ANCAMAN SUBVERSIF DAN ANARKIS KE ATAS MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Pendahuluan

Coretan ini adalah susulan daipada luahan rasa yang dinukilkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin yang mengupas tentang persoalan survival dan masa depan kaum Melayu Bumiputera yang kini kian terancam. Beliau telah menggariskan 7 faktor utama yang menjadi igauan dan ancaman terhadap survival dan kesinambungan perjuangan bangsa Melayu-Islam di Malaysia ini.

Pertama – DAP Dan Parti Cauvinis

Sikap pimpinan DAP yang sombong, bongkak dan cauvinis terhadap kaum Melayu amatlah dikesali

Sikap pimpinan DAP yang sombong, bongkak dan cauvinis terhadap kaum Melayu amatlah dikesali kerana ia memungkinkan timbulnya masalah perkauman

Slogan “Malaysia Malaysian” memang terbukti dijadikan teras kepada perjuangan DAP. Ia seperti sudah terang lagi bersuloh, apabila melihatkan gelagat dan sikap perwakilan DAP yang mengejek dan menjerit boo kepada Jeff Ooi apabila beliau dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas  keceluparan memanggil kakitangan MPPP yang kebanyakannya adalah bangsa  Melayu dengan gelaran kucing kurap membuktikan betapa cauvinis dan rasisnya mereka ini. Meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang hina untuk dilakukan! Masihkah kita ingat? Kenyataan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang melabel pegawai dan kakitangan ROS sebagai anjing UMNO sekadar membuktikan sikap cauvinins, extremis dan pelampau perkauman mereka.  Sehingga hari ini Tony Pua enggan meminta maaf kepada kakitangan ROS. Jangan lupa DAP juga pernah membuat kenyataan bahawa jika diberi mandat  memerintah, mereka akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam kepada  separuh. Bermakna lebih 600,000 kakitangan awam akan hilang pekerjaan  jika DAP berkuasa. Dan kita sedia maklum orang Melayu merupakan kaum majoriti yang berkhidmat dalam perkihidmatan awam.

Slogan rasis yang dipelopori oleh pimpinan DAP mampu mencetuskan provokasi dan mengugat keharmonian negara

Slogan rasis yang dipelopori oleh pimpinan DAP mampu mencetuskan provokasi dan mengugat keharmonian negara

Sikap cauvinis, extremis dan anti-Melayu DAP ini sudah lama membiak.  Contohnya dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Cuba baca semula Lapuran Mageran 06 Okt 1969 yang dibentangkan di Parlimen dan buku tulisan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman ’13 Mei: Sesudah & Sebelum‘.

Ketegangan kaum berlaku angkara tindakan DAP yang membuat perarakan kemenangan di sekitar Kuala Lumpur

Ketegangan kaum berlaku disebabkan oleh angkara tindakan DAP yang membuat perarakan kemenangan di sekitar Kuala Lumpur

Slogan Malai-Se – Mampus Melayu’ berkumandang di bumi Tanah Melayu waktu itu. Panggilan lancau polis Melayu, ‘Melayu sakai masuk hutan‘, ‘Melayu pigi berambus ini KL kita sudah control dan macam-macam lagi panggilan menghina dihamburkan kepada orang Melayu hanya apabila DAP menang sedikit kerusi di Selangor dan Pulau PinangKata makian dan caci-nista ini akhirnya membawa kepada rusuhan kaum  terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah negara!

Hairan! Walaupun pimpinan DAP terang-terang menentang Islam sebagai agama rasmi Malaysia, kaum Melayu Islam masih lagi bersekongkol dengan DAP

Hairan! Walaupun pimpinan DAP terang-terang menentang Islam sebagai agama rasmi Malaysia, kaum Melayu Islam masih lagi bersekongkol dengan DAP

Janganlah kita bangsa Melayu-Islam terbuai dan terleka dengan mainan politik  jijik dan kotor ini. DAP tidak pernah berubah. Kenyataan Karpal Singh over my dead body kalau nak laksanakan Islam, dan terbaru mendesak parti dan pertubuhan  berlabelkan bangsa (seperti UMNO) atau agama (seperti PAS) hendaklah  dibatalkan sekadar membuktikan apa yang sudah jelas – sikap cauvinis,  rasis, pelampau perkauman dan anti Melayu-Islam mereka! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Kedua – PKR Dan Anwar Ibrahim

Ini adalah parti picisan yang ditubuhkan oleh mereka yang telah ditongsampahkan oleh UMNO. Ini adalah sisa buangan  UMNO yang dikutip untuk survival politik Anwar Ibrahim. Nafsu besar mereka untuk menjadi Kerajaan dan bertakhta di Putrajaya telah menyebabkan perpecahan bangsa Melayu-Islam. Anwar Ibrahim dan PKR telah memberi talian-hayat politik kepada DAP untuk menembus masuk ke kawasan yang mereka tidak pernah impikan pun sebelum ini.

Kronologi perbicaraan kes liwat Anwar vs Saiful menarik perhatian masyarakat terhadap isu moral

Perbicaraan kes liwat di antara Anwar vs Saiful menarik perhatian masyarakat terhadap isu moral yang dianggap maksum di kacamata penyokongnya

Inilah parti yang dipimpin oleh manusia yang telah dua kali diheret ke  Mahkamah atas pertuduhan melakukan seks luar tabie, iaitu meliwat dua  orang kakitanganya sendiri Azizan dan Saiful Bukhori. Inilah parti yang bersetuju kristian dibenarkan mengguna-pakai kalimah ALLAH  walaupun dalam bentuk triniti yang jelas mensyirikkan ALLAH.

Siapa yang tidak kenal Anwar si sesumpah jelmaan yang suka berjanji kepada semua orang demi kelangsungan kerier politiknya

Siapa yang tidak kenal Anwar si sesumpah jelmaan yang suka berjanji kepada semua orang demi kelangsungan kerier politiknya

PKR dan PAS hanya kuda tunggangan DAP menuju ke Putrajaya. Tidak lebih sebagai Pencacai je

PKR dan PAS hanya kuda tunggangan DAP menuju ke Putrajaya. Tidak lebih sebagai Pencacai je

Inilah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang pembohongan dan putarbelit  menjadi alat perkakas mereka. Masih ingat pembohongan 16 Sep? Masih  ingat pembohongan Kg. Buah Pala? Masih ingat pembohongan jam Omega? Masih ingat pembohongan Lynas? Masih  ingat pembohongan pengundi Bangla? Masih ingat lagi beberapa siri  pembohongan dan putar belit mereka? Terbaru kenaikan elaun dan gaji MB,  Speaker dan ADUN di Selangor; sedangkan di Parlimen mereka bermain wayang menentang semasa PM  cadangkan kenaikan elaun Ahli Parlimen? Dan jangan lupa dalang-dalang di sebalik mereka; termasuk dalang-dalang asing! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Ketiga – PAS Dan Liberal

Inilah parti yang menjadi kaldai tunggangan kepada DAP dan Anwar. Sokongan mengkhinzir buta mereka mengelabukan orang Melayu dengan label Islam  dan jubah serban yang mereka bawa. Inilah parti yang bersekongkol dengan Anwar dan Kit Siang untuk membenarkan  kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH. Walau dibantah oleh Majlis Syura  mereka, walau ditentang oleh ulama mereka seperti Dr. Haron Din; namun  mereka masih enggan menarik balik sokongan 8 Januari 2013 yang diberikan  hasil desakan Lim Guan Eng pada 25 Disember 2012 untuk kristian boleh menggunakan  kalimah ALLAH.

Hairan rasanya apabila PAS secara konsistan sanggup menjadi binatang tunggangan PR

Hairan rasanya apabila PAS secara konsistan sanggup menjadi binatang tunggangan PR

Tindakan PAS memecat ahlinya yang MESRA UMNO meningkatkan sentimen kepercayaan kepada kepimpinan PAS

Tindakan PAS memecat ahlinya yang bersikap MESRA UMNO meningkatkan sentimen ketidakpercayaan terhadap kepimpinan PAS. Polemik berkaitan tatacara pemecatan dan pengguguran keahlian PAS menjadi isu dalaman yang perlu ditanggani secara berhemah

Inilah parti yang sanggup memecat tanpa memberi notis dan hak bela diri keatas Datuk Dr. Hasan Ali yang cuba menyelamatkan aqidah umat Islam dan  syariat Islam! Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis  Syura’ tanpa memberi notis atau hak bela diri kerana dilihat terlalu mesra UMNO! Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Kazim Elias yang ditawarkan tempat  untuk menduduki Majlis Tertinggi UMNO. Lihat bagaimana ahli-ahli  termasuk segelintir kepimpinan mereka memaki hamun dan memberi pelbagai  gelaran menghina kepada Ustaz Kazim, termasuk dipanggil babi, anjing BN, penjilat Najib, barua UMNO, makan duit UMNO dan macam-macam lagi!

Pemecatan Ustaz Hasan Basri dan Norman Toha tanpa notis dan pembelaan menyokong tindakan PAS yang bersifat kuku besi

Pemecatan Ustaz Hasan Basri dan Norman Toha tanpa notis dan pembelaan menyokong persepsi masyarakat bahawa  tindakan PAS adalah bersifat kuku besi dan mengikut telunjuk DAP

Inilah parti yang sanggup memecat bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, bekas Setiausaha PAS Negeri Selangor saudara Norman Toha tanpa notis dan tanpa peluang membela diri hanya kerana mereka mempertikai kerjasama PAS dengan DAP dan PKR! Inilah parti yang lebih sanggup berkawan dengan syaitan daripada bersaudara  dengan orang Melayu yang satu aqidah dan satu agama dengan mereka! Inilah parti yang sanggup mendoakan kehancuran orang Melayu yang tidak  sehaluan dan sealiran politik dengan mereka; sehingga sanggup mendoakan  supaya pemimpin Melayu pecah perut! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Keempat – Agenda Singapura

Senario politik Malaysia pada PRU13 te;ah menarik minat Singapura untuk kembali ke pangkuan Malaysia

Senario politik semasa di Malaysia yang menyaksikan peningkatan jumlah Parlimen yang dimenangi dalam PRU13 telah menarik minat Singapura untuk kembali ke pangkuan Malaysia demi menguasai pentadbiran Putrajaya

Jangan lupa setelah pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS  mendapat sedikit kemenangan dalam PRU-12 dengan menumbangkan majoriti  2/3 BN dan merampas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor;  pemimpin kanan dan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew membuat kenyataan bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia. Sekiranya pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi kerusi Parlimen dan membentuk Kerajaan, mereka boleh membawa usul ke Parlimen menurut Artikel 2  Perlembagaan Persekutuan untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia.  Usul ini hanya memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk diluluskan.

Pengintipan perbualan pemimpin di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Malaysia telah mengesahkan lagi peranan Singapura sebagai "musang berbulu ayam"

Pengintipan perbualan pemimpin di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Malaysia telah mengesahkan lagi peranan Singapura sebagai “musang berbulu ayam”

Jika itu berlaku, dan usul itu diterima oleh Parlimen Singapura, apakah akan terjadi? Parlimen Singapura dan Parlimen Malaysia akan bergabung.  Dengan Parlimen Singapura mempunyai 89 kerusi; dan kita pun tahu siapa  yang menguasai kerusi ini. Apa akan terjadi? Mereka akan dapat menguasai Parlimen Malaysia dengan majoriti besar, malah kemungkinan 2/3! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Gabungan PR (89 MP) dan PAP (81 MP) akan menghasilkan satu blok politik yang kukuh iaitu 170 MP berbanding BN iaitu 133

Gabungan PR (89 MP) dan PAP (81 MP) akan menghasilkan satu blok politik yang kukuh iaitu PR (170 MP) berbanding BN (133 MP)

Kelima – NGO-NGO Liberal

Hampir 2/3 daripada 49 NGO adalah HARAM dan tidak berdaftar dengan ROS. Manakala pimpinan NGO ini pula terdiri daripada individu yang sama seperti di dalam IFC

Hampir 2/3 daripada 49 NGO adalah HARAM dan tidak berdaftar dengan ROS. Manakala pimpinan NGO ini pula terdiri daripada individu yang sama seperti di dalam IFC

Baru-baru ini dalam sidang Universal Periodic Review  of United Nations Human Rights Council (UPR-UNHRC) di Geneva,  Switzerland, beberapa pertubuhan NGO daripada Malaysia dengan kerjasama  beberapa NGO asing dan antarabangsa telah mendesak badan antarabangsa  itu supaya menekan Malaysia menerima beberapa tuntutan mereka.

