JANGAN TERPEDAYA DEK KERANA SIJIL HALAL – YANG HALAL ITU FARDHU, YANG LAZAT ITU PERLU

Pengenalan

Adakah semua jenis makanan ini halal?

Saban hari dan waktu kita didendangkan dengan alunan promosi juadah berbuka puasa bersempena bulan ramadhan oleh pihak media massa dan premis hotel dengan meletakkan sijil Halal sebagai umpanan. Murah, mudah dan menyelerakan kita apabila melihatnya. Tapi tahukan kita bahawa tidak semua premis hotel yang mempunyai mengambil tanggungjawab untuk memastikan makanan yang disajikan BEBAS HALAL

Pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi amaran kepada hotel dan premis makanan di negara ini yang tidak mempunyai sijil halal supaya tidak menggunakan istilah buffet Ramadan sewenang-wenangnya. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, larangan penggunaan istilah bufet Ramadan bertujuan untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap status halal di premis makanan.

Mempamerkan Sijil Halal

Semua logo halal di atas tidak diiktiraf melainkan logo JAKIM (kotak merah)

Jakim ingin mengulangi larangan ini supaya semua pihak yang ingin mengadakan bufet Ramadan di premis mereka mematuhi peraturan. Sijil halal di negara ini hanya boleh diperoleh daripada JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri. “Larangan ini harus dipatuhi kerana ia berkait dengan kepercayaan dan ibadah puasa umat Islam ketika ini,” katanya. Justeru, katanya, Jakim mengingatkan pihak pengusaha supaya tidak mempamerkan logo halal atau sebarang ungkapan yang menunjukkan makanan yang dijual sebagai halal sekiranya tidak mendapat kelulusan halal daripada pihaknya.” Pengguna Islam dinasihatkan supaya bijak memilih hotel dan premis yang menawarkan bufet Ramadan bagi mengelak diri daripada tertipu.” Status halal hotel dan premis makanan di negara ini boleh diperiksa di laman website http://www.halal.gov.my,” katanya.

Tindakan Perundangan

Pengusaha premis makanan, yang masih berdegil mengguna dan mempamerkan logo serta apa-apa ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), akan berdepan hukuman denda dan penjara mulai 1 Julai 2012. Amaran ini telah diberikan oleh Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM dengan menyatakan bahawa mulai tarikh tersebut jumlah denda dan hukuman penjara akan dilaksanakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 seperti pecahan berikut :

Pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal selain yang dikeluarkan oleh JAKIM atau MAIN;

– Boleh didenda tidak melebihi RM200,000 untuk kesalahan kali pertama, atau

– Denda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

Bukan pertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal selain yang dikeluarkan oleh JAKIM atau MAIN;

– Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika sabit kesalahan,

– Denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Hanya premis hotel yang disenaraikan sahaja layak mengadakan “Buffet Ramadhan”

Pemantauan Dan Semakan

Dalam pada itu, JAKIM turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha meningkatkan pemantauan di seluruh negara. Pemantauan yang akan dilakukan termasuk pemeriksaan terhadap pematuhan tempoh sijil halal yang telah berakhir pada 1 Julai lalu.” Sekiranya peraturan itu tidak dipatuhi JAKIM akan mengambil tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Berdasarkan kepada pemantauan ini, JAKIM sedang melengkapkan tiga kertas siasatan untuk diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut. Pada tahun ini, sebanyak 154 premis daripada 471 premis makanan termasuk dapur hotel yang dipantau telah dikenakan amaran. Sementara itu, JAKIM menerima sebanyak 1,487 permohonan persijilan halal daripada dapur hotel dan premis makan yang mana sebanyak 359 hotel dan 453 mendapat sijil pengesahan halal. Jumlah itu termasuk 52 hotel dan premis makanan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kesimpulan

Tahniah diucapkan kepada JAKIM, MAIN dan KPDNKK yang telah mengambil tindakan positif dalam menjalankan tanggungjawab sosial untuk memastikan semua premis perniagaan mematuhi arahan pensijilan Halal yang ditetapkan oleh kerajaan. Tindakan ini juga selari dengan ajaran Islam yang mementingkan kesucian dan kebersihan makanan mengikut hukum syarak. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam sebuah hadis dengan sabdanya yang bermaksud seperti berikut; 

 “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan  yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.

(Riwayat At-Tarmizi). 

Oleh itu, di samping kita memilih makanan yang berzat dan berkhasiat adalah lebih  penting lagi pada masa yang sama, kita juga hendaklah perlu memastikan makanan  tersebut dijamin bersih dan suci mengikut hukum  syarak. Ini bertujuan  memastikan makanan itu tidak akan memudaratkan diri kita sendiri. Walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal. Sebagai orang Islam, kita perlu peka dalam mencari status halal bagi sesebuah premis yang kita ragui. Kita haruslah mengambil langkah berhati-hati dengan membuat semakan premis dengan memeriksa STATUS HALAL premis berkenaan dengan pihak JAKIM.

Kini, bagi memudahkan proses semakan premis tersebut maka di sini ada diberikan senarai hotel dan resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC. Semoga dengan adanya website ini, ia sedikit sebanyak dapat menghalang kita dari terpedaya dek kerana promosi dan propaganda.

