MANGALITSA, MANGALITZA, MANGALICA – APAKAH BENDANYA?

Mangalitsa Mangalitza Mangalica (Babi Biri-Biri)

Pengenalan

Semua orang mengetahui kain “wool” terhasil adalah dari bulu kambing biri-biri. Namun begitu, percaya atau tidak terdapat haiwan lain selain biri-biri yang berupaya mengeluarkan bahan mentah (bulu) untuk menghasilkan “wool”? Jawabnya Ya! namanya babi berbulu biri-biri. Kalau diamati dari jauh, memang babi ini nampak seperti biri-biri. Tetapi bila terdengar sahaja bunyi suaranya, anda barulah menyakini ia adalah babi yang dipanggil Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica.

Mangalitsa Mangalitza Mangalica

Istilah Mangalitsa (US), Mangalitza (UK) dan Mangalica (Hungry) adalah nama saintifik yang dipanggil merujuk kepada nama satu spesis binatang yang sama iaitu “Babi Berbulu Biri-biri“. Di Hungary dan Balkan babi ini dikenali juga sebagai “Hog kerinting rambut”. Asal baka babi ini adalah dari baka Eropah yang mempunyai lemak jenis unimproved (Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang mempunyai pertalian terus dengan spesis babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu ‘bulu’, yang serupa dengan yang seekor kambing. Baka babi lain yang mempunyai bulu yang panjang adalah jenis “Lincolnshire Curly Coat of England”. Sebelum ini Mangalitsa diternak untuk mendapatkan lemak babi.  Disebabkan permintaan yang kurang terhadap lemak, populariti baka ini  telah merosot dan kini dianggap sebagai “baka jarang”. Oleh kerana Mangalitsa menghasilkan terlalu banyak lemak dan kurang daging maka baka ini telah beransur-ansur digantikan dengan baka moden.

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Bulunya sesuai dijadikan pakaian dan keperluan harian

Kronologi Mangalitsa, Mangalitza dan Mangalica

Mangalitsa berambut perang terhasil daripada percantuman genatik (crossed) di antara babi Hungarian (Bakonyi dan Szalontai) jenis tahan lasak dengan baka Šumadija yang berasal dari Serbia sejak tahun 1833. Dan kemudiannya diusahakan oleh penyelidik seperti  Alföldi atau Croatia Siska dan Syrmien. Pembangunan dan penyelidikan ini diteruskan di Hungary pada awal abad ke 19. hasil penyelidikan mendapati spesis babi ini cepat berkembang bagi mendapatkan “fat-type” tanpa memerlukan apa-apa penjagaan khas. Pada tahun 1927, National Society of Fat-Type Hog Breeders (Mangalicatenyésztők Országos Egyesülete) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki baka babi ini.

Mangalitsa adalah baka babi yang paling menonjol di rantau Balkan sehingga 1950 (terdapat 30,000 babi jenis ini di Hungary pada tahun 1943). Semenjak populariti dan populasi Mangalitsa berkurangan, ia telah mengakibat kenaikan harga makanan yang tinggi. Kini, pemilikan Mangalitsa telah menjadi trend dan hobi yang popular. Pada 17 Mac 2006, Mangalitza telah diimport dari Austria ke UK di mana ia telah berdaftar dengan British Pig Association  (BPA) dan baka ini dikekalkan mengikut perbincangan BPA Mangalitza Herd Book.

Barangan Keperluan Harian

Secara jujurnya, saya amat bimbang jika bulu babi ini digunakan sebagai bahan tenunan, jahitan atau bungkusan kepada barangan keperluan harian kita. Bayangkanlah jika bulu ini dibuatkan pakaian, sudah tentu kita sebagai orang Islam akan sentiasa berada di dalam keadaan najis (kotor). Lebih parah lagi, jika bulu ini dijadikan permaidani, sejadah, kopiah dan lain-lain kegunaan umat Islam. Senario ini bukan sahaja menjadikan umat Islam dalam kekeliruan malahan seperti mempersendakan kesucian agama Islam secara halus.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak bertanggungjawab seperti Jakim, Jabatan Vateriner dan lain-lain agensi kerajaan supaya dapat membuat pemantauan yang komprehensif dan bersepadu untuk menghalang semua produk berasaskan babi Mangalitsa, Mangalitza atau Mangalica dari memasuki pasaran negara samada ianya berbentuk barangan keperluan harian atau ternakan.

