BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 11 : KESIMPULAN (AKHIR)


Pluralisme Agama Sejagat

Secara dasarnya AGENDA PLURALISME AGAMA telah berkembang di dalam negara kita melalui pelbagai idea dan perspektif yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu. Namun begitu, kita haruslah merujuk kepada perspektif Islam di mana manusia diajar supaya beriman dan menyembah Allah S.W.T sahaja dan bukan tuhan-tuhan yang lain selainNya (Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa’ (21): 25, Surah Al-A’raaf (7): 59,73, dan Surah Al-Ikhlas (112):1-4). Ini selaras dengan maksud yang dilafazkan dalam ungkapan syahadah lı ilıha illallıh (Tiada tuhan lain selain Allah). Maka prinsip asas yang perlu diberi perhatian dalam konteks agama majmuk ini adalah bahawa Islam sahaja agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T sepanjang sejarah kronologi umat manusia (Al-Quran, Surah Ali Imran (3):1). Namun begitu, Islam tetap mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dan sistem kepercayaan lain di alam ini. Malahan Islam memberi kebebasan beragama kepada manusia (Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2):256).

Namun dari perspektif kebenaran, hanya Islam merupakan agama yang benar dan satu-satunya agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia. Sebab itulah, Allah S.W.T tidak akan sekali-kali menerima agama lain selain Islam berdasarkan kepada firmanNya dalam Al-Quran, Ali Imran (3):85 yang bermaksud: dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Orang Islam pula diajar supaya mengambil pendirian dan berkata seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, Surah Al-Kafirun (109):1-2, yang bermaksud katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Kesimpulan

  1.  Pengiktirafan dan toleransi yang dianjurkan oleh ajaran Islam terhadap agama-agama lain tidak sama sekali bermaksud ISLAM TURUT MENGIKTIRAF AGAMA-AGAMA LAIN SEBAGAI JALAN YANG BENAR.
  2. Hujah-Hujah dari golongan sufi, seperti Syed Hossein Nasr, Jaluddin al-Rumi , Ibn Arabi, dan sebagainya perlu dilihat dengan lebih mendalam. Ini kerana, seperti yang kita maklum, pemahaman dan pandangan dari sudut sufi berbeza dan tidak boleh dinilai dengan menggunaan logik oleh orang awam. Anologinya, Seyyed Hossein Nasr (ahli sufi moden yang menyokong Pluralisme Agama) menegaskan bahawa kefahaman berkaitan Pluralisme Agama khususnya yang dimaksudkan dalam peringkat persamaan agama di peringkat “esoteric” ini adalah bersifat elitism (tidak dimaksudkan kepada semua orang). Ia adalah hanya kepada mereka yang memiliki kemampuan tertentu untuk membiasakan diri dan memahami dari dimensi “esoteric” (dalaman sesuatu agama). Ini menunjukkan Nasr juga menekankan dan mendakwa bahawa hujah dan pemahaman dalam hal ini adalah boleh digunakan dan diterima oleh golongan tertentu (para pengkaji kerohanian) ( Adnan Aslan 1994:115-116).
  3. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendalah berhati-hati dengan pemahaman Pluralisme Agama ini kerana secara tidak langsung pada masa ini ia banyak mengancam akidah umat Islam itu sendiri termasuk di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak (Sila rujuk BAHAGIAN 4 : PENGARUH PLURALISME AGAMA DI MALAYSIAcuba lihat tuntutan dari pelbagai pihak yang berkaitan dengan hak keistimewaan agama Islam).
  4. Senario yang lebih mengkhuatirkan masa kini ialah terdapat sebahagian pendukung fahaman ini adalah terdiri dari golongan Intelektual Muslim sendiri. Justeru itu, setiap hujah yang digunakan atau digunakan khususnya dalam hal keagamaan mesti kembali dinilai kepada al-Quran dan al-Sunnah dan golongan yang diberikan kuasa dalam hal ini.
  5. Perlu diingat, Islam bukan agama yang Jumud dan bersifat mengongkong. Sebaliknya kita harus mengambil perhatian bahawa di dalam ajaran Islam, ada perkara yang thabat (tetap) dan ada yg murunah. Jadi tidak semua boleh diubah suai ikut peredaran zaman sesuka hati dan perubahan yang hendak dilakukan mesti selaras dengan kaedah dan syarat dalam ajaran Islam itu sendiri.

Wa’allahualam…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s