begitu, kita hampir terlupa bahawa terdapat satu buah catur lagi yang perlu dipatahkan oleh kita sebelum memulakan permainan iaitu buah “Bishop”.

Di dalam permainan catur, buah “Bishop” hanya boleh digerakkan secara 45 darjah dari kedudukannya. Walaupun ia boleh bergerak ke atas dan ke bawah sahaja tetapi pergerakkannya mestilah pada kadar 45 darjah daripada tempat asal. Buah “Bishop” juga merupakan buah yang setaraf dengan buah “King” atau “Queen” pada bahagian bawah sekali dan jika pemainnya seorang yang mahir, ia berupaya menjadi perangkap kepada buah “King” bagi melakukan langkah “Checkmate”.

Permainan catur mula memasuki Eropah melalui Parsi semasa penyebaran pengaruh Empayar Byzantine dan pengembangan Empayar Arab. Permainan ini dianggap dikaitkan dengan kehormatan dan kebudayaan tinggi, sehingga beberapa papan catur dibuat dari bahan istimewa dan berharga tinggi.

Medan latihan minda oleh pemikir ketenteraan dan kerabat diraja

Oleh kerana permainan ini dikaitkan dengan nilai sosial yang tinggi maka Peter Alfonsi (Petrus Alphonsi) iaitu seorang penulis, ahli astronomi Yahudi Sepanyol dan polemicist beragama Kristian. Beliau telah menggabungkan catur kepada tujuh kemahiran yang mesti dimiliki oleh seorang pahlawan (kesatri) di Clericalis Disciplina miliknya. 

Susulan daripada tindakan tersebut, timbul cadangan untuk menggunakan simbol-simbol dan pegawai-pegawai tentera di dalam permainan catur. Ia diikuti dengan penggunaan simbol raja dan permaisuri di dalam permainan ini. Senario ini berlaku disebabkan oleh minat raja-raja di Eropah terhadap permainan catur. Contohnya Raja Henry I, Raja Henry II dan Raja Richard I dari England adalah penaung permainan catur. Minat ini bukan sahaja kepada raja-raja di England malah tersebar di dalam pemerintahan Raja Alfonso X (Sepanyol) dan Raja Ivan IV (Rusia).

Penggunaan simbol raja, pahlawan dan keagamaan dalam permainan catur

Apabila gereja mengeluarkan larangan terhadap pelbagai permainan dalam masyarakat, catur terlepas dari disenarai hitamkan. Walaupun St. Peter Damian mengumumkan permainan ini akan mengekalkan kesan-kesan buruk kepada masyarakat. Tetapi ianya disanggah oleh Bishop Florence yang mempertahankan permainan ini kerana ia melibatkan kemahiran dan “bukan seperti permainan lain.” Ekoran daripada tindakan Bishop Florence mempertahankan permainan ini daripada disenarai hitamkan oleh pihak gereja, buah catur (gajah) telah dinamakan sebagai “BISHOP bersempena kedudukan jawatannya untuk diabadikan sumbangannya di dalam lipatan sejarah kewujudan catur di Eropah. Akhirnya dalam abad ke-12, anak catur mula kekal, untuk menjadi raja (raja), ratu (queen), gajah (biskop), kuda (kesatria) dan istana (Rooks). Bidak (Pawn) telah mula dihubungkan dengan infantri.

Pope Benedict xvi memakai Papal Tiara semasa mengetuai upacara keagamaan Kristian

Papal Tiara

Jika kita melihat buah “Bishop” pada bahagian kepala atau atasnya, kita akan melihat simbol Pope secara abstrak. Ini kerana jika diamati pada bahagian kepala buah “Bishop” tersebut, kita akan mendapati buah “BISHOP” ini sebenarnya adalah simbolik kepada topi yang dipakai oleh Pope ketika upacara-upacara keagamaan Kristian. Di dalam agama Kristian Katholik, topi yang digunakan oleh Pope dikenali sebagai Papal Tiara.

Papal Tiara juga dikenali sebagai Triple Tiara atau dalam bahasa Latin sebagai ‘Triregnum’, dalam bahasa Itali sebagai ‘Triregno’ dan sebagai ‘Trirègne’ dalam bahasa Perancis yang merupakan sebuah mahkota bertatah hiasan permata tiga tingkat. Kononnya berasal dari Byzantine dan Parsi yang merupakan simbol terkenal Pope (prominent symbol of the papacy).

Permainan Catur Dari Perspektif Islam

Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh pendakwah Kristian (seperti Answering Islam) yang membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan Islam mengharamkan permainan catur.

Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi.

Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan (sama seperti dadu) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).

Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin Umrah, dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan catur. Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran dan strategi.

Pandangan Mazhab Terhadap Permainan Catur

Permainan catur adalah sejenis permainan klasik yang masih lagi popular sehingga ke hari ini. Adakah permainan catur suatu bentuk perjudian? Sekiranya permainan catur ini disertakan dengan pertaruhan wang atau hartabenda, semua fuqaha’ bersetuju bahawa ia adalah judi dan hukumnya adalah HARAM. Sebaliknya, ulama’ berselisih pendapat mengenai permainan catur yang tiada sebarang pertaruhan wang. Pendapat di dalam empat mazhab adalah seperti berikut:

  • Hanafi : tidak dibenarkan, yakni haram.
  • Maliki :  tidak dibenarkan, yakni haram.
  • Shafie : ianya makruh, bukannya haram; dengan syarat permainan tersebut tidak melengahkan dari solat pada waktunya, tiada pertaruhan wang, dan tidak bercakap perkara yang buruk dan keji.
  • Hanbali : catur sama seperti nard (sejenis permainan berpapan seperti catur yang menggunakan buah dadu sebagai taruhan nasib) dari segi hukum yakni haram, walaupun nas yang jelas adalah tentang nard sahaja. Hukum catur dikiaskan kepada hukum nard.

