AWAS! ANCAMAN FAHAMAN-FAHAMAN ASING TERHADAP AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH (ASWJ) DI NUSANTARA

Pendahuluan

Sumber rujukanAhli Sunnah Wal Jama'ah berteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan

Sumber rujukan utama Ahli Sunnah Wal Jama’ah berteraskan al-Quran dan al-Hadith sebagai garis panduan

Dewasa kini seringkali kita mendengar banyak golongan yang asyik melabelkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‘ah (ASWJ). Akan tetapi adakah dengan hanya mengaku sedemikian sahaja tanpa bukti yang kukuh harus bagi kita pula menamakan mereka sebagai ASWJ? Adakah dalam perkara-perkara hukum; mereka mengikut imam-imam mujtahid yang menjadi ikutan umat Islam seperti di Nusantara mereka mengikut Imam Syafie, di Pakistan dan India mereka mengikut Imam Hanafi, di Afrika Utara dan Andalusia zaman dulu mereka mengikut Imam Maliki dan mereka yang berada di Semenanjung Arab mengikut Imam Hambali.

Susulan daripada kejayaan ulama al-Asy’ariyyah dan al-Maturidiyyah menyusun secara sistematik dan menjelaskan kepentingan akidah kepada umat Islam maka ASWJ adalah fahaman aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam dan telah diijma`kan oleh para pemuka Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi serta pendokong utama Mazhab Hambali. Senario ini telah menyebabkan berlakunya ancaman dan penentangan terhadap ASWJ dari pelbagai sudut termasuk wujudnya ajaran-ajaran songsang, aliran-aliran baru yang menyimpang, keganasan yang terkeluar dari erti jihad, isu murtad dan sebagainya.

Taburan kawasan yang mewakili empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Taburan kawasan yang mewakili pengikut kepada empat mazhab terpenting di dalam Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Analoginya, golongan yang meng-izhar-kan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syi‘ah, Wahhabiyyah, Hizb al-Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam Liberal, Sisters In Islam dan banyak lagi. Ini merupakan ujian Allah S.W.T. terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syari‘at) bagi mendapat ganjaran syahid dalam peperangan. Ini berdasarkan dari hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bayhaqiyy yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah dan syari‘atku) ketika rosaknya umatku, maka baginya pahala syahid.”

Definisi Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Istilah atau kalimah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ) sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam Nusantara.  Namun, apabila membincangkan perihal ASWJ terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini.  Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama  ada di segi bahasa atau syara.  Istilah “Ahli Sunnah Wal Jama’ah”  merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata Bahasa Arab. Ketiga-tiga suku kata ini mempunyai maksud yang tersendiri. Ia akan melahirkan satu rangkaian makna yang tertentu ataupun khusus apabila ia dilihat dari sudut permaknaan istilah.

  • Perkataan Ahl

Jika dilihat dari sudut literal, ianya bererti ahli keluarga, pengikut atau golongan. Manakala dari sudut terminologi, ia bermaksud mereka yang mengikut atau berpegang dengan sesuatu (kalimah) yang disandarkan kepada perkataan Ahl tersebut seperti ahl al-Madhhab di mana ia merujuk kepada mereka yang berpegang dengan mazhab tersebut.

  • Perkataan al-Sunnah

Di dalam al-Quran, perkataan al-Sunnah dan jamaknya Sunan digunakan sebanyak 16 kali. Perkataan al-Sunnah pula jika dilihat dari sudut literal ia bermaksud al-Sirah. Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah memberi pengertian sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W., sama ada yang terdiri daripada kata-katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnyadan sejarah hidupnya, sama ada sebelum kenabian mahupun selepas kenabian. Ia juga bermaksud jalan yang ditempuh oleh Nabi S.A.W. dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu. Di sisi para fuqaha‟, perkataan al-Sunnah bermaksud perkara yang pasti datangnya daripada Nabi S.A.W. yang terdiri daripada perbuatannya dan percakapannya.

