AGENDA PELUPUSAN INSTITUSI RAJA-RAJA DALAM NEGARA-NEGARA ISLAM


Pendahuluan

Jata Diraja menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu

Jata Diraja menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang dijunjung tinggi

Apabila Institusi Raja-Raja ditakrifkan sebagai “Payung bagi bangsanya”, sesungguhnya kenyataan ini merupakan suatu yang hakikat. Umpama payung yang melindungi  pemakainya dari terik kepanasan matahari dan basahan siraman hujan, Institusi Raja-Raja yang berdaulat mendapat naugan dari “Kerajaan Langit” dalam fungsinya sebagai tunggak pelindung rakyat jelata dari sebarang bentuk ancaman pada kedaulatan bangsa dan agama yang dipayunginya.

Institusi Raja-Raja yang pincang adalah umpama payung yang bocor. Walaupun kepanasan matahari dan siraman hujan terkena sedikit pada pemakainya, namun secara umumnya payung masih tetap dapat memberikan khidmat, kerana masih dapat digunakan sebagai pelindung. Namun jika payung rosak, fungsinya dalam melindungi si pemakai dari terik matahari dan siraman hujan sudah tidak mampu dilaksanakannya. Begitu jugalah halnya dengan Institusi Raja-Raja yang terhapus, rakyat yang dahulunya terpelihara dari agenda buruk musuh-musuh bangsa dan agamanya kini terdedah kepada ancaman ini.

Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu di 9 buah negeri masih utuh dan perlu dipertahankan sebagai "Payung" kepada rakyat

Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu di 9 buah negeri masih utuh dan perlu dipertahankan sebagai “Payung” kepada rakyat

Pelupusan Institusi Raja-Raja

Lembaran-lembaran sejarah membuktikan banyak contoh negara-negara yang pernah cemerlang, kuat dan berdaulat apabila dipayungi oleh Institusi Raja-Rajanya. Sultan-sultan yang memerintah dengan sejarah buruk baik pemerintahan mereka, namun rata-rata tetap memberikan hak ketuanan, menjunjung, mendaulah dan mempertahankan agama Islam dalam fungsi mereka sebagai  Zillullah fil-ardh yang bermaksud “Bayangan Allah di muka bumi”. Dalam konteks ini, kesultanan-kesultanan Islam mampu mengembelingkan tenaga raja dan rakyat apabila terdapat ancaman unsur-unsur yang mahu mencerobohi kedaulatan BANGSA dan AGAMA.

Raja Melayu yang menerajui 9 buah negeri menurut peruntukan Perlembangaan dan Undang-Undang Negeri

Raja-Raja Melayu yang menerajui 9 buah negeri menurut peruntukan Perlembangaan dan Undang-Undang Negeri

Raja-Raja Melayu merupakan simbol kepada  “Bayangan Allah di muka bumi”

Raja-Raja Melayu merupakan simbol kepada Zillullah fil-ardh iaitu “Bayangan Allah di muka bumi”

Namun apabila terhapusnya Institusi Raja-Raja pada negara-negara sebilangan umat Islam di dunia ini, jelas mereka kini bukan sahaja hilang taring dan bisanya sebagai bangsa yang pernah KUAT dan BERDAULAT, malahan sudah tidak mampu membendung kemaraan musuh-musuh yang bertekad untuk merobek-robekkan kesatuan, identiti, maruah dan kedaulatan umat Islam dan pegangan agamanya itu. Senario ini bolehlah dibuktikan dengan rantaian musibah yang menimpa umat Islam yang kehilangan Institusi Raja-Raja sebagai payung bangsanya bermula dari Daulah Othmaniyyah hingga kini.

Turki

Fahaman Sekular yang diperkenalkan oleh Kamal Ataturk telah memisahkan agama dan pentadbiran. Nilai-nilai barat telah diterapkan ke dalam kehidupan social masyarakat

Fahaman Sekular yang diperkenalkan oleh Kamal Ataturk telah memisahkan agama dan pentadbiran. Nilai-nilai Barat telah diterapkan ke dalam kehidupan sosial masyarakat

