MALAYSIAKINI BUANG KOMEN YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN PAKATAN RAKYAT?


Kini riuh rendah seluruh negara bila kerajaan mendedahkan bahawa terdapat beberapa NGO dan Portal Berita telah mendapat dana secara HARAM dari Yahudi sejak awal tahun 2000. Dua penyumbang utama adalah National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan pertubuhan milik George Soros, Open Society Institute (OSI) didapati membiayai kumpulan-kumpulan yang menyokong kepentingan dan objektifnya di seluruh dunia.

MKini Dotcom Sdn. Bhd. (Malaysiakini) adalah salah satu daripada penerima sumbangan dana dari luar negara melalui National Endowment for Democracy (NED) sejak tahun 2009 dan berterusan hingga kini. Jumlah terkumpul sumbangan dana yang telah diterima dari tahun 2009 hingga 2011 adalah sebanyak RM300,000 atau 2% daripada RM19.838 juta yang disalurkan oleh NED.

Adakah bantuan dana dari NED tidak perlukan balasan? Orang budiman dan ikhlas sahaja yang akan memberikan sumbangan tanpa mengharapkan balasan

NED merupakan cabang rahsia kepada Agensi CIA dalam menyalurkan dana khusus kepada pertubuhan NGO dan media massa yang anti-kerajaan dengan menggunakan alasan-alasan stereotaip “HAK KEBEBASAN ASASI” demi menjajah sesebuah negara tanpa perlu menggunakan kekerasan kuasa ketenteraan. Kebiasaanya NED/CIA mempunyai matlamat tersirat serta bertentangan dengan KEDAULATAN dan KEMERDEKAAN negara seperti Malaysia. Berdasarkan kepada pengalaman di negara-negara bergolak seperti Mesir, Libya, Tunisia dan Syria, kita khuatir terdapat bantuan dana daripada pihak asing khususnya daripada individu dan kumpulan tertentu yang menjadi pelaksana kepada AGENDA ZIONIS dan NEOCON yang bertujuan untuk menguasai dunia sebagai PROKSI melalui SEKUTU atau KONCO mereka. 

Portal berita Malaysiakini tidak profesional dan berkiblatkan pro-pembangkang. Lidah Rasmi Pakatan Rakyat

Komen Apanamadotcom Yang Dibuang Oleh Malaysiakini

Malaysiakini adalah Portal Berita yang BERAT SEBELAH dan mengamalkan DISKRIMINASI terhadap mana-mana komen dari Pengirim yang tidak menyokong atau selari dengan aspirasi Pakatan Rakyat. Senario ini terbukti apabila dua kiriman komen dari Apanamadotcom telah dibuang dari paparan Portal Malaysiakini dengan menggunakan TEKNIK MENYENSOR (Censoring Techniques). Melalui teknik ini, semua komen yang dikenalpasti tidak berpaksikan sokongan kepada Pakatan Rakyat akan dipaparkan untuk bacaan Pengirim sahaja ketika Pengirim “LOGIN” akaun Facebook. Jika Pengirim “LOGOUT” akaun Facebook maka semua komen tersebut akan hilang dari paparan Portal tersebut dan tidak dapat dilihat oleh pembaca yang lain.

Dengan erti kata lain, semua komen yang dikirimkan pada Portal ini akan terpapar untuk bacaan Pengirim sahaja tanpa dapat dibaca oleh orang ramai. Kiranya, macam KES SYOK SENDIRI. Perasan macam semua komen ini telah dibaca, rupa-rupanya hanya Pengirim seorang sahaja yang senyum sendirian. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, sila rujuk kepada dua kiriman komen Apanamadotcom yang telah disensor oleh Malaysiakini. Cuba ikuti pengalaman ini mengikut kronologi.

Tajuk Berita : Suaram – Siapa Beri Kamu Wang, Utusan?
Tarikh : 28 Ogos 2012 (Selasa)

Screenshot tajuk berita berkaitan SUARAM yang diterbitkan oleh Malaysiakini

Kiriman Komen (Pertama)

Apanamadotcom kepada Malaysiakini pada 28 Ogos 2012 (Selasa), 10.04pm:

Komen Pertama – Dari Apanamadatcom yang mengutarakan isu penerimaan dana asing oleh SUARAM

Petikan Komen yang dihantar dalam “Screenshot – 1”

“Memang SENGAL bin SAMDOL betul la bro Kua ni. KENAPA u cabar wartawan Utusan dedahkan sumber pendapatan syarikat depa. Sedangkan Akhbar Utusan tu berdaftar sebagai Syarikat Perniagaan yang menjalankan aktiviti penerbitan akhbar harian, majalah dan pengiklanan secara aktif.

Berbanding SUARAM yang didaftarkan sebagai SYARIKAT SWASTA di atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan MODAL sebanyak RM2. Hasil semakan mendapati SUARAM adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan.

SO, apa jenis perniagaan yang u all jalankan dari tahun 2009 – 2010 sampai jumlah kutipan duit di dalam akaun sebanyak RM908,363. Ini tak termasuk jumlah wang terkumpul pada tahun 2011 hingga 2012? Apa barang lu niaga ha…. UNTUNG giler bro.

Siapa biayai perlantikan peguam Kes Scorpene? Kenapakah Malaysiakini beria-ria memberikan liputan kes ini secara konsisten?

Lagi satu KEMUSYKILAN aku nak tanya. SUARAM mendakwa bahawa depa berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia. Tapi bila semak dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), habuk pun TARAK. Tak berdaftar pun sebagai NGO rupanya. Khiyak…Tuuuiii… Jadi, BAGAIMANA SUARAM boleh bergerak aktif di seluruh negara menganjurkan macam2 aktiviti termasuklah MELANTIK Peguam untuk KES SCORPENE. Siapa Biaya SUARAM Untuk Menipu?