Antaranya membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH, membenarkan orang  Islam murtad, menghalalkan amalan seks bebas dan luar tabie LGBT dan  identiti gender SOGI termasuk kahwin sesama jenis; membenarkan ajaran  seperti syiah dibenarkan dalam negara ini, termasuk menghapuskan Artikel 153 Hak Keistimewaan Melayu dan lain-lain. Dan kita tahu NGO-NGO ini kebanyakannya adalah pro-pembangkang termasuk pakatan DAP-PKR-PAS. Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Semua tuntutan yang diperjuangkan adalah tuntutan ulangan yang terdapat di dalam IFC

Semua tuntutan yang diperjuangkan oleh COMANGO adalah merupakan tuntutan ulangan kitar semula (recycle) yang terdapat di dalam IFC

Seksualiti Merdeka merupakan komponen utama kepada agenda COMANGO yang berselindung di sebalik Hak-Hak Asasi Manusia

Seksualiti Merdeka merupakan komponen utama kepada Agenda COMANGO yang berselindung di sebalik Hak-Hak Asasi Manusia

Keenam – Gerakan Kristianisasi

Akhir-akhir ini gerakan kristianisasi nampaknya semakin  menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa dakyah dan cubaan murtad di  Gereja DUMC masih segar dalam ingatan kita. Peristiwa yang menyebabkan  Tuanku Sultan Selangor terpaksa campurtangan tetapi disanggah dengan  biadap dan kurang ajar oleh golongan yang kurang ajar dan biadap. Cubaan mereka mengheret isu kalimah ALLAH sehingga ke Mahkamah adalah satu  tindakan provokatif dan sangat menghina umat Melayu-Islam. Kegagalan mereka di Mahkamah tidak berhenti disitu. Mereka mengheret isu ini ke peringkat antarabangsa menggunakan platform PBB!

Kalimah Allah menjadi rebutan penganut Kristian di Malaysia. Sedangkan kalimah tersebut adalah KATA GANTI NAMA (Singular) kepada Allah berbanding tuhan Kristian yang berkonsepkan TRINITI (3 dalam 1)

Kalimah Allah menjadi rebutan penganut Kristian di Malaysia. Sedangkan kalimah tersebut adalah KATA GANTI NAMA (Singular) kepada Allah berbanding tuhan Kristian yang berkonsepkan TRINITI (3 dalam 1)

Penguasaan Ahli Parlimen beragama Kristian di dalam DAP menjadikan mereka gigih memperjuangkan Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia

Penguasaan Ahli Parlimen beragama Kristian di dalam DAP menjadikan mereka gigih memperjuangkan Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia

Jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam BN (101 orang) adalah majoriti berbanding PR (36 orang). Adakah PAS dan PKR mampu mempertahankan agama Islam?

Jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam BN (101 orang) adalah majoriti berbanding PR (36 orang). Adakah PAS dan PKR mampu mempertahankan agama Islam?

Inilah realiti kedudukan bilangan kerusi Parlimen yang diperolehi oleh BN dan PR di dalam PRU 13 yang lalu

Inilah realiti kedudukan terkini bilangan kerusi Parlimen yang diperolehi oleh BN dan PR di dalam PRU 13 yang lalu. Apakah pendapat anda?

Yang paling malang, mereka menerima sokongan dari segelintir bangsa Melayu  yang sudah terlalu kemaruk untuk menduduki takhta Putrajaya! Kalau PRU-13 diberi label sebagai ‘Tsunami Cina, saya tidak terkejut sekiranya PRU-14 kelak akan menjadi Tsunami Kristianisasi’. Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Ketujuh – Neo-Melayu Liberal

Golongan Melayu Liberal kini berjinak-jinak dengan Agenda DAP yang menentang sebarang keistimewaan kepada Melayu Bumiputera

Golongan Neo-Melayu Liberal kini berjinak-jinak dengan Agenda DAP yang menentang sebarang keistimewaan kepada Melayu Bumiputera

Satu ancaman yang mungkin kurang disedari oleh  umat Melayu-Islam ialah kemunculan generasi neo-Melayu liberal yang  langsung tidak menghargai sejarah perjuangan Melayu-Islam di negara ini,  yang asas keagamaan mereka sangat longgar, sifat patriotisma dan  kenegaraan mereka sangat cetek, kesetiaan mereka sangat diragukan, dan sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri dengan fahaman what my country can do for me!

Mereka ini terlalu mempertuhankan barat, dan berselindung di sebalik sistem demokrasi ala barat, hak asasi tanpa batas dan kebebasan bersuara tanpa sekatan. Dan mereka merasakan bahawa agama Islam itu menyusahkan, dan bangsa Melayu ini lekeh dan mundur. Mereka merasakan Islam fahaman ahlus sunnah wal jamaah jumud dan mundur, sebab itu ada antara mereka mudah terpikat dengan ajaran syiah yang lebih menyeronokkan. Yang paling teruk ada antara mereka malu mengaku bangsa Melayu!

Kerajaan BN telah Berjaya melahirkan golongan Melayu yang Berjaya di dalam pelbagai bidang di Malaysia. Namun begitu, golongan ini telah alpa dan memperkecilkan sumbangan Kerajaan terhadap kejayaan mereka. Inilah contoh Neo-Melayu Liberal yang diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit

Kerajaan telah Berjaya melahirkan golongan Melayu yang berjaya di dalam pelbagai bidang di Malaysia. Namun begitu, golongan ini telah alpa dan memperkecilkan sumbangan Kerajaan terhadap kejayaan mereka. Inilah contoh Neo-Melayu Liberal yang diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit

Golongan ini bukan sahaja terdapat di dalam BN, malah berkembang subur di dalam PR. Adakah kita bersetuju dan menyokong segala tindakan mereka yang menggugat keistimewaan Melayu Bumiputera?

Golongan ini bukan sahaja terdapat di dalam BN, malah ianya berkembang subur di dalam PR. Adakah kita bersetuju dan menyokong segala tindakan mereka yang menggugat keistimewaan Melayu Bumiputera?

Malangnya ramai antara mereka ini golongan yang berjaya hasil usaha UMNO dan  dasar afirmatif yang membolehkan mereka mencapai kejayaan akademik  dengan bantuan dan biaya Kerajaan; malah menjadi kaya raya hasil  daripada kontrak atau peluang perniagaan dan pekerjaan yang diberikan  oleh Kerajaan UMNO. Dan ada antara mereka duduk di dalam UMNO, bukan  untuk perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara, tetapi untuk  mengisi tembolok dan memenuhkan kantung mereka! Mereka ini sekarang sedang melata di bumi Melayu ini. Mereka ada dalam UMNO,  dalam PAS, dalam NGO-NGO, di GLC dan GCE, di syarikat-syarikat  multinasional dan lain-lain. Mereka ini umpama duri dalam daging, api dalam sekam yang boleh menghancurkan agama, bangsa dan tanahair bila-bila masa! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Kesimpulan

Sebenarnya ancaman terhadap survival dan kesinambungan Melayu, Islam dan tanahair  adalah real. Kita dapat melihat daripada senarai di atas bahawa ancaman  itu datang dalam pelbagai bentuk dan platform. Daripada parti politik,  daripada NGO, daripada negara asing, daripada anasir luar, daripada  gerakan dakyah keagamaan termasuk kristianisasi dan syiah, daripada  kemunculan generasi neo-Melayu liberal dan daripada anasir antarabangsa!

Sebab itu bangsa Melayu-Islam tidak ada pilihan. Kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Dan buat masa ini, kita hanya ada platform UMNO untuk  memperkasa dan memartabatkan serta mempertahankan agama, bangsa dan  tanahair kita. UMNO mungkin tidak sesempurna yang kita inginkan; pimpinan UMNO mungkin  tidak sebaik yang kita cita-citakan; tetapi itu sahaja pilihan yang kita  ada buat masa ini. Jadi tugas dan kerja kita ialah membantu memulihkan UMNO, memperkasa UMNO  untuk menjadi parti siasah yang mana boleh bangsa Melayu-Islam  meletakkan harapan untuk memastikan survival dan kesinambungan kita  terus berkekalan.

Namun UMNO sendiri wajib berubah. UMNO wajib memperbetulkan qiblatnya kearah  memperkasa dan memartabat bangsa Melayu-Islam. UMNO wajib mengadakan  muhasabah diri – UMNO perlu ingat tanpa Melayu tiada UMNO. UMNO  memerlukan bangsa Melayu – dan Melayu memerlukan Islam. Tanpa Islam  tiada Melayu!

Hentikanlah budaya adu-domba dan bodek di kalangan pemimpin. Jangan mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan Negara dengan menjadi gunting dalam lipatan. Mencegah lebih baik daripada mengubat, oleh itu, pimpinan UMNO-BN perlu berusaha mengubah persepsi ahli bahawa nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah sehingga ia dilakukan oleh bangsa itu sendiri

Hentikanlah budaya adu-domba dan bodek di kalangan pemimpin. Jangan mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan Negara dengan menjadi gunting dalam lipatan. Mencegah lebih baik daripada mengubat, oleh itu, pimpinan UMNO-BN perlu berusaha mengubah persepsi ahli bahawa nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah sehingga ia dilakukan oleh bangsa itu sendiri

UMNO perlu membersihkan diri daripada pemimpin korup dan salahguna kuasa.  UMNO perlu membawa dirinya lebih mendekati Islam. UMNO perlu  menghapuskan segala unsur duri dalam daging yang sedang membiak segar  didalam UMNO. Kepimpinan UMNO perlu disedarkan bahawa UMNO bukan lubuk  emas untuk mereka membuat harta, memperkayakan diri dan keluargamengisi kantung dan tembolok kroni. Budaya politik wang mesti dibenteras ke akar umbi. Kewujudan war-lord dalam UMNO mesti dihapuskan.

Persepsi bahawa UMNO terlalu takut dengan kehilangan undi bukan Melayu mesti  diperbetulkan segera. Keghairahan segelintir pemimpin UMNO menagih undi  bukan Melayu perlu dihentikan segera. Ketakutan sesetengah pemimpin UMNO untuk dikaitkan dengan perjuangan Melayu-Islam mesti dihapuskan. Ada  sesetengah pemimpin UMNO begitu takut sehingga bila sebut nama Perkasa  pun mereka boleh menjadi histerikal!

Nasihat Tun Mahathir tentang kelemahan bangsa Melayu perlulah dijadikan pedoman hidup. Jangan kita leka dan alpa untuk terus lupa siapa kita dan tanggungjawab kita

Nasihat Tun Mahathir tentang kelemahan bangsa Melayu perlulah dijadikan pedoman hidup. Jangan kita leka dan alpa untuk terus lupa siapakah kita dan apakah tanggungjawab kita

Jangan sampai orang Melayu melihat  UMNO merasa berdosa dan bersalah untuk memperkasa, memartabat dan  membela nasib Melayu-Islam dalam negara ini! Hanya dengan keberanian melakukan perubahan substantif inilah baru  kepercayaan dan harapan orang Melayu-Islam dapat dikembalikan.