  • Perkataan al-Jama’ah

Menurut Ilmu al-Istiqaq dalam bidang bahasa, perkataan al-Jama’ah ini berasal daripada perkataan al-Ijtima’ yang bermaksud perhimpunan atau perkumpulan. Antonim bagi kata al-Jama’ah adalah al-Firaq yang bermaksud perpecahan. Jika diteliti dari sudut etimologi, ia merujuk kepada satu himpunan ataupun kumpulan manusia dan kumpulan tersebut mengandungi jumlah yang besar. Manakala dari sudut terminologi, ungkapan al-Jama’ah di sisi Ulama Usuluddin adalah merujuk kepada mereka yang mengikuti majoriti umat Islam di mana ia terdiri daripada mereka yang mengikuti jalan yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda.

  • Perkataan Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Ketiga-tiga suku kata tersebut telah digabungkan menjadi satu istilah oleh dua orang ulama yang mahir dan pakar dalam bidang Usuluddin iaitu al-Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (260 – 330H) dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi (238 – 333H). Ia dinamakan Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang dirujuk kepada mereka yang telah berada di atas manhaj (jalan/ method) yang diperkenalkan oleh golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah dari sudut aqidah. Hal ini adalah suatu yang masyhur dalam kalangan majoriti para ulama ketika mengidentifikasikan golongan yang dinamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Oleh kerana jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam pada zaman mereka dan pada zaman selepasnya, maka penyebutan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sering dikaitkan dengan kedua-dua ulama ini.

Aliran-Aliran Fahaman Yang Bercanggah

Di akhir-akhir ini Islam menurut ajaran dan amalan Ahli Sunnah tercabar dengan berkembangnya aliran-aliran fahaman yang bercanggah dengannya. Penyerapan aliran-aliran fahaman asing ke dalam masyarakat Islam di Nusantara ini sudah lama melanda dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Di antara fahaman-fahaman dan aliran berfikir itu ialah seperti berikut :

Fahaman Syi'ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah dari aspek aqidah dan tauhid

Fahaman Syi’ah didapati bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari aspek aqidah dan tauhid

Aliran Syi’ah – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Fahaman mereka yang menganggap imam-imam Syi’ah yang maksum tidak berdosa langsung.
  2. Mengeluarkan fatwa bahawa para sahabat Nabi S.A.W. menjadi murtad habis selepas wafat baginda, melainkan yang tinggal hanya 3 orang atau 7 orang sahaja, yang lain habis kafir murtad.
  3. Mereka ada al-Qur’an Mushaf Fatimah katanya, mereka beramal dengan taqiyyah atau kepura-puraan (dissimulation), mereka mengamalkan kahwin mut’ah, sehingga dengan isteri orang pun boleh berkahwin mut’ah seperti kata Iman Khomeini dalam kitabnya Tahrir al-Wasilah jilid 2.
  4. Mereka percaya kepada raj’ah, yakni sebelum kiamat berlaku, manusia akan hidup semula dan imam Mahdi Syi’ah bernama Muhammad bin Hasan al-Askari akan menghukum mereka yang tidak mengambil Ali sebagai imam. Bila semua telah dihukum baharulah semuanya mati semula dan lepas itu baru berdiri kiamat.
Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka

Sebaik-baik menuntut ilmu biarlah dengan berguru kepada alim ulama. Bukan berguru dengan buku tanpa kehadiran mereka

Aliran tidak pakai mazhab – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Mengajar pengikutnya berdasarkan kepada mazhab bidaah, nabi tidak buat, semua mesti mengikut al-Quran dan al-Hadith, lagi pula sekarang sudah senang kerana al-Quran dan al-Hadith ada terjemahan; kita boleh buat keputusan sendiri tak perlu ikut siapa-siapa.
  2. Kita hanya wajib ikut Rasulullah S.A.W.; dia maksum orang lain tidak maksum.
  3. Kalau kita mazhab mengikut boleh membawa kepada syirik dan kufur  sebab ibaratnya seperti ‘beribadat’ kepada mereka (ibadadatul-ahbar wa’r-rahban) yakni seperti menyembah orang alim atau orang soleh.
Aliran fahaman Wahhabi merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah

Aliran fahaman Wahhabiah merobohkan segala bentuk binaan yang berkaitan dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat di sekitar Kota Mekah

Aliran Wahhabiah – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Mengajar pengikutnya agar jangan mengikut mazhab, ikut sahaja pengarang seperti Nasir al-Bani, Abu Aminah Bilal Philips, Abdul Aziz bin Baz, Uthaimin dan yang sealiran dengan mereka.
  2. Bacaan Doa Qunut adalah bidaah, demikian pula bidaah membaca Surah Ya’sin malam Jumaat, membuat tahlil arwah, mengadakan majlis maulid, membaca talkin bila orang mati, membuat tahlil arwah, membaca wirid ramai-ramai selepas sembahyang, kemudian mengaminkan doa imam beramai-ramai, mengaji tasawwuf adalah bidaah dan sesat, demikian seterusnya. Dan bila orang membuat bidaah-bidaah seperti ini mereka masuk neraka.
  3. Dulu dipanggil kaum muda sekarang dipanggil Salafi.
  4. Kebiasaannya, di mana tempat ada fahaman ini, di situlah kerap berlakunya perkelahian bahkan tumbuk menumbuk. Jika hilang pertimbangania boleh menyebabkan berlakunya bunuh membunuh.
Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat

Umat Islam di Indonesia telah menjalankan protes umum ke atas Jaringan Islam Liberal (JIL) yang mengucar-kacirkan keharmonian masyarakat

Aliran Islam Liberal – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Fahaman ini mengajarkan pengikutnya bahawa tidak ada hukum Allah S.W.T, tetapi yang ada ialah budaya semata-mata.
  2. Kita tidak wajib mengikut Fiqh klasik sebab itu adalah pemikiran manusia zaman dulu (ketinggalan zaman).
  3. Semua agama membawa kebenaran, tiada yang melebihi di antaranya.
  4. Wahyu tidak putus, wahyu masih ada, orang yang menulis dalam surat khabar pun mendapat wahyu, wahyu dalam erti kata fikiran. Hanya yang tidak ada hanyalah wahyu verbal, yang ada pada orang menulis pada surat khabar adalah wahyu ‘non-verbal’.
  5. Orang Islam boleh berkahwin dengan orang yang beragama lain; itu disebut perkahwinan lintas agama (Inter-faith marriage).
  6. Salah satu daripada pendokong aliran ini ialah Jaringan Liberal Islam (JIL). Jika dilihat di dalam isi kandungan laman web JIL akan didapati banyak maklumat-maklumat pelik yang membawa kepada kekufuran.
Sekularisme perlu ditentang dari terus bertapak diterapkan di dalam pentadbiran  dan cara hidup masyarakat merebak masyarakat

Konsep pemisahan agama dalam kehidupan seharian yang diterapkan oleh aliran Sekularisme perlu ditentang. Ia adalah bersalahan dengan tuntutan Islam yang menyarankan umatnya menjadikan Islam sebagai cara hidup

Aliran Sekularisme – Antara ajaran-ajarannya :

Aliran ini mengutarakan kaedah cara berfikir dan bertindak dalam mengendalikan urusan kehidupan di dunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungan dengan Allah S.W.T. atau tidak ada hubungkait dengan akhirat di semua ruang awam tanpa terkecuali (Lihat takrif sekularisme oleh George Holyoake).

