LOGO PENGAKAP DAN UNSUR KEAGAMAAN KRISTIAN


Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fluer-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bunga Fleur-de-lis kepada logo Pengakap.

Persamaan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia

Lakaran evolusi Fleur-de-lis kepada logo Pengakap

Simbol Fleur-de-lis

Fleur-de-lis pada baju Marie de medici

Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur (Bunga) dan lis (Lili). Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis juga telah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.

Agama dan Perang

Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arc yang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.

Simbol Fleur-de-lis pada Pope

Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dari Perawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakili Tritunggal Kudus (Holy Trinity).

Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).

Simbol Pope berunsurkan Fleur de lis

Penjenamaan Semula Pengakap

Secara dasarnya, aktiviti Pengakap adalah positif dalam membentuk jatidiri dan kendiri seseorang dalam mengharungi rintangan dan cabaran terutamanya sewaktu berada di dalam keadaan darurat atau sesat di dalam hutan. Namun begitu, terdapat beberapa unsur-unsur keagamaan perlu dibersihkan agar ia tidak melambangkan sesuatu anutan atau fahaman agama. Perkara ini adalah penting kerana kita tidak mahu orang Islam yang mengikuti pertubuhan ini secara HALUS telah menggadaikan AQIDAH dan SYARIAT Islam yang menjadi IKTIKAD kita. Kalau disalah ertikan, ia boleh membawa kepada MURTAD.

Logo dan penampilan KRS mengikut acuan Malaysia

Oleh itu, satu proses “PENJENAMAAN SEMULA” Pengakap perlu dibuat agar ia BEBAS dari semua elemen SYUBAHAH. Kalau boleh nama Pengakap hendaklah diubahsuai kepada nama lain, logo direka semula dan budaya-budaya dalaman diubahsuai agar sesuai untuk disertai oleh pelajar atau orang Islam. Perkara ini tidak sukar dilakukan. Misalnya penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu sebuah pertubuhan unit beruniform baru ala-kadet di mana KRS ditubuhkan dengan sistem yang tersendiri dan penjenamaan sendiri walaupun sekilas pandang kelihatan ia seperti unit beruniform Kadet Bersatu.

Adakah kita sanggup melihat SIMBOL AGAMA bukan Islam melekat di dada baju anak-anak kita? Dan diusung ke merata tempat tanpa si pemakai mengetahui asal-usul SIMBOL tersebut? Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan agar PENGAKAP diHARAMkan tetapi perlunya penapisan yang sangat HALUS terhadap elemen-elemennya agar KEBAIKAN dan MANFAAT daripadanya dapat diserap manakala KEKURANGAN dan MUDARAT yang tidak KELIHATAN dapat dielakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fleurdelis.com/fleur.htm

21 thoughts on “LOGO PENGAKAP DAN UNSUR KEAGAMAAN KRISTIAN

    • Jika kita amati dan hayati di sekeliling kita, nescaya kita dapati dan akui akan wujudnya SIMBOL yang berteraskan keagamaan dan falsafah selain daripada ISLAM. Oleh itu. marilah kita bangkit menjalankan aktiviti DAKWAH dan TARBIAH sesama kita melalui MEDIA MASSA di ALAM MAYA…….Ambillah dan gunakanlah semua nukilan yang ada untuk dikongsi bersama……

    • Thanks eva. I actually viewed as a candle that will illuminate the darkness of night. Maybe with a little knowledge and experience, we can illuminate the mind of the reader from being saddled with a long dream. Amen….

  1. salam..maaf,,saya nak bertanya,macam mana nak buat kalau kita dah masuk dalam pengakap itu?maksudnya,,kita dah terjebak dengan pengakap..ada pendapat??:)

    • secara peribadi saya merasakan ianya berdasarkan niat dan iktikad kita di dalam hati. Ilmu yang diajar dalam pengakap amat berguna kepada kita tetapi di masa yang sama kita perlulah mengelak sebarang amalan yang bertentangan dengan syariat Islam. Contohnya berjalan mengelilingi ungun api, menjadikan binatang serigala sebagai idola dan menggunakan simbol-simbol yang mengelirukan.

      • Pengakap dah lama meninggalkan aktiviti unggun api kerana seolah-olah memuja api. Cuma dulu pengakap digelar Anak Serigala. Pasal logo tu ntahlah. Sebenarnya hampir semua negara mempunyai logo yang hampir sama kecuali Indonesia, logo tunas kelapa.

