UMAT ISLAM IBARAT BUIH-BUIH DI LAUT : MUSLIM DEMOGRAPHICS IN EUROPE

Mungkin kita gah bercerita, Islam adalah agama yang mempunyai penganut teramai di dunia, iaitu lebih 1.7 bilion, atau 26 peratus daripada penduduk di muka bumi ini. Namun adakah kita semua sedar bahawa dunia Islam hanya menguasai 5.6 peratus daripada ekonomi dunia dan 10.5 peratus pasaran eksport dunia? Mungkin kita tidak sedar.

Barangkali kita perlu meneliti kembali apa yang disabdakan Nabi Muhammad SAW kira-kira 1,432 tahun lalu apabila Baginda ditanya oleh sahabat mengenai kekuatan umat Islam masa hadapan di mana Baginda menjawab bahawa umat Islam pada akhir zaman akan menjadi kaum majoriti di dunia, tetapi ianya tidak bererti dan tidak menakutkan musuh iaitu ibarat buih di laut seperti yang diriwayatkan daripada Thauban r.a. yang bermaksud:  

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. bertanya,

 “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.

Sahabat bertanya lagi,

“Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah SAW, “Kerana dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.

Sahabat bertanya lagi,

“Apakah itu al-Wahn?” Rasulullah SAW bersabda, “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Oleh itu, bangunlah wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya bukti-bukti akhir zaman telah jelas diperlihatkan kepada kita. Sampai bila kita akan terus leka dan lalai dalam permainan musuh-musuh Islam. Terlalu banyak usaha yang telah dilakukan oleh musuh-musuh kita dan mereka telah berjaya memperdaya pejuang-pejuang Islam (anda). Ingatlah tiada siapa yang akan mempertahankan Islam jika bukan umat Islam sendiri.

Saksikanlah klip video yang menceritakan perkembangan agama Islam di seluruh dunia umumnya dan Benua Eropah khasnya. Mengikut anggaran pihak Barat, umat Islam kini berjumlah 52 juta di seluruh Eropah (2009) di mana penganalisis meramalkan bahawa umat Islam akan terus berkembang kepada 104 juta dalam tempoh masa 20 tahun. Apa yang dikhuatiri ialah betapa ramai mana pun penganut agama Islam, jika segala suruhan dan larangan ALLAH SWT tidak dipatuhi. Ia bererti  TIADA GUNANYA KITA HIDUP di dunia ini tanpa mensyukuri akan nikmatNya.

 

Vodpod videos no longer available.

BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 7 : ISU-ISU DAN GEJALA PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA

Secara dasarnya isu-isu dan gejala berkaitan Pluralisme Agama di negara kita tidaklah  selantang seperti mana yang disuarakan oleh rakyat di negara jiran. Namun begitu, gejala ini cuba dipromosikan oleh golongan tentu yang berkepentingan samada ianya di dalam kerajaan  atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui pendekatan cara hidup dan kepercayaan masyarakat. Hasil daripada kertas kajian yang dibentangkan oleh Dr. Yusri (2010) yang bertajuk “Ancaman Pluralisme Agama Di Malaysia : Satu Tinjauan Awal” telah menyenaraikan beberapa isu-isu sensitif yang dihadapi oleh kerajaan berakarkan atau berasaskan kepada fahaman ini.

 

Isu murtad dan cinta rentas Agama

Merujuk kepada kes-kes mendokong usaha pemurtadan umat Islam termasuk melalui tindakan mencabar melalui mahkamah. Turut mempengaruhi segelintir orang Islam. Dalam menyokong murtad atas nama kebebasan beragama, seseorang Muslim boleh terlanjur memperkecilkan kesalahan menukar agama serta mencairkan kebencian terhadap kekufuran.

