BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 2 : ALIRAN PEMIKIRAN


Sejak kebelakangan ini telah muncul satu kelompok pemikir yang berselindung dalam Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang mempromosikan aliran pemikiran berasaskan pluralisme. Senario ini timbul disebabkan adanya satu peluang keemasan yang disediakan oleh kerajaan dalam menjayakan Konsep 1Malaysia di kalangan masyarakat. Peluang ini telah digunakan sebaik mungkin oleh pengamal dan pendokong pluralisme dalam mengetengahkan rasa toleransi antara agama yang berlebihan.

Dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia, perbezaan adalah suatu hal yang biasa dan lumrah. Pada Zaman Rasullullah pun hal tersebut pernah terjadi iaitu pada awal pembukaan Kota Madinah. Pada saat itu kaum Muslimin hidup berdampingan dengan kaum musyrikin penyembah berhala, Yahudi dan Nasrani. Mereka menjalankan ibadahnya dengan cara dan kepercayaan masing-masing.

Kepelbagaian agama

Kini terdapat dua aliran pemikiran pluralisme yang dibangunkan secara sistematik dalam mengetengahkan gagasan, konsep dan prinsip pluralisme kepada masyarakat melalui  Aliran Global Theology dan Aliran Transenden. Kemunculan kedua aliran diatas adalah disebabkan oleh dua motif yang berbeza, meskipun keduanya muncul di Barat dan menjadi tumpuan perhatian masyarakat Barat. Tetapi objektif kewujudan keduanya adalah sama iaitu menanamkan hak kesamaratan agama dan kebersamaan nilai-nilai murni dalam agama.

 

Aliran Global Theology

Aliran ini dipengaruhi oleh kajian sosiologi. Motif kewujudannya adalah untuk memenuhi tuntutan arus kemodenan dan globalisasi. Oleh kerana agama merupakan subjek penting di era globalisasi, tema agama sering dikaitkan secara khusus dalam kajian sosiologi agama. Ini dapat dibuktikan melalui hasil penulisan (Peter Bayer) “The Religion and Globalization”, (Akbar S Ahmed dan H. Donnan) “Islam, Globalization and Post Modernity” dan (James A Beckford dan Thomas Luckmann) “The Changing Face of Religion”. Secara keseluruhanya, aliran ini menganggap bahawa agama sebagai penghalang bagi program global.

Oleh itu, menurut Walters (1995) berpendapat konsep globalisasi dan kapitalisme perlu digunakan untuk mengurangkan atau bahkan menghapuskan kuasa dalam agama, politik, tentera dan lain-lain. Senario ini telah diterapkan dalam program global untuk menggalak semua pihak untuk bersikap terbuka dan bebas untuk menerima pelbagai ideologi dan nilai-nilai sosial dianggap “universal”.

Ekoran daripada perancangan Barat maka munculah seminar tentang dialog global etika, agama, dialog antara agama yang diadakan oleh Lembaga Dunia Agama-agama (World Council of Religions) dan institusi lain merupakan sebahagian daripada program globalisasi. Hasil daripada langkah tersebut Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di dunia ketiga mudah mendapat dana dalam membiayai aktiviti mereka. Bukti bahawa Barat berkepentingan dengan perkara ini dapat dilihat dari tema yang diangkat dalam Jurnal Dunia Islam, oleh tokoh mubaligh perintis Zwemmer  kelantangan 94 No.3, 2004 Journal of Mubaligh itu diterbitkan tema pluralisme agama dengan fokus pada dialog Islam Kristian.

Kaedah penyelesaian yang ditawarkan aliran ini berdasarkan motif sosiologi dengan konsep dunia tanpa batas geografis kultural, ideologis, teologis, kepercayaan dan lain-lain. Ia bermaksud identiti kultural, kepercayaan dan agama harus dilebur atau disesuaikan dengan zaman moden. Kelompok ini yakin bahwa agama-agama itu berevolusi dan nanti akan saling mendekat yang pada akhirnya tidak akan ada lagi identiti agama-agama apalagi perbezaan antara satu agama dengan lainnya. Agama-agama itu kemudian akan melebur menjadi satu teologi yang disebut teologi global (global theology).

 

Aliran Transenden

Pendekatan berbeza dari motif aliran pertama yang diwarnai pendekatan sosiologi. Motif aliran kedua yang didominasi oleh pendekatan filosofi dan teologi Barat. Kalangan filosof dan teolog menolak arus modernisasi dan globalisasi yang cenderung mengetepikan agama itu dengan berusaha mempertahankan tradisi yang terdapat dalam agama-agama itu. Perbezaan aliran pertama memakai pendekatan sosiologis, sedangkan yang aliran kedua memakai pendekatan religious filosofis.

Kaedah penyelesaian yang ditawarkan oleh aliran kedua adalah pendekatan religious filosofis dan membela eksistensi agama-agama. Bagi kelompok ini agama tidak boleh diubah begitu saja dengan mengikuti zaman globalisasi, zaman moden ataupun post-moden yang telah meminggirkan agama itu. Agama tidak boleh dilihat hanya dari perspektif sosiologis ataupun pakar sejarah dan tidak pula dihilangkan identitinya. Kelompok ini lalu memperkenalkan pendekatan tradisional dan mengangkat konsep-konsep yang diambil secara parallel dari tradisi agama-agama.

Perjumpaan dialog antara ketua agama

Salah satu konsep utama kelompok ini adalah konsep sophia perrenis yang diterjemahkan kedalam bahasa Hindu menjadi Sanata Dharma atau ke dalam bahasa Arab menjadi al-Íikmah al-khÉlidah. Konsep ini mengandung pandangan bahawa di dalam setiap agama terdapat tradisi-tradisi sakral yang perlu dihidupkan dan dipelihara secara adil, tanpa menganggap salah satunya lebih superior dari pada yang lain. Agama bagi aliran ini adalah bagaikan “jalan-jalan yang menghantar ke puncak yang sama” (“all paths lead to the same summit). Aliran kedua ini mencetuskan idea kesatuan transenden agama-agama (Transcendent Unity of Religions). Pengasas awalnya Fritjhof Schuon yang diilhamkan oleh Rene Guenon.

 

“ Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.(QS.Ali Imran(3):85).

Bersambung Bahagian Tiga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s