AGENDA DAP UNTUK MENJATUHKAN PEMERINTAHAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA

Pendahuluan

Kawasan pemeritahan Kesultanan Melayu Melaka merangkumi Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian kawasan Sumatera.

Kawasan pemeritahan Kesultanan Melayu Melaka merangkumi Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian kawasan Sumatra.

Bermulanya pemerintahan Melayu Islam secara rasmi adalah di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Paramesara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403 Masehi. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Ia berubah pada tahun 1409 Masehi apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Kerajaan Islam Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka. Baginda telah menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511 Masehi. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Namun begitu, pemerintahan kerajaan ini telah diteruskan oleh seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II dengan menubuhkan Kesultanan Johor pada tahun 1528 bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Kesan daripada penjajahan selama 446 tahun oleh negara asing seperti Portugis bermula dari tahun 1511 hinggalah British pada 1957 menyebabkan Kerajaan Melayu saling bertukar ganti dari Kesultanan Melayu Melaka kepada Kesultanan Melayu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan mengikut daerah dan wilayah masing-masing. Pada tika dan saat itu, semangat kemelayuan dan cintakan tanahair telah menjadi tangkal azimat kepada pejuang-pejuang Melayu terdahulu. Ia dapat dilihat dengan bangkitnya Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, adalah di kalangan orang Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang berkorban nyawa menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan di mana ia bersifat oportunis.

Kehebatan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka digambarkan sebagai kota pentabiran, ekonomi dan pertahanan yang ulung di Nusantara pada awal abad ke-14.

Kehebatan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka digambarkan sebagai kota pentabiran, ekonomi dan pertahanan yang ulung di Nusantara pada awal abad ke-14.

Muslihat British Untuk Memerdekakan Semenanjung Tanah Melayu

Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12 apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak terjamin.

Majlis Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan Parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959.

Barisan Kabinet yang ditubuhkan untu menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India selepas Pilihan Raya 1959.

Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat. Malah, selama beberapa dekat PAS senentiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”. Begitu prihatin PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam pada masa itu.

Kongres PAS yang pertama pada 1952 di Maahad Yahyaiyah di Padang Rengas dengan bersimbolkan bulan bintang.

Kongres PAS yang pertama pada 1952 di Maahad Yahyawiyah di Padang Rengas dengan bersimbolkan bulan bintang.

Semasa rundingan kemerdekaan juga, Parti Buroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata-kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Buroh? Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?

Pergabungan Parti Buroh Malaya dan Parti Rayat Malaya telah membentuk Parti Sosialis Rakyat pada tahun 1957.

Pergabungan Parti Buroh Malaya dan Parti Rakyat Malaya telah membentuk Parti Sosialis Rakyat Malaya pada tahun 1957.

Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak terpengaruh degan mereka. Soalan: Tidakkah orang Melayu ternampak perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara?

Pembentukan Perlembagaan Malaysia

Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang lahir pada awal tahun 1950’an masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.

Perjanjian kemerdekaan semasa pembentukan Malaysia telah melahirkan "Kontrak Sosial" yang menjaga keharmonian negara.

Perjanjian kemerdekaan semasa pembentukan Malaysia telah melahirkan “Kontrak Sosial” yang menjaga keharmonian negara.

Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:

“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”

“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.”

Pada 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Majoriti Pimpinan Melayu

Semenjak Merdeka hinggalah sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana sebuah kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun? Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.

Kegagalan Kerajaan pimpinan Najib memansuhkan Sekolah Aliran Vernakular membantut proses Integrasi Nasional

Kegagalan Kerajaan pimpinan Najib memansuhkan Sekolah Aliran Vernakular membantut proses Integrasi Nasional

Jika kaum minoriti hendak ‘complain’ mengenai kebebasan mereka, mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid telah mencabar agar tunjukkan kepada beliau sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah. Selain itu, beliau juga mencabar agar tunjukkan kepada beliau sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya. Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila dikehendaki pindah? Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.

Tamakkan Kuasa Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu

Kecuali seketika di sekitar tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara! Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih? Mungkin itu “dermawan” mengikut istilah mereka. Anehnya ada juga orang Melayu yang mempercayainya.

Ketamakan dan kegelojohan pembangkang mendapatkan kuasa politik sering membelakangkan Sultan

Ketamakan dan kegelojohan pembangkang mendapatkan kuasa politik sering membelakangkan Sultan

Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.

Senario ini telah didedahkan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam. Di mana beliau menyatakan bahawa kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan mereka apabila mereka terhidu kelemahan orang Melayu. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.

Pendirian tegas Tun Abdul Hamid terhadap isu-isu berkaitan Kontak Sosial menjadi agenda utama demi meningkatkan jatidiri dan nasib Melayu di Malaysia

Pendirian tegas Tun Abdul Hamid terhadap isu-isu berkaitan Kontak Sosial menjadi agenda utama demi meningkatkan jatidiri dan nasib Melayu di Malaysia

Sambil itu kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.

Pendekatan mereka adalah bersifat ugutan dan bisnes : jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya. Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ertinya, mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan. Semua mesti diberi atas dasar merit. Mereka tahu mereka menguasai ekonomi dan berada di hadapan dalam bidang pelajaran. Mereka tinggal di bandar-bandar besar di mana terdapat semua kemudahan dan exposure. Apabila pemilihan cuma dibuat berdasarkan kelulusan akademik, merekalah yang akan membolotnya. Tak cukup dengan itu, mereka mahu UiTM juga dibuka kepada mereka!

Orang Bukan Islam Menentang Islam Sebagai Agama Persekutuan

Rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, doa dibacakan oleh seorang Paderi Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?

Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu naif sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung.

Teguran Sultan selaku ketua agama Islam mengecam cubaan orang bukan Islam dalam menggunakan kalimah "Allah".