 

Penubuhan IFC (Interfaith Commission / Suruhanjaya Antara Agama)

Merujuk kepada usaha penubuhan platform dianggotai wakil pelbagai agama secara sama rata bagi menangani pelbagai isu-isu hubungan antara agama. Tuntutan-tuntutan di sebalik penubuhan IFC ini melibatkan usaha menyamakan kedudukan dan hak agama-agama lain agama Islam.

 

Perkongsian Perayaan dan Acara Keagamaan

Merujuk kepada penganjuran majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran agama secara bersama. Juga penyertaan orang-orang Islam khususnya pemimpin-pemimpin Muslim dalam acara keagamaan di rumah-rumah ibadat agama lain. Boleh terlibat kepada pengiktirafan dan turut memakmurkan kekufuran dan kebatilan. Juga mencairkan kebencian terhadap kekufuran.

 

Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam

Merujuk kepada persoalan sama ada para penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan atau sembahan dalam agama mereka. Selain berupakan pelanggaran terhadap hak Allah SWT dan adab terhadapNya, boleh meleburkan garis-garis pemisah antara Islam dan agama-agama lain.

 

Isu pengharaman Yoga bagi umat Islam

Merujuk kepada Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang-orang Muslim dalam senaman Yoga kerana ada unsur-unsur agama lain di dalamnya. Boleh meleburkan pemisahan antara Islam dan agama lain.

 

 Mengucapkan salam kepada bukan Islam

Amalan mengucapkan salam Islam kepada orang bukan Islam. Salam merupakan doa keselamatan dan kesejahteraan yang hakikatnya tidak selari dengan kekufuran dan kebatilan yang ada pada diri mereka. Tanpa menafikan adanya perbezaan pandangan dalam hal ini.

 

Penggunaan ayat-ayat al-Quran dan Hadis oleh orang bukan Islam dalam ucapan-ucapan politik

 Merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin politik bukan Islam membaca dan merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan Hadis serta mengulasnya mengikut kefahaman mereka. Boleh membawa gambaran bahawa agama-agama yang berbeza itu berkongsi-kongsi dan berbahagi-bahagi dalam kebenaran.

 

Bersambung Bahagian Kelapan

 

SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 4 : BUKTI-BUKTI KETIBAAN DAJJAL

DAJJAL akan muncul bila-bila masa. Bukti-bukti ketibaan amat jelas samada ianya berbentuk SIMBOLISME atau GRAFITI. Kebanyakkannya ia diterapkan melalui produk barangan harian, jenama (brand), kebajikan dan peralatan.

“Kamu tahu kenapa kami rasa Dajjal akan muncul tidak lama lagi…..? Kerana tanda-tanda bagi asas-asasnya dan ketibaan ada di sekeliling kita…..”

Lambang tengkorak dan tulang bersilang…? Sekarang persoalan saya ialah mengapa lambang ini begitu masyhur hari ini….? “

Oleh itu, kita perlulah berhati-hati semasa membelanjakan wang kita. Ini kerana jika kita tidak AWASI dan PEKA kepada jenama dan barangan produk tersebut. Kita secara tidak langsung menyokong dan membekalkan wang kepada kuncu-kuncu DAJJAL di dalam menguasai minda dan ekonomi kita……Saksikanlah bukti-bukti yang dimaksudkan…..BUKALAH MATA HATI, AGAR DENGANNYA KAMU AKAN MENGERTI…….

 

Vodpod videos no longer available.

BUKTI IDEOLOGI PLURALISME DAN LIBERALISME : MUSLIMS IN THE CHURCH – PRAYERS BRING PEACE

“…..you see, we pray little difference but the assence is the same. And that how the prayer can make peace in our lives, in our souls and with the people around us….”

“….. anda lihat, perbezaan kita bersembahyang sedikit tetapi intipati adalah sama. Dan itu, bagaimana sembahyang boleh memberi keamanan dalam hidup kita, dalam jiwa kita dan dengan orang di sekitar kita ….”