Pandangan Jumhur Ulama

Jumhur ulama’ yang mengharamkan catur menyandarkan hujjah mereka kepada umum ayat 90-91 dari Surah al-Maidah mengenai pengharaman arak dan judi dengan alasan catur boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah dan boleh menyebabkan permusuhan sesama pemainnya. Terdapat juga beberapa hadith dan athar yang dikemukakan untuk menyokong hujjah jumhur, namun kebanyakan dari hadith ini adalah lemah. Jumhur juga menggunakan kaedah qiyas terhadap pengharaman nard, dari segi melalaikan dan boleh membawa kepada pertaruhan dan permusuhan. Namun begitu An Nawawi mempersoalkan ketepatan kaedah qiyas dalam hal ini kerana beliau berhujjah bahawa catur berbeza dari nard kerana catur banyak bersandarkan pemikiran, pengiraan dan penilaian; sedangkan nard bersandarkan kepada nasib semata-mata.

Pandangan Ulama Muktabar

Wajah seorang ulama dan pemikir Islam tersohor

Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya.

Namun tentang kebolehannya ini dipersyaratkan dengan tiga syarat:

  1. Tidak boleh menunda-nunda sembahyang (leka), sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
  2. Tidak boleh dicampuri perjudian atau wang pertaruhan.
  3. Ketika bermain, lidah harus dijaga dari bercakap kotor, cabul dan menghina pemain.

Kesimpulan

Walaupun begitu, penggunaan simbol-simbol catur yang menyerupai unsur-unsur Kristian oleh umat Islam tidaklah sampai ke tahap jatuh AQIDAH. Jesteru itu, tindakan mematah-matah unsur Kristian pada buah catur adalah usaha diri kita sendiri di dalam membuktikan sifat sensitif umat Islam terhadap persekitaran sosial. Namun begitu, kita sebagai umat Islam perlulah peka dan mengambil pendekatan berwaspada agar kita tidak terlalu teruja dengan dakyah-dakyah pihak tertentu yang memutarbelit fakta berkaitan catur. Jadikanlah segala pandangan dan huraian para ulama sebagai panduan hidup kita. Sebarkanlah maklumat ini untuk pedoman kita bersama…

Sumber Rujukan :

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/40346.html

http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/05/kertas_drengku.pdf

Vodpod videos no longer available.

The Papal Tiara, posted with vodpod

ADAKAH TUDUNG BIARAWATI KRISTIAN MENYERUPAI MUSLIMAH?

Pendahuluan

Siapakah aku?

Pada kali ini isu semasa yang akan diketengahkan adalah berkaitan pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Polemik berkaitan adakah tudung wanita muslim menyerupai biarawati kristian menjadi topik yang hangat sejak kebelakangan ini. Untuk merungkai misteri terhadap persoalan ini, saya himpunkan catatan dan nukilan ulamak-ulamak terkenal yang memperjelaskan isu ini agar ia sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit ilmu pengetahuan kepada kita. Selain daripada itu, himpunan garis panduan dan syariat Islam juga turut diketengahkan agar dapat kita memahami keindahan SURUHAN Allah S.W.T kepada umat Islam.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Trend Masakini

Pemakaian tudung yang sempurna menonjolkan seri wajah muslimah yang lebih anggun

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Sejarah Tudung

Jenis pemakaian tudung mengikut kepelbagaian agama

Dengan   berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di   kalangan umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka   berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut   budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara   berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.

Corak serangan MINDA dan GAYA kehidupan telah dirancang oleh musuh-musuh ISLAM melalui NGO’s yang berpaksikan KEBEBASAN HAK ASASI MANUSIA. Berselindung demi AGENDA jahat mereka yang tidak kenal erti penat dan rasa jemu untuk merosakkan AKIDAH dan pegangan umat Islam. Kita perlu bangkit dan membangun bersama semua umat Islam untuk bersatu menepis dakyah-dakyah dan muslihat mereka dari mencengkam minda dan jiwa kita.

Jangan meniru amalan agama lain

Perbezaan kaedah pemakaian tudung dan tata rias di antara biarawati dan muslimah

Mengenai penyerupaan/ peniruan kepada orang kafir, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda; “Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut “ (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/ penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang KHUSUS bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan identiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya.

Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/ keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/ kesamaan secara UMUM atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Cara membezakan pemakaian tudung

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus dalam kehidupan seharian maka di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan oleh ulamak ;

  1. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya (Faidhul-Qadier, 6/104).
  2. “Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama(Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
  3. “Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka” (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
  4. “Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/ menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuatu yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain” (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).
  5. Merujuk kepada persoalan UTAMA di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Kristian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah S.W.T.

Tudung dan Syariat

Kategori pemakaian tudung yang diamalkan oleh wanita Islam

Isu   tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan  soal  etika berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama  yang  WAJIB dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam  permulaan  Surah Al Baqarah ayat 256  yang bermaksud “Tiada paksaan dalam  agama..…”  sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah  bertudung telah  melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada  paksaan dalam  menganut agama Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah  ajaran hidup  yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada  menjalankan  peritah Allah S.W.T secara keseluruhannya sebagaimana firmanNYA dalam surah  yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat  208 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!   Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu  ikuti  langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu.”

Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah S.W.T dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:

“Dan   katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat   pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara   kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka   kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan   leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan   perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka;”

Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat

Al   Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau   tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus   digunakan oleh wanita Muslim. Namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:

  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
  4. Tidak   dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan   orang lain dan menarik perhatian;
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri,
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki .

Kesimpulan

Pemakaian   tudung adalah suatu kewajiban syarak. Ia bukanlah isu pilihan peribadi   dan mengenai hak asasi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang   terpesong. Tudung juga tidak boleh dianggap sebagai adat budaya   orang Melayu sahaja dalam konteks Malaysia ini. Orang Melayu dulu memakainya kerana agama Islam yang mereka anuti. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syaraknya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperbetul dan diperhebatkan.

