AGENDA DAP UNTUK MENJATUHKAN PEMERINTAHAN MELAYU ISLAM DI MALAYSIA

Pendahuluan

Kawasan pemeritahan Kesultanan Melayu Melaka merangkumi Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian kawasan Sumatera.

Kawasan pemeritahan Kesultanan Melayu Melaka merangkumi Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian kawasan Sumatra.

Bermulanya pemerintahan Melayu Islam secara rasmi adalah di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Paramesara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403 Masehi. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Ia berubah pada tahun 1409 Masehi apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Kerajaan Islam Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka. Baginda telah menukarkan namanya kepada Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511 Masehi. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Namun begitu, pemerintahan kerajaan ini telah diteruskan oleh seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II dengan menubuhkan Kesultanan Johor pada tahun 1528 bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Kesan daripada penjajahan selama 446 tahun oleh negara asing seperti Portugis bermula dari tahun 1511 hinggalah British pada 1957 menyebabkan Kerajaan Melayu saling bertukar ganti dari Kesultanan Melayu Melaka kepada Kesultanan Melayu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan mengikut daerah dan wilayah masing-masing. Pada tika dan saat itu, semangat kemelayuan dan cintakan tanahair telah menjadi tangkal azimat kepada pejuang-pejuang Melayu terdahulu. Ia dapat dilihat dengan bangkitnya Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, adalah di kalangan orang Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang berkorban nyawa menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan di mana ia bersifat oportunis.

Kehebatan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka digambarkan sebagai kota pentabiran, ekonomi dan pertahanan yang ulung di Nusantara pada awal abad ke-14.

Kehebatan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka digambarkan sebagai kota pentabiran, ekonomi dan pertahanan yang ulung di Nusantara pada awal abad ke-14.

Muslihat British Untuk Memerdekakan Semenanjung Tanah Melayu

Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12 apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak terjamin.

Majlis Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan Parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959.

Barisan Kabinet yang ditubuhkan untu menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India selepas Pilihan Raya 1959.

Semasa rundingan kemerdekaan, PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan tergugat. Malah, selama beberapa dekat PAS senentiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”. Begitu prihatin PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam pada masa itu.

Kongres PAS yang pertama pada 1952 di Maahad Yahyaiyah di Padang Rengas dengan bersimbolkan bulan bintang.

Kongres PAS yang pertama pada 1952 di Maahad Yahyawiyah di Padang Rengas dengan bersimbolkan bulan bintang.

Semasa rundingan kemerdekaan juga, Parti Buroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana, mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata-kata lain mereka hendak menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Buroh? Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?

Pergabungan Parti Buroh Malaya dan Parti Rayat Malaya telah membentuk Parti Sosialis Rakyat pada tahun 1957.

Pergabungan Parti Buroh Malaya dan Parti Rakyat Malaya telah membentuk Parti Sosialis Rakyat Malaya pada tahun 1957.

Parti Komunis Malaya mengangkat senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang Melayu tidak terpengaruh degan mereka. Soalan: Tidakkah orang Melayu ternampak perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara?

Pembentukan Perlembagaan Malaysia

Biar apa pun, akhirnya peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka. Orang-orang yang lahir pada awal tahun 1950’an masih terdengar pekikan “Merdeka” itu dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.

Perjanjian kemerdekaan semasa pembentukan Malaysia telah melahirkan "Kontrak Sosial" yang menjaga keharmonian negara.

Perjanjian kemerdekaan semasa pembentukan Malaysia telah melahirkan “Kontrak Sosial” yang menjaga keharmonian negara.

Tetapi, pada detik yang sama, satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:

“As a result of the “social contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August 31, 1957 due to the constitutional grant.”

“Akibat “kontrak sosial” di antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.”

Pada 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Majoriti Pimpinan Melayu

Semenjak Merdeka hinggalah sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana sebuah kaum yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau sedikit pun? Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. Malah Malaysia disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.

Kegagalan Kerajaan pimpinan Najib memansuhkan Sekolah Aliran Vernakular membantut proses Integrasi Nasional

Kegagalan Kerajaan pimpinan Najib memansuhkan Sekolah Aliran Vernakular membantut proses Integrasi Nasional

Jika kaum minoriti hendak ‘complain’ mengenai kebebasan mereka, mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid telah mencabar agar tunjukkan kepada beliau sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah. Selain itu, beliau juga mencabar agar tunjukkan kepada beliau sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya. Dari segi kebebasan beragama, pernahkah Kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila dikehendaki pindah? Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.

Tamakkan Kuasa Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu

Kecuali seketika di sekitar tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara! Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih? Mungkin itu “dermawan” mengikut istilah mereka. Anehnya ada juga orang Melayu yang mempercayainya.

Ketamakan dan kegelojohan pembangkang mendapatkan kuasa politik sering membelakangkan Sultan

Ketamakan dan kegelojohan pembangkang mendapatkan kuasa politik sering membelakangkan Sultan

Tetapi, keadaan berubah di kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.

Senario ini telah didedahkan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam. Di mana beliau menyatakan bahawa kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur perancangan mereka apabila mereka terhidu kelemahan orang Melayu. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.

Pendirian tegas Tun Abdul Hamid terhadap isu-isu berkaitan Kontak Sosial menjadi agenda utama demi meningkatkan jatidiri dan nasib Melayu di Malaysia

Pendirian tegas Tun Abdul Hamid terhadap isu-isu berkaitan Kontak Sosial menjadi agenda utama demi meningkatkan jatidiri dan nasib Melayu di Malaysia

Sambil itu kumpulan-kumpulan ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.

Pendekatan mereka adalah bersifat ugutan dan bisnes : jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan kebebasan sepenuhnya. Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ertinya, mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan. Semua mesti diberi atas dasar merit. Mereka tahu mereka menguasai ekonomi dan berada di hadapan dalam bidang pelajaran. Mereka tinggal di bandar-bandar besar di mana terdapat semua kemudahan dan exposure. Apabila pemilihan cuma dibuat berdasarkan kelulusan akademik, merekalah yang akan membolotnya. Tak cukup dengan itu, mereka mahu UiTM juga dibuka kepada mereka!

Orang Bukan Islam Menentang Islam Sebagai Agama Persekutuan

Rata-rata orang bukan Islam di Malaysia tidak senang dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, doa dibacakan oleh seorang Paderi Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?

Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu naif sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung.

Teguran Sultan selaku ketua agama Islam mengecam cubaan orang bukan Islam dalam menggunakan kalimah "Allah".

Teguran Sultan selaku ketua agama Islam yang mengecam cubaan orang bukan Islam dalam menggunakan kalimah “Allah” mendapat perhatian banyak piha yang berkepentingan

Saya juga hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ‘ulama’ tidak nampak muslihat gereja Roman Katolik yang hendak memakai kalimah “Allah” dalam Bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa kerana kegagalan mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran. Mereka merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di bumi Arab tanpa menganalisis berbezaannya. Kita perlu lihat isu itu dalam konteks Malaysia.

Hinggakan, apabila sami Buddha mengadakan upacara sembahyang di surau di sebuah hotel pun, ada “ilmuwan Syariah” yang mengatakan Rasul Allah pernah membenarkan orang Kristian bersembahyang dalam masjid. Tidakkah mereka nampak perbezaannya?

Kisah itu melibatkan ahlil-kitab yang beriman dengan Allah dan di peringkat awal kerasulan Muhammad s.a.w. dan cara mereka bersembahyang pun tidak mencemarkan kesucian masjid. Jika dibenarkan penganut-penganut agama yang ada di Malaysia bersembahyang dalam masjid, apa akan jadi? Bukan sahaja masjid akan busuk dengan bau gaharu, babi panggang pun akan dibawa masuk ke masjid, sebab di bulan hantu lapar “offering” kepada hantu lapar adalah sebahagian daripada upacara sembahyang mereka.

Mantan Mufti Pulau Pinang juga memberitahu saya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin-pemimpin agama-agama lain juga menuntut hak yang sama. Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Pada waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain. Jabatan-jabatan Kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, to’kong-to’kong dan gurdwara, memberi hanya dua misalan. Ertinya, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi. Peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan mungkin dimansuhkan atau kesemua agama akan dijadikan agama Persekutuan. Tidakkah orang Islam berfikir?

Walaupun mahkamah telah mengeluarkan arahan bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam, ternyata pihak Kristian tetap berdegil untuk menggunaannya

Walaupun mahkamah telah mengeluarkan arahan bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam, ternyata pihak Kristian tetap berdegil untuk menggunaannya

Kumpulan ini sangat tidak puas hati dengan peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Selain dari itu, mereka pergi ke merata dunia untuk memburukkan Islam kerana Islam tidak membenarkan penganutnya murtad, kerana Islam membolehkan poligami, kerana Islam mengharamkan liwat, membuat tuduhan Islam mendiskriminasikan orang perempuan kerana pembahagian pusaka yang tidak sama rata dan lain-lain. Soalan saya: Mengapa mereka membantah hal-hal mengenai agama Islam pada hal kita tidak pernah membantah mereka membakar kereta kertas, duit neraka (hell money) atau mencucuk pipi mereka dengan besi dan lain-lain.

Mereka juga tidak puas hati dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Mereka mahu Bahasa mereka juga diberi kedudukan yang sama. Ke mana perginya “kontrak sosial”?

Ringkasnya mereka mahukan atau mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan dikaji semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu, baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Provokasi 

Kumpulan itu menjadi lebih berani kerana:

  1. Mereka telah melihat orang Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.
  2. Mereka telah berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama dengan mereka.
  3. Mereka telah berjaya memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka diperalatkan.
  4. Ketiadaan tindakan terhadap mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.
  5. Pemansuhan Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.
  6. Persepsi rasuah di kalangan pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan mereka.

Pada masa yang sama, Kerajaan semakin mengambil sikap lebih lembut dan “liberal”, mungkin dalam usaha untuk memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi mereka.

Motif Di Sebalik Pemansuhan EO Dan ISA

Secara umumnya, kita boleh memahami mengapa Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya telah dimansuhkan?

Ketiadaan ISA telah menjadi pemangkin kepada pintu perdebatan yang penuh cercaan, hinaan dan kebiadapan oleh orang ramai seccara terbuka.

Ketiadaan ISA telah menjadi pemangkin kepada pintu perdebatan yang penuh cercaan, hinaan dan kebiadapan oleh orang ramai seccara terbuka.

Dalam tahun 1970an, seorang Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.” Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun dari segi undang-undang ia adalah sah.

Tetapi, adalah sesuatu yang sukar sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan dan kertas kerja yang ditulis oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia”.

Adalah mudah untuk difahami bahawa Kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.

SOSMA Ibarat Harimau Tidak Bertaring

Singapura masih menggunapakai ISA yang digubal oleh British demi keamanan negaranya.  Tetapi di bawah pentadbiran Najib, ISA telah digantikan dengan SOSMA

Singapura masih menggunapakai ISA yang digubal oleh British demi keamanan negaranya. Tetapi di bawah pentadbiran Najib, ISA telah digantikan dengan SOSMA

Sekarang ISA telah “digantikan” dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman (judicial review). Sebaliknya, di bawah SOSMA seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.

Setakat ini sebanyak 38 orang telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to terrorism).

Ertinya “terrorism” yang memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism? Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya, dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat perkembangannya.

Bagi saya ukurannya bukan sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA jika SOSMA disalahgunakan.

Sebaliknya, jika SOSMA dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA lebih baik.

Jangan Mansuhkan Akta Hasutan 1948

Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.

Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum.

Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.

Akta Hasutan berjaya memelihara keharmonian dan keamanan negara

Akta Hasutan berjaya memelihara keharmonian dan keamanan negara semasa penjajahan British hingga kini. Ia terbukti ampuh dan berkesan untuk dikuatkuasakan pada setiap masa dan zaman

Menurut matan Ketua Hakim Negara, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya.

Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?

Penggubalan Akta Keharmonian secara tergesa-gesa oleh JPNIN dengan bantuan Majlis Peguam amatlah mengejutkan. Ia digubal mengikut citarasa dan agenda pembangkang

Penggubalan Akta Keharmonian Nasional secara tergesa-gesa oleh JPNIN dengan bantuan Majlis Peguam amatlah mengejutkan. Ia digubal mengikut citarasa dan agenda pembangkang

Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata “Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!

Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.

Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan-larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

Selain dari itu, ada beberapa perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu, sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar mengenainya.

Soalan yang bermain di fikiran rakyat : Mengapa dalam hal ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu “rampasan” (highjacking) berlaku di sini?

Mengikut prosedur biasa, penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee, mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang kedua?

Mengikut prosedur biasa juga, setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam. Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang ketiga?

Disebabkan oleh kesuntukan masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan mengenai isi kandungan RUU Harmoni.

Pertama, rang undang-undang itu menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu adalah:

“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in particular Article 8.”

“Untuk memberi kesan kepada apa yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8.” – Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:

“8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.”

Itulah yang mereka mahu mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or application) undang-undang itu jika ada kes.

Sepanjang ingatan saya, saya belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.

Kedua, nampaknya matlamat utama penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1), Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:

“8(1) The Sedition Act 1948 [Act No. 15] is repealed.”

Siapakah yang membuat tuntutan supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk memenuhi kehendak mereka?

Peranan utama Ambiga dalam penyediaan deraf Akta Keharmonian Nasional  adalah sebagai jurucakap mansuhan Akta Hasutan 1948

Peranan utama Ambiga dalam penyediaan deraf Akta Keharmonian Nasional adalah sebagai jurucakap mansuhkan Akta Hasutan 1948

Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.

Kedua, pada pandangan saya, adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun, walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?

Pada pandangan saya, itulah pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut ambil.

Kita bukan mahukan hak orang lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih. Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah kita?

Pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang. Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang, mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.

Sebenarnya semua pemimpin negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk kepentingan bersama.

Kesimpulan

1. Janganlah mansuh Akta Hasutan 1948.

2. Segala urusan mengenai Akta Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya ia itu KDN.

3. JPNIN tidak sepatutnya mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.

4. Prosedur biasa di mana Kementerian berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.

5. Akta Hasutan hendaklah dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).

6. Eloklah kerajaan memikirkan untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.

7. Ketepikan draf RUU yang dibuat oleh Majlis Peguam itu.

8. Jika JPNIN berfikir bahawa perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah peraturan biasa.

9. Semua orang Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal ini.

10. Kita bukan hendak meminggir mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan supaya perpaduan akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni dapat dikekalkan.

 Sumber :

Tun Abdul Hamid Mohamad tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my

SEBAB-SEBAB KEHILANGAN MH370 – KONSPIRASI ATAU REALITI?

Pendahuluan

Demi memastikan ekonomi sesebuah negara dijajah, Amerika Syarikat sanggup memperuntukan kewangan untuk mencapainya

Demi memastikan ekonomi sesebuah negara dijajah, Amerika Syarikat sanggup memperuntukan kewangan yang besar untuk mencapainya

Pencarian MH370 masih diteruskan oleh Kerajaan dengan pelbagai bantuan yang dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa. Hari ini genaplah tempoh 48 hari kehilangan pesawat tanpa meninggalkan noktah akhir. Sebaliknya ia mengundang 1001 persepsi berbentuk spekulasi atau fiksyen semata-mata. Artikal ini sekadar merumuskan APAKAH kemungkinan-kemungkinan atau kesan-kesan yang dihadapi oleh Malaysia dan Negara-Negara yang berkepentingan dalam tragedi ini. Rumusan ini jika disusun-atur banyak mengundang persoalan berbandingan jawapan yang ditemui. Oleh itu, marilah kita mengkaji fakta-fakta dan cerita-cerita yang dapat dikaitkan dengan terdapatnya AGENDA SULIT Negara-Negara yang berkepentingan untuk menuai hasil daripada GRAND DESIGN MH370.

Kedaulatan dan keharmonian Malaysia akan terancam. Ini disebabkan oleh pelbagai isu dan masalah telah dihadapi oleh Malaysia tanpa diduga di mana ia seolah-olah seperti dilanda bencana secara berperingkat-peringkat. Jika disenaraikan sebab-musabab berlakunya peristiwa ini amatlah mengelirukan semua pihak. Apatah lagi ianya seolah-olah menjurus kepada TANGAN GHAIB yang menjadi dalang ke atas tragedi ini.

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)

Obama amat mengharapkan penglibatan aktif Malaysia dalam merealisasikan agenda pengkongsian ekonomi di kawasan Asia Pasifik yang merangkumi 12 negara. Jika diamati keanggotaan TPPA meliputi 5 negara Asia (Vietnam, Singapura, Malaysia, Jepun, Brunei) 2 negara Asia Pasifik (Australia, New Zealand), 3 negara Amerika Selatan (Mexico, Peru, Chile) dan Canada serta Amerika Syarikat selaku pencadang TPPA. Senario ini menggambarkan betapa strategiknya negara-negara di Asia Tenggara sebagai INJIN EKONOMI kepada TPPA terutamanya Malaysia. Ini kerana kedudukannya yang strategik di pertenggahan laluan laut perdagangan di antara India dan China.

Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya

Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya

 Ekoran daripada hasil perbincangan terkini berkaitan kandungan TPPA di peringkat Menteri-Menteri Perdagangan pada penghujung tahun 2013 telah merumuskan tujuh (7) perkara yang tidak dipersetujui oleh Malaysia seperti berikut :

  • PertamaAkses Pasaran : Terdapat banyak jurang perbezaan pendapat berkaitan rundingan untuk menurunkan tarif ke atas barang-barang tertentu termasuklah hasil keluaran pertanian.
  • Kedua – Perolehan Kerajaan : Ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Malaysia. Ini kerana, TPPA akan memberikan peluang yang luas kepada syarikat-syarikat besar dari luar negara untuk bersaing dalam memperolehi kontrak dan pembelian aset samada ianya dikeluarkan melalui Tender Agensi Kerajaan atau Swasta.
  • Ketiga – SOE : State Owned Enterprised merupakan syarikat-syarikat yang melibatkan Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Ia juga dikenali sebagai GLC (Government Link Company) yang ditubuhkan dalam melaksanakan projek-projek dan aktiviti perniagaan yang berteraskan ekonomi seperti Sime Darby, Proton, Felda, MAS, Maybank, TNB dan lain-lain syarikat koporat.
  • Keempat – Isu Alam Sekitar : Tekanan diberikan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia melalui kempen pembalakan dan pembersihan hutan bagi tujuan pembangunan.
  • Kelima – Buruh : Tenaga buruh yang diperlukan oleh negara meliputi pendatang tanpa izin (PATI) dan lambakan tenaga buruh secara haram melalui aktiviti pemerdagangan manusia.
  • Keenam – Hak Harta Intelek : Tumpuan khusus diberikan kepada hak harta intelek yang merujuk kepada “pattern” atau IPO yang akan dipanjangkan tempoh royalti dari 50 tahun kepada 100 tahun kepada pemiliknya.
  • Ketujuh – Pelaburan : Timbulnya pertikaian tentang pelaburan yang melibatkan “Investor Stake” terhadap kaedah mekanisma yang akan digunapakai di dalam TPPA.

Hanya satu perkara sahaja yang dipersetujui oleh semua ahli TPPA tanpa sebarang pertikaian. Ia adalah berkaitan INDUSTRI HALAL dan kaedah pensijilan halal ke atas produk yang dikeluarkan oleh Malaysia. Sedangkan pada masa yang sama terdapat tujuh (7) perkara pokok yang masih dipertimbangkan oleh Malaysia demi kedaulatan dan ‘survival’ ekonomi negara. Keadaan ini amat membimbangkan jika kerajaan Malaysia bersetuju untuk menandatanggani TPPA tanpa memastikan tujuh perkara ini dipertahankan.

Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2)

KLIA2 merupakan hub penerbangan tambang murah yang terbesar di Asia Tenggara

KLIA2 merupakan hub penerbangan tambang murah yang terbesar di Asia Tenggara

Pembinaan KLIA2 merupakan langkah strategik Malaysia untuk menerajui sektor penerbangan di rantau Asia Tenggara pada masa hadapan. Pembukaan KLIA2 secara rasmi pada 1 Mei 2014 akan melonjakkan lagi industri aero-angkasa di Malaysia di mana ia sekaligus akan menjadi HUB BARU kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk beroperasi secara serius. Kewujudan KLIA2 ini sedikit sebanyak telah menyebabkan berlakunya penghijrahan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah seperti Airasia, Malindo, Firefly, Indigo, Tiger dan Cebu Airlines secara total. Ia menyebabkan berlakunya sedikit penurunan permintaan domestik dan antarabangsa kepada bilangan kapal terbang yang beroperasi  di Thailand, Singapura dan Filipina.

Malaysia Airlines (MAS)

MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan yang diiktiraf sebagai pengendali syarikat penerbangan yang terbaik dari aspek teknikal dan penyelenggaraan pesawat, pengembangan sumber manusia terlatih dalam pengendalian pesawat dan kualiti perkhidmatan kabin kru terbaik dalam segmen antarabangsa. Namun, keadaan ini amat merisaukan kerajaan tentang jangka hayat dan ‘survival’ MAS menuju wawasan 2020. Dikhabarkan nilai sahan MAS kini berlegar di sekitar 20 hingga 25 sen sesaham. Jika iannya berterusan, maka tidak hairanlah jika terdapat usaha-usaha terancang untuk mempercepatkan kebankapan MAS oleh tangan-tangan ghaib.

MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan terbaik dari aspek perkhidmatan dan pengendalian pesawat di dunia

MAS merupakan salah satu syarikat penerbangan terbaik dari aspek perkhidmatan dan pengendalian pesawat di dunia

Apa tidaknya, jika dihitung secara kasar jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh MAS, dianggarkan  ianya berjumlah RM119.5 juta yang meliputi 239 penumpang dari 14 negara yang berbeza. Ini tidak termasuk lagi kos atau denda yang akan dikenakan oleh FIA, jika didapati MAS telah melakukan kecuaian ke atas penyelenggaraan pesawat tersebut. Keadaan kewangan MAS yang tidak menentu akan menyebabkan berlakunya penyusutan tabung syarikat secara drastik. Tidak mustahil, terdapat usaha-usaha terancang sedang dimainkan oleh proksi tertentu yang cuba memaksa MAS untuk bergabung dengan syarikat penerbangan Barat-Zionis yang berselindung di sebalik jenama Islam. Di antaranya ialah syarikat penerbangan Arab-Islam yang telah di’Barat-Zionis’kan seperti syarikat penerbangan Emirate, Qatar dan Etihad Airlines.