Kerajaan Turki dahulunya merupakan sebuah negara yang berdiri megah selama berabad-abad lamanya di mana ia pernah menerajui sebuah empayar Othmaniyyah yang besar dan menjadi pusat kekhalifahan ummah seluruh dunia. Ia juga merupakan sebuah kerajaan yang cemerlang, kuat dan berdaulat. Namun semuanya berakhir apabila Institusi Khalifah (Raja-Raja) dilupuskan dan digantikan dengan pemerintahan bercorak REPUBLIK di bawah pimpinan Mustafa Kamal Ataturk pada awal kurun ke 20 Masihi yang lalu. Kamal Ataturk merupakan seorang nasionalis yang bercita-cita untuk menukar fahaman keislaman Negara Turki kepada fahaman SEKULAR. Beliau menggubal dasar-dasar pemerintahannya bagi menjamin rakyatnya dapat diubah imej dan pegangan Islamnya yang kuat mengikut dasar Negara Barat. Di antara tindakannya ialah menghalang memakai pakaian yang melambangkan imej Islam. Kitab al-Quran diperintah untuk ditukarkan dari Bahasa Arab kepada Bahasa Turki. Manakala kalimah ALLAH pun disuruh tukar dalam Bahasa Turki menjadi TANRI. Tindakan ini termasuklah menukarkan laungan azan dalam Bahasa Turki. Kebencian Kamal Ataturk yang mendalam kepada Islam amatlah ketara hinggakan nama-nama Islam turut di TURKIKAN. Beliau berusaha untuk memastikan bahawa pembangunan Turki di bawah pemerintahannya tidak dikaitkan atau tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam.

Institusi Khalifah (Raja-Raja) dilupuskan dan digantikan dengan pemerintahan bercorak Republik oleh Kamal Ataturk

Institusi Khalifah (Raja-Raja) dilupuskan dan digantikan dengan pemerintahan bercorak Republik oleh Kamal Ataturk

Kemenangan parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki memberikan sinar harapan kepada umat Islam

Kemenangan parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki memberikan sinar harapan kepada umat Islam

Kini, Turki telah dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan  yang dilihat oleh Negara Barat sebagai seorang yang pro Islam. Beliau menjadi IDOLA dan HERO kepada jutaan pengundi yang pro Islam. Pada Pilihan Raya Umum Turki yang diadakan pada 3 November 2002, beliau buat pertama kalinya mengetuai Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). AKP ternyata menguasai 34.3 peratus undi tetapi Erdogan dihalang menjadi Perdana Menteri kerana pelbagai ‘kesalahan’ sebelum ini termasuk ubahsuai sajak Ziyad Gokalp 1913. Sebaliknya Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri sehingga Erdogan layak bertanding Pilihan Raya Kecil pada 2003 dan menjadi ahli parlimen. Abdullah Gul kemudian memberi ‘lorong’ kepada Erdogan, dan dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Turki, Ahmat Necdet Sezer. Pada Pilihan Raya Umum Turki 2007,  Erdogan dan AKP mengekalkan kuasa dengan memenangi 46.7 peratus undi popular. Kejayaan Edorgan terus menyinar apabila kali kedua parti AKP menang dengan undi lebih besar pada Pilihan Raya Jun 2011 dengan mendapat 49.8 peratus undi.

Mesir

Kemenangan parti FJP iaitu sebuah parti yang pro Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak bernasib baik seperti di Turki. Dr. Muhamed Mursi telah digulingkan oleh golongan tentera yang menyokong Regim Sekular

Kemenangan parti FJP iaitu sebuah parti yang pro Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak bernasib baik seperti di Turki. Dr. Muhamed Mursi telah digulingkan oleh golongan tentera yang menyokong Regim Sekular

Fahaman Islam mula diserapi oleh fahaman Assobiyyah Nasionalis Arab selepas Raja Farouk digulingkan oleh Jamal Abdul Nasser. Ekoran daripada dasar-dasar sekular REPUBLIK ARAB MESIR yang diterapkan oleh Jamal secara menyeluruh telah membawa kepada Perjanjian Damai Kem David di antara Mesir dan Israel pada tahun 1979. Intipati perjanjian damai tersebut telah mengasaskan kepada satu dimensi baru dalam DASAR TIMUR TENGAH oleh Negara Amerika Syarikat (Sekutu Yahudi) yang bertegas akan campur tangan di Timur Tengah jika mendapati “kepentingannya” di situ diganggu-gugat. Negara republik Mesir pada hari ini masih terus dengan sikap permusuhannya pada gerakan-gerakan Islam melalui dasar-dasar sekular dan tekanan oleh pimpinan tentera. Walaupun Mesir pernah diperintah oleh Dr. Mohamed Mursi Isa’ al-Ayyat sebagai Presiden Mesir pada tahun 2012, dasar dan perlembangaan yang dijunjung masih berkiblatkan SEKULAR. Kini, kerajaan Mesir dipimpin secara sementara oleh Jenderal Abdul Fattah al-Sisi yang mengambil tampuk pemerintahan Mesir secara ketenteraan di mana beliau telah menangkap Dr. Muhamed Mursi dan ramai pemimpin-pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin dengan mengaitkan mereka dengan aktiviti rusuhan dan perlanggaran perlembagaan Negara.