Fahaman ini lebih kepada keupayaan

Konsep semua agama adalah sama merupakan satu doktrin songsang yang cuba disemai oleh aktivis pluralisme agama terhadap umat Islam agar terpesong aqidah

Aliran Pluralisme Agama – Antara ajaran-ajarannya :

  1. Aliran ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama, sama benar, semuanya membawa kepada syurga.
  2. Orang Islam tidak boleh mengakuinya kerana hanya agama Islam sahaja wajib diyakini mempunyai kebenaran berbanding agama lain.
  3. Kalau demikian apa gunanya Nabi Muhammad S.A.W datang dan membuat pembetulan atas agama Kristian dan Yahudi di zamannya?
  4. Apa ertinya tokoh-tokoh seperti al-Ghazali membela kebenaran Islam berdepan dengan ajaran-ajaran yang tidak benar?
  5. Apa ertinya Solah a-Din al-Ayyubi berjihad semasa berlakunya Perang Salib kalau semuanya benar membawa ke syurga?

Kesimpulan

Kita mesti kekal dalam agama Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebab ia sahaja yang menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat; itulah yang menjadi tonggak ulil-amri negara ini bermula daripada Agung sampai kepada rakyat jelata. Sedarlah wahai umat Islam bahawa ancaman fahaman-fahaman asing ternyata boleh merosakkan aqidah dengan dampak yang lebih besar. Ini kerana fahaman asing seperti syi’ah, wahhabiah, sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sealirannya merupakan senjata ampuh yang digunapakai oleh puak kuffar Barat dalam menggelincirkan aqidah umat Islam tanpa disedari oleh umat Islam itu sendiri. Oleh itu, bersihkan dan sucikanlah diri kita, masyarakat di sekeliling kita dan para pemerintah kita dari segala bahaya penyesatan aqidah dari terjerumus kepada fahaman-fahaman asing yang jauh lebih berbahaya dari kristianisasi.

Sumber :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/apakah-pengertian-ahli-al-sunnah-wal-jamaah-0

TAHNIAH KEPADA PENGUNJUNG KE SERATUS RIBU (100k) DARIPADA WARGA KERJA APANAMADOTCOM…..

Salam Sejahtera Buat Semua Penyokong ApanamDotcom….

Hari ini merupakan detik bersejarah kepada warga kerja di blog https://apanamadotcom.wordpress.com kerana dengan sokongan dan dokongan anda semua, kami di ApanamaDotcom telah berjaya mencapai hit sebanyak 100,000 kunjungan pelawat hingga ke saat ini. TAHNIAH! kepada semua warga kerja yang turut sama membantu dalam menjayakannya. Kepada 209 orang pelawat yang memilih butang “Like” pada rangkaian Facebook, pihak kami ingin mengucapkan TERIMA KASIH tidak terhingga di atas sokongan anda yang tidak mengenal jemu dalam memberikan idea dan cadangan kepada kami. Insya’Allah, segala cadangan dan komen daripada anda akan dijadikan panduan dalam memajukan lagi blog ini.

Wajah lama ApanamaDotcom pada awal pelancaran 2011

Susunatur website ApanamaDotcom terdahulu sejak dilancarkan

Susunatur blog ApanamaDotcom terdahulu sejak dilancarkan pada awal tahun 2011

Wajah Baru ApanamaDotcom menjelang tahun 2013 – Blog dan Facebook

Paparan terkini ApanamDotcom bersempena sambutan pengunjung yang ke-100k

Paparan terkini ApanamDotcom bersempena sambutan pengunjung yang ke-100k

Cetusan minda terkini dalam mengutarakan Kritis dan Kritikal terhadap isu semasa

ApanamaDotcom versi Facebook lebih terbuka minda dalam mengkritik permasalahan sosio-politik dan masyarakat

ApanamaDotcom versi Facebook lebih terbuka minda dalam mengkritik permasalahan sosio-politik dan masyarakat

Untuk makluman semua, blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai bangsa dan negara di seluruh dunia. Ini terbukti sehingga 25 Disember 2012, pihak kami telah mendapat kunjungan pelawat dari 102 buah negara dengan bilangan purata 4,700 hingga 5,800 pelawat setiap bulan.

