SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 12 : CERAHKAN KEGELAPAN

Pengenalan

Sebelum kita membicarakan siri pendedahan Dajjal pada kali ini, eloklah kiranya kita menyingkap sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Utsman bin Abi Waqqas r.a yang bermaksud demikian :

“…Bersama Dajjal akan ada 70,000 orang dan di antara mereka akan mengenakan mahkota. Kebanyakan dari mereka yang bersamanya adalah orang Yahudi dan para wanita. Kemudian, dia akan pergi ke negeri di sampingnya. Dan akan terbahagi kepada tiga kelompok; satu kelompok akan tinggal di Asy-Syam dan melihat apa yang dia lakukan, satu kelompok akan pergi ke orang-orang Badui dan satu kelompok lagi akan pergi ke negeri yang ada di samping mereka iaitu bahagian barat Syam…”

Berdasarkan kepada mukadimah hadis di atas, kita diingatkan untuk mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada terhadap kemunculan Dajjal di sekitar kita samada ianya di dalam bentuk fizikal, mental atau spiritual.

Muzik – Ritual Moden Pemujaan Dajjal

Album Madonna – Frozen

Di dalam Siri Pendedahan Dajjal – Bahagian 11 (Ilmu Muzik Hitam) yang lalu, saya ada menyentuh tentang sihir muzik yang digunapakai oleh juak-juak Dajjal dalam melalai dan melemahkan pemikiran manusia. Dalam artikel kali ini pula, saya akan membuat kupasan berkaitan isu hiburan yang menjadi senjata ampuh golongan Dajjal dalam menguasai industri hiburan dan komunikasi.  Inginkan kepastian? Cuba kita amati klip video lagu “Frozen” yang dinyanyikan oleh Madonna di dalam album “Ray of Light” (Sinar Cahaya), nescaya kita akan mendengar Madonna menyanyikan lagu “Frozen” secara “double meaning”. Ini terbukti melalui pengucapan lirik “hmmmmmm” tidak disebut dengan jelas. Tetapi sebaliknya beliau memuji tuhan hindu (chanting the hindu idol god) melalui pengucapan “Omm”.

Persoalannya sekarang kenapa Madonna seorang berbangsa Yahudi berfahaman Kabbalah (Jewish Kaballist) memuji dan menyanyikan nama seorang tuhan hindu? Jawabnya, beliau mengetahui bahawa tuhan yang disembah oleh Kabbalah dan Hinduisme adalah tuhan yang sama. Mereka berasal dari ritul dan mitos yang sama dan telah dikitar semula serta dipuja sejak beberapa kurun yang lalu.

Artis Illuminati

Simbolik hujan turun dipayungi oleh Rihana

Umum mengetahui peranan besar yang dibawa oleh artis di dalam mempengaruhi gaya hidup dan corak pemikiran masyarakat. Jesteru itu, tidak hairanlah jika nama bintang seperti Madonna, Britney Spears, Christina Aguilera, Rihana, Lady Gaga dan Jay-Z menjadi Artis Illuminati yang mendendangkan irama dan lagu berunsurkan SATANIC atau AGENDA Illuminati. Kebanyakan penyanyi-penyanyi terkenal dari barat adalah alat bagi Illuminati dan Dajjal. Ini kerana mereka sebenarnya bukanlah seorang penyanyi yang kritis dan kreatif. Mereka tidak menulis lirik lagu mereka sendiri atau memilih lagu-lagu mengikut kehendak mereka. Sebaliknya mereka hanya menjadi penyampai lagu yang bertindak mengikut arahan.

Memandangkan Illuminati telah mengawal industri ini maka secara tidak langsung ia telah mengawal kebanyakan lagu-lagu popular dan sekaligus membantu mereka dalam menyebarkan AGENDA DAJJAL dengan lebih berkesan. Sekilas pandang kita dapat mengenali sebahagian daripada artis sahaja yang mempunyai tone suara yang merdu. Kebanyakannya suara tidak sedap pun dan bersepah ke laut. Mereka hanya menjadi PENCACAI atau BONEKA yang bertindak sebagai agen katalis untuk mempengaruhi kita dengan trend dan gaya hidup terkini. (They act as puppets indoctrinating us with the latest trends and life style).

