BUKTI IDEOLOGI PLURALISME DAN LIBERALISME : BEAUTIFUL AZAAN IN A CHURCH USA

Subhanallah….sedap dan sayup bila kita mendengar azan dilaungkan. Tapi sayang ya…, niat muazzin tidak kesampaian kerana ia dikumandangkan di dalam gereja bukan di dalam masjid. Niat yang baik tetapi diadakan pada majlis yang salah. Amat mendukacitakan kita sebagai umat Islam. Apa tidaknya, azan dilaungkan bagi satu majlis dialog antara agama di sebuah gereja di US. Terdapat wakil-wakil agama yang dipercayai menjalankan cara sembahyang mengikut agama masing-masing terdiri daripada Kristian, Jews dan Islam mengikut giliran sambil diletakkan bunga di atas kerusi sebagai simbol keamanan. Inilah BUKTI nyata bahawa umat Islam telah termakan umpanan puak-puak yang mendokong ideologi PLURALISME dan LIBERALISME dalam beragama. Na’uzubillah….minta dijauhkan umat Islam di Malaysia terikut-ikut dengan ideologi ini….Amin…

 

Vodpod videos no longer available.

BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 5 : STRATEGI JANGKA PANJANG

Hari ini kita mendengar istilah pluralisme seperti mendengar istilah multiculturalisme dan diversity (kepelbagaian). Pluralisme menjadi satu ungkapan atau penyataan yang mengharapkan kehidupan yang lebih harmonis, toleran, saling menghormati dan mengiktirafi di antara kelompok-kelompak yang berlainan bangsa, agama dan bahasa termasuk juga kecenderungan politik, orientasi seksual dan peganggan kebudayaan. Pluralisme sebagai satu konsep pada hari ini semakin kukuh dan disebut ramai dan dijadikan impian agar ianya direalisasikan dengan segera.

Teras Pluralisme

Apakah teras-teras utama di dalam pluralisme?

  1. Pluralisme adalah hak dan dipertanggungjawabkan sesama kita (manusia),
  2. Pengiktirafan bahawa semua manusia sesama kita,
  3. Kepelbagaian sebagai fitrah sosial dan menafikan ia bererti kita menafikan realiti kehidupan,
  4. Kebersamaan universal dan rencaman hidup, dan
  5. Keterbukaan minda dalam menyuburkan doktrin pluralisme.

Strategi Pluralisme

Untuk menerapkan doktrin pluralisme, ianya memerlukan perancangan berhemah dalam berbagai segi kehidupan manusia seperti berikut (Singapore : Centre for Research on Islamic and Malay Affair; World Bank, 2003): 

  1. Pluralisme mestilah dijadikan tema dalam perancangan pendidikan di dalam mata pelajaran  sejarah, pengajian sosial dan bahasa. Anologinya, peringkat sekolah rendah dan menengah, tema pembelajaran mestilah menerapkan peripentingnya pluralisme dalam kehidupan seharian. Peringkat Universiti subjek pluralisme dibahaskan akan falsafah dan mencari jalan untuk menyelesaikan kebuntuan yang menggagalkan perlaksanaanya,
  2. Penerapan idea pluralisme ke dalam modul mata pelajaran atau kurikulum secara sistematik dan bijaksana agar nilai-nilai universal ini dapat dijadikan asas kepada penjajahan minda pelajar,
  3. Perbincangan secara ilmiah di kalangan kelompok cendekiawan yang menyokong nilai-nilai pluralisme di peringkat setempat, negeri atau antarabangsa bersama pendokong doktrin pluralisme, dan
  4. Perbahasan secara dailog antara agama di kalangan ketua-ketua agama  dapat menyuburkan idea doktrin pluralisme dan diversity. Tujuan ia diadakan adalah sebagai satu forum untuk mencari penyelesaian isu-isu berkaitan kepercayaan dan amalan sesuatu agama melalui rundingan, tawar-menawar (toleransi) dan kata putus terhadap sesuatu berasaskan agama.

 

Nota :

“Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“.

 (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

 Bersambung Bahagian Keenam