UMNO adalah Melayu –  Melayu adalah Islam!

MENGAPA AMERIKA SYARIKAT MAHU ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI? DEMOKRASI ATAU PROKSI?

Pendahuluan

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan satu ujian kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Proksi-Barat (Western-proxy) yang dinantikan oleh Wall Street dan London dalam mencapai cita-cita hegemoni (hegemonic ambitions) di Asia Tenggara. Mereka menjangkakan dengan kemenangan DSAI melalui Pakatan Rakyat (PR), ia dapat mempercepatkan impian mereka untuk bertapak dengan memperalatkan Malaysia sebagai rejim proksi mereka di seluruh Asia Tenggara dan menggunakan blok ASEAN supranasional (Supranational ASEAN Bloc) untuk mengepung dan membendung kebangkitan China.

Pendedahan Tony Cartalucci berkaitan campurtangan Amerika Syarikat telah membuktikan hubungan erat PR dalam meminta sokongan AS untuk memerintah Malaysia

Pendedahan Tony Cartalucci berkaitan campurtangan Amerika Syarikat telah membuktikan hubungan erat PR dalam meminta sokongan AS untuk memerintah Malaysia

Namun begitu, impian mereka terbantut dan hampa kerana dikecewakan oleh PR akibat mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum tersebut. Walaupun parti pembangkang pimpinan DSAI telah mencuba sedaya upaya menggunakan platform anti-rasuah, kempen agresif dan bukannya melalui percubaan menyerupai verbatim oleh Barat untuk menggulingkan kerajaan politik di seluruh dunia seperti campurtangan mereka di Venezuela dan Rusia pada tahun 2012.

Kewujudan Merdeka Center sebagai badan berkecuali diragui kerana semua hasil kajian condong berpihak kepada PR

Kewujudan Merdeka Center sebagai badan berkecuali diragui kerana semua hasil kajian condong berpihak kepada PR

Senario ini dapat dilihat di Rusia di mana GOLOS iaitu sebuah badan pemantau yang kononnya berpendirian bebas ternyata berpihak kepada AS dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui National Endowment for Democracy (NED). Perkara ini juga telah berlaku di Malaysia di mana Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center) telah dibiayai secara langsung oleh AS melalui NED. Kenyataan ini cuba disembunyikan oleh media Barat dalam usaha mempromosikan PR dengan berkali-kali menyatakan Merdeka Center adalah BEBAS.

Propaganda Media Barat

Apakah muslihat PR menggunakan isu pengundi hantu dalam PRU 13? Hasil siasatan mendapati PR telah mengupah Bangla untuk mengundi tetapi sengaja menagkap mereka untuk dijadikan kambing hitam

Apakah muslihat PR menggunakan isu pengundi hantu dalam PRU 13? Hasil siasatan mendapati PR telah mengupah Bangla untuk mengundi tetapi sengaja menangkap mereka untuk dijadikan kambing hitam

Demi mencapai objektif dan misi negara Barat, media massa kelolaan PR telah mempromosikan maklumat-maklumat palsu dan bias yang telah dimanipulasi mengikut ACUAN  dan AGENDA mereka. Ia tidak hanya disokong oleh negara Barat tetapi media massa domestik juga telah berperanan untuk menjayakannya. Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan dalam BBC bertajuk,”Malaysia election sees record turnout” telah menggambarkan seolah-olah tangisan rakyat yang kononnya meratapi kehilangan undi dalam pilihan raya (stolen elections). Tindakan ini secara khusus adalah berniat jahat untuk melemahkan kesahihan pemilihan kerana mereka takut calon proksinya mungkin kalah. Melalui media suruhan mereka (Merdeka Centre),  usaha untuk menyokong dan membuat dakwaan ini telah dipergiatkan agar pengundi atau penyokong PR mempercayainya. Misalnya sorotan berita palsu dan propaganda mereka seperti berikut:

Allegations of election fraud surfaced before the election. Some of those who voted in advance told BBC News that indelible ink – supposed to last for days – easily washed off.

“The indelible ink can be washed off easily, with just water, in a few seconds,” one voter, Lo, told BBC News from Skudai.

Another voter wrote: “Marked with “indelible ink” and voted at 10:00. Have already cleaned off the ink by 12:00. If I was also registered under a different name and ID number at a neighbouring constituency, I would be able to vote again before 17:00!”

The opposition has also accused the government of funding flights for supporters to key states, which the government denies.

Independent pollster Merdeka Center has received unconfirmed reports of foreign nationals being given IDs and allowed to vote.

Bersih merupakan Kuda Tunggangan AS dalam memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan negara ini diperintah oleh proksi barat

Bersih merupakan Kuda Tunggangan AS dalam memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan negara ini diperintah oleh proksi barat

Merdeka Center merupakan sebuah organisasi pemantauan pilihan raya yang dibiayai oleh kerajaan asing di mana ia secara terbuka ditubuhkan untuk menghapuskan parti pemerintah semasa (BN) dari Malaysia. Mereka telah lama memihak kepada Wall Street melalui DSAI yang menjadi hamba barat dan tidak mengamalkan kebebasan media massa yang sebenarnya. Hubungan erat di antara “Pakatan Rakyat” yang diketuai oleh DSAI dan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir dengan pembabitan Merdeka Center sahaja. Sebaliknya, matlamat ini juga dikongsi bersama dalam gerakan jalanan pembangkang (BERSIH) di mana ia memperjuangkan slogan “bersih dan adil dalam pilihan raya” (clean and fair). Pada hakikatnya, gerakan ini telah menjadi kenderaan yang direka untuk menggerakkan demonstrasi jalanan bagi pihak PR. Perkara ini telah disahkan oleh Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih),  apabila telah mengakui dirinya bahawa organisasi beliau telah menerima wang tunai secara langsung dari Amerika Syarikat melalui National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society (OSI) yang dimiliki George  Soros seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider pada 27 Jun 2011;

…admitted to Bersih receiving some money from two US organisations — the National Democratic Institute (NDI) and Open Society Institute (OSI) — for other projects, which she stressed were unrelated to the July 9 march.”

 Amerika Syarikat Mencari Paksi Di Malaysia

Kekuatan armada laut Amerika Syarikat sering dijadikan alat propaganda dan perang saraf terhadap negara-negara yang tidak sealiran dengan kehendak mereka

Kekuatan armada laut Amerika Syarikat sering dijadikan alat propaganda dan perang saraf untuk menekan negara-negara yang tidak sealiran dengan kehendak mereka

Ada desas-desus menyebut pembinaan sebuah pengkalan tentera Amerika di negara kita akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Menurut sumber dalaman PR, lokasi pengkalan tentera tersebut berkemungkinan berhampiran Selat Melaka atas alasan untuk mengawal keselamatan laluan perkapalan disamping mengekang kegiatan lanun.

Umum mengetahui, Selat Melaka dianggap STRATEGIK bagi Amerika kerana ia bakal menjadi faktor pengimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi dan ketenteraan negara China. Dengan menguasai laluan tersebut, bermakna lebih kurang separuh dagangan minyak dunia akan berada dalam kawalan Amerika dan tentu saja tindakan sedemikian bakal mengundang tindakbalas keras daripada negara China.

Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia pernah MENOLAK tawaran Amerika untuk melakukan rondaan bersama di sepanjang laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia itu. Bagaimanapun, Singapura pula secara terbuka mengalu-alukan kehadiran bala tentera Amerika di rantau ini atas alasan keselamatan.

Keadaan geografi dan sempadan negara yang luas, negara-negara yang berjiran dengan Malaysia berlumba-lumba meningkatkan peralatan logistik dan pertahanan negara

Keadaan geografi dan sempadan negara yang luas menyebabkan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia berlumba-lumba meningkatkan peralatan logistik dan pertahanan negara masing-masing

Berbalik kepada kenyataan sumber dalaman PR tersebut, jika ianya sahih, bermakna seluruh rantau Asis Tenggara termasuk Malaysia akan terjerumus ke dalam KONFLIK persengketaan yang tentunya bukan saja kedaulatan negara bakal tergugat malah keamanan yang kita kecapi juga akan hilang begitu saja. Justeru itu, pihak PR dituntut memberi kenyataan segera berhubung isu ini selain itu adalah penting dijelaskan adakah ianya juga berkait rapat dengan usaha melobi pihak tertentu untuk mendapatkan dana luar negara bagi menghadapi pilihanraya ke 13.

Amerika Syarikat Minat Terhadap Selat Melaka

Merujuk kepada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007 bertajuk “Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka”, di mana beliau mengutarakan faktor-faktor yang membuktikan MINAT Amerika untuk bertapak di Malaysia seperti berikut:

  • Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk MEMAKSA Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Usaha memujuk Washington tidak terhenti di situ, cadangan ini diutarakan sekali lagi menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.
  • Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka. Bantahan keras Kuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington memBATALkan program tersebut dan diganti dengan PSI.
  • Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad ENGGAN menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.
  • Terdapat juga kesangsian Washington boleh menggunakan PSI sebagai meletakkan pengaruh mereka di Selat Melaka. Jakarta sering dipujuk supaya menyertai PSI dan kali terakhir ini dilakukan ketika Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice membuat lawatan ke Indonesia pada bulan Mac 2006. Permintaan Rice diTOLAK oleh Jakarta atas alasan kedaulatan negara tidak mahu diperjudikan.
Kedudukan Malaysia di tengah-tengah perjalanan laluan perdangangan di antara timur dan barat telah menarik minat AS untuk mendirikan pengkalan tentera di Malaysia.

Kedudukan Malaysia di tengah-tengah perjalanan laluan perdangangan di antara timur dan barat telah menarik minat AS dan Israel (sekutu) untuk mendirikan pengkalan tentera di Malaysia.

Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World) berpendapat Selat Melaka merupakan faktor utama yang menarik perhatian kuasa asing untuk menguasai politik di rantau ini, termasuk di Malaysia.

Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap LITERAL STATE, negara-negara yang berhampiran dengan selat ini adalah Indonesia, Malaysia dan Singapura. Singapura memang memihak kepada Amerika Syarikat (AS). Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini tegas dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah hak kita. Sudah tentu mereka, di AS mahu seorang pemimpin yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungan dengan negara China”, katanya.

Dr. Chandra berkata tidak mustahil sekiranya NED atau IRI masih membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, walaupun polisi kerajaan AS dilihat seolah-olah sudah tidak menyebelahinya kerana sistem politik di negara itu mengamalkan konsep dwi-power iaitu kuasa formal dan kuasa sebenar.

Kalau kita tengok politik AS, memang macam itu. Mereka (kuasa sebenar) ada perancangannya yang tersendiri dan adakalanya mereka boleh ubah dasar-dasar pemimpin-pemimpin (kuasa) formal”, katanya.

Selain daripada menerima tekanan DIPLOMATIK dari negara luar, Malaysia juga berdepan dengan tekanan DOMESTIK dari Pakatan Rakyat melalui DAP yang menjanjikan sesuatu pulangan yang lumayan kepada AS dan negara Barat. Rahsia ini telah didedahkan oleh Mohamad Razali bin Abdul Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP tentang bantuan DANA POLITIK dari pihak Israel dan Amerika. Beliau berkata; “Takkan saja-saja dia nak bagi duit.” Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, DAP akan menyerahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel ada logiknya.

