BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 7 : ISU-ISU DAN GEJALA PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA


Secara dasarnya isu-isu dan gejala berkaitan Pluralisme Agama di negara kita tidaklah  selantang seperti mana yang disuarakan oleh rakyat di negara jiran. Namun begitu, gejala ini cuba dipromosikan oleh golongan tentu yang berkepentingan samada ianya di dalam kerajaan  atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui pendekatan cara hidup dan kepercayaan masyarakat. Hasil daripada kertas kajian yang dibentangkan oleh Dr. Yusri (2010) yang bertajuk “Ancaman Pluralisme Agama Di Malaysia : Satu Tinjauan Awal” telah menyenaraikan beberapa isu-isu sensitif yang dihadapi oleh kerajaan berakarkan atau berasaskan kepada fahaman ini.

 

Isu murtad dan cinta rentas Agama

Merujuk kepada kes-kes mendokong usaha pemurtadan umat Islam termasuk melalui tindakan mencabar melalui mahkamah. Turut mempengaruhi segelintir orang Islam. Dalam menyokong murtad atas nama kebebasan beragama, seseorang Muslim boleh terlanjur memperkecilkan kesalahan menukar agama serta mencairkan kebencian terhadap kekufuran.

 

Penubuhan IFC (Interfaith Commission / Suruhanjaya Antara Agama)

Merujuk kepada usaha penubuhan platform dianggotai wakil pelbagai agama secara sama rata bagi menangani pelbagai isu-isu hubungan antara agama. Tuntutan-tuntutan di sebalik penubuhan IFC ini melibatkan usaha menyamakan kedudukan dan hak agama-agama lain agama Islam.

 

Perkongsian Perayaan dan Acara Keagamaan

Merujuk kepada penganjuran majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran agama secara bersama. Juga penyertaan orang-orang Islam khususnya pemimpin-pemimpin Muslim dalam acara keagamaan di rumah-rumah ibadat agama lain. Boleh terlibat kepada pengiktirafan dan turut memakmurkan kekufuran dan kebatilan. Juga mencairkan kebencian terhadap kekufuran.

 

Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam

Merujuk kepada persoalan sama ada para penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan atau sembahan dalam agama mereka. Selain berupakan pelanggaran terhadap hak Allah SWT dan adab terhadapNya, boleh meleburkan garis-garis pemisah antara Islam dan agama-agama lain.

 

Isu pengharaman Yoga bagi umat Islam

Merujuk kepada Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang-orang Muslim dalam senaman Yoga kerana ada unsur-unsur agama lain di dalamnya. Boleh meleburkan pemisahan antara Islam dan agama lain.

 

 Mengucapkan salam kepada bukan Islam

Amalan mengucapkan salam Islam kepada orang bukan Islam. Salam merupakan doa keselamatan dan kesejahteraan yang hakikatnya tidak selari dengan kekufuran dan kebatilan yang ada pada diri mereka. Tanpa menafikan adanya perbezaan pandangan dalam hal ini.

 

Penggunaan ayat-ayat al-Quran dan Hadis oleh orang bukan Islam dalam ucapan-ucapan politik

 Merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin politik bukan Islam membaca dan merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan Hadis serta mengulasnya mengikut kefahaman mereka. Boleh membawa gambaran bahawa agama-agama yang berbeza itu berkongsi-kongsi dan berbahagi-bahagi dalam kebenaran.

 

Bersambung Bahagian Kelapan

 

One thought on “BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 7 : ISU-ISU DAN GEJALA PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA

  1. Pingback: Gejala popal | Pmakit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s