Penguasaan Selat Melaka

Merujuk kepada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007 bertajuk “Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka”, di mana beliau mengutarakan faktor-faktor yang membuktikan MINAT Amerika untuk bertapak di Malaysia seperti berikut:

Laluan kapal perdagangan adalah sibuk di Selat Melaka menjadikan Malaysia sebagai penjaga kepada Laluan Perdagangan di antara timur dan barat

Laluan perkapalan dan perdagangan adalah sibuk di Selat Melaka menjadikan Malaysia sebagai penjaga kepada Laluan Perdagangan di antara timur dan barat

  • Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk MEMAKSA Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Usaha memujuk Washington tidak terhenti di situ, cadangan ini diutarakan sekali lagi menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.
  • Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka. Bantahan kerasKuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington memBATALkan program tersebut dan diganti dengan PSI.
  • Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad ENGGAN menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.

Penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Subic Bay dan Clark Air Base, Filipina pada 1991 menyebabkan Amerika Syarikat sedang menilai kesesuaian tanah untuk dimajukan sebagai pengganti kepada pengkalan tentera yang lebih strategik. Secara dasarnya, Amerika Syarikat amat menginginkan Port Dickson atau Lumut di Selat Melaka dan Sandakan di Sabah untuk dijadikan pusat pentadbiran ketenteraan mereka. Jadi tidak hairanlah pada PRU13 yang lalu, terdapat janji manis daripada PR untuk memberikan lokasi tersebut sebagai jaminan ‘survival’ politik mereka.

Kesimpulan

Kedatangan Obama telah menimbulkan pelbagai spekulasi liar tentang penglibatan Amerika Syarikat di dalam kehilangan MH370. Penafian demi penafian telah dizahirkan oleh mereka. Namun begitu, ia tidak mampu menghilangkan persepsi negatif terhadap mereka. Ringkasan yang boleh disimpulkan berkaitan peristiwa ini  ialah AMERIKA SYARIKAT MAMPU MELAKUKANYA, tanpa teknologi, rakan subahat dari negara jiran dan peruntukan kewangan, sudah tentulah operasi ini akan gagal. Apa yang PASTI, Malaysia akan dijadikan kambing hitam untuk mencapai GRAND DESIGN yang diatur oleh kuasa luar.

APA MOTIF SEBENAR TRAGEDI MH370? APA KATA ABANG BESAR…

Pendahuluan

Pengkalan tentera Amerika Syarikat yang menjadi pusat logistik dan pemantauan di Laut Hindi

Pengkalan tentera Amerika Syarikat yang menjadi pusat logistik dan pemantauan keselamatan di Laut Hindi

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibu pejabat Aerospace Defence Forces (VKO) “hairan” tentang situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) “menangkap dan kemudian mengalihkan” sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac 2014 pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba “ghaib” dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Misi “Russia Espionage”

Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Ibu Pejabat Risikan Russia

Ibu Pejabat Risikan Russia yang bertanggungjawab dalam aktiviti risikan antarabangsa

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43 dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam “keadaan yang mencurigakan”. Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo “sangat mencurigakan” berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima “jaminan” bahawa “semua langkah” akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Reaksi Segera China

Laluan penerbangan MH370 sepatutnya berakhir di Beijing. Tetapi dipintas ke Lautan Hindi. Timbul tanda tanya, mengapa di Lautan Hindi?

Laluan penerbangan MH370 sepatutnya berakhir di Beijing. Tetapi ianya dipandu di luar laluan utama menuju ke Lautan Hindi. Timbul tanda tanya, mengapa di Lautan Hindi?

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan). Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 “ketara menyimpang” dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly. Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Pesawat MH370 Dirampas

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire – FBW) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Kegagalan ATC untuk berhubung dengan pesawat MH370 amat meragukan. Mungkinkah transponder telah disabotaj?

Kegagalan ATC untuk berhubung dengan pesawat MH370 amat meragukan. Mungkinkah transponder pesawat ini telah disabotaj?

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21 pagi.

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana didapati Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Kehilangan 64 penumpang American Airlines Flight 77 semasa serangan teroris di Pentagon amat misteri dan meragukan

Kehilangan 64 penumpang American Airlines Flight 77 semasa serangan teroris di bangunan Pentagon amat misteri dan meragukan

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta “kehilangan” Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila rejim Bush “menghilangkan” penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN perkara berkenaan tidak berlaku.

Kesimpulan

Dunia cuba dimomok oleh Barat terutamanya Amerika Syarikat tentang kegagalan Malaysia dalam menghadapi krisis MH370 dengan pelbagai tomahan dan fitnah secara berterusan. Ia dilakukan melalui wakil media massa seperti CNN, BBC dan juga media massa ABC (Australia) dengan soalan-soalan provokasi yang melampau dan nakal. Jika kita mengkaji semula tentang isu penggunaan 2 pasport palsu oleh warganegara Iran dan bilangan penumpang yang menaiki MH370, SIAPAKAH orang yang pertama bertanyakan soalan tersebut kepada Datuk Seri Hishamuddin? Kalau tidak bukan wartawan CNN yang bertubi-tubi cuba menimbulkan persepsi bahawa tragedi ini angkara teroris dari negara Iran dan kemungkinan terdapat sekumpulan teroris yang menaiki pesawat tersebut.

Penglibatan aset ketenteraan dari luar negara amat menakjubkan. Kenapa mereka berminat?

Penglibatan aset ketenteraan dari luar negara amat menakjubkan. Kenapa mereka berminat?

Kita masih bernasib baik kerana Negara Russia tidak terjebak masuk ke dalam perangkap ciptaan Amerika Syarikat yang mahukan timbulnya KRISIS GLOBAL yang boleh menjurus kepada Perang Dunia Ke-3, walaupun terdapat seorang rakyatnya yang turut menaiki pesawat tersebut.  Apa tidaknya, ia disandarkan kepada jumlah Negara proksi barat dan timur yang melibatkan pencarian pesawat MH370. Jika diteliti dengan terperinci, nescaya nama-nama negara seperti China, Vietnam (Proksi Timur), Amerika Syarikat, Australia, Singapura, New Zealand (Proksi Barat) aktif menghantar aset ketenteraan untuk mencari pesawat tersebut. Mereka bertindak seolah-olah menyiapkan armada kapal perang bagi tujuan menjalankan OPERASI ketenteraan di Laut China Selatan.

Oleh itu, jika kita meneliti kronologi tragedi MH370 yang berlaku di sepanjang tempoh 18 hari ini, mendapati terdapat beberapa KLUE yang disimpulkan. Tragedi ini  adalah ibarat “melontar seketul batu untuk membunuh lebih dari seekor burung”. Rasionalnya, terdapat sekumpulan (20 orang) kakitangan mahir dari kilang Freescale Semiconductor yang bergegas ke Beijing untuk tujuan membida projek Telco, terdapat 4 orang pemilik pattern dari kilang Freescale Semiconductor warganegara China, seorang aktivis kemasyarakatan dari India, seorang jurutera dari IBM dan yang paling mencurigakan ialah 4 orang penumpang “standby” dari senarai “waiting list” yang menggantikan penumpang asal. Apa pendapat anda?

MH370 - alFatihah

 Sumber : bicaraworld

WAJARKAH INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DIMUZIUMKAN?

Pendahuluan

Kemunculan Empayar Othmaniyyah yang meliputi Eropah dan Asia amatlah digeruni oleh Barat

Kemunculan Empayar Othmaniyyah yang meliputi Eropah dan Asia amatlah digeruni oleh Barat

Menjelang abad ke-20 Masihi, kita dapat menyaksikan berbagai-bagai bentuk perubahan pada percaturan sosio politik dunia Islam seluruh dunia. Buat pertama kalinnya dalam sejarah Islam, umatnya kehilangan pusat khalifah apabila Dinasti Othmaniyyah mengalami kejatuhan dan tewas di tangan kuasa-kuasa Barat yang dipelopori oleh England, Perancis dan Amerika. Wilayah-wilayah Arab yang berada di bawah naungan Empayar Othmaniyyah dipaksa untuk menyerahkan KEDAULATAN mereka dan buat pertama kalinya semenjak sejarah kedatangan Islam, kuasa-kuasa Barat telah memecah-belahkan Kesatuan Negara-Negara Islam dengan melakukan PERSEMPADANAN semula dan membahagikan Negara-Negara Islam di bawah mandat Liga Bangsa-Bangsa (Sebuah badan dunia sebelum adanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Susulan daripada senario semasa paercaturan politik antarabangsa dan tempatan maka wujudlah tangan-tangan ghaib yang cuba untuk menyempitkan peranan tradisi Raja-Raja Melayu. Penjajah British yang terkenal dengan kemahiran dan kelicikan dalam ‘modus operandi’ mengendalikan sebuah empayar besar sejak beratus tahun dan berpengalaman dalam percaturan politik antarabangsa telah mempunyai beberapa ‘tried and tested formula’ untuk membuat cabaran terbuka kepada Sistem Pemerintahan Bermonarki Masyarakat Melayu.

Propaganda Barat Terhadap Empayar Othmaniyyah

Sultan Abdulhamid II menghadapi tekanan kuasa Barat dan ancaman subversi oleh pihak pembangkang

Sultan Abdulhamid II menghadapi tekanan kuasa Barat dan ancaman subversif oleh pihak pembangkang

Setelah Sultan Abdulhamid II mengambil takhta Uthmaniyyah pada tahun 1876, Empayar Uthmaniyyah dalam fasa kelemahan dan berpecah-belah. Lawannya mahu menyeksa pemerintahan 33 tahun beliau dengan slogan ‘era penindasan’ . Tetapi untuk menghilangkan ancaman kejatuhan empayar sepenuhnya dari serangan dalaman dan di luar sempadannya, maka beliau telah melakukan TRANSFORMASI di dalam tadbir urus empayarnya. Beliau meletakkan banyak penekanan kepada mewujudkan asas yang kukuh melalui pelaburan ke dalam sektor pendidikan dan menyusun semula perbendaharaan untuk mengurangkan hutang empayar.

Dari segi dasar luar, beliau diiktiraf sebagai Khalifah oleh semua umat Islam di dalam dan di luar Empayar, beliau menggunakan kedudukan dan pengaruhnya semaksimum ke atas dunia Islam. Senario ini membuatkan Empayar British sangat tidak selesa. Ini kerana British amat memusuhi kerajaan Uthmaniyyah kerana wilayah pemerintahannya meliputi sebahagian Eropah Timur yang memiliki sumber alam semulajadi yang banyak. Pengaruh Uthmaniyyah ini dapat dilihat di serata dunia Islam hinggakan bendera Uthmaniyyah dan poster Sultan Abdulhamid II telah dijadikan simbol sokongan masyarakat walaupun di kampung-kampung terpencil di India. Selain daripada itu, bacaan doa oleh imam-iman juga ditujukan khas kepada pemerintah Empayar Uthmaniyyah di lakukan oleh umat Islam di Indonesia, China, Afrika dan Asia Tengah di atas nama khalifah dan Amirul Mukminin Abdulhamid II.

Sultan Abdulhamid II dikelilingi oleh rakyat yang menjanjunginya di atas keprihatinan beliau mempertahankan Empayar Othmaniyyah

Sultan Abdulhamid II dikelilingi oleh rakyat yang menyanjunginya di atas keprihatinan beliau mempertahankan Empayar Othmaniyyah

Pendekatan Islam telah menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Barat terutamanya Empayar British. Ini kerana pendirian beliau yang membangkang secara terbuka kepada ZIONISME dan menentang penyelesaian pencerobohan Yahudi di bumi Palestin. Senario ini telah mengganggu agenda jahat British dan mengecewakan banyak pelobi Zionis. Susulan daripada penentangan tersebut, British dan sekutunya telah melancarkan perang saraf dan propaganda di media Barat dengan memburukkan pemerintahan Sultan Abdulhamid II. Mereka telah menggunakan krisis pemberontakan di Armenia sebagai alasan untuk mendapatkan sokongan Eropah untuk campur tangan di dalam krisis tersebut. Hasil daripada kempen dan melobi yang berterusan, British dan pemodal Yahudi memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk menjamin kepentingan mereka dari diganggu oleh Empayar Uthmaniyyah adalah melalui REVOLUSI untuk menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdulhamid II secara DEMONSTRASI dan PROPAGANDA.

Propaganda Barat telah mempersenda dan memalukan Sultan Abdulhamid II melalui karikatur

Propaganda Barat telah mempersenda dan memalukan Sultan Abdulhamid II melalui karikatur bermotifkan politik

Majalah Le Rire yang diterbitkan pada 17 Oktober 1908 menyindir Sultan Abdulhamid II seperti kanak-kanak kecil yang perlu diawasi oleh pengasuh

Majalah Le Rire yang diterbitkan pada 17 Oktober 1908 menyindir Sultan Abdulhamid II seperti kanak-kanak kecil yang perlu diawasi oleh pengasuh

Mereka telah berkerjasama dengan kumpulan pembangkang yang diketuai oleh Kamal Attartuk untuk menjalankan espionage dan sabotaj dari dalam pentadbiran Empayar Uthmaniyyah.  Manakala mereka melancarkan kempen propaganda terhadap Abdulhamid II dari luar Empayar Uthmaniyyah yang dimulakan di Eropah melalui media dengan melabelkan beliau dengan berbagai nama-nama yang negatif seperti ‘penindas’, ‘penzalim’ dan ‘diktator’ oleh orang-orang seperti ahli sejarah Perancis Albert Vandal dan Perdana Menteri Inggeris William E. Gladstone. Kempen ini tidak sahaja berhenti walaupun selepas beliau digulingkan oleh Kamal Artartuk melalui rampasan kuasa tentera pada tahun 1909. Walaupun mereka berjaya menjatuhkan Sultan Abdulhamid II dari pemerintahannya, kempen  dan propaganda terus giat dipertingkatkan dengan desakkan agar beliau dihukum gantung.

Campurtangan British Di Alam Melayu

Campurtangan British di dalam pentadbiran Tanah Melayu amatlah ketara dari aspek Sir Donald MacGillivray,  and the Sultan of Selangor Sir Hisamuddin Alam Shah Al - haj, taken before the signing of the Federation of Malaya Agreement

Campurtangan British di dalam pentadbiran Tanah Melayu amatlah ketara. Sir Donald MacGillivray merupakan penasihat kepada Sultan  Selangor Sir Hisamuddin Alam Shah Al – haj

Pada awal kedatangan British, alasan yang diberikan ialah kononnya untuk melindungi Raja-Raja Melayu dari kemaraan kuasa Belanda yang pada masa itu sedang mula mengembangkan pengaruhnya di Alam Melayu. Ataupun menjadi orang tengah dalam pergolakan-pergolakan Politik Istana. Dalam masa itu, British mulai mengambil kesempatan mengkaji sedalam-dalamnya akan ADAT dan KEPERCAYAAN masyarakat Melayu serta mengenali KEKUATAN dan KELEMAHAN mereka sambil berikhtiar mengembangkan pengaruh dalam batas-batasan sosio-politik tempatan supaya cita-cita sebenar mereka sukar dikesan. Kemudiannya secara HALUS dan berperingkat-peringkat , tekanan demi tekanan, helahdan tipu daya mula dibuat untuk memerangkap Raja-Raja Melayu supaya tunduk pada tuntutan mereka. Setelah berkeyakinan pada kedudukan serta membuat persediaan untuk melindungi kepentingan kuasa-kuasa barat dari pemberontakan masyarakat tempatan, pihak British tampil ke hadapan merampas hak dan kepentingan pemerintahan beraja di Alam Melayu secara terbuka. Akhirnya, landskap politik tempatan diubah dan peranan tradisi Raja-Raja Melayu dipersempit dan dipinggirkan.

Raja-Raja Melayu merupakan tonggak kepada agama Islam dan bangsa Melayu. Kita seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai Raja-Raja yang menjadi lambang kedaulatan negara

Raja-Raja Melayu merupakan tonggak kepada agama Islam dan bangsa Melayu. Kita seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai Raja-Raja yang menjadi lambang kedaulatan negara

Dilema Institusi Raja-Raja Melayu

Dewasa ini, kedaulatan Raja-Raja Melayu yang TERHAKIS mula menampakkan akibatnya di mana sesetengah generasi kini mulai berpendapat Institusi Raja-Raja Melayu tidak lebih dari warisan nenek moyang yang sudah TIDAK RELEVAN lagi dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Mereka berfikiran cukuplah ahli-ahli politik memainkan peranan memelihara dan melindungi hak dan kepentingan bangsa Melayu. Sesetengah pendapat pula mengatakan bahawa umat Melayu sudah matang, sudah pandai menjaga diri dan bangsa. Oleh itu, mereka berpendapat tidak perlu lagi wujudnya INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU di negara ini dengan menjustifikasikan kepada alasan berikut :

Yang Dipertuan Agong merupakan simbol Kesultanan Raja-Raja Melayu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat

Yang Dipertuan Agong merupakan simbol Kesultanan Raja-Raja Melayu yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat

Raja-Raja Melayu Diakui Hanya Lambang Kedaulatan

  • Generasi masa kini tidak lagi diajar mahupun belajar untuk mengetahui serta menghayati peranan sebenar Raja-Raja mereka. Kalau dahulu umat Melayu meletakkan Institusi Raja-Raja Melayu dan Institusi Alim Ulamak sebagai kesatuan yang padu. Namun kini, ia seakan-akan terlerai tali yang mengikat PERPADUAN ini. Seolah-olah masing-masing membawa diri tanpa mengetahui ke mana arah tuju dan ke mana berakhirnya haluan. Jika dahulunya, Raja-Raja Melayu diterima sebagai tunggak kedaulatan orang-orang Melayu. Namun kini, ia hanya menjadi LAMBANG kedaulatan mereka. Sebagaimana Keris yang pernah melindungi dan mempamerkan ciri-ciri kepahlawanan Melayu, kini hanya merupakan suatu LAMBANG yang tidak relevan dan hanya diklasifikasikan sebagai PENINGGALAN SILAM yang layak disimpan di muzium-muzium sejarah kerana ia tidak lagi mendapat tempat di dalam masyarakat yang serba moden.
Hampir semua Raja-Raja Melayu mempunyai pertalian darah dan keturunan dari keluarga Rasulullah S.A.W

Hampir semua Raja-Raja Melayu mempunyai pertalian darah dan keturunan dari keluarga Rasulullah S.A.W (Ahlul-Bait)

Raja-Raja Melayu Dituduh Sebagai Orang Asing

  • Persoalan yang kerap dilontarkan oleh generasi kini terhadap Raja-Raja Melayu amatlah SAKASTIK dan BIADAP seperti ‘asal mana, keturunan mana’. Mereka berpandangan bahawa kewujudan mereka sebagai orang-orang Istana hanyalah kerana TUAH BADAN. Mereka juga mempersoalkan tentang WASIAT dan PESANAN Raja-Raja Melayu pada para pembesar dan warisnya yang penuh dengan unsur keagamaan dan kata-kata nasihat sebelum kemangkatan baginda yang dinukilkan oleh pengarang-pengarang lama dituduh tidak lebih dari tokok tambah serta khayalan mereka dan bukan peristiwa sebenar. Sebahagian raja yang lain pula dituduh sebagai orang-orang asing yang ‘datang tidak diundang, pergi tidak dihalang’, tetapi dengan suka-suka memilih dan mengisytiharkan diri sebagai raja.
Gelagat Prof. Dr. Abdul Aziz yang mempersoalkan titah Sultan Selangor tentang pemeriksaan orang Islam yang murtad di sebuah gereja di Damansara Utama

Gelagat Prof. Dr. Abdul Aziz yang mempersoalkan titah Sultan Selangor tentang pemeriksaan orang Islam yang murtad di sebuah gereja di Damansara Utama

Raja-Raja Melayu Dicemuh Dan Diaib Secara Terbuka

  • Kalau dulu dianggap AIB dan TIDAK BERADAT serta TIDAK BERADAB untuk mengkritik pihak Istana secara terbuka kerana bangsa Melayu cukup memuliakan dan menjaga protokol dalam perhubungan dengan Raja-Raja mereka. Namun kini, orang-orang Melayu sudah mula belajar menjadi biadap dan sering mencemarkan kesucian Institusi Raja-Raja Melayu dengan mencemuh, memperlekeh dan mengecilkan PERIBADI dan PERANAN Raja-Raja Melayu secara terbuka. Segelintir Raja-Raja yang membuat kesilapan akan dibesar-besarkan aibnya, seolah-olah sudah tidak ada baiknya lagi. Malahan kalau boleh mahu diaibkan semua Raja-Raja sekaligus. Pada hal senario sebenarnya tidak ubah seperti kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Oleh itu, apa yang hendak dihairankan kita jika generasi Melayu kini sentiasa berprasangka buruk pada sejarah lama Raja-Raja mereka. Di mana mereka tidak tahu menjaga ADAB dan ADAT dalam perhubungan dengan pihak Istana. Lantas mereka sentiasa mencari AIB dan KESALAHAN Raja-Raja dan tidak lagi dapat menjadikan Raja itu sebagai CERMINAN bagi diri dan bangsanya.  
Beginilah sikap politikus yang bukan negarawan sejati. Mereka sanggup mempersenda dan menperkecilkan Raja-Raja Melayu tanpa rasa bersalah

Beginilah sikap politikus yang bukan negarawan sejati. Mereka sanggup mempersenda dan menperkecilkan Raja-Raja Melayu tanpa rasa bersalah

Raja-Raja Melayu Diadu Domba Oleh Media Massa

  • Peranan media massa dari dahulu hingga ke hari ini jarang menyebelahi pihak Istana dan sentiasa memencilkannya. Rakyat dipengaruhi untuk mempersoalkan KEPERIBADIAN dan KEDAULATAN Raja-Raja Melayu, mempersoalkan tentang kelebihan, keistemewaan dan keutamaan mereka sehingga perlu dijunjung sebegitu rupa. Kalau pada suatu masa dahulu kehebatan orang-orang Melayu dikaitkan dengan kisah-kisah kegemilangan bangsanya di bawah pemerintahan Raja-Raja Melayu dan diabadikan dalam hikayat-hikayat lama. Namun begitu, media massa kini hanya teruja dan berpuashati jika dapat mengaitkan kehebatan bangsa Melayu dari aspek KEBENDAAN (material) dan pencapaian-pencapaian ‘simbolik’ serta slogan-slogan yang langsung tiada signifikan dengan kemajuan hakiki IDENTITI bangsa dan agamanya.  
Inilah contoh kaduk naik junjung. Bila jawatan Menteri Besar terlepas dari gengaman, mereka sanggup menyaman Sultan tanpa rasa hormat

Inilah contoh kaduk naik junjung. Bila jawatan Menteri Besar terlepas dari gengaman, mereka sanggup menyaman Sultan tanpa rasa hormat sebagai rakyat jelata

Kerana gilakan KUASA, Karpal sanggup menyaman Sultan Azlan demi kepentingan politik

Kerana gilakan KUASA, Karpal sanggup menyaman Sultan Azlan demi kepentingan politik

Raja-Raja Melayu Ditekan Dengan Berbagai Peraturan

  • Daulah Istitusi Raja-Raja Melayu mula terhakis secara halus dan berperingkat-peringkat semenjak ianya ditekan dan diserang dari semua arah hingga mula menyebabkan hilang keyakinan, sokongan, kasih dan taat setia rakyat terhadap Raja-Raja. Berbagai peraturan PERLEMBAGAAN digubal telah menyempitkan peranan tradisi Raja-Raja sehingga menjadikan mereka begitu keliru akan tanggungjawab sebenar. Sedangkan selama ini mereka diibaratkan sebagai tonggak kedaulatan bangsa Melayu dan Agama Islam. Namun demikian, tafsiran ke atas peranan mereka kini sudah jauh menyimpang dari peranan TRADISI sebagai wakil Allah dan RasulNya. Kini, peranan Raja-Raja Melayu hanya mengikut protokol dan nasihat dari ahli-ahli politik dan mereka hanya menjadi sekadar SIMBOL semata-mata. 