Hubungan akrab Mursi dan Erdogan meningkatkan lagi penentangan golongan tentera dan rakyat yang berfahaman Sekular

Hubungan akrab Mursi dan Erdogan meningkatkan lagi penentangan golongan tentera dan rakyat yang berfahaman Sekular

India

Kerajaan Islam Mughal kukuh bertapak di India bermula tahun 1526 - 1707. Selepas era kerajaan Araungzeb, empayar Islam mula ditakluki oleh Rajah Hindu

Kerajaan Islam Mughal kukuh bertapak di India bermula tahun 1526 – 1707. Selepas era kerajaan Araungzeb, empayar Islam mula ditakluki oleh Rajah Hindu

Pada suatu masa dahulu, tiga perempat dari buminya pernah diperintah oleh kesultanan-kesultanan Islam yang hebat secara turun temurun. Kini, ia dikuasai sepenuhnya oleh kaum Hindu. Walaupun demikian, apabila India merdeka dari penjajahan British pada 15 Ogos 1947, golongan Rajah (Raja Hindu), Nawab dan Nizam (Sultan-Sultan) telah bersetuju untuk melepaskan negeri-negeri yang pernah berada di bawah naungan mereka dengan diberikan pampasan. Namun begitu, mereka telah diberikan kuasa penuh untuk melantik wakil-wakil kerajaan serta diberikan kuasa untuk mengutip cukai bagi membangunkan wilayah “naungan” mereka walaupun Republik India didominasi oleh kaum Hindu. Senario ini memberikan sedikit sebanyak harapan dan pergantungan umat Islam di bawah payung golongan bangsawan sebagai pelindung dari ancaman kaum pelampau Hindu. Ia juga mampu memelihara pegangan agama Islam dari dikacau-ganggu.

Kejayaan terbesar yang dicapai oleh Indira Ghandi ialah menyatupadukan rakyatnya yang berbilang agama. Tekanan diberikan kepada umat Islam di atas nama "Intergrasi Rakyat"

Kejayaan terbesar yang dicapai oleh Indira Ghandi ialah menyatupadukan rakyatnya yang berbilang agama. Tekanan diberikan kepada umat Islam di atas nama “Intergrasi Rakyat”

Walaubagaimanapun dalam tahun 1971 iaitu di era pemerintahan Indira Ghandi, beliau telah melupuskan terus HAK KEISTIMEWAAN golongan ini selepas meluluskan Pindaan 24 Perlembagaan India yang membolehkan Parlimen India mengubah hak-hak asasi mereka yang telah sedia termaktub di dalam Perlembagaan India. Semenjak itu, bermulalah zaman umat Islam bukan sajaka hilang “taringnya” malah dianak-tirikan dalam sebarang dasar-dasar kerajaan. Mereka juga dituduh sebagai tidak patriotik, malahan mereka ditekan supaya lebih mementingkan sejarah asal-usul keturunan HINDU berbanding ISLAM dengan memperjuangkan falsafah “INTERGRASI RAKYAT’. Pada masa yang sama, puak pelampau Hindu juga sudah mulai berani untuk mencabar pegangan umat Islam dan menunjukkan sikap yang biadap kepada mereka.

Patani

Jolokan “Negeri Serambi Mekah” diberikan kepada Patani di mana sempadan negerinya pernah menjangkau sehingga ke Kelantan dan Terengganu. Sejarah pemerintahan raja-rajanya pernah membuktikan keunggulan Kesultanan Patani. Umat Islamnya terbilang teguh pegangan agamanya dan mempunyai semangat daya juang yang tinggi. Mereka telah berkali-kali mempertahankan serangan Siam dan berjaya menangkisnya. Namun semuanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah, apabila Patani dijajah oleh Siam ada tahun 1902. Antara punca pemerintah Siam meneruskan penjajahan ke atas Patani adalah kerana wilayah ini kaya dengan hasil alamnya. Wilayah ini sangat subur dan makmur sehingga mampu menyumbang sebanyak 40% Gross National Product (GNP) kepada kerajaan Siam.

