MEMOIR HAMKA – AWAS PEREBUTAN PENGARUH AGAMA DI NUSANTARA


Pendahuluan

Perang Salib merupakan detik permusuhan di antara dunia Barat dan Islam

Secara umumnya negara Barat dan Zending Kristian khasnya yang amat merasai ancaman ini. Mereka cemas dan risau kalau-kalau semua doktrin dan ajaran Kristian yang mereka semai atau tanamkan selama ini akan layu dengan kebangkitan Islam. Jika dahulu mereka ada “GODFATHER” dari Portugis, Belanda dan British untuk memberikan perlindungan, tapi sekarang semuanya berakhir. Oleh itu maka tidak hairanlah jika sekarang negara-negara Barat berlumba-lumba menghantar Zending dan memberikan bantuan secara “legal” atau “illegal” kepada penganut Kristian di sini atau sekitar Kepulauan Nusantara demi memastikan pengaruh Kristian terus subur. Kalau dahulu yang kita tahu hanya Portugis, Belanda dan British sahaja yang menjajah negara kita dengan membawa KONSEP 3G (God/Gold/Glory).

Serangan Hebat Zending Kristian

Namun kini, negara Amerika, Australia, Roma-Vatican, Perancis dan sekutu negara Barat yang lain juga giat menyerang MINDA dan JASAD umat Islam secara terang-terangan melalui NGO yang mempromosikan Kebajikan dan Kebebasan Hak Asasi Manusia. Serangan ini dijalankan bukanlah kerana kita telah TIDUR nyenyak, sebaliknya ia kerana kite telah BANGKIT. Kebangkitan kita telah mengoncang mereka dan menimbulkan kegerunan akan berlaku proses pengislaman di kalangan penganutnya.  

Kelas pengajaran harian yang dijadikan pusat menanam fahaman sekularisme oleh Zending

Dalam menghadapi ekspansi agama dari bangsa-bangsa Barat yang berasal dari keturunan pahlawan-pahlawan Perang Salib, keturunan Richard “Lion Heart”, Putera Baldwin, Frederick Barbarosa dan seangkatan dengannya. Kita (kaum Muslimin) sebagai penduduk jati tanahair di Nusantara ini telah memperkenalkan rukun-rukun kenegaraan seperti Rukun Pancasila (Indonesia) dan Rukun Negara (Malaysia) sebagai asas rujukan kehidupan dengan mengakui KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN YANG MASA ESA. Ia bertujuan untuk memaklumkan kepada negara asing secara SIMBOLIK bahawa kita menentang campur tangan negara asing di dalam soal KEAGAMAAN dan PENTADBIRAN negara kita.

Kebangkitan Islam Ditakuti Oleh Barat dan Komunis

Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-Dua, bahang kebangkitan dunia Islam mula dirasai oleh dunia barat khususnya dunia Kristian. Senario ini bukan sahaja menjadi ancaman kepada barat malahan ianya turut dibimbangi oleh dunia Komunis. Persoalan ini pernah dilontarkan oleh Mohammad Natsir (Perdana Menteri Indonesia Ke-5) di dalam salah satu pidatonya: “Kalau dunia Barat ditanya, manakah yang lebih merbahaya di antara Islam atau Komunisme?” Mereka secara spontan akan menjawab: “Islamlah yang lebih MERBAHAYA.” Ketakutan ini berlaku adalah disebabkan kebimbangan atau kegagalan mereka untuk menguasai dan merompak kekayaan hasil-mahsul alam semulajadi yang dimiliki oleh dunia Islam seperti minyak, emas dan lain-lain galian semulajadi. Dunia Barat mengetahui TANPA mendapat sokongan masyarakat dunia Islam, segala kekayaan ini tidak mungkin diperolehi dengan mudah. Oleh itu, dunia Barat cuba memperkenalkan DOKTRIN demokrasi, hak-hak asasi dan globalisasi sebagai SENJATA AMPOH menjajah pemikiran dan gaya hidup masyarakat Islam. Inilah yang dikatakan PENJAJAHAN ALAF BARU di mana segala tindakan berdasarkan kepada agenda NEW WORLD ORDER.

Gagasan “New World Order” yang dirancang oleh dunia Barat dalam menguasai geopolitik dunia

Kesimpulan

Orde Baru Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia  adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat. Ia juga merupakan penjajahan baru yang lebih licik dan merbahaya oleh Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam segenap aspek samada sosial, budaya, politik, ekonomi, media massa dan teknologi. Jika dunia Islam alpa dan tidak sensitif dalam mengekang Agenda Besar ini, nescaya satu bentuk PENJAJAHAN BARU akan berlaku bukan sahaja di Malaysia malah merangkumi Alam Nusantara. Justeru itu, marilah kita sama-sama rapatkan saf kepimpinan jemaah Islamiah di antara kita dan menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan ancaman ini.

Artikel terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/05/08/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-1/

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/06/03/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-2-tatacara-solat-versus-sembahyang/

Tinggalkan komen