Kesimpulan

Janganlah kita jadikan warisan Kesultanan Melayu sebagai bahan pameran di muzium seperti keris

Janganlah kita jadikan warisan Kesultanan Melayu sebagai bahan pameran di muzium seperti keris pusaka. Jagalah ia sebaik mungkin demi agama, bangsa dan Negara tercinta

Intipati kepada agenda untuk MEMUZIUMKAN Institusi Raja-Raja Melayu ini boleh membawa bangsa Melayu berasa HINA dan KERDIL terhadap dirinya, bangsanya, rajanya dan agamanya. Ini kerana bangsa Melayu akan hilang kewarasan dan rasional akan kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu. Sebaliknya mereka akan mengagungkan dan memuliakan kuasa-kuasa dan falsafah Barat serta menganggap IDEOLOGI dan CARA HIDUP mereka sebagai yang terbaik. Dan inilah MOTIF sebenar kaum KUFFAR supaya Institusi Raja-Raja Melayu dianggap tidak relevan lagi pada kacamata bangsa Melayu. Apabila ianya berhasil diterapkan kepada bangsa Melayu maka mudahlah dipisahkan rakyat dan Institusi Raja-Raja Melayu.

Lantas senanglah untuk mereka menguasai dan mengkufurkan bangsa Melayu bertetapan dengan luahan seorang Paderi di Filipina semasa memerangi bangsa Moro dahulu;

Adalah silap untuk mempercayai bahawa orang-orang Moro (Melayu) Mindanao tidak boleh dikristiankan. Dan jika seseorang itu tetap memegang pada kepercayaan ini, dia akan seterusnya berkeyakinan juga bahawa mereka tidak boleh ditakluki.

Tetapi cuba perhatikan dengan cermat, mereka akan menjadi rakyat Sepanyol yang setia apabila mereka memisahkan diri mereka dengan sifat Moro (Kemelayuan) mereka dan menjadi Kristian.”

Secara jujurnya, bangsa Melayu hari ini GAGAL menjunjung amanah nenek moyang mereka dalam melindungi dan mempertahankan KHAZANAH bangsanya kerana terlalu terpengaruh dengan propaganda dan dakyah Barat tanpa sedikit pun berusaha mencari hakikat cerita sebenar masa silam bangsanya. Mereka terlalu dhaif dan tidak peka pada sejarah dan peranan Institusi Raja-Raja Melayu. Dan sekaligus mereka langsung tidak dapat mengaitkan Institusi Raja-Raja Melayu hari ini dengan warisan turun-temurun bangsa Melayu yang gemilang di bumi Nusantara.

Jadikanlah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebagai rujukan dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Jadikanlah ia sebagai rujukan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita

Jadikanlah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu sebagai rujukan dalam mempertahankan kedaulatan Negara. Jadikanlah ia sebagai rujukan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita

Kita seharusnya diingatkan bahawa kewujudan Raja-Raja Melayu merupakan satu unit rantaian Sistem Khalifah yang berperanan sebagai PENERUS RASULLULAH S.A.W dalam urusan menjaga kepentingan Islam dan umatnya. Peranan ini tidak boleh disamakan dengan pemimpin-pemimpin politik sekular yang bernaung di bawah payung Sistem Barat yang mampu dan telahpun Berjaya menggugat kepentingan umat Islam sedunia.

AGENDA PELUPUSAN INSTITUSI RAJA-RAJA DALAM NEGARA-NEGARA ISLAM

Pendahuluan

Jata Diraja menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu

Jata Diraja menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang dijunjung tinggi

Apabila Institusi Raja-Raja ditakrifkan sebagai “Payung bagi bangsanya”, sesungguhnya kenyataan ini merupakan suatu yang hakikat. Umpama payung yang melindungi  pemakainya dari terik kepanasan matahari dan basahan siraman hujan, Institusi Raja-Raja yang berdaulat mendapat naugan dari “Kerajaan Langit” dalam fungsinya sebagai tunggak pelindung rakyat jelata dari sebarang bentuk ancaman pada kedaulatan bangsa dan agama yang dipayunginya.

Institusi Raja-Raja yang pincang adalah umpama payung yang bocor. Walaupun kepanasan matahari dan siraman hujan terkena sedikit pada pemakainya, namun secara umumnya payung masih tetap dapat memberikan khidmat, kerana masih dapat digunakan sebagai pelindung. Namun jika payung rosak, fungsinya dalam melindungi si pemakai dari terik matahari dan siraman hujan sudah tidak mampu dilaksanakannya. Begitu jugalah halnya dengan Institusi Raja-Raja yang terhapus, rakyat yang dahulunya terpelihara dari agenda buruk musuh-musuh bangsa dan agamanya kini terdedah kepada ancaman ini.

Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu di 9 buah negeri masih utuh dan perlu dipertahankan sebagai "Payung" kepada rakyat

Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu di 9 buah negeri masih utuh dan perlu dipertahankan sebagai “Payung” kepada rakyat

Pelupusan Institusi Raja-Raja

Lembaran-lembaran sejarah membuktikan banyak contoh negara-negara yang pernah cemerlang, kuat dan berdaulat apabila dipayungi oleh Institusi Raja-Rajanya. Sultan-sultan yang memerintah dengan sejarah buruk baik pemerintahan mereka, namun rata-rata tetap memberikan hak ketuanan, menjunjung, mendaulah dan mempertahankan agama Islam dalam fungsi mereka sebagai  Zillullah fil-ardh yang bermaksud “Bayangan Allah di muka bumi”. Dalam konteks ini, kesultanan-kesultanan Islam mampu mengembelingkan tenaga raja dan rakyat apabila terdapat ancaman unsur-unsur yang mahu mencerobohi kedaulatan BANGSA dan AGAMA.

Raja Melayu yang menerajui 9 buah negeri menurut peruntukan Perlembangaan dan Undang-Undang Negeri

Raja-Raja Melayu yang menerajui 9 buah negeri menurut peruntukan Perlembangaan dan Undang-Undang Negeri

Raja-Raja Melayu merupakan simbol kepada  “Bayangan Allah di muka bumi”

Raja-Raja Melayu merupakan simbol kepada Zillullah fil-ardh iaitu “Bayangan Allah di muka bumi”

Namun apabila terhapusnya Institusi Raja-Raja pada negara-negara sebilangan umat Islam di dunia ini, jelas mereka kini bukan sahaja hilang taring dan bisanya sebagai bangsa yang pernah KUAT dan BERDAULAT, malahan sudah tidak mampu membendung kemaraan musuh-musuh yang bertekad untuk merobek-robekkan kesatuan, identiti, maruah dan kedaulatan umat Islam dan pegangan agamanya itu. Senario ini bolehlah dibuktikan dengan rantaian musibah yang menimpa umat Islam yang kehilangan Institusi Raja-Raja sebagai payung bangsanya bermula dari Daulah Othmaniyyah hingga kini.

Turki

Fahaman Sekular yang diperkenalkan oleh Kamal Ataturk telah memisahkan agama dan pentadbiran. Nilai-nilai barat telah diterapkan ke dalam kehidupan social masyarakat

Fahaman Sekular yang diperkenalkan oleh Kamal Ataturk telah memisahkan agama dan pentadbiran. Nilai-nilai Barat telah diterapkan ke dalam kehidupan sosial masyarakat

Kerajaan Turki dahulunya merupakan sebuah negara yang berdiri megah selama berabad-abad lamanya di mana ia pernah menerajui sebuah empayar Othmaniyyah yang besar dan menjadi pusat kekhalifahan ummah seluruh dunia. Ia juga merupakan sebuah kerajaan yang cemerlang, kuat dan berdaulat. Namun semuanya berakhir apabila Institusi Khalifah (Raja-Raja) dilupuskan dan digantikan dengan pemerintahan bercorak REPUBLIK di bawah pimpinan Mustafa Kamal Ataturk pada awal kurun ke 20 Masihi yang lalu. Kamal Ataturk merupakan seorang nasionalis yang bercita-cita untuk menukar fahaman keislaman Negara Turki kepada fahaman SEKULAR. Beliau menggubal dasar-dasar pemerintahannya bagi menjamin rakyatnya dapat diubah imej dan pegangan Islamnya yang kuat mengikut dasar Negara Barat. Di antara tindakannya ialah menghalang memakai pakaian yang melambangkan imej Islam. Kitab al-Quran diperintah untuk ditukarkan dari Bahasa Arab kepada Bahasa Turki. Manakala kalimah ALLAH pun disuruh tukar dalam Bahasa Turki menjadi TANRI. Tindakan ini termasuklah menukarkan laungan azan dalam Bahasa Turki. Kebencian Kamal Ataturk yang mendalam kepada Islam amatlah ketara hinggakan nama-nama Islam turut di TURKIKAN. Beliau berusaha untuk memastikan bahawa pembangunan Turki di bawah pemerintahannya tidak dikaitkan atau tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam.

Institusi Khalifah (Raja-Raja) dilupuskan dan digantikan dengan pemerintahan bercorak Republik oleh Kamal Ataturk

Institusi Khalifah (Raja-Raja) dilupuskan dan digantikan dengan pemerintahan bercorak Republik oleh Kamal Ataturk

Kemenangan parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki memberikan sinar harapan kepada umat Islam

Kemenangan parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki memberikan sinar harapan kepada umat Islam

Kini, Turki telah dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan  yang dilihat oleh Negara Barat sebagai seorang yang pro Islam. Beliau menjadi IDOLA dan HERO kepada jutaan pengundi yang pro Islam. Pada Pilihan Raya Umum Turki yang diadakan pada 3 November 2002, beliau buat pertama kalinya mengetuai Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). AKP ternyata menguasai 34.3 peratus undi tetapi Erdogan dihalang menjadi Perdana Menteri kerana pelbagai ‘kesalahan’ sebelum ini termasuk ubahsuai sajak Ziyad Gokalp 1913. Sebaliknya Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri sehingga Erdogan layak bertanding Pilihan Raya Kecil pada 2003 dan menjadi ahli parlimen. Abdullah Gul kemudian memberi ‘lorong’ kepada Erdogan, dan dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Turki, Ahmat Necdet Sezer. Pada Pilihan Raya Umum Turki 2007,  Erdogan dan AKP mengekalkan kuasa dengan memenangi 46.7 peratus undi popular. Kejayaan Edorgan terus menyinar apabila kali kedua parti AKP menang dengan undi lebih besar pada Pilihan Raya Jun 2011 dengan mendapat 49.8 peratus undi.

Mesir

Kemenangan parti FJP iaitu sebuah parti yang pro Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak bernasib baik seperti di Turki. Dr. Muhamed Mursi telah digulingkan oleh golongan tentera yang menyokong Regim Sekular

Kemenangan parti FJP iaitu sebuah parti yang pro Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak bernasib baik seperti di Turki. Dr. Muhamed Mursi telah digulingkan oleh golongan tentera yang menyokong Regim Sekular

Fahaman Islam mula diserapi oleh fahaman Assobiyyah Nasionalis Arab selepas Raja Farouk digulingkan oleh Jamal Abdul Nasser. Ekoran daripada dasar-dasar sekular REPUBLIK ARAB MESIR yang diterapkan oleh Jamal secara menyeluruh telah membawa kepada Perjanjian Damai Kem David di antara Mesir dan Israel pada tahun 1979. Intipati perjanjian damai tersebut telah mengasaskan kepada satu dimensi baru dalam DASAR TIMUR TENGAH oleh Negara Amerika Syarikat (Sekutu Yahudi) yang bertegas akan campur tangan di Timur Tengah jika mendapati “kepentingannya” di situ diganggu-gugat. Negara republik Mesir pada hari ini masih terus dengan sikap permusuhannya pada gerakan-gerakan Islam melalui dasar-dasar sekular dan tekanan oleh pimpinan tentera. Walaupun Mesir pernah diperintah oleh Dr. Mohamed Mursi Isa’ al-Ayyat sebagai Presiden Mesir pada tahun 2012, dasar dan perlembangaan yang dijunjung masih berkiblatkan SEKULAR. Kini, kerajaan Mesir dipimpin secara sementara oleh Jenderal Abdul Fattah al-Sisi yang mengambil tampuk pemerintahan Mesir secara ketenteraan di mana beliau telah menangkap Dr. Muhamed Mursi dan ramai pemimpin-pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin dengan mengaitkan mereka dengan aktiviti rusuhan dan perlanggaran perlembagaan Negara.

Hubungan akrab Mursi dan Erdogan meningkatkan lagi penentangan golongan tentera dan rakyat yang berfahaman Sekular

Hubungan akrab Mursi dan Erdogan meningkatkan lagi penentangan golongan tentera dan rakyat yang berfahaman Sekular

India

Kerajaan Islam Mughal kukuh bertapak di India bermula tahun 1526 - 1707. Selepas era kerajaan Araungzeb, empayar Islam mula ditakluki oleh Rajah Hindu

Kerajaan Islam Mughal kukuh bertapak di India bermula tahun 1526 – 1707. Selepas era kerajaan Araungzeb, empayar Islam mula ditakluki oleh Rajah Hindu

Pada suatu masa dahulu, tiga perempat dari buminya pernah diperintah oleh kesultanan-kesultanan Islam yang hebat secara turun temurun. Kini, ia dikuasai sepenuhnya oleh kaum Hindu. Walaupun demikian, apabila India merdeka dari penjajahan British pada 15 Ogos 1947, golongan Rajah (Raja Hindu), Nawab dan Nizam (Sultan-Sultan) telah bersetuju untuk melepaskan negeri-negeri yang pernah berada di bawah naungan mereka dengan diberikan pampasan. Namun begitu, mereka telah diberikan kuasa penuh untuk melantik wakil-wakil kerajaan serta diberikan kuasa untuk mengutip cukai bagi membangunkan wilayah “naungan” mereka walaupun Republik India didominasi oleh kaum Hindu. Senario ini memberikan sedikit sebanyak harapan dan pergantungan umat Islam di bawah payung golongan bangsawan sebagai pelindung dari ancaman kaum pelampau Hindu. Ia juga mampu memelihara pegangan agama Islam dari dikacau-ganggu.

Kejayaan terbesar yang dicapai oleh Indira Ghandi ialah menyatupadukan rakyatnya yang berbilang agama. Tekanan diberikan kepada umat Islam di atas nama "Intergrasi Rakyat"

Kejayaan terbesar yang dicapai oleh Indira Ghandi ialah menyatupadukan rakyatnya yang berbilang agama. Tekanan diberikan kepada umat Islam di atas nama “Intergrasi Rakyat”

Walaubagaimanapun dalam tahun 1971 iaitu di era pemerintahan Indira Ghandi, beliau telah melupuskan terus HAK KEISTIMEWAAN golongan ini selepas meluluskan Pindaan 24 Perlembagaan India yang membolehkan Parlimen India mengubah hak-hak asasi mereka yang telah sedia termaktub di dalam Perlembagaan India. Semenjak itu, bermulalah zaman umat Islam bukan sajaka hilang “taringnya” malah dianak-tirikan dalam sebarang dasar-dasar kerajaan. Mereka juga dituduh sebagai tidak patriotik, malahan mereka ditekan supaya lebih mementingkan sejarah asal-usul keturunan HINDU berbanding ISLAM dengan memperjuangkan falsafah “INTERGRASI RAKYAT’. Pada masa yang sama, puak pelampau Hindu juga sudah mulai berani untuk mencabar pegangan umat Islam dan menunjukkan sikap yang biadap kepada mereka.

Patani

Jolokan “Negeri Serambi Mekah” diberikan kepada Patani di mana sempadan negerinya pernah menjangkau sehingga ke Kelantan dan Terengganu. Sejarah pemerintahan raja-rajanya pernah membuktikan keunggulan Kesultanan Patani. Umat Islamnya terbilang teguh pegangan agamanya dan mempunyai semangat daya juang yang tinggi. Mereka telah berkali-kali mempertahankan serangan Siam dan berjaya menangkisnya. Namun semuanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah, apabila Patani dijajah oleh Siam ada tahun 1902. Antara punca pemerintah Siam meneruskan penjajahan ke atas Patani adalah kerana wilayah ini kaya dengan hasil alamnya. Wilayah ini sangat subur dan makmur sehingga mampu menyumbang sebanyak 40% Gross National Product (GNP) kepada kerajaan Siam.

Wilayah Pattani mempunyai rupa bumi  strategik dan kaya dengan hasil sumber alam semulajadi

Wilayah Patani mempunyai rupa bumi strategik dan kaya dengan hasil sumber alam semulajadi

Kini, bumi Patani tidak lebih dari salah sebuah “Wilayah-Wilayah Islam Selatan Siam” tanpa diberikan hak untuk mentadbir wilayahnya. Pihak kerajaan Siam telah melantik pemimpin tertinggi di wilayah ini di kalangan orang-orang Siam dari Utara untuk menjadi pegawai kerajaan. Orang-orang Melayu Patani tidak ada yang menjadi pegawai kerajaan. Semua pegawai-pegawai bukan penduduk asli, tetapi semuanya Siam. Padahal 90 peratus penduduk di wilayah ini adalah Melayu-Muslim. Jumlah pegawai-pegawai kerajaan beragama Buddha sebanyak 75 peratus dan umat Islam hanya 15 peratus.

Aktiviti keagamaan tetap dijalankan oleh masyarakat Islam, walaupun terdapat tekanan dan bantahan dari pemerintah

Aktiviti keagamaan tetap dijalankan oleh masyarakat Islam, walaupun terdapat tekanan dan bantahan dari pemerintah

Dalam tahun 1921, apabila Bangkok melancarkan Akta Pendidikan Siam, kepentingan Bahasa Melayu mula terjejas. pelajar yang mengikuti Pengajian Pondok terpaksa memasuki Sekolah Siam untuk belajar Bahasa Siam. Keadaan lebih lebih menyayat hati apabila mata pelajaran Sejarah Patani dan Muslim Patani tidak dibenarkan diajar di sekolah-sekolah kebangsaan milik kerajaan, bahkan juga sekolah-sekolah swasta. Sikap menganaktirikan pembelajaran Bahasa Melayu (Jawi) akhirnya telah hampir melenyapkan Bahasa Melayu sebagai BAHASA IBUNDA orang-orang Patani. Ia bertujuan agar anak-anak orang Patani ini tidak tahu sejarah sebenar Patani. Malahan dinafikan asal-usul kewujudan Patani sebagai negeri Melayu. Sebaliknya mereka memutar-belit sejarah Patani dengan mengatakan ianya bukan negeri Melayu, tetapi keturunan dari Siam.

Singapura

Suatu ketika dahulu bangsa Melayu merupakan golongan majoriti di Singapura. Berdasarkan kepada statistik tahun 2010, penduduk Singapura berjumlah 5.08 juta orang. Kaum Cina membentuk 74 peratus jumlah penduduk, diikuti dengan kaum Melayu dengan 13 peratus dan India dengan 9.2 peratus. Kini, orang Melayu Singapura menjadi rakyat minoriti iaitu 660,400 orang Melayu berbanding kaum Cina. Semuanya berpunca daripada perancangan kotor British yang membuat muslihat hinggakan Sultan Johor\Singapura terpedaya untuk menyerahkan Singapura kepada penjajah British. Jesteru itu, secara automatik terhapuslah SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA dan bermulalah era NEGARA REPUBLIK. Kesan terhapusnya payung umat Melayu di Singapura menyebabkan bahangnya masih dirasakan hingga ke hari ini.

Polisi kerajaan Singapura yang memisahkan kaum Melayu secara sistematik telah menjadikan suara Melayu diketepikan dalam pentadbiran. Penyediaan skim perumahan dibahagikan mengikut kouta kaum

Polisi kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lim Kuan Yew telah memisahkan kaum Melayu secara sistematik dengan menjadikan suara Melayu dipinggirkan. Ini kerana penyediaan skim perumahan dibahagikan mengikut kouta kaum agar ianya menjadi minoriti

Orang Melayu Singapura pada hari ini terpinggir di tengah-tengah kecanggihan dan kemodenan Republik Singapura. Kampung-kampung Melayu di Singapura yang menjadi BUKTI kewujudan masyarakat Melayu sebagai akar umbi sejarah bangsa Melayu Singapura mula dibangunkan dan digantikannya dengan perumahan-perumahan pangsa (HDB), bangunan komersial dan perindustrian. Dengan lenyapnya perkampungan Melayu maka ADAT dan BUDAYA Melayu juga turut hilang sebagaimana hilangnya TANAH WARISAN turun temurun bangsa Melayu. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila terdapat segelintir umat Melayu memilih untuk membuang agama Islam dan mengambil agama Kristian sebagai agama barunya. Ia disebabkan daripada kesan aktiviti mubaligh Kristian yang sentiasa menekan dan mendoktrinkan agama Kristian secara berterusan kepada kaum Melayu.