Teguran Sultan selaku ketua agama Islam yang mengecam cubaan orang bukan Islam dalam menggunakan kalimah “Allah” mendapat perhatian banyak piha yang berkepentingan

Saya juga hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ‘ulama’ tidak nampak muslihat gereja Roman Katolik yang hendak memakai kalimah “Allah” dalam Bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa kerana kegagalan mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran. Mereka merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di bumi Arab tanpa menganalisis berbezaannya. Kita perlu lihat isu itu dalam konteks Malaysia.

Hinggakan, apabila sami Buddha mengadakan upacara sembahyang di surau di sebuah hotel pun, ada “ilmuwan Syariah” yang mengatakan Rasul Allah pernah membenarkan orang Kristian bersembahyang dalam masjid. Tidakkah mereka nampak perbezaannya?

Kisah itu melibatkan ahlil-kitab yang beriman dengan Allah dan di peringkat awal kerasulan Muhammad s.a.w. dan cara mereka bersembahyang pun tidak mencemarkan kesucian masjid. Jika dibenarkan penganut-penganut agama yang ada di Malaysia bersembahyang dalam masjid, apa akan jadi? Bukan sahaja masjid akan busuk dengan bau gaharu, babi panggang pun akan dibawa masuk ke masjid, sebab di bulan hantu lapar “offering” kepada hantu lapar adalah sebahagian daripada upacara sembahyang mereka.

Mantan Mufti Pulau Pinang juga memberitahu saya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin-pemimpin agama-agama lain juga menuntut hak yang sama. Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Pada waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain. Jabatan-jabatan Kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, to’kong-to’kong dan gurdwara, memberi hanya dua misalan. Ertinya, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi. Peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan mungkin dimansuhkan atau kesemua agama akan dijadikan agama Persekutuan. Tidakkah orang Islam berfikir?

Walaupun mahkamah telah mengeluarkan arahan bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam, ternyata pihak Kristian tetap berdegil untuk menggunaannya

Walaupun mahkamah telah mengeluarkan arahan bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam, ternyata pihak Kristian tetap berdegil untuk menggunaannya

Kumpulan ini sangat tidak puas hati dengan peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Selain dari itu, mereka pergi ke merata dunia untuk memburukkan Islam kerana Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, kerana Islam membolehkan poligami, kerana Islam mengharamkan liwat, membuat tuduhan Islam mendiskriminasikan orang perempuan kerana pembahagian pusaka yang tidak sama rata dan lain-lain. Soalan saya: Mengapa mereka membantah hal-hal mengenai agama Islam pada hal kita tidak pernah membantah mereka membakar kereta kertas, duit neraka (hell money) atau mencucuk pipi mereka dengan besi dan lain-lain.

Mereka juga tidak puas hati dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Mereka mahu Bahasa mereka juga diberi kedudukan yang sama. Ke mana perginya “kontrak sosial”?

Ringkasnya mereka mahukan atau mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan dikaji semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu, baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Provokasi 

Kumpulan itu menjadi lebih berani kerana:

  1. Mereka telah melihat orang Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.
  2. Mereka telah berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama dengan mereka.
  3. Mereka telah berjaya memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka diperalatkan.
  4. Ketiadaan tindakan terhadap mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.
  5. Pemansuhan Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.
  6. Persepsi rasuah di kalangan pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan mereka.

Pada masa yang sama, Kerajaan semakin mengambil sikap lebih lembut dan “liberal”, mungkin dalam usaha untuk memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi mereka.

Motif Di Sebalik Pemansuhan EO Dan ISA

Secara umumnya, kita boleh memahami mengapa Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya telah dimansuhkan?

Ketiadaan ISA telah menjadi pemangkin kepada pintu perdebatan yang penuh cercaan, hinaan dan kebiadapan oleh orang ramai seccara terbuka.

Ketiadaan ISA telah menjadi pemangkin kepada pintu perdebatan yang penuh cercaan, hinaan dan kebiadapan oleh orang ramai seccara terbuka.

Dalam tahun 1970an, seorang Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.” Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun dari segi undang-undang ia adalah sah.

Tetapi, adalah sesuatu yang sukar sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan dan kertas kerja yang ditulis oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia”.

Adalah mudah untuk difahami bahawa Kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.

SOSMA Ibarat Harimau Tidak Bertaring

Singapura masih menggunapakai ISA yang digubal oleh British demi keamanan negaranya.  Tetapi di bawah pentadbiran Najib, ISA telah digantikan dengan SOSMA

Singapura masih menggunapakai ISA yang digubal oleh British demi keamanan negaranya. Tetapi di bawah pentadbiran Najib, ISA telah digantikan dengan SOSMA

Sekarang ISA telah “digantikan” dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman (judicial review). Sebaliknya, di bawah SOSMA seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.

Setakat ini sebanyak 38 orang telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to terrorism).

Ertinya “terrorism” yang memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism? Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya, dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat perkembangannya.

Bagi saya ukurannya bukan sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA jika SOSMA disalahgunakan.

Sebaliknya, jika SOSMA dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA lebih baik.

Jangan Mansuhkan Akta Hasutan 1948

Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum.

Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.

Akta Hasutan berjaya memelihara keharmonian dan keamanan negara

Akta Hasutan berjaya memelihara keharmonian dan keamanan negara semasa penjajahan British hingga kini. Ia terbukti ampuh dan berkesan untuk dikuatkuasakan pada setiap masa dan zaman

Menurut matan Ketua Hakim Negara, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya.

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Penggubalan Akta Keharmonian secara tergesa-gesa oleh JPNIN dengan bantuan Majlis Peguam amatlah mengejutkan. Ia digubal mengikut citarasa dan agenda pembangkang

Penggubalan Akta Keharmonian Nasional secara tergesa-gesa oleh JPNIN dengan bantuan Majlis Peguam amatlah mengejutkan. Ia digubal mengikut citarasa dan agenda pembangkang

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata “Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!

Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan-larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.

Soalan yang bermain di fikiran rakyat : Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu “rampasan” (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:

“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8.”

“Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8.” – Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

“8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.”

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

“8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed.”