Vodpod videos no longer available.

SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 11 : ILMU HITAM MUZIK

Kawalan Minda Melalui Media

Dewasa kini terdapat banyak alat (mekanisme) yang digunakan untuk mengekalkan SISTEM DAJJAL telah diguna pakai oleh juak-juak yang mendokong fahaman Illuminati. Dalam klip video pada kali ini, kita akan membincangkan tentang sebuah mekanisme yang paling berkesan yang dikenali sebagai “The Indoctrination of The Masses Through The Media” atau dengan bahasa mudah iaitu pengaruh lagu-lagu melalui Media. Anologinya, penyampaian WARTA BERITA yang memaparkan banyak MESEJ yang jelas ditujukan kepada kita saban hari.

Selain daripada berita, mesej-mesej lain yang mempengaruhi kehidupan seharian kita tanpa kita sedari ia memainkan peranan penting membentuk MINDA kita ialah lagu-lagu, iklaneka, wayang, kartun dan rancangan tv. Semua ini terkandung di dalam metode yang digunakan oleh juak-juak Dajjal yang dipanggil “Undoctrinating Message”. Kebiasaannya mesej ini akan disampaikan oleh selebriti-selebriti secara perlahan-lahan samada mereka sedar atau di bawah sedar dalam lagu-lagu, tarian, talk show dan rancangan tv. Ini kerana mereka merupakan IDOLA kepada pengikut atau peminatnya untuk mencontohinya berdasarkan kepada konsep “Idols for Followers”. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan oleh juak-juak Dajjal adalah mengawal selebriti-selebriti ini dan industri yang terlibat. Natijahnya mereka akan memperolehi satu mekanisme yang ampuh dan berkesan untuk menguasai minda pengikutnya secara total.

Senario ini telah berlaku sejak tahun 60’an lagi melalui pendekatan “Idol Worship of The Past” iaitu penyembahan idola terdahulu seperti Firaun, Horus dan Ra atau “Idol Worship of Today” melalui penyembahan idola masa kini seperti selebriti, iklaneka dan filem. Hashemfilms menerangkan bahawa terdapat 2 tahap berbeza berkaitan penerimaan MESEJ kepada penonton umum yang tidak sedar (unaware audience) samada melalui mesej yang disampaikan amat jelas atau mesej yang mempunyai makna yang lebih mendalam di sebalik produksi media yang dimiliki atau dikawal oleh juak-juak Dajjal.

Manipulasi Lagu

Bolehkah mesej-mesej Illuminati diaplikasikan di dalam lagu? Sudah tentu BOLEH! Terdapat sesetengah lagu cinta nampaknya seperti ditujukan kepada kekasih. Tetapi apabila dikaji dan diteliti, lagu tersebut diabadikan kepada Dajjal secara terus tanpa disedari oleh kita. Marilah kita meneliti 2 lirik lagu iaitu “I’m A Slave 4 U” yang dinyanyikan oleh Britney Spears dan lagu “Frozen” pula dinyanyikan oleh Madonna.

Britney Spears Ikon Remaja

I’m A Slave 4 U

I know I may be young, but I’ve got feelings too.
And I need to do what I feel like doing.
So let me go and just listen.

All you people look at me like I’m a little girl.
Well did you ever think it be okay for me to step into this world.

Always saying little girl don’t step into the club.
Well I’m just tryin’ to find out why cause dancing’s what I love.

Chorus :

Get it get it, get it get it (WHOOOA)
Get it get it, get it get it (WHOOOOOA)(Do you like it)
Get it get it, get it get it (OOOHHHH)(This feels good)

I know I may come off quiet, I may come off shy.
But I feel like talking, feel like dancing when I see this guy.

What’s practical is logical. What the hell, who cares?
All I know is I’m so happy when you’re dancing there.