Taburan terkini pengunjung ke website ini sehingga 25 Disember 2012

Taburan terkini jumlah pengunjung ke blog ini sehingga 25 Disember 2012

ApanamaDotcom telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari 102 buah negara di seluruh dunia

ApanamaDotcom telah mendapat sambutan pengunjung yang menggalakkan dari 102 buah negara di seluruh dunia

 
Syukur Alhamdulillah, Terima Kasih Di atas Sokongan ANDA. Tanpa penglibatan ANDA, Kami Tiada Di Persada Maya………………
 
ApanamaDotcom…..
Gerbang Minda Merdeka

RAHSIA DI SEBALIK LARANGAN PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SECARA BERDIRI OLEH RASULULLAH S.A.W

Pendahuluan

Pernahkah anda minum sambil berdiri?

Adakah minum sambil berdiri telah menjadi budaya kita? Mengapa Rasulullah S.A.W melarang perbuatan ini?

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna. Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat. Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka. Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Misalnya, adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum dan makan.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger. SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney). Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing. Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya. Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Islam

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan perihal tegahan perbuatan minum secara berdiri yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Di antara petikan hadis yang masyhor;

“Dari Anas dan Qatadah, Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya beliau melarang seseorang minum sambil berdiri, Qotadah berkata:”Bagaimana dengan makan? Beliau menjawab; “Itu kebih buruk lagi.”

(Riwayat : Muslim dan Turmidzi)

“Bersabda Nabi Muhammad S.A.W dari Abu Hurairah; ”Jangan kalian minum sambil berdiri! Apabila kalian lupa, maka hendaknya ia muntahkan!”

(Riwayat :  Muslim)

Manakala terdapat sebuah hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W duduk bertongkatkan lutut semasa makan seperti di dalam petikan hadis berikut;

“Diriwayatkan ketika Rasulullah S.A.W di rumah Aisyah R.A. sedang makan daging yang dikeringkan di atas lutut talam sambil duduk bertongkatkan , tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah S.A.W duduk sedemikian itu lalu berkata; “Lihatlah orang itu duduk seperti budak. Maka dijawab oleh Rasulullah S.A.W; “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah S.A.W mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya; “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan.”

(Riwayat : Bukhari)

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan bernama Dr. Abdul Razzak AlKailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;

“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Kesimpulan

Para Fuqaha’ telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini. Namun begitu, para Fuqaha’ lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas R.A yang berkata:

“Aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri

Dalam sahih Bukhari, hadis daripada Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal, dia berkata:

“Ali bin Abi Tholib datang ke “bab al-Ruhba” dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata “ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda S.A.W minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)”

Kesimpulan yang dapat diambil daripada perbincangan di atas memberikan kita penjelasan kepada kita bahawa terdapat dua pandangan berkaitan isu ini. Pertama, jika terdapat hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri secara konsisten memberikan signifikasi bahawa perbuatan makan dan minum secara berdiri adalah tidak digalakkan. Kedua, jika terdapat  hadis yang membenarkan perbuatan makan dan minum sambil berdiri pula ia memberikan pengertian bahawa bukanlah dosa (cuma perbuatan itu tak digalakkan). Pandapat ini disokong oleh ulamak seperti at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia mempunyai banyak faedah

Air merupakan komponen asas di dalam kehidupan manusia samada ianya berbentuk molekul sejuk atau panas. Kewujudannya tidak dapat dipisahkan kerana ia memberikan banyak faedah kepada manusia

Akhir kalam, kedua-dua pilihan ini (makan atau minum secara berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/ tanpa makruh (bi duun kiraha). Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Sumber: Qiblati edisi 04 tahun II. Judul: Larangan Minum sambil berdiri, Hal 16