BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 4 : PENGARUH PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA


Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia. Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ianya boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul. Anologinya, pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC (Interfaith Commission).  

IFC ini merupakan satu suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagai badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama akibat desakan agama lain. Ia boleh berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau sebagai satu badan berkanun seakan-akan satu badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang berkaitan dengan agama. Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultive Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism melalui memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS iaitu V. Harcharan Singh kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Antara tuntutan yang dilakukan ialah:

  1. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.
  2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada asal agama mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
  4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Apa yang dikhuatirkan ialah idea dan tuntutan dari wakil pelbagai agama ini juga disokong oleh sesetengah umat Islam yang berpendapat bahawa hal ini selaras dengan prinsip toleransi dan hukum demokrasi, ini secara tidak langsung menunjukkan wujudnya sokongan dan usaha untuk memperjuangkan gagasan pluralisme agama oleh sesetengah umat Islam di Malaysia.

Selain itu, idea pluralisme agama ini juga dilihat mula wujud di dalam Filem-Filem Melayu. Anologinya, filem Sepet jelas cuba menggambarkan kehidupan seorang yang berfahaman liberal dan plural. Perkahwinan di antara seorang wanita Melayu muslim dengan lelaki Cina bukan Islam dianggap biasa (Abu Hasan, 2006).

 

Hal yang sama juga berlaku dalam filem Gubra, mesej yang cuba disampaikan ialah agama adalah agenda individu. Terdapat agenda interfaith dalam filem Gubra iaitu watak munajat seorang bekas pelacur berganti watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan Cina. Mesej halus yang mungkin cuba disampaikan ialah semua agama menawarkan kebenaran (Ahmad Adnan & Riduan 2006).

 

 

 Nota :

“Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“.

 (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

Bersambung Bahagian Kelima

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s