SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 9 : KENALI HASHEMFILMS

Abdullah Hashem - Pengasas HASHEMFILMS

Apakah Hashemfilms? Dan siapakah Abdullah Hashem? Dalam siri ini kita akan diperkenalkan dengan seseorang yang dedikasi dan komitat dalam menjalankan kajian dan penyiasatan berkaitan DAJJAL dan FREEMASON. Abdullah Hashem merupakan seorang lagenda youtube yang membuat sebuah siri yang mengkagumkan di youtube. Hasil kerjanya merupakan antara siri yang paling benar faktanya dan mampu mengubah kehidupan dan persepsi seseorang di internet. Bagi penonton yang telah mengikuti segala hasil kerjanya akan tahu apa sebenarnya yang saya perkatakan tentangnya. Untuk mereka yang pertama kali mendengarnya, di sini saya berikan seba ringkas mengenai HASHEMFILMS.

Namanya ABDULLAH HASHEM, seorang pengarah filem. Beliau seorang yang komitat dalam memburu dan mendedahkan SISTEM DAJJAL bersama beberapa rakan seperjuangan di seluruh Amerika Syarikat. Mereka mengumpul RAHSIA daripada orang-orang tertentu dan menemui penemuan-penemuan yang memeranjatkan tentang DUNIA KEHIDUPAN golongan elit dan yang ghaib. Mereka telah menyelinap masuk ke dalam DUNIA HOLLYWOOD dan NEW YORK untuk mendedahkan sistem manipulasi dan magik yang dipanggil TV.

Klip video ini akan menceritakan peranan Hashemfilms dan rakan-rakan seperjuangannya dalam memperjuangkan kebebasan minda dan memerdekakan jiwa di kalangan manusia seluruh dunia. Di akhir klip ini, Abdullah Hashem menyeru kepada semua yang menonton hasil kerjanya agar memuat-turun dan menyebarkan MESEJ ini kepada masyarakat sekeliling kita. Insya’allah…

Vodpod videos no longer available.

76 Karakter Yahudi Dalam Al-Quran

Siapakah Seorang Yahudi?

Ia merupakan satu perdebatan agama, sosial dan politik pada definisi tepat bagaimana seseorang dipertimbangkan sebagai seorang Yahudi. Frasa Hebrew Mihu Yehudi (“?מיהו יהודי”, “Siapakah Seorang Yahudi?”) diguna pakai secara meluas apabila beberapa kes undang-undang terkenal di Israel bergelut dengan perkara ini selepas pembentukan negara yahudi tersebut pada 1948. Oleh kerana Judaism berkongsi beberapa ciri sesuatu etnik dan satu agama, definisi seorang Yahudi berubah-ubah, bergantung samada satu pendekatan agama, sosiologi, etnik kepada sesuatu identiti itu digunakan. Persoalan ini telah dibawa bukan sahaja di dalam komuniti Yahudi, tetapi juga pihak luar yang cuba untuk memahami dan/atau membuat peraturan dengannya.

Menurut kebanyakan takrif, Yahudi ialah seorang yang dilahirkan kepada sebuah keluarga Yahudi, atau menjadi salah satunya melalui pemelukan agama Yahudi. Perdebatan berkisar pada sebilangan soalan yang berikut:

  • Perdebatan kacukan mencuba mengenal pasti keadaan yang seorang kacukan harus dianggap sebagai orang Yahudi, serta keadaan sebaliknya.
  • Perdebatan tentang pemelukan agama bertumpu kepada prosesnya dalam percubaan untuk menentukan mana satu pemelukan boleh dianggap sebagai sah, dan sebaliknya.
  • Perdebatan keadaan kehidupan menumpukan perhatian pada perbuatan-perbuatan seseorang (seperti masuk agama lain) atau keadaan kehidupan mereka, umpamanya ketaksedaran bahawa mereka berketurunan kacukan Yahudi, yang boleh menjejaskan status Yahudinya.

Namun begitu, definisi sebenar YAHUDI akan terjawab semuanya dalam kitab al-Quran al-Karim. Karektor dan tingkah laku serta amalan seharian mereka semuanya diterangkan sejelas-jelasnya.

76 Karakter Yahudi Dalam Al-Quran AllahTaala telah menceritakan didalam Al-Quraan tentang kemuliaan dan kehinaan bangsa Yahudi. Didalam alquraan juga allah menceritakan sebanyak 76 karakter yahudi dalam alquraan. Bagaimanakah karakter mereka? 1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41). 2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42). 3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48). 4. … Read More

via Rencah Alam

ADAKAH PENGASAS PENGAKAP AHLI FREEMASON?