Sesetengah artis ini tidak memahami langsung agenda besar Illuminati yang sedang dijalankan. Namum begitu, terdapat juga di kalangan artis yang memahami dan menghayatinya dengan baik seperti Jay-Z dan Rihana dalam lirik lagu “Umbrella“.

Versi Bahasa Inggeris – Umbrella

When the sun shines, we ll shine together
Told you I’ll be here forever
Said I’ll always be a friend
Took an oath, I’ma stick it out till the end


Now that it’s raining more than ever
Know that we’ll still have each other
You can stand under my Umbrella
You can stand under my Umbrella

Versi Bahasa Malaysia – Payung

Apabila matahari bersinar, kita akan bersinar bersama-sama
Memberitahu anda saya akan berada di sini selama-lamanya
Katakan saya akan sentiasa menjadi teman
Mengangkat sumpah, saya akan bersatu hingga ke akhir


Kini bahawa ia hujan, lebih daripada biasa
Tahu bahawa kita masih akan mempunyai antara satu sama lain
Anda boleh berdiri di bawah payung saya
Anda boleh berdiri di bawah payung saya

Ra-Horakhty dewa gabungan Horus dan Ra digambarkan sebagai seorang lelaki helang berkepala memakai cakera matahari di atas kepalanya

Perkataan When the sun shines, we ll shine together” merujuk kepada sun kepada Dewa Ra. Manakala perkataan “we ll shine together” membawa maksud keunggulan ketika bergabungnya Dewa Ra dan Horus (Tuhan Matahari) menjadi satu jiwa di mana ia dikenali sebagai Ra-Horakty. Kepercayaan ini telah menjadi asas pokok kepada ajaran Freemason dengan mengakui bahawa Dajjal sebagai Mesiah.

Jika dilihat kepada lirik lagu seterusnya Said I’ll always be a friend, Took an oath, I’ma stick it out till the end” , kita akan memahami bahawa mereka akan menjadi teman setia dan bersumpah akan selalu bersatu tanpa berpisah sampai akhir. Lirik lagu ini secara simbolik menyampai mesej yang tersirat bahawa Rihana telah bersumpah setia kepada Dajjal di mana judul lagu “Umbrella” menguatkan lagi watak Dajjal yang mencurahkan hujan dalam bentuk segitiga bertukar kepada bentuk payung seperti di dalam klip video lagunya.

Pembunuhan Karektor

Awas kepada Artis Illuminati yang bertindak melawan agenda besar Dajjal

‘Character Assasination’ atau pembunuhan karektor seseorang sudah lama digunapakai oleh manusia, malah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. Pembunuhan Karektor secara ringkasnya adalah untuk menjatuhkan imej, sejarah atau keperibadian seseorang demi mencapai tujuan menukar pandangan baik kepada jahat terhadap orang tersebut. Begitulah nasib yang akan menimpa kepada mana-mana artis yang cuba lari dari Agenda Illuminati seperti Micheal Jackson, Bob Marley dan John Lennon yang cuba menjadi seorang penyanyi yang berjaya melalui lagu-lagu berteraskan kepada isu-isu semasa atau kemanusian sejagat. Mereka akan dijadikan sasaran (marked) oleh juak-juak Dajjal melalui tindakan berikut:

Mereka akan menjatuhkan imej atau maruah di depan orang awam seperti Micheal Jackson

  • Micheal Jackson yang telah berubah pendirian untuk keluar dari kelompok elite Artis Illuminati setelah beliau dikhabarkan memeluk agama Islam. Menurut akhbar British, The Sun, Jacko Jackson, nama yang terkenal telah mengucap dua kalimah syahadat di rumah kawannya Steve Porcaro iaitu seorang komposer di Los Angeles yang dihadiri oleh penyanyi terkenal, Yosef Islam – dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens sebelum memeluk Islam. Nama Jacko telah berubah menjadi Mikaeel iaitu nama salah satu malaikat dalam Islam. Akibat tindakan beliau yang didapati melawan arus perdana Illuminati, Micheal Jackson telah dituduh dengan pelbagai kesalahan jenayah “pedhopilia” dan tindakan muflis yang dituntut oleh bank. Semua ini bertujuan untuk menjatuhkan imej dan popularitinya di kaca mata peminatnya. Pada 25 Jun 2009, beliau telah meninggal dunia akibat pengambilan ubat berlebihan yang diberikan oleh dokter peribadinya.