Ini   adalah perlu sebab ramai antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia   tidak difahamkan dengan jelas, samada oleh individu di sekelilingnya,   masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentang kewajiban mengenakan   tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syarak. Dengan   pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syarak dalam   penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat   tinggi dalam masyarakat, tegur-menegur atas kebaikan, khususnya dalam isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat yang betul akan berleluasa dan rahmat Islam akan menyelubungi seluruh umat.

 

RAHSIA DI SEBALIK SIMBOL BULAN SABIT DAN BINTANG

Adakah simbol bulan sabit dan bintang hak eksklusif umat Islam

Pendahuluan

Bagaimana umat Islam sebenarnya disihir? Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!

Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)

Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniyyah

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera Kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. maka simbol bulan sabit digunakan sebagai METOPHORA untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Sebelah hujung yang satu menunjukkan Benua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakala lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Dewi Artemis merupakan simbol bulan sabit bagi kaum Nasrani

Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God). Sabda Rasullulah S.A.W :

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang

Dewa

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri. Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine. Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.

Jacques De Molay

Lagenda Jaques De Molay

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir  iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312.

Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason

Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untuk membuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagai LAGENDA kepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDA umat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agama ISLAM. Jika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR. Na’uzubillahi min zalik……

Peranan Umat Islam

Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu FATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Kemunculan Dajjal akan menguasai dunia dengan tipu daya yang nyata

Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDA dalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianya REMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL

Ingatlah bahawa;

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata:

” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.

(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)

Kesimpulan

Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAM yang melarang perkataan ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM

Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.

Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI  dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESA. Marilah kita sama-sama SEBARkan MESEJ ini agar kita tidak lagi asyik-masyuk TIDUR DIBUAI MIMPI PALSU…….

Kejahilan dan kenaifan umat Islam terbukti pada bendera rasmi negara di mana simbol bulan sabit dan bintang dijadikan sebagai simbol IKON NEGARA

“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”

 (Surah Yusuf : Ayat 106)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

(Surah Yusuf : Ayat 108)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 120)

RAHSIA DI SEBALIK PRODUK MINUMAN COCA-COLA

Apakah ramuan rahsia Coke

Pendahuluan

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.

Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.

Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa. Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Resipi Merchandise 7X Flovaring

Ramuan Rahsia Coca-Cola “Merchandise 7X Flavoring”

Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri. Mesteri ini hanya terjawab apabila sebuah gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton’s yang disiarkan oleh Atlanta Journal – Constitution pada 8 Februari 1979. Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”. Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut. Merujuk kepada petikan sumber di dalam artikal bertajuk “Original Recipe” yang diterbitkan oleh This American Life menceritakan maklumat berikut:

“Kami tidak mendakwa bahawa kita telah menemui resipi yang digunakan hari ini untuk Coca-Cola. Kami percaya kami mendapati resipi yang sama ada resipi asal yang dibuat oleh pencipta Coke, John Pemberton, atau versi Coca-Cola bahawa dia dibuat sama ada sebelum atau selepas produk berada di pasaran pada tahun 1886. Kami percaya bahawa kerana ia didapati di dalam buku sahabatnya, pada halaman yang bertajuk “Coco-Cola resipi bertambah baik,” dan kerana ia dijumpai dalam buku nota Pemberton sendiri, di arkib Coca-Cola.”

Vodpod videos no longer available.

Coca-Cola Haram

Kesan daripada penyiaran artikel mengenai Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya. Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya. Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.

Isu pengambilan Coke yang keterlaluan menjadi topik hangat di seluruh dunia

Namun begitu, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepada penyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi. Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob. Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah. Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan kematian segera.

Hina Islam

Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam

Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi  tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

10 Kegunaan Coca-Cola

Berdasarkan kepada kajian  santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai kebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :

  1. Sektor Makanan (Untuk merebus) : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.
  2. Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas) : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?
  3. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome) : Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.
  4. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta) : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
  5. Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat) : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian) : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit) : Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
  8. Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak) : Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
  9. Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman) : Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba  bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.
  10. Sektor Perubatan (Untuk melebur) : Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang. (Sila lihat klip video di atas)

Kesimpulan

Faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini. Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.

Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.

Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam. Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOT atau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM.

Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesama ISLAM. Ini kerana hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dengan mafhumnya :

“ Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah Arra’d – Ayat 11)

 

Sumber Rujukan :

http://newsfeed.time.com/2011/02/15/is-this-the-real-thing-coca-colas-secret-formula-discovered/

http://www.mohamadazhan.com/2010/12/bahaya-coca-cola-fatwa-coca-cola-haram.html

http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe

http://www.islam.com/reply.asp?id=805484&ct=8&mn=805484

RAHSIA DI SEBALIK HARI DAN BULAN MASEHI (GREGORIAN)

Bangsa Yahudi terkenal dengan sifatnya yang suka melawan seruan nabi dan rasul

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu  “Penjajahan” dan “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”.

Artikel ini adalah hasil daripada ulasan dan olahan dari petikan artikal yang didapati pada  http://ibnuyaacob.com.  Semua yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma saya ingin mengingatkan semula sebagai peringatan sekelian mukmin terhadap konspirasi Barat terhadap umat manusia umumnya dan orang Islam khasnya.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi (Gregorian)

  • Januari (1) – berasal dari perkataan Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

    Tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua

  • Februari (2) – berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
  • Mac (3) – berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  • April (4) – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
  • Mei (5) – berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
  • Jun (6) – berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
  • Julai (7) – berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
  • Ogos (8) – berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  • September (9) – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  • Oktober (10) – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
  • November (11) – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
  • Disember (12) – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

  • Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
  • Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
  • Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
  • Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
  • Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.