  2. Assalamualaikum, saya telah berkecimpung dengan pengakap sejak 25 tahun dan kini salah seorang yang berjawatan dalam pengakap. Saya akui banyak ilmu yang saya perolehi dengan kegiatan ini. Saya lihat islamisasi dalam pergerakan pengakap di Malaysia semakin hari semakin baik.. kini sudah tiada lagi tradisi unggun api seperti yang disebutkan.. begitu juga menjadikan binatang sebagai idola juga tiada apatahlagi simbol-simbol mengelirukan seperti didakwa.. dalam aktiviti2 perkhemahan juga solat 5 waktu amat dititikberatkan begitu juga pengisian2 kerohanian berbanding zaman-zaman dahulu. walaubagaimanapun, sekiranya ada usaha pihak atasan untuk menukar logo pengakap amat disokong walaupun ia perlu melalui proses yang sedikit rumit. tkasih

    • Wa’alaikumussalam wbr..
      Terima kasih saudara Don di atas komen anda. Alhamdulilah, jika Islamisasi telah mula diterapkan ke dalam pengakap. Harapan saya, moga masih ada insan berjiwa murni seperti saudara yang cuba menjenamakan semula program dan aktiviti dalam pengakap. Teruskan hingga tercapai apa yang dihajati….Insya’allah.

  3. Sesungguhnya pengakap di malaysia ini tidak haram , kerana PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA secara jelasnya tidak pernah sedikit pun terikut acuan barat . Mereka yang aktif berpengakap dan berfikiran luas pasti tahu yg mana halal dan haramnya

  4. betul tu…at least lambang pengakap tiada tulis kalimah Allah dan Muhammad…cuba bayangkan orang yg memakai lambang polis dan tentera ada tertulis dengan jelas kalimah Allah dan Muhammad secara jelas..lepas tu dengan selamba keluar masuk tandas…dan juga lambang tu dipakai oleh orang bukan Islam…jadi ape perasaan kita?

  5. Assallammualaikum.w.b terima kasih atas page ini..akan di sampaikan pada rakan2 pengakap yang lain, namun sperti kata saudara Don..saya juga seorang pengakap, dan memang betul segala amalan muja api ni sudah lama ditiadakan..apa tah lagi ahli2nya jua ramai dari kaum musilim,memang benar lambang pada pengakap yang sudah lama kita guna pakai di Tanah Malaya ni ada unsur2 yang saudara nyatakan dalam artikel ini..sekali lagi terima kasih..mohon kebenaran untuk share pada rakan pengakap yang lain..

    • Tiada halangan untuk admin. Sebarkanlah untuk pengetahuan bersama. Admin mengalu-alukan sokongan anda untuk share segala artikel yang diterbitkan dalam page ini.

  6. Pingback: FAKTA KOT – Maksud Disebalik Lambang Fleur De Lis (5 Gambar)

  7. Hai saudara dan saudari kaka abang adik anak-anak, Janganlah keterlaluan, iingat-ingatlah, Dunia ini sementara saja,jangan lah kita keterlaluan, semua ugama ajar kita buat baik… kepada semua orang, janganlah kita mau menggubah apa yang sudah duluan.sebab, yang sudah tertulis, dan kita sudah menikmati semuanya segala berkat yang ALLAH sudah CURAKAN bagi ANAK cucu kita, jangan kita menghina ugama lain,hormat-menghormatilah kamu semua dan bertobatlah dari segala perkataan mu yang salah itu, ingatlah!!! pintu hanyah ada dua satu pintu syruga kedua pintu naraka mana yang kau pilih dan ada buku tersedia di sana lautan api naraka pun ada, dan no rumah pun ada ada juga mutiara emas murni permata yang berkilau kilau mana kau pilih? janganlah kita fikirkan didunia ini. pikirkanlah perkara di atas di bumi sementara saja, hanyalah pinjaman, dan apa yang kau tabur di dunia ini itulah yang kau bawa bersama, ingat hanya ada satu nama yang dapat menyelamatkan,iatu nabi isa namanya YESUS yang menyelamatkan apapun dosa dia sanggup menggampuni asal kan kita benar-benar bertobat!!

Tinggalkan Jawapan kepada ACIK ROVER Batal balasan