Sejarah Pengakap

Lord Baden Powell – Bapa Pengakap

Pengakap merupakan persatuan unit berunifom paling popular di peringkat sekolah. Ini kerana ia telah dikategorikan sebagai aktiviti ko-kurikulum sekolah sejak di peringkat sekolah rendah. Unit ini terbahagia kepada tiga keahlian iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Dewasa. Walaupun setiap peringkat mempunyai gaya, penampilan dan peraturan yang tersendiri tetapi ia masih terikat dengan objektif sedia ada pengakap.

Di Malaysia, kedatangan pertubuhan Pengakap adalah seawal tahun 1910 sebelum Perang Dunia Pertama. Kemudian, ia berkembang dengan pantas di seluruh Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang dan Selangor (1910), Sabah (1913), Sarawak (1915), Kedah (1922), Perak, Melaka dan Negeri Sembilan (1926), Terengganu dan Kelantan (1927), Johor (1928) dan Perlis (1931).

Pengasas Pengakap

Terdapat banyak pertikaian sama ada pengasas Pengakap Sedunia iaitu Lord Baden Powell seorang ahli Freemason? Persoalan ini turut menghantui ahli Freemason sendiri terhadap status beliau. Pertubuhan Freemason di Kanada iaitu “Grand Lodge of British Columbia and Yukon” telah mengeluarkan artikel tentang Lord Baden Powell serta identiti Freemasonnya. Berdasarkan kepada artikel tersebut, Powell bukan ahli Freemason berasaskan kepada pengakuan isterinya iaitu Lady Olive Baden Powell. Namun begitu, isteri Powell menegaskan bahawa anggota keluarga mereka yang menyertai Freemason adalah adik iparnya iaitu Major David Baden Powell.

Di sebalik penafian tersebut, sebuah lodge Freemason yang berteraskan Pengakap iaitu “The Scout Lodge” telah mendakwa bahawa Baden Powell MEMANG AHLI FREEMASON. Kenyataan ini diakui oleh isterinya sendiri Lady Olive dan anak mereka, Betty.

Unsur Freemason Dalam Ikrar Pengakap

Hasil perbandingan kajian mendapati Baden Powell telah menyerapkan unsur-unsur Freemason ke dalam Pertubuhan Pengakap pada bahagian IKRAR SETIA ahli. Pendedahan ini dibuat oleh Bro. George W. Kerr dari The Scout Lodge melalui laman web rasmi mereka. The Scout Lodge adalah cawangan organisasi Freemason yang ditubuhkan oleh ahli-ahli Pengakap.

Ikrar Pengakap   :    Promise duty of God,

Sedunia                       Accepted loyalty to the Queen,

                            Help other people at all time.

Ikrar Freemason :  Beleived in Suprame Being,

                            Obey the Laws of God an Man,

                                         Extend Charity and Brotherly Lovde. 

Penjenamaan Semula Pengakap

Walaupun di dalam aktiviti Pengakap terdapat banyak ilmu-ilmu yang berguna kepada kita seperti kaedah mengikat tali, teknik perkhemahan, pembuatan gadget dan sebagainya, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita menyerap masuk seratus peratus BUDAYA PENGAKAP tanpa menapisnya terlebih dahulu. Mungkin ada di antara kita mengatakan “ambil yang elok, yang tidak elok jangan tiru”, hujah ini tidak kukuh untuk dijadikan alasan untuk kita mengguna pakai keseluruhan budaya Pengakap.

Jika alasan ini digunakan, ia bukan sahaja sesuai untuk Pengakap malah golongan yang tidak faham agama juga akan mengambil kesempatan menggunakan alasan yang sama untuk menerapkan budaya songsang seperti Black Metal dan Punk. Kita perlulah merombak kembali intipati Pengakap dengan memberikan Penjenamaan Semula mengikut ACUAN dan SOSIO-BUDAYA MALAYSIA.

FAHAMAN PLURALISME WAJAR DITENTANG

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 15 Disember 2010

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Golongan yang mempertikaikan  kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick. Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad. “Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia.

“Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat, katanya.

John Hick

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Mengulas lanjut Muhammad ‘Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka. Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.

“Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak,” katanya lagi. Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia. Di dalam kertas kerjanya Muhammad ‘Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut.

“Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi’ serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.

“Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti,” katanya.

Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.

“Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ,” ujarnya.