Melalui pemberian kawasan tersebut kepada Israel (Sekutu AS), DAP berkata, jika kalau berlaku sekali lagi tragedi 13 Mei, dia tak takut. Mereka berkata; ” We are not scraed for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana. Kerana apa, kerana DAP yakin tentera ISRAEL berada di belakang mereka di mana ia merupakan satu jentera yang paling kuat untuk mempertahankan kepentingan mereka.

Pada awal tahun 1990, Pengkalan Udara Clark dan Subic Naval telah dikosongkan oleh AS. Senario ini menyebabkan AS mencari lokasi baru untuk mengawal dan menyekat kebangkitan China di Asia Tenggara. Mungkihkah Port Dickson sesuai dijadikan lokasi baru?

Pada awal tahun 1991, Pengkalan Udara Clark dan Subic Naval, Filipina telah dikosongkan oleh AS. Senario ini menyebabkan AS mencari lokasi baru untuk mengawal dan menyekat kebangkitan China di Asia Tenggara. Mungkinkah Port Dickson sesuai dijadikan lokasi baru?

Kewujudan pengkalan tentera Israel dan Amerika akan merealisasikan IMPIAN mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai base untuk Asia Tenggara. Lim Guan Eng berkata; “Base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenalpasti Port Dickson sebagai ganjaran kepada bantuan yang diberikan oleh mereka.

Amerika Syarikat Memilih Anwar Sebagai Proksi

Pemilihan pemimpin boneka berpaksikan Barat merupakan agenda utama dalam menguasai sesebuah negara. DSAI adalah calon pilihan AS dan Barat dalam menjaga kepentingan ekonomi dan politik mereka di Asia Tenggara

Pemilihan pemimpin boneka berpaksikan Barat merupakan agenda utama dalam menguasai sesebuah negara. DSAI adalah calon pilihan AS dan Barat dalam menjaga kepentingan ekonomi dan politik mereka di Asia Tenggara

Kenapa pemuka-pemuka Zionis seperti Paul Wolfowitz, Madeline Albright, William Cohen memilih Anwar sebagai PROKSI mereka di Malaysia ? Merujuk kepada kajian Dr. Chandra, beliau berpendapat, dalam soal peralihan kuasa global yang sedang berlaku sekarang, baik dari Barat ke Timur, dan mungkin ada negara-negara lain, termasuk negara China akan bakal melihat China akan menjadi pengganti HEGEMONY Amerika Syarikat. Senario ini adalah satu TREND yang berlaku sekarang ini. Sudah tentu, AS tidak mahu melepaskan gengamannya menguasai dunia. Mereka mahu terus kekal menjadi PEGAWAL DUNIA. Dan untuk mencapai objektif itu, mereka memerlukan individu-individu yang boleh membantunya dalam proses tersebut. Dalam konteks Asia Tenggara, mereka perlukan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu AS memantau ataupun check control secara tidak langsung terhadap kemunculan China yang bakal menjadi PESAING mereka. Mereka perlukan individu-individu seperti itu yang boleh memainkan peranan tersebut.

Kalau kita tengok pada polisi Tun Dr. Mahathir dan Tun Razak, mereka benar-benar memahami peranan negara China dalam konteks global. Tun Razak membuka jalan kepada China, dalam hubungannya dengan Asia Tenggara pada tahun 1974. Manakala Tun Dr. Mahathir pula mempertingkatkan hubungan dengan China. Polisi itu menguntungkan negara kita dalam beberapa hal termasuk kelapa sawit dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir memahami realiti ini dan beliau TIDAK MAHU Selat Melaka itu dikawal oleh kuasa-kuasa asing. Ini kerana Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap littoral states iaitu negara-negara yang berhampiran dengan selat seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura. Jika dikaji tindakan Singapura, kita mendapati negara ini memang MEMIHAK kepada AS kerana inginkan perlindungan dan bantuan. Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini TEGAS dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah HAK kita. Semuanya ini disebabkan oleh fakta berikut : 

  • Selat Melaka merupakan laluan penting menuju pelabuhan utama di Eropah dan Barat
  • 50% perdagangan hasil minyak dan gas dunia menggunakan Selat Melaka
  • 25% perdagangan antarabangsa adalah melalui Selat Melaka
  • Pengkalan tentera Laut Amerika di Subic Bay dan Clark Air Base Filipina ditutup pada 1991
  • Pada awal tahun 2005, Amerika pernah bercadang membuka pengkalan tentera di Thailand kemudiannya dibatalkan selepas mendapat bantahan rakyat Thai
  • Singapura pernah bersetuju membenarkan tentera Amerika beroperasi di negaranya selepas penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Filipina
  • Pada 2004, Malaysia dan Indonesia telah membuat bantahan keras terhadap Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) anjuran Amerika Syarikat kerana ianya dikhuatiri menjadi permulaan bertapaknya Amerika di Selat Melaka.
  • Penguasaan Selat Melaka akan membolehkan Amerika mengawal laluan perdagangan minyak dunia dari Asia barat hingga ke Lingkaran Pasifik
Perlumbaan negara-negara kuasa ekonomi dunia sedang berlaku secara global. Persaingan ketara di antara AS dan China menjadi punca utama AS menginginkan sokongan Malaysia secara terbuka berpihak kepada Amerika

Perlumbaan negara-negara kuasa ekonomi dunia sedang berlaku secara global. Persaingan ketara di antara AS dan China menjadi punca utama AS menginginkan sokongan padu Malaysia secara terbuka berpihak kepada Amerika untuk menyekat dan mengimbangi kebangiktan China

Kesimpulan

Penguasaan Selat Melaka adalah penting kerana ia merupakan di antara perairan yang paling penting di dunia. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang kepada AS. Mereka memerlukan seorang pemimpin BONEKA yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungannya dengan negara China. Oleh demikian, mereka mahukan individu seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memain peranan tersebut. Dulu pun kita sudah tahu, mereka tidak senang dengan Tun Dr. Mahathir kerana beliau tegas dalam soal kedaulatan Malaysia terutamanya dalam konteks Selat Melaka. Itu adalah HAK kita dan KEDAULATAN kita.

Beginikah sifat negarawan sejati? Memperjudikan negara demi amarah dan ambisi peribadi

Beginikah sifat negarawan sejati? Memperjudikan negara demi amarah dan ambisi peribadi

Sumber :

http://www.anwaraidc.com/?p=14875

http://www.anwaraidc.com/?p=13579

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

MITOS HIMPUNAN BLACKOUT 505 – INI KALI LAH ATAU INI KALI KALAH LAH?…..

Pendahuluan

Pada 6 Mei 2013, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang  didakwanya dilakukan dalam PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei lalu. Akibat kekecewaannya untuk merampas tampuk pemerintahan di Putrajaya maka satu HIMPUNAN perlu dirancang untuk “cover” kemaluan yang dihadapinya.

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.

Beginilah sikap DSAI yang telah sebati dengan jiwanya apabila ia gagal mencapai sesuatu impian, beliau akan mempergunakan ketaksuban rakyat atau penyokong fanatiknya dengaan menimbulkan suasana gegak gempita dan hiruk piruk demi menggapai angan-angan untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Secara umumnya himpunan ini tidak lebih daripada percubaan beliau untuk mewujudkan PERSEPSI NEGATIF terhadap kerajaan dengan mengambil kesempatan untuk MEMBULI RAKYAT agar terus membenci Perdana Menteri sediada.

Politik Persepsi Dan Manipulasi Amalan Demokrasi

Entahlah apa kena dengan mentaliti DSAI yang sering menimbulkan POLITIK KEBENCIAN terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Beliau mempersoalkan tentang kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 yang lalu dengan mengutarakan HUJAH DANGKAL yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang bakal PM. Apakah beliau lupa atau sengaja bersandiwara dengan tidak menerima amalan demokrasi di Malaysia yang berteraskan SISTEM KOMANWEL atau “BRITISH DEMOCRACY – WESTMINSTER” bukan melalui SISTEM PRESIDEN yang menentukan kemenangan mengikut jumlah UNDI POPULAR yang diterima daripada setiap pengundi. Contohnya keputusan Pilihan Raya UK yang diadakan pada 7 Jun 2001 di mana sebanyak 659 kerusi parlimen telah dipertandingkan. Hasil keputusan pilihan raya tersebut menunjukkan Parti Buruh memperolehi undi popular hanya 10,731,859 undi (40.7%) berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya sebanyak 15,636,345 undi (59.3%). Merujuk kepada sistem pilihan raya UK, Parti Buruh telah dinobat sebagai kerajaan pemerintah kerana ia berjaya memperolehi 413 kerusi parlimen berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya iaitu 246 kerusi parlimen.

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistuharkan sebagai pemenang

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistiharkan sebagai pemenang

Beliau mempertikaikan kemenangan ini kerana ia berpendapat bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang sepatutnya diistiharkan sebagai pemenang. Ia merujuk kepada analisa jumlah keseluruhan UNDI POPULAR yang diperolehi oleh PR sebanyak 5,591,688 undi (51.32%) berbanding BN sebanyak 5,302,039 undi (48.67%). Jika kita congak dan bahagi kutipan undi popular yang diperolehi oleh PR didapati ia hanyalah sekadar lebihan 289,649 undi atau  5.17% sahaja mendahului BN. Kalau beliau bertanding di Indonesia atau Singapura, kita bolehlah menerima REALITI ini. Tetapi senario ini tidak mungkin berlaku di Malaysia kerana amalan demokrasi yang diguna pakai ialah SISTEM KOMANWEL yang berasaskan kepada jumlah MAJORITI bilangan kerusi PARLIMEN yang diperolehi oleh sesebuah parti politik.

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihanraya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihan raya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Hakikat ini telah dibuktikan melalui hasil analisa keputusan PRU13 yang lalu ke atas 222 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh Malaysia.  Di mana ternyata bahawa BN telah memenangi PRU13 dengan perolehan kerusi sebanyak 133 Parlimen (59.9%) berbanding PR sebanyak 89 Parlimen (40.1%) dengan melepasi batas MAJORITI MUDAH (112 Parlimen). Ternyata tindakan DSAI mempertikaikan keputusan PRU13 ini amatlah memalukan PR umumnya dan dirinya khususnya kerana ianya keluar dari mulut seorang calon Perdana Menteri. Jika beliau masih berterusan menegakkan benang yang basah terhadap isu ini, nescaya ianya menampakkan kebodohan dan keperibadiannya yang tidak memiliki nilai-nilai NEGARAWAN yang tinggi.

Himpunan Blackout 505

Objektif himpunan ini bolehlah dikatakan KLISE dan RETORIK ciptaan Pakatan Rakyat terutamanya DSAI. Beliau sebagai MASTER MIND himpunan ini bertindak sebagai KATALIS untuk mewujudkan suasana tegang dan emosi di kalangan masyarakat. Oleh kerana beliau memahami bahawa sokongan kaum Melayu masih utuh kepada UMNO-BN maka sesuatu PERISTIWA perlu direkacipta demi mengekalkan MOMENTUM penyokongnya. Himpunan ini tidak lebih kepada satu perayaan untuk bersuka-ria sambil memperagakan 33 Ahli Parlimen/ADUN yang baru memenangi kawasan masing-masing. Secara keseluruhannya, apa yang diucapkan oleh pemimpin PR terutamanya DSAI lebih melahirkan KEKECEWAAN untuk menjadi Perdana Menteri.

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Sepatutnya beliau perlu mengotakan JANJI dan mengambil langkah BERSARA dari arena politik negara seperti yang beliau nyatakan terdahulu sebelum berakhirnya PRU13. Bukankah beliau sudah berjanji jika ia GAGAL menumbangkan BN di dalam PRU13, beliau akan bersara dan menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Eropah. Di mana janji beliau? Sebaliknya beliau bermain kata-kata (play words) dengan memutar FAKTA bahawa PR telah menang secara majoriti melalui UNDI POPULAR. Inilah watak DSAI yang bijak menyusun KATA dan AUTA demi menyelamatkan KEMALUANNYA.

