Merujuk kepada hasil kajian Dr. Anis Malik Toha (2010) berkaitan ciri-ciri fahaman pluralisme agama bertajuk “Wacana Fahaman Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam” telah merumuskan bahawa asas-asas dan konsep pluralisme bukanlah sekadar toleransi belaka, sebagaimana yang jamak difahami oleh kalangan pentaklid pluralis.
Sebaliknya ia menekankan teori dan konsep Pluralisme lebih pada “kesamaan” atau “kesetaraan” (equality) dalam segala hal, termasuk “beragama”. Setiap pemeluk agama harus memandang sama pada semua agama dan pemeluknya. Beliau kemudian merumuskan beberapa ciri asasi faham ini adalah seperti berikut :
-
Kesetaraan atau persamaan (equality). Ajaran pluralisme agama mengajarkan semua agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang paling buruk.
-
Liberalisme atau kebebasan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan hak kebebasan beragama, dalam arti keluar-masuk agama. Hari ini seseorang boleh menjadi Muslim, esok menjadi Kristen, esok lusa menjadi Hindu, dan seterusnya.
-
Relativisme. Sebetulnya ini adalah implikasi dari kedua watak yang sebelumnya. Ajaran pluralisme agama mengajarkan kebenaran agama relative.
-
Reduksionisme. Untuk sampai kepada kesetaraan atau persamaan, ajaran pluralisme agama telah meredusir jati-diri atau identiti agama-agama menjadi entiti yang lebih sempit dan kecil, yakni sebagi urusan pribadi (private affairs). Dengan kata lain pluralism agama itu berwatak sekular.
-
Eksklusivisme. Ramai orang yang gagal mengidentifikasi dan memahami watak atau ciri yang satu ini. Hal ini disebabkan selama ini ajaran pluralisme agama ini diwar-warkan sebagai anti-eksklusivisme. Ia sering menyuguhkan dirinya sebagai ajaran yang “tampak” ramah dan sangat menghormati ke-berbezaan (the otherness) dan menjunjung tinggi kebebasan. Tapi pada hakikatnya, dia sebetulnya telah merampas kebebasan pihak lain dan menginjak-injak serta memberangus ke-berbezaan, apabila dia mendeklarasikan-diri sebagai pemberi tafsir/teori/ajaran tentang kemajmukan/keberagaman/keberbagaian agama-agama yang absolute benar, i.e., “bahwa semua agama sama.” Jadi sesungguhnya ia telah merampas dan menelanjangi agama-agama dari kleim (tuntutan) kebenaran masing-masing untuk kemudian dimiliki dan dimonopoli oleh dirinya sendiri secara eksklusif.”
-
Kita juga merasakan, ada satu lagi kata kunci yang turut perlu ditakrifkan iaitu kalimah ‘Malaysia’ itu sendiri. Mungkin kenyataan ini mengejutkan sesetengah pembaca, tetapi kita merasakan bahawa salah satu punca utama perbezaan sikap terhadap beberapa isu yang terkait dengan agama dan bangsa di negara kita berbalik kepada tanggapan yang berlainan terhadap makna dan hakikat sebenar ‘Malaysia’ atau ‘Kemalaysiaan’ itu sendiri. Kita hanya boleh berlaku adil terhadap isu-isu seperti kebebasan beragama, pluralisme agama, ketuanan Melayu atau seumpamanya, jika kita membincangkannya dengan berakar kepada realiti khusus Malaysia
Secara ringkas, kita tegaskan bahawa ‘Malaysia’ adalah sebuah negara yang beragama dan agamanya adalah Islam. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan adalah syahadah rasminya yang telah pun dilafazkannya ketika Islam mula sampai ke perpantaiannya. Namanya, iaitu ‘Malaysia’ pula, berakar-umbikan kalimah ‘Melayu’ seperti yang lebih jelas dalam nama asalnya iaitu ‘Tanah Melayu’ atau ‘Kepulauan Melayu’ kerana memang tanah dan kepulauan rantau ini ada penduduk asalnya iaitu kaum Melayu termasuk semua kerabat pecahannya. Seperti mana benua India, Afrika, Tanah Arab dan Tanah Besar Cina semuanya ada kaum penduduk asalnya yang telah ditentukan oleh Tuhan Maha Pencipta. Malaysia berbeza dengan Australia, Amerika Syarikat atau yang lebih dekat Singapura dan adalah kurang bermanfaat malah berbahaya kalau Malaysia hendak mengikut acuan yang tidak serasi dengan hakikat dirinya.
Bersambung Bahagian Keempat