KENALI TOKOH ISLAM DI NUSANTARA – BUYA HAMKA


Pendahuluan

Ulama tersohor di Nusantara yang banyak menyumbangkan idea ke arah perkembangan Islam

Ulama tersohor di Nusantara yang banyak menyumbangkan idea dan ilmu ke arah perkembangan Islam

Umumnya di alam Nusantara kita, sudah jelas berlaku perebutan pengaruh agama sejak zaman penjajah sampai ke zaman merdeka. Dengan berakhirnya penjajahan maka timbullah semangat baru umat Islam kerana nikmat merdeka. Lantaran tidak hairanlah pihak penjajah beragama Kristian seperti British, Belanda dan Portugis merasa terancam terhadap pengaruh mereka di alam Nusantara. Jika dahulu di zaman penjajahan, golongan ini diibaratkan sebagai ‘Anak Emas’ pemerintahan Kolonial. Tapi kini agama Islam telah diberikan kedudukan yang tinggi di negara Malaysia, Indonesia dan Brunai. Kemunculan tokoh-tokoh ulama banyak memberikan kesedaraan tentang perlunya mempertahankan kesucian agama Islam. Edisi kali ini akan menampilkan tokoh-tokoh Islam yang kurang dikenali oleh umat Islam khususnya dan alam nusantara khasnya tentang sumbangan mereka terhadap perjalanan dan pembangunan Islam.

Siapa Hamka

Hamka, nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat Indonesia pada 17 Februari 1908 – 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia. Ayahnya ialah Syekh Abdul Karim bin Amrullah yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minagkabau sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Beliau mendapat nama panggilan “Buya” yang diambil daripada perkataan Arab ‘Abi’ atau ‘Abuya’ yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Sewaktu zaman penjajahan Belanda, Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Pendidikan Awal

Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau.Beliau hanya belajar setakat gred 2. Namun,ketika beliau berumur 10 tahun, ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya Padang Panjang. Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab. Beliau juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo, cendekiawan Muslim tersohor sebagai mentornya.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah,d an politik. Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee. Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun. Beliau menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.

Penglibatan Dalam Politik

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah. Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat, bida’ah, thorikoh kebatinan yang menular di Indonesia. Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah. Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Akibat daripada kelantangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia. Beliau juga pernah meringkuk di penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Penglibatan Dalam Penulisan

Selain hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang,beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama Indonesia.

Beliau telah menulis karya sebanyak 79 buah buku dan dilantik sebagai tenaga pengajar di beberapa universiti di Indonesia dan Malaysia. Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a) Novel

Tenggelamnya Kapal Vanderwick, Dalam Lembah kehidupan, Di Bawah Lindungan Kaabah, Kenangan Hidup, Merantau Ke Deli, Ayahku dan Laila Majnun Siti Sabariah.

Koleksi judul novel yang ditulis oleh Hamka berteraskan kemanusiaan

Koleksi judul-judul novel yang ditulis oleh Hamka menjurus kepada nilai-nilai kemanusiaan

b) Kitab Agama dan Falsafah

Tafsir Al Azhar (30 Juz), Khatib Ul Ummah (1925), Tarikh Abu Bakar As Sidiq, Ringkasan Tarikh Umat Islam Islam dan Adat Minangkabau, Tasawuf Moden, Falsafah Hidup dan Lembaga Hidup Lembaga Budi.

Buku-buku berkaitan ajaran Islam juga merupakan subjek yang amat diminati oleh beliau

Buku-buku berkaitan moral dan norma-norma ajaran Islam juga merupakan subjek yang amat diminati oleh beliau

c) Majalah

Kemahuan Zaman (1929), Al Mahdi (1933), Pendoman Masyarakat (1936 – 1942), Semangat Islam (1944- 1948), Menara (1946-1948) dan Panji Masyarakat (1959).

Kritial sosial dan kehidupan seharian juga dijadikan pencetus kepada kebangkitan rakyat terhadap penjajahan.

Kritial sosial dan kehidupan seharian juga dijadikan pencetus kepada kebangkitan rakyat terhadap penjajahan.

Penglibatan Dalam Pendidikan

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

  • Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
  • Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
  • Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.

Pergi Tidak Kembali

Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia. Sepanjang hidup beliau, Hamka merupakan seorang yang petah berpidato, berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia. Pemergian beliau tiada pengganti dan perginya beliau tidak kembali.

Al-Fatihah…..

Coretan nasihat dan pandangan Hamka terhadap kehidupan ini

Coretan nasihat dan pandangan Hamka terhadap kehidupan banyak disampaikan secara walkin.

1 thoughts on “KENALI TOKOH ISLAM DI NUSANTARA – BUYA HAMKA

  1. Alhamdulillah. Terlalu besar sumbangan beliau dan terlalu banyak ilmu ku perolehi dari hasil karyanya. Sampai kini terus menyinari dunia Islam yang dahagakan ilmu agama.

Tinggalkan komen