Apakah faedahnya himpunan ini? Jika ditanya kepada penyokong fanatik PR sudah tentu berdegar-degar hujah demi hujah yang menyokong tindakan himpunan haram ini. Walau ianya menyusahkan kehidupan masyarakat di sekeliling lokasi himpunan tersebut. Tahukah anda berapa ramai pengguna di jalan raya dan lebuhraya merungut dan menyumpah seranah ke atas penganjuran himpunan ini. Apa tidaknya, mereka terpaksa menunggu hampir 5 jam terperangkap di dalam kenderaan di Tol Subang Jaya, Jalan Airport Lama, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Punchong, KESAS, Jalan SS7/19 dan sekitar DUN Seri Setia.

Apa Yang Terjadi Pada Malam Itu

Keghairahan penganjur Himpunan Blackout 505 untuk memenuhkan ruang Stadium Petaling Jaya amat menjengkelkan. Apa tidaknya, mereka bertindak seolah-olah masyarakat sekitar kawasan tersebut bersetuju diadakan perhimpunan tersebut. Hampir setiap ceruk dan ruang kosong di kawasan perumahan SS7 Kelana Jaya dipenuhi kenderaan peserta. Mereka meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar dan masuk kediaman mereka. Suasana bising dengan sorakan REFORMASI dan UBAH menjadi rima dan melodi peserta. Ditambah pula bunyi-bunyian hon dari kenderaan dan tiupan “Vuvuzela” menjadi RUNGUTAN penduduk kerana mengganggu kedamaian mereka di waktu malam.

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Kesesakan yang teruk telah berlaku di sekitar jam 6 petang hingga 11 malam di kawasan ini hingga menyebabkan beribu-ribu kenderaan terperangkap di Exit Tol Subang menghala ke arah Shah Alam dan Kuala Lumpur. Ia meliputi Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya KESAS hingga ke Seri Kembangan. Kedengaran sumpah-seranah dan makian yang dikeluarkan oleh mereka yang terbabit sambil menyalahkan penganjur perhimpunan ini sebagai “MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI” dan menyusahkan pengguna.

Pada malam itu, secara keseluruhannya hampir 80% peserta adalah terdiri daripada kaum Cina. Mereka hadir dengan memperagakan pelbagai sepanduk dan kata-kata sindiran terhadap kerajaan sediada. Kaum Melayu yang hadir adalah di kalangan peniaga-peniaga makanan, barangan bermotifkan parti seperti poster, cd ceramah, air-hon (Vuvuzela) dan baju T-shirt. Hampir 2/3 daripada peserta memakai baju berwarna HITAM yang menandakan PROTES kepada keputusan PRU13. Aturcara yang dijalankan bermula dengan kata-kata aluan penganjur dan diikuti oleh ucapan pendek oleh 33 orang wakil PR serta diakhiri dengan ucapan RETORIK oleh DSAI. Intipati ucapannya berkisar tentang KETIDAKPUASAN hati beliau terhadap keputusan dan operasi SPR semasa mengendalikan PRU13. Sekaligus beliau menjadikan perhimpunan ini sebagai PLATFORM untuk menjustifikasikan bahawa beliau TIDAK AKAN BERSARA dari arena politik, malah akan melancarkan banyak lagi perhimpunan seperti “Blackout 505” di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor.

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Tepat jam 12 malam, semua peserta mula beredar dari Stadium sambil memekik-melolong dengan “Semangat Blackout” di fikiran masing-masing macam robot. Mereka seperti di “Brainwash” agar patuh tanpa menyoal segala ALASAN dan OMONGAN yang diberikan oleh pemimpin mereka. Sudahlah mereka membuat bising sampai mengganggu ketenteraman penduduk, tindakan tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap dan mengotorkan kawasan sekitar juga dilakukan oleh mereka dengan selamba. Siapalah yang akan membersihkannya, ya?

Kesimpulan

Kita semua tidak boleh meramal masa depan tetapi kita semua mempunyai sejarah yang boleh dijadikan rujukan kepada kita dalam membentuk generasi Malaysia yang kompetetif,dinamik dan berinovatif. Keutuhan sistem pilihan raya ini perlu dipelihara untuk menjamin kestabilan negara supaya Malaysia dapat terus menjadi negara yang lebih baik. Janganlah kita termakan dakyah-dakyah yang sesat lagi menyesatkan yang digembar-gemburkan oleh PR. Tindakan EKSTRIMIS dan RADIKAL perlu dikekang dari bertapak di dalam negara kita terutamanya dari aspek PERPADUAN dan KERJASAMA di antara semua kaum di Malaysia. Seharusnya kita perlu menghalang atau menjaga ahli keluarga dan sanak saudara dari terikut-ikut BUDAYA JALANAN yang menjadikan DEMONSTRASI sebagai tanda protes. Sebaliknya kita perlu akur dan menghormati BUDAYA BANGSA yang menjunjung DEMOKRASI sebagai tanda kematangan.

Jika kita ditanya oleh seseorang tentang menukar corak pentadbiran negara; “Ini Kali Lah atau Lain Kali Lah? Maka jawapan yang sebaiknya ialah “INI KALI KALAH LAH”……….

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG LARANGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE. BAGAIMANA ISU INI BERMULA?

Pendahuluan

Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah ALLAH merupakan KALIMAH SUCI yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah menjadi KEWAJIPAN bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

Terjemahan kata ganti nama God atau Lord di dalam Bible cuba digantikan kepada nama Allah dalam versi bahasa Melayu

Terjemahan kata ganti nama God atau Lord di dalam Bible cuba digantikan kepada nama “Allah” dalam Alkitab versi bahasa Melayu

Ini kerana sehingga kini, penganut Kristian bermati-matian menuntut agar kalimah ini dibenarkan untuk diguna pakai di dalam terjemahan Bible versi Bahasa Melayu (ALKITAB). Apa sebenarnya MOTIF puak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah di setiap gereja? Adakah mereka membuatnya saja-saja? Atau hendak melihat sejauh mana KEPEKAAN atau SENSITIVITI orang Melayu yang beriman di bawah naungan Islam.

Kronologi Tuntutan Kalimah “Allah”

Punca perdebatan kalimah "Allah" bermula semasa permohonan memperbaharui permit akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan

Perdebatan kalimah “Allah” dipercayai bermula semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu

Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah “Allah” terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu. Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik. Peristiwa ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut :

Sebelum Semakan Kehakiman

  • Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
  • Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1  November 2006.
  • Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
  • Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
  • Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak  digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan  majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
  • Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah "Allah"?

Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”?

Semasa Semakan Kehakiman

  • Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
  • Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
  • Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.

Selepas Semakan Kehakiman

  • Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
  • Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
  • Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan,  Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam isu kalimah "Allah"

Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah”

Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini

Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :

Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng adalah pencetus kepada polimik kalimah "Allah" secara nyata

Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng yang meminta dibenarkan penggunaan kalimah “Allah” secara terbuka adalah PENCETUS kepada POLIMIK semasa di kalangan masyarakat

Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan politik membantah permintaan Lim Guan Eng

Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan ahli politik dalam membantah permintaan Lim Guan Eng

Mufti-Mufti mendesak agar semua pihak AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam

Mufti-Mufti pelbagai negeri mendesak agar semua pihak AKUR terhadap Fatwa yang menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam

  • Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Hari Natal.
  • Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 4 Januari 2013, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
  • Pada 8 Januari 2013, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 8 Januari 2013, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Pada 11 Januari 2013, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “Allah” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
  • Pada 13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang)  PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kesimpulan

Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti  dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Jangan kita biarkan kalimah "Allah" dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK LAYAK dan beriman kepadaNya menggunakannya. ALLAH

Jangan kita biarkan kalimah “Allah” dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK BERIMAN dan MENYAKINI segala perintah dan laranganNya

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama “Allah” dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah TIDAK WAJAR sama sekali, bahkan jika dilihat di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama “ALLAH” bagi merujuk kepada God atau Lord samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Wa’allahu’alam……. Sebarkanlah risalah ini demi agama tercinta.

Sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121228/dn_03/Hentikan-polemik-mahu-guna-kalimah-Allah
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-sultan-selangor-kesal-permintaan-guan-eng-1.119178
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-hormati-keputusan-majlis-fatwa-1.115437
http://www.sinarharian.com.my/nasional/dap-mahu-pusat-benar-guna-kalimah-allah-1.115162
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-tuntutan-terus-dicemuh-1.115481

ARCHIEVEMENTS REVIEW – APANAMADOTCOM IN 2012

HAPPY NEW YEAR 2013……

2013 - NY

Here’s an excerpt:

19,000 people fit into the new Barclays Center to see Jay-Z perform. This blog was viewed about 71,000 times in 2012. If it were a concert at the Barclays Center, it would take about 4 sold-out performances for that many people to see it.

THANKS TO ALL VISITORS, AND CONTINUE TO SUPPORT THIS BLOG.

AWAS! ANCAMAN FAHAMAN-FAHAMAN ASING TERHADAP AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH (ASWJ) DI NUSANTARA

Pendahuluan

Sumber rujukanAhli Sunnah Wal Jama'ah berteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan

Sumber rujukan utama Ahli Sunnah Wal Jama’ah berteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan

Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah (ASWJ). Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai ASWJ? Adakah dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid yang menjadi ikutan umat Islam seperti di Nusantara mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut Imam Maliki dan mereka yang berada di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.

Susulan daripada kejayaan ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah menyusun secara sistematik dan menjelaskan kepentingan akidah kepada umat Islam maka ASWJ adalah fahaman aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam dan telah diijma`kan oleh para pemuka Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi serta pendokong utama Mazhab Hambali. Senario ini telah menyebabkan berlakunya ancaman dan penentangan terhadap ASWJ dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya.

Taburan kawasan yang mewakili empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Taburan kawasan yang mewakili pengikut kepada empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Analoginya, golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah S.W.T. terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at) bagi mendapat ganjaran syahid dalam peperangan. Ini berdasarkan dari hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

Definisi Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Istilah atau kalimah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara.  Namun, apabila membincangkan perihal ASWJ terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini.  Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama  ada di segi bahasa atau syara.  Istilah “Ahli Sunnah Wal Jama’ah”  merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut permaknaan istilah.

  • Perkataan Ahl

Jika dilihat dari sudut literal, ianya bererti ahli keluarga, pengikut atau golongan. Manakala dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau berpegang dengan sesuatu (kalimah) yang disandarkan kepada perkataan Ahl tersebut seperti ahl al-Madhhab di mana ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan mazhab tersebut.

  • Perkataan al-Sunnah

Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan sebanyak 16 kali. Perkataan al-Sunnah pula jika dilihat dari sudut literal ia bermaksud al-Sirah. Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah memberi pengertian sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada kata-katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnyadan sejarah hidupnya, sama ada sebelum kenabian mahupun selepas kenabian. Ia juga bermaksud jalan yang ditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu. Di sisi para fuqaha‟, perkataan al-Sunnah bermaksud perkara yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan percakapannya.

  • Perkataan al-Jama’ah

Menurut Ilmu al-Istiqaq dalam bidang bahasa, perkataan al-Jama’ah ini berasal daripada perkataan al-Ijtima’ yang bermaksud perhimpunan atau perkumpulan. Antonim bagi kata al-Jama’ah adalah al-Firaq yang bermaksud perpecahan. Jika diteliti dari sudut etimologi, ia merujuk kepada satu himpunan ataupun kumpulan manusia dan kumpulan tersebut mengandungi jumlah yang besar. Manakala dari sudut terminologi, ungkapan al-Jama’ah di sisi Ulama Usuluddin adalah merujuk kepada mereka yang mengikuti majoriti umat Islam di mana ia terdiri daripada mereka yang mengikuti jalan yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda.