Micheal Jackson dalam kenangan

Mereka akan membunuh jika ia memerlukan tindakan penghapusan seperti Bob Marley

  • Robert Nesta Marley atau Bob Marley terkenal dengan lirik dan melodi berkonsepkan “Reggae” dan “Ska” yang berasal dari Jamaica. Beliau banyak menyumbangkan lagu-lagu yang mengalakkan pendamaian, menolak amalan perkauman dan kebencian sesama manusia. Lagu-lagunya dialunkan secara “folk” sambil mempromosikan tema kasih sayang ke dalam kehidupan seharian. Sayangnya, beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1981 di usia muda (36 tahun) akibat kanser di hospital Miami, Amerika Syarikat. Kematiannya diselubungi misteri kerana beliau meninggal dunia semasa sedang berjogging di Central Park, New York AS akibat sesak nafas.

Bob Marley pejuang kemanusiaan melalui melodi Reggae

Di antara petikan bait-bait lirik lagu ” Could you be loved” yang  dinyanyikan oleh Bob Marley banyak menyentuh kritikan terhadap suasana sosial dan kehidupan masyarakat;

Versi Bahasa Inggeris – Could You Be Loved

Could you be loved and be loved?

Could you be loved and be loved?

Don’t let them fool ya,

Or even try to school ya! Oh, no!

We’ve got a mind of our own,

So go to hell if what you’re thinking is not right!

Love would never leave us alone,

A-yin the darkness there must come out to light.

Could you be loved and be loved?

Could you be loved, wo now! – and be loved?

(The road of life is rocky and you may stumble too,

So while you point your fingers someone else is judging you)

Love your brotherman!

(Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?

Could you be – could you be – could you be loved?

Could you be – could you be loved?)

Don’t let them change ya, oh! –

Or even rearrange ya! Oh, no!

We’ve got a life to live.

They say: only – only –

Only the fittest of the fittest shall survive –

Stay alive! Eh!

Versi Bahasa Malaysia – Anda Boleh Disayangi

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Jangan biarkan mereka memperbodoh ya,

Atau biarkan mereka mendidik kamu! Oh, tidak!

Kami telah mendapat fikiran kita sendiri,

Oleh itu, pergi ke neraka jika anda berfikir tidak betul!

Cinta tidak akan meninggalkan kita bersendirian,

A-yin kegelapan mesti datang kepada cahaya.

Anda boleh disayangi dan dicintai?

Anda boleh disayangi, wo sekarang! – Dan disayangi?

 

(Jalan hidup berbatu dan anda boleh tersandung juga,

Jadi semasa anda menuding jari anda orang lain adalah penilaian anda)

Sayangi saudara anda!

 

(Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh disayangi?

Bolehkah anda – anda boleh – anda boleh disayangi?

Anda boleh – anda boleh sayangi)?

Jangan biarkan mereka mengubah kamu ya, oh! –

Atau pun menyusun semula diri kamu ya! Oh, tidak!

Kami telah mendapat kehidupan untuk hidup.

Mereka berkata: hanya – hanya –

Hanya yang paling kuat yang paling kuat hendaklah hidup –

Terus hidup! Eh!

Kesimpulan

Secara dasarnya, Artis Illuminati merupakan alat perkakas kepada Dajjal atau lebih tepat lagi layak digelar BONEKA yang menjadi ikon kepada masyarakat. Mereka digunapakai untuk menjajah minda dan jiwa manusia untuk lalai dan alpa dengan NIKMAT DUNIA. Mereka bersahabat dengan penyanyi yang berkiblatkan Dajjal dan memerangi penyanyi yang memperjuangkan keamanan sejagat. Mereka tidak mahu irama dan lagu berbentuk nasihat, sebaliknya cinta dan suka lagu berunsurkan maksiat. Oleh itu, marilah sahabatku semua. Kita SEBARKAN mesej ini kepada semua golongan masyarakat agar kita tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau doktrin sesat yang cuba dipelopori oleh golongan yang bersekongkol dengan Dajjal di negara kita.

Saksikanlah klip video ini yang memaparkan usaha juak-juak Dajjal yang cuba mempromosikan DOKTRIN yang menyesatkan.