Wilayah Pattani mempunyai rupa bumi  strategik dan kaya dengan hasil sumber alam semulajadi

Wilayah Patani mempunyai rupa bumi strategik dan kaya dengan hasil sumber alam semulajadi

Kini, bumi Patani tidak lebih dari salah sebuah “Wilayah-Wilayah Islam Selatan Siam” tanpa diberikan hak untuk mentadbir wilayahnya. Pihak kerajaan Siam telah melantik pemimpin tertinggi di wilayah ini di kalangan orang-orang Siam dari Utara untuk menjadi pegawai kerajaan. Orang-orang Melayu Patani tidak ada yang menjadi pegawai kerajaan. Semua pegawai-pegawai bukan penduduk asli, tetapi semuanya Siam. Padahal 90 peratus penduduk di wilayah ini adalah Melayu-Muslim. Jumlah pegawai-pegawai kerajaan beragama Buddha sebanyak 75 peratus dan umat Islam hanya 15 peratus.

Aktiviti keagamaan tetap dijalankan oleh masyarakat Islam, walaupun terdapat tekanan dan bantahan dari pemerintah

Aktiviti keagamaan tetap dijalankan oleh masyarakat Islam, walaupun terdapat tekanan dan bantahan dari pemerintah

Dalam tahun 1921, apabila Bangkok melancarkan Akta Pendidikan Siam, kepentingan Bahasa Melayu mula terjejas. pelajar yang mengikuti Pengajian Pondok terpaksa memasuki Sekolah Siam untuk belajar Bahasa Siam. Keadaan lebih lebih menyayat hati apabila mata pelajaran Sejarah Patani dan Muslim Patani tidak dibenarkan diajar di sekolah-sekolah kebangsaan milik kerajaan, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Sikap menganaktirikan pembelajaran Bahasa Melayu (Jawi) akhirnya telah hampir melenyapkan Bahasa Melayu sebagai BAHASA IBUNDA orang-orang Patani. Ia bertujuan agar anak-anak orang Patani ini tidak tahu sejarah sebenar Patani. Malahan dinafikan asal-usul kewujudan Patani sebagai negeri Melayu. Sebaliknya mereka memutar-belit sejarah Patani dengan mengatakan ianya bukan negeri Melayu, tetapi keturunan dari Siam.

Singapura

Suatu ketika dahulu bangsa Melayu merupakan golongan majoriti di Singapura. Berdasarkan kepada statistik tahun 2010, penduduk Singapura berjumlah 5.08 juta orang. Kaum Cina membentuk 74 peratus jumlah penduduk, diikuti dengan kaum Melayu dengan 13 peratus dan India dengan 9.2 peratus. Kini, orang Melayu Singapura menjadi rakyat minoriti iaitu 660,400 orang Melayu berbanding kaum Cina. Semuanya berpunca daripada perancangan kotor British yang membuat muslihat hinggakan Sultan Johor\Singapura terpedaya untuk menyerahkan Singapura kepada penjajah British. Jesteru itu, secara automatik terhapuslah SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA dan bermulalah era NEGARA REPUBLIK. Kesan terhapusnya payung umat Melayu di Singapura menyebabkan bahangnya masih dirasakan hingga ke hari ini.

Polisi kerajaan Singapura yang memisahkan kaum Melayu secara sistematik telah menjadikan suara Melayu diketepikan dalam pentadbiran. Penyediaan skim perumahan dibahagikan mengikut kouta kaum

Polisi kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lim Kuan Yew telah memisahkan kaum Melayu secara sistematik dengan menjadikan suara Melayu dipinggirkan. Ini kerana penyediaan skim perumahan dibahagikan mengikut kouta kaum agar ianya menjadi minoriti

Orang Melayu Singapura pada hari ini terpinggir di tengah-tengah kecanggihan dan kemodenan Republik Singapura. Kampung-kampung Melayu di Singapura yang menjadi BUKTI kewujudan masyarakat Melayu sebagai akar umbi sejarah bangsa Melayu Singapura mula dibangunkan dan digantikannya dengan perumahan-perumahan pangsa (HDB), bangunan komersial dan perindustrian. Dengan lenyapnya perkampungan Melayu maka ADAT dan BUDAYA Melayu juga turut hilang sebagaimana hilangnya TANAH WARISAN turun temurun bangsa Melayu. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila terdapat segelintir umat Melayu memilih untuk membuang agama Islam dan mengambil agama Kristian sebagai agama barunya. Ia disebabkan daripada kesan aktiviti mubaligh Kristian yang sentiasa menekan dan mendoktrinkan agama Kristian secara berterusan kepada kaum Melayu.