Petikan kata-kata di atas adalah sebahagian daripada doktrin pluralisme yang cuba ditonjolkan di antara Islam dengan agama lain. Saksikan bagaimana ajaran Islam digambarkan sebagai LIBERAL dan SAMA mengikut tafsiran semasa oleh pendakwah ini. Ia membuat persamaan dan perbandingan intipati  kedamaian (peace) terhadap agama lain seperti Kristian dan Jews semasa dijemput untuk menyampaikan syarahan di sebuah gereja. Oleh itu, sekiranya timbul kekeliruan di kalangan umat Islam berkaitan hal-ehwal agama samada ianya perihal muamalat, munakahat dan ibadat maka kita disarankan merujuk kepada al-Quran serta al-Haddis. Moga kita diampuni dosa yang kita lakukan tanpa disedari….

 

Vodpod videos no longer available.

BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 6 : KESAN DAN IMPLIKASI FAHAMAN PLURALISME AGAMA

Secara umumnya, ‘Malaysia’ adalah sebuah negara yang menjunjung tinggi agama Islam sebagai agama rasmi. Merujuk kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, kalimah Islam adalah syahadah rasmi yang telah pun dilafazkan ketika Islam mula bertapak di negara kita. Manakala kalimah ‘Malaysia’ pula adalah berakar-umbikan daripada kalimah pokok iaitu kalimah ‘Melayu’ seperti yang dibuktikan dalam panggilan nama asal negara ini iaitu ‘Tanah Melayu’ atau ‘Kepulauan Melayu’.

Panggilan ini diberikan kerana memang tanah dan kepulauan rantau ini adalah didiami oleh penduduk asalnya iaitu kaum Melayu. Fenomena ini juga terjadi di negara lain seperti benua India, Afrika, Tanah Arab dan Tanah Besar Cina semuanya adalah didiami oleh kaum penduduk asalnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini kerana Malaysia berbeza dengan Australia, Amerika Syarikat atau Singapura. Adalah kurang bermanfaat malah merbahaya kalau Malaysia hendak mengikut acuan atau model yang tidak serasi dengan hakikat dirinya yang sudah memiliki sistem sosial dan syariat sediada.

Kini adalah jelas kepada kita bahawa dengan kewujudan aliran fahaman Pluralisme Agama yang terbukti menyeleweng daripada asas-asas dan landasan ajaran Islam. Maka wajarlah kita meneliti kesan dan implikasinya terhadap keharmonian dan keselamatan negara dalam konteks Malaysia secara khusus.

 

Implikasi Aqidah

Pluralisme Agama sangat berpotensi untuk menghakis kemurnian aqidah para penganut Islam di Malaysia secara sedar mahupun tidak. Pluralisme Agama juga membuka pintu kepada kesyirikan dan kekufuran. Jika sudut aqidah umat Islam sudah terkompromi maka sebenarnya keseluruhan jati diri keagamaan umat itu sendiri sudah tergadai. Dalam hal ini Allah SWT sangat tegas dalam perkara yang melibatkan soal aqidah berbanding aspek lain.

Bercakap tentang Islam di Malaysia, walaupun kita sedar bahawa masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu ditampung tetapi menjaga kemurnian aqidah serta bertegas terhadap penyelewengan aqidah adalah antara aspek diberi lebih perhatian. Sejak daripada kes Natrah lagi hinggalah ke kes Nuraishah Bokhari, Azlina Jailani (Lina Joy), kes-kes murtad yang sampai ke pengetahuan umum akan menarik reaksi agresif masyarakat Islam.

Di suatu sudut yang lain, fahaman-fahaman aqidah atas nama Islam yang menyeleweng turut dikekang dan tidak diberikan kebebasan untuk berkembang-biak. Orang awam di kalangan umat Islam sendiri sangat sensitif dan takut dengan ajaran sesat. Namun begitu ianya amat berbeza jika dibandingkan Pluralisme Agama di mana ia adalah suatu fahaman yang datang dalam bentuk yang halus serta ditonjolkan imej fahaman Islam yang lebih moden dan progresif. Oleh itu mungkin sahaja seseorang itu sudah terjerumus ke dalamnya tanpa menyedari atau tanpa merasakan bahawa ianya suatu yang salah.