Asal perkataan Thuesday merujuk kepada Dewa Thor

  • Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
  • Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin  yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain. Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Kabbalah secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Abu Nasr Muhamad al-Farabi, tokoh terkenal ilmuan Islam (870 -950 M)

Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan. Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr Muhamad al-Farabi di dalam bukunya yang bertajukOpinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

  • Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajukThe Moods of Psyche dan Hints and Notices”.
  • Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaituIhya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataanPsychos‘ (Jiwa) dan Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia telah hadir.

Kesimpulan

Penerapan nilai-nilai Islam sebagai cara hidup seharian perlu dipraktik oleh orang Islam dengan mengambilkira elemen-elemen berteraskan Islamiah. Kalau kini kita menggunapakai Kalender Barat (Masehi) sebagai rujukan masa dan hari, apa salahnya kita gantikan Kalender Islam (Hijrah) seperti Frman Allah S.W.T mafhumnya;

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah  adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan  langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah,  Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah  kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum  Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya,  dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

(Surah Al-Taubah : Ayat – 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh  Allah S.W.T di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah S.A.W di  dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar  as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah S.A.W memberikan khutbah ketika ibadah  haji dengan bersabda;

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah  menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulan antaranya empat bulan  haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam  dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Jadikanlah Kalender Hijrah sebagai rujukan harian mengikut bulan Islam

Bulan dalam bahasa Arab disebut “Al-Syahru” bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam  Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang  pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah  sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah  diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh  Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut:

Nama Bulan Hijriyah (Islam)

      • Muharram
        Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
      • Safar
        Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang  bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung  mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi  musim panas. Rumah menjadi kosong.
      • Rabiulawal dan Rabiulakhir
        Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga  iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan  menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3  dan ke-4.
      • Jumadilawal dan Jumadilakhir
        Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir  (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada  bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula  pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
      • Rejab
        Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud  mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan  orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada  bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.
      • Syaaban
        Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak,  di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada  bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada  bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
      • Ramadhan
        Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar  Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan  ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam  menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
      • Syawal
        Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di  mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab  berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau  berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan  peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri  selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum  Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai  kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam  kalendar Hijrah.
      • Zulkaedah
        Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk  kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang  kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah  itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
    • Zulhijjah
      Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir  Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang  empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan  bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan  Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni  pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Wallahu’alam.

AWAS BUFET HARAM! SILA SEMAK SENARAI NAMA HOTEL HALAL UNTUK BERBUKA PUASA

Pendahuluan

Bersempena kehadiran 1 Ramadhan 1432 (1 Ogos 2011), semua warga kerja di ApanamaDotcom.wordpress.com ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak 1432 Hijrah dengan penuh keberkatan. Moga bulan Ramadhan pada tahun ini lebih baik dan lebih bererti berbanding dari tahun lepas. Dalam keghairahan dan keasyikkan berpuasa jangan pula kita terlupa perkara asas iaitu HARAM dan HALAL ketika berbuka puasa. Janganlah kerana dek minuman dan makanan yang syubhah atau was-was, puasa kita hanya sia-sia sahaja. Biarlah kita serius dalam memelihara tingkah laku dan hidangan yang akan kita jamah semasa berbuka kelak. Oleh itu, marilah kita sama-sama berkongsi maklumat berkaitan halal dan senarai nama premis (Hotel) yang memiliki Sijil Halal JAKIM.

Pilihan di tangan anda

Dewasa kini, industri makanan tidak ketinggalan mengalami revolusinya yang tersendiri. Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan komersial yang bukan sahaja menarik dan sedap dipandang malah tentunya enak dimakan.

Islam amat menitik beratkan soal pemakanan sehinggakan dituntut untuk mengambil makanan halal dan baik kerana makanan itu akan menjadi darah daging manusia. Realitinya sekarang banyak makanan yang halal tetapi isi kandungan tidak baik. Isu utama yang lebih menggusarkan umat Islam ialah terdapatnya restoran pemiliknya bukan islam dan pekerjanya juga bukan islam tetapi terdapat sijil halal di dalam kedainya. Keadaan ini menyebabkan kekeliruan berlaku di kalangan pelanggan dan lain-lain pihak yang berkepentingan. Dunia ekonomi orang bukan islam pada dewasa ini telah kehadapan dan penuh dengan strategi kerana ia berselindung di sebalik pekerja Melayu, jika diperhatikan ramai pekerja Melayu menjadi pelayan dan penjual untuk mempromosikan barangan terutamanya makanan. Ramai yang berpendapat di benak hati dan fikiran bahawa Melayu itu Islam, pasti melayu itu jual atau bekerja di tempat yang halal.

Hanya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Negeri sahaja disahkan Halal

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu. Merujuk kepada garis panduan JAKIM, logo halal hanya dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN atau mana-mana agensi berkaitan Agama Islam mengikut negeri seperti contoh logo Halal JAKIM ditengah yang berwarna hitam.

Hanya produk makanan dan minuman menepati syarak sahaja layak diberikan status HALAL

Definisi Halal

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Manakala takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

“Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu”.

Maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan :

    • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
    • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
    • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
    • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

Penyediaan makanan dan minuman perlulah BEBAS dari bahan najis

Produk Makanan dan Minuman

Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan atau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.

Premis perlulah BERSIH dan menepati syarak

Premis Makanan

Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.

Penjelasan Berkaitan Halal

Marilah jauhi unsur-unsur syubhah

Persoalan pertama: Sejauh manakah jaminan kehalalan makanan yang dilambakkan di pasaran hari ini? “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (samada halal atau haram)” (Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Persoalan kedua: Adakah makanan tersebut selamat dimakan dan tidak memudaratkan kesihatan? Umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud:-

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”

Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menjelaskan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah, mengikut maksud ayat 88, Surah Al-Maidah, Allah S.W.T menegaskan:-

“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertawakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.”