I’m a slave for you. I cannot hold it; I cannot control it.
I’m a slave for you. I won’t deny it; I’m not trying to hide it.

Baby, don’t you wanna, dance upon me,
(I just wanna dance next to you)
To another time and place.
Baby, don’t you wanna, dance upon me,
(Are you ready)
Leaving behind my name, my age.
(Lets go)

Versi Bahasa Malaysia

Aku tahu aku mungkin muda, tetapi aku punya perasaan juga,
Dan aku perlu lakukan apa yang aku rasa perlu lakukan,
Oleh itu, izinkan aku pergi dan hanya mendengar,

Semua orang yang melihat aku seperti aku gadis kecil,
Jadi adakah kau pernah terfikir ia baik bagi aku untuk melangkah ke dalam dunia ini,

Sentiasa mengatakan gadis kecil tidak boleh melangkah ke dalam kelab,
Aku hanya mencuba untuk mengetahui apa menyebabkan aku suka menari,

Chorus:

Dapatkannya, ia mendapat (WHOOOA)
Dapatkannya, ia mendapat (WHOOOOOA) (Adakah kau suka)
Dapatkannya, ia mendapat (OOOHHHH) (merasa baik)

Aku tahu aku boleh tidak tenang, aku boleh tidak malu,
Tetapi aku rasa seperti bercakap, berasa seperti menari apabila aku melihat lelaki ini,

Apa yang praktikal ialah logik. Apa hal, siapa peduli?
Apa yang aku tahu adalah aku begitu gembira apabila kau menari di sana,

Aku seorang hamba untuk kau. Aku tidak boleh tahan; aku tidak dapat mengawal.
 Aku seorang hamba untuk kau. Aku tidak menafikan; Aku tidak cuba untuk menyembunyikan.

Baby, tidakkah kau mahu menari dengan ku,
(Aku hanya mahu menari di sebelah kau)
Pada masa dan tempat lain,
Baby, tidakkah mahu, menari dengan ku,
(Adakah kau bersedia)
Meninggalkan nama aku, umur ku,
(Mari kita pergi)

Madonna Duta Kabbalah Moden

Frozen

You only see what your eyes want to see,
How can life be what you want it to be,
You’re frozen,
When your heart’s not open,

You’re so consumed with how much you get,
You waste your time with hate and regret,
You’re broken,
When your heart’s not open,

Chorus:

Ommmmmm, if I could melt your heart,
Ommmmmm, we’d never be apart,
Ommmmmm, give yourself to me,
Ommmmmm, you hold the key,

Now there’s no point in placing the blame,
And you should know I suffer the same,
If I lose you,
My heart will be broken,

Love is a bird, she needs to fly,
Let all the hurt inside of you die,
You’re frozen,
When your heart’s not open,

Versi Bahasa Malaysia

Kau hanya melihat apa yang mata kau mahu melihat,
Bagaimana hidup boleh menjadi apa yang kau mahu,
Kau sedang beku,
Apabila hati kau tidak terbuka,
Kau mengimpikan berapa banyak kau dapat,
Kau membuang masa kau dengan benci dan menyesal,
Kau sedang dipecahkan,
Apabila  hati kau tidak terbuka,

Chorus:

Ommmmmm, jika aku boleh mencairkan hati kamu,
Ommmmmm, kita tidak mahu menjadi sebahagiannya,
Ommmmmm, berilah diri kamu kepada ku,
Ommmmmm, kau memegang kunci,

Sekarang tidak ada tempat dalam meletakkan kesalahan,
Dan kau harus tahu aku menderita sama,
Jika aku kehilangan kamu,
Hati aku akan hancur,

Cinta adalah burung, dia perlu terbang,

Biar semua kelukaan dalaman mati,
Kau sedang beku,
Apabila hati kau tidak terbuka,

Kadangkala dengan penampilan beberapa penyayi tertentu, mesej yang disampaikan adalah betul-betul berunsurkan kesyaitanan (SATANIC ONE) yang ditujukan kepada kita dari Dajjal dan juak-juaknya. Oleh itu, janganlah meletakkan terlalu banyak usaha dalam mencari makna-makna ini. Jikalau ia ada di situ, ia patut jelas kelihatan tetapi JELAS hanya kepada penonton yang sedar (Aware Viewer).

