ALFONSO TAK MENAWAN KEDAH DAN PULAU PINANG?

Pendahuluan

Alfonso de Albuquerque – Laksamana Tentera Laut Portugis

Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d’Albuquerque (1453 – 16 Disember 1515) adalah seorang Laksamana Tentera Laut Portugis yang terkenal. Beliau telah membantu mengembangkan Empayar “penjajah” kerajaan Portugis di sekitar Lautan Hindi. Ia juga merupakan tokoh utama yang berperanan dalam menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 24 Ogos 1511. Setelah beliau berjaya menakluki Melaka, sebuah kota pertahanan (Kota A Famosa) telah dibina untuk menyekat penentangan dan serangan dari orang-orang Melayu.

Beliau dilahirkan di Alhandra berhampiran Kota Lisbon, Portugal.  Albuquerque pernah dikenali sebagai “Yang Agung”, serta “Marikh Portugis” buat satu tempoh yang agak lama. Ayahnya, Gonçalo de Albuquerque, (Herr von Vila Verde dos Francos) memegang jawatan yang penting di dalam istana. Daripada ibunya, Leonor de Menezes, beliau dikaitkan kepada keluarga diraja Portugal melalui keturunan luar nikah.

Flor de la Mar

Frol de la mar atau Flor de la Mar (Flower of the Sea) adalah sebutan di dalam Bahasa Portugis. Ia dibina khusus untuk ekspedisi penaklukan tanah jajahan Portugis di sekitar kawasan Asia Tenggara dengan berat kapalnya mencecah 400 tan. Perkhidmatan kapal ini telah digunakan selama sembilan tahun untuk menjalankan aktiviti penjajahan dan menjadi pengangkutan utama di Lautan Hindi dan sekitar Selat Melaka sehinggalah ia karam pada tahun 1512. Tragedi ini berlaku di Lautan Sumatera semasa  Alfonso de Albuquerque di dalam perjalanan pulang dari penaklukan Melaka dengan membawa harta rampasan yang besar untuk dipersembahkan kepada Raja Portugis.

Illustrasi : Flor de La Mar – Kapal perang yang mengetuai penaklukan Melaka pada 24 Ogos 1511

Fakta Sejarah

Apa kata kita berehat seketika dan menyegarkan minda dengan coretan cerita berkaitan Alfonso de Albuquerque yang jarang diceritakan oleh pengkaji sejarah. Sebaliknya mitos ini diceritakan secara turun temurun kepada masyarakat Melayu untuk renungan bersama.

  • 1508 – Alfonso de Albuqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke kawasan Asia Tenggara (Melaka Pusat Perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera seperti 158 biji kapal dan 15,300 bala tentera.
  • 1509 – Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana.
  • Ogos 1511 – Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara. Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa.
  • 1512 – Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke negeri Kedah dan Pulau Pinang, yang ketika itu merupakan pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini.
  • Feb 1512 – Alfonso menghantar perisik ke Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan Pulau Pinang) mengikut sejarah, perisiknya telah pergi ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
  • Seminggu selepas Feb 1512 – Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.

    5 Hang Bersaudara – Pahlawan Melayu Kesultanan Melaka

    Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah;

Perisik 1.2.3 – “selamat pagi tuan” (sambil bertabik) Alfonso > “selamat pagi”

Perisik 1 – “Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang.” Alfonso > “Kenapa kuat sangatkah mereka itu..?” (dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 – “Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Likir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan Perlis yang mempunyai beribu-ribu hang.”

Perisik 3 – “Betoi tu tuan. Di antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang yang ada kat sana.”

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi hendak pergi menyerang Kedah dan Pulau Pinang. Ini disebabkan pengalamannya sebelum ini dalam melawan 5 pahlawan Melayu Melaka yang amat ngeri. Ini kan pula nak berhadapan dengan beribu ribu hang yang terdapat di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

“JANGAN MARAH AKU!!”

“AKU PUN TERKENA JUGAK! KUAT JUGAK LE AKU GELAK SEBAB AKU TENGAH STRESS!!”

MUTIARA KATA – DATO’ SERI SAMMY VELLU SEPANJANG 31 TAHUN

Dato’ Seri Samy Vellu Sangalimuthu dilahir pada 8 Mac 1936, lebih dikenali sebagai Samy Vellu atau Semi Value (Nilai Separa) di kalangan musuh politiknya adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India (Tamil) dan seorang ahli arkitek berdaftar. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.

Dato’ Seri Samy Vellu telah berundur secara rasmi dari jawatannya sebagai Presiden MIC yang paling lama memimpin parti selama hampir 31 tahun. Terus terang, kita akan merinduinya terutama terhadap kata-kata seloroh dan lucunya di sepanjang perkhidmatannya.

Perdana Menteri pernah mengatakan hal ini dalam Persidangan Barisan Nasional 2010; “Kami akan merindukan Dato’ Seri Samy Vellu kerana ia menambah banyak warna …. kadang terlalu banyak warna”. Oleh kerana itu, sebagai tanda penghargaan, saya hanya ingin berkongsi beberapa koleksi mutiara kata yang dikumpul di mana ia diucapkan oleh Dato’ Seri Samy Vellu.

* Amaran. Ini memang kelakar gile *

  1. Semasa isu berkaitan Pos Laju: “Besoh kirim, hari ini juga sampai”
  2. Semasa ke udara di Berita TV ketika beliau cuba meluahkan perasaan malu: “Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”
  3. Semasa menyampaikan sebuah ceramah: “Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Selepas itu ada seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan dengan bangganya beliau menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”
  4. Petikan ucapan paling favourite di dalam Berita TV: “Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
  5. Petikan ucapan semasa krisis air: “Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”
  6. Petikan ucapan berkaitan masalah sosial: “Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”
  7. Petikan ucapan semasa Program Derma Darah di Sungai Siput: “Marilah kita semua menderma dare”
  8. Petikan ucapan beliau semasa mengucapkan kata-kata aluan sesuatu program: “Selamat datang saudara-mara semua” (It should have been “saudara-saudari”)
  9. Semasa isu pengharaman Al-Arqam’s, beliau berkata dalam Press Conference: “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
  10. Semasa upacara perasmian bangunan baru: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

Lawak paling kelakar yang diucapkan oleh beliau yang akan diingati oleh peminatnya sepanjang hayat: “Kita akan bina roket pigi matahari.” Seorang Wartawan memberi respon, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” beliau menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau yang telah diberikan di sepanjang 31 tahun.

We wish you all the best!

Dato’ Seri Samy Vellu