SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 10 : PEMERINTAHAN DUNIA BARU


Simbol Mata Satu Sinonim Dajjal

Sudah tiba masanya kita melangkah setapak ke demensi baru untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan PEMERINTAHAN DUNIA BARU atau NEW WORLD ORDER. Kita sebenarnya hidup di dalam satu sistem yang direka agar sentiasa berkhayal tentang kehebatan dan kenikmatan dunia tanpa menghiraukan tentang amal ibadat untuk bekalan di akhirat kelak. Keadaan ini disebabkan oleh AGENDA DAJJAL dan kuncu-kuncunya yang suka hidup dalam sebuah ILUSI dan BAYANGAN DUNIA. Bak kata perpatah iklan arak Budweiser, “kamu hanya hidup sekali, jadi nikmatilah sepenuhnya”. Inilah mesej zaman moden yang mendalam tentang ILUSI DUNIA.

Rahsia Duit 1 Dolar Amerika

Mata tergantung di atas piramid – lambang tuhan matahari Mesir (Ray) anutan Freemasons

Jika kita mengamati di belakang duit 1 dolar Amerika, nescaya kita akan mendapati sebuah piramid bermata satu. Simbol mata satu ini melambangkan tuhan matahari Mesir yang dinamakan RAY. Ia juga merupakan tuhan kepada Freemasons. Sekiranya kita lihat piramid ini, ia sudah pun dibina kecuali bahagian atasnya. Keadaan mata itu seolah-olah tergantung di atas piramid itu dan ia belum lagi turun. Bagi pendokong Freemasons, mereka percaya mata ini akan bersatu setelah mereka menyiapkan projek jahat mereka yang dipanggil “NOVUS ORDO SECLORUM” dan “ANUET ACUEPTIS”.  Namun persoalannya sekarang, projek apakah yang dimaksudkan sebenarnya? Secara umumnya projek ini dinamakan “Circulation of the world” atau lebih sinonim dikaitkan dengan usaha untuk membuang kepercayaan AGAMA dari masyarakat dunia.

Dajjal mencipta ilusi dan kebendaan dengan menjadikan manusia Hamba DuniaNatijah daripada pelaksanaan projek ini maka lahirlah sebuah Pemerintahan Dunia Baru berasaskan kepada “ILLUSION” dan “MATERIALISM”. Teras pemerintahan yang diamalkan adalah bercirikan sebuah Dunia Kebendaan yang dipenuhi dengan Nikmat Dunia yang secara realitinya, kamu tidak akan dapat mencapai sepenuhnya (Materialistic World). Namun begitu, melalui ILLUSION OF DAJJAL, kamu akan sanggup menggadaikan nyawa kamu untuk mencapainya. Untuk mencapainya, kamu perlu menjadi sebahagian dari SISTEM itu dan kamu perlu PATUH kepadanya. Dan akhirnya apa KAMU akan jadi???

KAMU AKAN MENJADI SEORANG HAMBA…….

Saksikanlah apakah yang dimaksudkan dengan HAMBA tersebut? Hidup seperti diatur oleh SISTEM yang membosankan dalam KEHIDUPAN SEHARIAN bermula dari waktu pagi hingga malam (24 jam sehari) macam ROBOT. HAMBA yang menurut perintah dan aturan sistem kebendaan dan penuh ilusi sehingga akhir hayat……

Artikel Terdahulu :

https://apanamadotcom.wordpress.com/2011/05/30/siri-pendedahan-dajjal-%e2%80%93-bahagian-8-kenali-hashemfilms/

Vodpod videos no longer available.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s