Mafhum ayat menjelaskan cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang. Persoalan-persoalan sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Ini kerana sama ada kita sedar ataupun tidak, semakin banyak pendedahan dan pembongkaran yang dibuat tentang makanan yang dijual secara berleluasa sebenarnya mengandungi bahan-bahan dan sumber-sumber yang tidak halal untuk dimakan atau memudaratkan kesihatan dan toksik pada tubuh sekiranya diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Penggunaan E-Code bertujuan untuk menyembunyikan bahan berunsurkan babi dalam produk makanan dan minuman

Penggunaan E-Code

Senario paling membimbangkan sekarang ini adalah penggunaan E-Code yang mana di dalamnya mengandungi usur babi. Kod ini dikenali E-Code untuk emulsifier lemak babi. Lebih kurang 59 jenis E-Code yang dikenalpasti yang mengandungi unsur-unsur babi. Permasalahan yang berlaku adalah walaupun E-Code in terdapat dalam ramuan makanan tersebut ia tetap terdapat logo halal.

Teringat satu sejarah Islam semasa kerajaan Mongol menyerang kerajaan islam penuh denga strategik. Pihak lawan telah memberi makan kepada para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam. Kekuatan umat islam adalah bergantung kepada kekuatan hubungan dengan pencipta yang esa. Apabila darah daging umat islam telah kotor lagi najis maka ibadatnya tidak diterima dan hati mula gelap dan kecenderungan untuk melakukan perkara yang di luar syariat amatlah mudah.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan setiap makanan dan minuman yang akan kita dijamah di hotel-hotel perlulah BEBAS dari SYUBHAH. berdasarkan semakan di Portal Website JAKIM, hanya hotel-hotel di dalam senarai berikut diSAHkan HALAL.

Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)

Perlis Indera Kayangan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=120:perlis-indera-kayangan&catid=8:senarai-hotel.

Kedah Darul Aman

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=101:kedah-darul-aman&catid=8:senarai-hotel.

Pulau Pinang Pulau Mutiara

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=108:pulau-pinang&catid=8:senarai-hotel.

Perak Darul Ridzuan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=112:perak-darul-ridzuan&catid=8:senarai-hotel.

Zon Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan)

Selangor Darul Ehsan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/121-selangor-darul-ehsan.

Kuala Lumpur

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=119:kuala-lumpur&catid=8:senarai-hotel.

Putrajaya

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php option=com_content&view=article&Itemid=31&id=117:putrajaya&catid=8:senarai-hotel.

Labuan

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=118:labuan&catid=8:senarai-hotel.

Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)

Negeri Sembilan Darul Khusus

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=104:negeri-sembilan-darul-khusus&catid=8:senarai-hotel.

Melaka Darul Azim

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=103:melaka-darul-azim&catid=8:senarai-hotel.

Johor Darul Takzim

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=87:johor-darul-takzim&catid=8:senarai-hotel.

Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)

Kelantan Darul Naim

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=102:kelantan-darul-naim&catid=8:senarai-hotel.

Terengganu Darul Iman

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=123:terengganu-darul-iman&catid=8:senarai-hotel.

Pahang Darul Makmur

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=105:pahang-darul-makmur&catid=8:senarai-hotel.

Zon Sabah dan Sarawak

Sabah Di bawah Bayu

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=125:sabah&catid=8:senarai-hotel.

Sarawak Bumi Kenyalang

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=122:sarawak&catid=8:senarai-hotel.

Kesimpulan

Makanan halal amat penting bagi sekalian manusia kerana yang halal itu pasti baik, makanan halal di dalamnya ada kelebihan di antaranya ialah memberi makanan kepada jasmani. Makanan yang baik mendorong untuk umat manusia melakukan ibadat kepada pencipta. Kehidupan mula memberi makna kepada manusia apabila mereka memenuhi tuntutan syariat. Ia bermakna kehidupan dunia dan akhirat kita akan menjadi selamat jika kita peka dan sensitif dalam mengharungi isu ini. Oleh itu, diharapkan melalui kerjasama bersama badan-badan yang bertanggungjawab seperti IKIM, JAKIM dan badan Bukan kerajaan (NGO) masalah ini akan dapat ditangani dengan lebih komprehensif. Permasalah ini bukan soal keuntungan ekonomi umat Islam tetapi persoalan yang melibatkan akidah umat Islam.

MASONIC MESSAGE IN MALAYSIA – ASMARADANA, PUTERI GUNUNG LEDANG

Lagenda Puteri Gunung Ledang

Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya. Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini, “Asmaradana”. Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. “Puteri Gunung Ledang” telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar (“Academy Awards”) Tahun 2004.

Sinopsis Filem

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Untuk mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Putera Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

Dalam versi filem ini ia memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Icon Puteri Gunung Ledang terhasil dari simbol "The Eyes of Horus"

Koleksi Icon "The Eyes of Horus"

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:

  • “Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air mata anak dara.
  • “Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air pinang muda.
  • “Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati kuman.
  • “Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati nyamuk.
  • “Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • “Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang
  • “Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil…” 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak.

Mesej Masonic Diterjemahkan Secara Halus Dalam Lagu “Asmaradana”

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan ‘darah’ yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan. Begitulah ceritanya tentang filem ini. Tetapi itu dari kacamata perfileman sahaja. Dari sudut pandangan mesej yang hendak diutarakan ia jelas MERBAHAYA dan MENGELIRUKAN kita. Apa tidaknya, dalam klip video Lagu “ASMARADANA” nyayian Tiara, terdapat banyak unsur-unsur ILLUMINATI dan FREEMASONS yang diselitkan sebagai halwa mata dan dendangan di telinga kita.

