BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 5 : STRATEGI JANGKA PANJANG


Hari ini kita mendengar istilah pluralisme seperti mendengar istilah multiculturalisme dan diversity (kepelbagaian). Pluralisme menjadi satu ungkapan atau penyataan yang mengharapkan kehidupan yang lebih harmonis, toleran, saling menghormati dan mengiktirafi di antara kelompok-kelompak yang berlainan bangsa, agama dan bahasa termasuk juga kecenderungan politik, orientasi seksual dan peganggan kebudayaan. Pluralisme sebagai satu konsep pada hari ini semakin kukuh dan disebut ramai dan dijadikan impian agar ianya direalisasikan dengan segera.

Teras Pluralisme

Apakah teras-teras utama di dalam pluralisme?

  1. Pluralisme adalah hak dan dipertanggungjawabkan sesama kita (manusia),
  2. Pengiktirafan bahawa semua manusia sesama kita,
  3. Kepelbagaian sebagai fitrah sosial dan menafikan ia bererti kita menafikan realiti kehidupan,
  4. Kebersamaan universal dan rencaman hidup, dan
  5. Keterbukaan minda dalam menyuburkan doktrin pluralisme.

Strategi Pluralisme

Untuk menerapkan doktrin pluralisme, ianya memerlukan perancangan berhemah dalam berbagai segi kehidupan manusia seperti berikut (Singapore : Centre for Research on Islamic and Malay Affair; World Bank, 2003): 

  1. Pluralisme mestilah dijadikan tema dalam perancangan pendidikan di dalam mata pelajaran  sejarah, pengajian sosial dan bahasa. Anologinya, peringkat sekolah rendah dan menengah, tema pembelajaran mestilah menerapkan peripentingnya pluralisme dalam kehidupan seharian. Peringkat Universiti subjek pluralisme dibahaskan akan falsafah dan mencari jalan untuk menyelesaikan kebuntuan yang menggagalkan perlaksanaanya,
  2. Penerapan idea pluralisme ke dalam modul mata pelajaran atau kurikulum secara sistematik dan bijaksana agar nilai-nilai universal ini dapat dijadikan asas kepada penjajahan minda pelajar,
  3. Perbincangan secara ilmiah di kalangan kelompok cendekiawan yang menyokong nilai-nilai pluralisme di peringkat setempat, negeri atau antarabangsa bersama pendokong doktrin pluralisme, dan
  4. Perbahasan secara dailog antara agama di kalangan ketua-ketua agama  dapat menyuburkan idea doktrin pluralisme dan diversity. Tujuan ia diadakan adalah sebagai satu forum untuk mencari penyelesaian isu-isu berkaitan kepercayaan dan amalan sesuatu agama melalui rundingan, tawar-menawar (toleransi) dan kata putus terhadap sesuatu berasaskan agama.

 

Nota :

“Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“.

 (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

 Bersambung Bahagian Keenam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s