Akhirnya, pada 2 Jun 1999, Istana Kampung Glam - benteng terakhir Melayu di Singapura, terpaksa dikosongkan dan penghuninya yang mewarisi peninggalan Sultan Hussein Shah itu sejak puluhan tahun lalu dipaksa berpuas hati menerima habuan sebanyak beberapa ribu ringgit sahaja. Bangunan ini telah dijadikan muzium Malay Heritage Centre

Pada 2 Jun 1999, Istana Kampung Glam – benteng terakhir Melayu di Singapura, terpaksa dikosongkan dan penghuninya yang mewarisi peninggalan Sultan Hussein Shah itu sejak puluhan tahun lalu dipaksa berpuas hati menerima habuan sebanyak beberapa ribu ringgit sahaja. Bangunan ini telah dijadikan muzium Malay Heritage Centre

Sikap kerajaan Singapura terhadap kaum Melayu telah dibuktikan melalui kajian sosio-ekonomi telah dijalankan pada tahun 2001 oleh Lily Zubaidah dan Tania Li berkaitan persepsi kaum Melayu Singapura terhadap pemerintah. Hasil temubual Lily Zubaidah bersama Kassim Yang Razali, seorang aktivis Melayu Singapura meluahkan perasaannya bahawa pemerintah Singapura memberi layanan yang hambar kepada kaum Melayu negara itu di sebalik menjalankan kempen menggalakkan penggunaan Mandarin dan ajaran Konfucius serta mengalu-alu penghijrah orang Cina dari Hong Kong untuk menutup kadar kelahiran yang rendah di kalangan rakyat majoritinya. Manakala hasil dapatan daripada kajian Tania Li pula membicarakan bagaimana pemerintah Singapura menjalankan diskriminasi untuk meminggirkan kaum Melayu sungguhpun ia melaung-laungkan pengamalan dasar meritokrasi dan multi-kaum. Bukan setakat itu sahaja, untuk menutup tindakan diskriminasi tersebut, kaum Melayu dilabelkan dengan pelbagai prasangka kaum seperti enggan bekerja keras, sukakan kepada hal-hal kerohanian dan kesenian serta tidak mempunyai motivasi yang tinggi, demi untuk mengatakan bahawa kedudukan kaum Melayu yang sedemikian itu adalah berpunca daripada mereka sendiri tetapi bukan kerana dasar kerajaan.

Mindanao

Wilayah Mindanao di Selatan Filipina juga mengalami nasib yang sama seperti di wilayah Pattani. Kesultanan ahlul-bait yang pernah memerintah Sulu dan Mindanao selama berkurun mampu memayungi bangsa dan agama orang Moro. Ia dibuktikan dengan kesungguhan Raja dan rakyat bersama-sama mempertahankan DAULAH ISLAMIYAH dari penjajahan Sepanyol melalui kerjasama dan bantuan bersama oleh kesultanan-kesultanan lainnya di Alam Nusantara selama 311 tahun lamanya. Sepanjang sejarah kolonialisme Sepanyol di Filipina orang-orang Moro di Selatan tidak pernah sama sekali dapat ditakluk dan ditundukan. Tercatat paling tidak terdapat enam kali peperangan berlaku di antara bangsa Moro dengan Sepanyol bermula Perang Moro Pertama (1565 – 1578), Perang Moro Kedua (1587 – 1599), Perang Moro Ketiga (1635 – 1645), Perang Moro Keempat (1656 – 1663), Perang Moro Kelima (1718 – 1725) dan Perang Moro Keenam (1851 – 1876). Namun begitu, pada 1898 Amerika Syarikat telah mengalahkan Sepanyol dan menjajah Filipina hinggalah tahun 1946.