 

Implikasi Keutuhan Umat

Jika kita sudah kompromi dalam bab aqidah maka umat Islam sudah menghakis keutuhan umatnya dan menempah kebinasaan meskipun mungkin kesan zahirnya tidak terus kelihatan. Tetapi, lambat laun fahaman Pluralisme Agama akan tetap menimbulkan krisis yang besar dan jelas di kalangan umat Islam.

Setidak-tidaknya akan mencetuskan pertelingkahan dan perselisihan sesama Islam dalam bab aqidah yang dititik-beratkan oleh orang-orang Islam. Ini adalah kerana adalah mustahil untuk umat Islam di Malaysia untuk bersepakat atas satu kesesatan seumpama Pluralisme Agama. Maka umat Islam akan berpecah kepada dua puak yang mempunyai tahap perselisihannya itu lebih buruk berbanding dengan perselisihan politik kepartian. Malahan ia juga akan penyokong parti politik yang sama pun boleh jadi sakit hati dan berpecah belah akibat Pluralisme Agama. Perpecahan adalah antara punca utama kelemahan dan kemunduran umat Islam yang tak mampu kita tanggung dalam realiti Malaysia.

 

Implikasi Sosio-politik

Susulan daripada masalah implikasi agama dan kefahaman, Pluralisme Agama juga akan membawa kesan akibat buruk kepada situasi sosio-politik umat Islam. Ia terbukti apabila umat Islam di Malaysia tidak lagi sensitif dan peduli terhadap ajaran agama Islam di mana jati diri dan aqidah dapat dicairkan melalui faham ini. Secara tidak langsung kepercayaan beragama sebagai salah satu benteng paling kukuh bagi formula sosio-politik di Malaysia juga akan mudah dirobohkan.

Pengkaji sosio-politik yang insaf akan mengakui bahawa sepanjang sejarah negara, agama menjadi antara faktor utama di sebalik kekukuhan kedudukan umat Islam di negara ini. Keteguhan umat Islam sebagai umat teras dalam masyarakat berbilang kaum dan agama pula menjadi sangga utama yang terbina di sekelilingnya kestabilan dan keharmonian agama. “MERUNGKAI FORMULA YANG SUDAH TERBUKTI INI BERERTI MERUNGKAI IKATAN YANG SELAMA INI MENGIKAT KESEBATIAN MASYARAKAT”. Akhir kata, Pluralisme Agama adalah suatu tikaman ke jantung negara dan bangsa kerana Islam dan keIslaman adalah jantung dan hati kepada Malaysia dan bangsa Melayu sebagai bangsa terasnya. Oleh itu, jika Pluralisme Agama tidak dirasakan terlalu beracun atau berbisa dalam konteks negara lain, tetapi di Malaysia ia adalah racun yang membunuh.

Bersambung Bahagian Ketujuh

 

SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 3 : PENGUASAAN MINDA KANAK-KANAK

Dalam kehidupan kini, manusia menghabiskan lebih banyak masa mereka dengan saluran media seperti tv, wayang, play station, internet, cerita-cerita dongeng dan lagu. Secara tidak langsung ia menjadi satu aspek penting dalam kehidupan manusia samada secara sedar atau pun tidak. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengkuasai industri maklumat ini melalui media massa akan dapat mengawal dan mempengaruhi setiap populasi di bumi ini dengan cara pemikiran mereka. SIAPAKAH MEREKA? Mereka ini adalah golongan FREEMASONS yang terkenal dengan sifat bangga dan sombong terhadap keturunan mereka. Dalam video klip ini ternyata mereka yang mendokong Freemasons telah cuba merancuni pemikiran kanak-kanak melalui lukisan kartun yang berunsurkan SIMBOL SEKS. Hasil daripada tindakan ini telah mencetuskan DERIA SEKS kepada kanak-kanak pada usia yang amat muda. Sila saksikanlah klip video ini……..Untuk tontonan dewasa sahaja (This is an “R” rated episode).

