” Keputusan sama ada perlu diwujudkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat insiden kematian Teoh Beng Hock kelmarin akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.”
– Tan Sri Muhyidin Yassin, 18 Julai 2009
” SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Beng Hock dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan bahawa ketika ditemui mati, Beng Hock tidak lagi berada dalam pengawasan SPRM.”
– Lim Guan Eng, 19 Julai 2009
Secara peribadi saya berpandangan bahawa semua pihak begitu prihatin dan berusaha untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock. Di kalangan Pakatan Rakyat isu ini dijadikan peluru hidup untuk menghentam kerajaan. Manakala di kalangan Barisan Nasional pula, isu ini semacam ujian besar terhadap ketelusan integriti.
Kita jangan alpa dengan APA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG. Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa peristiwa SPRM 14 sebagai konspirasi kerajaan. Sebaliknya, kita perlu memandang jauh ke hadapan bahawa isu ini sengaja ditimbulkan atau direkacipta oleh golongan subversif yang memusuhi negara.
Di kala kita enak dibuai pujian dan penghargaan daripada negara luar sebagai negara yang aman dan harmoni, kita jangan lupa peranan dan perancangan agensi risikan dan ketenteraan luar seperti CIA, M15, FSA dan Mossad. Agensi ini mampu digerakkan di dalam sesebuah negara melalui agen proksi di kalangan rakyat tempatan tanpa mengira bangsa dan agama.
Kita jangan terus menghukum kerajaan atau mana-mana parti politik. Sebaik-baiknya semua pihak perlulah bertenang dan bersabar tanpa melakukan tindakan agresif yang boleh memecah-belahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat.
RENUNGKANLAH……Apa yang telah berlaku semasa tunjuk perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang tetapi ia tidak disenangi oleh Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja subversif terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.
Perkara ini boleh berlaku di Malaysia di mana kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh anasir-anasir subversif bagi melaga dan meningkatkan tekanan kepada kerajaan sediada melalui konspirasi kematian Teoh Beng Hock……
Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu dan bersatu hati serta berfikiran matang dalam menyelesaikan MISTERI kematian Teoh Beng Hock……