Pada 5 September 2009, majlis dialog bersama penduduk berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mencetuskan kekecohan apabila berlaku perang mulut antara penduduk yang membantah keras cadangan pembinaan rumah ibadat itu di kawasan kediaman mereka.
Namun, suasana kekecohan itu menjadi lebih tegang dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila seorang penduduk yang mewakili masyarakat India bangun dan menegaskan cadangan pembinaan kuil itu telah dipersetujui oleh 48 keluarga India di kawasan itu.
“Tambah Mat Yasir, pembinaan masjid tidak sepatutnya dibangkitkan kerana setiap pembinaan rumah ibadat umat Islam itu tidak boleh dibina sewenang-wenangnya kerana ia perlu mematuhi beberapa syarat dan peraturan ditetapkan termasuk bilangan umat Islam di kawasan berkenaan.”
Maklumbalas yang diberikan oleh semua peserta dailog ada rasional dan ada rekaan semata-mata. Bukan fakta tapi auta. Kalau nak dikatakan kewujudan kuil ini tidak dibenarkan di tapak yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri maka para protester kenalah cari lokasi gantian. Kalau nak harap kerajaan negeri! Jawabnya sukar coz cadangan perpindahan ini sepatutnya dibuat di zaman era Dr. Khir……. Fikir-fikirla….