Akhirnya, pada 2 Jun 1999, Istana Kampung Glam - benteng terakhir Melayu di Singapura, terpaksa dikosongkan dan penghuninya yang mewarisi peninggalan Sultan Hussein Shah itu sejak puluhan tahun lalu dipaksa berpuas hati menerima habuan sebanyak beberapa ribu ringgit sahaja. Bangunan ini telah dijadikan muzium Malay Heritage Centre

Pada 2 Jun 1999, Istana Kampung Glam – benteng terakhir Melayu di Singapura, terpaksa dikosongkan dan penghuninya yang mewarisi peninggalan Sultan Hussein Shah itu sejak puluhan tahun lalu dipaksa berpuas hati menerima habuan sebanyak beberapa ribu ringgit sahaja. Bangunan ini telah dijadikan muzium Malay Heritage Centre

Sikap kerajaan Singapura terhadap kaum Melayu telah dibuktikan melalui kajian sosio-ekonomi telah dijalankan pada tahun 2001 oleh Lily Zubaidah dan Tania Li berkaitan persepsi kaum Melayu Singapura terhadap pemerintah. Hasil temubual Lily Zubaidah bersama Kassim Yang Razali, seorang aktivis Melayu Singapura meluahkan perasaannya bahawa pemerintah Singapura memberi layanan yang hambar kepada kaum Melayu negara itu di sebalik menjalankan kempen menggalakkan penggunaan Mandarin dan ajaran Konfucius serta mengalu-alu penghijrah orang Cina dari Hong Kong untuk menutup kadar kelahiran yang rendah di kalangan rakyat majoritinya. Manakala hasil dapatan daripada kajian Tania Li pula membicarakan bagaimana pemerintah Singapura menjalankan diskriminasi untuk meminggirkan kaum Melayu sungguhpun ia melaung-laungkan pengamalan dasar meritokrasi dan multi-kaum. Bukan setakat itu sahaja, untuk menutup tindakan diskriminasi tersebut, kaum Melayu dilabelkan dengan pelbagai prasangka kaum seperti enggan bekerja keras, sukakan kepada hal-hal kerohanian dan kesenian serta tidak mempunyai motivasi yang tinggi, demi untuk mengatakan bahawa kedudukan kaum Melayu yang sedemikian itu adalah berpunca daripada mereka sendiri tetapi bukan kerana dasar kerajaan.

Mindanao

Wilayah Mindanao di Selatan Filipina juga mengalami nasib yang sama seperti di wilayah Pattani. Kesultanan ahlul-bait yang pernah memerintah Sulu dan Mindanao selama berkurun mampu memayungi bangsa dan agama orang Moro. Ia dibuktikan dengan kesungguhan Raja dan rakyat bersama-sama mempertahankan DAULAH ISLAMIYAH dari penjajahan Sepanyol melalui kerjasama dan bantuan bersama oleh kesultanan-kesultanan lainnya di Alam Nusantara selama 311 tahun lamanya. Sepanjang sejarah kolonialisme Sepanyol di Filipina orang-orang Moro di Selatan tidak pernah sama sekali dapat ditakluk dan ditundukan. Tercatat paling tidak terdapat enam kali peperangan berlaku di antara bangsa Moro dengan Sepanyol bermula Perang Moro Pertama (1565 – 1578), Perang Moro Kedua (1587 – 1599), Perang Moro Ketiga (1635 – 1645), Perang Moro Keempat (1656 – 1663), Perang Moro Kelima (1718 – 1725) dan Perang Moro Keenam (1851 – 1876). Namun begitu, pada 1898 Amerika Syarikat telah mengalahkan Sepanyol dan menjajah Filipina hinggalah tahun 1946.

Penentangan umat Islam Moro terhadap Sepanyol berlarutan selama 311 tahun (1565 - 1876)

Penentangan waris Kesultanan Islam Moro terhadap Sepanyol berlarutan selama 311 tahun (1565 – 1876) melalui enam siri peperangan

Penentangan umat Islam Moro bertambah getir apabila Amerika Syarikat telah menjajah Mindanao bermula 1898 - 1946. Kekejaman dan penindasan ke atas Moro semakin buruk tanpa belas kasihan

Umat Islam Moro bertambah getir apabila Amerika Syarikat telah mengalahkan Sepanyol dan menjajah Filipina selama 48 tahun (1898 – 1946). Kekejaman dan penindasan ke atas Moro semakin buruk tanpa belas kasihan

Selepas Filipina merdeka pada 12 Jun 1946, wilayah Sulu dan Mindanao tidak diserahkan kembali kepada waris kesultanan Moro. Kini, bumi Mindanao yang pernah merajakan ahlul-bait Rasullulah S.A.W dan mendaulahkan umat Islam Moro sebagai penduduk majoriti telah mengalami proses KRISTIANISASI oleh kaum Kristian yang berhijrah secara beramai-ramai dari wilayah utara Filipina. Suara umat Islam Moro kini menjadi kerdil. Sisa-sisa perjuangan pembebasan bumi Sulu dan Mindanao masih diteruskan oleh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) secara diplomasi oleh Hj. Mohammad Murad melalui Perjanjian Damai Manila-MILF di Istana Malacanang, Manila pada 15 Oktober 2012.

Perjanjian Damai Manila - MILF 2012 merupakan detik bersejarah umat Islam Moro mendapat kuasa autonomi dari kerajaan Filipina

Perjanjian Damai Manila – MILF 2012 merupakan detik bersejarah umat Islam Moro mendapat kuasa autonomi untuk memerintah wilayah Mindanao dari kerajaan Filipina

Aceh

Aceh merupakan sebuah wilayah yang terawal menerima ajaran Islam di Nusantara

Aceh merupakan sebuah wilayah yang terawal menerima ajaran Islam di Nusantara

Bumi yang pernah digeruni oleh penjajah Portugis dan Belanda. Ia terkenal sebagai sebuah Empayar Islam yang besar dan kuat serta diberikan jolokan nama “Serambi Mekah”. Aceh dianggap sebagai tempat bermulanya penyebaran Islam di Indonesia dan memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara. Pada awal abad ke-17, Kesultanan Aceh adalah negara terkaya, terkuat, dan termakmur di kawasan Selat Melaka. Sejarah Aceh diwarnai oleh kebebasan politik dan penentangan keras terhadap pencerobohan orang asing, termasuk bekas penjajah Belanda dan pemerintah Indonesia.

Kini, rakyatnya juga mengalami nasib yang sama dengan bangsa-bangsa yang hilang taringnya apabila Institusi Kesultanan Aceh terlupus atau dilupus. Pada hari ini, rakyat Aceh hidup serba miskin dan melarat di bumi sendiri. Walaupun Aceh sebuah wilayah yang subur dengan sumber-sumber alam. Tuntutan untuk mengambalikan Kedaulatan Aceh mendapat bantahan sekeras-kerasnya dari kuasa-kuasa Yahudi dan Nasrani kerana mereka gentar akan potensi Aceh untuk kembali gemilang sebagai sebuah DAULAH ISLAMIAH yang kuat, sebagaimana sejarah bangsanya suatu masa dahulu.

Sejarah peperangan di antara Kesultanan Aceh dengan Belanda berlaku antara tahun 1873 hingga tahun 1904. Kedua-dua belah pihak bermati-matian untuk memenangi peperangan ini

Sejarah peperangan di antara Kesultanan Aceh dengan Belanda berlaku antara tahun 1873 hingga tahun 1904. Kedua-dua belah pihak bermati-matian untuk memenangi peperangan ini

Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila

Kesultanan Aceh menyerah kalah kepada Belanda pada tahun 1904 akan tetapi tentangan rakyat Aceh terhadap Belanda berlanjutan dengan perang gerila

Impian rakyat Aceh untuk mendapatkan kemerdekaan telah digantikan dengan pemberian kuasa Autonomi oleh kerajaan Indonesia

Impian rakyat Aceh untuk mendapatkan kemerdekaan telah digantikan dengan pemberian kuasa Autonomi oleh kerajaan Indonesia melalui Perjanjian Damai Helsinki 2005

Ekoran daripada timbulnya ketidakpuasan hati masyarakat Aceh, maka penentangan bersenjata ke atas kerajaan Indonesia telah dilakukan oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Tujuan utama gerakan ini dijalankan adalah untuk memperolehi kemerdekaan dari Indonesia bermula dari  tahun 1976 hingga tahun 2005. Peristiwa tsunami akibat gempa bumi di Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 telah menyebabkan diadakannya perjanjian damai di antara GAM dan kerajaan Indonesia. Selepas bencana tsunami dahsyat menghancurkan sebahagian besar Aceh dan menelan ratusan ribu korban jiwa, kedua belah pihak, GAM dan kerajaan Indonesia menyatakan gencatan senjata dan menegaskan keperluan yang sama untuk menyelesaikan konflik yang berpanjangan.

Pelaksanaan Perjanjian Damai Helsinki akan menjadi kenyataan dari harapan rakyat Acheh untuk membawa perubahan dan kemajuan yang signifikan terhadap kehidupan rakyat yang telah lama hidup dalam penderitaan dan kekerasan tentera Indonesia

Pelaksanaan Perjanjian Damai Helsinki akan menjadi kenyataan dari harapan rakyat Aceh untuk membawa perubahan dan kemajuan yang signifikan terhadap kehidupan rakyat yang telah lama hidup dalam penderitaan dan kekerasan tentera Indonesia

Hasilnya, Perjanjian Damai (MoU Helsinki 2005) di antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Indonesia telah ditandatangani pada 15 Ogos 2005 di Helsinki, Finland. Perjanjian Damai Helsinki 2005 ini menamatkan konflik antara Aceh dengan Jakarta selama hampir 30 tahun. Di antara butir-butir persefahaman ini kemudian dimasukkan dalam UU No 11/2006 tentang Pemerintah Aceh telah memberikan kuasa AUTONOMI kepada GAM untuk melaksanakan Hukum Syariah dan mendapat 70 peratus daripada hasil mahsul sumber alam semulajadi.

Kesimpulan

Sistem Beraja atau Monarki ialah sistem pemerintahan yang tertua di dunia, ia dipercayai wujud sejak 3000 tahun dahulu. Semua tamadun2 awal manusia mengamalkan sistem monarki seperti Tamadun Mesopotamia, Mesir, India dan China. Perkataan monarki berasal daripada perkataan latin iaitu ‘mono’ dan ‘archein’ yang bermaksud ‘satu pemerintahan’. Sistem monarki di Asia Tenggara wujud sejak ribuan tahun dan dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan kemudian bertukar kepada sistem kesultanan selepas kedatangan Islam. Selepas kedatangan Islam, hampir semua kerajaan di Asia Tenggara menjadi kerajaan-kerajaan Islam. Kedatangan orang Eropah telah mengubah sistem politik tradisional orang Melayu berpegang kepada sistem beraja mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Orang Melayu khususnya di Malaysia dikira masih bernasib baik kerana British tidak menghapuskan sistem monarki selepas mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu dalam percubaan mereka menghapuskan Institusi Beraja melalui Malayan Union.

Kita seharusnya bersyukur kehadrat illahi kerana masih dikurniakan Raja-Raja Melayu yang menaungi rakyat jelata sebagai simbol perpaduan negara

Kita seharusnya bersyukur kehadrat illahi kerana masih dikurniakan Raja-Raja Melayu yang menaungi rakyat jelata sebagai simbol perpaduan negara

Oleh itu, bangsa Melayu harus mengambil iktibar dan contoh daripada bangsa Inggeris yang masih tetap ingin mengekalkan sistem monarki mereka walaupun mereka sudah sekian lama menjadi bangsa yang maju dalam serba-serbi malah di Australia yang merupakan salah satu negara Alam Komanwel pernah mengadakan referendum pada 6 November 1999 untuk memberi peluang kepada rakyat mereka memilih sama ada kekal bernaung di bawah Ratu England atau membentuk republik tetapi hasil referendum menunjukkan rakyat negara tersebut memilih untuk terus bernaung di bawah naungan diraja walaupun Australia sudah lama merdeka dari Britain. Sekarang ini terpulang kepada bangsa Melayu sama ada ingin membuang sistem monarki atau terus bernaung di bawahnya.

Jangan kerana kesilapan beberapa orang raja, kita ingin menghapuskan apa yang sudah dibina sejak ratusan tahun. Jangan setelah tiada lagi Institusi Beraja, kita menyesal kerana ketika itu ia tidak berguna lagi.

ANCAMAN SUBVERSIF DAN ANARKIS KE ATAS MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA

Pendahuluan

Coretan ini adalah susulan daipada luahan rasa yang dinukilkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin yang mengupas tentang persoalan survival dan masa depan kaum Melayu Bumiputera yang kini kian terancam. Beliau telah menggariskan 7 faktor utama yang menjadi igauan dan ancaman terhadap survival dan kesinambungan perjuangan bangsa Melayu-Islam di Malaysia ini.

Pertama – DAP Dan Parti Cauvinis

Sikap pimpinan DAP yang sombong, bongkak dan cauvinis terhadap kaum Melayu amatlah dikesali

Sikap pimpinan DAP yang sombong, bongkak dan cauvinis terhadap kaum Melayu amatlah dikesali kerana ia memungkinkan timbulnya masalah perkauman

Slogan “Malaysia Malaysian” memang terbukti dijadikan teras kepada perjuangan DAP. Ia seperti sudah terang lagi bersuloh, apabila melihatkan gelagat dan sikap perwakilan DAP yang mengejek dan menjerit boo kepada Jeff Ooi apabila beliau dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas  keceluparan memanggil kakitangan MPPP yang kebanyakannya adalah bangsa  Melayu dengan gelaran kucing kurap membuktikan betapa cauvinis dan rasisnya mereka ini. Meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang hina untuk dilakukan! Masihkah kita ingat? Kenyataan Ketua Publisiti DAP Tony Pua yang melabel pegawai dan kakitangan ROS sebagai anjing UMNO sekadar membuktikan sikap cauvinins, extremis dan pelampau perkauman mereka.  Sehingga hari ini Tony Pua enggan meminta maaf kepada kakitangan ROS. Jangan lupa DAP juga pernah membuat kenyataan bahawa jika diberi mandat  memerintah, mereka akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam kepada  separuh. Bermakna lebih 600,000 kakitangan awam akan hilang pekerjaan  jika DAP berkuasa. Dan kita sedia maklum orang Melayu merupakan kaum majoriti yang berkhidmat dalam perkihidmatan awam.

Slogan rasis yang dipelopori oleh pimpinan DAP mampu mencetuskan provokasi dan mengugat keharmonian negara

Slogan rasis yang dipelopori oleh pimpinan DAP mampu mencetuskan provokasi dan mengugat keharmonian negara

Sikap cauvinis, extremis dan anti-Melayu DAP ini sudah lama membiak.  Contohnya dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Cuba baca semula Lapuran Mageran 06 Okt 1969 yang dibentangkan di Parlimen dan buku tulisan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman ’13 Mei: Sesudah & Sebelum‘.

Ketegangan kaum berlaku angkara tindakan DAP yang membuat perarakan kemenangan di sekitar Kuala Lumpur

Ketegangan kaum berlaku disebabkan oleh angkara tindakan DAP yang membuat perarakan kemenangan di sekitar Kuala Lumpur

Slogan Malai-Se – Mampus Melayu’ berkumandang di bumi Tanah Melayu waktu itu. Panggilan lancau polis Melayu, ‘Melayu sakai masuk hutan‘, ‘Melayu pigi berambus ini KL kita sudah control dan macam-macam lagi panggilan menghina dihamburkan kepada orang Melayu hanya apabila DAP menang sedikit kerusi di Selangor dan Pulau PinangKata makian dan caci-nista ini akhirnya membawa kepada rusuhan kaum  terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah negara!

Hairan! Walaupun pimpinan DAP terang-terang menentang Islam sebagai agama rasmi Malaysia, kaum Melayu Islam masih lagi bersekongkol dengan DAP

Hairan! Walaupun pimpinan DAP terang-terang menentang Islam sebagai agama rasmi Malaysia, kaum Melayu Islam masih lagi bersekongkol dengan DAP

Janganlah kita bangsa Melayu-Islam terbuai dan terleka dengan mainan politik  jijik dan kotor ini. DAP tidak pernah berubah. Kenyataan Karpal Singh over my dead body kalau nak laksanakan Islam, dan terbaru mendesak parti dan pertubuhan  berlabelkan bangsa (seperti UMNO) atau agama (seperti PAS) hendaklah  dibatalkan sekadar membuktikan apa yang sudah jelas – sikap cauvinis,  rasis, pelampau perkauman dan anti Melayu-Islam mereka! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Kedua – PKR Dan Anwar Ibrahim

Ini adalah parti picisan yang ditubuhkan oleh mereka yang telah ditongsampahkan oleh UMNO. Ini adalah sisa buangan  UMNO yang dikutip untuk survival politik Anwar Ibrahim. Nafsu besar mereka untuk menjadi Kerajaan dan bertakhta di Putrajaya telah menyebabkan perpecahan bangsa Melayu-Islam. Anwar Ibrahim dan PKR telah memberi talian-hayat politik kepada DAP untuk menembus masuk ke kawasan yang mereka tidak pernah impikan pun sebelum ini.

Kronologi perbicaraan kes liwat Anwar vs Saiful menarik perhatian masyarakat terhadap isu moral

Perbicaraan kes liwat di antara Anwar vs Saiful menarik perhatian masyarakat terhadap isu moral yang dianggap maksum di kacamata penyokongnya

Inilah parti yang dipimpin oleh manusia yang telah dua kali diheret ke  Mahkamah atas pertuduhan melakukan seks luar tabie, iaitu meliwat dua  orang kakitanganya sendiri Azizan dan Saiful Bukhori. Inilah parti yang bersetuju kristian dibenarkan mengguna-pakai kalimah ALLAH  walaupun dalam bentuk triniti yang jelas mensyirikkan ALLAH.

Siapa yang tidak kenal Anwar si sesumpah jelmaan yang suka berjanji kepada semua orang demi kelangsungan kerier politiknya

Siapa yang tidak kenal Anwar si sesumpah jelmaan yang suka berjanji kepada semua orang demi kelangsungan kerier politiknya

PKR dan PAS hanya kuda tunggangan DAP menuju ke Putrajaya. Tidak lebih sebagai Pencacai je

PKR dan PAS hanya kuda tunggangan DAP menuju ke Putrajaya. Tidak lebih sebagai Pencacai je

Inilah parti yang dipimpin oleh pemimpin yang pembohongan dan putarbelit  menjadi alat perkakas mereka. Masih ingat pembohongan 16 Sep? Masih  ingat pembohongan Kg. Buah Pala? Masih ingat pembohongan jam Omega? Masih ingat pembohongan Lynas? Masih  ingat pembohongan pengundi Bangla? Masih ingat lagi beberapa siri  pembohongan dan putar belit mereka? Terbaru kenaikan elaun dan gaji MB,  Speaker dan ADUN di Selangor; sedangkan di Parlimen mereka bermain wayang menentang semasa PM  cadangkan kenaikan elaun Ahli Parlimen? Dan jangan lupa dalang-dalang di sebalik mereka; termasuk dalang-dalang asing! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Ketiga – PAS Dan Liberal

Inilah parti yang menjadi kaldai tunggangan kepada DAP dan Anwar. Sokongan mengkhinzir buta mereka mengelabukan orang Melayu dengan label Islam  dan jubah serban yang mereka bawa. Inilah parti yang bersekongkol dengan Anwar dan Kit Siang untuk membenarkan  kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH. Walau dibantah oleh Majlis Syura  mereka, walau ditentang oleh ulama mereka seperti Dr. Haron Din; namun  mereka masih enggan menarik balik sokongan 8 Januari 2013 yang diberikan  hasil desakan Lim Guan Eng pada 25 Disember 2012 untuk kristian boleh menggunakan  kalimah ALLAH.

Hairan rasanya apabila PAS secara konsistan sanggup menjadi binatang tunggangan PR

Hairan rasanya apabila PAS secara konsistan sanggup menjadi binatang tunggangan PR

Tindakan PAS memecat ahlinya yang MESRA UMNO meningkatkan sentimen kepercayaan kepada kepimpinan PAS

Tindakan PAS memecat ahlinya yang bersikap MESRA UMNO meningkatkan sentimen ketidakpercayaan terhadap kepimpinan PAS. Polemik berkaitan tatacara pemecatan dan pengguguran keahlian PAS menjadi isu dalaman yang perlu ditanggani secara berhemah

Inilah parti yang sanggup memecat tanpa memberi notis dan hak bela diri keatas Datuk Dr. Hasan Ali yang cuba menyelamatkan aqidah umat Islam dan  syariat Islam! Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis  Syura’ tanpa memberi notis atau hak bela diri kerana dilihat terlalu mesra UMNO! Inilah parti yang sanggup memecat Ustaz Kazim Elias yang ditawarkan tempat  untuk menduduki Majlis Tertinggi UMNO. Lihat bagaimana ahli-ahli  termasuk segelintir kepimpinan mereka memaki hamun dan memberi pelbagai  gelaran menghina kepada Ustaz Kazim, termasuk dipanggil babi, anjing BN, penjilat Najib, barua UMNO, makan duit UMNO dan macam-macam lagi!