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Peranan utama Ambiga dalam penyediaan deraf Akta Keharmonian Nasional  adalah sebagai jurucakap mansuhan Akta Hasutan 1948

Peranan utama Ambiga dalam penyediaan deraf Akta Keharmonian Nasional adalah sebagai jurucakap mansuhkan Akta Hasutan 1948

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

Kita bukan mahukan hak orang lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih. Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah kita?

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang, mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sebenarnya semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan bersama.

Kesimpulan

1. Janganlah mansuh Akta Hasutan 1948.

2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.

3. JPNIN tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.

4. Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).

6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.

7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.

8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa.

9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal ini.

10. Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni dapat dikekalkan.

 Sumber :

Tun Abdul Hamid Mohamad tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my

WAJARKAH INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DIMUZIUMKAN?

Pendahuluan

Kemunculan Empayar Othmaniyyah yang meliputi Eropah dan Asia amatlah digeruni oleh Barat

Kemunculan Empayar Othmaniyyah yang meliputi Eropah dan Asia amatlah digeruni oleh Barat

Menjelang abad ke-20 Masihi, kita dapat menyaksikan berbagai-bagai bentuk perubahan pada percaturan sosio politik dunia Islam seluruh dunia. Buat pertama kalinnya dalam sejarah Islam, umatnya kehilangan pusat khalifah apabila Dinasti Othmaniyyah mengalami kejatuhan dan tewas di tangan kuasa-kuasa Barat yang dipelopori oleh England, Perancis dan Amerika. Wilayah-wilayah Arab yang berada di bawah naungan Empayar Othmaniyyah dipaksa untuk menyerahkan KEDAULATAN mereka dan buat pertama kalinya semenjak sejarah kedatangan Islam, kuasa-kuasa Barat telah memecah-belahkan Kesatuan Negara-Negara Islam dengan melakukan PERSEMPADANAN semula dan membahagikan Negara-Negara Islam di bawah mandat Liga Bangsa-Bangsa (Sebuah badan dunia sebelum adanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Susulan daripada senario semasa paercaturan politik antarabangsa dan tempatan maka wujudlah tangan-tangan ghaib yang cuba untuk menyempitkan peranan tradisi Raja-Raja Melayu. Penjajah British yang terkenal dengan kemahiran dan kelicikan dalam ‘modus operandi’ mengendalikan sebuah empayar besar sejak beratus tahun dan berpengalaman dalam percaturan politik antarabangsa telah mempunyai beberapa ‘tried and tested formula’ untuk membuat cabaran terbuka kepada Sistem Pemerintahan Bermonarki Masyarakat Melayu.

Propaganda Barat Terhadap Empayar Othmaniyyah

Sultan Abdulhamid II menghadapi tekanan kuasa Barat dan ancaman subversi oleh pihak pembangkang

Sultan Abdulhamid II menghadapi tekanan kuasa Barat dan ancaman subversif oleh pihak pembangkang

Setelah Sultan Abdulhamid II mengambil takhta Uthmaniyyah pada tahun 1876, Empayar Uthmaniyyah dalam fasa kelemahan dan berpecah-belah. Lawannya mahu menyeksa pemerintahan 33 tahun beliau dengan slogan ‘era penindasan’ . Tetapi untuk menghilangkan ancaman kejatuhan empayar sepenuhnya dari serangan dalaman dan di luar sempadannya, maka beliau telah melakukan TRANSFORMASI di dalam tadbir urus empayarnya. Beliau meletakkan banyak penekanan kepada mewujudkan asas yang kukuh melalui pelaburan ke dalam sektor pendidikan dan menyusun semula perbendaharaan untuk mengurangkan hutang empayar.

Dari segi dasar luar, beliau diiktiraf sebagai Khalifah oleh semua umat Islam di dalam dan di luar Empayar, beliau menggunakan kedudukan dan pengaruhnya semaksimum ke atas dunia Islam. Senario ini membuatkan Empayar British sangat tidak selesa. Ini kerana British amat memusuhi kerajaan Uthmaniyyah kerana wilayah pemerintahannya meliputi sebahagian Eropah Timur yang memiliki sumber alam semulajadi yang banyak. Pengaruh Uthmaniyyah ini dapat dilihat di serata dunia Islam hinggakan bendera Uthmaniyyah dan poster Sultan Abdulhamid II telah dijadikan simbol sokongan masyarakat walaupun di kampung-kampung terpencil di India. Selain daripada itu, bacaan doa oleh imam-iman juga ditujukan khas kepada pemerintah Empayar Uthmaniyyah di lakukan oleh umat Islam di Indonesia, China, Afrika dan Asia Tengah di atas nama khalifah dan Amirul Mukminin Abdulhamid II.

Sultan Abdulhamid II dikelilingi oleh rakyat yang menjanjunginya di atas keprihatinan beliau mempertahankan Empayar Othmaniyyah

Sultan Abdulhamid II dikelilingi oleh rakyat yang menyanjunginya di atas keprihatinan beliau mempertahankan Empayar Othmaniyyah

Pendekatan Islam telah menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Barat terutamanya Empayar British. Ini kerana pendirian beliau yang membangkang secara terbuka kepada ZIONISME dan menentang penyelesaian pencerobohan Yahudi di bumi Palestin. Senario ini telah mengganggu agenda jahat British dan mengecewakan banyak pelobi Zionis. Susulan daripada penentangan tersebut, British dan sekutunya telah melancarkan perang saraf dan propaganda di media Barat dengan memburukkan pemerintahan Sultan Abdulhamid II. Mereka telah menggunakan krisis pemberontakan di Armenia sebagai alasan untuk mendapatkan sokongan Eropah untuk campur tangan di dalam krisis tersebut. Hasil daripada kempen dan melobi yang berterusan, British dan pemodal Yahudi memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk menjamin kepentingan mereka dari diganggu oleh Empayar Uthmaniyyah adalah melalui REVOLUSI untuk menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdulhamid II secara DEMONSTRASI dan PROPAGANDA.