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/07/23/siri-pendedahan-dajjal-%e2%80%93-bahagian-11-ilmu-hitam-muzik/

Vodpod videos no longer available.

Advertisements

SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 11 : ILMU HITAM MUZIK

Kawalan Minda Melalui Media

Dewasa kini terdapat banyak alat (mekanisme) yang digunakan untuk mengekalkan SISTEM DAJJAL telah diguna pakai oleh juak-juak yang mendokong fahaman Illuminati. Dalam klip video pada kali ini, kita akan membincangkan tentang sebuah mekanisme yang paling berkesan yang dikenali sebagai “The Indoctrination of The Masses Through The Media” atau dengan bahasa mudah iaitu pengaruh lagu-lagu melalui Media. Anologinya, penyampaian WARTA BERITA yang memaparkan banyak MESEJ yang jelas ditujukan kepada kita saban hari.

Selain daripada berita, mesej-mesej lain yang mempengaruhi kehidupan seharian kita tanpa kita sedari ia memainkan peranan penting membentuk MINDA kita ialah lagu-lagu, iklaneka, wayang, kartun dan rancangan tv. Semua ini terkandung di dalam metode yang digunakan oleh juak-juak Dajjal yang dipanggil “Undoctrinating Message”. Kebiasaannya mesej ini akan disampaikan oleh selebriti-selebriti secara perlahan-lahan samada mereka sedar atau di bawah sedar dalam lagu-lagu, tarian, talk show dan rancangan tv. Ini kerana mereka merupakan IDOLA kepada pengikut atau peminatnya untuk mencontohinya berdasarkan kepada konsep “Idols for Followers”. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh juak-juak Dajjal adalah mengawal selebriti-selebriti ini dan industri yang terlibat. Natijahnya mereka akan memperolehi satu mekanisme yang ampuh dan berkesan untuk menguasai minda pengikutnya secara total.

Senario ini telah berlaku sejak tahun 60’an lagi melalui pendekatan “Idol Worship of The Past” iaitu penyembahan idola terdahulu seperti Firaun, Horus dan Ra atau “Idol Worship of Today” melalui penyembahan idola masa kini seperti selebriti, iklaneka dan filem. Hashemfilms menerangkan bahawa terdapat 2 tahap berbeza berkaitan penerimaan MESEJ kepada penonton umum yang tidak sedar (unaware audience) samada melalui mesej yang disampaikan amat jelas atau mesej yang mempunyai makna yang lebih mendalam di sebalik produksi media yang dimiliki atau dikawal oleh juak-juak Dajjal.

Manipulasi Lagu

Bolehkah mesej-mesej Illuminati diaplikasikan di dalam lagu? Sudah tentu BOLEH! Terdapat sesetengah lagu cinta nampaknya seperti ditujukan kepada kekasih. Tetapi apabila dikaji dan diteliti, lagu tersebut diabadikan kepada Dajjal secara terus tanpa disedari oleh kita. Marilah kita meneliti 2 lirik lagu iaitu “I’m A Slave 4 U” yang dinyanyikan oleh Britney Spears dan lagu “Frozen” pula dinyanyikan oleh Madonna.

Britney Spears Ikon Remaja

I’m A Slave 4 U

I know I may be young, but I’ve got feelings too.
And I need to do what I feel like doing.
So let me go and just listen.

All you people look at me like I’m a little girl.
Well did you ever think it be okay for me to step into this world.

Always saying little girl don’t step into the club.
Well I’m just tryin’ to find out why cause dancing’s what I love.

Chorus :

Get it get it, get it get it (WHOOOA)
Get it get it, get it get it (WHOOOOOA)(Do you like it)
Get it get it, get it get it (OOOHHHH)(This feels good)

I know I may come off quiet, I may come off shy.
But I feel like talking, feel like dancing when I see this guy.

What’s practical is logical. What the hell, who cares?
All I know is I’m so happy when you’re dancing there.

I’m a slave for you. I cannot hold it; I cannot control it.
I’m a slave for you. I won’t deny it; I’m not trying to hide it.

