BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 8 : PENGARUH PEMIMPIN DAN TOKOH MASYARAKAT

Merujuk kepada kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Yusri bin Mohamad di dalam Persidangan Wacana Pluralisme yang diadakan pada 14hb Disember 2010 telah merumuskan bahawa Pluralisme Agama juga muncul dalam bentuk gejala-gejala tertentu terutamanya pada kecenderungan sesetengah pemimpin dan tokoh masyarakat beragama Islam untuk membawa Mesej Pluralisme Agama dalam ucapan mahu pun tindakan mereka. Nampaknya kecenderungan ini wujud merentasi batas politik kepartian, kerajaan mahupun pembangkang.

 

Artikel Anwar di laman Facebook

Anologinya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam satu ucapannya bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World pada 18 Mac 2010 di London School of Economics ada mengatakan:

“… it is a stark reality of our world that certain religious groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the denominations.”

(…adalah suatu realiti dunia hari ini bahawa sesetengah kumpulan agama percaya bahawa hanya aqidah tertentu yang mampu mencapai keselamatan di Akhirat. Sikap eksklusif sebegini, malangnya dikongsi merentasi pelbagai agama dan mazhab dalaman agama.)

“Back in the 13th century, the mystical poet Jalaluddin al-Rumi wrote in the Masnawi:

The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.”

“Penyair Sufi , Jalaluddin al-Rumi menulis dalam Mathnawinya,

Lampu-lampunya berbeza tetapi mengeluarkan cahaya yang sama yang datang dari alam lain. Kalau kamu menumpukan hanya pada lampu, kamu akan keliru)

“I believe I’m not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world, it is morally unacceptable to say to people of other faiths:

We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe in is wrong.”

(Saya percaya bukan saya seorang yang mengatakan bahawa untuk Pluralisme Agama berkembang subur dalam dunia berpecah-belah, adalah salah secara moral jika kita mengatakan kepada penganut agama lain :

Kami beriman dengan Tuhan kami dan kami percaya kami lah yang benar, kamu beriman dengan Tuhan kamu tetapi kepercayaan kamu itu salah.)

Boleh dilayari di: http://anwaribrahimblog.com/2010/03/12/religion-and-pluralism-in-a-divided-world/

 

Lawatan PM di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves

Di pihak kerajaan pula kita perhatikan kecenderungan pendekatan meraikan acara keagamaan agama lain seperti penyertaan YAB Perdana Menteri dan isteri beliau dalam sambutan Thaipusam di kuil Batu Caves atau acara sambutan bersama hari besar agama-agama (kongsi raya) seperti Deeparaya. YAB Menteri Besar Kelantan juga tidak terkecuali menerima kritikan atas penyertaannya dalam majlis rasmi kuil Buddha di Kelantan. Boleh dilayari di: http://1mytomyam.blogspot.com/2011/01/pm-najibs-second-visit-to-batu-caves.html

Satu lagi gejala yang dapat diperhatikan ialah kecenderungan sesetengah individu dan kumpulan di negara kita terhadap tokoh-tokoh luar yang jelas-jelas menjuarai Pluralisme Agama. Anologinya, perbuatan memuji dan mendewakan tokoh liberalis-pluralis seperti Ulil Absar Abdullah dan Jaringan Islam Liberal yang diasaskannya bersama teman-teman yang sefikrah dengan alirannya.

Jaringan Islam Liberal (JIL)

Orang yang menyamakan semua Agama, hingga Islam disamakan dengan Yahudi, Nasrani, dan agama-agama musyrik, mereka juga sesat dan menyesatkan. Itulah kelompok yang berfahaman Pluralisme Agama, yang ditubuhkan sejak Mac 2001 menamakan diri sebagai JIL (Jaringan Islam Liberal) yang dikoordinasikan oleh Ulil Abshar Abdalla. Beliau tidak mengakui adanya hukum Allah SWT hinggakan syariat-syariat berkaitan mu’amalah (pergaulan di antara manusia) dipertikaikannya.

Ulil Abshar Abdalla

Anologinya, perintah syari’at seperti jilbab, qishash, hudud, potong tangan bagi pencuri dan sebagainya itu tidak perlu diikuti. Bahkan larangan berkahwin di antara orang Islam dengan bukan Islam dianggapnya tidak berlaku lagi karena ayat larangannya dianggap tidak jelas. Manakala Vodca (minuman keras beralkohol lebih dari 16%) pun menurut beliau boleh dihalalkan jika di negara Rusia kerana suhu dan udaranya dingin. Boleh dilayari di: http://ustazmoden.wordpress.com/2009/11/22/jakim-vs-jaringan-islam-liberal-jil/

Tokoh Islam Liberal sebeginikah yang layak disanjung sebagai ikon dan contoh pemimpin Islam? AWAS jangan sampai terkeluar iktikad dan tergadai aqidah kita. Wa’allahualam…

 

 Nota : 

“Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“.

 (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

Bersambung Bahagian Kesembilan