Pemecatan Ustaz Hasan Basri dan Norman Toha tanpa notis dan pembelaan menyokong tindakan PAS yang bersifat kuku besi

Pemecatan Ustaz Hasan Basri dan Norman Toha tanpa notis dan pembelaan menyokong persepsi masyarakat bahawa  tindakan PAS adalah bersifat kuku besi dan mengikut telunjuk DAP

Inilah parti yang sanggup memecat bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, bekas Setiausaha PAS Negeri Selangor saudara Norman Toha tanpa notis dan tanpa peluang membela diri hanya kerana mereka mempertikai kerjasama PAS dengan DAP dan PKR! Inilah parti yang lebih sanggup berkawan dengan syaitan daripada bersaudara  dengan orang Melayu yang satu aqidah dan satu agama dengan mereka! Inilah parti yang sanggup mendoakan kehancuran orang Melayu yang tidak  sehaluan dan sealiran politik dengan mereka; sehingga sanggup mendoakan  supaya pemimpin Melayu pecah perut! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Keempat – Agenda Singapura

Senario politik Malaysia pada PRU13 te;ah menarik minat Singapura untuk kembali ke pangkuan Malaysia

Senario politik semasa di Malaysia yang menyaksikan peningkatan jumlah Parlimen yang dimenangi dalam PRU13 telah menarik minat Singapura untuk kembali ke pangkuan Malaysia demi menguasai pentadbiran Putrajaya

Jangan lupa setelah pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS  mendapat sedikit kemenangan dalam PRU-12 dengan menumbangkan majoriti  2/3 BN dan merampas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor;  pemimpin kanan dan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew membuat kenyataan bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia. Sekiranya pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi kerusi Parlimen dan membentuk Kerajaan, mereka boleh membawa usul ke Parlimen menurut Artikel 2  Perlembagaan Persekutuan untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia.  Usul ini hanya memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk diluluskan.

Pengintipan perbualan pemimpin di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Malaysia telah mengesahkan lagi peranan Singapura sebagai "musang berbulu ayam"

Pengintipan perbualan pemimpin di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Malaysia telah mengesahkan lagi peranan Singapura sebagai “musang berbulu ayam”

Jika itu berlaku, dan usul itu diterima oleh Parlimen Singapura, apakah akan terjadi? Parlimen Singapura dan Parlimen Malaysia akan bergabung.  Dengan Parlimen Singapura mempunyai 89 kerusi; dan kita pun tahu siapa  yang menguasai kerusi ini. Apa akan terjadi? Mereka akan dapat menguasai Parlimen Malaysia dengan majoriti besar, malah kemungkinan 2/3! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Gabungan PR (89 MP) dan PAP (81 MP) akan menghasilkan satu blok politik yang kukuh iaitu 170 MP berbanding BN iaitu 133

Gabungan PR (89 MP) dan PAP (81 MP) akan menghasilkan satu blok politik yang kukuh iaitu PR (170 MP) berbanding BN (133 MP)

Kelima – NGO-NGO Liberal

Hampir 2/3 daripada 49 NGO adalah HARAM dan tidak berdaftar dengan ROS. Manakala pimpinan NGO ini pula terdiri daripada individu yang sama seperti di dalam IFC

Hampir 2/3 daripada 49 NGO adalah HARAM dan tidak berdaftar dengan ROS. Manakala pimpinan NGO ini pula terdiri daripada individu yang sama seperti di dalam IFC

Baru-baru ini dalam sidang Universal Periodic Review  of United Nations Human Rights Council (UPR-UNHRC) di Geneva,  Switzerland, beberapa pertubuhan NGO daripada Malaysia dengan kerjasama  beberapa NGO asing dan antarabangsa telah mendesak badan antarabangsa  itu supaya menekan Malaysia menerima beberapa tuntutan mereka.

Antaranya membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH, membenarkan orang  Islam murtad, menghalalkan amalan seks bebas dan luar tabie LGBT dan  identiti gender SOGI termasuk kahwin sesama jenis; membenarkan ajaran  seperti syiah dibenarkan dalam negara ini, termasuk menghapuskan Artikel 153 Hak Keistimewaan Melayu dan lain-lain. Dan kita tahu NGO-NGO ini kebanyakannya adalah pro-pembangkang termasuk pakatan DAP-PKR-PAS. Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Semua tuntutan yang diperjuangkan adalah tuntutan ulangan yang terdapat di dalam IFC

Semua tuntutan yang diperjuangkan oleh COMANGO adalah merupakan tuntutan ulangan kitar semula (recycle) yang terdapat di dalam IFC

Seksualiti Merdeka merupakan komponen utama kepada agenda COMANGO yang berselindung di sebalik Hak-Hak Asasi Manusia

Seksualiti Merdeka merupakan komponen utama kepada Agenda COMANGO yang berselindung di sebalik Hak-Hak Asasi Manusia

Keenam – Gerakan Kristianisasi

Akhir-akhir ini gerakan kristianisasi nampaknya semakin  menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa dakyah dan cubaan murtad di  Gereja DUMC masih segar dalam ingatan kita. Peristiwa yang menyebabkan  Tuanku Sultan Selangor terpaksa campurtangan tetapi disanggah dengan  biadap dan kurang ajar oleh golongan yang kurang ajar dan biadap. Cubaan mereka mengheret isu kalimah ALLAH sehingga ke Mahkamah adalah satu  tindakan provokatif dan sangat menghina umat Melayu-Islam. Kegagalan mereka di Mahkamah tidak berhenti disitu. Mereka mengheret isu ini ke peringkat antarabangsa menggunakan platform PBB!

Kalimah Allah menjadi rebutan penganut Kristian di Malaysia. Sedangkan kalimah tersebut adalah KATA GANTI NAMA (Singular) kepada Allah berbanding tuhan Kristian yang berkonsepkan TRINITI (3 dalam 1)

Kalimah Allah menjadi rebutan penganut Kristian di Malaysia. Sedangkan kalimah tersebut adalah KATA GANTI NAMA (Singular) kepada Allah berbanding tuhan Kristian yang berkonsepkan TRINITI (3 dalam 1)

Penguasaan Ahli Parlimen beragama Kristian di dalam DAP menjadikan mereka gigih memperjuangkan Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia

Penguasaan Ahli Parlimen beragama Kristian di dalam DAP menjadikan mereka gigih memperjuangkan Kristian sebagai Agama Rasmi Malaysia

Jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam BN (101 orang) adalah majoriti berbanding PR (36 orang). Adakah PAS dan PKR mampu mempertahankan agama Islam?

Jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam BN (101 orang) adalah majoriti berbanding PR (36 orang). Adakah PAS dan PKR mampu mempertahankan agama Islam?

Inilah realiti kedudukan bilangan kerusi Parlimen yang diperolehi oleh BN dan PR di dalam PRU 13 yang lalu

Inilah realiti kedudukan terkini bilangan kerusi Parlimen yang diperolehi oleh BN dan PR di dalam PRU 13 yang lalu. Apakah pendapat anda?

Yang paling malang, mereka menerima sokongan dari segelintir bangsa Melayu  yang sudah terlalu kemaruk untuk menduduki takhta Putrajaya! Kalau PRU-13 diberi label sebagai ‘Tsunami Cina, saya tidak terkejut sekiranya PRU-14 kelak akan menjadi Tsunami Kristianisasi’. Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Ketujuh – Neo-Melayu Liberal

Golongan Melayu Liberal kini berjinak-jinak dengan Agenda DAP yang menentang sebarang keistimewaan kepada Melayu Bumiputera

Golongan Neo-Melayu Liberal kini berjinak-jinak dengan Agenda DAP yang menentang sebarang keistimewaan kepada Melayu Bumiputera

Satu ancaman yang mungkin kurang disedari oleh  umat Melayu-Islam ialah kemunculan generasi neo-Melayu liberal yang  langsung tidak menghargai sejarah perjuangan Melayu-Islam di negara ini,  yang asas keagamaan mereka sangat longgar, sifat patriotisma dan  kenegaraan mereka sangat cetek, kesetiaan mereka sangat diragukan, dan sikap mereka yang terlalu mementingkan diri sendiri dengan fahaman what my country can do for me!

Mereka ini terlalu mempertuhankan barat, dan berselindung di sebalik sistem demokrasi ala barat, hak asasi tanpa batas dan kebebasan bersuara tanpa sekatan. Dan mereka merasakan bahawa agama Islam itu menyusahkan, dan bangsa Melayu ini lekeh dan mundur. Mereka merasakan Islam fahaman ahlus sunnah wal jamaah jumud dan mundur, sebab itu ada antara mereka mudah terpikat dengan ajaran syiah yang lebih menyeronokkan. Yang paling teruk ada antara mereka malu mengaku bangsa Melayu!

Kerajaan BN telah Berjaya melahirkan golongan Melayu yang Berjaya di dalam pelbagai bidang di Malaysia. Namun begitu, golongan ini telah alpa dan memperkecilkan sumbangan Kerajaan terhadap kejayaan mereka. Inilah contoh Neo-Melayu Liberal yang diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit

Kerajaan telah Berjaya melahirkan golongan Melayu yang berjaya di dalam pelbagai bidang di Malaysia. Namun begitu, golongan ini telah alpa dan memperkecilkan sumbangan Kerajaan terhadap kejayaan mereka. Inilah contoh Neo-Melayu Liberal yang diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit

Golongan ini bukan sahaja terdapat di dalam BN, malah berkembang subur di dalam PR. Adakah kita bersetuju dan menyokong segala tindakan mereka yang menggugat keistimewaan Melayu Bumiputera?

Golongan ini bukan sahaja terdapat di dalam BN, malah ianya berkembang subur di dalam PR. Adakah kita bersetuju dan menyokong segala tindakan mereka yang menggugat keistimewaan Melayu Bumiputera?

Malangnya ramai antara mereka ini golongan yang berjaya hasil usaha UMNO dan  dasar afirmatif yang membolehkan mereka mencapai kejayaan akademik  dengan bantuan dan biaya Kerajaan; malah menjadi kaya raya hasil  daripada kontrak atau peluang perniagaan dan pekerjaan yang diberikan  oleh Kerajaan UMNO. Dan ada antara mereka duduk di dalam UMNO, bukan  untuk perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara, tetapi untuk  mengisi tembolok dan memenuhkan kantung mereka! Mereka ini sekarang sedang melata di bumi Melayu ini. Mereka ada dalam UMNO,  dalam PAS, dalam NGO-NGO, di GLC dan GCE, di syarikat-syarikat  multinasional dan lain-lain. Mereka ini umpama duri dalam daging, api dalam sekam yang boleh menghancurkan agama, bangsa dan tanahair bila-bila masa! Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?

Kesimpulan

Sebenarnya ancaman terhadap survival dan kesinambungan Melayu, Islam dan tanahair  adalah real. Kita dapat melihat daripada senarai di atas bahawa ancaman  itu datang dalam pelbagai bentuk dan platform. Daripada parti politik,  daripada NGO, daripada negara asing, daripada anasir luar, daripada  gerakan dakyah keagamaan termasuk kristianisasi dan syiah, daripada  kemunculan generasi neo-Melayu liberal dan daripada anasir antarabangsa!

Sebab itu bangsa Melayu-Islam tidak ada pilihan. Kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Dan buat masa ini, kita hanya ada platform UMNO untuk  memperkasa dan memartabatkan serta mempertahankan agama, bangsa dan  tanahair kita. UMNO mungkin tidak sesempurna yang kita inginkan; pimpinan UMNO mungkin  tidak sebaik yang kita cita-citakan; tetapi itu sahaja pilihan yang kita  ada buat masa ini. Jadi tugas dan kerja kita ialah membantu memulihkan UMNO, memperkasa UMNO  untuk menjadi parti siasah yang mana boleh bangsa Melayu-Islam  meletakkan harapan untuk memastikan survival dan kesinambungan kita  terus berkekalan.

Namun UMNO sendiri wajib berubah. UMNO wajib memperbetulkan qiblatnya kearah  memperkasa dan memartabat bangsa Melayu-Islam. UMNO wajib mengadakan  muhasabah diri – UMNO perlu ingat tanpa Melayu tiada UMNO. UMNO  memerlukan bangsa Melayu – dan Melayu memerlukan Islam. Tanpa Islam  tiada Melayu!

Hentikanlah budaya adu-domba dan bodek di kalangan pemimpin. Jangan mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan Negara dengan menjadi gunting dalam lipatan. Mencegah lebih baik daripada mengubat, oleh itu, pimpinan UMNO-BN perlu berusaha mengubah persepsi ahli bahawa nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah sehingga ia dilakukan oleh bangsa itu sendiri

Hentikanlah budaya adu-domba dan bodek di kalangan pemimpin. Jangan mengkhianati perjuangan agama, bangsa dan Negara dengan menjadi gunting dalam lipatan. Mencegah lebih baik daripada mengubat, oleh itu, pimpinan UMNO-BN perlu berusaha mengubah persepsi ahli bahawa nasib sesuatu bangsa itu tidak akan berubah sehingga ia dilakukan oleh bangsa itu sendiri

UMNO perlu membersihkan diri daripada pemimpin korup dan salahguna kuasa.  UMNO perlu membawa dirinya lebih mendekati Islam. UMNO perlu  menghapuskan segala unsur duri dalam daging yang sedang membiak segar  didalam UMNO. Kepimpinan UMNO perlu disedarkan bahawa UMNO bukan lubuk  emas untuk mereka membuat harta, memperkayakan diri dan keluargamengisi kantung dan tembolok kroni. Budaya politik wang mesti dibenteras ke akar umbi. Kewujudan war-lord dalam UMNO mesti dihapuskan.

Persepsi bahawa UMNO terlalu takut dengan kehilangan undi bukan Melayu mesti  diperbetulkan segera. Keghairahan segelintir pemimpin UMNO menagih undi  bukan Melayu perlu dihentikan segera. Ketakutan sesetengah pemimpin UMNO untuk dikaitkan dengan perjuangan Melayu-Islam mesti dihapuskan. Ada  sesetengah pemimpin UMNO begitu takut sehingga bila sebut nama Perkasa  pun mereka boleh menjadi histerikal!

Nasihat Tun Mahathir tentang kelemahan bangsa Melayu perlulah dijadikan pedoman hidup. Jangan kita leka dan alpa untuk terus lupa siapa kita dan tanggungjawab kita

Nasihat Tun Mahathir tentang kelemahan bangsa Melayu perlulah dijadikan pedoman hidup. Jangan kita leka dan alpa untuk terus lupa siapakah kita dan apakah tanggungjawab kita

Jangan sampai orang Melayu melihat  UMNO merasa berdosa dan bersalah untuk memperkasa, memartabat dan  membela nasib Melayu-Islam dalam negara ini! Hanya dengan keberanian melakukan perubahan substantif inilah baru  kepercayaan dan harapan orang Melayu-Islam dapat dikembalikan.

UMNO adalah Melayu –  Melayu adalah Islam!

TPPA – TONIK KEMAKMURAN ATAU RACUN PENJAJAHAN EKONOMI MALAYSIA?

Pendahuluan

Dokumen perjanjian yang dicadangkan oleh AS hanyalah untuk menjaga kepentingan Barat

Dokumen perjanjian yang dicadangkan oleh AS hanyalah untuk menjaga kepentingan Barat

Mungkin tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS). Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean. Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan (18 Pusingan) dan hampir memasuki peringkat akhir itu. Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPPA bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Apa itu TPPA atau TPP?

TPPA berasal dari akronim Trans-Pacific Partnership Agreement (Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik) adalah ciptaan Amerika Syarikat (AS) di dalam mengHALALkan satu bentuk baharu kaedah PENJAJAHAN ke atas sesebuah negara merdeka dan berdaulat.   Pertemuan pusingan yang ke-18 TPPA sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah dengan kehadiran Jepun sebagai negara terkini menyertainya. Inilah perjanjian paling rahsia pada abad ke 21. Rundingan bermula pada 2010 melibatkan Amerika Syarikat dan sembilan buah negara rantau pasifik iaitu, Canada, Chile, Peru, Mexico, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Jepun baru-baru ini ikut serta dalam rundingan, manakala kelibat China tidak kelihatan. Secara dasarnya, TPPA adalah bertujuan untuk mewujudkan blok ekonomi yang akan menyeimbangkan kekuatan ekonomi dan kedudukan strategik geo-politik China di Asia Timur.

Wakil kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk merealisasikan TPPA mengikut acuan AS

Wakil kerajaan bersetuju pada dasarnya untuk merealisasikan TPPA mengikut acuan AS

TPPA masih lagi diperbincangkan secara terperinci oleh 11 Negara hingga akhir tahun ini

TPPA masih lagi diperbincangkan secara terperinci oleh 11 Negara hingga akhir tahun ini

Kewujudan TPPA adalah sebagai "buffer" kepada kebangkitan ekonomi China

Kewujudan TPPA adalah sebagai “buffer” kepada kebangkitan ekonomi China

Kewujudan TPPA ini membolehkan 600 buah syarikat gergasi dunia (Multi National Corporations – MNCs) menilai atau memantau rundingan perjanjian ini dengan hanya satu klik – dan mendapat aksesnya dalam talian internet. Para pelobi MNCs ini, boleh mendapatkan akses terhadap dokumen, membuat ulasan serta mempengaruhi isi perjanjiannya. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan betapa pentingnya satu perjanjian yang mampu merealisasikan objektif syarikat-syarikat  Neo-Kolonialisme dalam satu penjajahan bentuk baru yang perlu ditentang. TPPA bukan sahaja satu penindasan malah ia juga berfungsi sebagai kaedah merompak secara TERHORMAT melalui Sistem Perundangan Antarabangsa.

Pengaruh Dominan Amerika Syarikat Dalam TPPA

Meningkatkan Eksport Amerika Dan Menyokong Pekerjaan Rakyat

  • Presiden Obama mengumumkan pada November 2009,  hasrat Amerika Syarikat untuk mengambil bahagian dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) demi kesinambungan ekonomi generasi akan datang. Ia merupakan satu perjanjian perdagangan yang mencerminkan keutamaan cita-cita tinggi Amerika Syarikat dalam memastikan perkembangan ekonomi mampan kepada Amerika Syarikat.
  • Melalui perjanjian ini, Pentadbiran Obama sedang berusaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan menyokong pembentukan dan pengekalan pekerjaan kepada rakyat Amerika. Ia bertujuan untuk meningkatkan eksport dan mengukuhkan penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat di rantau Asia Pasifik yang mewakili lebih daripada 40 peratus pasaran global.
  • Kini, Pentadbiran Obama sedang bekerjasama rapat dengan Kongres dan pelbagai pihak berkepentingan untuk melobi dan memohon untuk memuktamadkan perjanjian ini demi meningkatkan ekonomi Amerika Syarikat dan sekaligus cuba menangani isu-isu yang berkaitan perniagaan dan peluang pekerjaan rakyatnya dalam menghadapi  abad ke-21.
Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya

Pemilihan Negara-Negara ini adalah berdasarkan kepada kekuatan ekonomi dan kuasa membeli penduduknya

Memacu Pertumbuhan Ekonomi Yang Berdaya Saing 

  • TPPA adalah asas dasar ekonomi yang diamalkan oleh pentadbiran Obama di Asia Pasifik. Kedudukan lokasi strategik Malaysia yang terletak di dalam wilayah pasaran yang besar dan berkembang di Asia Pasifik adalah pilihan destinasi utama bagi penguasaan barangan perkilangan dari Amerika Syarikat melalui produk pertanian dan pembekalan perkhidmatan untuk terus mengukuhkan perdagangan dan pelaburan.
  • Sebagai salah satu daripada ahli kumpulan dalam TPPA, negara-negara yang berminat akan berpeluang untuk memasarkan barangan masing-masing di dalam negara-negara ahli TPPA.  Ini kerana nilai dagangan semasa Amerika Syarikat terbesar dan perkhidmatan pasaran eksport Amerika Syarikat. Eksport barangan AS yang lebih luas di Asia Pasifik berjumlah USD 942 bilion pada tahun 2012, yang mewakili 61 peratus daripada jumlah eksport barangan Amerika Syarikat.
  • AS eksport produk pertanian ke rantau ini berjumlah USD 106 bilion pada tahun 2012, 75 peratus daripada jumlah eksport pertanian AS. Eksport perkhidmatan swasta AS berjumlah USD 226 bilion pada tahun 2011 (data terkini), 38 peratus daripada jumlah eksport perkhidmatan swasta AS kepada dunia. Perusahaan kecil dan sederhana di Amerika sahaja dieksport USD 247 bilion untuk Asia Pasifik pada tahun 2011 (data terkini).

Kempen Pemulauan TPPA

Bantahan dari rakyat dan "stakeholder" memuncak akibat kebimbangan monopoli AS ke atas ekonomi negara

Bantahan dari rakyat dan “stakeholder” memuncak akibat kebimbangan monopoli AS ke atas ekonomi negara

Hasil penelitian secara makro mendapati TPPA tenyata akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara sepertimana yang pernah diingatkan oleh pelbagai NGO terdahulu apabila Malaysia hampir menandatangani perjanjian Free Trade Aggreement (FTA) dengan Amerika Syarikat. Kesan TPPA sudah diteliti oleh pelbagai pakar ekonomi dari kalangan penyelidik serta NGO yang jelas mendapati ia akan berakhir dengan KERUGIAN yang akan ditanggung oleh usahawan tempatan serta membebankan kualiti hidup rakyat keseluruhannya. Kesan daripada KERISAUAN ini maka timbul kesedaran awam dan NGO untuk berkempen dalam menyatakan “TIDAK” kepada TPPA seperti berikut :

Bantahan Domestik

  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada 28 Februari 2013 dilapor menggesa kerajaan menangguhkan perjanjian itu kerana ia didakwa memberikan syarikat asing lebih kelebihan dalam ekonomi negara.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 29 Mei 2013 melahirkan kebimbangan berikutan teks  Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)  yang sedang dalam rundingan tidak dibentangkan kepada rakyat.
  • Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada 14 Jun 2013 telah menyatakan kebimbangan bahawa TPPA, perjanjian perdagangan bebas yang termasuk, antara lain, Australia, Kanada dan Amerika Syarikat, akan mengancam perniagaan kecil hingga sederhana tempatan dan mendedahkan Malaysia kepada keadaan perdagangan yang berat sebelah.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) pada 15 jun 2013 menggesa isu Trans Pasific Partnership Aggreement (TPPA) dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. MAPIM menggesa kerajaan Malaysia tidak meneruskan menandatangani rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai menjelang sidang APEC di Indonesia pada Oktober 2013 ini.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad, matan Perdana Menteri menyifatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebagai satu percubaan AS untuk membolehkan syarikat besar Negara mereka menembusi PASARAN DOMESTIK Negara-Negara kecil, khususnya dalam perolehan Kerajaan. Beliau juga memberikan AMARAN bahawa TPPA adalah merugikan Malaysia dan menyifatkannya sebagai perkongsian yang tidak sama rata dengan tujuan supaya pihak yang kuat mengambil kesempatan daripada yang lemah.
TPPA adalah jelmaan FTA yang diperkenalkan oleh AS.