Gerak tari dan lenggok badan berunsurkan Masonary

Cuba hayati klip video ini di mana unsur-unsur berikut jelas dijadikan FOKUS secara JELAS dan SISTEMATIK. Mari kita senaraikan satu persatu unsur tersebut :

  1. The Eye of Horus @ Ra – Merekacipta dan merubah simbol purba Mesir kepada ICON FILEM – Puteri Gunung Ledang di mana simbol ini adalah merujuk kepada Dewa Matahari (Ra) perlindungan, diraja kuasa dan kesihatan yang baik yang dianuti oleh juak Freemasons dan Illuminati, http://www.squidoo.com/the-eye-of-ra-tattoo
  2. Triangle Stage – Pembinaan pentas tarian berbentuk geometri segitiga yang tidak lengkap dan diterangi oleh lampu di sudut paling atas segitiga tersebut. Bentuk segitiga ini adalah merujuk kepada ” The all-seeing eye of God” yang menjadi Simbol Ketuanan Dajjal,
  3. The Illuminati Maze –  Apakah kaitannya maze ini dalam menceritakan filem ini. Tiada kaitan, hanya untuk menguatkan lagi kewujudan unsur Illuminati dalam klip video ini. Ini kerana kegunaan maze ini adalah sebagai hiasan simbolik penganut Illuminati,
  4. The Devil 6-6-6 – Mengapa digunakan simbol 6-6-6 untuk jumlah penari pengiring? Sedangkan kawasan pentas dan sekitarnya masih luas ini. Angka 6-6-6 ini merujuk kepada Dajjal atau Lucifer,
  5. The Incomplete Triangle – Segitiga ini dapat dilihat semasa penari pengiring mengayakan simbol 6-6-6 bersama Tiara. Ini adalah BUKTI kukuh yang menjelaskan TUJUAN utama klip video ini dihasilkan, ia tidak lain adalah untuk memBUKTIKAN kepada Masyarakat HOLLYWOOD bahawa ini bukan FILEM WAJAH KITA tetapi  FILEM WAJAH MEREKA,
  6. Idol Worshiping – Langkah tari dan lenggok badan adalah menyerupai UPACARA PENYEMBAHAN yang dijalankan dalam MASONARY SPIRITUAL CEREMONY,
  7. The Sign of Devil – Cuba perhatikan cara gerak tari Tiara semasa mengangkat tangan dan menutup sebelah MATA secara berulang kali. Tindakan ini menyerupai SIMBOL KOD RAHSIA juak-juak MASONIC.

Marilah kita berlapang DADA, membuka MINDA dan mencari IDEA untuk menyelamatkan negara kita dari dibelenggu oleh proksi atau anasir luar yang bertopengkan nilai KESENIAAN, KEBUDAYAAN dan KREATIVITI BERTERASKAN MASONIC…..

Vodpod videos no longer available.

Masonic Message in Malaysia – Asmaradana, Puteri Gunung Ledang, posted with vodpod

ADA APA DENGAN GUBRA?

 

Sutradara Yasmin Ahmad

Filem Gubra merupakan hasil garapan sutradara Yasmin Ahmad yang telah dinobatkan sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia yang ke-19 yang diadakan pada 13 Ogos 2006. Filem Gubra ini merupakan sambungan daripada filem Sepet. Dalam filem Sepet, didedahkan hubungan gadis Melayu bandar belasan tahun dengan pemuda Cina yang menjual CD cetak rompak haram di pasar-pasar malam. Malangnya pemuda Cina tersebut telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya. Dalam filem Gubra, gadis Melayu ini bercinta lagi dengan pemuda Cina yang lain sungguhpun dia telah berkahwin dengan pemuda Melayu. Pemuda Melayu yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie ini tersangatlah hipokrit. Kononnya dia sangat cintakan isterinya tetapi pada masa yang lain sempat berdua-duaan dengan perempuan lain. Secara ringkasnya, filem Sepet adalah kisah cinta dua insan manakala filem Gubra adalah menyambung kisah cinta berlainan agama yang cuba menjangkau ke daerah toleransi agama menurut fahaman pengarahnya.

Pluralisme Agama

Gubra merupakan filem Melayu yang menerapkan agenda Inter-Faith ala John Hick yang mempelopori ideologi sesat PLURALISME Barat yang menekankan konsep “Semua Agama Adalah SAMA”. Mesej yang cuba disampaikan ialah agama adalah agenda individu. Terdapat agenda inter-Faith dalam filem ini iaitu watak munajat seorang bekas pelacur berganti watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan Cina. Mesej halus yang mungkin cuba disampaikan ialah semua agama menawarkan kebenaran (Ahmad Adnan & Riduan 2006).

Filem berteraskan Pluralisme Agama

Filem Gubra merupakan sebuah filem yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai mendewa-dewakan budaya Barat tetapi ditonjolkan dalam konteks Melayu. Menurut mereka, ia menonjolkan mereka yang berbudayakan barat tetapi berpakaian baju kurung  dan baju Melayu. Filem ini juga didakwa mengeksploitasikan nilai kejutan atau “shock value” bagi temanya, dengan meletakkan perkara yang bercanggah, contohnya orang Islam, tetapi melacur. Perkara ini dianggap oleh mereka mungkin tidak mengejutkan sekiranya ditonjolkan oleh orang Barat, tetapi menurut mereka yang mengkritik dengan mengalihkan dua budaya yang bertentangan, konsep nilai kejutan ini memberi kesan yang sangat kontras yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati oleh para penonton. 