Vodpod videos no longer available.

BUKTI IDEOLOGI PLURALISME DAN LIBERALISME : BEAUTIFUL AZAAN IN A CHURCH USA

Subhanallah….sedap dan sayup bila kita mendengar azan dilaungkan. Tapi sayang ya…, niat muazzin tidak kesampaian kerana ia dikumandangkan di dalam gereja bukan di dalam masjid. Niat yang baik tetapi diadakan pada majlis yang salah. Amat mendukacitakan kita sebagai umat Islam. Apa tidaknya, azan dilaungkan bagi satu majlis dialog antara agama di sebuah gereja di US. Terdapat wakil-wakil agama yang dipercayai menjalankan cara sembahyang mengikut agama masing-masing terdiri daripada Kristian, Jews dan Islam mengikut giliran sambil diletakkan bunga di atas kerusi sebagai simbol keamanan. Inilah BUKTI nyata bahawa umat Islam telah termakan umpanan puak-puak yang mendokong ideologi PLURALISME dan LIBERALISME dalam beragama. Na’uzubillah….minta dijauhkan umat Islam di Malaysia terikut-ikut dengan ideologi ini….Amin…

 

Vodpod videos no longer available.

BAHAYA PLURALISME – BAHAGIAN 5 : STRATEGI JANGKA PANJANG

Hari ini kita mendengar istilah pluralisme seperti mendengar istilah multiculturalisme dan diversity (kepelbagaian). Pluralisme menjadi satu ungkapan atau penyataan yang mengharapkan kehidupan yang lebih harmonis, toleran, saling menghormati dan mengiktirafi di antara kelompok-kelompak yang berlainan bangsa, agama dan bahasa termasuk juga kecenderungan politik, orientasi seksual dan peganggan kebudayaan. Pluralisme sebagai satu konsep pada hari ini semakin kukuh dan disebut ramai dan dijadikan impian agar ianya direalisasikan dengan segera.

Teras Pluralisme

Apakah teras-teras utama di dalam pluralisme?

  1. Pluralisme adalah hak dan dipertanggungjawabkan sesama kita (manusia),
  2. Pengiktirafan bahawa semua manusia sesama kita,
  3. Kepelbagaian sebagai fitrah sosial dan menafikan ia bererti kita menafikan realiti kehidupan,
  4. Kebersamaan universal dan rencaman hidup, dan
  5. Keterbukaan minda dalam menyuburkan doktrin pluralisme.

Strategi Pluralisme

Untuk menerapkan doktrin pluralisme, ianya memerlukan perancangan berhemah dalam berbagai segi kehidupan manusia seperti berikut (Singapore : Centre for Research on Islamic and Malay Affair; World Bank, 2003): 

  1. Pluralisme mestilah dijadikan tema dalam perancangan pendidikan di dalam mata pelajaran  sejarah, pengajian sosial dan bahasa. Anologinya, peringkat sekolah rendah dan menengah, tema pembelajaran mestilah menerapkan peripentingnya pluralisme dalam kehidupan seharian. Peringkat Universiti subjek pluralisme dibahaskan akan falsafah dan mencari jalan untuk menyelesaikan kebuntuan yang menggagalkan perlaksanaanya,
  2. Penerapan idea pluralisme ke dalam modul mata pelajaran atau kurikulum secara sistematik dan bijaksana agar nilai-nilai universal ini dapat dijadikan asas kepada penjajahan minda pelajar,
  3. Perbincangan secara ilmiah di kalangan kelompok cendekiawan yang menyokong nilai-nilai pluralisme di peringkat setempat, negeri atau antarabangsa bersama pendokong doktrin pluralisme, dan
  4. Perbahasan secara dailog antara agama di kalangan ketua-ketua agama  dapat menyuburkan idea doktrin pluralisme dan diversity. Tujuan ia diadakan adalah sebagai satu forum untuk mencari penyelesaian isu-isu berkaitan kepercayaan dan amalan sesuatu agama melalui rundingan, tawar-menawar (toleransi) dan kata putus terhadap sesuatu berasaskan agama.