  • Perkataan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Ketiga-tiga suku kata tersebut telah digabungkan menjadi satu istilah oleh dua orang ulama yang mahir dan pakar dalam bidang Usuluddin iaitu al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (260 – 330H) dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi (238 – 333H). Ia dinamakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang dirujuk kepada mereka yang telah berada di atas manhaj (jalan/ method) yang diperkenalkan oleh golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari sudut aqidah. Hal ini adalah suatu yang masyhur dalam kalangan majoriti para ulama ketika mengidentifikasikan golongan yang dinamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Oleh kerana jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam pada zaman mereka dan pada zaman selepasnya, maka penyebutan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sering dikaitkan dengan kedua-dua ulama ini.

Aliran-Aliran Fahaman Yang Bercanggah

Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Penyerapan aliran-aliran fahaman asing ke dalam masyarakat Islam di Nusantara ini sudah lama melanda dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Di antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut :

Fahaman Syi'ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari aspek aqidah dan tauhid

Fahaman Syi’ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari aspek aqidah dan tauhid

Aliran Syi’ah – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Fahaman mereka yang menganggap imam-imam Syi’ah yang maksum tidak berdosa langsung.
  2. Mengeluarkan fatwa bahawa para sahabat Nabi S.A.W. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad.
  3. Mereka ada al-Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah seperti kata Iman Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.
  4. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syi’ah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka

Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka

Aliran tidak pakai mazhab – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Mengajar pengikutnya berdasarkan kepada mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut al-Quran dan al-Hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana al-Quran dan al-Hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa.
  2. Kita hanya wajib ikut Rasulullah S.A.W.; dia maksum orang lain tidak maksum.
  3. Kalau kita mazhab mengikut boleh membawa kepada syirik dan kufur  sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa’r-rahban) yakni seperti menyembah orang alim atau orang soleh.
Aliran fahaman Wahhabi merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah

Aliran fahaman Wahhabiah merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah

Aliran Wahhabiah – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Mengajar pengikutnya agar jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang sealiran dengan mereka.
  2. Bacaan Doa Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Surah Ya’sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf adalah bidaah dan sesat, demikian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka.
  3. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil Salafi.
  4. Kebiasaannya, di mana tempat ada fahaman ini, di situlah kerap berlakunya perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Jika hilang pertimbangania boleh menyebabkan berlakunya bunuh membunuh.
Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat

Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat

Aliran Islam Liberal – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Fahaman ini mengajarkan pengikutnya bahawa tidak ada hukum Allah S.W.T, tetapi yang ada ialah budaya semata-mata.
  2. Kita tidak wajib mengikut Fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu (ketinggalan zaman).
  3. Semua agama membawa kebenaran, tiada yang melebihi di antaranya.
  4. Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabar pun mendapat wahyu, wahyu dalam erti kata fikiran. Hanya yang tidak ada hanyalah wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
  5. Orang Islam boleh berkahwin dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama (Inter-faith marriage).
  6. Salah satu daripada pendokong aliran ini ialah Jaringan Liberal Islam (JIL). Jika dilihat di dalam isi kandungan laman web JIL akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran.
Sekularisme perlu ditentang dari terus bertapak diterapkan di dalam pentadbiran  dan cara hidup masyarakat merebak masyarakat

Konsep pemisahan agama dalam kehidupan seharian yang diterapkan oleh aliran Sekularisme perlu ditentang. Ia adalah bersalahan dengan tuntutan Islam yang menyarankan umatnya menjadikan Islam sebagai cara hidup

Aliran Sekularisme – Antara ajaran-ajarannya :

Aliran ini mengutarakan kaedah cara berfikir dan bertindak dalam mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Allah S.W.T. atau tidak ada hubungkait dengan akhirat di semua ruang awam tanpa terkecuali (Lihat takrif sekularisme oleh George Holyoake).

Fahaman ini lebih kepada keupayaan

Konsep semua agama adalah sama merupakan satu doktrin songsang yang cuba disemai oleh aktivis pluralisme agama terhadap umat Islam agar terpesong aqidah

Aliran Pluralisme Agama – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Aliran ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga.
  2. Orang Islam tidak boleh mengakuinya kerana hanya agama Islam sahaja wajib diyakini mempunyai kebenaran berbanding agama lain.
  3. Kalau demikian apa gunanya Nabi Muhammad S.A.W datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?
  4. Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?
  5. Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad semasa berlakunya Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga?

Kesimpulan

Kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebab ia sahaja yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi tonggak ulil-amri negara ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Sedarlah wahai umat Islam bahawa ancaman fahaman-fahaman asing ternyata boleh merosakkan aqidah dengan dampak yang lebih besar. Ini kerana fahaman asing seperti syi’ah, wahhabiah, sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sealirannya merupakan senjata ampuh yang digunapakai oleh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan aqidah umat Islam tanpa disedari oleh umat Islam itu sendiri. Oleh itu, bersihkan dan sucikanlah diri kita, masyarakat di sekeliling kita dan para pemerintah kita dari segala bahaya penyesatan aqidah dari terjerumus kepada fahaman-fahaman asing yang jauh lebih berbahaya dari kristianisasi.

Sumber :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0

TAHNIAH KEPADA PENGUNJUNG KE SERATUS RIBU (100k) DARIPADA WARGA KERJA APANAMADOTCOM…..

Salam Sejahtera Buat Semua Penyokong ApanamDotcom….

Hari ini merupakan detik bersejarah kepada warga kerja di blog https://apanamadotcom.wordpress.com kerana dengan sokongan dan dokongan anda semua, kami di ApanamaDotcom telah berjaya mencapai hit sebanyak 100,000 kunjungan pelawat hingga ke saat ini. TAHNIAH! kepada semua warga kerja yang turut sama membantu dalam menjayakannya. Kepada 209 orang pelawat yang memilih butang “Like” pada rangkaian Facebook, pihak kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH tidak terhingga di atas sokongan anda yang tidak mengenal jemu dalam memberikan idea dan cadangan kepada kami. Insya’Allah, segala cadangan dan komen daripada anda akan dijadikan panduan dalam memajukan lagi blog ini.

Wajah lama ApanamaDotcom pada awal pelancaran 2011

Susunatur website ApanamaDotcom terdahulu sejak dilancarkan

Susunatur blog ApanamaDotcom terdahulu sejak dilancarkan pada awal tahun 2011

Wajah Baru ApanamaDotcom menjelang tahun 2013 – Blog dan Facebook

Paparan terkini ApanamDotcom bersempena sambutan pengunjung yang ke-100k

Paparan terkini ApanamDotcom bersempena sambutan pengunjung yang ke-100k

Cetusan minda terkini dalam mengutarakan Kritis dan Kritikal terhadap isu semasa

ApanamaDotcom versi Facebook lebih terbuka minda dalam mengkritik permasalahan sosio-politik dan masyarakat

ApanamaDotcom versi Facebook lebih terbuka minda dalam mengkritik permasalahan sosio-politik dan masyarakat

Untuk makluman semua, blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai bangsa dan negara di seluruh dunia. Ini terbukti sehingga 25 Disember 2012, pihak kami telah mendapat kunjungan pelawat dari 102 buah negara dengan bilangan purata 4,700 hingga 5,800 pelawat setiap bulan.

Taburan terkini pengunjung ke website ini sehingga 25 Disember 2012

Taburan terkini jumlah pengunjung ke blog ini sehingga 25 Disember 2012

ApanamaDotcom telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari 102 buah negara di seluruh dunia

ApanamaDotcom telah mendapat sambutan pengunjung yang menggalakkan dari 102 buah negara di seluruh dunia

 
Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Di atas Sokongan ANDA. Tanpa penglibatan ANDA, Kami Tiada Di Persada Maya………………
 
ApanamaDotcom…..
Gerbang Minda Merdeka

ADA APA DENGAN AES?

Pendahuluan

Kini, masyarakat di sekeliling kita asyik mempolemikkan isu pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) di spot-spot tertentu. Pemilihan lokasi ini adalah disebabkan kawasan tersebut sering berlakunya kemalangan yang melibatkan KEMATIAN nyawa dan KECELAKAAN kepada pengguna. Merujuk kepada catatan Muhammad Shaahidun Shayaa dalam menghuraikan permasalahan ini telah merumuskan betapa masyarakat kita mempunyai PERSEPSI negatif kepada pemasangan AES.

Penggunaan AES mampu mengurangkan masalah kekurangan kakitangan untuk melaksanakan penguatkuasaan lalulintas

Coretan artikal ini sedikit sebanyak dapat menerangkan permasalahan. Isu ini semakin panas diperdebatkan di dalam media massa dan media cetak sejak beberapa hari yang lepas, apabila ahli-ahli politik pembangkang memperbesarkan isu ini dan menjadikannya persis sebuah SARKAS.

Senario AES – Keliru dan Celaru

Adakah AES keliru lagi mengelirukan pengguna atau minda pengguna itu sendiri yang celaru

Kenapa kita begitu kuat mempertahankan pesalah-pesalah trafik? Bukankah kita menggunakan jalanraya setiap hari dan menyedari betapa tingkahlaku sesetengah pengguna-pengguna jalanraya adalah sangat menjengkelkan dan merbahaya?

Memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong barisan, memotong di jalan garisan dua selari serta mereka yang memasuki jalan-jalan larangan pada waktu-waktu yang sibuk; ini semua adalah senario harian dalam pengalaman pemanduan kita semua.

Adakah kita ini semata-mata sebuah negara yang dipenuhi pengguna-pengguna jalanraya yang tidak bertimbang rasa sehinggakan kita harus menyuarakan ketidakpuasan hati kita kepada sebuah sistem baru yang boleh memastikan keselamatan jalanraya untuk kita semua?

Penggunaan AES Di Negara Luar

AES telah pun dilaksanakan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun seperti Perancis, Jerman, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 90 negara-negara di seluruh dunia yang melaksanakan sistem elektronik yang serupa, dan hasilnya amat memberangsangkan.

Kita ambil contoh Perancis di mana jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya telah menurun sebanyak 27 peratus dalam tempoh hanya tiga tahun selepas dilaksanakan. Di Kuwait, kadar kemalangan trafik telah berkurangan sebanyak 48 peratus sementara di Jerman pula, 80 peratus daripada pengguna-pengguna jalanraya telah mula mematuhi peraturan-peraturan jalanraya di kawasan-kawasan yang diletakkan di bawah pengawasan AES.

Senarai kawasan “hotspot” (pilot project – Lembah Klang) yang telah dipasang AES telah mencatatkan bilangan kesalahan yang amat mengerikan. Senario ini membuktikan pemanduan kenderaan di jalan raya di tahap merbahaya

Sejak fasa pertama pelancarannya di negara kita pada 23 September tahun ini, 14 buah kamera yang telah dipasang di kawasan-kawasan “blackspot” di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaporkan dapat merakamkan sejumlah 63,558 kesalahan-kesalahan trafik dalam masa lapan hari yang pertama.

Perangkaan ini seharusnya mengingatkan kita semua agar mematuhi undang-undang trafik, bukannya untuk kita menimbulkan satu bentuk perbalahan yang menuduh pihak kerajaan sedang cuba untuk merompak kita semua! Dan tahukah anda bahawa jumlah pemandu yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan trafik telah berkurangan lebih daripada separuh sejak minggu lepas?