TPPA adalah jelmaan FTA yang diperkenalkan oleh AS dengan objektif menguasai dan mengimbangi negara China sebagai kuasa ekonomi dunia

Apabila penyagak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih BEBAS. Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat.

  • Prof. Madya Dr. Agus yusof merupakan seorang penganalisis isu ekonomi yang lantang menentang TPPA

    Prof. Madya Dr. Agus yusof merupakan seorang penganalisis isu ekonomi yang lantang menentang TPPA

    Profesor Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff, Penganalisa Sains Politik UKM berpandangan bahawa TPPA dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai HAMBA Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu. Beliau mempersoalkan;

Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini? Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?

Bantahan Antarabangsa

  • Selain daripada bantahan yang dilakukan oleh NGO domestik, sokongan antarabangsa juga dizahirkan oleh wakil-wakil Kongres AS yang tidak berpuas hati kerana tidak diberikan akses terhadap isi perjanjian ini. Waima Senator Ron Wyden sendiri yang menjawat Pengerusi Senate Subcommittee on Trade yang telah menuntut ketelusan dalam proses rundingan perjanjian. Pada Jun 2012, seramai 132 orang perwakilan Kongres AS (1/3 jumlah ahli Kongres) telah menulis, menandatangani dan mengedarkan surat bantahan menuntut ketelusan dalam proses rundingan. Mereka mencatat dalam surat itu:

Jika Kongres dan orang awam tidak dimaklumkan mengenai terma-terma syarat sebenar perjanjian itu sehingga berakhirnya proses tersebut, maka ia bermakna, apa-apa peluang untuk memberi masukan input telah hilang. Suatu perjanjian perdagangan yang tidak boleh berdiri untuk penelitian awam tidak boleh dirundingkan atas nama warganegara Amerika Syarikat.

  • Bantahan TPPA juga berlaku di 11 negara yang mahukan kerajaannya menarik diri dari menyertainya

    Bantahan TPPA juga berlaku di 11 negara yang mahukan kerajaannya menarik diri dari menyertainya

    Salah satu kemenangan tenaga bantahan terhadap pensejagatan kuasa korporat-MNCs adalah kekalahan Free Trade Area of The Americas (FTAA). Selepas lulusnya Perjanjian Wilayah Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada 1995, FTAA seharusnya diperluas ke seluruh wilayah Barat.

  • NGO Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telahpun berkempen melawan TPP ini atas sebab ia menyekat penggunaan ubatan generik yang lebih murah. Ia akan mengakibatkan rawatan penyakit kronik seperti tuberculosis, malaria, HIV/AIDS, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain lagi menjadi sangat mahal. Pada rundingan ke 15 di Auckland, New Zealand, Disember tahun lalu, pihak perunding Malaysia yang diwakili Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengesyorkan untuk menyekat jumlah maklumat berkenaan isi kandungan dan formula makanan yang diproses. Walhal undang-undang hak kepenggunaan hampir di negara-negara maju memerlukan syarikat-syarikat pengeluar makanan memberikan maklumat tepat formula dan bahan-bahan kandungan produk makanan keluaran mereka.
Ketakutan dan kerisauan rakyat terhadap TPPA mampu mencetuskan perbalahan

Ketakutan dan kerisauan terhadap isi kandungan  TPPA mampu mencetuskan suasana panik di kalangan rakyat

Kesan TPPA Kepada Ekonomi Domestik 

Dijangka kesan TPPA atau TPP akan melibatkan peningkatan kos hidup rakyat secara drastik. Senario ini amat merunsingkan rakyat marhaein khususnya dan Kerajaan umumnya dalam memastikan kesejahteraan dan kemakmuran Negara. Di antara isu utama yang akan melibatkan kesan domestik di dalam perjanjian INI merangkumi perkara berikut :

  • Harga ubat-ubatan – Perjanjian itu akan melibatkan peraturan ubat generik (ubat tiruan yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli) daripada dijual. Bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal. Ia berlaku kerana dalam perjanjian TPP hak HARTA INTELEKTUAL ke atas ubat-ubatan dikuatkuasakan untuk melindungi syarikat gergasi farmasi antarabangsa.
  • Industri padi – TPPA juga bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari Amerika Syarikat yang menerima subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan TERJEJAS jika TPP ini dimeterai.
  • Perkhidmatan Profesional – Perkhidmatan Perundangan dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain akan berhadapan persaingan pasaran terbuka. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila syarikat tempatan dan negara akan terdedah kepada tindakan undang-undang antarabangsa jika ada layanan lebih di beri kepada syarikat tempatan. Soalnya TPPA sangat berisiko tinggi untuk Malaysia kerana klausa yang terkandung dalamnya boleh merangkumi hampir semua industri dan mewujudkan PERSAINGAN yang akan merugikan ekonomi tempatan.
  • Perlindungan Hakcipta – Perlanjutan tempoh masa perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan akan dipanjangkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun.  Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini PERCUMA dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna.  Ia juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
  • Perkhidmatan Internet – Di bawah cadangan TPPA ini, Pembekal Perkhidmatan Internet (Internet Service Providers) diarahkan untuk mengawasi aktiviti pengguna Internet seperti seorang anggota Polis. Mereka akan mengawasi semua aktiviti yang melibatkan perlanggaran  kesalahan memuat turun kandungan internet, dan memotong akses internet untuk kandungan yang melanggar HAKCIPTA. DENDA mandatori akan dikenakan untuk salinan tidak bersifat komersial ke atas individu yang memuat turun muzik. Ini kerana ia boleh dianggap sama seperti pelanggaran hak cipta untuk mendapatkan keuntungan.
Tindakan perundangan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terhadap syarikat tempatan akan menjadi senjata ampuh untuk menindas rakyat

Tindakan perundangan oleh syarikat-syarikat antarabangsa terhadap syarikat tempatan akan menjadi senjata ampuh untuk menindas rakyat

Implikasi besar kepada kerajaan Malaysia jika ianya dipersetujui ialah Malaysia akan terdedah kepada TINDAKAN SAMAN daripada syarikat Multinasional dan LAYANAN TERPILIH ke atas syarikat-syarikat tempatan juga adalah dilarang. Malah, produk Kedai Rakyat 1Malaysia juga boleh dianggap HARAM kerana boleh dianggap menghalang perdagangan dengan memberi kadar subsidi ke atas produk yang boleh dianggap sebagai layanan terpilih dan melanggar TPPA.

Kesan TPP Kepada Polisi Negara

Pada tahun 2005, rundingan  Free Trade Area of the Americas (FTAA) telah ditamatkan ekoran cadangan perjanjian tersebut secara telus telah didedahkan kepada umum. Bantahan meluas disusun dan rundingan dibatalkan dipertengahan jalan. Susulan daripada kegagalan rundingan FTAA ini, AS telah mengetengahkan satu perjanjian baharu TPPA untuk menggantikan FTAA yang gagal. Cuma bezanya pada kali ini, teks dokumen perjanjian tidak dibenar untuk didedahkan oleh Negara-negara yang menyertai rundingan ini kepada pengetahuan umum. Tindakan ini diambil ekoran kegagalan rundingan FTAA yang mendapat tentangan hebat dari rakyat dan wakil industri yang terlibat secara terus dengan perdagangan pasaran terbuka.

Natijah daripada persetujuan TPPA akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk Malaysia

Natijah daripada persetujuan TPPA akan menimbulkan kesan negatif kepada penduduk Malaysia

Peliknya, isu kenaikan harga ayam semasa bulan ramadhan yang menjadi cerita utama kepala berita akhbar arus perdana dewasa ini, bukannya perincian berkaitan rundingan TPPA. Kalau ianya dibincangkan atau dibicarakan pun ianya secara umum tanpa huraian yang jelas kepada masyarakat. Apa salahnya isu ini diperjelaskan kepada rakyat untuk memberikan kefahaman dan sekaligus mendapat maklum balas secara terus dari “stakeholder”. Jika ianya dibincangkan secara bersama nescaya keputusan yang diperolehi dengan lebih HOLISTIK bukan RETORIK. Sebenarnya rakyat akan berhadapan dengan kesan social dan ekonomi yang amat menakutkan. Di antara bahana yang akan diterima hasil daripada perjanjian TPPA ialah:

  1. Menghakis hak-hak pekerja di seluruh dunia (pekerja Malaysia akan ditambah aniaya lagi)
  2. Menukar atau membuang peraturan-peraturan institusi kewangan negara, termasuk di Wall Street (apatah lagi Malaysia dengan pecah amanah dan rasuahnya)
  3. Mengutamakan keuntungan korporat keparat MNC daripada hak rakyat (Malaysia telah lama dirundung sistem kapitalis monopoli oleh segelintir kroni Umno-BN, akan ditambah lagi)
  4. Menghapuskan aktiviti-aktiviti berkaitan pekebun, peladang, penternak, petani dan nelayan kecil, memaksa perpindahan dan memusatkan bekalan makanan dunia ke tangan 1% penguasa kekayaan dunia
  5. Membataskan kebebasan dan daya cipta inovasi terhadap Internet.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, TPPA adalah versi baru dari FTA dengan USA. Perjanjian FTA telah menerima bantahan dari pelbagai pihak yang akhirnya tidak ditandatangani oleh Malaysia dan FTA mengikut jadual asalnya. Malah kebanyakan isu dan isi kandungan TPPA adalah perkara-perkara SENSITIF yang melibatkan KEDAULATAN dan HAK-HAK Negara yang telah diutara dan dirundingan dalam Perjanjian Langkah-Langkah Pelaburan Berkaitan dengan Perdagangan (TRIMs), Perjanjian Hak-Hak Harta Pemilikan Intelektual Berkaitan Dengan Perdagangan (TRIPs) dan Perjanjian Perdagangan Berkaitan dengan bidang Perkhidmatan (TRiS) dan juga perjanjian perdagangan dengan pertanian yang terkandung dalam WTO. Berdasarkan kepada perkara-perkara di atas adalah diharapkan kerajaan Malaysia TIDAK meneruskan penyertaan dalam rundingan TPPA sehingga analisis terperinci dapat dihasil untuk dibahaskan kepada umum mengenai kebaikan dan keburukan perjanjian TPPA tersebut.

Sementara itu, pihak Kerajaan hendaklah mendengar SUARA RAKYAT samada dari NGO-NGO Malaysia seperti MAPIM,  CAP, Rangkaian Dunia Ketiga (TWN) atau NGO berkaitan dengan kesihatan juga turut menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Malaysia dalam rundingan TPPA. Ini kerana perjanjian tersebut mempunyai IMPLIKASI besar kepada kepentingan awam dan kedaulataan negara dan tidak sepatutnya diteruskan sebelum ia dibahaskan di peringkat rakyat Malaysia terlebih dahulu.

MALAYSIA IS NOT FOR SALE! (MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL)
DON”T LET THE TPPA ROB OUR FUTURE

Sumber :

http://www.malaysiakini.com/columns/231568

http://www.doctorswithoutborders.org/take-action/tpp/

http://www.publicknowledge.org/letter-130-members-congress-ustr-expressing-concer

http://www.ustr.gov/about-us/press-office/fact-sheets/2011/november/united-states-trans-pacific-partnership

PERLUKAH KERAJAAN MENYOKONG AGENDA UEC? SIAPA RUGI SIAPA UNTUNG…

Pendahuluan

Pada masa kini, ini Kementerian Pengajian Tinggi sedang mencari jalan bagi memberi laluan khusus dan mengiktiraf sijil UEC bagi kemasukan ke IPTA. Langkah ini dibuat ekoran keputusan mesyuarat jawatankuasa parti Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Antara hasil mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak ialah untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina atau Unified Examination Certificate (UEC).

Namun begitu, WAJARkah kita menerima cadangan ini dengan tangan terbuka? Apakah kita sudah MELACURkan Perlembagaan Malaysia demi memuaskan hati satu kaum yang tidak MAHU menerima kenyataan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar di dalam sistem Pendidikan Negara. Jika kita menyelusuri latar belakang sejarah, sudah tentu perasaan AMARAH dan EMOSI akan terusik dek kerana SIFAT KETERBUKAAN Kaum Melayu di dalam menerima kedatangan kaum lain ke TANAH MELAYU.

Apakah dengan mengiktiraf UEC ini, ia akan menamatkan watak KIASU kaum Cina yang agresif dalam mempertikai HAK-HAK KEISTIMEWAAN kaum Melayu dan Bumiputera untuk diberikan SAMA RATA kepada mereka? Atau mereka akan merancang AGENDA lebih besar untuk menukar PERLEMBAGAAN NEGARA? Oleh itu, marilah kita bangkit untuk mempertahankan HAK-HAK Kaum Melayu dan Bumiputera yang TERMAKTUB dan TERCATAT di dalam SISTEM PERUNDANGAN dan PENTADBIRAN Negara.

Apakah UEC?

Kaum cina ini mula bermain wayang dengan menyokong PR tetapi masa yang sama Rasis kepada kaum lain Tuntutan melampau dari kaum cina melalui NGO rasis tahap Kiasu yang memang buta sejarah

Kaum cina mula bermain wayang dengan menyokong PR tetapi masa yang sama RASIS terhadap kaum lain. Demi survival, mereka sanggup  menggigit tangan tuan yang memberikan makanan kepada mereka

Akronim UEC bolehlah ditafsirkan sebagai  Unified Examination Certificate atau  Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina. Ia merupakan sijil pembelajaran yang digunapakai oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dibenarkan beroperasi mengikut caranya sendiri, menggunakan silibus Unified Examination Certificate (UEC), dengan syarat MESTI mengikuti kehendak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Secara tidak langsung, pelajar ini akan memiliki DUA sijil sekaligus iaitu UEC dan SPM.

Umumnya, Sijil UEC dibahagikan kepada TIGA tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokasional (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa MANDARIN. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.

Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina telah MENOLAK Dasar Pendidikan Kebangsaan sejak dahulu lagi. Mereka ENGGAN mengguna pakai DASAR dan KURIKULUM sistem PENDIDIKAN KEBANGSAAN sebaliknya menggunakan kurikulum yang kebanyakannya diciplak dari Taiwan. Sistem penilaiannya juga dibuat oleh badan penilaiannya sendiri bukannya oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekaligus tidak memenuhi Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Perbezaan ketara dapat dilihat di antara Sijil SPM dan UEC. Adalah MALANG untuk kita mempunyai 2 sijil berlainan di dalam sistem pendidikan Negara. Di manakah ROH perpaduan yang dilaungkan oleh Kerajaan?

Perbezaan ketara dapat dilihat di antara Sijil SPM dan UEC. Adalah MALANG untuk kita mempunyai dua sijil yang berlainan di dalam sistem pendidikan Negara. Di manakah ROH perpaduan yang dilaungkan oleh Kerajaan?

Persepsi Masyarakat Cina

Jangan mudah menyerah, tingkatkan semangat KIASU demi mencapai impian. Doktrin pelampau rasis cina yang mencuit emosi bangsa Melayu

Jangan mudah menyerah, tingkatkan semangat KIASU demi mencapai impian. Doktrin pelampau rasis cina yang mencuit emosi bangsa Melayu

Sejarah membuktikan kaum Cina memang datang ke Tanah Melayu demi menyelamatkan diri dari kemiskinan, kebuluran dan peperangan di negara China. Oleh itu, mereka telah berpindah ke Tanah Melayu (Malaysia) untuk mencari perlindungan dan sumber rezeki. Masa berlalu, kaum Cina mendapati Malaysia terlalu ‘indah’ untuk ditinggalkan selepas mereka mendapat apa yang dihajati. Keadaan ini telah menimbulkan NOSTALGIA kepada mereka, sedangkan pada yang sama mereka enggan ‘memutuskan’ KESETIAAN kepada negara asal. Maka, tidak hairanlah jika mereka terus memperjuangkan sekolah vernakular tanpa mengambilkira semangat tolak ansur, realiti mahupun rasionaliti sebagai warga negara ini selepas mencapai kemerdekaan pada 1957.

Perjuangan mereka ini adalah berasaskan semangat KIASU dan RASIS semata-mata. Tidak cukup ‘peha’, mereka meminta betis pula. Sudahlah ingin bersekolah berasingan dari bangsa lain dan menggunakan bahasa ibunda negara asal, diberi pula kelonggaran dan keistimewaan di mana mata pelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) direndahkan tarafnya bagi membolehkan anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ini, mereka meminta pula agar kerajaan mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA.

Agenda Mengiktiraf UEC Oleh Dong Jiao Zong

Pemimpin Dong Jiao Zhong bersifat opurtunis dan bijak menangguk di air keroh demi kepentingan kaum Cina

Pemimpin Dong Jiao Zong bersifat opurtunis dan bijak menangguk di air keroh demi kepentingan kaum Cina

Dong Jiao Zong iaitu sebuah NGO Cina dianggap sebagai puak EKSTREMIS kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha ke arah menyatukan rakyat Malaysia atau ‘MeMALAYSIAkan’ rakyat melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui SATU BAHASA. Ia terbukti apabila kita mengkaji senarai tuntutan oleh Dong Jiao Zong semuanya adalah berkisar tentang usaha PENGASINGAN antara kaum di sekolah serta MEMPERKASAKAN bahasa ibunda kaum Cina (Mandarin). Tindakan ini secara halus MENGABAIKAN Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).

Oleh itu, desakan pertubuhan pendidikan Cina ini sejak tiga dekad lalu agar kerajaan mengiktiraf sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah satu tindakan yang MELAMPAU dan MEMBELAKANGKAN dasar-dasar kerajaan. Keadaan ini seolah-olah mereka yang melanggar undang-undang negara untuk tempoh sekian lama boleh diHALALkan pula tindakan mereka dan diberi pengiktirafan pula. Adakah dunia sudah terbalik?

Hujah Dangkal Mencipta Alasan

Dong Jiao Zong berhujah bahawa UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada adalah TIDAK RELEVAN dengan senario  di Malaysia.  Apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana  jurang perkauman semakin jelas, lebar dan luas yang mana amat merbahaya untuk masa depan negara.

Gertakan demi ugutan dibuat oleh MCA mewakili suara PR dalam BN untuk mengHALALkan UEC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia

Gertakan dan ugutan dibuat oleh MCA mewakili suara PR dalam BN untuk mengHALALkan UEC yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia

Ini kerana mereka berhujah seolah-olah seperti status seorang PENDATANG dan bukannya sebagai seorang WARGANEGARA Malaysia. Apa tidaknya, dasar sesebuah universiti sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kepada KUALITI tanpa mengambil-kira kaedah sistem pembelajaran di negara mereka. Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan sistem pembelajaran bagi warga luar negara yang datang untuk belajar di Malaysia.

Jika diikutkan emosi, semua kaum pendatang yang diimport oleh British perlu dihantar pulang ke Negara asal. Tetapi ianya tidak berlaku kerana sifat KETERBUKAAN masyarakat Melayu Bumiputera

Jika diikutkan emosi, semua kaum pendatang yang diimport oleh British perlu dihantar pulang ke Negara asal. Tetapi ianya tidak berlaku kerana sifat KETERBUKAAN masyarakat Melayu Bumiputera

Tetapi, senario ini berbeza di Malaysia kerana kerajaan TIDAK sepatutnya mengiktiraf sijil UEC yang diperolehi oleh warga Malaysia yang ingin memasuki universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara. Ianya bertentangan dengan sijil SPM yang digunapakai sebagai syarat kemasukan utama. Apakah menjadi suatu kesalahan jika kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke universiti awam WAJIB menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik? Tinggi sangatkah permintaan sedemikian? Apakah kaum Cina begitu BODOH dan DUNGU sehingga sukar sekali untuk menguasai bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke-empat selepas kedatangan mereka ke Tanah Melayu (Malaysia)? Jika mereka merasakan ianya tidak benar, sila jawab persoalan ini sebelum mereka menuntut sesuatu yang TIDAK SELARI dengan Perlembagaan Malaysia.

    • Apakah kita sebagai warganegara masih bersetuju membiarkan Dong Jiao  Zong mengharapkan kemudahaan pembelajaran di universiti awam seperti warga Malaysia yang lain jika Bahasa Kebangsaan sendiri lintang-pukang, hancur, haram sepatah pun tak faham?
    • Apakah hanya mereka yang boleh memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan tetapi enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti dan rasionaliti dalam bertindak?
    • Apakah tindakan kita bila mereka mengambil sikap seolah-olah sesiapa sahaja yang menolak tuntutan mereka sebagai RASIS pula? Nampaknya, sudah sampai masanya Dong Jiao Zong melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir sedalam-dalamnya serta mengakui kebenaran tentang ‘siapa yang rasis sebenarnya’? Pihak yang menuntut perpaduan, jati diri dan nasionalisme, atau pihak yang menentangnya?

Bila Orang Politik Tumpang Glamour

Isu ini telah hangat diperdebatkan samada di kedai-kedai kopitiam, warung nasi lemak hingga ke Parlimen. Pada 17 Oktober 2011, YB Dato’ Sri Ong Tee Keat [Pandan] bertanyakan soalan lisan di dalam Parlimen untuk minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah justifikasi pelajar-pelajar swasta yang berkelayakan UEC (United Examination Certificate) masih tidak boleh diterima oleh IPTA, walhal pelajar-pelajar asing yang turut tidak mempunyai kelayakan STPM boleh ditawarkan tempat di IPTA. Berapakah pelajar asing yang kini sedang menuntut kursus berijazah sarjana muda di IPTA kita.