 

Nota :

“Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“.

 (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

 Bersambung Bahagian Keenam

MENGAPA PENGGUNAAN LEMAK BABI (PIG FAT) TIDAK DIBERITAHU KEPADA PENGGUNA TETAPI HANYA KOD (E) DICETAK?

Hampir semua negara-negara barat termasuk Eropah memilih daging babi sebagai daging utama. Oleh itu terdapat banyak ladang babi dibina di negara-negara ini untuk berkembang biak haiwan ini. Contohnya di Perancis sahaja, ladang ternakan babi melebihi 42,000 buah ladang. Babi adalah haiwan yang memiliki jumlah tertinggi kandungan lemak (FAT) dalam tubuh mereka berbanding dengan haiwan lain. Oleh itu, negara Eropah dan Amerika telah berusaha untuk menyekat dan menghindari lemak ini dari digunakan oleh penduduknya.

Susulan daripada tindakan tersebut, timbul persoalan sekarang di kotak fikiran kita, ke MANA lemak ini pergi? Ini kerana semua babi yang disembelih di rumah penyembelihan haiwan adalah di bawah kawalan Jabatan Makanan di negara masing-masing. Oleh itu timbul permasalahan kepada Jabatan ini untuk membuang lemak babi tersebut di lokasi mana?

Kronologi Perkembangan Lemak Babi

Sekitar tahun 60’an, lemak ini tiada nilai dan sisa bahan ini telah dibakar. Tetapi hasil kajian saintifik yang dijalankan didapati, bahan ini telah dimanfaatkan dalam pembuatan sabun dan ternyata ianya berhasil. Berikutan kejayaan mereka mewujudkan hasil baru bagi kegunaan “household” maka satu rangkaian industri penuh terbentuk dan  lemak (FAT) ini telah diolah kandungan kimia, dibungkus dan dipasarkan. Manakala syarikat perkilangan lain membelinya. Sementara itu, pada masa yang sama semua Negara Eropah telah membuat peraturan bahawa setiap barangan makanan, perubatan dan produk personal higiene mesti mempunyai kandungan bahan ramuan yang disenaraikan di plastiknya. Jadi, bahan ini dikategorikan sebagai PIG FAT.

Bagi mereka yang telah menetap lama di Eropah melebihi 40 tahun pastinya amat arif dan tahu tentang hal ini. Akibat daripada penggunaan bahan ramuan ini semua produk berasaskan lemak babi telah diharamkan jualannya di NEGARA ISLAM. Tindakan ini mengakibatkan defisit perdagangan kepada Negara Eropah.

Menyorot kembali semasa zaman penjajahan di Asia Tenggara, kita mungkin tahu tentang faktor-faktor yang menjadi provokasi dari PERANG SIVIL pada tahun 1857. Pada masa itu, peluru senapang (Rifle Bullets) dibuat di Eropah dan diangkut ke sub-benua melalui jalan laut. Keadaan ini memerlukan waktu berbulan-bulan untuk tiba ke destinasi. Keadaan ini telah menyebabkan serbuk pistol rosak kerana terdedah kepada air laut.

Untuk menyelesaikan masalah ini maka satu lapisan lemak babi telah disalut pada peluru tersebut bagi mengelak berlakunya kerosakan. Apabila peluru ini hendak digunakan, lapisan pada peluru ini perlu dikoyak menggunakan gigi. Oleh kerana pada masa tersebut kebanyakkan tentera adalah beragama Islam dan Hindu, berita ini telah tersebar luas maka ia telah menyebabkan ramai tentera menolak untuk turut serta berperang.