Babak-babak ini antara yang disebut sebagai punca kontroversi:-

  1. Sekelompok wanita Islam menjadi pelacur  dengan alasan mencari rezeki secara terbuka, tanpa malu atau cuba merahsiakan pekerjaan mereka.
  2. Ditonjolkan juga Pak Bilal lakonan Nam Ron  dan isterinya didakwa seolah-olah merestui pencarian rezeki dengan tidak cuba menasihati pelacur tersebut, seolah-olah pelacuran merupakan kerja yang dibolehkan. Ini membelakangi ajaran al-Quran yang menganjur kita mengajak kearah kebaikan, dan melarang kepada kemungkaran. Ini menyerupai nilai barat bahawa ugama dan kehidupan sekular diasingkan.
  3. Terdapat dialog dalam filem tersebut ‘wanita Islam’ hanya perlu memakai tudung atas kehendak diri sendiri, seolah-olah bertudung itu bukan perkara yang wajib. Ia didakwa seolah-olah seperti menyatakan seseorang itu boleh memilih apa yang hendak diterima dan apa yang hendak dibuang dalam agama.
  4. Filem ini juga menonjolkan wanita Islam yang bersuami boleh keluar dengan lelaki bukan muhrim dan suami wanita Islam tersebut seperti tidak ambil kisah. Dalam budaya Melayu, perkara tersebut dianggap dayus.

Doa Pelik Yang Panjang

Paling menganggu fikiran saya adegan sembahyang berbagai agama di akhir filem. Babak itu digambarkan seolah-olah bersambung seperti satu doa yang panjang. Saya terasa bagai sedang didakyahkan oleh seorang pendokong pluralisme agama. Bagai sedang disogokkan dakyah bahawa semua agama adalah sama, semuanya menuju kebenaran.

Fahaman pluralisme agama menganggap semua agama adalah benar, penganut agama apa pun adalah Muslim dan semuanya kan masuk syurga. Yang berbeza hanya nama agama, jalan berbeza tetapi semuanya menuju matlamat yang satu. Ini cuba digambarkan di akhir filem ini melalui petikan kata Maulana Jalaluddin al-Rumi “The Lamps may be different but the light is the same”.

Keyakinan Tauhid

Kefahaman sebegini adalah bertentangan dengan Konsep Syahadah yang kita ulangi setiap hari menyeru kita berpegang kepada tauhid Rububiyyah juga tauhid Uluhiyyah yang menafikan Tuhan-Tuhan lain. Mengesakan Allah bermakna menolak tuhan-tuhan yang lain. Secara prinsipnya, kita boleh menerima TOLERANSI AGAMA, malah ianya memang dituntut Islam, agar kita saling hormat-menghormati rakan-rakan kita yang berlainan agama. TETAPI kita harus tahu membezakan antara toleransi agama dan pluralisme agama.

Kalaulah ini wajah filem Melayu Muslim, saya rasa sangat sedih dan kecewa. Filem ini mungkin menang anugerah filem terbaik, tapi saya rasa seperti seorang yang tewas. Bagai menang sorak kampung tergadai. Rasa hancur luluh jiwa, berat rasa beban tidak upaya bertongkat lagi (Jiwa Rasa, 2006).

  Nota :

 “Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“.

(Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

Saksikanlah klip video ini dan FIKIRlah tentang INTIPATInya…….

 

Vodpod videos no longer available.

SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 7 : FIRAUN-FIRAUN HARI INI

Firaun

Sesiapa yang biasa membaca al-Quran al-Karim dan menghayatinya akan menyatakan bahawa ianya merupakan salah satu kitab mukjizat yang sentiasa boleh dijadikan sumber rujukan dan diaplikasi kepada umat Islam merentas sempadan zaman sejak 1,432 tahun dahulu.

Dalam Bahagian ini, perbincangan adalah berasaskan kepada SIAPAkah Firaun MODEN? Dalam Surah Taha, ayat 48 – 79, Allah S.W.T  telah menceritakan peristiwa Firaun yang menentang ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Musa sehinggalah Firaun ditenggelamkan oleh Allah S.W.T di dalam Laut Merah bersama bala tenteranya. Oleh itu, berdasarkan kepada kisah ini, bolehlah difahami bahawa contoh yang diberikan dalam al-Quran bukan sahaja berkaitan Firaun menentang Nabi Musa semata-mata. Malahan ia juga merujuk kepada penentangan terhadap bentuk SISTEM PEMERINTAHAN yang mencabar KEESAAN dan KEKUASAAN Allah S.W.T. Kini, corak pemerintahan dan perilaku Firaun telah diikuti oleh ramai pemerintah di dunia ini. Mari kita KENALI sistem pemerintahan dan ideologi mereka secara terperinci.  

Persoalan yang sering bermain di minda kita bila ditanyakan perihal negara MESIR, kita secara spontan hanya akan menjawab FIRAUN dan binaan PIRAMID. Tetapi, tahukah kita bahawa setiap maklumat berkaitan kehidupan kaum Mesir Purba telah disimpan dalam rekod tetapi tiada dokumen rasmi yang menyatakan apa-apa pun tentang binaan Piramid? MENGAPA tiada dihebahkan kaedah atau cara Piramid ini dibina? Dan yang paling penting untuk dicari jawapan ialah MENGAPA ia dibina? Ini kerana MISTERI atau RAHSIA purba ini merupakan satu maklumat yang teramat penting berkaitan SISTEM KEFIRAUNAN yang cuba ditiru oleh negara Barat.

IKUTILAH PENDEDAHAN terhadap BUKTI-BUKTI Sistem Kefiraunan telah diamalkan di negara Barat seperti perkara berikut :

  1. Mengapa bongkah Batu Jacob diletakkan di takhta Permaisuri Britain (Queen Elizebeth – QE)
  2. Mengapa QE dinaikkan takhta di atas tangga-tangga simbolik PIRAMID
  3. Mengapa Mahkota “Monarch” mempunyai 12 batu dibawahnya di mana ia melambangkan 12 kaum Israel
  4. Mengapa Bendera “Union Jack” dilambangkan sebagai penyatuan semula 12 kaum Israel yang dikenali sebagai “United Kingdom”
  5. Mengapa Tongkat pemerintahan dipegang oleh QE menyerupai tongkat yang berasal dari Mesir Purba dan sama seperti tuhan Mesir Omen (Sceptre of Amen)
  6. Mengapa Cemeti QE disorokkan di bawah tangan kirinya sama seperti Firaun Mesir Purba
  7. Mengapa lambang Lebah dijumpai pada baju-baju QE sama seperti Firaun yang melambangkan Kerabat diRaja Mesir Purba
  8. Mengapa lambang (JATA) pada simbol diRaja British mendedahkan asal-usul Yahudi negara British
  9. Mengapa topi yang dipakai oleh para Hakim British dan Kerabat Tertinggi ditiru daripada Mesir Purba
  10. Mengapa selendang putih yang dipakai oleh Putera Charles juga ditiru daripada Mesir Purba