Penyediaan website Jakim secara on-line dapat mempercepatkan semakan status halal sesebuah premis hotel dan meningkatkan keyakinan orang Islam

Sila layari website ini untuk mendapatkan pengesahan secara on-line : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/241-carian-direktori-hotel

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/08/01/awas-bufet-haram-sila-semak-senarai-nama-hotel-halal-untuk-berbuka-puasa/

MEMOIR HAMKA – AWAS PEREBUTAN PENGARUH AGAMA DI NUSANTARA

Pendahuluan

Perang Salib merupakan detik permusuhan di antara dunia Barat dan Islam

Secara umumnya negara Barat dan Zending Kristian khasnya yang amat merasai ancaman ini. Mereka cemas dan risau kalau-kalau semua doktrin dan ajaran Kristian yang mereka semai atau tanamkan selama ini akan layu dengan kebangkitan Islam. Jika dahulu mereka ada “GODFATHER” dari Portugis, Belanda dan British untuk memberikan perlindungan, tapi sekarang semuanya berakhir. Oleh itu maka tidak hairanlah jika sekarang negara-negara Barat berlumba-lumba menghantar Zending dan memberikan bantuan secara “legal” atau “illegal” kepada penganut Kristian di sini atau sekitar Kepulauan Nusantara demi memastikan pengaruh Kristian terus subur. Kalau dahulu yang kita tahu hanya Portugis, Belanda dan British sahaja yang menjajah negara kita dengan membawa KONSEP 3G (God/Gold/Glory).

Serangan Hebat Zending Kristian

Namun kini, negara Amerika, Australia, Roma-Vatican, Perancis dan sekutu negara Barat yang lain juga giat menyerang MINDA dan JASAD umat Islam secara terang-terangan melalui NGO yang mempromosikan Kebajikan dan Kebebasan Hak Asasi Manusia. Serangan ini dijalankan bukanlah kerana kita telah TIDUR nyenyak, sebaliknya ia kerana kite telah BANGKIT. Kebangkitan kita telah mengoncang mereka dan menimbulkan kegerunan akan berlaku proses pengislaman di kalangan penganutnya.  

Kelas pengajaran harian yang dijadikan pusat menanam fahaman sekularisme oleh Zending

Dalam menghadapi ekspansi agama dari bangsa-bangsa Barat yang berasal dari keturunan pahlawan-pahlawan Perang Salib, keturunan Richard “Lion Heart”, Putera Baldwin, Frederick Barbarosa dan seangkatan dengannya. Kita (kaum Muslimin) sebagai penduduk jati tanahair di Nusantara ini telah memperkenalkan rukun-rukun kenegaraan seperti Rukun Pancasila (Indonesia) dan Rukun Negara (Malaysia) sebagai asas rujukan kehidupan dengan mengakui KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN YANG MASA ESA. Ia bertujuan untuk memaklumkan kepada negara asing secara SIMBOLIK bahawa kita menentang campur tangan negara asing di dalam soal KEAGAMAAN dan PENTADBIRAN negara kita.

Kebangkitan Islam Ditakuti Oleh Barat dan Komunis

Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-Dua, bahang kebangkitan dunia Islam mula dirasai oleh dunia barat khususnya dunia Kristian. Senario ini bukan sahaja menjadi ancaman kepada barat malahan ianya turut dibimbangi oleh dunia Komunis. Persoalan ini pernah dilontarkan oleh Mohammad Natsir (Perdana Menteri Indonesia Ke-5) di dalam salah satu pidatonya: “Kalau dunia Barat ditanya, manakah yang lebih merbahaya di antara Islam atau Komunisme?” Mereka secara spontan akan menjawab: “Islamlah yang lebih MERBAHAYA.” Ketakutan ini berlaku adalah disebabkan kebimbangan atau kegagalan mereka untuk menguasai dan merompak kekayaan hasil-mahsul alam semulajadi yang dimiliki oleh dunia Islam seperti minyak, emas dan lain-lain galian semulajadi. Dunia Barat mengetahui TANPA mendapat sokongan masyarakat dunia Islam, segala kekayaan ini tidak mungkin diperolehi dengan mudah. Oleh itu, dunia Barat cuba memperkenalkan DOKTRIN demokrasi, hak-hak asasi dan globalisasi sebagai SENJATA AMPOH menjajah pemikiran dan gaya hidup masyarakat Islam. Inilah yang dikatakan PENJAJAHAN ALAF BARU di mana segala tindakan berdasarkan kepada agenda NEW WORLD ORDER.

Gagasan “New World Order” yang dirancang oleh dunia Barat dalam menguasai geopolitik dunia

Kesimpulan

Orde Baru Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia  adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat. Ia juga merupakan penjajahan baru yang lebih licik dan merbahaya oleh Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam segenap aspek samada sosial, budaya, politik, ekonomi, media massa dan teknologi. Jika dunia Islam alpa dan tidak sensitif dalam mengekang Agenda Besar ini, nescaya satu bentuk PENJAJAHAN BARU akan berlaku bukan sahaja di Malaysia malah merangkumi Alam Nusantara. Justeru itu, marilah kita sama-sama rapatkan saf kepimpinan jemaah Islamiah di antara kita dan menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan ancaman ini.

Artikel terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/05/08/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-1/

https://apanamadotcom.wordpress.com/2012/06/03/memoir-hamka-pemuda-islam-yang-diuji-keimanannya-oleh-zending-kristian-bahagian-2-tatacara-solat-versus-sembahyang/