Tee Keat cuba mendapatkan populariti kaum Cina dengan mengertak BN demi mencapai agenda UEC secara dalaman

Tee Keat cuba mendapatkan populariti kaum Cina dengan mengertak dan mendesak BN untuk menjayakan agenda UEC sama seperti yang diperjuangkan oleh PR menggunakan platform dalaman parti BN

Ini jawapan yang diberikan oleh Menteri Pengajian Tinggi terhadap pertanyaan tersebut;

Tuan Yang di-Pertua,

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 29 Mac 2000 BERSETUJU untuk menerima pakai kelayakan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) atau Senior Middle Three yang dikeluarkan oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) sebagai kelayakan masuk ke IPTS.

Walau bagaimanapun, kelayakan sijil UEC TIDAK DITERIMA sebagai kelayakan masuk ke IPTA, Kolej Tuanku Abdul Rahman dan program-program IPTS yang difrancais daripada IPTA memandangkan UEC dikeluarkan UEC dikeluarkan oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) Unified Examination Board, yang dikawal selia oleh sebuah badan pengawal peperiksaan yang TIDAK DIIKTIRAF oleh Kerajaan Malaysia. Bahasa pengantar yang diguna pakai di MICSS ialah Bahasa Mandarin. Justeru, sistem pengajaran dan pembelajaran MICSS TIDAK MEMATUHI Dasar Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu, pada masa ini KPT telah mengambil inisitif untuk mengkaji mekanisme bagi membolehkan pelajar lulusan UEC diterima masuk ke IPTA.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Februari 2011, Terdapat seramai 6,997 pelajar antarabangsa peringkat pengajian Sarjana Muda yang sedang menuntut di IPTA tempatan.

Rasional kenapa Kerajaan Malaysia TIDAK MENGIKTIRAF dan TIDAK MENERIMA Sijil UEC sebagai kelayakan memasuki IPTA amatlah mudah difahami berdasarkan kepada alasan berikut;

  • PertamaSistem pembelajaran dan subjek diajar di dalam Bahasa Mandarin dan meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Sekolah Menengah Persendirian Cina.
  • Kedua Bagaimana hendak menilai tahap KECINTAAN negara jika pelajar ini tidak bercampur-gaul bersama kaum lain. Ia bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
  • Ketiga – Kelonggaran hanya dikhaskan kepada pelajar dari luar negara sahaja BOLEH dipertimbangkan menggunakan sijil pendidikan mengikut standard negara mereka ketika memohon memasuki ke IPTA. Manakala permohonan dari pelajar dalam negara perlulah mempunyai kelayakan SPM.

Tuntutan Melampau Ultra-Kiasu

Negara dikejutkan pada 25 Mac 2012, apabila Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej ala universiti merdeka di Kajang, Selangor. Jika dilihat dengan mata kasar, ternyata ia adalah sebuah perhimpunan perkauman yang sepatutnya dikekang dari awal oleh Pihak Berkuasa. Objektif perhimpunan HARAM ini adalah berkisar tentang beberapa permintaan kaum cina terhadap perkara berikut;

Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.

Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

Keempat, rombak Akta Pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Tuntutan melampau dari kaum cina melalui NGO rasis tahap Kiasu yang memang buta sejarah

Tuntutan melampau dari kaum cina melalui NGO rasis tahap Kiasu yang memang buta sejarah

Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan begitu berani mencabar kerajaan? Tuntutan ini tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina. Kalau mereka berkehendak sangat untuk memdapatkan permintaan itu. Saya cadangkan kepada ultra kiasu untuk membawa tuntutan ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak akan melayan dan dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada KESELAMATAN kerajaan dan memporakperandakan KESTABILAN negara.

Kesan Negatif Kepada Kemaslahatan Negara

Langkah ‘menghalalkan’ sijil UEC sebagai ‘tiket’ masuk ke universiti tempatan dikhuatiri akan mendatangkan impak jangka panjang kepada kita semua. Di antara kesan-kesan negatif yang bakal dihadapi ialah;

    • Pertama – Meningkatkan lagi jurang pendidikan yang kita alami selama ini. Ini berlaku apabila ibubapa yang telah yakin dengan pengiktirafan yang diberi sudah tentu berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke SMPC. Ia kan menyebabkan berlakunya percanggahan dengan Semangat 1Malaysia yang kerajaan uar-uarkan. Di manakah ertinya perpaduan sebenar jika bersekolah di bawah bumbung yang berbeza?
    • Kedua – Mencipta suasana persaingan tidak sihat atas padang yang tidak rata. Umum maklum, sekolah Cina memiliki kemudahan jauh lebih baik berbanding sekolah kebangsaan (SK) kerana mereka sebulat suara dan sekuat tenaga dalam hal melibatkan kepentingan pendidikan kaum mereka tanpa mengira status sosial dan fahaman politik.

Oleh itu, langkah menerima sijil UEC sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA akan mewujudkan trend kemasukan lebih ramai lagi anak-anak kaum Cina malah kaum Melayu juga untuk memasuki SMPC selepas sahaja meninggalkan bangku sekolah rendah. Rasionalnya, apabila 60 buah SMPC yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan pelajar maka pasti akan ada desakan untuk menambah bilangan sekolah itu pula. Persoalannya, apa akan jadi dengan SK sebagai platform awal kita untuk memupuk perpaduan dan rasa kebersamaan bagi pembinaan negara bangsa?

Sampai bilakah akan berakhir ISOLATION pendidikan mengikut kaum?

Sampai bilakah akan berakhir “ISOLATION” pendidikan mengikut kaum di dalam memupuk integrasi nasional?

Alasan seperti bahasa Mandarin penting kerana faktor ekonomi dunia hari ini BUKAN hujah tepat untuk mewajarkan penerimaan sijil UEC untuk ke universiti tempatan. Kepentingan bahasa Mandarin sebagai nilai tambah telah disedari dan bahasa itu telah mulai diajar pun di SK. Bahasa Mandarin itu dikuasai melalui subjeknya bukanlah sampai harus mengiktiraf sijil UEC. Terdapat perbezaan di antara kedua-dua entiti itu.

    • Ketiga – Melahirkan pelajar-pelajar lepasan SMPC mengikut acuan Cina dan Taiwan berdasarkan kurikulum yang diajar. Ia sama sekali bercanggah dengan falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan pelajar mengikut acuan Malaysia. Untuk melahirkan pelajar yang tinggi jati dirinya, tinggi pekertinya, cintakan negara, bukan hanya tinggi ilmu akademiknya.
    • Keempat – Menafikan peluang kemasukan kaum Melayu dan Bumiputera ke IPTA. Senario ini berlaku adalah disebabkan pada masa ini dasar kemasukan ke IPTA adalah mengikut prinsip meritokrasi. Pertambahan lepasan SMPC dengan sijil UEC sebanyak 20,000 orang setahun ke dalam sistem kemasukan ke IPTA akan menyebabkan peluang nipis kepada orang-orang Melayu dan Bumiputra yang PATUH menurut segala dasar-dasar Kerajaan. Ia seolah-olah memberi peluang yang sama kepada penjahat (orang yang mengkhianati Dasar Pendidikan Negara) sedangkan peluang orang yang baik dinafikan.

‘Menghalalkan’ sijil UEC untuk ke IPTA hanya akan menggagalkan gagasan 1Malaysia sebaliknya menjayakan 2Malaysia! Jika ia dibenarkan maka cita-cita pembentukan negara bangsa dan perpaduan sebenar rakyat Malaysia nyata akan bertambah kusut dan mati.

Toleransi Kerajaan

Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, golongan ini tidak pernah menghargai toleransi kerajaan seperti “melepaskan ANJING tersepit; bila terlepas terus menggigit TANGAN yang melepaskannya.”

Bantuan keterlaluan yang melampau oleh Kerajaan mengabaikan hak-hak yang termaktub untuk Sekolah Kebangsaan seperti di dalam Perlembangaan Malaysia

Bantuan keterlaluan yang melampau oleh Kerajaan mengabaikan HAK-HAK yang termaktub untuk Sekolah Kebangsaan seperti di dalam Perlembangaan Malaysia

SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan. Menjelang Pilihan Raya Ke-13, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita bercambah diberikan kelulusan demi menghormati golongan ini.

Sebaliknya kerajaan telah mengabaikan penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama demi MEMBELI JIWA Cina, sebab sehingga PRU 13 tidak dilaporkan bilangan Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Agama di media massa. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum dengan menafikan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Tidak cukup dengan itu, mereka ini seperti “kaduk terus naik junjung”, mereka terus mendesak untuk ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diiktiraf oleh kerajaan.

Nasib masih menyebelahi kaum Melayu. Jika tidak, orang Melayu juga yang akan menjahanamkan orang Melayu dengan ideology Melayu Liberal

Nasib masih menyebelahi kaum Melayu. Jika tidak, orang Melayu juga yang akan menjahanamkan nasib orang Melayu dengan ideologi Melayu Liberal

Maka tidak hairanlah, Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011. Ia sebagai FORMULA menGEMBIRAkan Cina tetapi menJAHANAMkan masa depan kaum Melayu dan Bumiputera secara memBABI-BUTA. Di antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan yang menjadi PUSAT PERKADERAN IDEOLOGI REVOLUSI di kalangan pelajar Cina dari Malaysia seperti Namewee.

Secara umumnya kita tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi kita MEMPERSOALKAN apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kriterianya? Menggunakan SPM atau UEC? Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama ini pun mereka terus MENDESAK supaya graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat.

Kedudukan Melayu Vs Bangsa-Bangsa Lain Dari Aspek Perlembagaan Negara

Konsep Gagasan 1Malaysia yang diINSPIRASIkan oleh PM telah disalahtafsirkan dan disalah mengertikan oleh mereka yang berkepentingan. Ada cubaan segelintir politikus dan NGO telah meMANIPULASIkan konsep 1Malaysia ini ke arah KONSEP SONGSANG yang menyerupai konsep MALAYSIAN MALAYSIA tajaan DAP. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama macam pasembor. Hak sama, kedudukan sama.

Konsep keterbukaan 1Malaysia bermaksud menjujung Perlembagaan Negara tanpa menjejaskan INTIPATI ketuanan Melayu Bumiputera

Konsep keterbukaan 1Malaysia bermaksud menjujung Perlembagaan Negara tanpa menjejaskan INTIPATI ketuanan Melayu Bumiputera

Ingin ditegaskan bahawa soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu PERLEMBAGAAN MALAYSIA sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri DISCRIMINATORY. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Jangan meminggirkan Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dengan mengangkat bahasa lain sebagai bahasa pengantar. Ia merupakan punca kepada hilangnya rasa HORMAT kepada hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera

Jangan pinggirkan Bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dengan mengangkat bahasa lain sebagai bahasa pengantar. Ia merupakan punca kepada hilangnya rasa HORMAT kepada hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera

Anologinya, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu adalah Bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan Negara berbanding bahasa lain.

Kesimpulan

Bukan sahaja masalah jurang perkauman yang perlu diberi perhatian tetapi masalah anak-anak Cina semakin LEMAH dalam Bahasa Kebangsaan juga seharusnya dilihat sebagai masalah yang PARAH. Sudah sampai masanya, masalah ini diberi perhatian serius, ditangani dan diselesaikan terus oleh kerajaan.

Apa yang kaum Cina tuntut ini adalah tidak baik untuk negara, malah untuk kaum itu sendiri juga. Tuntutan mereka jika diterus menerus dilayan akan melahirkan generasi baru Malaysia yang berpecah-belah, penuh syak wasangka dan benci-membenci sesama sendiri. Oleh itu, segala tuntutan para kiasu ini perlu dihentikan segera, iaitu pada dan ketika ini juga.

Kerajaan perlu bertegas dalam mempertahankan keistimewaan kaum Melayu Bumiputera, bukan sekadar MENIKUS dan mengikut TELUNJUK anasir luar

Kerajaan perlu bertegas dalam mempertahankan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera, bukan sekadar MENIKUS dan mengikut TELUNJUK anasir luar yang ingin menjajah minda dan jiwa rakyat

Kaum Cina telah menunjukkan belang yang mereka tidak akan berganjak dan terus menuntut perkara yang tidak membawa kebaikan kepada negara. Kaum ini telah membuktikan yang mereka tidak boleh diajak berbincang. Perlu diingatkan bahawa kerajaan punya tanggungjawab untuk menentukan atau membentuk sebuah bangsa Malaysia selaras dengan Konsep 1Malaysia yang dilaungkan. Sedangkan UEC dan sekolah vernakular itu sendiri, merupakan faktor penghalang utama dalam menjayakan aspirasi ini.

Isu UEC merupakan isu yang jauh melangkaui soal pendidikan dan pelajaran. Ia merupakan isu jati diri, perpaduan, dan nasionalisme sebagai rakyat Malaysia. Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa? Sama ada tuntutan itu dipenuhi atau tidak, mereka tidak akan mengundi UMNO (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang kerana sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri.

Pastinya, sehingga kini masih tiada satu pun BUKTI bahawa kewujudan Sekolah Vernakular mahupun tuntutan pengiktirafan UEC mampu membawa kebaikan untuk rakyat dan negara dari apa segi jua melainkan keburukan semata-mata iaitu melebarkan jurang pemisahan antara kaum, sekali gus membuka ruang kepada sikap prejudis dan rasis yang melampau antara satu sama lain.

Justeru, kerajaan WAJIB menutup segala ruang perbincangan dengan kaum Cina mengenai perkara ini dan menyatakan ‘TIDAK’ untuk kesekian kalinya. ‘Tidak’ bermakna ‘tidak’. Sama ada mereka menerimanya, atau berhijrah ke negara lain yang mampu menunaikan permintaan mereka untuk mengiktiraf UEC, itulah saja cara penyelesaiannya. Noktah….

“Siapa RUGI, Siapa UNTUNG?”

Hanya ANDA yang menentukan JAWAPANnya.

Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130526/re_05/Bila-hati-Melayu-mati

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/ke-mana-jati-diri-kita-1.144749

MENGAPA AMERIKA SYARIKAT MAHU ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PERDANA MENTERI? DEMOKRASI ATAU PROKSI?

Pendahuluan

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan satu ujian kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Proksi-Barat (Western-proxy) yang dinantikan oleh Wall Street dan London dalam mencapai cita-cita hegemoni (hegemonic ambitions) di Asia Tenggara. Mereka menjangkakan dengan kemenangan DSAI melalui Pakatan Rakyat (PR), ia dapat mempercepatkan impian mereka untuk bertapak dengan memperalatkan Malaysia sebagai rejim proksi mereka di seluruh Asia Tenggara dan menggunakan blok ASEAN supranasional (Supranational ASEAN Bloc) untuk mengepung dan membendung kebangkitan China.

Pendedahan Tony Cartalucci berkaitan campurtangan Amerika Syarikat telah membuktikan hubungan erat PR dalam meminta sokongan AS untuk memerintah Malaysia

Pendedahan Tony Cartalucci berkaitan campurtangan Amerika Syarikat telah membuktikan hubungan erat PR dalam meminta sokongan AS untuk memerintah Malaysia

Namun begitu, impian mereka terbantut dan hampa kerana dikecewakan oleh PR akibat mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum tersebut. Walaupun parti pembangkang pimpinan DSAI telah mencuba sedaya upaya menggunakan platform anti-rasuah, kempen agresif dan bukannya melalui percubaan menyerupai verbatim oleh Barat untuk menggulingkan kerajaan politik di seluruh dunia seperti campurtangan mereka di Venezuela dan Rusia pada tahun 2012.

Kewujudan Merdeka Center sebagai badan berkecuali diragui kerana semua hasil kajian condong berpihak kepada PR

Kewujudan Merdeka Center sebagai badan berkecuali diragui kerana semua hasil kajian condong berpihak kepada PR

Senario ini dapat dilihat di Rusia di mana GOLOS iaitu sebuah badan pemantau yang kononnya berpendirian bebas ternyata berpihak kepada AS dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Negara AS melalui National Endowment for Democracy (NED). Perkara ini juga telah berlaku di Malaysia di mana Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center) telah dibiayai secara langsung oleh AS melalui NED. Kenyataan ini cuba disembunyikan oleh media Barat dalam usaha mempromosikan PR dengan berkali-kali menyatakan Merdeka Center adalah BEBAS.

Propaganda Media Barat

Apakah muslihat PR menggunakan isu pengundi hantu dalam PRU 13? Hasil siasatan mendapati PR telah mengupah Bangla untuk mengundi tetapi sengaja menagkap mereka untuk dijadikan kambing hitam

Apakah muslihat PR menggunakan isu pengundi hantu dalam PRU 13? Hasil siasatan mendapati PR telah mengupah Bangla untuk mengundi tetapi sengaja menangkap mereka untuk dijadikan kambing hitam

Demi mencapai objektif dan misi negara Barat, media massa kelolaan PR telah mempromosikan maklumat-maklumat palsu dan bias yang telah dimanipulasi mengikut ACUAN  dan AGENDA mereka. Ia tidak hanya disokong oleh negara Barat tetapi media massa domestik juga telah berperanan untuk menjayakannya. Merujuk kepada artikel yang dikeluarkan dalam BBC bertajuk,”Malaysia election sees record turnout” telah menggambarkan seolah-olah tangisan rakyat yang kononnya meratapi kehilangan undi dalam pilihan raya (stolen elections). Tindakan ini secara khusus adalah berniat jahat untuk melemahkan kesahihan pemilihan kerana mereka takut calon proksinya mungkin kalah. Melalui media suruhan mereka (Merdeka Centre),  usaha untuk menyokong dan membuat dakwaan ini telah dipergiatkan agar pengundi atau penyokong PR mempercayainya. Misalnya sorotan berita palsu dan propaganda mereka seperti berikut:

Allegations of election fraud surfaced before the election. Some of those who voted in advance told BBC News that indelible ink – supposed to last for days – easily washed off.

“The indelible ink can be washed off easily, with just water, in a few seconds,” one voter, Lo, told BBC News from Skudai.

Another voter wrote: “Marked with “indelible ink” and voted at 10:00. Have already cleaned off the ink by 12:00. If I was also registered under a different name and ID number at a neighbouring constituency, I would be able to vote again before 17:00!”

The opposition has also accused the government of funding flights for supporters to key states, which the government denies.

Independent pollster Merdeka Center has received unconfirmed reports of foreign nationals being given IDs and allowed to vote.

Bersih merupakan Kuda Tunggangan AS dalam memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan negara ini diperintah oleh proksi barat

Bersih merupakan Kuda Tunggangan AS dalam memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memastikan negara ini diperintah oleh proksi barat

Merdeka Center merupakan sebuah organisasi pemantauan pilihan raya yang dibiayai oleh kerajaan asing di mana ia secara terbuka ditubuhkan untuk menghapuskan parti pemerintah semasa (BN) dari Malaysia. Mereka telah lama memihak kepada Wall Street melalui DSAI yang menjadi hamba barat dan tidak mengamalkan kebebasan media massa yang sebenarnya. Hubungan erat di antara “Pakatan Rakyat” yang diketuai oleh DSAI dan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir dengan pembabitan Merdeka Center sahaja. Sebaliknya, matlamat ini juga dikongsi bersama dalam gerakan jalanan pembangkang (BERSIH) di mana ia memperjuangkan slogan “bersih dan adil dalam pilihan raya” (clean and fair). Pada hakikatnya, gerakan ini telah menjadi kenderaan yang direka untuk menggerakkan demonstrasi jalanan bagi pihak PR. Perkara ini telah disahkan oleh Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih),  apabila telah mengakui dirinya bahawa organisasi beliau telah menerima wang tunai secara langsung dari Amerika Syarikat melalui National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society (OSI) yang dimiliki George  Soros seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider pada 27 Jun 2011;

…admitted to Bersih receiving some money from two US organisations — the National Democratic Institute (NDI) and Open Society Institute (OSI) — for other projects, which she stressed were unrelated to the July 9 march.”

 Amerika Syarikat Mencari Paksi Di Malaysia

Kekuatan armada laut Amerika Syarikat sering dijadikan alat propaganda dan perang saraf terhadap negara-negara yang tidak sealiran dengan kehendak mereka

Kekuatan armada laut Amerika Syarikat sering dijadikan alat propaganda dan perang saraf untuk menekan negara-negara yang tidak sealiran dengan kehendak mereka

Ada desas-desus menyebut pembinaan sebuah pengkalan tentera Amerika di negara kita akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Menurut sumber dalaman PR, lokasi pengkalan tentera tersebut berkemungkinan berhampiran Selat Melaka atas alasan untuk mengawal keselamatan laluan perkapalan disamping mengekang kegiatan lanun.

Umum mengetahui, Selat Melaka dianggap STRATEGIK bagi Amerika kerana ia bakal menjadi faktor pengimbang dalam menghadapi kebangkitan ekonomi dan ketenteraan negara China. Dengan menguasai laluan tersebut, bermakna lebih kurang separuh dagangan minyak dunia akan berada dalam kawalan Amerika dan tentu saja tindakan sedemikian bakal mengundang tindakbalas keras daripada negara China.

Sebelum ini, Malaysia dan Indonesia pernah MENOLAK tawaran Amerika untuk melakukan rondaan bersama di sepanjang laluan perkapalan antara yang paling sibuk di dunia itu. Bagaimanapun, Singapura pula secara terbuka mengalu-alukan kehadiran bala tentera Amerika di rantau ini atas alasan keselamatan.

Keadaan geografi dan sempadan negara yang luas, negara-negara yang berjiran dengan Malaysia berlumba-lumba meningkatkan peralatan logistik dan pertahanan negara

Keadaan geografi dan sempadan negara yang luas menyebabkan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia berlumba-lumba meningkatkan peralatan logistik dan pertahanan negara masing-masing

Berbalik kepada kenyataan sumber dalaman PR tersebut, jika ianya sahih, bermakna seluruh rantau Asis Tenggara termasuk Malaysia akan terjerumus ke dalam KONFLIK persengketaan yang tentunya bukan saja kedaulatan negara bakal tergugat malah keamanan yang kita kecapi juga akan hilang begitu saja. Justeru itu, pihak PR dituntut memberi kenyataan segera berhubung isu ini selain itu adalah penting dijelaskan adakah ianya juga berkait rapat dengan usaha melobi pihak tertentu untuk mendapatkan dana luar negara bagi menghadapi pilihanraya ke 13.