Propaganda Barat telah mempersenda dan memalukan Sultan Abdulhamid II melalui karikatur

Propaganda Barat telah mempersenda dan memalukan Sultan Abdulhamid II melalui karikatur bermotifkan politik

Majalah Le Rire yang diterbitkan pada 17 Oktober 1908 menyindir Sultan Abdulhamid II seperti kanak-kanak kecil yang perlu diawasi oleh pengasuh

Majalah Le Rire yang diterbitkan pada 17 Oktober 1908 menyindir Sultan Abdulhamid II seperti kanak-kanak kecil yang perlu diawasi oleh pengasuh

Mereka telah berkerjasama dengan kumpulan pembangkang yang diketuai oleh Kamal Attartuk untuk menjalankan espionage dan sabotaj dari dalam pentadbiran Empayar Uthmaniyyah.  Manakala mereka melancarkan kempen propaganda terhadap Abdulhamid II dari luar Empayar Uthmaniyyah yang dimulakan di Eropah melalui media dengan melabelkan beliau dengan berbagai nama-nama yang negatif seperti ‘penindas’, ‘penzalim’ dan ‘diktator’ oleh orang-orang seperti ahli sejarah Perancis Albert Vandal dan Perdana Menteri Inggeris William E. Gladstone. Kempen ini tidak sahaja berhenti walaupun selepas beliau digulingkan oleh Kamal Artartuk melalui rampasan kuasa tentera pada tahun 1909. Walaupun mereka berjaya menjatuhkan Sultan Abdulhamid II dari pemerintahannya, kempen  dan propaganda terus giat dipertingkatkan dengan desakkan agar beliau dihukum gantung.

Campurtangan British Di Alam Melayu

Campurtangan British di dalam pentadbiran Tanah Melayu amatlah ketara dari aspek Sir Donald MacGillivray,  and the Sultan of Selangor Sir Hisamuddin Alam Shah Al - haj, taken before the signing of the Federation of Malaya Agreement

Campurtangan British di dalam pentadbiran Tanah Melayu amatlah ketara. Sir Donald MacGillivray merupakan penasihat kepada Sultan  Selangor Sir Hisamuddin Alam Shah Al – haj

Pada awal kedatangan British, alasan yang diberikan ialah kononnya untuk melindungi Raja-Raja Melayu dari kemaraan kuasa Belanda yang pada masa itu sedang mula mengembangkan pengaruhnya di Alam Melayu. Ataupun menjadi orang tengah dalam pergolakan-pergolakan Politik Istana. Dalam masa itu, British mulai mengambil kesempatan mengkaji sedalam-dalamnya akan ADAT dan KEPERCAYAAN masyarakat Melayu serta mengenali KEKUATAN dan KELEMAHAN mereka sambil berikhtiar mengembangkan pengaruh dalam batas-batasan sosio-politik tempatan supaya cita-cita sebenar mereka sukar dikesan. Kemudiannya secara HALUS dan berperingkat-peringkat , tekanan demi tekanan, helahdan tipu daya mula dibuat untuk memerangkap Raja-Raja Melayu supaya tunduk pada tuntutan mereka. Setelah berkeyakinan pada kedudukan serta membuat persediaan untuk melindungi kepentingan kuasa-kuasa barat dari pemberontakan masyarakat tempatan, pihak British tampil ke hadapan merampas hak dan kepentingan pemerintahan beraja di Alam Melayu secara terbuka. Akhirnya, landskap politik tempatan diubah dan peranan tradisi Raja-Raja Melayu dipersempit dan dipinggirkan.

Raja-Raja Melayu merupakan tonggak kepada agama Islam dan bangsa Melayu. Kita seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai Raja-Raja yang menjadi lambang kedaulatan negara

Raja-Raja Melayu merupakan tonggak kepada agama Islam dan bangsa Melayu. Kita seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai Raja-Raja yang menjadi lambang kedaulatan negara

Dilema Institusi Raja-Raja Melayu

Dewasa ini, kedaulatan Raja-Raja Melayu yang TERHAKIS mula menampakkan akibatnya di mana sesetengah generasi kini mulai berpendapat Institusi Raja-Raja Melayu tidak lebih dari warisan nenek moyang yang sudah TIDAK RELEVAN lagi dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Mereka berfikiran cukuplah ahli-ahli politik memainkan peranan memelihara dan melindungi hak dan kepentingan bangsa Melayu. Sesetengah pendapat pula mengatakan bahawa umat Melayu sudah matang, sudah pandai menjaga diri dan bangsa. Oleh itu, mereka berpendapat tidak perlu lagi wujudnya INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU di negara ini dengan menjustifikasikan kepada alasan berikut :

Yang Dipertuan Agong merupakan simbol Kesultanan Raja-Raja Melayu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat

Yang Dipertuan Agong merupakan simbol Kesultanan Raja-Raja Melayu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat

Raja-Raja Melayu Diakui Hanya Lambang Kedaulatan

  • Generasi masa kini tidak lagi diajar mahupun belajar untuk mengetahui serta menghayati peranan sebenar Raja-Raja mereka. Kalau dahulu umat Melayu meletakkan Institusi Raja-Raja Melayu dan Institusi Alim Ulamak sebagai kesatuan yang padu. Namun kini, ia seakan-akan terlerai tali yang mengikat PERPADUAN ini. Seolah-olah masing-masing membawa diri tanpa mengetahui ke mana arah tuju dan ke mana berakhirnya haluan. Jika dahulunya, Raja-Raja Melayu diterima sebagai tunggak kedaulatan orang-orang Melayu. Namun kini, ia hanya menjadi LAMBANG kedaulatan mereka. Sebagaimana Keris yang pernah melindungi dan mempamerkan ciri-ciri kepahlawanan Melayu, kini hanya merupakan suatu LAMBANG yang tidak relevan dan hanya diklasifikasikan sebagai PENINGGALAN SILAM yang layak disimpan di muzium-muzium sejarah kerana ia tidak lagi mendapat tempat di dalam masyarakat yang serba moden.
Hampir semua Raja-Raja Melayu mempunyai pertalian darah dan keturunan dari keluarga Rasulullah S.A.W