Penentangan umat Islam Moro terhadap Sepanyol berlarutan selama 311 tahun (1565 - 1876)

Penentangan waris Kesultanan Islam Moro terhadap Sepanyol berlarutan selama 311 tahun (1565 – 1876) melalui enam siri peperangan

Penentangan umat Islam Moro bertambah getir apabila Amerika Syarikat telah menjajah Mindanao bermula 1898 - 1946. Kekejaman dan penindasan ke atas Moro semakin buruk tanpa belas kasihan

Umat Islam Moro bertambah getir apabila Amerika Syarikat telah mengalahkan Sepanyol dan menjajah Filipina selama 48 tahun (1898 – 1946). Kekejaman dan penindasan ke atas Moro semakin buruk tanpa belas kasihan

Selepas Filipina merdeka pada 12 Jun 1946, wilayah Sulu dan Mindanao tidak diserahkan kembali kepada waris kesultanan Moro. Kini, bumi Mindanao yang pernah merajakan ahlul-bait Rasullulah S.A.W dan mendaulahkan umat Islam Moro sebagai penduduk majoriti telah mengalami proses KRISTIANISASI oleh kaum Kristian yang berhijrah secara beramai-ramai dari wilayah utara Filipina. Suara umat Islam Moro kini menjadi kerdil. Sisa-sisa perjuangan pembebasan bumi Sulu dan Mindanao masih diteruskan oleh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) secara diplomasi oleh Hj. Mohammad Murad melalui Perjanjian Damai Manila-MILF di Istana Malacanang, Manila pada 15 Oktober 2012.

Perjanjian Damai Manila - MILF 2012 merupakan detik bersejarah umat Islam Moro mendapat kuasa autonomi dari kerajaan Filipina

Perjanjian Damai Manila – MILF 2012 merupakan detik bersejarah umat Islam Moro mendapat kuasa autonomi untuk memerintah wilayah Mindanao dari kerajaan Filipina

Aceh

Aceh merupakan sebuah wilayah yang terawal menerima ajaran Islam di Nusantara

Aceh merupakan sebuah wilayah yang terawal menerima ajaran Islam di Nusantara

Bumi yang pernah digeruni oleh penjajah Portugis dan Belanda. Ia terkenal sebagai sebuah Empayar Islam yang besar dan kuat serta diberikan jolokan nama “Serambi Mekah”. Aceh dianggap sebagai tempat bermulanya penyebaran Islam di Indonesia dan memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara. Pada awal abad ke-17, Kesultanan Aceh adalah negara terkaya, terkuat, dan termakmur di kawasan Selat Melaka. Sejarah Aceh diwarnai oleh kebebasan politik dan penentangan keras terhadap pencerobohan orang asing, termasuk bekas penjajah Belanda dan pemerintah Indonesia.

Kini, rakyatnya juga mengalami nasib yang sama dengan bangsa-bangsa yang hilang taringnya apabila Institusi Kesultanan Aceh terlupus atau dilupus. Pada hari ini, rakyat Aceh hidup serba miskin dan melarat di bumi sendiri. Walaupun Aceh sebuah wilayah yang subur dengan sumber-sumber alam. Tuntutan untuk mengambalikan Kedaulatan Aceh mendapat bantahan sekeras-kerasnya dari kuasa-kuasa Yahudi dan Nasrani kerana mereka gentar akan potensi Aceh untuk kembali gemilang sebagai sebuah DAULAH ISLAMIAH yang kuat, sebagaimana sejarah bangsanya suatu masa dahulu.

Sejarah peperangan di antara Kesultanan Aceh dengan Belanda berlaku antara tahun 1873 hingga tahun 1904. Kedua-dua belah pihak bermati-matian untuk memenangi peperangan ini

Sejarah peperangan di antara Kesultanan Aceh dengan Belanda berlaku antara tahun 1873 hingga tahun 1904. Kedua-dua belah pihak bermati-matian untuk memenangi peperangan ini

Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila

Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila

Impian rakyat Aceh untuk mendapatkan kemerdekaan telah digantikan dengan pemberian kuasa Autonomi oleh kerajaan Indonesia

Impian rakyat Aceh untuk mendapatkan kemerdekaan telah digantikan dengan pemberian kuasa Autonomi oleh kerajaan Indonesia melalui Perjanjian Damai Helsinki 2005