Baby, don’t you wanna, dance upon me,
(I just wanna dance next to you)
To another time and place.
Baby, don’t you wanna, dance upon me,
(Are you ready)
Leaving behind my name, my age.
(Lets go)

Versi Bahasa Malaysia

Aku tahu aku mungkin muda, tetapi aku punya perasaan juga,
Dan aku perlu lakukan apa yang aku rasa perlu lakukan,
Oleh itu, izinkan aku pergi dan hanya mendengar,

Semua orang yang melihat aku seperti aku gadis kecil,
Jadi adakah kau pernah terfikir ia baik bagi aku untuk melangkah ke dalam dunia ini,

Sentiasa mengatakan gadis kecil tidak boleh melangkah ke dalam kelab,
Aku hanya mencuba untuk mengetahui apa menyebabkan aku suka menari,

Chorus:

Dapatkannya, ia mendapat (WHOOOA)
Dapatkannya, ia mendapat (WHOOOOOA) (Adakah kau suka)
Dapatkannya, ia mendapat (OOOHHHH) (merasa baik)

Aku tahu aku boleh tidak tenang, aku boleh tidak malu,
Tetapi aku rasa seperti bercakap, berasa seperti menari apabila aku melihat lelaki ini,

Apa yang praktikal ialah logik. Apa hal, siapa peduli?
Apa yang aku tahu adalah aku begitu gembira apabila kau menari di sana,

Aku seorang hamba untuk kau. Aku tidak boleh tahan; aku tidak dapat mengawal.
 Aku seorang hamba untuk kau. Aku tidak menafikan; Aku tidak cuba untuk menyembunyikan.

Baby, tidakkah kau mahu menari dengan ku,
(Aku hanya mahu menari di sebelah kau)
Pada masa dan tempat lain,
Baby, tidakkah mahu, menari dengan ku,
(Adakah kau bersedia)
Meninggalkan nama aku, umur ku,
(Mari kita pergi)

Madonna Duta Kabbalah Moden

Frozen

You only see what your eyes want to see,
How can life be what you want it to be,
You’re frozen,
When your heart’s not open,

You’re so consumed with how much you get,
You waste your time with hate and regret,
You’re broken,
When your heart’s not open,

Chorus:

Ommmmmm, if I could melt your heart,
Ommmmmm, we’d never be apart,
Ommmmmm, give yourself to me,
Ommmmmm, you hold the key,

Now there’s no point in placing the blame,
And you should know I suffer the same,
If I lose you,
My heart will be broken,

Love is a bird, she needs to fly,
Let all the hurt inside of you die,
You’re frozen,
When your heart’s not open,

Versi Bahasa Malaysia

Kau hanya melihat apa yang mata kau mahu melihat,
Bagaimana hidup boleh menjadi apa yang kau mahu,
Kau sedang beku,
Apabila hati kau tidak terbuka,
Kau mengimpikan berapa banyak kau dapat,
Kau membuang masa kau dengan benci dan menyesal,
Kau sedang dipecahkan,
Apabila  hati kau tidak terbuka,

Chorus:

Ommmmmm, jika aku boleh mencairkan hati kamu,
Ommmmmm, kita tidak mahu menjadi sebahagiannya,
Ommmmmm, berilah diri kamu kepada ku,
Ommmmmm, kau memegang kunci,

Sekarang tidak ada tempat dalam meletakkan kesalahan,
Dan kau harus tahu aku menderita sama,
Jika aku kehilangan kamu,
Hati aku akan hancur,

Cinta adalah burung, dia perlu terbang,

Biar semua kelukaan dalaman mati,
Kau sedang beku,
Apabila hati kau tidak terbuka,

Kadangkala dengan penampilan beberapa penyayi tertentu, mesej yang disampaikan adalah betul-betul berunsurkan kesyaitanan (SATANIC ONE) yang ditujukan kepada kita dari Dajjal dan juak-juaknya. Oleh itu, janganlah meletakkan terlalu banyak usaha dalam mencari makna-makna ini. Jikalau ia ada di situ, ia patut jelas kelihatan tetapi JELAS hanya kepada penonton yang sedar (Aware Viewer).

Saksikanlah klip video ini yang mendedahkan manipulasi lagu oleh juak-juak Dajjal melalui selebriti terkenal untuk menyerang minda dan jati diri kita agar lalai dan alpa dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/06/11/siri-pendedahan-dajjal-%e2%80%93-bahagian-10-pemerintahan-dunia-baru/

Vodpod videos no longer available.