Hampir semua Raja-Raja Melayu mempunyai pertalian darah dan keturunan dari keluarga Rasulullah S.A.W (Ahlul-Bait)

Raja-Raja Melayu Dituduh Sebagai Orang Asing

  • Persoalan yang kerap dilontarkan oleh generasi kini terhadap Raja-Raja Melayu amatlah SAKASTIK dan BIADAP seperti ‘asal mana, keturunan mana’. Mereka berpandangan bahawa kewujudan mereka sebagai orang-orang Istana hanyalah kerana TUAH BADAN. Mereka juga mempersoalkan tentang WASIAT dan PESANAN Raja-Raja Melayu pada para pembesar dan warisnya yang penuh dengan unsur keagamaan dan kata-kata nasihat sebelum kemangkatan baginda yang dinukilkan oleh pengarang-pengarang lama dituduh tidak lebih dari tokok tambah serta khayalan mereka dan bukan peristiwa sebenar. Sebahagian raja yang lain pula dituduh sebagai orang-orang asing yang ‘datang tidak diundang, pergi tidak dihalang’, tetapi dengan suka-suka memilih dan mengisytiharkan diri sebagai raja.
Gelagat Prof. Dr. Abdul Aziz yang mempersoalkan titah Sultan Selangor tentang pemeriksaan orang Islam yang murtad di sebuah gereja di Damansara Utama

Gelagat Prof. Dr. Abdul Aziz yang mempersoalkan titah Sultan Selangor tentang pemeriksaan orang Islam yang murtad di sebuah gereja di Damansara Utama

Raja-Raja Melayu Dicemuh Dan Diaib Secara Terbuka

  • Kalau dulu dianggap AIB dan TIDAK BERADAT serta TIDAK BERADAB untuk mengkritik pihak Istana secara terbuka kerana bangsa Melayu cukup memuliakan dan menjaga protokol dalam perhubungan dengan Raja-Raja mereka. Namun kini, orang-orang Melayu sudah mula belajar menjadi biadap dan sering mencemarkan kesucian Institusi Raja-Raja Melayu dengan mencemuh, memperlekeh dan mengecilkan PERIBADI dan PERANAN Raja-Raja Melayu secara terbuka. Segelintir Raja-Raja yang membuat kesilapan akan dibesar-besarkan aibnya, seolah-olah sudah tidak ada baiknya lagi. Malahan kalau boleh mahu diaibkan semua Raja-Raja sekaligus. Pada hal senario sebenarnya tidak ubah seperti kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Oleh itu, apa yang hendak dihairankan kita jika generasi Melayu kini sentiasa berprasangka buruk pada sejarah lama Raja-Raja mereka. Di mana mereka tidak tahu menjaga ADAB dan ADAT dalam perhubungan dengan pihak Istana. Lantas mereka sentiasa mencari AIB dan KESALAHAN Raja-Raja dan tidak lagi dapat menjadikan Raja itu sebagai CERMINAN bagi diri dan bangsanya.  
Beginilah sikap politikus yang bukan negarawan sejati. Mereka sanggup mempersenda dan menperkecilkan Raja-Raja Melayu tanpa rasa bersalah

Beginilah sikap politikus yang bukan negarawan sejati. Mereka sanggup mempersenda dan menperkecilkan Raja-Raja Melayu tanpa rasa bersalah

Raja-Raja Melayu Diadu Domba Oleh Media Massa

  • Peranan media massa dari dahulu hingga ke hari ini jarang menyebelahi pihak Istana dan sentiasa memencilkannya. Rakyat dipengaruhi untuk mempersoalkan KEPERIBADIAN dan KEDAULATAN Raja-Raja Melayu, mempersoalkan tentang kelebihan, keistemewaan dan keutamaan mereka sehingga perlu dijunjung sebegitu rupa. Kalau pada suatu masa dahulu kehebatan orang-orang Melayu dikaitkan dengan kisah-kisah kegemilangan bangsanya di bawah pemerintahan Raja-Raja Melayu dan diabadikan dalam hikayat-hikayat lama. Namun begitu, media massa kini hanya teruja dan berpuashati jika dapat mengaitkan kehebatan bangsa Melayu dari aspek KEBENDAAN (material) dan pencapaian-pencapaian ‘simbolik’ serta slogan-slogan yang langsung tiada signifikan dengan kemajuan hakiki IDENTITI bangsa dan agamanya.  
Inilah contoh kaduk naik junjung. Bila jawatan Menteri Besar terlepas dari gengaman, mereka sanggup menyaman Sultan tanpa rasa hormat

Inilah contoh kaduk naik junjung. Bila jawatan Menteri Besar terlepas dari gengaman, mereka sanggup menyaman Sultan tanpa rasa hormat sebagai rakyat jelata

Kerana gilakan KUASA, Karpal sanggup menyaman Sultan Azlan demi kepentingan politik

Kerana gilakan KUASA, Karpal sanggup menyaman Sultan Azlan demi kepentingan politik

Raja-Raja Melayu Ditekan Dengan Berbagai Peraturan

  • Daulah Istitusi Raja-Raja Melayu mula terhakis secara halus dan berperingkat-peringkat semenjak ianya ditekan dan diserang dari semua arah hingga mula menyebabkan hilang keyakinan, sokongan, kasih dan taat setia rakyat terhadap Raja-Raja. Berbagai peraturan PERLEMBAGAAN digubal telah menyempitkan peranan tradisi Raja-Raja sehingga menjadikan mereka begitu keliru akan tanggungjawab sebenar. Sedangkan selama ini mereka diibaratkan sebagai tonggak kedaulatan bangsa Melayu dan Agama Islam. Namun demikian, tafsiran ke atas peranan mereka kini sudah jauh menyimpang dari peranan TRADISI sebagai wakil Allah dan RasulNya. Kini, peranan Raja-Raja Melayu hanya mengikut protokol dan nasihat dari ahli-ahli politik dan mereka hanya menjadi sekadar SIMBOL semata-mata. 