Ekoran daripada timbulnya ketidakpuasan hati masyarakat Aceh, maka penentangan bersenjata ke atas kerajaan Indonesia telah dilakukan oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Tujuan utama gerakan ini dijalankan adalah untuk memperolehi kemerdekaan dari Indonesia bermula dari  tahun 1976 hingga tahun 2005. Peristiwa tsunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 telah menyebabkan diadakannya perjanjian damai di antara GAM dan kerajaan Indonesia. Selepas bencana tsunami dahsyat menghancurkan sebahagian besar Aceh dan menelan ratusan ribu korban jiwa, kedua belah pihak, GAM dan kerajaan Indonesia menyatakan gencatan senjata dan menegaskan keperluan yang sama untuk menyelesaikan konflik yang berpanjangan.

Pelaksanaan Perjanjian Damai Helsinki akan menjadi kenyataan dari harapan rakyat Acheh untuk membawa perubahan dan kemajuan yang signifikan terhadap kehidupan rakyat yang telah lama hidup dalam penderitaan dan kekerasan tentera Indonesia

Pelaksanaan Perjanjian Damai Helsinki akan menjadi kenyataan dari harapan rakyat Aceh untuk membawa perubahan dan kemajuan yang signifikan terhadap kehidupan rakyat yang telah lama hidup dalam penderitaan dan kekerasan tentera Indonesia

Hasilnya, Perjanjian Damai (MoU Helsinki 2005) di antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Indonesia telah ditandatangani pada 15 Ogos 2005 di Helsinki, Finland. Perjanjian Damai Helsinki 2005 ini menamatkan konflik antara Aceh dengan Jakarta selama hampir 30 tahun. Di antara butir-butir persefahaman ini kemudian dimasukkan dalam UU No 11/2006 tentang Pemerintah Aceh telah memberikan kuasa AUTONOMI kepada GAM untuk melaksanakan Hukum Syariah dan mendapat 70 peratus daripada hasil mahsul sumber alam semulajadi.

Kesimpulan

Sistem Beraja atau Monarki ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud sejak 3000 tahun dahulu. Semua tamadun2 awal manusia mengamalkan sistem monarki seperti Tamadun Mesopotamia, Mesir, India dan China. Perkataan monarki berasal daripada perkataan latin iaitu ‘mono’ dan ‘archein’ yang bermaksud ‘satu pemerintahan’. Sistem monarki di Asia Tenggara wujud sejak ribuan tahun dan dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan kemudian bertukar kepada sistem kesultanan selepas kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, hampir semua kerajaan di Asia Tenggara menjadi kerajaan-kerajaan Islam. Kedatangan orang Eropah telah mengubah sistem politik tradisional orang Melayu berpegang kepada sistem beraja mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Orang Melayu khususnya di Malaysia dikira masih bernasib baik kerana British tidak menghapuskan sistem monarki selepas mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu dalam percubaan mereka menghapuskan Institusi Beraja melalui Malayan Union.

Kita seharusnya bersyukur kehadrat illahi kerana masih dikurniakan Raja-Raja Melayu yang menaungi rakyat jelata sebagai simbol perpaduan negara

Kita seharusnya bersyukur kehadrat illahi kerana masih dikurniakan Raja-Raja Melayu yang menaungi rakyat jelata sebagai simbol perpaduan negara

Oleh itu, bangsa Melayu harus mengambil iktibar dan contoh daripada bangsa Inggeris yang masih tetap ingin mengekalkan sistem monarki mereka walaupun mereka sudah sekian lama menjadi bangsa yang maju dalam serba-serbi malah di Australia yang merupakan salah satu negara Alam Komanwel pernah mengadakan referendum pada 6 November 1999 untuk memberi peluang kepada rakyat mereka memilih sama ada kekal bernaung di bawah Ratu England atau membentuk republik tetapi hasil referendum menunjukkan rakyat negara tersebut memilih untuk terus bernaung di bawah naungan diraja walaupun Australia sudah lama merdeka dari Britain. Sekarang ini terpulang kepada bangsa Melayu sama ada ingin membuang sistem monarki atau terus bernaung di bawahnya.

Jangan kerana kesilapan beberapa orang raja, kita ingin menghapuskan apa yang sudah dibina sejak ratusan tahun. Jangan setelah tiada lagi Institusi Beraja, kita menyesal kerana ketika itu ia tidak berguna lagi.

Tinggalkan komen