Saksikanlah klip video ini yang mendedahkan manipulasi lagu oleh juak-juak Dajjal melalui selebriti terkenal untuk menyerang minda dan jati diri kita agar lalai dan alpa dengan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/06/11/siri-pendedahan-dajjal-%e2%80%93-bahagian-10-pemerintahan-dunia-baru/

Vodpod videos no longer available.

AMBIGA PROKSI BARAT DIUPAH UNTUK MENGHURU-HARAKAN MALAYSIA

Siapa Ambiga

Icon keBERSIHan Nasional 2011

Rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk  Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya  mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Penganalisis politik  berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang  pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini  sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya. Ambiga Sreenevasan adalah seorang wanita hindu dan lahir pada tahun 1958. Dia adalah seorang peguam dan pernah menjadi presiden majlis peguam dari tahun 2007 hingga 2010. Kini beliau pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 yang akan merusuh di kuala lumpur pada 9 julai ini.

Itu latar belakang Ambiga, tapi tahu kah kita semua, beliau seorang yang anti Islam dan menyokong murtad di kalangan orang Islam, setiap kali dia kantoi dalam kerja-kerja memurtadkan orang islam, dia akan berselindung di sebalik perlembagaan persekutuan dan menggunakan berberapa akta dalam perlembagaan persekutuan untuk menghalalkan kerja-kerjanya. Di antara penglibatan beliau yang mencetuskan banyak kontoversi ialah :

  1. Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
  2. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum  syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan  kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam; dan
  3. Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos  2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun  mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap  meneruskan forum itu.
Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuainya.

International Women of Courage Award

Pemilihan penerima anugerah oleh Amerika Syarikat berdasarkan kepada manipulasi ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan telah menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa yang berprestij dari Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 9 Mac 2009. Ambiga adalah merupakan salah seorang di antara lapan wanita di seluruh dunia yang diiktiraf bagi keberanian yang luar biasa dan kepimpinan mereka dalam membela hak-hak wanita dan kemajuan. Dalam satu kenyataan, kedutaan Amerika Syarikat berkata Ambiga telah diberi penghormatan untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama di Malaysia.

“Datuk Ambiga telah muncul sebagai suara yang kuat untuk toleransi dan keadilan, dan telah memberi kesan langsung kepada pembaharuan kehakiman di Malaysia, yang menyumbang kepada pengukuhan peranan wanita dalam masyarakat sivil,” kata kenyataan itu.

Anugerah ini diberikan sempena Hari Wanita Antarabangsa 2009. Penerima lain ialah Veronika Marchenko (Rusia), Mutabar Tadjibayeva (Uzbekistan), Hadjkjatou Mani (Niger), Reem Al-Numery (Yemen), Norma Cruz (Guatemala), Suaad Abbas Salm (Iraq) dan Wazhma Frogh (Afghanistan). Kalau dianalisa secara terperinci didapati semua penerima anugerah datangnya dari negara-negara yang bergolak dari aspek kedaulatan negara, kecelaruan sistem ekonomi, peperangan dan masalah kelbagaian agama.

Kita sedia maklum, Amerika Syarikat merupakan negara yang sering mengambil kesempatan (manipulasi) terhadap kegawatan ekonomi dan keamanan sesebuah negara. Oleh itu, tidak hairanlah jika bantuan kewangan dan teknikal disalurkan kepada NGO yang sealiran dengannya untuk menggugat keselamatan negara. Kini, para pentadbir di White House tidak perlu risau berapa ramai tentera mereka yang akan mati bertempur demi menukar sesebuah pemerintahan negara. Cuma apa yang mereka perlu sediakan ialah mendapatkan kerjasama daripada rakyat marhaein (tali barut) yang mudah disogok dengan harta, takhta dan wanita

Barisan penerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2009


Kebebasan Asasi

Susulan isu semasa mengenai perhimpunan atau demonstrasi, mungkin ramai pembaca yang  sudah merujuk dan menghayati peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai  kebebasan asasi. Peruntukan yang paling berkaitan ialah Perkara 10(1)(b)  yang menyatakan, ‘Tertakluk kepada Fasal (2), 3 dan (4), semua warga negara  berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata’. Fasal 2(b) menjelaskan  mengenai kuasa Parlimen untuk ‘…mengenakan ke atas hak yang diberikan oleh  perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam’.