Kesimpulan

Janganlah kita jadikan warisan Kesultanan Melayu sebagai bahan pameran di muzium seperti keris

Janganlah kita jadikan warisan Kesultanan Melayu sebagai bahan pameran di muzium seperti keris pusaka. Jagalah ia sebaik mungkin demi agama, bangsa dan Negara tercinta

Intipati kepada agenda untuk MEMUZIUMKAN Institusi Raja-Raja Melayu ini boleh membawa bangsa Melayu berasa HINA dan KERDIL terhadap dirinya, bangsanya, rajanya dan agamanya. Ini kerana bangsa Melayu akan hilang kewarasan dan rasional akan kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu. Sebaliknya mereka akan mengagungkan dan memuliakan kuasa-kuasa dan falsafah Barat serta menganggap IDEOLOGI dan CARA HIDUP mereka sebagai yang terbaik. Dan inilah MOTIF sebenar kaum KUFFAR supaya Institusi Raja-Raja Melayu dianggap tidak relevan lagi pada kacamata bangsa Melayu. Apabila ianya berhasil diterapkan kepada bangsa Melayu maka mudahlah dipisahkan rakyat dan Institusi Raja-Raja Melayu.

Lantas senanglah untuk mereka menguasai dan mengkufurkan bangsa Melayu bertetapan dengan luahan seorang Paderi di Filipina semasa memerangi bangsa Moro dahulu;

Adalah silap untuk mempercayai bahawa orang-orang Moro (Melayu) Mindanao tidak boleh dikristiankan. Dan jika seseorang itu tetap memegang pada kepercayaan ini, dia akan seterusnya berkeyakinan juga bahawa mereka tidak boleh ditakluki.

Tetapi cuba perhatikan dengan cermat, mereka akan menjadi rakyat Sepanyol yang setia apabila mereka memisahkan diri mereka dengan sifat Moro (Kemelayuan) mereka dan menjadi Kristian.”

Secara jujurnya, bangsa Melayu hari ini GAGAL menjunjung amanah nenek moyang mereka dalam melindungi dan mempertahankan KHAZANAH bangsanya kerana terlalu terpengaruh dengan propaganda dan dakyah Barat tanpa sedikit pun berusaha mencari hakikat cerita sebenar masa silam bangsanya. Mereka terlalu dhaif dan tidak peka pada sejarah dan peranan Institusi Raja-Raja Melayu. Dan sekaligus mereka langsung tidak dapat mengaitkan Institusi Raja-Raja Melayu hari ini dengan warisan turun-temurun bangsa Melayu yang gemilang di bumi Nusantara.

Jadikanlah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebagai rujukan dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Jadikanlah ia sebagai rujukan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita

Jadikanlah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebagai rujukan dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Jadikanlah ia sebagai rujukan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita

Kita seharusnya diingatkan bahawa kewujudan Raja-Raja Melayu merupakan satu unit rantaian Sistem Khalifah yang berperanan sebagai PENERUS RASULLULAH S.A.W dalam urusan menjaga kepentingan Islam dan umatnya. Peranan ini tidak boleh disamakan dengan pemimpin-pemimpin politik sekular yang bernaung di bawah payung Sistem Barat yang mampu dan telahpun Berjaya menggugat kepentingan umat Islam sedunia.

SIAPAKAH DALANG DI SEBALIK PELUPUSAN INSTITUSI RAJA-RAJA ISLAM?

Pendahuluan

Ketegasan Sultan Abdul Hameed II menolak tawaran penjualan Palestin mendukacitakan pihak Zionis

Ketegasan Sultan Abdul Hamid  menolak tawaran penjualan Palestin mendukacitakan pihak Zionis

Islam merupakan sebesar-besar penghalang kepada Yahudi Zionis untuk menguasai dunia secara mutlak kerana umat Islam sahaja yang tidak bersedia untuk mengiktiraf kewujudan Negara haram Israel. Ia jelas terbukti apabila Sultan (Khalifah) Abdul Hamid dari Khalifah Othmaniyah telah menolak bulat-bulat tawaran Pertubuhan Zionis untuk membeli Tanah Palestin bagi menempatkan semula kaum Yahudi di situ. Tindakan ini diambil oleh Amirul Mukminin kerana baginda tidak sanggup mengkhianati amanah sebagai pemerintah.

Senario ini juga berlaku apabila Syarif Husin ibni Syarif Ali iaitu Syarif Mekah (Penjaga Dua Kota Suci Mekah dan Madinah) yang menolak pujukan Kolonel T.E Lawrence (Lawrence of Arabia) untuk menandatangani Perjanjian Hejaz-Britain. Ini kerana intipati dan muslihat di dalam perjanjian ini adalah untuk mendapatkan pengiktirafan mandat British di Palestin selepas Perang Dunia Pertama. Di mana ia seolah-olah menghantar ISYARAT yang salah kepada masyarakat dunia bahawa kononnya Syarif Mekah telah bersetuju dengan pembentukan negara HARAM Yahudi di Palestin seiring dengan Deklarasi Balfour 1917 yang dipersetujui secara prinsip oleh British.

Lawrence of Arabia merupakan seorang agen British dan ahli Freemason yang Berjaya memecah-belahkan masayarakat Arab secara halus

Lawrence of Arabia merupakan seorang agen British dan ahli Freemason yang Berjaya memecah-belahkan masayarakat Arab secara halus

Keengganan kepimpinan Khalifah dan Syarif ini bukan sahaja mencetuskan KEMARAHAN yang berapi-api oleh Pertubuhan Zionis dan para penyokongnya seperti Britain dan Amerika Syarikat. Mereka telah bersepakat dan berkeyakinan bahawa daulah-daulah Islamiyah (Negara Islam) PERLU digempur oleh proksi atau gabungan pakatan Pro-Zionis supaya tiada lagi sekatan untuk mencapai AGENDA menguasai dunia.