Oleh : SAIFULIZAM MOHAMAD & SHOLINA OSMAN

             pengarang@utusan.com.my

RAHSIA MEKAH : NOMBOR 1.618 – KEAJAIBAN ALLAH

Kota Mekah

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

Dalam klip video ini, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu “NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618“.

Keunikan Manusia

Selain itu, nisbah ini juga digunakan pada piramid di Mesir dan pada rekaan pelbagai binaan struktur bangunan yang terkenal. Seorang Astronomer bernama Kepler menyatakan bahawa nombor ini boleh diumpamakan sebagai HARTA yang sangat berharga. Manakala Dr. Steven Markout, Pakar Estetika pula telah membuktikan hasil kajiannya selama 25 tahun bahawa setiap RUPA dan BADAN manusia dihasilkan dengan menggunakan nisbah ini dianggap CANTIK oleh setiap orang di dunia ini. Ini kerana jika sebarang bentuk mempunyai nisbah aspek 1.618, nescaya bentuk ini akan menjadi NISBAH EMAS – REKABENTUK SEMPURNA (PERFECT DESIGN). Anologinya, ukuran pada wajah manusia di mana kedudukan ukuran mulut ke dagu, mulut ke hidung dan ukuran pada tangan manusia di mana ukuran nisbah pangkal tangan ke sendi, sendi ke tapak tangan semuanya didapati menggunakan nisbah 1.618.

Dimanakah Titik Nisbah Emas Di Bumi?

Hasil kajian mendapati “The World’s Golden Ratio Point” berdasarkan kepada nisbah 1.618 terdapat di bumi. Ia dapat dibuktikan dengan nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Utara serta nisbah jarak antara Mekah dan Kutub Selatan yang didapati menggunakan nisbah 1.618. Jika dirujuk kepada kedudukan Mekah di dalam peta didapati kedudukan lokasinya berada di latitude yang menunjukkan Kota Mekah. Kalau diukur pula nisbah jarak Mekah ke arah Timur dan Barat yang ditentukan oleh garis solstis, ia masih menunjukkan Kota Mekah. Subhanallah…..

Semua bukti-bukti ini menunjukkan kepada kita bahawa Pencipta Alam dan Metametik adalah SATU tuhan yang SAMA iaitu ALLAH S.W.T……

Vodpod videos no longer available.

BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 11 : KESIMPULAN (AKHIR)

Pluralisme Agama Sejagat

Secara dasarnya AGENDA PLURALISME AGAMA telah berkembang di dalam negara kita melalui pelbagai idea dan perspektif yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu. Namun begitu, kita haruslah merujuk kepada perspektif Islam di mana manusia diajar supaya beriman dan menyembah Allah S.W.T sahaja dan bukan tuhan-tuhan yang lain selainNya (Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa’ (21): 25, Surah Al-A’raaf (7): 59,73, dan Surah Al-Ikhlas (112):1-4). Ini selaras dengan maksud yang dilafazkan dalam ungkapan syahadah lı ilıha illallıh (Tiada tuhan lain selain Allah). Maka prinsip asas yang perlu diberi perhatian dalam konteks agama majmuk ini adalah bahawa Islam sahaja agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T sepanjang sejarah kronologi umat manusia (Al-Quran, Surah Ali Imran (3):1). Namun begitu, Islam tetap mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dan sistem kepercayaan lain di alam ini. Malahan Islam memberi kebebasan beragama kepada manusia (Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2):256).

Namun dari perspektif kebenaran, hanya Islam merupakan agama yang benar dan satu-satunya agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia. Sebab itulah, Allah S.W.T tidak akan sekali-kali menerima agama lain selain Islam berdasarkan kepada firmanNya dalam Al-Quran, Ali Imran (3):85 yang bermaksud: dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Orang Islam pula diajar supaya mengambil pendirian dan berkata seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, Surah Al-Kafirun (109):1-2, yang bermaksud katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Kesimpulan