Slogan Anti BERSIH

Kebebasan untuk berhimpun begitu penting di dalam amalan demokrasi. Atas dasar itulah ia dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, seperti kita lihat peruntukan di atas, kita tidak harus lupa bahawa peruntukan yang sama mengiktiraf kuasa Parlimen untuk mengenakan sekatan kepada kebebasan ini sekiranya difikirkan ‘perlu atau suai manfaat’ kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Saya amat yakin mereka yang terdidik di dalam bidang undang-undang, terutama peguam memahami peruntukan ini – sama ada mengenai hak untuk berhimpun dan kuasa Parlimen untuk membuat sekatan yang ‘perlu dan suai manfaat’ kepada kepentingan keselamatan negara atau ketenteraman awam. Tetapi menerusi perbincangan dan pembacaan, saya agak sangsi sama ada mereka yang menyokong perhimpunan sebegini menghargai kuasa Parlimen dan juga maksud frasa keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya’ dan ‘ketenteraman awam’. Mungkin pada mereka, kebebasan untuk menyuarakan pendapat melalui perhimpunan tidak akan mengganggu keselamatan negara atau ketenteraman awam kerana mereka berjanji akan sentiasa patuh kepada undang-undang negara. Alangkah baiknya sekiranya ini benar.

Namun begitu, adakah janji seperti ini akan dapat meyakinkan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara? Ia agak mustahil. Pihak keselamatan tidak mungkin yakin dengan janji sebegini kerana perhimpunan sebegitu besar semestinya payah untuk dikawal. Cuba kita bayangkan sekiranya peserta perhimpunan ini yang mengawal keselamatan dan ketenteraman awam. Tidakkah mereka juga bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku?

Keselamatan Negara

Lautan manusia tidak mampu dikawal

Dari kacamata siapakah kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam perlu ditentukan? Siapakah sebaik-baik pihak yang patut menentukan sama ada kebebasan berkumpul ini akan mengancam keselamatan atau ketenteraman awam ataupun tidak? Sejauh mana orang awam mengetahui mengenai tahap ancaman dan juga tahap keselamatan negara. Mungkin benar orang awam boleh mengagak dan membuat andaian, tetapi mungkin tidak begitu tepat seperti mereka yang ahli. Sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal kerana perasaan fanatik peserta perhimpunan, saya percaya mereka akan menuding jari kepada pihak keselamatan negara. Sekiranya ini berlaku mungkin orang lain, terutama pihak keselamatan pula akan disalahkan. Mungkin perlu juga kita ketahui maksud dua frasa penting yang berkaitan. Apa maksud ‘keselamatan Persekutuan’ dan ‘ketenteraman awam’? Ini penting untuk difahami. Ia membolehkan kita membuat analisis mengenai maksud yang ingin dicapai oleh undang-undang ketika meletakkan sekatan ke atas kebebasan berhimpun.

Apa perlunya senjata disediakan dalam BERSIH, jika ia hanya bertujuan untuk provokasi

Secara umumnya kedua-dua frasa ini amat berkait rapat walaupun kita dapati tiada tafsiran undang-undang yang khusus mengenainya. Frasa ‘keselamatan negara’ menunjukkan keperluan untuk menjaga negara daripada ancaman aktiviti subversif (Black’s Law Dictionary, 1999, hlm. 821). Ketenteraman awam pula merujuk kepada keteraturan sistem kehidupan di kalangan khalayak awam untuk kebaikan mereka (Long et. al (1976) 2MLJ 133, hlm. 136). Ia mempunyai maksud yang sama dengan keselamatan awam (re Tan Boon Liat [1976] 2 MLJ 82, hlm.86).