 Serangan Ke Atas Daulah Islamiyah

Kerajaan Khalifah Othmaniyah, Turki dianggap sebagai ANCAMAN terbesar yang perlu dihancur-leburkan. Ini kerana peranannya sebagai pusat KEKUASAAN, KEKUATAN dan KESATUAN umat Islam pada zaman tersebut. Pihak Yahudi Zionis menyedari bahawa hanya melalui bantuan PETUALANG atau PENGKHIANAT sahaja dapat meruntuhkan kekuatan dalaman pentadbiran kerajaan secara perlahan-lahan. Oleh itu, khidmat ahli Gerakan Freemason berketurunan Yahudi Donmat telah digunakan oleh mereka secara sistematik. Perang saraf dan propaganda terhadap kerajaan telah disebarkan kepada angkatan muda Turki dengan hasutan dan desakan untuk menggulingkan kerajaan berdasarkan kepada doktrin-doktrin yang terkandung dalam Protokol-Protokol Cendikiawan Zionis.

Gerakan Mason orang bukan Yahudi tanpa menyedarinya telah menjadi pelindung kita dan matlamat-matlamat kita, tetapi rancangan tindak-tanduk kita walaupun berlaku berterusan akan tetap menjadi suatu misteri yang tidak diketahui oleh rakyat keseluruhannya.

Protokol Yahudi Zionis Nombor 4

Keluasan dan kedudukan lokasi Empayar Uthmaniyah di tengah-tengah peta dunia secara tidak langsung membentuk seolah-olah sebuah bulan sabit

Keluasan dan kedudukan strategik lokasi Empayar Uthmaniyah di tengah-tengah peta dunia secara tidak langsung membentuk seolah-olah sebuah bulan sabit

Manifestasi daripada implementasi protokol ini melalui PROPAGANDA MEDIA MASSA yang meluas telah berjaya mewujudkan “GERAKAN REFORMASI” di Turki yang terpengaruh pada slogan Revolusi Perancis iaitu “KEBEBASAN, PERSAMAAN dan PERSAUDARAAN”. Hasil daripada kerjasama erat Yahudi Zionis dan Freemason telah berjaya menggulingkan Kerajaan Khalifah Othmaniyah dan sekaligus meruntuhkan SISTEM KHALIFAH ISLAMIYAH untuk selama-lamanya.

Terlupusnya Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924 menandakan tamatnya Sistem Khalifah yang diasaskan sejak 636 tahun dahulu

Pada tahun 1924, Kerajaan Uthmaniyah telah berakhir di mana Sistem Khalifah Islamiyah yang diasaskan sejak 636 tahun dahulu juga turut terkubur dan hanya tersimpan di dalam lipatan sejarah Tamadun Islam

Tanggal 28 Rejab 1342 H, bertepatan dengan 3 Mac 1924, terbentuklah sebuah Negara umat Islam pertama yang berstatus SEKULAR yang diketuai oleh Mustafa Kamal Attaturk. Prestasi cemerlang Mustafa Kamal Attaturk sebagai seorang agen Freemason Yahudi dalam menghapuskan Khilafah ini, sangat dibanggakan oleh Freemason Yahudi yang disebutkan  dalam Ensiklopedia Freemasonry.

Presiden Pertama Republik Turki yang mengasaskan dasar pemerintahan Sekularisme di kalangan umat Islam

Presiden Pertama Republik Turki yang mengasaskan dasar pemerintahan secara  Sekular di kalangan umat Islam selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah

Revolusi Turki (yang dimulai) pada  tahun 1918 yang dipelopori oleh saudara yang mulia Mustafa Kamal sangat  menguntungkan rakyat, melenyapkan kekuasaan Sultan, membenteras  Khilafah, menghilangkan Mahkamah Syari’at, menyingkirkan peranan agama  Islam dan menghapuskan kementerian wakaf. Bukankah semua ini merupakan  pembaharuan yang dikehendaki oleh Freemasonry dalam setiap bangsa yang  sedang bangkit? Siapa di antara tokoh Freemasonry yang dapat menandingi  Attaturk, baik dulu maupun sekarang?

Di bawah pemerintahannya, beliau telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri Turki untuk memisahkan ajaran Islam dari semua aspek pemerintahan.

Dengan SEKULARISME kita telah membuat kepastian bahawa Agama Islam tidak mempengaruhi urusan Negara. Biarlah agama tinggal di masjid-masjid dan di tempat ibadah lain. Biarlah ia tidak keluar dari dunianya.

Semenjak daripada peristiwa penggulingan Sultan Abdul Hamid di Turki pada awal abad ke-20M, bencana besar ini tidak terhenti di sini malahan ianya mula melanda hampir kesemua Kerajaan Islam. Anologinya, negara Libya dijajah oleh Itali, Moroko jatuh ke tangan Perancis, Negara-Negara Islam dijajah oleh Eropah Barat dan Rusia. Pola penjajahan ini juga berlaku kepulauan Nusantara seperti Selatan Filipina, Indonesia dan Semenanjung Tanah Melayu.

 Proksi Penjajah Selepas Merdeka

Imperialis-Imperialis Barat mula memerdekakan tanah jajahan-jajahan Islam dan pulang ke negara masing-masing bersama hasil mahsul kekayaan yang diperolehi dari tanah jajahannya. Mereka meninggalkan negara ini dengan pelbagai masalah sosial, ekonomi dan karenah pentadbiran kepada rakyat tempatan. Jika difikirkan secara waras, tidak ada sebab mengapa atau masalah kepada negara-negara Islam yang telah mendapat kemerdekaan mereka itu kembali menggunakan SISTEM KHALIFAH ISLAMIYAH seperti zaman pra-penjajah yang bernaung di bawah Khalifah sebagai Amirul Mukminin.

British hanya berminat untuk memberikan kemerdekaan negara kepada pemimpin yang berhaluan sederhana dan diplomasi.