  1.  Pengiktirafan dan toleransi yang dianjurkan oleh ajaran Islam terhadap agama-agama lain tidak sama sekali bermaksud ISLAM TURUT MENGIKTIRAF AGAMA-AGAMA LAIN SEBAGAI JALAN YANG BENAR.
  2. Hujah-Hujah dari golongan sufi, seperti Syed Hossein Nasr, Jaluddin al-Rumi , Ibn Arabi, dan sebagainya perlu dilihat dengan lebih mendalam. Ini kerana, seperti yang kita maklum, pemahaman dan pandangan dari sudut sufi berbeza dan tidak boleh dinilai dengan menggunaan logik oleh orang awam. Anologinya, Seyyed Hossein Nasr (ahli sufi moden yang menyokong Pluralisme Agama) menegaskan bahawa kefahaman berkaitan Pluralisme Agama khususnya yang dimaksudkan dalam peringkat persamaan agama di peringkat “esoteric” ini adalah bersifat elitism (tidak dimaksudkan kepada semua orang). Ia adalah hanya kepada mereka yang memiliki kemampuan tertentu untuk membiasakan diri dan memahami dari dimensi “esoteric” (dalaman sesuatu agama). Ini menunjukkan Nasr juga menekankan dan mendakwa bahawa hujah dan pemahaman dalam hal ini adalah boleh digunakan dan diterima oleh golongan tertentu (para pengkaji kerohanian) ( Adnan Aslan 1994:115-116).
  3. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendalah berhati-hati dengan pemahaman Pluralisme Agama ini kerana secara tidak langsung pada masa ini ia banyak mengancam akidah umat Islam itu sendiri termasuk di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak (Sila rujuk BAHAGIAN 4 : PENGARUH PLURALISME AGAMA DI MALAYSIAcuba lihat tuntutan dari pelbagai pihak yang berkaitan dengan hak keistimewaan agama Islam).
  4. Senario yang lebih mengkhuatirkan masa kini ialah terdapat sebahagian pendukung fahaman ini adalah terdiri dari golongan Intelektual Muslim sendiri. Justeru itu, setiap hujah yang digunakan atau digunakan khususnya dalam hal keagamaan mesti kembali dinilai kepada al-Quran dan al-Sunnah dan golongan yang diberikan kuasa dalam hal ini.
  5. Perlu diingat, Islam bukan agama yang Jumud dan bersifat mengongkong. Sebaliknya kita harus mengambil perhatian bahawa di dalam ajaran Islam, ada perkara yang thabat (tetap) dan ada yg murunah. Jadi tidak semua boleh diubah suai ikut peredaran zaman sesuka hati dan perubahan yang hendak dilakukan mesti selaras dengan kaedah dan syarat dalam ajaran Islam itu sendiri.

Wa’allahualam…..

SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 8 : BUKTI-BUKTI MENGEJUTKAN TENTANG FIRAUN

Bahagian ini akan memberikan pendedahan kepada kita tentang bukti-bukti mengenai kewujudan Firaun. Jika dalam Bahagian 7, kita membincangkan kewujudan pemerintahan Firaun dan juak-juaknya. Dalam bahagian kita akan didedahkan bagaimana KONSEP FIRAUN diterapkan dalam senibina dalaman bangunan sebagai simbol penyembahan kepada FIRAUN dan tuhan-tuhan IDOLA mereka.

Checker floor

Marilah kita mempelajari dan memahami maksud “mata yang MELIHAT” ukiran BURUNG atas kepada patung. Kamu tahu bahawa mereka tidak menyembah tuhan yang sebenar. Oleh itu, SIAPA atau APAkah Tuhan yang mereka sembah?  Dalam klip video ini kita akan ditonjolkan yang Simbol Masyhur yang menjadi identiti kepada juak-juak DAJJAL iaitu “FREEMASONS”. Anologinya, penggunaan dua TIANG dan lantai bercorak HITAM dan PUTIH.

Vodpod videos no longer available.

Tembok Ya’juj Ma’juj terbuka?

Tembok Ya'juj Ma'juj terbuka! Saya telah melewati halaman menceritakan pendapat Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib. Cerita sensasi ini sangat menarik dan seperti cerita Superman. Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia” daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana … Read More

via Cetusan Hati

KONSPIRASI DUNIA – MAKHLUK ASING

Kewujudan makluk asing (Alien) adalah sebagai sandiwara juak-juak Dajjal Manjal yang mahu menimbulkan “sense of glory” kepada tuan mereka Antichrist (DAJJAL). Bacalah petikan artikel ini untuk tujuan menambah ilmu di dada.

