MUTIARA KATA – DATO’ SERI SAMMY VELLU SEPANJANG 31 TAHUN


Dato’ Seri Samy Vellu Sangalimuthu dilahir pada 8 Mac 1936, lebih dikenali sebagai Samy Vellu atau Semi Value (Nilai Separa) di kalangan musuh politiknya adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India (Tamil) dan seorang ahli arkitek berdaftar. Beliau merupakan Presiden MIC dan telah memegang jawatan berkenaan sejak 1979. Beliau merupakan bekas Menteri Kerja Raya Malaysia.

Dato’ Seri Samy Vellu telah berundur secara rasmi dari jawatannya sebagai Presiden MIC yang paling lama memimpin parti selama hampir 31 tahun. Terus terang, kita akan merinduinya terutama terhadap kata-kata seloroh dan lucunya di sepanjang perkhidmatannya.

Perdana Menteri pernah mengatakan hal ini dalam Persidangan Barisan Nasional 2010; “Kami akan merindukan Dato’ Seri Samy Vellu kerana ia menambah banyak warna …. kadang terlalu banyak warna”. Oleh kerana itu, sebagai tanda penghargaan, saya hanya ingin berkongsi beberapa koleksi mutiara kata yang dikumpul di mana ia diucapkan oleh Dato’ Seri Samy Vellu.

* Amaran. Ini memang kelakar gile *

  1. Semasa isu berkaitan Pos Laju: “Besoh kirim, hari ini juga sampai”
  2. Semasa ke udara di Berita TV ketika beliau cuba meluahkan perasaan malu: “Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”
  3. Semasa menyampaikan sebuah ceramah: “Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Selepas itu ada seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan dengan bangganya beliau menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”
  4. Petikan ucapan paling favourite di dalam Berita TV: “Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
  5. Petikan ucapan semasa krisis air: “Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”
  6. Petikan ucapan berkaitan masalah sosial: “Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”
  7. Petikan ucapan semasa Program Derma Darah di Sungai Siput: “Marilah kita semua menderma dare”
  8. Petikan ucapan beliau semasa mengucapkan kata-kata aluan sesuatu program: “Selamat datang saudara-mara semua” (It should have been “saudara-saudari”)
  9. Semasa isu pengharaman Al-Arqam’s, beliau berkata dalam Press Conference: “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
  10. Semasa upacara perasmian bangunan baru: “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

Lawak paling kelakar yang diucapkan oleh beliau yang akan diingati oleh peminatnya sepanjang hayat: “Kita akan bina roket pigi matahari.” Seorang Wartawan memberi respon, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” beliau menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau yang telah diberikan di sepanjang 31 tahun.

We wish you all the best!

Dato’ Seri Samy Vellu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s