Kekacauan kepada ketenteraman awam adalah berbeza daripada perbuatan melanggar undang-undang. Perbuatan melanggar undang-undang hanya membabitkan individu atau beberapa individu saja. Sekiranya perhimpunan dilakukan tanpa permit, ia adalah melanggar undang-undang. Tetapi, ia berbeza dengan perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam yang bermaksud perbuatan yang menjadikan persekitaran atau patologi tidak selamat di kalangan orang awam.

Sistem Perundangan

Ujian perundangan untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu hanya perlakuan melanggar undang-undang atau ia menjejaskan ketenteraman awam ialah, adakah perlakuan itu menyebabkan rasa tidak selamat orang awam atau kumpulan masyarakat yang berada di suatu tempat; atau adakah ia hanya membabitkan individu tertentu saja tanpa menjejaskan kestabilan atau ketenteraman awam. Sekiranya perlakuan itu hanya mengganggu seorang atau beberapa individu saja, ia hanyalah perbuatan melanggar undang-undang. Sekiranya ahli masyarakat tidak dapat menjalankan aktiviti atau rutin harian, maka perbuatan itu adalah gangguan kepada ketenteraman awam. Oleh itu maksud keadaan yang menjejaskan ketenterama awam ialah ia mengganggu aktiviti atau rutin harian ahli masyarakat.

Berdasarkan tafsiran undang-undang itu, bukankah perhimpunan seperti dirancang itu adalah ancaman kepada keselamatan negara dan keselamatan awam? Adakah mereka yang menyertai perhimpunan mementingkan diri tanpa menghiraukan hak orang lain dalam sistem demokrasi? Bukankah mencegah itu lebih baik?

AWAS...Jangan sertai BERSIH....

Sumber :

KENALI SIMBOL SYAITAN : THE FACE OF FREEMASONRY

Isyarat Syaitan yang bermaksud " I Love U, Satan"

Codex Magica

Di dalam buku CODEX MAGICA susunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOL yang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaitu Helen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”. Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yang UNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan “AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaan kepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927. Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya. Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.

Syaitan mengayakan 'I Love U'

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Muzik

Jika diamati pada kulit album OzzFest yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ozzy Osborne jelas menunjukkan gambar syaitan sedang memberikan isyarat ‘I Love U’ ciptaan Helen Keller. Manakala pada kulit album Holy Diver yang dinyanyikan oleh DIO menunjukkan seekor syaitan membuat simbol TANDUK SYAITAN ketika memukul seorang paderi yang jatuh di dalam laut. Namun begitu, syukur kepada Allah S.W.T di Malaysia isyarat Tanduk Syaitan hanya popular di kalangan peminat muzik Rock dan tidak diamalkan oleh orang-oran awam mahu pun golongan pentadbir atau ahli politik.

Syaitan memukul paderi sambil mengayakan simbol Tanduk Syaitan

 

Aksi adiwira mengayakan simbol Tanduk Syaitan

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Filem

Siri kartun popular yang difelemkan iaitu Spiderman juga mempamerkan simbol TANDUK SYAITAN di dalam lagak aksi-aksinya. Watak adiwira yang dicipta oleh Stanley Martin Lieber atau lebih dikenali sebagai Stanley Lee ini mula bertapak di persada antarabangsa pada 1962. Beliau merupakan seorang berbangsa Yahudi.

Oleh itu, sudah pastilah beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menerapkan simbol-simbol yang bersifat KEYAHUDIAN dalam kartunnya. Apabila watak hero komik ini dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak maka sudah tentulah segala perilaku aksi watak tersebut mudah sahaja ditiru oleh mereka.

Tapi sayang, masyarakat dunia umumnya dan orang Islam khususnya dibuai dengan dogengan adiwira ciptaan YAHUDI yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengoyahkan keimanan dan ketauhidan dalam jiwa kita. Adakah kita rela pada suatu hari kelak, anak-anak kita meniru simbol atau tingkah laku adiwira sama ada secara sedar atau di bawah sedar? Tepuk dada, tanyalah hati….  

Klip video ini akan mendedahkan secara ringkas SIMBOL dan WAJAH sebenar Freemason dalam kehidupan seharian…. 

Vodpod videos no longer available.