KONSPIRASI DUNIA - MAKHLUK ASING KONSPIRASI DUNIA – MAKHLUK ASING KEBENARAN YANG SEBENAR Based on MistisFiles article “Alien” Writer : MistisFiles Photo/Editor : MacJay.Net Bila bercakap tentang UFO, perkataan ‘alien’ atau makhluk asing pasti dikaitkan sama. Soalannya sekarang, siapakah sebenarnya ‘alien’ itu?. Adakah ‘alien’ ini benar-benar datang dari planet lain, galaksi yang lain? Mengapa mereka digambarkan lebih bijak dari manusia dan memiliki teknologi yang amat hebat? Ben … Read More

via Cetusan Hati

BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 10 : PANDANGAN ISLAM TERHADAP PLURALISME

 

al-Quran

Propaganda fahaman pluralisme agama yang semakin hari semakin hebat telah dilakukan di negera-negara Islam merupakan masalah serius yang perlu ditanggani secara serius. Adalah penting bagi setiap orang Islam untuk mengetahui agenda dan hala tuju hendak ke manakah pluralisme agama itu sebenarnya. Namun begitu, adalah lebih afdal lagi jika orang Islam lebih memberikan tumpuan untuk memahami dan mendalami ajaran Islam khususnya yang berkaitan dengan status agama-agama lain. Menurut Dr. Syamsuddin Arif (2010) terdapat beberapa pandangan Islam telah diberikan kepada PLURALISME AGAMA

  • Pertama, dalam aqidah Islam telah disepakati oleh semua kaum Muslimin bahawa tidak ada di muka bumi ini suatu agama yang benar kecuali agama Islam, yang ajarannya membatalkan ajaran agama-agama sebelumnya. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al‘Imran 85;

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَالإِسْلاَمِ دِيْنًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فيِ الآخِرَةِ مِنَالخَاسِرِيْنَ

“Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”

  • Kedua,  hukumnya menyakini bahawa setiap orang bukan Islam (non-Muslim), sama ada dia itu Yahudi, Nasrani dan selain mereka itu adalah KAFIR dan bakal jadi penghuni NERAKA, sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Bayyinah 1 dan 6:

لَمْ يَكُنِ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِوَالْمُشْرِكِيْنَ مُنْفَكِّيْنَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ…

إِنَّ الَّذِيْنَكَفَرُوْا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِيْنَ فِيْ نَارِ جَهَنَّمَخَالِدِيْنَ فِيْهَا أُوْلَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

“Orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik itu tidak akan meninggalkan agamanya sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata. …Sedang orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruknya mahluk”.

  • Tambahan pula terdapat hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Demi Dia yang jiwaku ada di TanganNya, tidak seorangpun dari umat manusia yang mendengar [seruan]ku, Yahudi maupun Nasrani, kemudian mati dan belum/tidak beriman dengan ajaran yang aku bawa melainkan dia menjadi penghuni neraka”:

وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَيِسْمَعُ بِيْ أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُوْدِيٌّ وَلاَ نَصْرَانِيٌّ ثُمَّيمُوْتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِيْ أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِالنَّارِ

  • Ketiga, WAJIB hukumnya bagi seorang Muslim menyakini bahawa Taurat dan Injil itu telah dimansuhkan oleh al-Quran al-Karim, dan bahawa kedua kitab tersebut telah diubah, diselewengkan, ditambah dan dikurangi, sebagaimana jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Maidah 13:

“Namun karena mereka melanggar janji, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka memindahkan firman Allah dari tempat-tempatnya, dan mereka juga melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya”:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيْثَاقَهُمْلَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوْبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُوْنَ الْكَلِمَ عَنْمَوَاضِعِهِ وَنَسُوْا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوْا بِهِ

  • Terakhir, berdasarkan prinsip-prinsip ‘Aqidah dan Syari‘at Islam di atas, maka propaganda pluralisme agama, pendekatan agama-agama dan peleburan agama-agama adalah amat halus. Tujuannya mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil, merosak sendi-sendi ajaran Islam, dan menyeret pemeluknya ke arah permurtadan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah 217:

“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu [kepada kekafiran] andai kata mereka mampu”.

وَلاَ يَزَالُوْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوْكُمْ عَنْ دِيْنِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوْا

 Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa’ 89:

“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama [dengan mereka]:

وَدُّوْا لَوْ تَكْفُرُوْنَ كَمَا كَفَرُوْا فَتَكُوْنُوْنَ سَوَآءً .

Akhirnya dapat kita simpulkan bahawa Pluralisme Agama itu suatu doktrin, ajaran, ideologi, aqidah, keyakinan dan way of life yang mengakui semua agama adalah sama dan setara, sama benar, otentik, valid, dan merupakan jalan keselamatan yang baik. Maka terang sekali bahawa pluralisme ini tidak mungkin diterima oleh orang Muslim kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam yang tertera di dalam kitab suci al-Qur’an dan Sunnah/Hadits Rasulullah S.A.W.

Bersambung Bahagian Kesebelas