Pengguna-pengguna jalanraya kini bertambah berwaspada dan lebih mematuhi undang-undang trafik kerana mereka tidak mahu ditangkap melakukan kesalahan oleh kamera berkuasa tinggi yang diletakkan di tepi jalanraya-jalanraya kita. Kenapa ini dianggap sebagai sesuatu yang membebankan rakyat Malaysia?

Kelebihan-Kelebihan AES

Maklumat ringkas berkaitan AES yang perlu diketahui oleh semua pengguna jalan raya

AES membawa banyak kelebihan-kelebihan, selain daripada objektif utamanya untuk memastikan keselamatan setiap pengguna-pengguna jalanraya. Eloklah kita diingatkan bahawa AES bukanlah sebuah sistem di mana kamera-kamera tersembunyi digunakan oleh pegawai-pegawai polis trafik yang terpaksa bersembunyi di celah semak samun sepanjang lebuhraya-lebuhraya kita. Papan-papan tanda amaran diletakkan berdekatan lokasi-lokasi AES untuk mengingatkan kita agar mematuhi undang-undang. Gambar-gambar kenderaan serta nombor plet pesalah-pesalah akan diproses di pusat kawalan AES dan akan diserahkan kepada JPJ untuk pengeluaran denda atau saman.

a)  Mengurang dan menghapuskan amalan rasuah

Apa yang membingungkan lagi adalah sikap sesetengah anggota masyarakat yang menolak AES sedangkan ianya adalah sebuah sistem yang mengurangkan kebergantungan terhadap pihak polis dalam pengeluaran saman, ini bermakna kita dapat mengurangkan atau menghapuskan rasuah dalam kalangan anggota polis trafik. Bukankah ini apa yang kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah. Kita menentang amalan rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita melanggar undang-undang jalanraya?

b)  Mengurangkan bilangan kakitangan

Satu lagi aspek yang bagus tentang AES adalah ianya membantu mengurangkan jumlah kakitangan yang melaksanakan tugas-tugas ini secara manual sebelum ini, sebagai contoh pegawai-pegawai polis yang bersembunyi di celah semak-samun. Mereka boleh ditugaskan untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang lebih membawa nilai tambahan sebagai contoh membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di sekitar bandaraya. Memang kita tidak suka diperhatikan sewaktu kita memandu, kita juga perlu tahu bahawa pegawai-pegawai polis itu pun tidak suka bersembunyi untuk menangkap anda. Mereka juga ada tugas-tugas lain.

c)  Mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik

AES mampu mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan trafik melalui sebuah sistem yang berfungsi 24 jam, di bawah setiap jenis cuaca atau keadaan. Ia juga tidak mendiskriminasi, kerana tidak wujud sebarang interaksi peribadi di antara sistem ini dan pesalah-pesalah, dan ia juga tidak mendiskriminasi antara kenderaan-kenderaan persendirian, komersil mahukan awam.

d)  Meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalanraya

AES juga mensasar untuk meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) dalam kalangan pengguna-pengguna jalanraya Malaysia demi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Biasanya, kadar POBC dalam kalangan pengguna jalanraya tempatan adalah 25 peratus pada hari-hari biasa dan 50 peratus pada musim-musim perayaan apabila kempen-kempen keselamatan jalanraya seperti Ops Sikap dijalankan.

Apa salahnya jika kita berikan peluang kepada pihak berkuasa menguatkuasakan AES dalam tempoh tiga bulan. Selepas itu, barulah kita berikan komen atau bantahan

Di negara-negara maju di mana pengguna-pengguna jalanraya lebih berdisiplin dan berpengetahuan, kadar POBC mereka adalah di antara 80-90 peratus. Kita masih lagi jauh di belakang, namun kita sedang berada di landasan yang betul. Kita tunggu dan lihat saja apa akan berlaku apabila lebih banyak kamera lagi dipasang di kesemua 817 kawasan-kawasan “blackspot” di seluruh negara.

Kenapa perlu kecoh?

Sesetengah orang mula memanggil AES sebagai “rompakan lebuhraya” dan ada juga yang mahu nama sistem ini ditukar kepada “Saman 1-Malaysia.” Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan AES sebagai satu alat untuk memeras rakyat demi keuntungan dan bukannya berfungsi sebagai satu usaha pencegahan kesalahan-kesalahan trafik.

Kenapa hendak bangkang AES? Kepentingan politik atau kesejahteraan rakyat?

Setiap perniagaan perlu mendapatkan keuntungan, begitu juga dengan syarikat-syarikat yang telah mendapat kontrak pembekalan dan pengoperasian AES ini. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihak kerajaan tidak mengeluarkan kos walau satu sen pun untuk AES dan syarikat-syarikat tersebut perlu menanggung segala kosnya.

Sekiranya ini benar, maka pihak syarikat perlu mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk membeli kamera-kamera serta teknologi ini, dan sama seperti perniagaan lain, syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan pulangan dari pelaburan mereka.

Pengenalan MyEG tidak pernah dibantah oleh pengguna. Kenapa AES menjadi mendapat kecaman hebat tanpa diberikan peluang seperti MyEG?

Tiada siapa yang membuat kecoh apabila MyeG Berhad mengenakan sedikit bayaran pemprosesan untuk memproses permohonan-permohonan online seperti saman trafik dan pembaharuan lesen cukai jalan, jadi kenapa segelintir masyarakat menyuarakan kemarahan mereka terhadap kerajaan dan dua buah syarikat ini sedangkan mereka sedang menjalankan model perniagaan yang serupa?

Kesimpulan

Tidak perlu ada sebarang perbalahan tentang AES sekiranya kita mahu menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun, berbudaya dan matang. Kita berharap dengan penuh keyakinan agar dalam jangka panjang, AES akan berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan maut, seperti mana yang terbukti di banyak negara-negara lain di seluruh dunia. Kini ada kira-kira 20 juta kenderaan berdaftar di negara kita dan kadar kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya semakin berkembang setiap tahun.

Memang tidak dapat kita nafikan bahawa pengeluaran saman-saman ini tidak mungkin akan dapat membenteras pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab dari mendatangkan bahaya kepada orang lain, namun sebarang usaha yang bertujuan untuk memastikan jalanraya kita selamat digunakan haruslah sentiasa kita sokong.

MALAYSIAKINI BUANG KOMEN YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN PAKATAN RAKYAT?

Kini riuh rendah seluruh negara bila kerajaan mendedahkan bahawa terdapat beberapa NGO dan Portal Berita telah mendapat dana secara HARAM dari Yahudi sejak awal tahun 2000. Dua penyumbang utama adalah National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan pertubuhan milik George Soros, Open Society Institute (OSI) didapati membiayai kumpulan-kumpulan yang menyokong kepentingan dan objektifnya di seluruh dunia.

MKini Dotcom Sdn. Bhd. (Malaysiakini) adalah salah satu daripada penerima sumbangan dana dari luar negara melalui National Endowment for Democracy (NED) sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini. Jumlah terkumpul sumbangan dana yang telah diterima dari tahun 2009 hingga 2011 adalah sebanyak RM300,000 atau 2% daripada RM19.838 juta yang disalurkan oleh NED.

Adakah bantuan dana dari NED tidak perlukan balasan? Orang budiman dan ikhlas sahaja yang akan memberikan sumbangan tanpa mengharapkan balasan

NED merupakan cabang rahsia kepada Agensi CIA dalam menyalurkan dana khusus kepada pertubuhan NGO dan media massa yang anti-kerajaan dengan menggunakan alasan-alasan stereotaip “HAK KEBEBASAN ASASI” demi menjajah sesebuah negara tanpa perlu menggunakan kekerasan kuasa ketenteraan. Kebiasaanya NED/CIA mempunyai matlamat tersirat serta bertentangan dengan KEDAULATAN dan KEMERDEKAAN negara seperti Malaysia. Berdasarkan kepada pengalaman di negara-negara bergolak seperti Mesir, Libya, Tunisia dan Syria, kita khuatir terdapat bantuan dana daripada pihak asing khususnya daripada individu dan kumpulan tertentu yang menjadi pelaksana kepada AGENDA ZIONIS dan NEOCON yang bertujuan untuk menguasai dunia sebagai PROKSI melalui SEKUTU atau KONCO mereka. 

Portal berita Malaysiakini tidak profesional dan berkiblatkan pro-pembangkang. Lidah Rasmi Pakatan Rakyat

Komen Apanamadotcom Yang Dibuang Oleh Malaysiakini

Malaysiakini adalah Portal Berita yang BERAT SEBELAH dan mengamalkan DISKRIMINASI terhadap mana-mana komen dari Pengirim yang tidak menyokong atau selari dengan aspirasi Pakatan Rakyat. Senario ini terbukti apabila dua kiriman komen dari Apanamadotcom telah dibuang dari paparan Portal Malaysiakini dengan menggunakan TEKNIK MENYENSOR (Censoring Techniques). Melalui teknik ini, semua komen yang dikenalpasti tidak berpaksikan sokongan kepada Pakatan Rakyat akan dipaparkan untuk bacaan Pengirim sahaja ketika Pengirim “LOGIN” akaun Facebook. Jika Pengirim “LOGOUT” akaun Facebook maka semua komen tersebut akan hilang dari paparan Portal tersebut dan tidak dapat dilihat oleh pembaca yang lain.

Dengan erti kata lain, semua komen yang dikirimkan pada Portal ini akan terpapar untuk bacaan Pengirim sahaja tanpa dapat dibaca oleh orang ramai. Kiranya, macam KES SYOK SENDIRI. Perasan macam semua komen ini telah dibaca, rupa-rupanya hanya Pengirim seorang sahaja yang senyum sendirian. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, sila rujuk kepada dua kiriman komen Apanamadotcom yang telah disensor oleh Malaysiakini. Cuba ikuti pengalaman ini mengikut kronologi.

Tajuk Berita : Suaram – Siapa Beri Kamu Wang, Utusan?
Tarikh : 28 Ogos 2012 (Selasa)

Screenshot tajuk berita berkaitan SUARAM yang diterbitkan oleh Malaysiakini

Kiriman Komen (Pertama)

Apanamadotcom kepada Malaysiakini pada 28 Ogos 2012 (Selasa), 10.04pm:

Komen Pertama – Dari Apanamadatcom yang mengutarakan isu penerimaan dana asing oleh SUARAM

Petikan Komen yang dihantar dalam “Screenshot – 1”

“Memang SENGAL bin SAMDOL betul la bro Kua ni. KENAPA u cabar wartawan Utusan dedahkan sumber pendapatan syarikat depa. Sedangkan Akhbar Utusan tu berdaftar sebagai Syarikat Perniagaan yang menjalankan aktiviti penerbitan akhbar harian, majalah dan pengiklanan secara aktif.

Berbanding SUARAM yang didaftarkan sebagai SYARIKAT SWASTA di atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan MODAL sebanyak RM2. Hasil semakan mendapati SUARAM adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan.

SO, apa jenis perniagaan yang u all jalankan dari tahun 2009 – 2010 sampai jumlah kutipan duit di dalam akaun sebanyak RM908,363. Ini tak termasuk jumlah wang terkumpul pada tahun 2011 hingga 2012? Apa barang lu niaga ha…. UNTUNG giler bro.

Siapa biayai perlantikan peguam Kes Scorpene? Kenapakah Malaysiakini beria-ria memberikan liputan kes ini secara konsisten?

Lagi satu KEMUSYKILAN aku nak tanya. SUARAM mendakwa bahawa depa berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia. Tapi bila semak dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), habuk pun TARAK. Tak berdaftar pun sebagai NGO rupanya. Khiyak…Tuuuiii… Jadi, BAGAIMANA SUARAM boleh bergerak aktif di seluruh negara menganjurkan macam2 aktiviti termasuklah MELANTIK Peguam untuk KES SCORPENE. Siapa Biaya SUARAM Untuk Menipu?