KABBALAH?

Kabbalah – Amalan Kerohanian Yahudi

Kabbalah adalah suatu amalan MISTIK atau KEROHANIAN yang diamalkan oleh masyarakat Yahudi di dalam agama Judais. Kini, amalan ini telah diamalkan di seluruh dunia kerana ia dianggap sebagai amalan mistik yang global tanpa sebarang sekatan. Menurut Kitab Talmud dalam agama Judais, Kabbalah diasaskan oleh empat orang rabbi yang terdiri dari Akiva, Elisha bin Abuyah, Azzai dan Ben Zoma. Keempat-empat rabbi ini telah bertemu bersama untuk mempelajari ilmu kerohanian dari tuhan. Elisha bin Abuyah mati setelah melihat ilmu ini, Azzai menjadi gila, Ben Zoma memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan hanya tinggal Akiva  sahaja yang tinggal dalam keamanan dan tenang.

Di dalam Islam, ilmu kerohanian yang sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa adalah Tasawuf. Doktrin Kabbalah ini boleh dikatakan suatu amalan mistik yang digunakan oleh Yahudi untuk menandingi kehebatan amalan Tasawuf Islam. Dalam Tasawuf bermaksud mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjauhkan hal-hal yang mendatangkan maksiat dan kelalaian.

Konsep Kabbalah dan Kitab Zohar

Kitab terpenting di dalam amalan mistik Kabbalah dikenali sebagai Kitab Zohar. Kitab ini ditulis dengan bahasa Aramic di dalam menafsirkan nilai-nilai kerohanian pada kitab utama Judais iaitu Taurat. Kitab Zohar yang dianggap sebagai salah satu kitab tafsir kejiwaan kepada Taurat ini dikarang oleh Rabbi Simeon Bar Yochai di mana tulisannya kemudiannya disambung dan dihuraikan dengan lebih meluas oleh seorang rabbi dari Sepanyol bernama Moses de Leon pada abad ke-13.

Tujuan utama kaum Yahudi memperkenalkan Kabbalah adalah untuk memupuk perasaan takut dan gentar orang bukan Yahudi atau goyem (panggilan kepada orang bukan Yahudi). Ajaran ini dianggap sebagai jalan penyelesaian kebatinan oleh kaum Yahudi untuk menghalang sebarang usaha-usaha goyem menentang orang Yahudi. Dewasa ini, ajaran Kabbalah telah berselindung di sebalik konsep kemasyarakatan palsu yang direka oleh Yahudi. Mereka telah menawarkan kepada orang ramai mempelajari Kabbalah bagi meningkatkan perasaan kasih sayang, keikhlasan dan kesantunan dalam diri.

Selain itu, para rabbi Yahudi sekarang ini juga galak mempromosikan ajaran Kabbalah sebagai satu  alternatif kepada masyarakat untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Boleh ditafsirkan sekarang, Kabbalah telah dijenamakan semula KULIT LUARANnya supaya orang mengaplikasikan amalan mistik Yahudi tanpa disedari. Secara hakikatnya, tindakan ini adalah merupakan satu penyembahan Kesihiran yang jauh terpesong dan menyimpang dari ajaran Islam.

Hari-Hari Kesucian Kabbalah

Kabbalah sebenarnya amat dikenali sebagai satu upacara ritual kelompok Yahudi yang melibatkan pembunuhan orang-orang awam sebagai salah satu elemen upacara Kabbalah. Amalan pembunuhan mistik ini dilakukan untuk menyambut tiga perayaan iaitu Pesta Purim, Passover dan Esther. Ketiga-tiga perayaan ini sering dikaitkan dengan amalan Kabbalah kerana ia berkaitan sejarah Bani Israel yang diancam oleh bangsa lain.

Pesta Purim – Ia disambut setiap tahun oleh masyarakat Yahudi pada bulan Addar mengikut kalender Hebrew. Pesta ini disambut bersempena sejarah Bani Israel yang melarikan diri dari komplot kejam menteri Haman pada zaman empayar Parsi. Masyarakat Yahudi memulakan pesta ini dengan amalan yang dikenali sebagai Puasa Esther.

