HUJAH-HUJAH MENOLAK DAKYAH KRISTIAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE


Pendahuluan

Kalimah Allah adalah kata nama ganti kepada tuhan yang disembah oleh umat Islam

Kalimah ALLAH adalah kata ganti nama kepada tuhan yang disembah oleh umat Islam

Tujuan artikel ini diterbitkan ialah sebagai pemangkin kepada usaha umat Islam di dalam mempertahankan kalimah ALLAH dari dipermainkan oleh golongan yang TIDAK LAYAK untuk memanggil nama tuhan mereka seperti di dalam ajaran Islam. Kita janganlah LUPA dan ALPA dek kerana polimik di mana mayat Ching Peng perlu ditanam atau sibuk memperkatakan soal siapakah calon yang layak di dalam pemilihan Persidangan Agong UMNO (PAU) yang akan datang. Itu semua diketepikan seketika oleh kita kerana AGENDA menyerang INSTITUSI AGAMA ISLAM lebih penting demi kepentingan umat Islam di Malaysia.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kembali mengambil tempat  di dada-dada akhbar. Ini disebabkan kes berkenaan telah ditetapkan untuk  perbicaraan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya. Tarikh 22 Ogos lalu merupakan detik penting bagi umat Islam. Tarikh tersebut  ditetapkan bagi mendengar permohonan sebuah Gereja Katolik bagi mengenepikan  rayuan pihak kerajaan di dalam kes larangan penggunaan kalimah suci Allah di  dalam penerbitan Bahasa Melayu buletin gereja tersebut.

Dua peristiwa besar berkaitan kalimah ALLAH membuktikan kewujudan tangan-tangan ghaib yang cuba meruntuhkan Institusi Islam di Malaysia

Dua peristiwa besar berkaitan kalimah ALLAH membuktikan kewujudan tangan-tangan ghaib yang cuba meruntuhkan Institusi Islam di Malaysia

Permohonan pengenepian rayuan dibuat atas alasan terdapat surat yang ditulis  oleh Perdana Menteri kepada Majlis Gereja Malaysia yang antara lain membenarkan  penerbitan Bible berbahasa Melayu/Indonesia di Malaysia. Oleh itu, pihak gereja berpendapat bahawa secara tersiratnya Kerajaan  membenarkan pihak gereja menggunakan kalimah suci tersebut di dalam buletin  mereka yang dikeluarkan secara berkala.

Umat Islam berasa lega dan bersyukur kerana pada tarikh tersebut juga panel  tiga orang hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya telah membuat keputusan menolak  permohonan pihak gereja tersebut. Hal yang demikian memberi kesan bahawa rayuan induk kes ini yang akan didengar  pada 10 September 2013. Mahkamah Rayuan Putrajaya telah menangguhkan kes rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak pada awal bulan Oktober 2013.

Dakyah-Dakyah Kristian

Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk Church leaders explain use of ‘Allah’. Terdapat lima alasan utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan ialah seperti berikut :

  1. Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.
  2. Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
  3. Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.
  4. Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.
  5. Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekutuan.
Matlamat utama kalimah ALLAH dicabar oleh golongan bukan Islam hanyalah untuk memenuhi agenda memurtadkan umat Islam

Matlamat utama kalimah ALLAH dicabar oleh golongan bukan Islam hanyalah untuk memenuhi agenda memurtadkan umat Islam

Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja Katolik

Alasan pertama (1) : Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

Hujah-hujah Menolak :

Asal-Usul Istilah Allah

Pelbagai kata ganti nama yang sepatutnya digunapakai oleh golongan bukan Islam diabaikan. Sebaliknya kalimah ALLAH juga yang diidamkannya

Pelbagai nama panggilan kepada tuhan yang sepatutnya digunapakai oleh golongan bukan Islam diabaikan oleh mereka. Sebaliknya kalimah ALLAH dituntut oleh mereka bagi menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam

Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab. Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa asalnya. Menurut Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM (1990), kalimah Allah dari segi struktur linguistik, ia adalah lebih superior daripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali menterjemahkan ‘Allah’ kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan lafaznya yang asal iaitu ‘Allah’.

Istilah Allah Di Peringkat Antarabangsa

Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi istilah adalah amat sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamus-kamus serta eksiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya :

  • Kamus Oxford – Allah : Name of God among Muslims.
  • Eksiklopedia Britannica – Allah : “God, the one and only God in the religion of Islam.
  • Eksiklopedia KatolikLet it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God.

Istilah Allah Di Malaysia

Dalam konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan. Oleh itu kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz (terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut.

Ini terbukti sebagaimana definisi ‘Allah’ yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat :

  • Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg Maha Tinggi.

Kamus Pelajar pula mendefinisikan kalimah ‘Allah’ seperti berikut :

  • Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini. Oleh itu kalimah ‘Allah’ tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan dalam bahasa Melayu atau ‘god’ dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah lafaz bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya oleh bukan Islam di negara ini.

Percanggahan Istilah Allah

Istilah Allah adalah sinonim dengan umat Islam. Ia telah diperakui di dalam pelbagai kamus dan terjemahan di peringkat antarabangsa

Istilah Allah adalah sinonim dengan umat Islam. Ia telah diperakui di dalam pelbagai kamus dan terjemahan di peringkat antarabangsa

Perbuatan pihak Gereja Katolik menterjemahkan perkataan ‘god’ kepada ‘Allah’ juga tidak menepati istilah yang digunapakai oleh masyarakat di negara ini. Perkataan ‘god’ menurut Kamus Dewan Inggeris – Melayu ialah :

  •  n 1. male deity, dewa, tuhan; (archaic) betara: the Greek ~s, dewa-dewa Yunani; 2. idol, berhala, patung; 3. so., st. deified, tuhan: money has become his ~, wang telah menjadi tuhan baginya; make a ~ of /so., st/, bertuhankan /sso, sst/; 4. G~, Tuhan; (in Islam) Allah.

Takrifan ini dibuat oleh Kamus Dewan berdasarkan budaya yang menjadi amalan masyarakat di negara ini. Ini bermakna ‘god’ bagi selain Islam diterjemahkan sebagai dewa dan tuhan. Manakala ‘God’ (huruf ‘g’ besar) ia digunakan sebagai kata ganti nama yang merujuk kepada ‘Allah’ dan bukan terjemahan bagi kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Inggeris (seperti pada takrif no. 4 di atas). Ia seperti juga umat Islam menggunakan huruf besar untuk setiap huruf pertama bagi kata-kata ganti nama yang lain apabila merujuk kepada ‘Allah’ seperti Aku, Kami, Dia dan Engkau.

Kredibiliti Penterjemahan Istilah Allah

Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan kalimah ‘Allah’ juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti penterjemahan dan perundangan Malaysia. Maksud kredibiliti perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya adakah Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?). Tambahan pula, faktor perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible tersebut boleh dipertikai.

Alasan kedua (2) : mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

Hujah-hujah Menolak

Penyebaran Agama Kristian

Penyebaran agama Kristian aktif dikembangkan oleh penjajah ke atas penduduk tempatan

Penyebaran agama Kristian secara penaklukan aktif dikembangkan oleh penjajah ke atas penduduk tempatan

Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh masyarakat setempat.

Contohnya, hasil kajian yang dijalankan oleh Stephen Neill pada tahun 1956 bertajuk “Colonialism and Christian Missions” menerangkan Bible yang diterjemahkan oleh Mekhior Leidekler dalam tahun 1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan digunakan dengan meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia. Kegiatan menterjemah Bible ini telah terus meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795. Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi kegiatan menyebar terjemahan kitab Bible.

Majalah tempatan yang diterbitkan oleh aktivis Kristian sebagai medium penyebaran propaganda agama Kristian

Majalah tempatan yang diterbitkan oleh aktivis Kristian sebagai medium penyebaran propaganda agama Kristian

Dalam tahun 1852, versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu. Stamford Raffles juga merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi. Selain mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan bertujuan pengembangan agama di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1821 – 1905 pelbagai majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta Melayu. Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (The America Board of Commisioners of Foreign Missions).

Kesemua fakta ini menunjukkan adalah menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak membenarkan pihak Kristian pada hari ini menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Bible bahasa Melayu. Ini kerana terjemahan tersebut tidak melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.

Latar Belakang Bahasa Melayu

Slogan Gold, Glory and Gospel menjadi doktrin penjajah Barat di dalam menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tempatan

Slogan Gold, Glory and Gospel menjadi doktrin penjajah Barat di dalam menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tempatan

Percubaan untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘god’ juga tertolak. Ini kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza. Dalam kes ini latar belakang bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir daripada rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu sendiri terhasil daripada agama Islam. Oleh itu, ia wajib mencerminkan kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. Ini sudah tentu berbeza dengan latar belakang bahasa Melayu yang terdapat di Indonesia dan Singapura.

Faktor Teologi Dan Kebudayaan

Berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Asia Barat juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bukan Islam sememangnya telah lama menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan faktor teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah ‘Allah’ yang digunapakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani.

Konteks Estimologi Dan Semantik

Kalimah Allah hanya sesuai kepada agama Islam

Kalimah Allah hanya layak dan eksklusif digunakan oleh umat Islam sahaja

Dalam konteks etimologi dan semantik pula, alasan Gereja Katolik untuk merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh. Mereka tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Kristian Arab dengan Kristian di Malaysia. Apa yang berlaku di negara-negara Arab ialah pihak Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada bahasa Suryani (Syria/Syam) atau Aramik dan bahasa Ibrani (Hebrew) kepada bahasa Arab. Perlu diketahui bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa yang sama iaitu rumpun Semitik. Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak untuk berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ berkemungkinan berasal daripada nama asal tuhan mereka dalam bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapi apa pula rasional pihak gereja Kristian untuk menterjemahkan ‘god’ dalam Bible bahasa Inggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu? Bukankah kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang jauh berbeza dari segi etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan bahasa-bahasa itu?

Alasan ketiga (3) : Mendakwa ayat-ayat al-Qur’an sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

Hujah-hujah menolak :

Ayat Al-Quran

Pihak gereja Katholik sering merujuk kitab suci al-Quran untuk mencari hujah-hujah bernas yang boleh menimbulkan keraguan dan persepsi negatif kepada umat Islam.  Semua ini berlaku ekoran kegagalan mereka menarik dan menyakinkan umat Islam untuk menukar agama kerana terdapat banyak peringatan oleh Allah S.W.T tentang tipu daya kaum Yahudi dan Nasrani. Di antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak gereja Katholik ialah Surah al- ‘Ankabut ayat 61 :

Maksudnya: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan memperjalankan matahari dan bulan?” Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka mengapa mereka terpedaya? 

Begitu juga Surah al-Ma’idah ayat 73 :

Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Huraian Al-Quran

Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh menjadi hujah bagi golongan bukan Islam untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia berdasarkan alasan-alasan berikut :

  • Dalam surah al-‘Ankabut ayat 61, al-Qur’an hanya merakamkan sejauhmana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan penggunaan tersebut. Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana kalimah ‘Allah’ sudah dikenal oleh masyarakat Arab sebelum Islam. Daripada informasi ayat-ayat seperti ini, al-Qur’an menjelaskan orang Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai (1) pencipta langit dan bumi; (2) yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; (3) yang menurunkan air dari langit; dan (4) tempat menggantungkan harapan. Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep ‘Allah’ yang sebenar iaitu sebagai Zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan.
  • Manakala surah al-Ma’idah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ini kerana Allah SWT sendiri menafikan golongan yang mengatakan Zat-Nya itu satu oknum daripada tiga oknum (triniti). Malah mereka dianggap kafir. Ini bermakna sebutan ‘Allah’ yang keluar dari lidah golongan Kristian itu adalah sia-sia dan tiada nilai di sisi Allah kerana ia tidak merujuk kepada kalimah ‘Allah’ yang sebenar. Sebagaimana maklum, kalimah ‘Allah’ merujuk kepada zat (esensi) yang dinamakan. Sebagai perumpamaan mudah, perkataan ‘kereta’ adalah merujuk kepada kenderaan bermotor. Oleh itu, tiada makna bagi orang yang menggunakan perkataan ‘kereta’ untuk merujuk kepada alat menjahit pakaian. Sekiranya ia masih menggunakan perkataan ‘kereta’ tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna penggunaan perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna.

 Kegagalan Gereja Katolik

Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, bukanlah satu alasan bagi Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam. Ia melambangkan kegagalan Gereja Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka. Bagi umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci yang memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti bahawa Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling dipercayai untuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama tuhan berbanding berhujah berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa. Oleh yang demikian, fakta-fakta mengenai ‘Allah’ sepertimana yang dibentangkan oleh al-Quran juga hendaklah diterima.

Cadangan penggunaan kalimah Allah di dalm Bible telah mencetuskan perasaan amarah di kalangan umat Islam

Cadangan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible telah mencetuskan perasaan amarah di kalangan umat Islam

Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz ‘Allah’ di dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka berbahasa Ibrani? Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza. Al-Qur’an mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus member makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia. Ia berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain.

Alasan keempat (4) : Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.

Hujah-hujah Menolak :

 Terjemahan Bahasa Malaysia

Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga tidak boleh diterima. Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah “Malaysia” belum wujud. Oleh itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu merujuk kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat Melayu Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang lain.

Aktiviti terjemahan dan pencetakan Bible di dalam pelbagai bahasa tempatan aktif dijalankan oleh mubaligh Kristian demi mengukuhkan pengaruh mereka

Aktiviti terjemahan dan pencetakan Bible di dalam pelbagai bahasa tempatan aktif dijalankan oleh mubaligh Kristian demi mengukuhkan pengaruh mereka

Memaksakan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan Kristian Katolik yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah ‘Allah’ itu adalah kalimah yang didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut Kristian pelbagai mazhab. Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian berbahasa Melayu sendiri? Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti ‘Tuhan’ sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan kekeliruan.

Alasan kelima (5) : Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan di dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a) Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah menolak :

Perlembagaan Persekutuan

Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam). Di bawah peruntukan ini kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama-agama bukan Islam terhadap umat Islam.

Sebagai contoh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep mana-mana agama bukan Islam. Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi, Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil dan lain-lain). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘god’ di dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini. Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.

Natijah kepada usaha menggunakan kalimah Allah di dalam Bahasa Melayu adalah untuk menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan terhadap minda umat Islam

Natijah kepada usaha menggunakan kalimah Allah di dalam Bahasa Melayu adalah untuk menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan terhadap minda umat Islam

Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, TIADA SEBAB untuk kerajaan MEMBENARKAN penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

Jangan kita lupa dan alpa tentang keputusan Mahkamah Rayuan yang akan membuat keputusan samada kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam

Jangan kita lupa dan alpa tentang keputusan Mahkamah Rayuan yang akan membuat keputusan samada kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam

Sumber :

Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim

Al-Thabari, Jamial-Bayan fi Tafsir al-Quran

_______(1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL.

A.S Hornby (1985), Oxford Advanced Learners Dictionary Of Current English, Oxford University Press, Great Britain.

Neill,S (1956). Colonialism and Christian Missions. London: Lutterworth Press.

Berita Harian, 4 Februari 1997

Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997

Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia

http://www.news.com.au/story/0,23599,22254040-13762,00.html.

http://www.coptichistory.org/new_page_197.htm

http://www.britannica.com/eb/article-9005770/Allah.

http://www.newadvent.org/cathen/01316a.htm.

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx.

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx.

http://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html.

2 thoughts on “HUJAH-HUJAH MENOLAK DAKYAH KRISTIAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI DALAM BIBLE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s