Rasionalnya bro, SUARAM PERLU menDEDAHkan dan memPERJELASkan niat sebenar, motif dan identiti penyumbang sumber kewangan kepada badan itu. Aku rasa, semua orang dah dapat agak BARUA mana yang SPONSOR aktiviti SUARAM, kalau bukan dari bantuan CIA melalui Agensi NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED) sebanyak USD70,000.

KESIMPULAN daripada komen ini; SUARAM PERLU MENJAWAB dengan TELUS dan JELAS. Bukan cuba SPIN isu ini kepada orang lain. BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SUARAM tarak teloq …. bro Kua…..”

Kiriman Komen (Kedua) 

Apanamadotcom kepada Malaysiakini pada 29 Ogos 2012 (Rabu), 10.56am:

Komen Kedua – Susulan dari Apanamadotcom yang menyatakan rasa kurang senang sikap diskriminasi Malaysiakini yang tidak memaparkan komen secara “real time”

Petikan Komen yang dihantar dalam “Screenshot – 2”

“Confirm Malaysiakini.com adalah MEDIA PROPAGANDA. MESRA pro-pembangkang yang BERAT SEBELAH dalam mengutarakan isu berkaitan PR… Ini buktinya :

Mana perginya komentar aku wahai Webmaster??? Aku post semalam 28 Ogos 2012 (12 jam yang lalu). Sepatutnya komen tu dah berada dalam senarai komen hangpa mengikut URUTAN KRONOLOGI atau senarai REVERSE CHRONOLOGICAL?

Cuba u all semak komentar yang ada dalam 128 komen yang tersiar. Dimanakah komen APANAMADOTCOM berkaitan SUARAM Vs UTUSAN? Ada ka??? Habuk pun tarak bro… Aku cuba semak sehingga tika dan saat ini, komentar tu tiada dalam mana-mana senarai komen yang disediakan. U all tak percaya lagi? Nah! aku bagi sedikit analisis tentang isu ni.

Dari 128 komen yang ada, aku dah scan berkali-kali melalui 3 jenis kaedah penyisihan mengikut kategori berikut :

  1. Social Ranking – Tiada komen APANAMADOTCOM disenaraikan. Nama terawal JAI ZAILANI (Ranking 1) dan terakhir YUSOFF ALIAS (Ranking 128).

  2. Urutan Kronologi – Tiada komen APANAMADOTCOM disenaraikan mengikut jam (Siapa yang post komen paling awal). Nama terawal YOUNG GUNS (17 jam lalu) dan terakhir AFFENDI HASBULLAH (30 minit lalu).

  3. Reverse Chronological – Tiada komen APANAMADOTCOM disenaraikan mengikut jam (Siapa yang post komen paling terkini). Nama terkini AFFENDI HASBULLAH (30 minit lalu) dan YOUNG GUNS (17 jam lalu).

Kecenderungan Malaysiakini terhadap komen Pro-Pembangkang membuktikan sikap portal ini berat sebeah dalam menyensorkan komen-komen berbaur Anti-Pembangkang

Perbandingan Komentar Apanamadotcom Vs. Malaysiakini

So, perSOALANnya sekarang, DI MANA komentar dari APANAMADOTCOM? KENAPA ia tidak DISIARKAN dalam semua kategori komen oleh Malaysiakini.com???? Jawab! Jangan tak JAWAB. Bro!

Ringkasan komen yang dikirimkan oleh Apanamadotcom hanya dipapar oleh Malaysiakini, jika ia menggunakan (login) melalui Facebook

Kalau macam ni punya “GAME”. Memang patut pun INTEGRITI dan PROFESIONALISME Malaysiakini diperSOALkan. Aku tak heran, kalau ramai orang gelar Malaysiakini sebagai PENCACAI dan BARUA pro-pembangkang. Bila ada komentar yang tidak menyokong pembangkang, sure kena REMOVE atau DELETE dari website.

Cuba bandingkan komen-komen ini. Di mana perginya komen Apanamadotcom? Dibuang dari paparan, jika ia tidak di login melalui Facebook

Kesimpulan

Jika dikaji secara rambang terhadap sikap Malaysiakini berkaitan tahap kebebasan Media. Ternyata, ianya macam “Cakap Tak Serupa Bikin”. Pada suatu ketika dahulu, portal ini mencemuh Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama yang dikatakan tidak jujur dalam melapor berita dan memberikan komen. Tapi kini, sindrom ini telah diambilalih oleh mereka demi memperjuangkan IDEOLOGI kepartian secara memBABI-buta.

Kalau beginilah sentimen yang dimainkan oleh mereka maka tidak hairanlah jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menuduh portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) membuang komen pembaca yang menyokong BN. Kenyataan beliau telah disuarakan semasa merasmikan Majlis pelancaran Pasukan Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2012.

“Apabila kita baca ruang komen di Malaysiakini dan TMI, begitu ramai yang menyokong pembangkang, sedangkan kita tahu  editor mereka sekat komen yang menyokong BN.”

Artikal Berkaitan :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/07/08/ambiga-proksi-barat-diupah-untuk-menghuru-harakan-malaysia/

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/17/suaram-buru-sampai-lubang-kubur/

http://www.malaysiakini.com/news/205793

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120922/dn_10/Malaysiakini-enggan-akui-terima-dana-Soros

SUARAM : BURU SAMPAI LUBANG KUBUR !

Pendahuluan

SUARAM atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan UMNO. Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai Pas dan PKR.

Syarikat perniagaan yang mengaku sebagai NGO dan tidak berdaftar dengan ROS. Lidah rasmi pertubuhan HARAM menjadi suara Haram media pro-pembangkang

Sudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP. Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang.

Campur Tangan Kuasa Asing

Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai “Regime Change”. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perbandingan cadangan penyelesaian krisis kewangan negara pada 1997. Di antara Tun Mahathir vs DSAI, mana lebih patriotik dan memiliki roh kemerdekaan sejati sebagai negarawan unggul?

Agenda besar (grand design) krisis politik ini sebenarnya cukup hebat. Semuanya sudah dirancang. Ikut perancangannya, Anwar sepatutnya menjadi PM Malaysia Ke-5, bukan Pak Lah. Pihak asing juga telah meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak yang dibela itu menjadi PM. Tapi Dr. Mahathir Mohamad bijak. Mungkin juga dia mendapat ‘ilham’ dari langit supaya memecat Anwar. Jika tidak dilakukan maka kuasa itu akan berjayalah menguasai tanah Melayu ini.

Kronologi peristiwa krisis kewangan 1997 telah memberikan impak negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara-negara di Asia secara global

Dalam rantau ini, hanya Malaysia yang belum dapat dikuasai secara total. Myanmar, sebuah negara kuku besi dan berdindingkan waja itu pun, menjadi negara terakhir yang berjaya dirongkainya. Singapura memanglah terlalu sekutu. Thailand walaupun tidak seteruk Singapura juga sekutu kuat. Filipina jangan cakaplah. Indonesia sudah berjaya ‘ditakluki’ ekoran kejatuhan Suharto dulu. Suharto dijatuhkan kerana dipaksa menerima pinjaman IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara itu. Harga minyak tiba-tiba naik melambung sehingga rakyat memberontak.

Agenda Musuh

Anwar cuba cadangkan Malaysia juga ambil pinjaman IMF, tapi Dr. Mahathir tolak. Ketika Pak Harto dijatuhkan, Dr. Mahathir selamatkan Malaysia. Vietnam, Laos, Kemboja dan lain-lain tidak begitu strategik bagi kuasa asing itu. Perlu diingat Malaysia pernah menjadi anak harimau kuasa ekonomi Asia dan negara ini dianugerahkan Allah Taala dengan kemakmuran semula jadi. Ia juga dikelilingi dengan kawasan maritim yang strategik. Selagi kerajaan BN, dinaungi UMNO ini belum dapat dijatuhkan, maka selagi itulah kuasa asing dan sekutu kuatnya tidak berpuas hati.

Dasar dan hala tuju DAP dan PAP selari dengan wawasan Israel untuk mengawal minda dan kehidupan seharian rakyat secara sistematik

DAP jika berjaya menguasai negara ini kelak, berjanji akan melaksanakan DASAR SAMA-RATA seperti mana yang diamalkan oleh Republik Singapura. Tapi sayang di republik itu seorang Melayu pun tidak berada di posisi terpenting dan strategik, misalnya pertahanan dan lain-lain. Difahamkan waima juruterbang pun payah mahu dilantik. Mungkin juga orang Melayu Singapura memang tidak layak dari segi meritokrasi?

Dasar sama-rata atau Malaysia Malaysian itu ialah matlamat paling tinggi yang telah diletakkan DAP. Mereka sedang menunggu detik-detiknya sahaja. Buku Jingga, yang dicanang oleh Anwar itu hanyalah kacang putih. DAP, sebenarnya tak peduli pun buku itu. Suaram atau Suara Rakyat, yang hanya mewakili suara jahat rakyat, telah ditempatkan secara strategik untuk menggerakkan strategi-strategi itu.

Syabas! Pendedahan ini telah membuka pekung penglibatan rakyat tempatan sebagai BARUA a.k.a Tali Barut negara luar. Ia juga membuktikan terdapatnya unsur-unsur subversif yang dijalankan oleh SUARAM dan kuncu-kuncunya untuk menggugat keselamatan negara

Namun, kita ucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob, walaupun sedikit terlewat, namun, pendedahan demi pendedahan beliau mengenai tindak-tanduk Suaram sekurang-kurang melegakan keseluruhan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan tindak-tanduk Suaram dan NGO-NGO tajaan kuasa asing itu. Tindak-tanduk SUBVERSIF mereka cukup berbahaya. Sepatutnya pihak berkuasa sudah membanteras mereka awal-awal lagi. Tapi ia tidak berlaku. Kita tertanya-tanya apakah Kerajaan Singapura akan membenarkan pergerakan yang serupa seperti Suaram ini bergerak di negaranya? Jawapannya kita sudah boleh agak.

Dokongan Rakyat

Kerajaan Malaysia selama ini terlalu berlembut. Portal-portal berita yang ditaja melalui dana-dana asing juga dibenarkan beroperasi, walaupun kesemua analisisnya mengutuk atau berpaksikan pembangkang dan anti pemerintah. Ia masih dibenarkan beroperasi, malah portal-portal itu kadang-kala dianggap seperti media arus perdana pula.

“Itulah dasar toleransi kita, yang sedikit demi sedikit amalan baik itu memakan diri sendiri.”

Jaringan kerjasama agensi luar bersama NGO tempatan dan parti pembangkang telah terjalin sejak tahun 1998 untuk menguasai pentabdiran negara secara terancang

Marilah kita mendesak kerajaan bertindak segera. Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini. Dakwalah penggerak-penggeraknya ke mahkamah di bawah hukuman paling keras kerana mereka telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tindak-tanduk mereka menerima dana asing daripada pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan semasa merupakan satu penderhakaan.

Kesimpulan

Haramkan mereka seperti mana kita pernah mengHARAMkan Parti Komunis Malaya (PKM) dulu. Jika mereka masih bergerak, kita buru mereka sehingga ke lubang cacing.

Jika kita gagal bertindak kali ini, KITAlah yang akan ke lubang kubur!

Artikal Berkaitan :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/07/08/ambiga-proksi-barat-diupah-untuk-menghuru-harakan-malaysia/

 
Dipetik dari :
 
ZAINI HASAN
WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA