INTIPATI MANIFESTO BUKAN JANJI – PAKATAN HANCURKAN RAKYAT MENJUAL JANJI DAN HARAPAN


Pendahuluan

Setiap lima tahun rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan berbagai-bagai versi pujukan dan rayuan yang ditaburkan oleh pihak parti Politik yang bertanding dalam merebut KUASA untuk memerintah negara. Ia dikenali sebagai MANIFESTO atau lebih dipanggil JANJI. Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain  calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13 (PRU13), semakin kerap perkataan ‘manifesto’ menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi. Menjelang pilihan raya umum yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Janji-janji yang tercatat di dalam menifesto parti politik ditawarkan kepada pengundi sebagai JANJI yang diperolehi

Janji-janji yang tercatat di dalam manifesto parti politik ditawarkan kepada pengundi sebagai JANJI untuk ditepati

Apa Maksud Manifesto

Manifesto berasal dari perkataan Itali di mana istilah manifesto sendiri berasal dari perkataan Latin “manifestum”, bermaksud jelas atau mudah dilihat (clear or conspicuous). Penggunaan perkataan ini pertama kalinya direkodkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1620, dalam terjemahan Nathaniel Brent terhadap Sejarah Paolo Sarpi Majlis Trent.

Menurut Laman Basicknowledge101com

    • Maksud manifesto ialah pengisytiharan kepada  pihak awam berkenaan sesebuah prinsip dan hasrat. (A Public Declaration of  Principles and Intentions.)

Menurut Laman Wikipedia.org

    • Maksud perkataan manifesto  adalah satu perisytiharan tulisan berniat secara awam, motif atau pandangan  penerbit, individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan.

Menurut Kamus Oxford

    • Maksud perkataan manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

“Secara keseluruhannya maksud Manifesto adalah satu pengisytiharan yang diterbitkan lisan niat, motif, atau pandangan penerbit, individu, kumpulan, parti politik atau kerajaan. Manifesto biasanya menerima pendapat sebelum diterbitkan atau konsensus awam atau menggalakkan idea baru dengan tanggapan preskriptif (prescriptive) untuk menjalankan perubahan penulis percaya perlu dibuat.”

Semua parti politik berlumba-lumba mengutarakan manifesto parti masing-masing demi mencari sokongan

Semua parti politik berlumba-lumba mengutarakan manifesto parti masing-masing demi mengejar sokongan pengundi

Persepsi Manifesto Menurut Parti Politik

Majoriti parti politik berpendapat bahawa maksud manifesto ialah satu  pernyataan umum atau deklarasi yang digunapakai oleh seseorang atau sebuah parti  politik sebagai pernyataan akan perjuangannya, bagi mendapat perhatian, simpati  dan sokongan pengundi. Secara tidak langsung manifesto yang baik ialah manifesto yang boleh membangkitkan rasa keinginan atau  kebersamaan di kalangan pengundi dengan calon bahawa arah atau perjuangan yang  cuba diterajui oleh calon itu, bersesuaian benar dengan kehendak, naluri,  pemikiran dan pegangan mereka.

Prof Dr Ahmad Atory Hussein

Prof Dr Ahmad Atory Hussein

Hakikat ini diakui oleh Prof Dr Ahmad Atory Hussein, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) di mana Manifesto memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya. Beliau menyatakan; “mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto.” Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya.”

Beliau juga berkata manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu. Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau. “Contohnya pada pilihan raya umum 2008 (PRU12),  pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri,  katanya.

Kegagalan Menepati Janji Dalam Manifesto PRU 12

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah. Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12. Senario ini boleh dijadikan penilaian pengundi terhadap kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan seperti yang termaktub dalam Manifesto.

Manifesto itu bukan satu perjanjian d

Manifesto itu bukan satu perjanjian yang perlu ditepati. Ia hanya cetusan idea dan persepsi masyarakat

Keghairahan Menawarkan Janji Dalam Manifesto PRU 13

Pada 25 Februari 2013, satu pernyataan atau ikrar oleh Pakatan Rakyat (PR) telah dilancarkan semasa berlangsungnya Konvesyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor. Ikrar ini dikenali sebagai MANIFESTO RAKYAT – PAKATAN HARAPAN RAKYAT yang mengandungi empat teras utama Manifesto yang bertemakan Rakyat Bersaudara, Kesejahteraan Rakyat, Ekonomi Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Ekoran kejayaan PR memerintah di empat buah negeri pada PRU 12 yang lalu, ia telah memberikan suntikan semangat baru kepada mereka untuk menjayakan Misi Menakluki Putrajaya.