Berikutan daripada timbulnya masalah ini maka Negara-negara Barat mula menggantikan perkataan lemak babi (PIG FAT) kepada lemak binatang (ANIMAL FAT) pada bungkusan barangan tersebut. Perkara ini mula dilaksanakan oleh Eropah sejak tahun 1970-an. Apabila syarikat pengeluar ini diminta menyatakan jenis lemak yang digunakan oleh pihak berkuasa dari NEGARA ISLAM, mereka membuat akuan bahawa ia adalah lemak lembu atau kambing. Di sini sekali lagi soalan diajukan kepada pengeluar tersebut, adakah lembu dan kambing itu disembelih mengikut kaedah HUKUM SYARAK? Jika tidak, ia adalah HARAM dan barangan tersebut pasti akan diharamkan untuk diedarkan di dalam NEGARA ISLAM.

Kesan daripada tindakan pengharaman ini, syarikat-syarikat multinasional dari NEGARA BARAT telah menghadapi penyusutan keuntungan yang tinggi 75% dari pendapatan mereka hasil jualan barang-barang mereka yang dianggarkan berbilion-bilion dolar hasil keuntungan daripada eksport mereka ke DUNIA MUSLIM.

 

Sistem E-CODES

Akhirnya mereka telah memperkenalkan BAHASA CODING di mana hanya Jabatan Pentadbiran Makanan sahaja yang tahu apakah senarai ramuan yang mereka gunakan dalam semua produk makanan, perubatan dan personal. Secara tidak langsung tindakan memperkenalkan sistem E-CODES atau E-INGREDIENTS ini telah menjadi tanya tanya kepada pengguna berkaitan status halal produk tersebut. Ia secara tidak langsung membuktikan MUSLIHAT dan NIAT jahat Negara Barat yang sengaja tidak menghormati kesucian dan kepercayaan agama Islam.

Penggunaan sistem ini telah digunapakai oleh kebanyakkan produk-produk daripada syarikat multinasional seperti ubat gigi, sabun, gula-gula getah, coklat, gula-gula, biskut dan makanan tin. Selain itu, ubat multi-vitamin yang digunakan di semua Negara Islam juga didapati mempunyai unsur-unsur syubahah dan tidak mengambilkira sensiviti pengganut Islam.

Oleh itu, semua orang Islam atau Hindu (Vegetarians) diminta untuk menyemak bahan-bahan ramuan dari ITEM penggunaan barangan harian berdasarkan kepada sistem E-CODE. Jika hasil semakan mendapati terdapat salah satu daripada bahan yang disenaraikan di bawah ini ditemui, pihak tuan dan puan mestilah cuba untuk mengelaknya. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berasal daripada lemak babi (PIG FAT) seperti senarai berikut :

 Senarai Kod Lemak Babi

 
 

 

Dr. M. Amjad Khan
Medical Research Institute
United States

SIRI PENDEDAHAN DAJJAL – BAHAGIAN 2 : PENGUASAAN MINDA

Saya perlu bertanyakan satu soalan penting kepada anda. Apakah cara yang paling menjimatkan untuk menguasai dunia ini? Hanya dua perkataan yang boleh diucapkan kepada anda iaitu “Penguasaan Minda” (Mind Control). Kaedah ini merupakan salah satu daripada pendekatan halus yang digunakan oleh media massa dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam memisahkan rakyatnya agar saling berprasangka negatif sesama mereka. Fenomena ini akan menyebabkan golongan bawahan dan pertengahan asyik bergaduh sesama sendiri berkaitan isu-isu agama, bangsa, taraf hidup dan kepartian manakala mereka yang kaya pula sibuk menuai dan merompak hasil-mahsul untuk kepentingan peribadi. Ikutilah pendedahan berkaitan konspirasi ini…..

 

Vodpod videos no longer available.