Passover – Satu perayaan sempena meraikan kejayaan Bani Israel melarikan diri dari Raja Firaun ketika zaman Nabi Musa a.s. Di dalam kalender Hebrew, perayaan ini disambut bulan Nissan iaitu bermula 15 haribulan.

Konsep Tree of Life

Konsep Pokok Kehidupan

Antara konsep terpenting di dalam amalan Kabbalah ialah konsep Pokok Kehidupan (Tree of Life). Konsep ini menunjukkan langkah-langkah bagaimana seseorang Yahudi itu boleh mendekatkan diri kepada tuhan Hashem iaitu salah satu nama tuhan Yahudi. Konsep ini adalah peganggan utama bagi pengikut ajaran Kabbalah. Ia perlu diikuti dan diamalkan sebagai salah satu cara memastikan seseorang individu boleh memperolehi kejayaan pada setiap perkara yang dilakukannya.

Kabbalah Di Zaman Moden

Oleh kerana hampir sebahagian besar masyarakat mengetahui akan kezaliman upacara dalam Kabbalah, kini para rabbi Yahudi mula mengubah kaedah amalan upacara MISTIK ini kepada amalan yang lebih “MESRA MASYARAKAT”. Melalui pengaruh MEDIA dan KEWANGAN yang ada, ajaran Kabbalah telah dibuat PENJENAMAAN SEMULA dengan satu imej baru yang mengelirukan sesetengah orang.

Mereka tidak lagi berpakaian tradisional seperti di Israel, berkot hitam, bertopi hitam dan berjambang panjang. Sebaliknya mereka berpakaian biasa dan bercampur-gaul dengan masyarakat awam sama ada beragama Islam, Kristian atau lain-lain agama. Mereka telah mengubah segala cara hidup seharian mereka TETAPI fahaman ajaran Kabbalah serta Zionis tetap tersemai erat dalam diri mereka.

Kini terdapat satu laman web khusus tentang Kabbalah (www.kabbalah.com) yang diwujudkan untuk mendekatkan konsep kabbalah ini dalam masyarakat. Pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan telah dianjurkan untuk mengaburi mata masyarakat. Malah mereka juga menyediakan TABUNG BIASISWA pelajar dan menerbitkan buku-buku berkaitan ajaran Kabbalah yang menampilkan ideologi kontemporari dengan masyarakat moden.

Kabbalah - Tangan FatimaSimbol Kabbalah – Tangan Fatima (Hand of Fatima)

Hand of Fatima atau juga dikenali sebagai Hamsa (lima) dalam bahasa Hebrew merupakan satu simbol semangat kerohanian kepada pemakainya. Simbol ini adalah berbentuk rupa tapak tangan yang lengkap dengan lima jari. Ditengah-tengah tapak tangan tersebut merupakan MATA KEJAHATAN yang bakal dihapuskan oleh tangan tersebut. Kebiasaannya Hamsa ini dijadikan sebagai rantai leher oleh pengamal-pengamal ajaran Kabbalah. Di kalangan masyarakat Islam arab, terdapat juga yang mempercayai bahawa memakai simbol ini akan memberikan mereka KEKUATAN tersendiri dalam melakukan sesuatu kerja. Konsep fahaman ini adalah SYIRIK kerana ia bertentanggan dengan ajaran Islam.

Kabbalah - Tali Merah

Simbol Kabbalah – Tali Merah (Red String)

Pengikut ajaran Kabbalah mempercayai sesiapa yang memakai Tali Merah ia boleh menghindarkan diri si pemakai dari unsur-unsur negatif yang berada di sekeliling. Menurut sejarah, pengenalan Tali Merah ini berasal dari Israel. Ia bermula dengan penggunaan tali merah yang dililit pada batu nisan Rachel iaitu seorang perempuan Yahudi yang telah meninggal dunia lebih daripada 3,000 tahun dahulu. Ekoran daripada tindakan tersebut, tempat ini menjadi popular untuk masyarakat Yahudi melakukan penyembahan. Rachel adalah nama bagi isteri kedua Nabi Yaakub yang telah melahirkan Nabi Yusuf dan Bunyamin. Golongan selebriti yang sering memakai tali merah ini ialah Micheal Jackson, Ashton Kusher, Madonna, Mick Jagger, Paris Hilton, Britney Spears dan Demi More.