Empat teras utama Manifesto Rakyat ditawrkan kepada pengundi

Empat teras utama Manifesto Rakyat ditawarkan kepada penggundi

Tetapi persoalan besar yang bermain di minda kita kini ialah apakah PR MAMPU MENEPATI JANJI yang terdapat dalam Manifesto Rakyat PRU 13? Ini disebabkan hasil semakan secara awalan mendapati banyak janji yang ditawarkan adalah TIDAK JELAS dan UMUM tanpa sokongan perincian kaedah perlaksanaannya. Di antara kekeliruan dan kejanggalan yang ditemui dalam manifesto ini ialah;

Laungan 100 orang Ibu-ibu tunggal berdemo bagi menuntut elaun gaji yang di janjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor

Laungan 100 orang Ibu-ibu tunggal berdemo bagi menuntut elaun gaji yang di janjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor

1. Caruman Wanita dan Bantuan Warga Emas

  • Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah ia terlaksana?
  • Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?
  • Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!
Bagaimanakah Hudud boleh dilaksanakan oleh PR jika DAP menentang habis-habisan

Bagaimanakah Hudud boleh dilaksanakan oleh PR jika DAP menentang habis-habisan

2. Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?

  • Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yang dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?
  • Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!
Jika kenaikkan gaji minimum diberikan tanpa melihat GDP negara, nescaya akan berlakunya masalah INFLASI

Jika kenaikkan gaji minimum diberikan tanpa melihat GDP negara, nescaya akan berlakunya masalah INFLASI

3. Gaji Minimum RM1,100?

  • Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.
  • Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?
Bantahan yang dianjurkan oleh PR ke atas projek impak besar membantutkan pembangunan ekonomi negara

Bantahan yang dianjurkan oleh PR ke atas projek berimpak besar membantutkan pembangunan ekonomi negara

4. Tawaran ‘Hapuskan’ dominan!

  • Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yan g ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan ‘milik kroni BN’ hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan ‘Kerajaan Rakyat’?
  • Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!
Penguatkuasaan AES banyak membantu Kerajaan dalam mengurang kadar kemalangan

Penguatkuasaan AES banyak membantu Kerajaan dalam mengurang kadar kemalangan

5. Hapus dan Batalkan AES

  • Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh ‘dimaafkan’?
  • Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!
Di manakah lokasi pembinaan rumah mampu milik yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

Di manakah lokasi pembinaan rumah mampu milik yang diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

6. Perumahan Selesa?

  • Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mcendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1 juta.
  • Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan ‘rumah selesa mampu milik’ oleh PR?
Tindakan ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk

Tindakan ini boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk

7. Turun Harga Kereta

  • Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
  • Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
  • Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?
  • Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu……..

Kesimpulan

Manifesto bukan perjanjian menurut Pakatan Rakyat. Kemungkinan itulah mereka pandai berjanji bulan bintang untuk  menambat hati pendengar mereka, tetapi segala janji tersebut tidak wajib dilaksanakan. Maka tidak hairanlah bagaimana Anwar Ibrahim dan konco-konco haramnya beria-ia menabur janji kerana pada mereka, tidak perlu ditepati segala janji berkenaan atas alasan, ianya bukanlah perjanjian. Alangkan  perjanjian bertulis pun mereka boleh langgar sesuka hati, ini kan pula janji lisan.

Manifesto bukan janji yang perlu dipatuhi tetapi sekadar menuntn

Manifesto bukan janji yang perlu dipatuhi oleh PR tetapi ianya sekadar mengkaburi mata pengundi sahaja 

Inilah jenis kerajaan yang mendabik dada mereka sangat hebat mentadbir dan mengurus. Mereka menabur pelbagai janji tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah mereka tidak perlu bertanggungjawab. Walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

Oleh:hulubalangKANAN

Tinggalkan komen