Rasionalnya bro, SUARAM PERLU menDEDAHkan dan memPERJELASkan niat sebenar, motif dan identiti penyumbang sumber kewangan kepada badan itu. Aku rasa, semua orang dah dapat agak BARUA mana yang SPONSOR aktiviti SUARAM, kalau bukan dari bantuan CIA melalui Agensi NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED) sebanyak USD70,000.

KESIMPULAN daripada komen ini; SUARAM PERLU MENJAWAB dengan TELUS dan JELAS. Bukan cuba SPIN isu ini kepada orang lain. BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SUARAM tarak teloq …. bro Kua…..”

Kiriman Komen (Kedua) 

Apanamadotcom kepada Malaysiakini pada 29 Ogos 2012 (Rabu), 10.56am:

Komen Kedua – Susulan dari Apanamadotcom yang menyatakan rasa kurang senang sikap diskriminasi Malaysiakini yang tidak memaparkan komen secara “real time”

Petikan Komen yang dihantar dalam “Screenshot – 2”

“Confirm Malaysiakini.com adalah MEDIA PROPAGANDA. MESRA pro-pembangkang yang BERAT SEBELAH dalam mengutarakan isu berkaitan PR… Ini buktinya :

Mana perginya komentar aku wahai Webmaster??? Aku post semalam 28 Ogos 2012 (12 jam yang lalu). Sepatutnya komen tu dah berada dalam senarai komen hangpa mengikut URUTAN KRONOLOGI atau senarai REVERSE CHRONOLOGICAL?

Cuba u all semak komentar yang ada dalam 128 komen yang tersiar. Dimanakah komen APANAMADOTCOM berkaitan SUARAM Vs UTUSAN? Ada ka??? Habuk pun tarak bro… Aku cuba semak sehingga tika dan saat ini, komentar tu tiada dalam mana-mana senarai komen yang disediakan. U all tak percaya lagi? Nah! aku bagi sedikit analisis tentang isu ni.

Dari 128 komen yang ada, aku dah scan berkali-kali melalui 3 jenis kaedah penyisihan mengikut kategori berikut :

  1. Social Ranking – Tiada komen APANAMADOTCOM disenaraikan. Nama terawal JAI ZAILANI (Ranking 1) dan terakhir YUSOFF ALIAS (Ranking 128).

  2. Urutan Kronologi – Tiada komen APANAMADOTCOM disenaraikan mengikut jam (Siapa yang post komen paling awal). Nama terawal YOUNG GUNS (17 jam lalu) dan terakhir AFFENDI HASBULLAH (30 minit lalu).

  3. Reverse Chronological – Tiada komen APANAMADOTCOM disenaraikan mengikut jam (Siapa yang post komen paling terkini). Nama terkini AFFENDI HASBULLAH (30 minit lalu) dan YOUNG GUNS (17 jam lalu).

Kecenderungan Malaysiakini terhadap komen Pro-Pembangkang membuktikan sikap portal ini berat sebeah dalam menyensorkan komen-komen berbaur Anti-Pembangkang

Perbandingan Komentar Apanamadotcom Vs. Malaysiakini

So, perSOALANnya sekarang, DI MANA komentar dari APANAMADOTCOM? KENAPA ia tidak DISIARKAN dalam semua kategori komen oleh Malaysiakini.com???? Jawab! Jangan tak JAWAB. Bro!

Ringkasan komen yang dikirimkan oleh Apanamadotcom hanya dipapar oleh Malaysiakini, jika ia menggunakan (login) melalui Facebook

Kalau macam ni punya “GAME”. Memang patut pun INTEGRITI dan PROFESIONALISME Malaysiakini diperSOALkan. Aku tak heran, kalau ramai orang gelar Malaysiakini sebagai PENCACAI dan BARUA pro-pembangkang. Bila ada komentar yang tidak menyokong pembangkang, sure kena REMOVE atau DELETE dari website.

Cuba bandingkan komen-komen ini. Di mana perginya komen Apanamadotcom? Dibuang dari paparan, jika ia tidak di login melalui Facebook

Kesimpulan

Jika dikaji secara rambang terhadap sikap Malaysiakini berkaitan tahap kebebasan Media. Ternyata, ianya macam “Cakap Tak Serupa Bikin”. Pada suatu ketika dahulu, portal ini mencemuh Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan Bernama yang dikatakan tidak jujur dalam melapor berita dan memberikan komen. Tapi kini, sindrom ini telah diambilalih oleh mereka demi memperjuangkan IDEOLOGI kepartian secara memBABI-buta.

Kalau beginilah sentimen yang dimainkan oleh mereka maka tidak hairanlah jika Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menuduh portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) membuang komen pembaca yang menyokong BN. Kenyataan beliau telah disuarakan semasa merasmikan Majlis pelancaran Pasukan Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2012.

“Apabila kita baca ruang komen di Malaysiakini dan TMI, begitu ramai yang menyokong pembangkang, sedangkan kita tahu  editor mereka sekat komen yang menyokong BN.”

Artikal Berkaitan :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/07/08/ambiga-proksi-barat-diupah-untuk-menghuru-harakan-malaysia/

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/17/suaram-buru-sampai-lubang-kubur/

http://www.malaysiakini.com/news/205793

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120922/dn_10/Malaysiakini-enggan-akui-terima-dana-Soros

3 thoughts on “MALAYSIAKINI BUANG KOMEN YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN PAKATAN RAKYAT?

  1. Pingback: Malaysiakini MESTI Perjelaskan ISU Derma/DANA dari NED | Dwan Junid RMF ( RMF7)

Tinggalkan komen