Amerika Syarikat Minat Terhadap Selat Melaka

Merujuk kepada artikel Prof. Madya Azmi Hassan, Pengarah Pusat Dasar Teknologi Dan Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 15 September 2007 bertajuk “Washington Cari Helah Bertapak Di Selat Melaka”, di mana beliau mengutarakan faktor-faktor yang membuktikan MINAT Amerika untuk bertapak di Malaysia seperti berikut:

  • Terdapat desas-desus Washington akan menggunakan landasan Persidangan Ketua-Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) untuk MEMAKSA Kuala Lumpur dan Jakarta menerima kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Washington sudah lama berusaha memujuk kedua-dua negara pesisir ini untuk bersama-sama dengan Singapura supaya akur dengan keperluan kehadiran tentera AS di Selat Melaka. Usaha memujuk Washington tidak terhenti di situ, cadangan ini diutarakan sekali lagi menggunakan Inisiatif Peningkatan Keselamatan (PSI) sebagai asas untuk bertapak di Selat Melaka. Tetapi, sehingga kini Kuala Lumpur dan Jakarta terus bertegas menolak program tersebut.
  • Pada tahun 2003 Washington memperkenalkan Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) sebagai langkah permulaan bertapak di Selat Melaka. Bantahan keras Kuala Lumpur dan Jakarta terhadap RMSI membuatkan Washington memBATALkan program tersebut dan diganti dengan PSI.
  • Kuala Lumpur dan Jakarta setakat ini bertekad ENGGAN menyertai PSI sebab curiga dan syak wasangka berikutan kaedah perlaksanaan PSI tidak mengikut lunas perundangan antarabangsa yang sedia ada. Mudah kata, kedaulatan dan maruah negara boleh tergadai jika tersilap langkah.
  • Terdapat juga kesangsian Washington boleh menggunakan PSI sebagai meletakkan pengaruh mereka di Selat Melaka. Jakarta sering dipujuk supaya menyertai PSI dan kali terakhir ini dilakukan ketika Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice membuat lawatan ke Indonesia pada bulan Mac 2006. Permintaan Rice diTOLAK oleh Jakarta atas alasan kedaulatan negara tidak mahu diperjudikan.
Kedudukan Malaysia di tengah-tengah perjalanan laluan perdangangan di antara timur dan barat telah menarik minat AS untuk mendirikan pengkalan tentera di Malaysia.

Kedudukan Malaysia di tengah-tengah perjalanan laluan perdangangan di antara timur dan barat telah menarik minat AS dan Israel (sekutu) untuk mendirikan pengkalan tentera di Malaysia.

Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World) berpendapat Selat Melaka merupakan faktor utama yang menarik perhatian kuasa asing untuk menguasai politik di rantau ini, termasuk di Malaysia.

Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap LITERAL STATE, negara-negara yang berhampiran dengan selat ini adalah Indonesia, Malaysia dan Singapura. Singapura memang memihak kepada Amerika Syarikat (AS). Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini tegas dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah hak kita. Sudah tentu mereka, di AS mahu seorang pemimpin yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungan dengan negara China”, katanya.

Dr. Chandra berkata tidak mustahil sekiranya NED atau IRI masih membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, walaupun polisi kerajaan AS dilihat seolah-olah sudah tidak menyebelahinya kerana sistem politik di negara itu mengamalkan konsep dwi-power iaitu kuasa formal dan kuasa sebenar.

Kalau kita tengok politik AS, memang macam itu. Mereka (kuasa sebenar) ada perancangannya yang tersendiri dan adakalanya mereka boleh ubah dasar-dasar pemimpin-pemimpin (kuasa) formal”, katanya.

Selain daripada menerima tekanan DIPLOMATIK dari negara luar, Malaysia juga berdepan dengan tekanan DOMESTIK dari Pakatan Rakyat melalui DAP yang menjanjikan sesuatu pulangan yang lumayan kepada AS dan negara Barat. Rahsia ini telah didedahkan oleh Mohamad Razali bin Abdul Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP tentang bantuan DANA POLITIK dari pihak Israel dan Amerika. Beliau berkata; “Takkan saja-saja dia nak bagi duit.” Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, DAP akan menyerahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel ada logiknya.

Melalui pemberian kawasan tersebut kepada Israel (Sekutu AS), DAP berkata, jika kalau berlaku sekali lagi tragedi 13 Mei, dia tak takut. Mereka berkata; ” We are not scraed for that. Mungkin 1969 kita kalah, tapi lepas ini kita akan pastikan nak ajar orang Melayu macam mana. Kerana apa, kerana DAP yakin tentera ISRAEL berada di belakang mereka di mana ia merupakan satu jentera yang paling kuat untuk mempertahankan kepentingan mereka.

Pada awal tahun 1990, Pengkalan Udara Clark dan Subic Naval telah dikosongkan oleh AS. Senario ini menyebabkan AS mencari lokasi baru untuk mengawal dan menyekat kebangkitan China di Asia Tenggara. Mungkihkah Port Dickson sesuai dijadikan lokasi baru?

Pada awal tahun 1991, Pengkalan Udara Clark dan Subic Naval, Filipina telah dikosongkan oleh AS. Senario ini menyebabkan AS mencari lokasi baru untuk mengawal dan menyekat kebangkitan China di Asia Tenggara. Mungkinkah Port Dickson sesuai dijadikan lokasi baru?

Kewujudan pengkalan tentera Israel dan Amerika akan merealisasikan IMPIAN mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai base untuk Asia Tenggara. Lim Guan Eng berkata; “Base yang ada di Singapura ni kecil, sebab tu dia kenalpasti Port Dickson sebagai ganjaran kepada bantuan yang diberikan oleh mereka.

Amerika Syarikat Memilih Anwar Sebagai Proksi

Pemilihan pemimpin boneka berpaksikan Barat merupakan agenda utama dalam menguasai sesebuah negara. DSAI adalah calon pilihan AS dan Barat dalam menjaga kepentingan ekonomi dan politik mereka di Asia Tenggara

Pemilihan pemimpin boneka berpaksikan Barat merupakan agenda utama dalam menguasai sesebuah negara. DSAI adalah calon pilihan AS dan Barat dalam menjaga kepentingan ekonomi dan politik mereka di Asia Tenggara

Kenapa pemuka-pemuka Zionis seperti Paul Wolfowitz, Madeline Albright, William Cohen memilih Anwar sebagai PROKSI mereka di Malaysia ? Merujuk kepada kajian Dr. Chandra, beliau berpendapat, dalam soal peralihan kuasa global yang sedang berlaku sekarang, baik dari Barat ke Timur, dan mungkin ada negara-negara lain, termasuk negara China akan bakal melihat China akan menjadi pengganti HEGEMONY Amerika Syarikat. Senario ini adalah satu TREND yang berlaku sekarang ini. Sudah tentu, AS tidak mahu melepaskan gengamannya menguasai dunia. Mereka mahu terus kekal menjadi PEGAWAL DUNIA. Dan untuk mencapai objektif itu, mereka memerlukan individu-individu yang boleh membantunya dalam proses tersebut. Dalam konteks Asia Tenggara, mereka perlukan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu AS memantau ataupun check control secara tidak langsung terhadap kemunculan China yang bakal menjadi PESAING mereka. Mereka perlukan individu-individu seperti itu yang boleh memainkan peranan tersebut.

Kalau kita tengok pada polisi Tun Dr. Mahathir dan Tun Razak, mereka benar-benar memahami peranan negara China dalam konteks global. Tun Razak membuka jalan kepada China, dalam hubungannya dengan Asia Tenggara pada tahun 1974. Manakala Tun Dr. Mahathir pula mempertingkatkan hubungan dengan China. Polisi itu menguntungkan negara kita dalam beberapa hal termasuk kelapa sawit dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir memahami realiti ini dan beliau TIDAK MAHU Selat Melaka itu dikawal oleh kuasa-kuasa asing. Ini kerana Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap littoral states iaitu negara-negara yang berhampiran dengan selat seperti Indonesia, Malaysia dan Singapura. Jika dikaji tindakan Singapura, kita mendapati negara ini memang MEMIHAK kepada AS kerana inginkan perlindungan dan bantuan. Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini TEGAS dari dulu sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah HAK kita. Semuanya ini disebabkan oleh fakta berikut : 

  • Selat Melaka merupakan laluan penting menuju pelabuhan utama di Eropah dan Barat
  • 50% perdagangan hasil minyak dan gas dunia menggunakan Selat Melaka
  • 25% perdagangan antarabangsa adalah melalui Selat Melaka
  • Pengkalan tentera Laut Amerika di Subic Bay dan Clark Air Base Filipina ditutup pada 1991
  • Pada awal tahun 2005, Amerika pernah bercadang membuka pengkalan tentera di Thailand kemudiannya dibatalkan selepas mendapat bantahan rakyat Thai
  • Singapura pernah bersetuju membenarkan tentera Amerika beroperasi di negaranya selepas penutupan pengkalan tentera laut Amerika di Filipina
  • Pada 2004, Malaysia dan Indonesia telah membuat bantahan keras terhadap Inisiatif Keselamatan Maritim Serantau (RMSI) anjuran Amerika Syarikat kerana ianya dikhuatiri menjadi permulaan bertapaknya Amerika di Selat Melaka.
  • Penguasaan Selat Melaka akan membolehkan Amerika mengawal laluan perdagangan minyak dunia dari Asia barat hingga ke Lingkaran Pasifik
Perlumbaan negara-negara kuasa ekonomi dunia sedang berlaku secara global. Persaingan ketara di antara AS dan China menjadi punca utama AS menginginkan sokongan Malaysia secara terbuka berpihak kepada Amerika

Perlumbaan negara-negara kuasa ekonomi dunia sedang berlaku secara global. Persaingan ketara di antara AS dan China menjadi punca utama AS menginginkan sokongan padu Malaysia secara terbuka berpihak kepada Amerika untuk menyekat dan mengimbangi kebangiktan China

Kesimpulan

Penguasaan Selat Melaka adalah penting kerana ia merupakan di antara perairan yang paling penting di dunia. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan rasa kurang senang kepada AS. Mereka memerlukan seorang pemimpin BONEKA yang memihak kepada kepentingan mereka terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan masa depan rantau ini dalam konteks perhubungannya dengan negara China. Oleh demikian, mereka mahukan individu seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memain peranan tersebut. Dulu pun kita sudah tahu, mereka tidak senang dengan Tun Dr. Mahathir kerana beliau tegas dalam soal kedaulatan Malaysia terutamanya dalam konteks Selat Melaka. Itu adalah HAK kita dan KEDAULATAN kita.

Beginikah sifat negarawan sejati? Memperjudikan negara demi amarah dan ambisi peribadi

Beginikah sifat negarawan sejati? Memperjudikan negara demi amarah dan ambisi peribadi

Sumber :

http://www.anwaraidc.com/?p=14875

http://www.anwaraidc.com/?p=13579

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

MITOS HIMPUNAN BLACKOUT 505 – INI KALI LAH ATAU INI KALI KALAH LAH?…..

Pendahuluan

Pada 6 Mei 2013, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang  didakwanya dilakukan dalam PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei lalu. Akibat kekecewaannya untuk merampas tampuk pemerintahan di Putrajaya maka satu HIMPUNAN perlu dirancang untuk “cover” kemaluan yang dihadapinya.

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Penganjuran Himpunan Blackout 505 adalah sebahagian daripada agenda DSAI untuk membuktikan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dalam arena politik negara. Walaupun terpaksa mengorbankan keharmonian dan keamanan negara

Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.

Beginilah sikap DSAI yang telah sebati dengan jiwanya apabila ia gagal mencapai sesuatu impian, beliau akan mempergunakan ketaksuban rakyat atau penyokong fanatiknya dengaan menimbulkan suasana gegak gempita dan hiruk piruk demi menggapai angan-angan untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA. Secara umumnya himpunan ini tidak lebih daripada percubaan beliau untuk mewujudkan PERSEPSI NEGATIF terhadap kerajaan dengan mengambil kesempatan untuk MEMBULI RAKYAT agar terus membenci Perdana Menteri sediada.

Politik Persepsi Dan Manipulasi Amalan Demokrasi

Entahlah apa kena dengan mentaliti DSAI yang sering menimbulkan POLITIK KEBENCIAN terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Beliau mempersoalkan tentang kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 yang lalu dengan mengutarakan HUJAH DANGKAL yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang bakal PM. Apakah beliau lupa atau sengaja bersandiwara dengan tidak menerima amalan demokrasi di Malaysia yang berteraskan SISTEM KOMANWEL atau “BRITISH DEMOCRACY – WESTMINSTER” bukan melalui SISTEM PRESIDEN yang menentukan kemenangan mengikut jumlah UNDI POPULAR yang diterima daripada setiap pengundi. Contohnya keputusan Pilihan Raya UK yang diadakan pada 7 Jun 2001 di mana sebanyak 659 kerusi parlimen telah dipertandingkan. Hasil keputusan pilihan raya tersebut menunjukkan Parti Buruh memperolehi undi popular hanya 10,731,859 undi (40.7%) berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya sebanyak 15,636,345 undi (59.3%). Merujuk kepada sistem pilihan raya UK, Parti Buruh telah dinobat sebagai kerajaan pemerintah kerana ia berjaya memperolehi 413 kerusi parlimen berbanding Parti Konservatif dan Sekutunya iaitu 246 kerusi parlimen.

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistuharkan sebagai pemenang

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh Parti Buruh hanya 40% berbanding pesaingnya. Tetapi ia diistiharkan sebagai pemenang

Beliau mempertikaikan kemenangan ini kerana ia berpendapat bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang sepatutnya diistiharkan sebagai pemenang. Ia merujuk kepada analisa jumlah keseluruhan UNDI POPULAR yang diperolehi oleh PR sebanyak 5,591,688 undi (51.32%) berbanding BN sebanyak 5,302,039 undi (48.67%). Jika kita congak dan bahagi kutipan undi popular yang diperolehi oleh PR didapati ia hanyalah sekadar lebihan 289,649 undi atau  5.17% sahaja mendahului BN. Kalau beliau bertanding di Indonesia atau Singapura, kita bolehlah menerima REALITI ini. Tetapi senario ini tidak mungkin berlaku di Malaysia kerana amalan demokrasi yang diguna pakai ialah SISTEM KOMANWEL yang berasaskan kepada jumlah MAJORITI bilangan kerusi PARLIMEN yang diperolehi oleh sesebuah parti politik.

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihanraya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Malaysia mengamalkan Sistem Komanwel dalam mengendalikan pilihan raya berbanding Indonesia secara Sistem Presiden

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Keputusan muktamad PRU13 yang diperolehi dari SPR membuktikan BN berjaya mengekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Bagaimana pula PR?

Hakikat ini telah dibuktikan melalui hasil analisa keputusan PRU13 yang lalu ke atas 222 kerusi Parlimen dipertandingkan di seluruh Malaysia.  Di mana ternyata bahawa BN telah memenangi PRU13 dengan perolehan kerusi sebanyak 133 Parlimen (59.9%) berbanding PR sebanyak 89 Parlimen (40.1%) dengan melepasi batas MAJORITI MUDAH (112 Parlimen). Ternyata tindakan DSAI mempertikaikan keputusan PRU13 ini amatlah memalukan PR umumnya dan dirinya khususnya kerana ianya keluar dari mulut seorang calon Perdana Menteri. Jika beliau masih berterusan menegakkan benang yang basah terhadap isu ini, nescaya ianya menampakkan kebodohan dan keperibadiannya yang tidak memiliki nilai-nilai NEGARAWAN yang tinggi.

Himpunan Blackout 505

Objektif himpunan ini bolehlah dikatakan KLISE dan RETORIK ciptaan Pakatan Rakyat terutamanya DSAI. Beliau sebagai MASTER MIND himpunan ini bertindak sebagai KATALIS untuk mewujudkan suasana tegang dan emosi di kalangan masyarakat. Oleh kerana beliau memahami bahawa sokongan kaum Melayu masih utuh kepada UMNO-BN maka sesuatu PERISTIWA perlu direkacipta demi mengekalkan MOMENTUM penyokongnya. Himpunan ini tidak lebih kepada satu perayaan untuk bersuka-ria sambil memperagakan 33 Ahli Parlimen/ADUN yang baru memenangi kawasan masing-masing. Secara keseluruhannya, apa yang diucapkan oleh pemimpin PR terutamanya DSAI lebih melahirkan KEKECEWAAN untuk menjadi Perdana Menteri.

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Janji tinggal janji. DSAI cuba menutup kemaluannya kerana gagal menumbangkan BN demi kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri

Sepatutnya beliau perlu mengotakan JANJI dan mengambil langkah BERSARA dari arena politik negara seperti yang beliau nyatakan terdahulu sebelum berakhirnya PRU13. Bukankah beliau sudah berjanji jika ia GAGAL menumbangkan BN di dalam PRU13, beliau akan bersara dan menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di Eropah. Di mana janji beliau? Sebaliknya beliau bermain kata-kata (play words) dengan memutar FAKTA bahawa PR telah menang secara majoriti melalui UNDI POPULAR. Inilah watak DSAI yang bijak menyusun KATA dan AUTA demi menyelamatkan KEMALUANNYA.

Apakah faedahnya himpunan ini? Jika ditanya kepada penyokong fanatik PR sudah tentu berdegar-degar hujah demi hujah yang menyokong tindakan himpunan haram ini. Walau ianya menyusahkan kehidupan masyarakat di sekeliling lokasi himpunan tersebut. Tahukah anda berapa ramai pengguna di jalan raya dan lebuhraya merungut dan menyumpah seranah ke atas penganjuran himpunan ini. Apa tidaknya, mereka terpaksa menunggu hampir 5 jam terperangkap di dalam kenderaan di Tol Subang Jaya, Jalan Airport Lama, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Punchong, KESAS, Jalan SS7/19 dan sekitar DUN Seri Setia.

Apa Yang Terjadi Pada Malam Itu

Keghairahan penganjur Himpunan Blackout 505 untuk memenuhkan ruang Stadium Petaling Jaya amat menjengkelkan. Apa tidaknya, mereka bertindak seolah-olah masyarakat sekitar kawasan tersebut bersetuju diadakan perhimpunan tersebut. Hampir setiap ceruk dan ruang kosong di kawasan perumahan SS7 Kelana Jaya dipenuhi kenderaan peserta. Mereka meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar dan masuk kediaman mereka. Suasana bising dengan sorakan REFORMASI dan UBAH menjadi rima dan melodi peserta. Ditambah pula bunyi-bunyian hon dari kenderaan dan tiupan “Vuvuzela” menjadi RUNGUTAN penduduk kerana mengganggu kedamaian mereka di waktu malam.

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Apakah kita redha dan menyokong tindakan PR yang suka menimbulkan kesusahan kepada rakyat?

Kesesakan yang teruk telah berlaku di sekitar jam 6 petang hingga 11 malam di kawasan ini hingga menyebabkan beribu-ribu kenderaan terperangkap di Exit Tol Subang menghala ke arah Shah Alam dan Kuala Lumpur. Ia meliputi Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya KESAS hingga ke Seri Kembangan. Kedengaran sumpah-seranah dan makian yang dikeluarkan oleh mereka yang terbabit sambil menyalahkan penganjur perhimpunan ini sebagai “MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI” dan menyusahkan pengguna.

Pada malam itu, secara keseluruhannya hampir 80% peserta adalah terdiri daripada kaum Cina. Mereka hadir dengan memperagakan pelbagai sepanduk dan kata-kata sindiran terhadap kerajaan sediada. Kaum Melayu yang hadir adalah di kalangan peniaga-peniaga makanan, barangan bermotifkan parti seperti poster, cd ceramah, air-hon (Vuvuzela) dan baju T-shirt. Hampir 2/3 daripada peserta memakai baju berwarna HITAM yang menandakan PROTES kepada keputusan PRU13. Aturcara yang dijalankan bermula dengan kata-kata aluan penganjur dan diikuti oleh ucapan pendek oleh 33 orang wakil PR serta diakhiri dengan ucapan RETORIK oleh DSAI. Intipati ucapannya berkisar tentang KETIDAKPUASAN hati beliau terhadap keputusan dan operasi SPR semasa mengendalikan PRU13. Sekaligus beliau menjadikan perhimpunan ini sebagai PLATFORM untuk menjustifikasikan bahawa beliau TIDAK AKAN BERSARA dari arena politik, malah akan melancarkan banyak lagi perhimpunan seperti “Blackout 505” di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor.

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Di kala mereka (PR) bergembira dan bersuka ria, ada pihak yang terpaksa menanggung kesan perhimpunan ini

Tepat jam 12 malam, semua peserta mula beredar dari Stadium sambil memekik-melolong dengan “Semangat Blackout” di fikiran masing-masing macam robot. Mereka seperti di “Brainwash” agar patuh tanpa menyoal segala ALASAN dan OMONGAN yang diberikan oleh pemimpin mereka. Sudahlah mereka membuat bising sampai mengganggu ketenteraman penduduk, tindakan tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap dan mengotorkan kawasan sekitar juga dilakukan oleh mereka dengan selamba. Siapalah yang akan membersihkannya, ya?

Kesimpulan

Kita semua tidak boleh meramal masa depan tetapi kita semua mempunyai sejarah yang boleh dijadikan rujukan kepada kita dalam membentuk generasi Malaysia yang kompetetif,dinamik dan berinovatif. Keutuhan sistem pilihan raya ini perlu dipelihara untuk menjamin kestabilan negara supaya Malaysia dapat terus menjadi negara yang lebih baik. Janganlah kita termakan dakyah-dakyah yang sesat lagi menyesatkan yang digembar-gemburkan oleh PR. Tindakan EKSTRIMIS dan RADIKAL perlu dikekang dari bertapak di dalam negara kita terutamanya dari aspek PERPADUAN dan KERJASAMA di antara semua kaum di Malaysia. Seharusnya kita perlu menghalang atau menjaga ahli keluarga dan sanak saudara dari terikut-ikut BUDAYA JALANAN yang menjadikan DEMONSTRASI sebagai tanda protes. Sebaliknya kita perlu akur dan menghormati BUDAYA BANGSA yang menjunjung DEMOKRASI sebagai tanda kematangan.

Jika kita ditanya oleh seseorang tentang menukar corak pentadbiran negara; “Ini Kali Lah atau Lain Kali Lah? Maka jawapan yang sebaiknya ialah “INI KALI KALAH LAH”……….