British hanya berminat untuk memberikan kemerdekaan negara secara diplomasi kepada pemimpin-pemimpin yang berfahaman sederhana

Namun realitinya, apabila keluarnya Imperialis Barat secara berbondong-bondong dari tanah jajahan-jajahan umat Islam dengan membawa balik segala bala tenteranya. Rupa-rupanya mereka tidak keluar secara TOTAL. Sebaliknya mereka telah MELANTIK, MELATIH dan MENEMPATkan proksi atau KUDA-KUDA TROJAN di semua negara-negara Islam yang kononnya dimerdekakannya itu. Ia bertepatan dengan Protokol-Protokol Cendikiawan Zionis.

……Anda akan dapat melihat kemudiannya bahawa ini akan membantu kemenangan kita; Ia akan memberikan kita suatu kemungkinan untuk mendapatkan KAD INDUK (MASTER CARD) iaitu pembinasaan golongan Bangsawan Warisan (Genealogical Aristocracy) yang merupakan satu-satunya golongan yang menjadi pertahanan semulajadi bangsa-bangsa dan negara-negara dari serangan kita. Dari pembinasaan kelas Bangsawan Warisan (Institusi Raja-Raja) yang bersifat fitrah itu kita telah membina Bangwasan Meritrokrasi (Ahli-Ahli Politik) yang diketuai oleh golongan Bangsawan Berduit (Kapitalis).

Protokol Yahudi Zionis Nombor 1

Lord Cromer merupakan seorang pelopor kepada pengenalan dasar Liberal dan Sekular kepada mana-mana Negara Islam yang akan diberikan kemerdekaan oleh British

Lord Cromer merupakan seorang pelopor kepada pengenalan dasar Liberal dan Sekular kepada mana-mana Negara Islam yang akan diberikan kemerdekaan oleh British

Pada hakikatnya, penjajah-penjajah Barat yang pernah menguasai Kerajaan Islam suatu masa dahulu mempunyai IKATAN yang kuat di antara satu sama lain iaitu PERMUSUHAN terhadap umat Islam dan tidak berpecah dalam memastikan penguasaan negara Islam melalui PROKSI. Ini kerana, mereka telah menyuntik “VIRUS” yang amat beracun dalam bentuk Sistem Pemerintahan SEKULAR yang akan mengasingkan AGAMA dalam semua urusan KEDUNIAAN termasuk dalam urusan pemerintahan umat Islam. Analoginya, Dasar Kerajaan British yang mengenakan SYARAT KEMERDEKAAN ke atas negara-negara Islam yang dimerdekakan seperti yang dinyatakan oleh Lord Cromer, seorang Yahudi yang pernah menjadi Gabenor British di Mesir di dalam buku tulisannya iaitu “Modern Egypt” seperti berikut;

England bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada semua jajahannya selepas wujudnya suatu GENERASI yang menganuti Budaya Inggeris (SEKULAR dan LIBERAL) yang bersedia mengambil-alih (dari Britain) tetapi tidak sekali-kali Britain hatta sesaat pun berhasrat membiarkan wujudnya KERAJAAN ISLAM yang merdeka.

Cromer, Modern Egypt (1908)

Kesimpulan

Inilah rahsianya mengapa setelah MERDEKA dari penjajahan Barat, umat Islam mula menghadapi berbagai KRISIS dan KONFLIK dalaman serta menghadapi masalah pecah-belah yang hebat. Pada hari ini, setelah lebih setengah abad Kerajaan-Kerajaan Islam mengecapi kemerdekaan, keadaan umat Islam semakin kalut, kronik, gawat, meleset, huru-hara, hina dan menyengsarakan.

Fahaman SEKULAR telah melahirkan “AGAMA KENEGARAAN” ciptaan manusia yang menggantikan agama Allah S.W.T sebagai TONGGAK teratas di dalam sistem pemerintahan Negara. Agama Kenegaraan ini digubal dalam bentuk PERLEMBAGAAN dan dianggap sebagai suatu yang tinggi. Di antara komponen fahaman “Kenegaraan” ialah sistem demokrasi, sosialisme, komunisme, kapitalisme, fasisme dan bermacam-macam ‘isme’ lagi.

Dengan pelupusan Institusi Khalifah dan Institusi Raja-Raja Islam yang hakikatnya mengambil mandat Allah S.W.T maka  SISTEM POLITIK SEKULAR digantikan dengan mengambil mandat kuasa-kuasa Barat di bawah kepimpinan pemerintah-pemerintah gharib (samar asal-usul) sebagai anak-anak SEKULARIS. Keadaan ini melengkapkan AGENDA ZIONISME untuk menguasai dunia seperti yang diidamkan mereka.

Apakah kita bersetuju dengan AGENDA yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara SEKULAR?

Apakah kita bersetuju dengan AGENDA politik pihak tertentu yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara LIBERAL dan SEKULAR?

Secara keseluruhannya, Malaysia juga tidak terkecuali mengamalkan dasar pentadbiran yang berpaksikan kepada amalan pentadbiran British melalui pengenalan kepada Perlembagaan Negara Malaysia. Puji-pujian dan ucapan terima kasih perlu diberikan kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang peka dan penuh amanah untuk mengangkat martabat agama ISLAM sebagai agama rasmi dan BAHASA MELAYU sebagai bahasa kebangsaan. Namun begitu, kini kedengaran lolongan dan salakan daripada pihak-pihak yang memperjuangkan agenda LIBERAL dan SEKULAR terhadap keluhuran Perlembagaan Negara. Kononnya, ia tidak adil kepada mereka dan bersifat diskriminasi. Persoalan yang dipolemikkan ialah HAK-HAK BUMIPUTERA, AGAMA, BAHASA dan keistimewaan pribumi. Apakah kita perlu KORBANkan hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan? Tepuk dada, tanyalah diri ANDA…..

Sumber :

Ahlul-Bait Rasulullah S.A.W dan Kesultanan Melayu, Muzaffar & Tun Suzana (2009)

Sejarah Umat Islam, Prof. Dr. Hamka (1997)