MARI kita ikuti klip video yang diambil oleh Noreagaaa di sekitar Bandar Dubai yang memberikan kita serba sedikit berkaitan binaan berbentuk Gerbang (The Gate), Piramid Oktagon (The Octagon Pyramids) dan WAFI Mall yang bererti seseorang yang SETIA. BAGAIMANA pula SUNWAY PYRAMID di Malaysia?

 

Vodpod videos no longer available.

BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 8 : PENGARUH PEMIMPIN DAN TOKOH MASYARAKAT

Merujuk kepada kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Yusri bin Mohamad di dalam Persidangan Wacana Pluralisme yang diadakan pada 14hb Disember 2010 telah merumuskan bahawa Pluralisme Agama juga muncul dalam bentuk gejala-gejala tertentu terutamanya pada kecenderungan sesetengah pemimpin dan tokoh masyarakat beragama Islam untuk membawa Mesej Pluralisme Agama dalam ucapan mahu pun tindakan mereka. Nampaknya kecenderungan ini wujud merentasi batas politik kepartian, kerajaan mahupun pembangkang.

 

Artikel Anwar di laman Facebook

Anologinya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam satu ucapannya bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World pada 18 Mac 2010 di London School of Economics ada mengatakan:

“… it is a stark reality of our world that certain religious groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the denominations.”

(…adalah suatu realiti dunia hari ini bahawa sesetengah kumpulan agama percaya bahawa hanya aqidah tertentu yang mampu mencapai keselamatan di Akhirat. Sikap eksklusif sebegini, malangnya dikongsi merentasi pelbagai agama dan mazhab dalaman agama.)

“Back in the 13th century, the mystical poet Jalaluddin al-Rumi wrote in the Masnawi:

The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.”

“Penyair Sufi , Jalaluddin al-Rumi menulis dalam Mathnawinya,

Lampu-lampunya berbeza tetapi mengeluarkan cahaya yang sama yang datang dari alam lain. Kalau kamu menumpukan hanya pada lampu, kamu akan keliru)

“I believe I’m not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world, it is morally unacceptable to say to people of other faiths:

We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe in is wrong.”

(Saya percaya bukan saya seorang yang mengatakan bahawa untuk Pluralisme Agama berkembang subur dalam dunia berpecah-belah, adalah salah secara moral jika kita mengatakan kepada penganut agama lain :

Kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami lah yang benar, kamu beriman dengan Tuhan kamu tetapi kepercayaan kamu itu salah.)

Boleh dilayari di: http://anwaribrahimblog.com/2010/03/12/religion-and-pluralism-in-a-divided-world/

 

Lawatan PM di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves

Di pihak kerajaan pula kita perhatikan kecenderungan pendekatan meraikan acara keagamaan agama lain seperti penyertaan YAB Perdana Menteri dan isteri beliau dalam sambutan Thaipusam di kuil Batu Caves atau acara sambutan bersama hari besar agama-agama (kongsi raya) seperti Deeparaya. YAB Menteri Besar Kelantan juga tidak terkecuali menerima kritikan atas penyertaannya dalam majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan. Boleh dilayari di: http://1mytomyam.blogspot.com/2011/01/pm-najibs-second-visit-to-batu-caves.html

Satu lagi gejala yang dapat diperhatikan ialah kecenderungan sesetengah individu dan kumpulan di negara kita terhadap tokoh-tokoh luar yang jelas-jelas menjuarai Pluralisme Agama. Anologinya, perbuatan memuji dan mendewakan tokoh liberalis-pluralis seperti Ulil Absar Abdullah dan Jaringan Islam Liberal yang diasaskannya bersama teman-teman yang sefikrah dengan alirannya.

Jaringan Islam Liberal (JIL)

Orang yang menyamakan semua Agama, hingga Islam disamakan dengan Yahudi, Nasrani, dan agama-agama musyrik, mereka juga sesat dan menyesatkan. Itulah kelompok yang berfahaman Pluralisme Agama, yang ditubuhkan sejak Mac 2001 menamakan diri sebagai JIL (Jaringan Islam Liberal) yang dikoordinasikan oleh Ulil Abshar Abdalla. Beliau tidak mengakui adanya hukum Allah SWT hinggakan syariat-syariat berkaitan mu’amalah (pergaulan di antara manusia) dipertikaikannya.

Ulil Abshar Abdalla

Anologinya, perintah syari’at seperti jilbab, qishash, hudud, potong tangan bagi pencuri dan sebagainya itu tidak perlu diikuti. Bahkan larangan berkahwin di antara orang Islam dengan bukan Islam dianggapnya tidak berlaku lagi karena ayat larangannya dianggap tidak jelas. Manakala Vodca (minuman keras beralkohol lebih dari 16%) pun menurut beliau boleh dihalalkan jika di negara Rusia kerana suhu dan udaranya dingin. Boleh dilayari di: http://ustazmoden.wordpress.com/2009/11/22/jakim-vs-jaringan-islam-liberal-jil/

Tokoh Islam Liberal sebeginikah yang layak disanjung sebagai ikon dan contoh pemimpin Islam? AWAS jangan sampai terkeluar iktikad dan tergadai aqidah kita. Wa’allahualam…

 

 Nota : 

“Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“.

 (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

Bersambung Bahagian Kesembilan